UMNO Online - “Tak Mahu Bayar Caj Air : Guan Eng Takut Tembelang Pecah ‘Untung Atas Angin’” plus 9 more

UMNO Online - “Tak Mahu Bayar Caj Air : Guan Eng Takut Tembelang Pecah ‘Untung Atas Angin’” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tak Mahu Bayar Caj Air : Guan Eng Takut Tembelang Pecah ‘Untung Atas Angin’

Posted: 21 Jun 2013 03:20 AM PDT

PULAU PINANG, 21 Jun – Kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng kononnya cadangan Kerajaan Negeri Kedah mahu mengenakan caj bekalan air mentah ke atas kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak munasabah sebenarnya adalah satu taktik untuk Pulau Pinang menutup tembelang mereka sendiri.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin, Guan Eng sebenarnya bimbang tembelangnya selama tiga tahun ini menipu rakyat terbongkar apabila kerajaan Negeri kedah mengenakan bayaran pengambilan sumber air mentah dari Sungai Muda.

Jelas Shaikh, selama bertahun-tahun negeri Pulau Pinang tidak dikenakan sebarang bayaran terhadap pengambilan sumber air tersebut ini kerana semasa zaman pemerintahan BN di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

"Tetapi sejak DAP memerintah Pulau Pinang, kerajaan negeri ini telah mengenakan caj Bayaran Air Mentah (Raw Water Fee) kepada PBAPP sebanyak 3 sen semester/padu. Bayangkan betapa banyak kerajaan Negeri Pulau Pinang buat untung atas angin sedangkan mereka mengambil air secara percuma malah air tesebut bukan air negeri Pulau Pinang. Ianya adalah air negeri Kedah.

"Selepas itu, mereka mengenakan pula surcaj air kepada rakyat yang menggunakan air lebih daripada yang telah ditetapkan. Sekiranya bil air rakyat melebihi RM21.40, rakyat harus membayar 24 sen bagi setiap satu meter/padu lebihan air yang digunakan.

"Ini membawa maksud, selama ini rakyat yang membayar kos air kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri hanya kaut untung atas angin. Inilah penipuan DAP yang menindas rakyat dalam diam tetapi takyat tidak sedar hakikat ini," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, kerana hal inilah maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang takut sekiranya muslihat mereka menindas rakyat terdedah dan mereka hilang punca 'rezeki'.

Maka jelasnya, adalah tidak salah sama sekali malah amat sesuai sekali Kerajaan Negeri Kedah terus bertegas untuk mengenakan bayaran terhadap pemgambilan sumber air mentah ini.

Beliau turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kedah mengambil tindakan undang-undang terhadap Pulau Pinang sekiranya masih terus berdegil membayar premium air mentah tersebut. - MediaUMNO

SPNB Ready To Cooperate With Any Party On Building Houses For The People

Posted: 21 Jun 2013 03:14 AM PDT

BUTTERWORTH, June 21 – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) is prepared to cooperate with any government departments or agencies at the federal or state level to fund construction of houses for the people.

Its managing director, Dr Kamarul Rashdan Salleh said SPNB received many applications from the people in need of houses especially affordable houses but SPNB does not have the land for the project.

“SPNB is prepared to work with any party, and the main condition for building affordable houses is that such houses must be built on state government or federal government owned-land.

“In Penang, especially on the island, SPNB received many applications but we do not have the land but SPNB had cooperated with Penang Regional Development Authority (Perda) to build affordable houses before,” he told reporters after opening SPNB Northern Region office, here today.

The office in Taman Limbungan Indah was officiated by SPNB chairman Datuk Dr Abd Latif Ahmad.

In this regard, SPNB management planned to set up 24 satellite branches nationwide including in Sabah and Sarawak.

“Our main focus in setting up branches is to improve the efficiency of SPNB in carrying out its responsibility for the local community,” he said.

Apart from that, Kamarul Rashdan said SPNB is looking for land on Penang island to meet the needs of the people in the state for affordable houses.

