UMNO Online - “Alkisah Obama Dan Keterujaan Anwar Yang Melucukan!!!” plus 9 more

UMNO Online - “Alkisah Obama Dan Keterujaan Anwar Yang Melucukan!!!” plus 9 more

Link to UMNO Online

Alkisah Obama Dan Keterujaan Anwar Yang Melucukan!!!

Posted: 25 Apr 2014 08:32 AM PDT

Jika dilihat hiruk-pikuk kemarahan penyokong Anwar Ibrahim terhadap Presiden Barrack Obama kerana beliau enggan menemui ketua pembangkang tersebut sangat aneh. Sungguh besar perasaan takjub Anwar Ibrahim kepada Obama sehinggakan tidak berjumpa beliau merupakan satu kekurangan yang amat sangat.

Anwar Ibrahim patut sedar diri bahawa beliau hanyalah seorang Ketua Pembangkang, bukannya Ketua Kerajaan. Secara diplomatiknya tiada sebab seorang Presiden sebuah negara lain hendak berjumpa dengan Ketua Pembangkang.

anwar-percaya-obama-ditekan-paksa-najib-tak-jumpa-dia-lawak-kelakar-bohong

Dalam hubungan diplomatik yang harmoni, berjumpa Ketua Pembangkang mana-mana negara bukan satu tindakan yang waras. Apatah lagi berjumpa Ketua Pembangkang seperti Anwar Ibrahim.

Yang anehnya, mengapa PKR begitu marah dan beria-ia menimbulkan isu Obama tidak mahu berjumpa Anwar? Apakah pada mata Anwar, Obama begitu agung dan mulia?

Jika dilihat berita Anwar sejak beberapa tahun kebelakangan ini Anwar sangat ghairah dengan Barat tetapi jarang sekali menunjukkan keghairahannya dengan ibadah Haji mahu pun gerakan Islam.

Bilakah kali terakhir anda membaca Anwar Ibrahim mengerjakan haji? Ini tentu sangat luar biasa, kita langsung tidak perasan sama ada Anwar ke Mekah mengerjakan Haji atau tidak tetapi satu Malaysia tahu beliau mahu berjumpa Obama biarpun "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong."

Sungguhpun Anwar mahu menyalahkan Najib kerana sikap Obama, namun hakikat sebenar ialah Anwar tidak penting kepada Presiden Amerka Syarikat tersebut.

Sungguhpun Anwar mahu menyalahkan Najib kerana sikap Obama, namun hakikat sebenar ialah Anwar tidak penting kepada Presiden Amerka Syarikat tersebut.

Seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, terpulang kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sama ada mahu berjumpa atau tidak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Itu hak dia (Obama), suka hati dia nak jumpa siapa, saya yang bekas perdana menteri ini pun dia tak nak jumpa," kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Parti PKR yang kesal Obama yang akan mengadakan lawatan rasmi ke negara ini Sabtu depan, tidak berjumpa Anwar.

Tambah Dr Mahathir, kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Obama daripada berjumpa sesiapa pun termasuk Anwar.

"Kalau tidak puas hati pergi tanya sendiri kepada Obama kita (kerajaan) halang ke atau tidak Anwar nak jumpa," katanya.

Lawatan tiga hari Presiden AS itu merupakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon Johnson pada 1966.

Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina.

Kunta Kinte Malaysia

mahathir-suka-hati-obama-mahu-jumpa-atau-tidak-anwar-tanya-sendiri-kerajaan

Muslims In Malaysia Not Ready Yet For Hudud – Dr Mahathir

Posted: 25 Apr 2014 08:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 25 – Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad sees Muslims in Malaysia as not ready yet for the implementation of hudud.

He said this was because the party which intended to implement hudud, the Islamic penal code, was not prioritising justice which was emphasised in Islam but doing it their own way.

tun-mahathir-km-melaka-idris-haron-solat-jumaat-masjid-negara

“Hudud is part of Islam but we cannot give the power to penalise (offenders) under this law to those who do not understand justice as mentioned in the Quran.

