BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! #DEMONSTRASI BANTAH KUNJUNGAN #OBAMA ADALAH KONSPIRASI BARAT ???

Posted: 25 Apr 2014 08:00 AM PDT


Pada 18 April lalu,sebuah pergerakan Islam,Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah kunjungan Presiden Barrack Obama pada penghujung bulan ini.HTM telah mengadakan demonstrasi atas tujuan yang sama pada 4 Oktober tahun lepas di mana lawatan Presiden Amerika itu telah digantikan dengan lawatan oleh Setiausaha Negara,John Kerry.Hizbut Tahrir merupakan sebuah gerakan politik antarabangsa dengan matlamat ingin menegakkan kembali Khilafah Islamiyah atau pemerintahan Khalifah.Hizbut Tahrir diasaskan pada tahun 1953 di Al Quds (Baitul Maqdis),Palestin oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, seorang ulama alumni Al Azhar Mesir yang juga pernah menjadi hakim di Mahkamah Syariah. Gerakan ini telah berkembang ke seluruh negara Arab di Timur Tengah,termasuk di Afrika seperti Mesir,Libya,Sudan dan Algeria.Juga ke Turki,United Kingdom,Perancis,Jerman,Austria,Belanda dan negara-negara Eropah lainnya hingga ke Amerika Syarikat,ke Rusia,Uzbekistan,Tajikistan,Kirgistan,Pakistan,Indonesia,Australia dan Malaysia.

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar mengenai Hizbut Tahrir di Malaysia walaupun HTM telah sebenarnya bertapak di sini sejak penghujung tahun 1990-an lagi.Dalam demonstrasi membantah kunjungan Obama yang lalu,HTM melaungkan slogan 'Tolak Obama', 'Tolak Amerika', 'Terap Syariah', 'Tegak Khilafah' dan berbagai-bagai lagi.Demonstrasi oleh HTM mendapat liputan yang meluas di luar negara.Rata-rata HTM dilihat sebagai kumpulan radikal Islam yang tidak rasional terhadap hubungan Malaysia-Amerika Syarikat,hatta tidak relevan dalam negara demokrasi.Kita tidak tahu sejauh mana pengaruh dan kekuatan Hizbut Tahrir di dunia atau HTM di Malaysia.Walaubagaimanapun,saya tahu bahawa gerakan atau pertubuhan seperti ini mampu membawa risiko kepada keamanan negara.Apatah lagi dengan prinsipnya yang menolak demokrasi. Pertubuhan-pertubuhan Islam di negara-negara Arab,termasuk Ikhwanul Muslimun, malah pemimpin-pemimpin negara atau pergerakan Islam di sana juga,contohnya,Osama ben Laden dan Saddam Hussein,semuanya pada satu ketika pernah dipergunakan barat secara sedar mahupun tidak sedar untuk melemahkan umat Islam.

Justeru,tidak mustahil,Hizbut Tahrir juga bakal atau sedang mengikut jejak langkah yang sama.Setelah begitu lama mengkaji sikap umat Islam,musuh Islam cukup faham bahawa umat Islam mudah teruja dengan gerakan Islam yang membawa pemikiran kuno taktik Ismailiyah yang berbentuk provokator terhadap arus perdana dan kemajuan.Umat Islam juga gemar menerima secara sembrono serta taksub dengan apa saja yang membawa label atau slogan Islam. Musuh kemudiannya mengeksploitasi sikap ini untuk menghancurkan negara-negara Islam.Matlamat utama Hizbut Tahrir ialah untuk kembali kepada kehidupan Islam serta mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia iaitu dengan mendirikan Daulah Khilafah. Untuk itu, Hizbut Tahrir telah memilih dan menetapkan idea-idea,pendapat-pendapat dan hukum-hakam yang telah dihimpun dalam pelbagai buku, risalah, dan nasyrah-nasyrah yang diterbitkan dan disebarluaskan kepada umat. Antara lain yang disenaraikan di laman web HTM ialah  :

