CELAH GELEGAR |
- [PEMILIHAN UMNO] Rosnah lepas jawatan Ketua Puteri
- [PEMILIHAN UMNO] Shahrizat, Azalina Mungkin Berdepan Calon Lain Untuk Jawatan Ketua Wanita Umno
- [PR TIPU RAKYAT LAGI] Hakim Kes A.Kugan Bersara BUKAN di PECAT
- [PENGAKUAN BENAR] Aaron Aziz Terlibat Kumpulan Gengster Singapura
- [PRK KUALA BESUT] PKR Yakin Calon Mereka BOLEH MENANG Berbanding PAS
[PEMILIHAN UMNO] Rosnah lepas jawatan Ketua Puteri Posted: 28 Jun 2013 10:48 PM PDT SHAH ALAM - Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dijangka melepaskan jawatan ketua sayap Umno tersebut pada pemilihan parti hujung tahun ini. Rosnah, yang memegang jawatan tersebut sejak 2008, berbuat demikian kerana usianya sudah melepasi had kelayakan jawatan Puteri Umno yang menetapkan umur antara 18 dan 35 tahun sebagai ahli. "Saya juga tidak akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini untuk sebarang jawatan kerana saya belum membuat sebarang keputusan," katanya. Pemilihan Umno hujung tahun ini dijangka sengit apabila kelayakan bertanding dipermudahkan dan ia terbuka kepada lebih ramai ahli. Pindaan Perlembagaan Umno pada 2009 menyaksikan jumlah ahli yang boleh mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan tertinggi meningkat kepada kira-kira 150,000 orang berbanding hanya sekitar 2,500 orang pada pemilihan sebelum ini. Mereka juga akan memilih secara langsung pimpinan bahagian masing-masing, sekali gus menghapuskan sistem kuota yang membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli untuk bertanding dengan syarat minimum bagi mana-mana jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno iaitu pernah memegang jawatan Ahli MT atau ahli jawatankuasa bahagian selama satu penggal. |
[PEMILIHAN UMNO] Shahrizat, Azalina Mungkin Berdepan Calon Lain Untuk Jawatan Ketua Wanita Umno Posted: 28 Jun 2013 08:27 PM PDT PETALING JAYA: Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membayangkan lebih ramai lagi yang akan bertanding untuk menerajui kepimpinan Wanita Umno berbanding perjuangan dua hala antara penyandang Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Datuk Seri Azalina Othman Said. "Mungkin ada orang lain. Tunggu dan lihat siapa yang akan berada dalam persaingan kerana pada masa ini, hanya Azalina yang menyatakan minat," kata wanita yang pernah dikenali sebagai" Iron Lady "semasa memegang jawatan sebagai menteri dan ahli politik. Bekas menteri Shahrizat menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan yang dimenangi ke atas Rafidah pada tahun 2009 manakala Azalina, yang juga Ahli Parlimen Pengerang dan bekas pemimpin Puteri Umno juga berkata bahawa beliau berminat untuk bertanding. Rafidah menegaskan bahawa beliau tidak mahu terlibat dalam persaingan ini selain enggan membuat spekulasi mengenai kemungkinan siapa lagi yang akan bertanding. Namun, pesaing lain di kalangan sayap Wanita yang mungkin bertanding termasuklah dua timbalan menteri, Datuk Azizah Mohd Dun (Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Datuk Halimah Saddique (Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), dan bekas timbalan menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dari Kedah. Rafidah juga merayu kepada anggota sayap untuk menolak pemimpin yang menggunakan politik wang untuk menang dalam pilihan raya. Beliau berkata pemimpin sebenar yakin tentang diri mereka dan tidak memerlukan politik wang untuk terus mendapatkan sokongan. "Saya tidak akan cakap terang-terangan, tetapi saya mengutuk politik wang," kata Rafidah. "Kita tidak boleh membenarkan budaya ini untuk menentukan siapa yang akan menerajui Wanita Umno." Rafidah adalah pemimpin Wanita Umno dari 1984-1996 dan dari tahun 2000 hingga 2009. Beliau telah digulingkan oleh Shahrizat dalam pertandingan sengit. Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum lepas dan kini memegang jawatan sebagai pengerusi AirAsia X. "Pemilihan parti adalah mengenai masa depan parti dan wanita boleh menentukannya kerana mereka merupakan sebahagian daripada parti. "Pemimpin yang cenderung kepada politik wang dan membuat janji-janji palsu tidak baik untuk parti," katanya. "Saya tidak perlu memberi nasihat kepada mereka. Anggota dalam Wanita sudah cukup lama, ada yang sudah jadi nenek, mereka perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang-orang muda," kata Rafidah. "Ada wanita datang kepada saya mengadu tentang apa yang mereka lihat berlaku di sekeliling mereka. Jangan hanya mengeluh, masa depan adalah di tangan anda, berhati-hati memilih," kata beliau. "Saya hanya mempunyai tiga perkataan untuk mereka, gunakan otak anda." Pemilihan Umno dijadualkan diadakan pada November dan semua jawatan, termasuk presiden dan timbalan presiden, akan dibuka untuk pertandingan. |