SPNB had also built 556 units of affordable houses in Penang and all houses were sold out at a price of RM90,000 a unit.

“Currently there are 641 applications for affordable houses in Penang of which 222 units have been approved and built with only 32 units still under construction and are expected to be completed by the third quarter of this year with each unit costing RM65,000 of which RM20,000 is subsidised by the government.

He said SPNB was also involved in reviving three abandoned housing projects involving 2,400 units of house in three areas, Bayan Lepas, Sebarang Perai Selatan (SPS) and Teluk Air Tawar.

He said at the moment SPNB was still awaiting allocations from the government to build 115 units of houses to assist flood victims in Penang.

Gabungan NGO Islam Gesa Wujudkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kumpulan ‘Red Bean Army’

Posted: 21 Jun 2013 02:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Jun  - Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini menggesa kerajaan mewujudkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kegiatan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka ‘Red Bean Army’.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu menyiasat secara terperinci kegiatan kumpulan itu yang dikaitkan sebagai tentera siber propembangkang dan didakwa menyebarkan mesej berbaur hasutan dan fitnah bagi menggugat keamanan dan perpaduan negara ini.

“Kerajaan perlu menyiasat perkara ini dan mengenal pasti siapa dalang di sebalik pertubuhan ‘Red Bean Army’ dan tindakan tegas perlu diambil jika mereka didapati terlibat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kewujudan kumpulan itu amat membimbangkan kerana mereka mampu mempengaruhi pemikiran rakyat khususnya golongan belia melalui medium siber, khususnya laman sosial.

“Kumpulan ini banyak memainkan isu berkaitan perkauman dan kita takut mereka akan memecahbelahkan perpaduan dan menghancurkan institusi dalam negara ini,”  katanya.

Nadzim berkata pihaknya akan menghantar satu memorandum kepada Kementerian  Dalam Negeri (KDN) berhubung perkara itu secepat mungkin.

Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP Shen Yee Aun, antara yang mendedahkan kewujudan ‘Red Bean Army’ itu kepada media arus perdana dengan menggambarkan kumpulan itu sebagai warga profesional yang memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang kerajaan, tetapi juga rakyat biasa yang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Ugut Boikot Angkat Sumpah Taktik Basi Pembangkang Tutup Malu

Posted: 21 Jun 2013 02:08 AM PDT

JOHOR BAHARU, 21 Jun – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap menegaskan bahawa majoriti rakyat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, sebaliknya pihak pembangkang sahaja yang cuba memanipulasi keputusan tersebut kerana agenda kepentingan parti dan pemimpin-pemimpin mereka.

"Kita dapat lihat hari ini, khususnya di kalangan pemimpin DAP dan  PKR yang begitu beria-ria mengadakan demostrasi, mengadakan perhimpunan haram semata-mata nak menunjukkan kepada rakyat bahawa keputusan PRU lalu, tidak sah.

"Namun apa yang kita lihat, bukan semua di pihak pembangkang ini yang setuju dengan tindakan membuat demostrasi dan perhimpunan haram tersebut. Ia memberikan gambaran Anwar Ibrahim begitu terdesak untuk menjadi Perdana Menteri.

"Sebab itu kita lihat, apa juga yang dilakukannya pada hari ini termasuk cuba mempengaruhi Ahli-Ahli Parlimen untuk tidak datang mengangkat sumpah sebagainya, sedangkan dalam masa yang sama ada juga wakil atau Ahli Parlimen dari PKR sendiri yang menganggap apa yang dilakukan oleh Anwar ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan sudah semestinya atau sepatutnya dihentikan," katanya.

Beliau yang juga Ketua pemuda UMNO bahagian Sekijang berkata demikian ketika disoal mengenai desas-desus mengatakan Anwar dan ahli Parlimen dari pembangkang yang mahu memboikot Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen, Isnin ini.

Tegasnya tindakan Anwar Ibrahim dan segelintir Ahli Parlimen PKR yang tidak mahu angkat sumpah ini sengaja mahu mencabar, menggugut atau menguji sahaja, sebaliknya akan datang untuk mengangkat sumpah Isnin ini kerana budaya mencabar, mengugut ini memang cara pihak pembangkang selama ini.