1. Nizhamul Islam (Peraturan Hidup dalam Islam)
2. Nizhamul Hukmi fil Islam (Sistem Pemerintahan dalam Islam)
3. Nizhamul Iqtishadi fil Islam (Sistem Ekonomi dalam Islam)
4. Nizhamul Ijtimo'iy fil islam (Sistem Pergaulan dalam Islam)
5. At-Takattul al-Hizbiy (Pembentukan Parti Politik)
6. Mafahim Hizbut Tahrir (Pokok-pokok Pikiran Hizbut Tahrir)
7. Daulatul Islamiyah (Negara Islam)
8. Al-Khilafah (Sistem Khilafah)
9. Syakhshiyah Islamiyah – 3 jilid (Membentuk Keperibadian Islam)
10. Mafahim Siyasiyah li Hizbit Tahrir (Pokok¬pokok Pikiran Politik Hizbut Tahrir) 
11. Nadharat Siyasiyah li Hizbit Tahrir (beberapa Pandangan Politik Hizbut Tahrir) 
12. Kai fa Hudimatil Khilafah (Persekongkolan Meruntuhkan Khilafah) 
13. Siyasatu al-Igtishadiyah al-Mutsla (Politik Ekonomi yang Agung) 
14. A1-Amwal fi Daulatil Khilafah (Sistem Kewangan Negara Khilafah) 
15. Nizhamul 'Uqubat fil Islam (Sistem Sanksi Peradilan dalam Islam) 
16. Ahkamul Bayyinat (Hukum-Hukum Pembuktian) 
17. Mugaddimatu ad-Dustur (Pengantar Undang-undang Dasar Negara Islam) 

Jelas,seperti juga kebanyakan gerakan radikal Islam yang lain, Hizbut Tahrir hanya menekankan mengenai 'undang-undang','hukum-hakam' serta 'cara pentadbiran' dalam memperkatakan tentang idea mereka untuk membentuk sebuah negara Islam yang sempurna.Namun kita tidak dapat melihat seberang penekanan diberi terhadap 'pendidikan' dan 'ilmu pengetahuan'.Sedangkan 'pendidikan' atau 'ilmu pengetahuan' adalah yang paling utama dan seharusnya diletakkan di tempat tertinggi dalam memperkatakan tentang Islam,umat Islam atau Negara Islam.Tanpa penekanan terhadap ilmu dan pendidikan,maka tidak hairanlah umat Islam terlalu lemah,mudah diperdaya dan dipergunakan untuk memusnahkan diri sendiri kerana terbawa-bawa dengan emosi serta gagal menggunakan akal.Kesilapan yang sama ini diulang-ulang oleh umat Islam sejak berdekad-dekad lalu.Yang berbeza hanyalah 'nama' gerakan atau pertubuhan sahaja. Negara-negara Arab telah memperlihatkan bagaimana mereka hancur dek kerana perbalahan yang dicetuskan oleh gerakan provokator yang membawa semangat ingin menegakkan 'Islam yang benar'.Selebihnya,negara Islam lain kekal mundur, miskin dan lemah kerana wujudnya pemikiran yang sama.Gerakan-gerakan yang dijana oleh 'emosi' tanpa 'ilmu' ini mudah disusupi dan dipengaruhi oleh musuh-musuh Islam yang menguasai ilmu, maklumat dan ekonomi.Akhirnya,musuh-musuh Islam hanya perlu menyalurkan dana secara tidak langsung kepada gerakan-gerakan ini bagi memastikan umat Islam terus berbalah, memberontak sehingga memaksa campurtangan asing lalu akhirnya menghancurkan negara sendiri ATAS NAMA ISLAM

Hari ini HTM telah mendapat liputan seluruh dunia kerana membantah kunjungan Obama.Maka,secara automatik mengikut penilaian barat,Malaysia kini adalah negara yang mempunyai kumpulan radikal yang 'berpotensi menjadi pengganas'.Ini bermakna,Malaysia kini terdedah kepada tekanan kuasa besar pada bila-bila masa.Apa yang perlu hanyalah satu 'insiden' sahaja untuk dijadikan alasan kuasa besar mencampuri urusan negara.saya tidak menghukum HTM sebagai satu gerakan yang salah atau alat kepada barat.Tetapi kita ingin mengingatkan agar semua pihak lebih berhati-hati dalam memakai nama 'Islam'.Sebagai pihak yang lemah,umat Islam amat terdedah kepada salahtafsir dan aniaya kuasa besar yang memusuhi kita.Walaupun demonstrasi aman sememangnya tidak mengancam keselamatan,namun,mesej di sebaliknya,serta pemikiran yang disebarkan oleh gerakan yang terlibat,mampu membawa kesan yang berantai dan membahayakan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! #MATSABU KATA #TUNMAHATHIR HINA HUKUM #HUDUD !!!

