Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Video Menarik Pelancaran Markas Syiah Di Klang!!
- PANASS!! Kedah Tetap Menuntut Pulau Pinang Bayar Air!! #HanyaDiKedah
- TUDIAA!! Disebabkan Pas, KUIN Kini Nazak!!
- TUDIAA!! Gambar Menarik Guan Eng Bermesra Dengan Zahid Hamidi!!
- PANASS!! Fitnah Blogger UMNO Buat Pas Kedah Tersungkur? #HanyaDiKedah
PANASS!! Video Menarik Pelancaran Markas Syiah Di Klang!! Posted: 18 Jun 2013 08:17 AM PDT Video nie di laman youtube setelah dikongsi oleh salah seorang pengikut SYIAH MELAYU dan diupload pada tarikh 12 JUN 2013 Perhatikan : 1. Cara Syiah Melayu - Iqamat (minit 1:33) 2. Cara Solat Syiah - Solat (minit 2:28) 3. Cara Mereka Bersalaman - Bila Bertemu Sesama Ahli (minit 3:10) Pendedahan bersifat umum hanya memohon tindakan selanjutnya dari pihak berwajib serta diri kita sendiri tentang aktiviti penyebaran Syiah secara diam di Malaysia yang semakin berkembang. PIHAK BERKUASA KENA SIASAT DAN AMBIL TINDAKAN!! BAHAYA NI!! | ||
PANASS!! Kedah Tetap Menuntut Pulau Pinang Bayar Air!! #HanyaDiKedah Posted: 18 Jun 2013 05:39 AM PDT Kerajaan negeri Kedah bercadang mengadakan rundingan dengan Pulau Pinang berhubung cadangan untuk mengenakan caj bagi air mentah, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir. Sebelum ini Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, menyatakan cadangan negeri Kedah untuk mengenakan caj kepada Pulau Pinang untuk air mentah adalah "tidak masuk akal" dan sama dengan "meminta wang tanpa sebab" kerana Pulau Pinang mengambil air dari bahagiannya di Sungai Muda dan Kedah tidak mengeluarkan sebarang kos. Bagi Mukhriz pula berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah cuba membincangkan isu ini, tetapi beliau percaya ia hanya di peringkat exco dan bukan di antara Ketua Menteri dan Menteri Besar. Beliau menambah adalah adil bagi kedua-dua kerajaan negeri untuk mencapai persetujuan mengenai perkara itu. "Kita akan berunding dengan mereka dan lihat jika kita boleh mencari penyelesaian kepada masalah ini," katanya. Sebagai tindak balas, Mukhriz berkata bekalan air telah disediakan di sebelah Pulau Pinang, tetapi kawasan tadahan air atau sumbernya berpangkalan di Kedah. "Saya masih ingat ada kemarau sekali, dan Pulau Pinang telah menulis kepada Kedah meminta kita untuk melepaskan air dari empangan kami ke Sungai Muda untuk meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan. "Surat itu sendiri merupakan pengakuan bahawa bekalan air itu sememangnya berpangkalan di Kedah," katanya. Bagi pendapat Mc, perkara ini perlu diteliti oleh pakar persempadanan dan pakar sejarah. Lama mana lagi kita nak tangguh perkara yang penting macam ni. Jikalau benar air tu hak Kedah, Pulau Pinang perlu membayarnya. Takkan nak 'free' sampai kiamat kot? Dengar kata Kerajaan negeri Kedah sanggup ke mahkamah untuk selesaikan perkara ini. Bincang dulu, kalau tak dapat kata sepakat, kita bawa ke pihak ketiga, sudah tentulah mahkamah, betul? Kalau nak kata isu ini disebabkan BN menang di Kedah dan Pulau Pinang pulak Dap, pun tak betul. Sebab dari zaman Pas memerintah lagi, Azizan Razak dan Exconya Phahrolrazi pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengenakan bayaran RM30juta setahun kepada Pulau Pinang. Jadi BN Kedah hanya meneruskan apa yang patut dibuat oleh sebuah Kerajaan Negeri. Lagi pun, Pulau Pinang kan dah kaya, jadi tak salah kalau bantu negeri susah macam Kedah ni. he he he.. McTheory: Lama mana lagi nak bagi free? | ||
TUDIAA!! Disebabkan Pas, KUIN Kini Nazak!! Posted: 18 Jun 2013 12:33 AM PDT Kerajaan Kedah terpaksa menanggung perbelanjaan dan membayar gaji kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd, walaupun anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu sepatutnya menjana pendapatan sendiri. Tak pernah dengar KUIN untung selepas Pas menawan Kedah. Malah semakin hari, semakin banyak pula masalah yang dihadapi! Menyatakan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata kerajaan negeri terpaksa menanggung kos berkenaan buat sementara waktu sehingga satu keputusan mengenai status Insaniah Holding dibuat dalam tempoh terdekat. "Masalah gaji kakitangan Kuin yang sebelum ini selalu lewat dah selesai. Cuma ada sikit lagi melibatkan gaji staf. "Sepatutnya syarikat Sdn Bhd ni meniaga, takkan kita nak bayar sebab staf tidak terikat dengan pengambilan kerajaan," katanya lagi. Beliau mengulas perkembangan terkini Kuin ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pelajaran Mara dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara. Tajul Urus berkata, bagi belanja mengurus serta membayar gaji dan elaun lebih 100 kakitangan Insaniah Holdings sahaja, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan kos lebih RM0.5 juta setiap bulan. "Insaniah Holdings sepatutnya bukan di bawah tanggungan kerajaan negeri kerana ia adalah cabang perniagaan Kuin, tapi kita faham masalah kakitangan Insaniah Holdings ni. "Pihak saya kini sedang menyusun untuk mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin dalam masa terdekat untuk bincangkan masalah ini, sama ada nak teruskan Insaniah Holdings ini atau ubah suai, ambil alih atau tutup terus," katanya. Sementara itu, mengenai dakwaan kononnya kerajaan negeri ingin menswastakan Kuin, beliau berkata tidak pernah ada sebarang keputusan mengenai tindakan berkenaan. Beliau berkata, kerajaan negeri kini memberikan sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah dan kelemahan Kuin supaya kolej universiti itu dapat bergerak lancar dan menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka khususnya di negeri ini. | ||
TUDIAA!! Gambar Menarik Guan Eng Bermesra Dengan Zahid Hamidi!! Posted: 17 Jun 2013 09:12 PM PDT Siapa sangka musuh politik boleh bermesra bila berjumpa. Kita yang dibawah ni asyik bergaduh. Sedangkan orang atas boleh pulak jumpa bergelak sekali. adehh.. Itu terjadi di Pulau Pinang apabila menteri KDN yang baru, Zahid Hamidi dan Guan Eng bersama-sama melihat lokasi malapetaka runtuhan rod penebat kilat bangunan umno di jalan Mclister. biar gambar berbicara. politik-politik lah.. hal malapetaka dan bencana tolak dulu ego. sama-sama berganding bahu untuk menyelesaikannya, betul!! Nak tengok gambar lagi boleh klik sini McTheory: Tapi tengok muka Guan Eng macam hipokrit saja pun. he he.. | ||
PANASS!! Fitnah Blogger UMNO Buat Pas Kedah Tersungkur? #HanyaDiKedah Posted: 17 Jun 2013 05:47 PM PDT
Mengamuk blogger dan troopers Pas Kedah, bila Mc mendedahkan Zul Ya, bekas Ketua unit penerangan negeri Kedah dan juga Ketua blogger Pas Kedah mendapat gaji RM8000 sebulan. Bukan mengamuk marahkan Mc, tapi mengamuk marahkan Pas Kedah kenapa habiskan duit yang banyak pada manusia yang tak sehebat mana. RM8000 sebulan tu, boleh diberikan pada 4 orang lagi blogger atau troopers dengan gaji rm2000. Selama Mc jadi blogger pro UMNO ni, Mc kerap berdepan dengan blogger Pas Kedah dalam pelbagai isu. Tapi tak ada satu isu pun yang depa bawa, boleh membuat kami cemas. Maksud kami tu, Mc dan TMK la. Cemas dalam erti kata, isu yang boleh melumpuhkan sokongan rakyat kepada UMNO/BN di Kedah. Bila kami dedahkan kebenaran dalam blog, seperti mana balak di Gunung Inas, sungai kotor dan sumber air tercemar. Blogger Pas hanya tuduh kami fitnah. Kami bawa bukti gambar dan video untuk tunjuk benda tu betul, malah ada interview dengan orang kampung, tapi Pas hanya spin dengan kata kami fitnah saja. Bila benda betul dikatakan fitnah, ia akan buat orang kampung marah! Bila kami dedahkan pada orang kampung Iboi tentang Pas kata kami fitnah. Sedangkan benda tu betul, marah la orang kampung pada Pas! Hasilnya ialah, DUN Bayu tetap milik BN, DUN Kupang BN sapu. Malah Parlimen Baling pun BN menang dengan majoriti yang agak baik! Itu dipanggil 'cywar' guna kebodohan lawan, untuk jatuhkan lawan sendiri! Jangan fikir TMK ni hanya bergerak di alam maya. Kalau kami hanya bergerak di alam maya, macam mana kami boleh turun ke lapangan untuk buat temubual, ambil gambar dan korek isu? Bukan nak kata kami ni bagus, takkk.. ianya hasil kerjasama jentera konvesional dengan media baru. Kalau kita tak kerjasama dan masing-masing nak buat kepala sendiri, rasanya sampai bila pun kita takkan jadi kuat! Berbalik pada jentera media maya Pas Kedah. Zul Ya tu dah tua, tak sesuai untuk kendalikan media maya ni. Perlukan orang muda, lagi satu, tolong jangan jawab isu dengan perkataan fitnah, sebab sekali dituduh fitnah, tapi benda tu betul, kesannya pada orang yang jadi mangsa, ia akan benci Pas seumur hidup! Kalau nak tuduh fitnah, bolehh, tapi buktikan ianya fitnah, bukan main jawab sembrono dan tuduh fitnah. Itu pun nak kena ajar? Kata orang, Pakatan hebat sangat dalam media maya, tapi awat macam tak hebat saja pun. he he he.. Bak kata orang, teknik peperangan media maya ni licik. Duit banyak tak guna kalau tak pandai handle jentera, betul tak Zul Ya? McTheory: He he he.. panas lagi puak Pas dengan aku nanti!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment