Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Isu #Hudud Dap cabar Pas keluar Pakatan?

Posted: 25 Apr 2014 08:47 AM PDT


KUALA LUMPUR: DAP meminta PAS menghormati muafakat yang telah dipersetujui secara bersama dalam Pakatan Rakyat atau berundur daripada pakatan itu sekiranya ia bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan pimpinan PAS itu yang dibuat tanpa kata sepakat Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat jelas telah mencabuli muafakat tersebut.

"Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menambah PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan dasar bersama muafakat itu tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan PAS akan tetap dengan perancangannya mahu melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia tidak berjanji dengan DAP dan PKR untuk tidak melaksanakan cita-cita perjuangan parti Islam itu.

Jelas Anthony, DAP sedar bahawa pelaksanaan hudud adalah satu daripada matlamat perjuangan politik PAS tetapi prinsip muafakat yang dipersetujui sejak selepas pilihan raya umum 2008 ialah perjuangan parti harus mendapat konsensus anggota Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya baru-baru ini berkata Pakatan Rakyat perlu memahami terlebih dahulu hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan sebelum ia menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Polemik mengenai hudud kembali timbul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud.

Ekoran kenyataannya di Dewan Rakyat itu, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan rancangan mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan yang tertangguh sejak 1993 dilaksanakan di negeri itu.

Kerajaan negeri Kelantan meletakkan sasaran pelaksanaan hudud dan qisas di negeri itu seawal-awalnya pada tahun depan.

Rancangan kerajaan negeri Kelantan itu kemudiannya mendapat bantahan pemimpin kanan DAP yang mengingatkan PAS bahawa pendirian parti itu berhubung hudud tidak pernah berubah. Beberapa ahli parlimen DAP juga menegaskan semua wakil rakyat DAP tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian berkenaan. Hasrat PAS itu juga mendapat bantahan daripada MCA.

Selain Kelantan, Dewan Undangan Negeri Terengganu juga meluluskan enakmen yang sama pada 2002 ketika kerajaan negeri itu ditadbir oleh pimpinan PAS. Bagaimanapun enakmen berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana di bawah Perlembagaan Persekutuan, undang-undang jenayah terletak dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Dalam kenyataannya, Anthony sekali lagi mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu tidak pernah dan tidak akan bersetuju hudud dilaksanakan di negara ini kerana "ia tidak pratikal dan tidak sesuai dalam keadaan masyarakat majmuk di Malaysia".

Antara lain, beliau berpendapat pelaksanaan hudud akan mewujudkan dua set undang-undang jenayah yang akan dipakai ke atas orang Islam dan bukan Islam. Pandangan sama juga antara lain dikongsi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Anthony mengingatkan pendirian DAP menolak hudud bukan bermakna ia menentang agama Islam atau bersikap anti Islam.

"DAP tidak pernah mempersendakan hukum Islam untuk menimbulkan ketakutan ataupun fobia di kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin MCA," katanya.

Beliau merujuk kepada tindakannya mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Parlimen apabila ada pemimpin MCA memfitnah Mursyidul Am PAS itu kononnya beliau mengizinkan wanita yang tidak menutup aurat dirogol.

Tambah Anthony, DAP sanggup mempertahankan PAS untuk membantu PAS dalam proses mengikis ketakutan dan fobia di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap PAS dan agama Islam supaya PAS boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.

Katanya, beliau melakukan itu semua untuk mereliasasikan perubahan politik di bawah Pakatan Rakyat yang menekankan prinsip-prinsip keadilan untuk semua, pentadbiran yang baik tanpa rasuah dan meninggalkan politik perkauman.

HOT!! Kerajaan Tak Pernah Menolak #HUDUD!! - @NajibRazak

Posted: 25 Apr 2014 07:15 AM PDT


Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di sini Khamis.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

"Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini," katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.

"Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).

"Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan," katanya.



McTheory:
Tan Keng Liang nak TOLAK dia punya pasal.. dia bukan ada kuasa pun.. GERAKAN menang berapa kerusi di Parlimen? Lagi mau bising ka?

HOT!! Berita Baik Pada Beruk-Beruk Pendemontrasi!! @NajibRazak

Posted: 25 Apr 2014 05:06 AM PDT


Mana mana ada negara dalam dunia yang tidak menguatkuasa undang-undangnya? Semua warganegara wajib mematuhi undang-undang yang dibuat. Jika tidak negara tidak akan dihormati. Patutnya kita menguatkuasakan undang undang secara total demi untuk menjamin keselamatan negara dan mendisiplinkan rakyat supaya lebih menghormati undang undang yang digubal.

Tapi di Malaysia lain pula halnya apabila Mahkamah hari ini membebaskan Nik Nazmi atas tuduhan menganjurkan perhimpunan haram dan gagal menyerahkan notis seperti mana yang dikehendaki.

Mengikut kata Hakim yang membebaskan Nik Nazmi, POLIS BOLEH MENGENAKAN SEKATAN KEATAS HIMPUNAN TETAPI TIDAK BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PENGANJUR ATAU PESERTA HIMPUNAN YANG TIDAK MEMATUHINYA.

Apa maksud kata kata diatas tu? Kalau dari apa yang kita faham, peserta atau penganjur boleh melakukan rusuhan semasa himpunan dan pihak polis tidak boleh mengambil apa apa tindakan. Wow.. bahaya ni!

Hakim Mahkamah Rayuan yang membebaskan Nik Nazmi ni juga dulu pernah menjadi calon PAS, adakah ada apa-apa hubungkait diantara perkara ini dengan pembebasan Nik Nazmi?

Bila terjadinya hakim berat sebelah sebegini, ia menunjukan Peguam Negara gagal memainkan peranan dalam memastikan undang-undang yang dikuatkuasakan berjalan dengan sempurna dan pemilihan hakim mahkamah juga lihat seperti tangkap muat.

Menteri yang bertanggungjawab perlu melihat perkara ini dengan serius dan mengambil berat akan perkara pemilihan hakim mahkamah, jangan main campak siapa yang dirasakan bagus, patutnya kena selidik latar belakang hakim tersebut, apa track record sepanjang kehidupan mereka, bukan hanya dari segi penglibatan dalam penghakiman semata mata.

Undang-undang negara kita ni tidak ada cacat celaanya. Namun perlaksanaan gagal diterjemah dengan baik. Sebagai rakyat Malaysia, Mc amat sedih bila akta dan undang-undang yang kita ada gagal digunakan sebaiknya oleh pihak penguatkuasaan undang-undang.


McTheory:
Lepas ni, puak PR boleh buat demo sambil buat kacau!! Sebab kalau mengikut apa kata hakim, polis boleh halang demo, tapi tak boleh ambil tindakan keatas penganjur atau peserta demo!! GILA! Mampuih la kalau macam ni!

TERKINI!! Ketua Pemuda UMNO Kedah 'TEGUR' @TanKengLiang Tentang Bantahan Hudud! @ShaifulHazizy

Posted: 25 Apr 2014 01:19 AM PDT


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah melalui Ketua Pemudanya, Dato Shaiful Hazizy telah menegur Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng
Liang atas tindakan beliau menghantar memorandum bantahan undang-undang hudud kepada pemimpin atasan Pas semalam.

"Undang-undang hudud adalah undang-undang Islam, perkara ini bukan main-main sepatutnya Tan Keng Liang berbincang dulu dengan pucuk pimpinan tertinggi BN sebelum membuat tindakan begitu"

Kata Dato Shaiful yang membuat sidang medianya di Medina Cafe bersama Ketua Pemuda Bahagian dan pelajar AIU.

Sepatutnya Tan Keng Liang mempertimbangkan tindakan tersebut dan membawa perkara ini ke meja rundingan tertinggi parti. Sambung Dato Shaful.

Teguran ini berpunca daripada tindakan Tan Keng Liang yang menghantar memorandum bantahan keatas Pas yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan semalam.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...