House PK

House PK


CILI KASI TARUK! AKIBAT MENANG TIPIS NURUL IZZAH TERKENA PENYAKIT GILA MEROYAN!

Posted: 29 Jun 2013 01:00 AM PDT

Entah apa gilanya, Nurul Izzah yang hanya menang tipis di Lembah Pantai dan sedang berhadapan dengan petisyen memandangkan kemenangannya pada saat-saat akhir, kelihatan terlalu 'meragukan', anak perempuan Anwar Ibrahim itu kembali melalak tentang 'penipuan SPR' yang dia dan gerombolan termasuklah bapanya sendiri, gagal buktikan.

Seluruh angkatan Pakatan Rakyat, termasuklah di kalangan pecacai mereka sendiri, sekadar berani menyatakan bahawa ada penipuan yang berlaku tetapi mereka tidak dapat membuktikannya. Mereka menyebarkan pandangan mereka itu secara meluas dan tanpa mempedulikan rasional daripada tuduhan yang mereka lemparkan.

Namun memandangkan mereka tidak punya harga diri dan tidak langsung berasa malu, tuduhan tersebut terus dibesar-besarkan tanpa perlu disokong oleh mana-mana hujah atau bukti yang lebih meyakinkan.

Pilihanraya Kecil Kuala Besut nampaknya merupakan pilihanraya kecil pertama pasca PRU13. Dengan kedudukan kerusi yang agak seimbang antara Barisan Nasional dan PAS di Terengganu, kerusi DUN Kuala Besut akan menjadi pertarungan yang lebih sengit dan penuh dengan drama.

Nurul Izzah Anwar Ibrahim sudah pun memulakan drama pertama. Dia yang memang terkenal sebagai drama-queen, mengambil kesempatan untuk memperlekehkan Suruhanjaya Pilihanraya yang telah menguruskan kesemua pilihanraya di Malaysia dan memberikan peluang kepadanya untuk bergelar Ahli Parlimen semenjak dari tahun 2008 lagi.

Malah Suruhanjaya Pilihanraya yang sama jugalah yang telah menguruskan kerjaya bapanya selaku Ahli Parlimen semenjak tahun 1982 sehingga kini menerusi pilihanraya yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Sepanjang kemenangan Anwar Ibrahim selaku Ahli Parlimen, tidak pernah pula kedengaran SPR menipu!

Pada PRU13, Pakatan Rakyat cuba mempopularkan isu 40,000 rakyat Bangladesh yang kononnya telah didatangkan ke Malaysia menerusi pesawat-pesawat khas sebagai pengundi untuk Barisan Nasional. Begitu juga dengan isu blackout selain isu dakwat kekal. Beberapa isu lain termasuklah isu pengundi hantu, turut ditimbulkan.

Baca seterusnya di Perak Today

PANAS! PAKATAN HARAM NI PEMBELA RAKYAT KE PEMBELA PENJENAYAH?

Posted: 28 Jun 2013 09:00 PM PDT

Tiada negara di dunia ini yang membela penjenayah dan meletakkan penjenayah sekandang dengan pihak berkuasa, melainkan di Malaysia. Bahkan di Amerika Syarikat yang seringkali dirujuk sebagai negara pengamal demokrasi tulen juga, penjenayah tidak pernah disebariskan dengan pasukan polis, walaupun terdapat kes-kes di mana anggota polis bertindak melebihi batasan kuasa sehingga menimbulkan kemarahan kaum.

Namun di Malaysia, penjenayah tidak sahaja dianggap setara dengan polis, bahkan mereka disanjung dan keluarga mereka juga menerima pampasan yang bernilai ratusan ribu ringgit sedangkan ahli-ahli keluarga anggota polis yang dibunuh oleh penjenayah pula, hanya menerima beberapa puluh ribu ringgit daripada Kerajaan Malaysia yang merupakan majikan mereka, ataupun menerusi polisi insuran.

Keluarga pembunuh atau penjenayah yang membunuh atau pun mencederakan anggota-anggota polis, biasanya akan terlepas begitu sahaja walaupun ahli keluarga yang sama juga akan membuat tuntutan di mahkamah apabila polis dituduh menzalimi ahli keluarga mereka.

Hanya pada tahun-tahun kebelakangan ini sahaja, terutama selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, kegiatan memuliakan kaum jenayah dan keluarga mereka dimulakan secara giat. Para penjenayah yang ditangkap dan ditahan, sentiasa menerima pembelaan daripada barisan peguam parti-parti politik tertentu, manakala anggota-anggota polis yang tercedera dan terbunuh ketika menjalankan tugas, biasanya akan dilihat seperti bangkai anjing di tepi jalan yang telah dilenyek kenderaan.