Nota: Ikuti temubual antara UMNO-Online bersama Ahli Parlimen Sekijang, Saudara Anuar Manap dalam Youtube UMNO-Online.

PM Expresses Concern Over Haze Impact On School Children

Posted: 21 Jun 2013 02:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 21 – The hazardous level of haze in several areas of the country has prompted Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to express concern over the health of school children.

Schools should exercise more concern over the health and safety of students during the haze, he tweeted today.

They should act in accordance with the situation to ensure the health and safety of students, he said.

A total of 589 schools in Muar, Batu Pahat, Pasir Gudang and Pontian in Johor have closed due to the haze, which has sent the air quality there to hazardous levels.

The Air Pollutant Index in Pasir Gudang this afternoon was 323.

The air pollution level is categorised as hazardous when the reading is 301 or more; very unhealthy at 201 to 300; unhealthy at 101 to 200; moderate at 51 to 100 and good at zero to 50.

No Necessity For A Commission Of Inquiry – Abdul Aziz

Posted: 21 Jun 2013 02:04 AM PDT

MELAKA, June 21 – Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said there is no necessity for the Selangor government to set up a commission of inquiry to investigate allegations of electoral fraud and election regulation violations in the state during the 13th general election (GE13).

He said any aggrieved party or political party member could resort to the court to raise their grouses through an election petition.

“If they are dissatisfied with the way the EC conducted the GE13, they can always file an election petition.

“As for the commission of inquiry, I don’t see how the state government can conduct an investigation on the EC which was set up under the Constitution,” he told reporters after presenting appreciation certificates to election workers in Melaka today.

He was referring to Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim’s statement yesterday about the proposed commission of inquiry.

While Abdul Aziz maintained that the EC had not committed fraud or violated regulations during the GE13, he conceded that there were some weaknesses on the part of the commission during the GE13, but which did not warrant nullification of the election result.

He pointed out that the GE13 process had run smoothly, with the highest election turnout in the world, of 85 percent.

Abdul Aziz said parties or political party members must also accept the 13GE result with an open mind as it was the people’s decision, not the EC’s.

Isu Air : Kerajaan Kedah Hantar Surat Rasmi Kepada P.Pinang

Posted: 21 Jun 2013 01:33 AM PDT

JERLUN, 21 Jun –  Kerajaan Negeri Kedah akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung soal penjualan air mentah dari negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata surat yang akan dihantar dalam tempoh terdekat itu adalah proses permulaan bagi membincangkan isu tersebut sebelum rundingan dibuat antara kedua-dua kerajaan negeri.

Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri pimpinan PAS telah menghantar surat sama kepada Pulau Pinang tetapi ia hanya melibatkan Exco kerajaan negeri sahaja dan tidak sampai kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

“Saya akan lihat balik (mengenai permohonan terdahulu) dan kita akan lanjutkan perkara itu. Saya tak mahu politikkan isu air ini.

“Saya akan pastikan permohonan isu penjualan air kepada Pulau Pinang mengikut lunas-lunas perundangan dan akan berbincang perkara tersebut dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)dan Penasihat Undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Semula Rumah-rumah Siap Dibaik pulih di Wisma Umno Jerlun di sini Jumaat.

Mukhriz berkata beliau turut berterima kasih kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menyokong tindakannya untuk meneruskan tuntutan pembayaran air mentah.

Kenyataan Phahrolrazi dalam sebuah akhbar menyifatkan penjualan air mentah kepada Pulau Pinang bukan bersifat politik tetapi berdasarkan hak dan kawajaran negeri ini mendapat bayaran menerusi penjagaan sumber air mentahnya.

Mukhriz berkata pihaknya juga mahu mendengar jawapan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membolehkan isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

“Sebelum ini seorang Exco Pulau Pinang yang mewakili DAP dalam sidang Dewan Undangan Negeri telah mengemukakan isu tersebut dan mahu dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan jawapan dari kementerian terlibat.

