UMNO Online - “Rakyat Doakan Misi Perdana Menteri Ke Belanda Tercapai – Mustapa” plus 2 more

UMNO Online - “Rakyat Doakan Misi Perdana Menteri Ke Belanda Tercapai – Mustapa” plus 2 more

Link to UMNO Online

Rakyat Doakan Misi Perdana Menteri Ke Belanda Tercapai – Mustapa

Posted: 30 Jul 2014 03:54 AM PDT

JELI, 30 Julai – Perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatannya Mark Rutte di The Hague, berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine diharap memperoleh kejayaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata: “Seluruh rakyat Malaysia mendoakan semoga misi Datuk Seri Najib bersama Perdana Menteri Belanda dan pemimpin-pemimpin Ukraine akan diberkati Allah SWT”.

Katanya perbincangan itu termasuklah dalam urusan pengecaman mayat, membawa pulang jenazah dan mengheret pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat
tersebut ke muka pengadilan.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis tahlil dan silaturahim di kediamannya di sini hari ini.

Lebih 5,000 orang menghadiri majlis tersebut yang dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil bagi mendoakan kesejahteraan mangsa nahas MH17 dan kelancaran urusan Perdana Menteri mencapai urusannya di Belanda.

Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli berkata Perdana Menteri menangani isu insiden itu dengan tenang dan telah berjaya mencapai keputusan yang baik.

“Datuk Seri Najib terkenal sebagai seorang pemimpin hebat yang berjaya
menguruskan Malaysia menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani, nama Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang aman dan makmur dan yang penting Malaysia memberi pertimbangan yang rasional,” katanya.

Beliau berkata reputasi negara yang baik akan memudahkan urusan berkaitan insiden MH17.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh di ruang udara negara yang bergolak itu.- MediaUMNO

Mesej Ulama Pada Golongan Liberal Pas

Posted: 30 Jul 2014 02:36 AM PDT

KOTA KINABALU, 30 Julai -Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor antara Pas, Dap dan PKR berkemungkinan besar bakal mengulangi sejarah perpecahan pakatan parti pembangkang sama sepertimana yang berlaku pada tahun 1999.

Menurut beliau, ini memandangkan bahawa kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagaibsatu mesej tidak bersetuju dengan PKR apabila kenyataan mereka menyongsang arus dalam keghairan PKR atau Anwar sedang melobi agar isterinya Datin Seri Wan Azizah untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Mengimbas kembali peristiwa 1999 apabila idea gabungan empat pembangkang antara PKN (kini dikenali sebagai PKR), DAP, PAS dan PRM (kini bergabung dengan PKR) diilhamkan, jelas sekali amat sukar untuk meraih sokongan PAS untuk bersetuju dengan platform yang sama.

“PKN, DAP dan PRM mahu mewujudkan Barisan Alternatif, satu gabungan yang bergerak atas landasan sekular, namun PAS menegaskan bahawa agenda Islam parti itu dikekalkan dan tidak digugurkan,” kata beliau dalam tulisannya di sskeruak.blogspot.com

Tambahnya, selain itu, terdapat juga pertelingkahan mengenai pembahagian kerusi dan setiap pihak mahu bertanding sebahagian besar kerusi.

“Terdapat banyak tuntutan kerusi yang ‘bertindih’ dan dekat sebulan sebelum pilihan raya umum November 1999, terdapat “cakap-cakap” bahawa idea gabungan itu akan digugurkan dan setiap pihak menyertai pilihan raya secara bersendirian.

“Hanya pada saat-saat akhir PAS akhirnya mengalah dan bersetuju untuk menyertai gabungan parti pembangkang tersebut. Ini adalah hasil hubungan baik Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dengan Anwar Ibrahim.

“Jika ia ditinggalkan kepada Ustaz Abdul Hadi Awang, yang tidak menyukai Anwar, PAS akan bertanding sendirian yang mungkin menyaksikan persaingan tiga atau empat penjuru (atau lebih) berdepan dengan Barisan Nasional (BN), DAP, PRM dan PKN,” jelasnya.

Katanya lagi, ada pandangan diberikan kepada PAS bahawa ia perlu kurang berdakwah atau menjalankan gerakan dakwah dan perlu lebih condong kepada sebuah parti politik.

“Oleh itu, sebagai sebuah parti politik, ia perlu memberi tumpuan kepada usaha memenangi pilihan raya umum. Ramai pemimpin dalam PAS, bagaimanapun ada golongan terutama puak ulama yang merasakan bahawa memenangi pilihan raya tidak sama pentingnya dengan menyebarkan Islam yang mereka ingin perjuangkan.

“Seperti kata Mustafa Ali, Pas tidak bimbang tentang memenangi pilihan raya. Kami mahu berkhidmat atau memperjuangkan Islam. Manakala sebahagian pemimpin lain PAS pula berhujah bahawa parti itu perlu terlebih dahulu memenangi pilihan raya dan kemudian selepas ditakdirkan berkuasa ia boleh memberi tumpuan kepada penyebaran Islam.

“Dengan kuasa yang ada, PAS boleh melakukan banyak perkara untuk Islam yang tidak boleh dilakukan jika ia tidak berkuasa. Ini bermakna PAS perlu mengambil kuasa dulu dan kemudian berkhidmat kepada Islam,”ujarnya.

Maka ternyata pandangan itu ternyata akhirnya diterima apabila PAS bersetuju untuk memberi tumpuan kepada memenangi pilihan raya dan meletakkan agenda Islam ke belakang sehingga mereka mempunyai kuasa yang cukup untuk melakukan apa yang mereka rancang.

“Sebab itu, tidak lama selepas PAS mengambil alih kuasa di Terengganu pada tahun 1999, mereka cuba untuk melaksanakan hukum Hudud di negeri itu, seperti apa yang mereka cuba lakukan sembilan tahun yang lebih awal sebaik mereka mengambil alih kuasa di Kelantan pada tahun 1990.

“Bagaimanapun, kedegilan PAS untuk meneruskan agenda Islam akhinya telah menyebabkan perpecahan Barisan Alternatif selepas 1999. Tetapi PAS tidak peduli tentang perkara itu. Bagi PAS, Islam perlu diutamakan dan walaupun ini menyebabkan kehilangan kuasa politik, namun ia bukan perkara besar selagi agenda Islam di dua negeri Melayu Kelantan dan Terengganu dipertahankan,” jelas beliau.

Sekiranya Pas benar-benar mahu gabungan ini kekal demi kuasa politik maka PAS boleh saja dengan mudah mundur atau menarik balik rang undang-undang Hudud di Dewan Undangan Negeri Terengganu dan menyelamatkan gabungan itu tetapi PAS enggan berbuat demikian. Islam tidak boleh dikompromi untuk apa-apa keuntungan lain, walaupun demi kuasa politik, katanya lagi.

Jadi menurut Salleh, sekarang sudah tiba masanya untuk PAS untuk memulihkan agenda Islamnya. Ramai dalam PAS merasakan bahawa parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam dan telah lupa agenda Islamnya.

Katanya, hari ini ramai melihat bahawa PAS terlalu memberi tumpuan kepada kuasa politik dan tidak memberi tumpuan yang cukup pada Islam. Mereka berhujah PAS kini kelihatan seperti sebuah parti sekular.

“Sebab itu, kita melihat perkembangan semasa dan perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Walaupun DAP dan PKR mahu terus agenda sekular, puak ulama PAS mahu kembali ke perjuangan asalnya untuk Islam.

“Perbezaan pendapat semasa dalam Pakatan Rakyat, khususnya yang melibatkan PAS, adalah semata-mata perang fahaman antara fundamentalis dan fahaman liberal. Secara kebetulan, yang liberalists juga lebih mendokong perjuangan Anwar.

“Oleh itu, apabila ulama atau puak fundamentalis menentang Anwar, ia benar-benar menghantar mesej kepada puak liberal bahawa “ulama” yang mempunyai kata putus,” akhirinya.

Esscom Tubuh Enam Pasukan Pemantau Di Esszone

Posted: 29 Jul 2014 11:55 PM PDT

LAHAD DATU, 30 Julai – Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menubuhkan enam pasukan pemantau bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota di lokasi penugasan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), terutama sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata pasukan pemantau yang terdiri daripada gabungan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu memulakan tugas mereka Sabtu lepas.

Beliau berkata pasukan itu diamanahkan untuk melawat semua penugasan di ESSZone termasuk pos kawalan di pulau-pulau dan darat serta pasukan pemintas.

“Alhamdulillah setakat ini semangat semua anggota yang bertugas di ESSZone
berada di tahap tinggi walaupun terpaksa bertugas dan berjauhan daripada keluarga sepanjang musim perayaan ini.

“Doakan semoga anggota keselamatan kita berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan dalam segala urusan demi kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata jumlah pemantau itu mungkin akan dikurangkan selepas
Hari Raya Aidilftri kerana mereka ini semua dari ESSCom yang perlu juga membuat tugasan lain.

ESSZone meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

1 comment:


  1. شركة تنظيف منازل بالجبيل افضل شركة خدمات منزلية بالجبيل نظافة شاملة مع التعقيم والتلميع وابادة الحشرات شركة تنظيف بالجبيل شركة المثالية هي افضل شركة نظافة بالجبيل والمنطقة الشرقية تقدم لعملائها افضل جودة وارخص الاسعار بالاضافة الي تقديم الخدمات من خلال عمالة مدربة وذات خبرة كبيرة بمجالات التنظيف ومكافحة الحشرات , فلا تتردد في الاتصال بشركة تنظيف بالجبيل للحصول علي كل ما هو مميز ولضمان الحصول علي منزل امن نظيف راقي خالي من المواد الضارة والميكروبات

    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة تنظيف بالجبيل

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...