Posted: 25 Apr 2014 05:00 AM PDT


Nama Karpal Singh amat sinonim dengan hudud disebabkan kenyataan tegas beliau menolak hudud dengan mencabar agar mayatnya dilangkah jika ingin melaksanakannya.Justeru,pemergian Karpal Singh seharusnya membuka lembaran baru kepada PAS dalam isu hudud.Kebetulan pemergian Karpal secara tiba-tiba berlaku pada ketika isu hudud sedang hangat berikutan cadangan pembentangannya di parlimen oleh kerajaan PAS Kelantan.PAS merancang melaksanakan hudud secepat mungkin atau selewat-lewatnya tahun hadapan sekiranya berjaya mendapatkan sokongan di parlimen.Jika sebelum ini Karpal dijadikan sebagai 'benteng' hadapan dalam menentang hudud untuk ditempelak oleh PAS,kini PAS tidak lagi dapat memberi alasan bagi pihak DAP kononnya penolakan Karpal adalah atas kapasiti peribadi.Kali ini,PAS perlu menerima hakikat bahawa DAP secara keseluruhannya menolak hudud,begitu juga PKR.Apa yang menarik ialah,walaupun PAS tidak lagi mampu menipu penyokong mereka bahawa DAP telah menerima hudud,tetapi PAS masih lagi ingin menyalahkan UMNO. 

Kenyataan Mat Sabu di Malaysian Insider baru-baru ini menunjukkan yang PAS masih lagi ingin berdolak dalih mengenai hudud.Menurut Mat Sabu,bukan Karpal Singh yang menghina hudud,tetapi Tun Mahathir,seolah-olah ia mampu menjadi justifikasi sekiranya PAS tidak melaksanakan hudud.Mat Sabu nampaknya ingin menyatakan bahawa UMNO yang lebih memusuhi hudud,berbanding DAP.Hakikatnya,yang menghina hudud bukan Tun Mahathir dan bukan juga Karpal Singh,tetapi PAS sendiri.Ini kerana PAS telah membentangkan hudud yang tidak lengkap,serta mempunyai banyak kelemahan tetapi mempertahankannya sebagai hukum Islam sebenar.Tindakan Tun Mahathir menolak hudud PAS adalah bertujuan untuk mengelak ketidakadilan berlaku sekali gus,mengelak daripada Islam dipandang serong.Sekiranya,PAS mampu merangka undang-undang hudud yang lengkap dan adil,saya pasti bukan sahaja Tun Mahathir akan terima,malah mendiang Karpal Singh juga tidak mampu berkata apa-apa.Malangnya,PAS enggan mengkaji hudud secara mendalam serta meletakkan 'undang-undang' itu sendiri mengatasi 'keadilan' sepertimana yang dituntut oleh Islam. 

Kemudiannya,PAS menuduh sesiapa sahaja yang mempersoal undang-undang yang dirangka mereka itu sebagai menolak dan menghina Islam atau kafir.Apa yang lebih dikesalkan lagi ialah sikap penyokong PAS yang menerima apa saja hujah pemimpin mereka secara membuta tuli.Apabila Hadi Awang menuduh mereka yang tidak menerima pendapat PAS sebagai kafir, maka penyokong PAS pun melolong-lolong mengulang kata-kata Hadi Awang.Apabila Hadi Awang berkata yang hudud hanya 0.0001% dari Islam pada tahun 1999,penyokong PAS pun tersentak diam enggan mengulas lanjut.Tetapi apabila pemimpin PAS terus membangkitkan soal hudud sehingga kini, penyokong mereka bingkas memperjuangkan hudud seolah-olah ia merupakan sebahagian Rukun Islam dan Rukun Iman.PAS telah banyak menghina Islam dengan sikap,pemikiran dan tindakan yang bertentangan dengan Islam.Namun,saban hari PAS menuding jari pada semua orang kononnya orang lain yang menghina Islam. 

Sedarkah PAS atau Mat Sabu,bahawa Tun Mahathir yang dikatakan menghina hudud itu adalah seorang yang begitu tegar dan tegas mempertahankan dan membela Islam dan umat Islam ??? Tun Mahathir telah membuka mata dunia barat bahawa Islam bukan berkenaan keganasan tetapi keadilan.Islam bukan berkisar pada kemarahan tetapi ketenangan.Islam bukan mundur,tetapi maju.Islam bukan sekali-kali agama yang tidak adil sepertimana yang digambarkan melalui hudud PAS. Kerana ketegasan beliau memperjuangkan Islam yang benar,maka Tun Mahathir dijadikan sasaran utama Yahudi dan juga DAP.Sebaliknya,Mat Sabu pula bukan sahaja bersahabat dengan DAP tetapi turut berjuang di belakang pihak yang menerima dana Yahudi.Jelas,Mat Sabu bukan sahaja menghina hudud dan Islam,tetapi sememangnya seorang yang hina.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! KEMATIAN #KARPALSINGH TELAH MENGUBAH LANDSKAP #POLITIK NEGARA !!!

Posted: 24 Apr 2014 11:00 PM PDT



Kematian pengerusi kebangsaan DAP dalam satu kemalangan ngeri bukan sahaja mempunyai implikasi mendalam terhadap parti perkauman Cina tiu malah ke atas pakatan pembangkang di mana Pas dan PKR adalah sekutunya.Walaupun secara keseluruhan kesannya tidak akan dapat dilihat dalam jangka pendek namun senario yang lebih menggemparkan pembangkang ialah ketiadaan Karpal sebagai tokoh veteran politik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti.Walaupun patah tumbuh hilang berganti,kematian Karpal menwujudkan satu kekosongan atau 'void' yang tidak mampu diisi oleh mana-mana pemimpin Dap hatta anaknya,Gobind, sekalipun.Ini kerana Karpal adalah satu institusi di dalam Dap seperti juga bekas setiausaha agung,Lim Kit Siang dan penasihat seumur hidup parti itu,Dr Chen Man Hin.Selepas kematian Karpal,Dap terpaksa bergantung kepada Kit Siang untuk membimbing dan memberi halatuju parti bagi menghadapi PRU14. 

Dalam keadaan status sah Dap sebagai sebuah parti politik masih terumbang-ambing,bencana yang melanda parti itu bagaikan sudahjatuh ditimpa tangga pula.Sudah tentu masa akan menentukan masa depan parti itu sebagai sebuah kuasa politik yang bercita-cita besar bersama-sama Pas dan PKR untuk menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan persekutuan.Namun ketiadaan Karpal sebagai 'tink tank' kepada Dap akan menyebabkan pelbagai rancangan dan strategi Dap bagi menghadapi PRU14 terpaksa dirombak semula.Pertamanya sudah tentu satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan berikutan kematian penyandang.Dap mungkin mampu memenangi kerusi parlimen itu semula memandang ia adalah salah satu kubu kuat parti itu.Disamping itu sentimen kesedihan terhadap kematian tokoh veteran itu mungkin akan melonjakkan sokongan terhadap parti itu dalam PRK atas faktor menghormati mendiang.Apa hal pun BN kala atau menang dalam PRK akan datang itu tidak memberi apa-apa kesan kepada perimbangan kuasa kerana kerajaan pusat tetap berada di bawahnya.Yang lebih membimbangkan pembangkang terutamanya PKR ialah ketiadaan Karpal bagi mengetuai pasukan pembelaan dalam menyediakan rayuan terhadap hukum lima tahun penjara yang dihadapi Anwar Ibrahim. Samada Gobind, R. Sivarasa atau S.N. Nair, tidak ada di antara mereka yang sehebat Karpal dalam mengendalikan kes liwat Anwar. 