“Saya menantikan jawapan yang bakal diberikan oleh kementerian tersebut,” katanya.

Lebih Baik Siasat Penyelewengan Di Selangor Dari Buang Masa Siasat SPR

Posted: 21 Jun 2013 01:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Kerajaan Selangor hari ini diminta agar menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembangunan negeri Selangor, daripada terus membuang masa dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan bertujuan menyiasat pelanggaran hak oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) seperti mana kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini.

Menurut Ahli Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Zohdi, kerajaan Selangor usah membuang masa rakyat di negeri ini dengan meneruskan politik ekstrem cara pembangkang dan secara berterusan menyemaikan politik kebencian di kalangan rakyat.

"Sudah-sudahlah tu. Jangan buang masa lima tahun ini untuk berpolitik sepanjang masa. Fokus pada pembangunan negeri dan rakyat.

"Kalau betul-betul kepimpinan kerajaan negeri yang diwakil oleh parti PKR tidak percaya kepada SPR, mengapa mereka angkat sumpah? Hari ini mereka sudah pun mengangkat sumpah jawatan dan ini bermakna mereka menerima keputusan PRU baru-baru ini. Nak siasat apa lagi?," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar , jika benar-benar SPR berat sebelah, Selangor tidak akan dimenangi oleh PKR kerana sudah pasti SPR akan mencatur kemenangan di Selangor  untuk kembali di bawah pemerintahan BN.

"Tapi hakikatnya, PKR berjaya memenangi PRU di Selangor. Jadi, ini adalah bukti di mana tiada sebarang penyelewengan, penipuan dan sikap berat sebelah SPR terhadap mana-mana parti politik. Jika tidak, sudah tentu SPR akan catur kemenangan BN di Selangor, kerana negeri ini merupakan antara negeri yang berpendapat tinggi di dalam negara,"ujarnya.

Katanya lagi, adalah lebih baik kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menumpukan perhatian terhadap segala permasalahan rakyat di Selangor, termasuklah menyelesaikan mana-mana janji mereka yang belum ditunaikan pada penggal yang lalu.

"Daripada membuang masa menyiasat SPR berdasarkan perkara yang tidak ada asas dan buktinya, saya rasa adalah lebih baik kerajaan negeri menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat isu-isu penyelewengan di Selangor, termasuklah isu janji-janji mereka yang masih tidak terlaksana," ujarnya. -MediaUMNO

Pembangkang Tak Perlu Bawa Isu Politik Ke Jalanan, Boleh Bahas Dalam DUN

Posted: 21 Jun 2013 12:55 AM PDT

JERLUN, 21 Jun –  Pakatan pembangkang tidak perlu membawa sebarang isu politik terutama di Kedah ke jalanan sebaliknya membawa isu berbangkit untuk dibahas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi diselesaikan.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata apabila politik di bawa ke jalanan akan berlaku huru hara sekaligus memburukkan imej negara di mata pelabur asing yang menyangka Malaysia sebuah negara yang aman.

Katanya politik pada hari ini tidak melibatkan pemimpin politik sahaja dan bila dibawa ke jalanan ia turut melibatkan anak-anak muda yang menyebabkan keadaan tidak terkawal sehingga berlaku rusuhan.

Beliau berkata rakyat tidak boleh mengambil mudah apa yang dinikmati pada hari ini kerana suasana politik yang tegang boleh menjejaskan keharmonian yang wujud di negara ini.

“Masa saya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kita berusaha tarik pelabur asing ke negara ini tetapi bila dipaparkan di televisyen mengenai rusuhan, pelabur bimbang,” katanya  selepas majlis penyerahan semula Rumah-rumah Siap Dibaik pulih di Wisma UMNO Jerlun di sini Jumaat.

Mengenai isu-isu yang mahu dibawa pakatan pembangkang, Mukhriz berkata pihaknya akan mempertimbangkan isu-isu yang dibawa pembangkang sekiranya isu tersebut isu rakyat serta mempunyai fakta yang boleh diterima.

“Kalau pembangkang bawa isu yang tidak penting dan sengaja buat kecoh dalam dewan, kita tak akan layan. Kita tak mahu buang masa sebab kita sekarang mahu tunai janji kepada rakyat.

“Saya seru kepada pakatan pembangkang kalau ada isu bangkitkan di sidang dewan secara berhemah,” katanya.

Mukhriz berkata kerajaan negeri Kedah tidak akan membenarkan berlaku sebarang perhimpunan haram seperti perhimpunan ‘Blackout 505′ oleh parti pembangkang yang boleh menyebabkan rusuhan dalam usaha memastikan negeri ini aman dan tenteram.

Katanya menerusi slogan baharu kerajaan negeri iaitu ‘Kedah Aman Makmur’, beliau mahu rakyat negeri ini terus hidup dalam keadaan aman dan mendapat faedah menerusi pelbagai pembangunan yang bakal dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada majlis penyerahan rumah tersebut, 41 buah rumah yang usang dan rosak di Parlimen Jerlun dibaiki semula pada April lepas oleh syarikat MK Land Holdings bagi membolehkan mereka yang tidak berkemampuan dapat tinggal dengan selesa.

Pemilihan UMNO Serlah Kewibawaan, Integriti dan Kesediaan Untuk Berubah

Posted: 21 Jun 2013 12:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Kesungguhan UMNO sebagai sebuah parti politik yang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi agama, bangsa dan negara agar terus relevan sepanjang zaman terbukti melalui perubahan-perubahan yang diaplikasi termasuklah pemilihan parti tahun ini, kata Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO, Nordiana Shafie.

Katanya, apabila pucuk pimpinan parti bersetuju mengguna pakai Perlembagaan yang baru bagi pemilihan kepimpinan UMNO tahun ini maka ia menunjukkan keseriusan dalam menentukan teraju tertinggi parti untuk masa akan datang.

"UMNO masih kekal relevan biarpun sudah 67 tahun dengan ia diterima oleh masyarakat termasuklah yang bukan anggota parti kerana diambil dari sudut kewibawaan dan keyakinannya sebagai untuk menjadi pentadbir di negara ini," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bulan lalu, Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan baru UMNO yang dilakukan tiga tahun lalu tetapi belum dikuatkuasakan dalam pemilihan.

"Dengan pelaksanaan ini, ia telah membuka seluas-luasnya ruang untuk memilih calon pemimpin kepada semua anggota termasuklah kepada mana-mana individu yang mahu menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon berdasarkan kepada syarat-syarat mudah.

"Ini juga adalah antara pendekatan bagi memartabatkan parti yang menjadi tunjang kepada bangsa Melayu dan sebagai penghargaan kepada semua anggotanya yang sentiasa memberi sokongan, maka mereka juga mempunyai kuasa menentukan pemimpin dari peringkat rendah hinggalah ke pusat."

Jelas beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Terengganu, dengan perubahan yang dilakukan oleh pemimpin parti maka ia mengembalikan kepercayaan rakyat dalam memastikan pemimpin yang dipilih benar-benar telus dan berintegriti.

"Golongan muda juga mempunyai peluang untuk bersama-sama kelompok atasan dengan terlibat sepenuhnya selain dapat melakukan perbandingan dengan parti-parti pembangkang yang selama ini kononnya amat telus.

"Lihat sahaja bagaimana pemilihan peringkat pusat DAP sehinggakan cara panggil mesyuarat pun dipertikai dan tidak selesai sehingga ke hari ini selain pemilihan PKR yang pernah berlaku pengiraan undi lebih daripada yang hadir; kemudian dengan mudah nak tutup kesalahan sendiri dengan tuduh SPR tidak berlaku adil, begitukah?"

Tambah beliau lagi, dengan pelaksanaan pemilihan yang lebih terbuka ini maka tentunya ia akan menyumbang kebaikan kepada parti kerana sentiasa bersedia menerima kritikan dan melaksanakan perubahan demi kesinambungan masa hadapan. - MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...