Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Menarik, Rahsia Di Sebalik Binaan 'Pelik' Ayah Pin!

Posted: 21 Jun 2013 08:17 AM PDT



Pengalaman Hj Lokman 'Membersihkan' Jin Di Kawasan Ayah Pin. Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama.




Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin. Ramai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. 


Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustaz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga "scan" setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau "road block" bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. 

Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau "quick survey" di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman
19 November 2010

GEMPAR!! Wahai Rakyat Malaysia! Tumbangkan Kerajaan Agenda Himpunan #Blackout505

Posted: 21 Jun 2013 05:37 AM PDT

Kemuncak perhimpunan 'Blackout 505' pada Sabtu ini adalah untuk mengadakan demonstrasi jalanan ala Occupy Padang Merbok sebelum peserta himpunan itu bergerak ke bangunan Parlimen pada Isnin depan bagi mengganggu upacara pembukaan sidang Dewan Rakyat.
Menurut sumber Pakatan Rakyat, sasaran pembangkang adalah untuk mengumpul kira-kira 500,000 orang hadir pada perhimpunan itu bagi menjayakan agenda Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Blackout 505 bukanlah bermatlamat untuk membantah keputusan PRU-13 tetapi ada agenda yang lebih besar kononnya bagi mempamerkan kuasa rakyat.
Selepas tamat perhimpunan itu, ahli dan penyokong PKR, PAS dan DAP serta gerakan mahasiswa telah diarahkan supaya tidak bersurai, sebaliknya mereka akan berkhemah sekitar Padang Merbok.
Setiap kumpulan juga akan dibekalkan dengan khemah dan makanan, termasuk minuman, yang cukup untuk bertahan selama tiga hari.
Sumber itu berkata, atas alasan berkenaan penganjur perhimpunan itu tetap mahu mengadakan demonstrasi mereka di Padang Merbok dan bukannya di Stadium Merdeka kerana ia merupakan lokasi yang strategik.
Tolak lokasi alternatif
Sebelum ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis telah menawarkan beberapa lokasi alternatif seperti di Stadium Titiwangsa, Stadium Merdeka dan Taman Rekreasi Air Panas di Setapak, tetapi terus ditolak.
"Mereka berdegil dan tidak mahu ikut arahan polis dengan alasan akan menghadapi kesukaran jika mengadakan perhimpunan itu di stadium.
"Padang Merbok dipilih kerana lebih luas dari Dataran Merdeka serta tidak tertutup, itu alasan sebenarnya dan mudah bagi mereka berarak ke bangunan Parlimen," katanya.
Menurut sumber itu lagi, pihak penganjur dengan bijak memilih lokasi strategik bagi berkumpul kerana tindakan itu dilihat mampu melumpuhkan pergerakan lalu lintas di seluruh ibu negara dan mencetuskan rasa panik dikalangan warga kota.
"Pada perhimpunan Sabtu ini, peserta dikehendaki berkumpul di tujuh lokasi iaitu Brickfields, Universiti Malaya, Jalan Pudu, Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo dan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut serta Pekeliling sebelum bergerak bersama pemimpin mereka ke Padang Merbok.
"Sebenarnya lokasi perhimpunan itu hanya sebagai tanda sahaja kerana matlamat pembangkang ialah mahu menawan jalan raya bagi tujuan menghuru-harakan kerajaan seperti pernah berlaku di Tunisia sebelum ini," katanya.
Cuci tangan
Sumber itu juga memberitahu agenda pembangkang bukan untuk mengambil alih kerajaan tetapi mendesak pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan.
Menurut beliau, semua perancangan mengenai perhimpunan itu dibincangkan dalam mesyuarat antara pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Petaling Jaya, pagi semalam.
Antara yang hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Khalid  Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Naib Presiden PKR Tian Chua, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, aktivis propembangkang Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang Adam Adli Abdul Halim.
Difahamkan, satu lagi mesyuarat membincangkan isu sama akan diadakan di tempat sama esok.
Selain itu, katanya, semua pemimpin yang hadir pada mesyuarat semalam, secara automatik adalah urus setia bagi perhimpunan itu dan anggota unit amal bersedia mengambil alih tugas memberi arahan kepada peserta sekiranya ada tangkapan terhadap ahli jawatankuasa nanti.
Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia yang memetik sumber juga berkata, selain mengadakan perhimpunan haram, ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut akan dibekalkan khemah bagi membolehkan mereka bermalam dan meneruskan bantahan sehingga Isnin depan di lokasi yang belum ditentukan.
Beliau berkata, semasa perhimpunan nanti, pemimpin pembangkang yang hadir akan memberi mandat bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.
"Selepas itu, mereka akan 'cuci tangan' dan tiada arahan bersurai akan diberikan kononnya bagi membolehkan peserta perhimpunan mengambil tindakan selanjutnya sedangkan ia taktik bagi mengelak pemimpin pembangkang terlibat dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini nanti," katanya. AP

PANASS!! Tahniah Pak Lang Mi, Timbalan Speaker Dun Negeri Kedah! #HanyaDiKedah

Posted: 21 Jun 2013 02:17 AM PDT

Datuk Azmi Che Husain kanan sekali..

Tahniah.. Satu mandat dan pengiktirafan kepada YB Datuk Azmi Che Husain diatas perlantikan timbalan speaker DUN Kedah. Semoga tanggungjawab dan kepercayaan yang diamanahkan oleh oleh rakyat akan terus terbela.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, Datuk Azmi Che Husain akan dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Kedah bagi membantu Ketua Umno Bahagian Pendang, Datuk Md Rozai Safian yang akan dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri

Pemilihan kedua-dua tokoh tersebut merupakan satu gandingan mantap berdasarkan pengalaman yang mereka miliki semasa menjadi pembangkan pada sesi DUN yang lepas. Selain untuk memastikan perjalanan sidang DUN yang lancar mengikut peraturan dan undang-undang.