Bukankah kehebatan ilmu undang-undang Karpal yang membolehkan perbicaraan kes liwat kedua ketua umum PKR itu berjaya ditangguh lebih 60 kali ??? Karpal adalah perancang utama dalam mengenalpasti setiap kelompongan dalam undang-undang bagi melepaskan anak guamnya itu daripada hukuman.Samada pasukan pembelaan Anwar mampu melakukan keajaiban undang-undang yang pernah dilakukan Karpal bergantung sejauh mana hebatnya pasukan yang telah ditinggalkan Karpal buat selamanya.Anwar sudah tentu semakin tertekan dan merasakan kehidupannya bertambah sempit tanpa Karpal.Penyokong pembangkang pula dilihat sudah kehilangan arah dan punca dengan kehilangan Karpal sehingga komen-komen menyalahkan Umno mula kedengaran berhubung kematian Karpal. Tahap pemikiran penyokong pembangkang seperti ini tidak ubah seperti pemimpin mereka,Anwar yang membuat kenyataan tidak masuk akal bahawa beliau boleh menyelesaikan isu kehilangan MH370 dalam satu saat. 

Kematian Karpal menyulitkan lagi dilema yang dihadapi pembangkang dengan keadaan politik PKR yang semakin kusut.Percakaran antara pemimpin PKR merebut jawatan menjelang pemilihan parti itu Mei depan dengan menyalahkan satu sama lain menyebabkan pakatan pembangkang bertambah lemah.Bagaimanapun ini tidak pula bermakna sokongan terhadap pembangkang akan merudum dalam masa terdekat. Apa yang jelas dengan pelbagai tekanan yang dihadapi oleh pakatan pembangkang, cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya juga semakin pudar. Apatah lagi Pas pula sedang bersiap sedia untuk mengemukan bil persendirian berhubung perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Dengan pemergian mengejut Karpal yang menjadi penentang hukum hudud paling vokal dalam pakatan pembangkang selama ini, senario penentangan Dap mungkin turut berubah.Samada Kit Siang pula mengambil alih obor penentangan terhadap perlaksanaan hukum hudud adalah menarik untuk diperhatikan dalam masa terdekat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! NASIHAT #TUNMAHATHIR TENTANG #KUASA DAN #PENGAMPU DIDEDAHKAN !!!

Posted: 24 Apr 2014 07:00 PM PDT


di bawah adalah nasihat Tun Mahathir Berkenaan dengan kuasa dan pengampu.saya lihat artikel ini bukan ditujukan kepada UMNO tetapi kepada semua tak kira kepada UMNO ataupun pembangkang.jom kita lihat petikan di bawah

1. Di mana negara pun akan ada orang yang berkuasa.Mereka berada di berbagai peringkat.Di negara yang demokratik pun terdapat orang yang berkuasa. Budaya orang Malaysia pula demikian sehingga orang yang berkuasa lebih berkuasa kerana tidak akan ada sesiapa yang akan menegur.Orang yang berkuasa boleh buat apa sahaja termasuk yang tidak dibenar.Hanya jika diadakan pemilihan oleh rakyat atau pengikut barulah ketidakpuasan hati mereka dilahirkan.Walaupun demikian faktor lain sering menenggelamkan faktor salahguna kuasa. 

2. Saya mengaku bahawa inilah pengalaman saya semasa menjadi pemimpin yang berkuasa.Jarang terdengar teguran melainkan oleh musuh terutama parti lawan.Dan teguran oleh musuh jarang dapat diterima kerana ini memang sifat mereka.Saya dapati teguran pihak ketiga, pihak yang tidak punyai kepentingan biasanya lebih ikhlas dan perlu ditimbang secara serius. 

3. Kebiasaannya ramai yang bersedia untuk menyokong dan memuji apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berkuasa.Sokongan mereka mungkin kerana mereka betul-betul dan ikhlas berpendapat apa yang dilakukan memang baik atau buruk.Tetapi ada juga yang menyokong dan mengiakan apa sahaja kerana ini akan disukai oleh yang berkuasa.Dan ini juga akan meningkat pengaruh mereka dan banyaklah nikmat yang akan dikecapi oleh mereka. 