Memang benar, terdapat sebilangan anggota-anggota polis yang tidak menjalankan tugas mereka mengikut kaedah dan SOP yang dibenarkan. Namun apabila penjenayah lebih dimuliakan manakala anggota-anggota polis pula dihina dengan sebegitu teruk, ianya seperti mengajak anggota-anggota polis agar melakukan sesuatu yang jauh lebih teruk daripada sekadar menangani masalah penjenayah.

Kes yang melibatkan A.Kugan sebenarnya menggambarkan masa hadapan yang suram kepada rakyat Malaysia. Walaupun sebahagian daripada rakyat Malaysia terutama yang sangat menyokong penjenayah atas alasan hak asasi kononnya, mempunyai alasan mereka yang tersendiri, bahkan begitu yakin segala-galanya dapat diselesaikan menerusi penghormatan kepada para penjenayah dan ahli-ahli keluarga mereka, hakikatnya perbuatan seperti itu tidak akan mengurangkan atau menurunkan kadar jenayah sebaliknya akan mengembangbiakkan lagi jenayah di negara ini.

Baca seterusnya di Perak Today

PANAS BERAPI! DAP TERUS TINDAS MELAYU ISLAM BILA MEREKA MAHU BAZAR RAMADHAN DITUTUP!

Posted: 28 Jun 2013 05:00 PM PDT

Walau isu apa pun yang tercetus, akhirnya yang muncul sebagai juara kaum Chinabeng adalah DAP. Sekalipun yang mereka lakukan sebenarnya amat mengancam keselamatan negara dan menjejaskan keharmonian negara ini, tetapi para pemimpin DAP juga sedar, apa-apa sahaja yang mereka lakukan, tidak akan dicabar atau dapat ditentang oleh sesiapa pun, termasuklah oleh para pemimpin UMNO yang juga merupakan tulang belakang pentadbiran serta pengurusan negara ini.

Tiada sesiapa yang berani menyanggah apa yang dilakukan oleh DAP. Tiada sesiapa juga yang berani melabelkan perbuatan DAP sebagai RASIS. Malah tiada sesiapa pun yang berani memperkatakan tentang TSUNAMI CINA lagi.

Perkataan RASIS, TSUNAMI, EKSTRIM, JUMUD, CHAUVINIST dan sebagainya hanya layak untuk Melayu-Bumiputera. Kalau puak-puak DAP melabelkan Melayu-Bumiputera dengan label-label berkenaan, tiada sebarang tindakan dilakukan, sebaliknya ditelan bulat-bulat sebelum meminta maaf dan cuba untuk tidak lagi memperkatakannya.

Alasan yang kerapkali diberikan oleh para pemimpin UMNO dan Bumiputera yang lain ialah, demi menjaga kestabilan politik di negara ini!

Itu sahajalah yang mampu dilakukan oleh UMNO.

Namun menyalahkan UMNO dan membenarkan perlakuan PAS dan PKR pula, tidak ubah seperti melepaskan taik, menyedut pula cirit. PAS dan PKR yang sebilangan besar pemimpinnya adalah Melayu-Bumiputera jauh lebih mandom, mandul dan pengecut berbanding para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Baca seterusnya di Perak Today..

GEMPAR BERAPI! AZEEZ RAHIM ADALAH PENGERUSI TABUNG HAJI YANG BARU?

Posted: 28 Jun 2013 01:41 AM PDT

Wah! Kalau benar apa yang ditulis oleh Rocky Bru dalam blog dia, KLIK SINI pasal perlantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji maka ini adalah satu berita yang sangat hebat dan menggembirakan aku, nak tau kenapa?

Sebab selama ini semua Chairman atau Pengerusi Tabung haji adalah orang pencen. Ini kira kali pertama orang muda dapat jadi Pnegerusi. nampaknya memang benar la Najib nak buat transformasi dalam pentadbiran beliau.

Harus diingat Azeez menang dengan cemerlang di Baling! 2008 dia kalah lebih 7 ribu undi dan 2013 dia menang lebih 5 ribu undi, makanya dia sudah dapat leih dari 13 ribu sokongan di Baling, aku ingat lagi bagaimana bila nama Azeez disebut akan bertanding kat Baling ni dan satu agensi di bawah KBS menagatakan dia confirm kalah.

Akhirnya segala penat lelah dan kerja kuat Azeez membuahkan hasil dan beliau berjaya menang dengan bergaya di Parlimen yang sangat kuat pengaruh PAS adanya. Jadi kalau benar berita ini, aku ucapkan tahniah kepada Dato Azeez Rahim.

Semoga dia membawa perubahan yang positif di TABUNG HAJI!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...