“In Islam, it is not the severity of the penalty that takes precedence,” he said after launching the book, ‘Saya, SPR dan Pilihan Raya’, written by former Election Commission (EC) deputy chairman, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Dr Mahathir said he still maintained his stand that it would not be fair to have different penalties between Muslims and non-Muslims for the same offence.

Yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the federal government had never rejected hudud, but the priorities and constraints should be addressed before the Islamic law could be implemented without affecting its objective.

Meanwhile, Dr Mahathir said he would want to see the young generation learn and understand the country’s general election process.

He said they were born after the country had achieved independence and were exposed to foreign propaganda, causing them to think that Malaysia was not democratic.

“In a general election, there would be winners and losers, but often the losers find it difficult to accept the results and would blame the EC for their loss.

“If the EC fails to counter the allegations, riots can happen like in Egypt, Bangladesh and Thailand,” he said.

On Wan Ahmad’s book detailing nine years of his experience as EC deputy chairman, Dr Mahathir said it could be a reference for the young generation on the election process, so that they would not be easily influenced by wild accusations against the EC.

Wan Ahmad said he wrote the book as there was a lack of reference books on the general election and the country’s democratic process.

Laporan Awal MH370 Hanya Mengandungi Data Awal, Tiada ‘Apa-Apa Menarik’ – Hishammuddin

Posted: 25 Apr 2014 07:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 April  - Hasil laporan awal kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dijangka dikeluarkan minggu depan dan hanya mengandungi data awal dan tiada “apa-apa menarik”, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata laporan itu telah diserahkan kepada Pertubuhan PenerbanganAwam Antarabangsa (ICAO) oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), seperti disyaratkan oleh ICAO.

“…tetapi bagaimanapun saya tidak fikir ada apa-apa yang menarik akan didedahkan dalam laporan itu kerana ia hanya tentang data awal,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Hishammuddin berkata laporan kepentingan awam seperti itu perlu dikeluarkan selagi ia tidak menjejaskan penyiasatan serta emosi anggota keluarga 239 penumpang pesawat Boeing 777-200 itu yang hilang sejak 8 Mac.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Operasi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara sedang giat dilakukan di selatan Lautan Hindi di kawasan perairan Perth, Australia.

Hudud : Kenapa PAS Tak Mahu Debat Dengan DAP & PKR?

Posted: 25 Apr 2014 06:13 AM PDT

Dalam hal mengalihkan perhatian dari salah sendiri, tidaklah ada organisasi yang mahir melakukannya di negara ini melainkan PAS, terutama sekali dalam soal perlaksanaan hudud.

Jangan kata DAP & PKR yang jadi sparring partner dalam Pakatan pembangkang, unit dalam PAS sendiri, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai bukan Islam pun tidak faham apa benda hudud ni.

Anehnya pulak tu, bila ketidakfahaman itu banyak berlaku di kalangan dia sendiri, dengan orang lain yang di luar pulak PAS nak ajak berdebat – merujuk kepada ugutan parti Gerakan untuk membawa kes hudud ini ke Mahkamah sekiranya PAS meneruskan hasrat membentangkan draf perlaksanaan hudud di Parlimen.

hudud-pas-pakatan-pembangkang-hadi-anwar-kit-siang

Kenapa dengan DHPP, DAP dan PKR yang sama-sama dalam pakatan pembangkang PAS tak mahu ajak berdebat, kenapa dengan Gerakan pulak PAS kecoh lebih?  Kalau isunya DAP dan PKR tak faham hudud, apa beza dengan Gerakan, apa beza dengan unit PAS sendiri, DHPP?

Takpa, penulis tolong jawabkan.  PAS tak mahu debat dengan PKR dan DAP (termasuk DHPP) sebab ia boleh meranapkan langsung peluang pembangkang untuk menguasai Malaysia.  Dalam masa yang sama, PAS tahu isu hudud ini mampu mengembalikan semula undi Melayu kepada mereka.

Jadi apa pilihan yang ada?  Setakat yang termampu ialah PAS main dua kepala.  Satu kepala guna nama PAS, sokong dan nak laksanakan hudud, satu kepala lagi guna nama Pakatan Rakyat, tidak akan laksanakan hudud kerana tidak ada dalam buku Jingga.

Pendek kata, ini semua permainan politik, bukan sebab betul-betul nak buat.  Berbeza dengan UMNO, kalaupun semua ahli parlimen menyokong draf hudud yang akan dibentangkan PAS nanti di Parlimen, itu adalah kerana soal agama, bukan sebab politik.  Lagipun tak boleh nak cakap banyak sebab sebelum ini draf atau apa bentuk perundangan hudud, belum pernah masuk parlimen lagi.

Adalah dulu Hadi Awang acah-acah nak laksanakan pada tahun 2003, tapi hasrat itu terkubur setelah DAP menarik diri dari Barisan Alternatif.

Kesimpulannya, hudud ini sekali lagi nak ditegaskan hanyalah permainan politik PAS semata-mata, bukan betul-betul nak laksana.  Kalau dia betul nak buat, dulu lagi dah buat di Kelantan dan Terengganu.  Perkara 76 dalam perlembagaan persekutuan yang dijadikan asas kukuh untuk melaksanakan hudud ni bukan baru wujud semalam, dulu lagi ada dah.

mykmu.net

hadi-presiden-pas-dap-berhak-tolak-hudud-fitnah-umno

malaysiakini-mkini-anwar-pakatan-pas-dap-tolak-hudud-islam-quran-hukum

Siapa Boleh Tekan Obama Halang Bertemu Dengan Anwar, Kata Najib

Posted: 25 Apr 2014 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ditekan supaya tidak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kunjungannya ke Malaysia bermula 26 April ini.

"Tak ada… siapa boleh tekan Obama..Obama Presiden super power.. kita negara kecil," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini, hari ini.

najib-presiden-sidang-media-mesyuarat-majlis-tertinggi-umno-malaysia-april-2014-pwtc

Pertemuan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi sebahagian daripada jadual lawatan Barack Obama dalam lawatan kerja rasmi selama tiga hari di negara ini, bermula Sabtu.

Lawatan Obama bakal mencatatkan sejarah tersendiri kerana kali terakhir pemimpin tertinggi AS melawat Malaysia adalah pada tahun 1966 oleh Presiden Lyndon B. Johnson.

Selain negara ini, Obama turut melakukan lawatan rasmi ke Jepun dan Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina sebagai sebahagian daripada komitmen beliau untuk meningkatkan hubungan dengan negara di rantau Asia Pasifik.

Menyentuh soal hudud, Najib yang juga Presiden UMNO berkata perkara itu turut diambil maklum.

"Soal hudud Majlis Tertinggi UMNO ambil maklum tentang ucapan yang telah saya buat semalam yang dilaporkan hari ini dan MT sokong apa yang saya telah lahirkan dan kita tengoklah perkembangan selanjutnya atas isu ini.

"Kita nak tahu apa cadangan Pas… kita belum tahu sebenar lagi apa cadangan Pas…jadi kalau Pas nak kemukakan kepada kita…kita sedialah tengok apa yang Pas nak cadangkan nanti," katanya.

Sebelum ini, dilaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Muzakarah Pas dan UMNO berhubung hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud perlu diadakan supaya pemahaman dan persetujuan bersama dapat dicapai.

Beliau berkata hanya setelah persetujuan dicapai antara Pas dan UMNO dalam pelaksanaan hukum hudud itu, barulah isu itu dibincangkan pula dengan bukan Islam supaya golongan ini dapat memahami dengan tepat bagaimana undang-undang Islam itu akan diaplikasikan. -MediaUMNO

Ulang Tahun UMNO Ke- 68 Disambut 11 Mei, Perhimpunan Agung 28 Okt -1 Nov

Posted: 25 Apr 2014 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan ulang tahun UMNO ke-68 akan diraikan dengan majlis doa selamat dan bacaan surah Yassin.

"Majlis akan bermula dengan bersembahyang Maghrib secara berjemaah, tahlil dan doa kesyukuran serta solat Isyak yang kemudiannya akan diikuti upacara menaikkan bendera."

Beliau juga memaklumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2014 akan berlangsung selama lima hari bermula pada 28 Oktober hingga 1 November hadapan.

"Persidangan ini akan dimulakan sebagaimana lazimnya dengan Taklimat Presiden pada 28 Oktober dan perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang akan berlangsung pada sebelah malam.

"Persidangan pergerakan sayap akan berjalan pada 29 Oktober dan pada hari berikutnya Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan yang akan berakhir pada 1 November, Sabtu," katanya.

najib-presiden-sidang-media-mesyuarat-majlis-tertinggi-umno-malaysia-april-2014-pwtc

Jelasnya, sebagimana kebiasaan, Forum Antarabangsa juga akan diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO bermula dengan Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai pengerusi forum tersebut.

Sebelum itu, Najib juga memaklumkan berkaitan tarikh mesyuarat UMNO bahagian yang akan diadakan bermula 8 Ogos hingga 14 September 2014.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Dalam masa yang sama beliau turut memberitahu berkaitan keputusan Panel Rayuan Lembaga Disiplin UMNO yang mengekalkan hukuman bersalah kepada Datuk Seri Saipol Bahari Shuib (Bakri), dan Mohd Uzir Shahid (Bakri), yang digantung hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan selama tempoh 6 tahun selaras dengan Fasal 20.9(b) yang dibaca bersama Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO.

Sementara itu, rayuan dua yang lain diterima iaitu Safiah Semon (Bakri) dan Ya'cob Jamian (Bakri) yang diberi amaran selaras Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Katanya lagi, Jawatankuasa Pengurusan UMNO juga telah meneliti bantahan UMNO Bahagian Kepong dan telah mengesyorkan kepada Majlis Tertinggi supaya jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian dikekalkan kepada Datuk Norizan Ali. - MediaUMNO

BN Perlu Bertanding PRK Bukit Gelugor – Dr Mahathir

Posted: 25 Apr 2014 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 April – Barisan Nasional (BN) perlu bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang walaupun peluang untuk menang tipis, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata soal turun bertanding perlu menjadi keutamaan, bukan factor menang atau kalah.

“Di PRK Sungai Limau (Kedah) lepas macam itu juga, ramai yang kata BN tak perlu letak calon sebab PAS tetap akan menang, tetapi BN tetap bertanding.

tun-mahathir-km-melaka-idris-haron-solat-jumaat-masjid-negara

“Soal utama adalah pertandingan untuk menunjukkan sekurang-kurangnya ada orang yang tidak bersetuju walaupun kalah,” katanya selepas melancarkan buku ‘Saya, SPR dan Pilihan Raya’ tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar di sini hari ini.

Dr Mahathir mengulas pandangan beberapa pihak yang menyifatkan BN pasti tewas pada PRK Bukit Gelugor, dan oleh itu tidak perlu meletakkan calon.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh daripada DAP pada 17 April lepas akibat nahas jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon MCA Teh Beng Yeam.

SPR menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor dengan  penamaan calon pada 12 Mei. Pengundian awal dijadualkan 21 Mei.

Muslims Should Avoid Saying “Rest In Peace” – Jakim

Posted: 25 Apr 2014 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 25 – Muslims are not encouraged to say, “rest in peace” to a non-Muslim upon the latter’s death.

Malaysia Islamic Development Department (Jakim) director-general, Datuk Othman Mustapha said saying those words had implications on a Muslim’s faith if the real meaning was not understood, as saying “rest in peace” was a practice of non-Muslims that should not be followed by Muslims.

Pengarah-JAKIM-Jabatan-Kefahaman-Islam-Malaysia-Othman-Mustapha

“The words ‘rest in peace’ is usually uttered by the Christians, especially Catholics, since the 18th century. These words are also often inscribed on the grave stones of demised Christians.

