UMNO Online - “Erdogan, Anwar Dan Perhimpunan Rakyat” plus 9 more

UMNO Online - “Erdogan, Anwar Dan Perhimpunan Rakyat” plus 9 more

Link to UMNO Online

Erdogan, Anwar Dan Perhimpunan Rakyat

Posted: 18 Jun 2013 04:26 AM PDT

Zaman media alternatif ini ialah zaman protes. Di sana sini orang berkumpul memprotes sasaran. Dalam kemelut ini, elok juga dibuat perbandingan antara protes di Turki dengan Malaysia.

Recep Tayyip Erdogan disebut-sebut orang sebagai kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nama Erdogan dan Anwar diperkatakan dalam rangka perjuangan, sekurang-kurangnya bagi para pengikut mereka.

Dari sudut musuh, mereka ialah penyakit hati yang perlu ditentang habis-habisan. Seterusnya, bagi peminat dan pembicara politik yang rasional, mereka berdua dikatakan politikus. Mereka disenangi oleh pembicara, kerana mereka menghasilkan isu.

Kini di Malaysia orang suka membuat perbandingan antara Anwar dengan Erdogan. Mereka berdua tentulah lebih baik jika dibandingkan dengan ahli politik lalang dan pelawak politik bermodalkan hamun.

Perjuangan Erdogan, menurut sesetengah orang ialah "…to push conservative Islamic values on the constitutionally secular nation." (New Straits Times, 12 Jun 2013). Kelebihan beliau selaku pejuang terbukti apabila beliau menempelak Shimon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia 2009.

Sebenarnya kedudukan Anwar dan Erdogan tidak sejajar, malah terbalik. Anwar ialah pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu politikus yang menentang kerajaan, manakala Erdogan ialah pemimpin kerajaan melalui Adalet Kalkinma Partisi (AKP). Seorang penentang, manakala seorang lagi pemerintah.

Jika Anwar berjaya mengetuai kerajaan, barulah mereka berdua ada persamaan. Saya mahu menegaskan inti politik demokrasi, iaitu Erdogan ditentang rakyat kerana beliau ketua kerajaan. Alasan penentangan yang bermula Mei lalu ialah isu Taman Gezi di Istanbul.

Penentangan membesar, sehingga tiada sesiapa akan percaya bahawa isu itu ialah alasan sebenarnya. Erdogan mahu mengubah gaya hidup di negaranya. Di Malaysia kini, Datuk Seri Najib Razak juga ditentang sejumlah penunjuk perasaan.

Sejarah permainan politik sentiasa membuktikan tidak muncul tokoh politik yang diterima semua pihak. Oleh yang demikian, saya kira amatlah berguna kita mengambil sikap objektif dengan mempertimbangkan semua faktor (consider all factors).

Sejarah permainan politik sentiasa membuktikan tidak muncul tokoh politik yang diterima semua pihak. Oleh yang demikian, saya kira amatlah berguna kita mengambil sikap objektif dengan mempertimbangkan semua faktor (consider all factors).

Protes berjalan terus, baik di Turki mahupun di Malaysia. Di Turki, di luar soal Taman Gezi, hasrat Erdogan melaksanakan hukum Islam tidak disenangi sejumlah rakyat. Erdogan tentulah berpengalaman untuk menghadapi penentangan, namun kerajaannya terpaksa memilih cara yang kira-kira sama seperti dilaksanakan Malaysia.

Dapat dikatakan, cara kerajaan Malaysia dianggap betul oleh kerajaan Turki. Erdogan di Turki secara tidak langsung mengatakan bahawa cara lain tidak ada. Memang, dalam menghadapi rusuhan, cara yang terfikir oleh sejumlah pemerintah ialah penggunaan gas pemedih mata, dan penangkapan.

Jika pada masa ini Anwar menjadi perdana menteri, dan berlaku rusuhan, kita tidak dapat membayangkan beliau akan memilih cara lain. "There is a limit to my patience" dan "Those who do not respect this nation's party in power will pay a price ", demikian penegasan Erdogan (New Straits Times, 11 Jun 2013).

Mana-mana pemerintah pun akan berkata kira-kira begitu kepada kumpulan penentang. Tindakan polis dalam perkara ini perlu, kerana penentangan berterusan akan menuju ke arah anarkisme.

Pihak yang menentang Erdogan mahu beliau meletakkan jawatan. Mereka mengatakan Erdogan menekan wartawan. Ternyata, muncul kumpulan yang mahu menjatuhkan kerajaan tanpa melalui peti undi.

Di Malaysia pun muncul kilatan idea begitu, iaitu apabila kita mendengar suara mengatakan Negara Dunia Ketiga tidak akan berjaya menukar kerajaan melalui peti undi.
Untuk Malaysia, pandangan seperti di atas sebenarnya boleh dicabar.

Kita dapati, walaupun kerajaan Malaysia masih di bawah Barisan Nasional, kuasa undi rakyat adalah kuat. Kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor tetap berada di tangan Pakatan Rakyat. Jadi, jelaslah kuasa rakyat memang kuat.

Dalam ruangan ringkas ini, elok saya simpulkan buat sementara, bahawa aneka hujah akan dibangkitkan untuk menyokong kegiatan perhimpunan menentang kerajaan. Erdogan bukan senasib dengan Anwar, tetapi senasib dengan Najib.

Pada masa ini, Erdogan bertekad mempertahankan kedudukan, dan Najib juga demikian. Mereka berdua perlu berfikir secara mendalam untuk memilih jalan terbaik menghadapi kemelut yang tampaknya berlarutan.

Rahman Shaari (anwaraidc.com)

Pemilihan Pas : Makin Nyata Anwarinas vs Pro-Ulama

Posted: 18 Jun 2013 04:24 AM PDT

Walaupun deman pilihanraya umum ke-13 telah berlalu, namun masih ramai yang begitu berminat untuk memperkatakannya.

Ada yang terkejut dengan keputusan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat dan tidak kurang juga ada yang 'gila meroyan'apabila melihat penolakan rakyat yang masih meletakkan harapan kepada parti pemerintah.

Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang masih cuba menagih sisa-sisa simpati dari kalangan pimpinan pakatan pembangkang agar mengambil pendekatan yang selari dengannya agar menolak keputusan pilihanraya yang lalu.

Ibarat ular yang telah kehilangan bisanya, gesaan yang dibuat oleh Anwar itu, gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Bila mana rata-rata pimpinan di Pas dan DAP membuat kenyataan yang bertentangan dengan kehendak ahli parlimen Permatang Pauh itu. Tambah memeranjatkan apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melalui laman twitter yang secara sinis menyelar tindakan Anwar itu.

Ini kerana, keputusan pilihanraya yang lepas, hanya membuktikan bahawa Anwar bukanlah seorang pemimpin 'Anugerah Tuhan' seperti yang didakwa tetapi lebih merupakan 'Bapa Segala Penipu'.

Sebagai contoh, ekoran sokongan membabi buta yang diberikan oleh Pas kepada Awar telah menyebabkan parti itu mengalami kemerosotan yang ketara.

Malah hasil analisa yang dilakukan, jelas memperlihatkan kemerosotan yang ketara apabila beberapa pemimpin tertinggi Pas tewas kepada calon BN termasuk Timbalan Presidennya Mohamed Sabu di Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub di Johor, Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya, AJK Kerja Pas Pusat dan Dr Dzulkefli Ahmad di Selangor.

PRU13 menyaksikan PAS kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandingi nya apabila hanya mampu peroleh 21 kerusi Parlimen sahaja. Ia sekali gus memperlihatkan kemerosotannya berbanding pada 2008 apabila parti itu kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen ditandingi nya dan berjaya memperoleh 23 kerusi.

Ada yang mengatakan ia disebabkan kerana Pas terlalu mengikut rentak politik rakan di dalam pakatan pembangkang sehingga terpaksa menggadaikan agenda perjuangan Islam yang dipertahankan selama ini.

Namun tidak kurang juga ada yang mengatakan ia adalah sebahagian dari gerak kerja 'pemutihan' yang cuba dilakukan oleh kumpulan yang pro-ulama.

Ini kerana ramai melihat kekalahan calon daripada kumpulan 'Erdogan' ini adalah kerana faktor 'Anwarinas' yang di lihat menjadi parasit di dalam parti itu.

Walaupun masih ramai di kalangan mereka yang dilihat 'terselamat' namun pemilihan parti yang dijadualkan pada tahun ini akan menjadi titik penentu kepada nasib kumpulan ini.

Malah kekalahan beberapa pemimpin itu dikatakan telah berjaya melemahkan kelompok 'Anwarinas' dan bakal menyaksikan kumpulan pro-ulama kembali menguasai parti setelah melihat hala tuju yang terumbang-ambing akibat pengaruh kelompok terbabit.

Seterusnya peningkatan pengaruh dan sokongan fahaman Syiah yang terpesong daripada Ahli Sunah Wal Jemaah di dalam parti itu juga merupakan antara kegusaran yang melanda kumpulan pro-ulama.

Apa pun keputusannya bersamalah kita tunggu dan saksikan pertembungan antara dua kelompok ini.

Apakah kelompok Endorgan yang dipengaruhi oleh ideology 'Anwarinas' dan Islam Liberal kembali berkuasa di dalam Pas atau berjaya disingkirkan oleh kelompok pro-ulama.

Ini kerana keputusan pemilihan parti itu sudah pasti akan mengubah landskap politik negara yang selama ini terkongkong dengan isu-isu berkaitan Anwar.

mykmu.net

Baling Kerusi, Undi Terlebih, Salah Kira.. Itu Baru Betul Main Tipu

Posted: 18 Jun 2013 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Hidayat Mohd Shariff membidas Pakatan Pembangkang yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan dengan menyifatkan desakan itu sebagai satu tindakan yang memalukan pembangkang sendiri.

Jelas beliau, pakatan pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) patut menyuluh muka mereka di cermin terlebih dulu sebelum meminta Tan Sri Aziz meletakkan jawatan sebagai pengerusi SPR.

"Saya tak nampak di mana salah SPR sehingga mereka desa pengerusi badan tersebut meletakkan jawatan. Jika mereka kata SPR tak betul, sepatutnya Pakatan tidak boleh menerima kemenangan mereka di tiga buah negeri dalam PRU ke 13 baru-baru ini.

"Kalau kita lihat keputusan pilihanraya baru-baru ini, BN tidak dapat majoriti dua pertiga. Bahkan kerusi yang dimenangi pakatan juga meningkat. Jika SPR tidak telus dan menyebelahi BN, sudah tentu BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam PRU yang lepas," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jika mahu bercakap soal ketelusan menurutnya lagi, kepimpinan pembangkang terutama PKR dan DAP jangan buat-buat lupa berapa banyak penyelewengan yang berlaku ketika proses pemilihan parti mereka.

"Kepimpinan PKR jangan buat-buat lupa berapa banyak berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemilihan cabang dan ranting PKR. Kalau tak berlaku penyelewengan, masakan sampai ahli-ahli PKR bergaduh sesama sendiri sampai berlakunya acara baling kerusi?

"Itu belum lagi kita cerita tentang ada dakwaan individu yang bukan ahli dibenarkan mengundi ketika proses pemilihan PKR. Malah ada juga isu kertas undi yang tidak sah tetapi diterima oleh kepimpinan tertinggi PKR.

"Kalau mahu dibandingkan dengan SPR, penyelewengan ketika proses pemilihan parti PKR 100 kali lebih teruk lagi. Begitu juga dengan pemilihan CEC DAP. Ia lebih memalukan apatah lagi ia berlaku di dalam sebuah parti yang konon-kononnya bersih dan telus," tegasnya.

Beliau seterusnya menasihati kepimpinan pembangkang agar  terlebih dulu membetulkan proses pemilihan di dalam parti masing-masing yang diselubungi oleh penyelewangan dan salah guna kuasa, sebelum menuduh pihak lain tidak telus, menipu dan sebagainya. -MediaUMNO

Gara-Gara Perhimpunan 505, Kemelut Pas Makin Parah, Ahli Makin Pening

Posted: 18 Jun 2013 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Jun – Ahli dan penyokong Pas nampaknya makin pening dan bercelaru gara-gara pertentangan pendirian pimpinan parti terbabit berhubung himpunan anjuran pembangkang bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu pada Sabtu ini.

Jika sebelum ini kepimpinan tertinggi Pas mengatakan bahawa parti itu tidak akan memaksa ahli dan penyokongnya untuk turut serta dalam himpunan itu, terbaru Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula mahu semua ahli hadir kerana sebarang tindakan untuk tidak turut serta dianggap sebagai satu pengkhianatan.

Mengulas perkara tersebut Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata pertembungan pendapat tersebut memperlihatkan betapa kemelut dalaman Pas semakin sukar untuk ditutup lagi..

Soal beliau apakah Pas mampu lagi bermain wayang untuk menutup konflik dalaman yang semakin hari semakin membusuk di dalam parti tersebut.

"Inilah hakikatnya. Yang seorang kata begitu dan yang seorang lagi kata begini… Dan masuk pimpinan lain pula kata begitu….. Kita yakin keadaan ini akan berterusan dan bertambah rebut terutama menjelang pemilihan Pas pada masa akan datang," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tegas  beliau lagi perkembangan tersebut juga bakal menyerlah Pas berdepan retak menanti belah.

"Kebersamaan Pas bersama sekutunya dalam pakatan pembangkang sebenarnya menjadi satu liabiliti kepada parti tersebut. Banyak masalah yang bakal melanda mereka dan kita tunggu dan lihat satu persatu selepas ini.

"Justeru jalan terbaik adalah parti tersebut keluar daripada gabungan berkenaan dan mereka perlu nampak perkara ini. Kepada rakan-rakan dalam parti tersebut, sudah jelas dan nyata Pas hari ini hanya mengejar kuasa semata-mata", ujarnya.

Memetik laporan media, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din mahu mendapatkan penjelasan Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang menyelar para pemimpin parti itu sebagai pengkhianat jika tidak menyokong himpunan anjuran pembangkang bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu.

Oleh itu, Haron menegaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Husam dalam masa terdekat sebelum memberikan reaksi terhadap kenyataan pemimpin berkenaan.

Dalam masa sama, beliau meminta ahli Pas supaya mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak memaksa ahli parti tersebut menyertai perhimpunan sebegitu yang dianggap sebagai pendirian tidak rasmi parti. -MediaUMNO

Datuk Jahara Cipta Sejarah, Dilantik Ketua Pembangkang Pulau Pinang

Posted: 18 Jun 2013 02:43 AM PDT

GEORGE TOWN, 18 Jun  - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Air Tawar Datuk Jahara Hamid dilantik ketua pembangkang Pulau Pinang yang baharu, menggantikan Adun Penaga Datuk Azhar Ibrahim yang bersara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata sebelum ini, pihaknya mengenal pasti beberapa calon untuk mengisi jawatan itu dan mengemukakannya kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Setelah menunggu keputusan dari pucuk pimpinan, kita sudahpun mendapat keputusan bahawa Perdana Menteri telah memberi persetujuan memilih Jahara sebagai ketua pembangkang.

“Kita amat gembira dengan pelantikan itu kerana ia menjadi sejarah di Malaysia apabila wanita dilantik sebagai ketua pembangkang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata pelantikan Jahara juga membuktikan UMNO mengiktiraf pemimpin wanita.

Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang juga memberi kepercayaan penuh kepada Jahara melakukan yang terbaik untuk rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Kita yakin dan percaya Jahara akan dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya, serta menjadi wakil untuk semua kaum di negeri ini dalam apa jua isu untuk disuarakan di dalam DUN, dan pemilihan beliau dibuat berdasarkan pengalamannya dalam bidang politik,” katanya.

Jahara, yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Sukan kerajaan negeri semasa BN memerintah Pulau Pinang, merupakan wakil rakyat bagi Teluk Air Tawar sejak lima penggal lepas.

Election For MIC President’s Post Set For Sept 22

Posted: 18 Jun 2013 02:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 18  - The MIC has set Sept 22 as the date for the eagerly awaited election for the post of MIC President.

MIC President Datuk Seri G. Palanivel said election for all posts would be held by this year in accordance with the requirement by the Registrar of Societies (ROS).

“I met the ROS twice after the 13th General Election and they have advised to hold the election by this year,” he told reporters at the MIC headquarters after chairing a MIC Central Working Committee meeting, here, today.

He added that the CWC had decided to have the election for the post of President on Sept 22 and nomination for the post on Sept 1.

Election for the posts of Deputy President, three vice presidents and 23 CWC members would be held in November or December, he said.

Palanivel said all 3,900 MIC branches must hold their annual general meeting by Aug 4.

“The election for divisions will start by the end of September and continue till October…the division election will be carried out state by state during the period,” he said.

The last time the MIC had its election was in 2009 when former President Datuk Seri S.Samy Vellu won the post unopposed.

In 2010, Samy decided to resign and handed the baton to Palanivel who was then his deputy.

The MIC should have held its election last year but was shelved to focus on the 13th General Election.

Meanwhile, Palanivel said if elected this year, it may well be his last term in office as President.

“If I am retained, it will be my last term…after that I will step down, because now I’m already 64,” he said.

Isu Dakwat Kekal Tak Lagi Relevan, Berapa Ramai Kena Tangkap Undi Dua Kali?

Posted: 18 Jun 2013 01:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Dakwaan Pakatan Pembangkang berhubung isu dakwat kekal dianggap tidak lagi relevan memandangkan sehingga ke hari ini tidak ada sebarang bukti yang dikemukakan oleh pembangkang berlakunya kejadian mengundi dua kali disebabkan oleh dakwat kekal yang mudah luntur.

Menurut Pengerusi Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, setakat ini tidak ada sebarang bukti yang menjadi asas kepada dakwaan Pakatan Pembangkang berhubung kepada kegagalan dakwat yang didakwa mereka tidak kekal dan mudah luntur dari jari pengundi.

"Biarpun ada dakwaan dakwat itu tidak kekal tetapi ia tidak menjadi sebarang isu besar sekiranya tidak ada kejadian mengundi dua kali. Kita perlu ingat, dakwat kekal itu hanyalah satu elemen keselamatan tambahan yang didesak oleh Pakatan agar ia digunakan ketika PRU.

"Pembangkang hari ini cuba mainkan isu dakwat tersebut tidak kekal tetapi mereka hingga hari ini tidak dapat buktikan sebarang kejadian mengundi dua kali akibat kegagalan dakwat itu kekal di jari pengundi," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu katanya, isu dakwat kekal ini tidak boleh dijadikan dasar hujah bahawa berlakunya penipuan dan penyelewengan undi dalam PRU ke 13 baru-baru ini.

"Isu dakwat kekal ini sama seperti isu blackout, isu kotak undi, isu 40 ribu warga Bangladesh, yang sehingga ke hari ini tidak ada bukti sama sekali yang dikemukakan oleh pembangkang untuk mengesahkan dakwaan mereka.

"Sebaliknya, SPR pula  yang mengesahkan bahawa gambar yang menunjukkan berlakunya blackout ketika pengiraan undi itu adalah gambar lakonan yang dibuat-buat oleh pembangkang," jelasnya lagi.

Justeru itu beliau meminta agar rakyat di negara ini tidak tertipu dengan permainan licik politik pembangkang yang sanggup menabur fitnah dan cerita-cerita yang tidak benar untuk memburukkan kerajaan yang ada hari ini.

"Pembangkang sehingga ke hari ini tidak habis-habis memfitnah dan membuat tohmahan tentang keburukan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya untuk membentuk persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.

"Tetapi sehingga ke hari ini, kita lihat mereka hanya bercakap kosong tanpa disertai sebarang bukti apa yang mereka dakwakan itu. Mereka pusing keliling negara, cakap itu dan ini pada rakyat tapi semuanya kosong.

"Pembangkang berpolitik bukanlah untuk membantu rakyat, tetapi mempergunakan rakyat untuk kepentingan agenda politik peribadi mereka," tegasnya. -MediaUMNO

Skuad Khas Tangani Masalah Jenayah, Vandalisme Di Laluan Motosikal

Posted: 18 Jun 2013 01:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyarankan satu skuad khas dibentuk bagi menangani masalah jenayah dan vandalisme di laluan motosikal.

Beliau berkata skuad tersebut boleh membabitkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). Bagaimanapun, beliau tidak menghurai lanjut mengenai perkara itu.

Hasil tinjauan di laluan motosikal di sini, Hishammuddin berkata beliau melihat banyak kemudahan asas seperti lampu dan pembahagi jalan rosak selain jenayah samun yang mengancam keselamatan penunggang motosikal terutama pada waktu malam.

“Saya difahamkan penghadang jalan.. ‘wiring’..(pun boleh) hilang (akibat) budaya Vandalisme dan kecurian,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan, di sini.

Melalui tinjauan itu juga, katanya, beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan antaranya menambah baik laluan dan tebing cerun, menyelenggara rumah pam di terowong dan kawasan yang ditakungi air serta menyelenggara lampu jalan di lorong motosikal.

DUN Sabah Belum Buat Keputusan Kedudukan Ketua Pembangkang

Posted: 18 Jun 2013 01:15 AM PDT

KOTA KINABALU, 18 Jun –  Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah belum membuat keputusan berhubung kedudukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ketua pembangkang.

Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Johnny Mositun berkata, pihaknya belum menerima surat rasmi mengenai pelantikan ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini DUN belum menerima surat rasmi siapa wakil rakyat yang diputuskan pembangkang untuk menjadi ketua.

“Maka dengan ini, tiada ketetapan bahawa (Adun) Klias adalah ketua…kita tidak anggap ketua (pembangkang),” katanya persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa.

Terdahulu, Lajim bertanya kepada Johnny mengenai pelantikan beliau selaku ketua pembangkang di dewan ini sepertimana yang disyor pembangkang.

“Timbalan Speaker harus membuat syor dan keputusan sekarang dan bila akan mengumumkan keputusan untuk menjelaskan kedudukan konsensus yang telah dibuatpembangkang,” kata Lajim.

Christina Liew (PKR-Api Api) kemudian bangkit dan berkata, Setiausaha PKR Sabah Dr Roland Chia telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha DUN, Datuk Bernard Joseph Dalinting minggu lepas berhubung keputusan itu yang dibuat menerusi kaedah pemilihan konvensional.

Anwar Tak Perlu Terus Jadi Kartun, Buat Cerita Lawak

Posted: 18 Jun 2013 01:13 AM PDT

TEMERLOH, 18 Jun – "Anwar boleh lantik siapa sahaja yang dia mahu sebagai speaker dan kita akan terima tapi tunggu dia jadi Perdana Menteri. Sekarang dia perlu hormat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak".

Timbalan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mantan hakim mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke 13.

Jelas Sharkar selanjutnya, Anwar tidak perlu jadi kartun atau buat cerita lawak kerana dia pasti akan malu sendiri apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

Sebagai individu yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, seharusnya Anwar lebih bijak mengeluarkan kenyataan dan tahu bagaimana Yang diPertua Dewan Rakyat dilantik.

"BN sebagai kerajaan yang memerintah maka terpulanglah kepada kita untuk melantik siapa jadi Speaker. Kita tahu siapa yang layak dan tidak layak. Sebelum ini, dia juga yang cakap tidak terima keputusan PRU-13, kemudian mahu boikot Parlimen, sekarang dia pula sibuk mahu mencadangkan siapa patut jadi Speaker.

"Nampak sangat kemaruk untuk jadi Perdana Menteri… Sebenarnya, bagi saya Anwar rasa malu dengan penyokong sendiri kerana sebelum ini dia amat yakin dapat jadi Perdana Menteri. Bila kalah maka terpaksalah dia mereka 'drama' terbaru untuk tutup malu," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya lagi, Anwar perlu belajar untuk hormat orang lain dan jangan terlalu taksub mengejar jawatan sehinggakan semua perkara hendak dicampur tangan kononnya apa yang dicadangkan olehnya adalah yang terbaik.

“Sekiranya kerajaan sedia ada tidak menerima cadangannya maka perkara tersebut akan dijadikan 'peluru' untuk dicanangkan kepada rakyat memburukkan imej kerajaan”, ujarnya. - MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...