CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[DICABUL] Pelakon Baru Repot Polis Diraba Pengarah Drama

Posted: 18 Jun 2013 02:28 AM PDT


PETALING JAYA: Seorang pelakon baru Ffarrah Ismail membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama yang juga ahli persatuan seni.

Ffarrah, 22, berkata, dia terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi dirinya agar tidak terus dilakukan seperti itu selain bimbang selepas menerima ugutan.

"Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang kes itu akan berulang selain takut diugut pengarah drama itu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara di sini kira-kira pukul 8.30 malam, Isnin.

Pelakon itu berkata, kejadian berkenaan berlaku antara Januari dan Februari lalu ketika dia terlibat dalam pembikinan sebuah drama arahan pengarah berusia lingkungan 60 tahun tersebut.

Katanya, kejadian berlaku ketika pengarah itu mendesak untuk menghantarnya pulang ke rumah dan cuba meraba bahagian dadanya ketika mereka dalam kenderaan.

"Pada mulanya saya menolak apabila dia hendak menghantar saya pulang selepas habis penggambaran tetapi saya terpaksa akur juga akhirnya. Ketika dalam perjalanan dia cuba meraba saya," ujarnya

Ujar Ffarrah lagi, selepas dia menegur perbuatan itu, pengarah berkenaan mengugut untuk memusnahkan masa depannya sebagai pelakon selain meminta agar tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa.

"Saya bimbang dia akan guna pengaruhnya untuk menyekat periuk nasi saya kepada syarikat produksi lain kerana saya tidak menuruti kehendaknya.

"Bagaimanapun selepas mendapat nasihat daripada pelbagai pihak termasuk rakan—rakan, saya tampil membuat laporan polis walaupun kes ini sudah berlalu kira-kira empat bulan lalu," katanya.

Ffarrah yang pernah membintangi drama Siti Kelembai, Barakah dan Cinta Puteri Salju itu, berkata, dia serik untuk menjadi seorang pelakon dan berharap kejadian berkenaan menjadi iktibar kepada pelakon baru lain.

"Saya tak sangka untuk menjadi pelakon perlu berhadapan dengan cabaran seperti ini. Jangan ingat saya seorang wanita yang murah dan mudah memberi apa yang diinginkan," katanya.

[BENARKAH?] Tawaran nikahi gadis Syria 15-20 thn - RM 4420 sahaja TERSEBAR DI INTERNET

Posted: 17 Jun 2013 11:25 PM PDT

Tawaran nikahi gadis Syria 15-20 thn - RM 4420 sahaja

Pengumuman PENTING - Ikhwan Mesir menawarkan kepada sesiapa yang sanggup/berminat untuk menikahi gadis-gadis Syria yang berusia antara 15 - 20 tahun dengan mahar USD 40 sahaja. Kini mereka berada di masjid-masjid di sekitar Kaherah.
 
Sesiapa yang berminat, ikhlas dan berkemampuan bolehlah berurusan dengan Ust Azizul di nombor 0199544780.

Kos keseluruhan yang perlu ditanggung ialah seperti berikut:

1. mahar RM 120
2. Tiket kapal terbang RM 2000
3. Kos kendduri kecil-kecilan RM 2000
4. Upah kadi RM 300
Jumlah RM 4420
Berita yang tersebar sejak semalam ini masih belum disahkan. Adakah individu yang dinyatakan sebagai Ust Azizul itu tidak wujud sebenarnya?
Admin cuba mendail nombor telefon yang dinyatakan namun tidak dapat dihubungi. Diharap perkara sebegini yang mungkin hanya untuk main-main dan membuat lawak tetapi ia sepatutnya tidak dijadikan peluang untuk memburuk-burukkan sesiapa.
 
 
 

[HUSAM BUAT FATWA] JIKA MATI SERTAI BLACKOUT505, KITA MATI SYAHID FI SABILLAH

Posted: 17 Jun 2013 06:49 PM PDT


KOTA BHARU: Para pimpinan PAS menggesa seluruh ahli dan penyokongnya agar turun ke Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir Black505.

"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua para pemuda agar jangan ragu untuk menyertainya.

"Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," tegas Husam Musa.


Tetapi, kata Husam, tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini.

"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.

"Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.

"Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," tegas beliau.

Menurut Husam, semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak boleh berdiam diri dengan penipuan yang dilakukan dalam pilihan raya umum lalu.

"Kalau kita berdiam diri kerana telah menang menguasai kerajaan (negeri), kita pengkhianat kepada perjuangan," kata Husam.

Sehubungan itu beliau bersyukur kerana semua hadir dalam pertemuann yang diadakan ini termasuk wakil kerajaan negeri Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yakin undi yang diberikan oleh penyokong adalah untuk perjuangan bukan untuk mana-mana individu.

Husam juga menjelas, tujuan diadakan himpunan Black505 adalah untuk mencegah kemungkaran sebagaimana yang diminta oleh Allah.

Oleh itu, katanya, rakyat perlu bangkit menentangnya bagi memastikan penipuan tidak lagi berlaku dalam pilihan raya ke 14 dan 15 nanti.

Dalam ucapan itu juga, Husam berkata, tidak mustahil Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

"Kalau pengerusi SPR tak nak letak jawatan, Najib kena letak jawatan. Kalau kedua-dua letak jawatan, Alhamdulillah, itu lagi baik.

"Atas sebab itu, tidak mustahil Najib letak jawatan," tegas Husam.

Bagi beliau, dalam PRU 13 yang penuh dengan penipuan itu, orang yang paling kecewa adalah Najib kerana dengan perbelanjaan yang begitu besar, dengan penipuan yang diatur begitu rapi, kenangkitan rakyat melalui peti undi lebih besar dari yang dijangkakan.

"Kerana itu dia kecewa. Dalam politik moral, politik akhlak dan maruah, Datuk Seri Najib yang menang minoriti tidak layak untuk memimpin rakyat," tegas beliau.

Atas dasar itulah, katanya, himpunan Blackout505 akan diadakan di Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menuntut perubahan di negara ini.

SUMBER: HARAKAH

[PROJEK IC] RCI Sabah: Lelaki Dari India Dengan IC Malaysia Mahu Kekal Di Sini

Posted: 17 Jun 2013 05:29 AM PDT

Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Seorang warga India yang mendapat kad pengenalan Malaysia hanya dua tahun selepas tiba di Sabah memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja bahawa dia mahu kekal di Malaysia tidak kira apa yang berlaku.

Peer Mohamad Kadir, 53, berkata, dia tiba di Sabah pada tahun 1984 menggunakan pasport India dan mendengar tentang program di mana warga asing diberikan kad pengenalan Malaysia tetapi tidak berjaya dalam permohonan.

"Saya hanya memohon melalui bapa saudara pada tahun 1986, dan mendapat IC plastik biru sekitar tahun 1986 dan kemudian IC 'Bunga Raya'," katanya, Isnin.

Peer berkata dia mendapat IC dengan kod '12' di atasnya yang menunjukkan kelahiran di Sabah, dan kemudian kad pengenalan ditukar kepada MyKad biru selepas ia hilang pada tahun 1992.

Apabila ditanya nombor '12' tidak boleh dicetak dalam kad pengenalan dan maklumat itu tidak betul serta tidak mengikut undang-undang, Peer enggan menjawab.

Peer berkata dia tidak mahu dihantar pulang ke India dan mahu berada di Sabah kerana sudah mempunyai keluarga dan dua orang isteri yang berbangsa India dan Filipina serta empat orang anak di sini.

"Saya suka berada di sini dan mahu kekal di sini, saya tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi saya mahu terus berada di sini," katanya.

Peer adalah antara beberapa orang warganegara daripada kaum India Muslim yang berdaftar dengan Dewan Perniagaan India Muslim Sabah yang dikatakan pendatang tanpa izin di salah sebuah portal berita dalam talian, Sabahkini.

Dia adalah pengundi berdaftar yang mengundi lebih daripada empat kali termasuk pada pilihan raya kecil, dan juga merupakan ahli RELA dan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...