Mereka akan mengangkat sumpah ada 23 Jun ini, yang juga merupakan hari perasmian sidang Dun pertama selepas pilihan raya umum ke-13.

Hebat Datuk Azmi, atau nama mesranya Pak Lang Mi. Pak Lang Mi ni banyak memberi kerjasama pada blogger sewaktu kami dedahkan balak di Gunung Inas. Kalau Pak Lang Mi tak bantu sama, rasanya tak jalan juga pendedahan tu.



McTheory:
TMK Ucapkan tahniah pada Pak Lang Mi..

TUDIAA!! Video Lebai Pas Menunjukan Kemaluannya Pada Polis? #Blackout505

Posted: 20 Jun 2013 11:37 PM PDT


Apa nak jadi dengan lebai Pas mangkuk ayun ni. Dok maki polis serupa takdak iman dan adab. Bagi Mc, bab maki polis ni, polis sendiri pun 'lemau' dengan puak-puak takdak akai. Soo.. kita abaikan bab maki tu, biar dia urus dengan Allah SWT nanti.

Dalam banyak-banyak ayat yang dia cakap, Mc cuma tertarik dengan satu ayat saja. "Rakyat bayar gaji polis"

Pehh.. banyak duit 'bapak' hang bayar gaji polis?

Berapa banyak hang bayar?

Hang ingat, hang bayar cukai, kira tu cukup untuk bayar semua dalam negara ni? Duit rakyat? Puii!


Sebelum ni Mc pernah sentuh topik duit rakyat,

Ada satu komen yang amat menarik perhatian Mc tentang duit rakyat, meh baca kat bawah ni,

Salam Mc,

aku nk bgtau istlah wang rakyat ini istilah sosialist Anwar lahanat tu. dlm Islam dipanggil wang negara. Cukai rakyat/company bayar bukan wang mereka tp kewajipan bernegara mereka sbg rakyat.

Spt wang zakat, kita bayar zakat, adaka istilah wang rakyat? Sedangkan awl2 lg dlm Islam dah 'cantas' siap2 supaya puak2 lahanat ni tk putar belit ckp wang zakat itu wang rakyat.

Wang zakat dikira wang milik Asnaf Zakat, bila seseorg itu sudah cukup syarat Zakat, automatik wang 2.5% dr yg kekayaannya itu bukan milik org tu lg.. itu wang org yg berhak tas zakat. wpun org tu belum keluarkan zakat

Jd moral dlm Islam, awal2 lg nk cantas 'ungkit2' dan bongkak, nnt xpasal2 Anwar akn ckp PUZ ambil wang rakyat..confirm dia sesat lah.

Apa macam, ada faham?

Kalau wang cukai dipanggil wang rakyat, wang zakat kita nak panggil apa?

Soo.. kalau ada pencacai atau pembingai Pakatan dok sebut pasal wang rakyat ni, cakap kat depa pi mampuih la!!

McTheory:
Kepada lebai Pas dalam video tadi, cakap kat dia, pergi terjun lombong lagi bagus dari menyusahkan orang!

PANASS!! #HanyaDiKedah Kumpulan Syiah Mula Tonjolkan Diri?

Posted: 20 Jun 2013 06:47 PM PDT



Gerakan Syiah Di Kedah -

Inilah dia wajah-wajah penganut Agama Syiah di PENDANG, KEDAH yang membuat laporan polis terhadap Ustaz Alaudin bin Dato' Abu Bakar yang berani membongkar ajaran sesat Syiah di sana. penganut Syiah ni ibarat penganut Qadiani, semakin lama semakin membiak, lepas tu mula buat masjid sendiri, buat perkampungan sendiri, buat komuniti sendiri.

Kawasan kawasan yang dikatakan mempunyai pengaruh Syiah antara kawasan paling banyak menaikkan bendera hitam seperti di Kuala Kedah, Padang Terap, Baling, Jerai dan beberapa lagi kawasan kecil di Kedah..- Sumber FB

Bendera Hitam ala bendera Iran.


Wow.. tak sangka lepas bendera hitam di pacak, kini mereka berani tonjolkan diri. Mungkin jika sebelum ini penganut Pas mengatakan syiah ini permainan politik UMNO/BN, namun kini terbukti apabila mereka sendiri tampil kehadapan.


Insyallah jika sebelum ini TMK pernah membongkarkan kegiatan syiah di Pendang dan sekitar Kedah. Lepas ini jika di izinkan, kami akan tetap mengawasi syiah di Kedah.

Perkara syiah bukan main-main, jika dibiarkan dan tidak dikawal, ia umpama barah yang akan merosakan masyarakat kita.

Penerangan bahayanya syiah perlu disebarkan lagi secara meluas, kerana tidak mahu ada diantara kita yang kurang pandai bab agama terpengaruh, lalu beriman dengan agama songsang ni.

Siapa yang tak suka bab kawin-kawin mutaah ni. Nak kawin sarung cincin ja, lepas pancut boleh cerai balik. Janji mau bayarr..

Silap nanti, orang bukan Islam pun pelik, mak aii.. senangnya orang Islam kawin yaa.. sedangkan itu ajaran syiah!!

Jadi sebelum ianya merebak dengan pelbagai ajaran yang bukan-bukan baik kita cegah dahulu!

McTheory:
Cegah sebelum parahhh..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...