4. Mereka yang dapat mempengaruhi orang yang berkuasa sebenarnya mendapat sedikit dari kuasa itu.Lebih kuat pengaruh lebih banyaklah kuasa yang didapati oleh mereka.Dan ramailah mereka yang cuba mendekati dan mengelilingi seseorang yang berkuasa.Mereka akan cuba pengaruhi pihak yang berkuasa sehingga pendapat mereka sahaja yang diterima.Apabila ini berlaku maka kuasa yang didapati oleh mereka amatlah besar,begitu besar sehingga tiada pendapat atau nasihat lain yang akan diterima. 

5. Jika pendapat mereka ini baik dan hanya untuk menjayakan pihak berkuasa tidaklah sukar untuk diterima.Malangnya yang kerap berlaku apabila sahaja seseorang atau sekumpulan orang keliling sudah dapat menguasai fikiran dan tindakan orang yang berkuasa,maka bermulalah usaha untuk memperalatkan orang yang berkuasa untuk kepentingan diri. 

6. Ramai akan sedar dan melihat kesan buruk dari orang sekeliling pihak berkuasa. Ramai yang akan bercakap berkenaan perkara ini, ramai yang tidak senang tentang apa yang sedang berlaku. 

7. Tetapi di Malaysia mereka tidak sanggup untuk menasihat pihak berkuasa,takut dimarahi atau dipandang serong. 

8. Tanpa teguran yang berani oleh mereka,maka akan lebih buruklah prestasi pihak berkuasa. Kemarahan orang akan meningkat menjadi kebencian. 

9. Kita lihat dalam sejarah raja dan orang kuat pun akhirnya dihadapkan dengan tindakan keras dan ganas oleh rakyat untuk menjatuhkan mereka.Inilah yang berlaku kepada beberapa raja dan diktator di Timur Tengah. 

10. Rakyat Malaysia belum tahu cara yang ganas.Mereka mungkin mengguna pilihanraya untuk memperbetulkan keadaan. 

11. Tetapi janganlah kita terlalu yakin yang mereka terus berlembut. 

12. Dalam sejarah raja yang berkuasa mutlak pun tindakan ganas untuk menyatukannya pernah berlaku.Sultan Mahmud dibunuh walau pun tabiat orang Melayu tidak menderhaka kepada raja. 

13. Jika hendak berkuasa lama jangan salahguna kuasa yang diberi walaupun ada yang menasihat kita kebal dan segala salahlaku kita tidak akan diketahui dan jika diketahui pun tidak ada yang berani membuat apa-apa. 

14. Pembodek di antara penasihat dan orang keliling ialah sebabnya yang berkuasa menyalahguna kuasa sehingga tersingkir. 

15. Kuasa membawa kepada korupsi dan kuasa mutlak akan menyebabkan korupsi yang tidak terhad. 

16. Bahasa Mat Salleh berbunyi "Power corrupts and absolute power corrupts absolutely"

17. Mereka yang pegang kepada pepatah ini akan bertegas elak atau gugurkan sahaja kuasa.Bangsa yang korap dan negara yang terkenal dengan bangsa yang korap tidak mungkin maju, bahkan akan runtuh.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! #REFORMASI2.0 !!! #ANWARIBRAHIM HASUT RAKYAT GULINGKAN KERAJAAN !!!

Posted: 24 Apr 2014 05:00 PM PDT


anwar ibrahim dah start hasut rakyat untuk gulingkan kerajaan.siap dia bagitahu orang atas rasuah.adakah PM,Datuk Seri Najib makan rasuah ??? lepas tu nak kecoh pasal badan kehakiman !!! kenapa anda tak kecoh masa bebas ??? hentikan lah lakonan anda wahai anwar ibrahim


ANWAR IBRAHIM KATA ADA KOMEN KAT DATUK SERI NAJIB ??? 

BILA ???

ASYIK DRAMA JERR ANWAR IBRAHIM NI ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...