“The full version which originates from the Latin language goes, ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace’,” he said in a statement, here, today.

Othman was explaining the Fatwa Malaysia posting on his Facebook page on April 17 relating to the issue, which has caused dissatisfaction among certain quarters.

He said the explanation was based on Islamic rulings and the advice given by the Fatwa Fellows following doubts and questions raised by the public, and it was not a fatwa (edict) issued by the National Fatwa Muzakarah Committee.

Othman said Islam forbade its followers to pray for mercy for non-Muslims, as contained in verse 13, Taubah Chapter of the Quran and also stated by Imam an-Nawawi in Kitab al-Majmu.

However, he said, in a multiracial and multireligious society like Malaysia, Islam did not forbid its followers from expressing condolences to the family of a non-Muslim who passed away, or saying comforting words that had no religious  implication such as, “I sympathise with what happened to you”.

“This take on ‘rest in peace’ is not a fatwa but a guideline for Muslims based on Quranic verses,” he said.

Othman also urged all quarters not to make this matter polemic as it was meant to guide and advise Muslims, and not at all intended to show disrespect to people of other religions.

Kelantan Pas Welcomes Prime Minister’s Statement On Hudud

Posted: 25 Apr 2014 04:33 AM PDT

MACHANG, April 25 – Kelantan Pas welcomed the statement by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak yesteray that the federal government had never rejected or prevented the implementation of hudud, the Islamic penal code.

Kelantan Deputy Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah said Najib’s statement was a positive development and would pave the way for the state to implement hudud.

pm-najib-mb-kelantan-ahmad-yakob-muzakarah-umno-pas-bn-hudud-maqasid-syariah-maslahat-ummah-malaysia

He hoped it would also facilitate the state government to table the motion on the Private Member’s Bill on hudud at the Dewan Rakyat sitting.

The statement also gave Pas the assurance that Barisan Nasional (BN) lawmakers in Parliament, especially from UMNO, would support the motion, he said after opening Medan Ilmu at the Lilbanat Darulnaim Orphanage in Banggol Judah, here, today.

Yesterday, Najib said the federal government had never rejected hudud as the divine law, but many issues and obstacles needed to be addressed before the Islamic law could be implemented in this country.

The Kelantan Pas government is hoping that the motion on the hudud bill will be approved to allow for the implementation of the Syariah Criminal Code Enactment (2) 1993 in the state by December, the latest.

Wanita UMNO Adakan Sesi Dialog Tangani Isu Pembantu Rumah Lari

Posted: 25 Apr 2014 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Berikutan isu pembantu rumah wanita warga asing melarikan diri dari rumah majikan yang telah dilaporkan oleh media massa hari ini, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia akan mengadakan satu sesi diskusi dalam masa terdekat bersama wakil pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), wakil-wakil dari agensi kerajaan, kedutaan Indonesia, Filipina, Vietnam dan pihak-pihak yang berkaitan untuk membincang isu tersebut.

shahrizat-skuad-sayang-kuantan-pahang-shahrizat-wanita-umno-bn

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata maklum balas dari sesi diskusi yang diterima akan disalurkan kepada pihak Kerajaan Pusat untuk tindakan selanjutnya agar satu jalan tengah dapat dicapai.

"Wanita UMNO mengambil inisiatif ini supaya pembelaan terhadap pihak majikan tidak diabaikan dan penganiayaan kepada pembantu rumah wanita warga asing oleh ejen-ejen yang tidak bertanggungjawab dapat dielakkan", katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wanita UMNO tegas beliau lagi memandang serius isu di mana secara purata seramai lebih kurang 12,000 pembantu rumah wanita warga asing dilaporkan hilang setiap tahun.

"Ini akan menambah lebih banyak tekanan kepada Wanita samada bekerja atau surirumah, dan keluarga yang memerlukan perkhidmatan pembantu rumah warga asing", ujarnya. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...