[PR TIPU RAKYAT LAGI] Hakim Kes A.Kugan Bersara BUKAN di PECAT Posted: 28 Jun 2013 08:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham, yang sangat dihormati rakan sejawatan atas dedikasi dan komitmen beliau dalam menegakkan keadilan sistem kehakiman, bersara pada hari jadi ke-65nya, Jumaat. Berita persaraannya memeranjatkan ramai pengamal undang-undang termasuk staf beliau yang mengaku mereka langsung tidak mengetahui perkara itu apabila ditanya oleh pemberita mengenai persaraan Singham. Menurut Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, persaraan Singham pada usia 65 tahun adalah persaraan wajib kerana Singham memilih untuk bersara pada usia itu ketika usia persaraan wajib bagi hakim dinaikkan kepada 66, beberapa tahun lepas. Seorang pekerja kanan beliau yang enggan namanya disiarkan, menggambarkan Singham sebagai seorang perahsia yang tidak mahu persaraannya diheboh-hebohkan. Ditanya sama ada penghakimannya pada Rabu lepas mengenai kes A. Kugan ada kaitan dengan keputusan Singham untuk bersara, pekerjanya itu berkata: "(Sebab)mengenalinya, saya ragu-ragu kes itu ada kena-mengena dengan keputusan beliau." Singham yang berasal dari Taiping, Perak, berkhidmat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selama lebih tiga tahun. Beliau pernah berkhidmat di mahkamah di Taiping, Ipoh dan Kuantan. Seorang lagi pekerjanya berkata Singham tiba di pejabatnya pada pukul 7 pagi dan adakalanya lebih awal. "Beliau mungkin meninggikan suara kepada peguam di mahkamah tetapi amat jarang terhadap kami. Beliau cuma mahu stafnya cekap dalam mengendalikan tugas yang diserahkan dan belajar daripada kesilapan," kata pekerja itu. Penghakiman terakhir Singham ialah pada hari Rabu lepas apabila beliau memberi award lebih RM800,000 sebagai bayaran ganti rugi kepada seorang suri rumah, susulan kematian anak lelakinya A. Kugan ketika dalam tahanan polis pada Januari 2009. Dalam penghakimannya, Singham memutuskan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim (ketika itu Ketua Polis Selangor) bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan di dalam pejabat awam. Pada 2007, ketika berkhidmat di Mahkamah Tinggi Ipoh, Singham menjadi tumpuan ramai pengamal undang-undang kerana membuat kritikan terhadap golongan peguam muda yang dianggapnya kurang berkaliber. Beliau dipetik berkata bukan sahaja kualiti dalam kalangan peguam merosot, ramai antara mereka juga tidak serius dalam menjalankan tugas. |
[PENGAKUAN BENAR] Aaron Aziz Terlibat Kumpulan Gengster Singapura Posted: 28 Jun 2013 06:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Aaron Aziz mendedahkan dia pernah menyertai satu kumpulan gengster di Singapura ketika zaman remajanya. Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, berkata, dia sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang namun pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling. "Biasalah zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda kita mahu cuba dan lihat. "Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali orang di sekeliling saya," katanya. Aaron ditemui pada sesi temu bual eksklusif di restoran Bait di sini pada Khamis. bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran E! Entertainment. Aaron, pelakon dari Singapura itu merupakan artis pertama di Asia yang berpeluang muncul dalam program itu berjudul i E! Special: Aaron Aziz Kisahnya terlibat dalam kumpulan gengster juga akan dikongsi dengan para peminat menerusi program itu yang akan disiarkan pada 7 Julai depan selama satu jam menerusi saluran Astro, 712. Dalam pada itu, Aaron juga akan berkongsi rahsia peribadinya dalam program tersebut, terutamanya mengenai kisah-kisahnya pada zaman kanak-kanak dan remaja. "Tak silap saya ada dalam 30 peratus rahsia saya didedahkan kepada umum. Jujurnya saya tak sangka diberi peluang untuk menceritakan hal peribadi dan karier dalam sebuah program biografi khas di saluran hiburan popular dunia. "Saya menyifatkan ia sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat diri. Sebenarnya kru produksi saluran itu cuba mencari apa-apa kontroversi untuk dipaparkan dalam program itu. "Apabila saya kata tidak banyak kontroversi yang ada, mereka terkejut. Malah tidak sangka perwatakan saya sangat santai ketika ditemu bual. Mereka kata saya ini seorang yang rendah diri," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul menerusi program Raya Sampai Pengsan bersama Nabil Ahmad pada sambutan Aidilfitri nanti di Astro Ria. Selain itu dia juga kini sibuk dengan penggambaran drama Tentang Hati (untuk saluran RTM) bergandingan dengan aktres Fasha Sandha dan bakal memulakan penggambaran filem Adam dan Hawa pada September depan. |
[PRK KUALA BESUT] PKR Yakin Calon Mereka BOLEH MENANG Berbanding PAS Posted: 28 Jun 2013 06:07 AM PDT KUALA TERENGGANU – Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut menarik perhatian parti politik di negeri ini termasuk PKR, apabila kepimpinan parti di peringkat negeri menyatakan kesediaan kemuka calon bertanding. Kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar, menyaksikan Terengganu sekali lagi menjadi negeri pertama yang akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU13, 5 Mei lalu. Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail. "Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ," katanya. Dengan kelebihan dua kerusi diperoleh BN berbanding pembangkang pada PRU13 lalu, Azan tidak menolak keadaan itu akan menjadikan kedudukan BN agak genting. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis rasmi daripada Yang Dipertua Dun Terengganu, Mohd Zuber Embong, berhubung kekosongan kerusi itu. BN dan PR masing-masing akan berhempas-pulas untuk menang di Dun Kuala Besut. Bagi BN, kekalahannya di Kuala Besut akan meletakkannya seri 16-16 dengan PR. Selepas PRU13, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR mempunyai 15 kerusi. Azan berkata, perkara itu perlu segera agar urusan pentadbiran portfolio Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri disandang Allahyarham Dr A Rahman tidak tertangguh. "Urusan pentadbiran berkaitan portfolio akan tergendala. Jadi, kerajaan negeri dan SPR perlu ambil tindakan segera untuk selesaikan kerana kedudukan sekarang 16-15," katanya. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment