UMNO Online - “Colour Indelible Ink Will Only Be Known On Polling Day Itself” plus 9 more

UMNO Online - “Colour Indelible Ink Will Only Be Known On Polling Day Itself” plus 9 more

Link to UMNO Online

Colour Indelible Ink Will Only Be Known On Polling Day Itself

Posted: 11 Apr 2013 04:34 AM PDT

PUTRAJAYA, April 11  - To ensure that no party can exploit the use of indelible ink, the colour of the ink to be used on polling day in the 13th General Election (GE13) will be known only on the day itself.

In addition, the Election Commission (EC) will also ensure that the vault storing the ink is heavily guarded by security teams operating round-the-clock besides being monitored by closed-circuit television cameras (CCTVs).

This assurance was given by EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof who also stated that the colours of indelible ink to be used would be completely different from those available in the market.

“The colours of the ink are unique and distinctive with material used having special specifications, thus making duplication difficult,” he told reporters here today.

This general election will for the first time see indelibe ink used. One particular colour will be used for early voting on April 30 (Tuesday) and another for ordinary voters on polling day on May 5 (Sunday).

However, postal voters are exempted from having to have their fingers marked with the ink when voting.

According to the EC, the use of indelible ink was introduced to prevent repeat voting, which some parties claimed had happened, but had never been proven.

It is also in line with the enforcement of the Election Regulations (Conduct of Elections) (Amendment) 2012 which was gazetted in February last year.

Its use by Muslim voters has also been approved by the National Fatwa Council.

The Health Ministry and the Chemistry Department have also certified that the material used to make the ink are not harmful to people’s health.

Voters must allow their left index finger to be marked with indelible ink before they are given the ballot slips. The slips will not be given if they refuse to allow the finger to be marked.

Should the voter not have a left index finger, the marking will be made on another finger on the left hand, and if the voter does not have a left hand, it will be done on a finger on the right hand.

A total of 230,000 bottles of ink will be used in the election, 10,000 bottles for early voters and the rest for ordinary voters.

It is understood, the EC has planned the logistics to deliver the ink to polling centres under heavy police guard.

UMNO Sues Tian Chua Over Article In KeadilanDaily.com

Posted: 11 Apr 2013 04:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 11 – UMNO has filed a defamation suit against Parti Keadilan Rakyat (PKR) vice-president Chua Tian Chang, better known as Tian Chua, over an article posted in KeadilanDaily.com relating to the Lahad Datu intrusion.

The legal action filed through Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak last March 15 by UMNO executive secretary Datuk Ab Rauf Yusoh also named KeadilanDaily.com editor Fazallah Pit and the writer of the article, Aisha Geoffrey, as defendants.

Counsel Nor Hazira Abu Haiyan, who represented Ab Rauf at the mention of the case today before Justice Rosilah Yop in chambers, said the court had fixed April 23 for Tian Chua, who is also Batu member of parliament, to file his defence and for case management.

In his statement of claim, the plaintiff alleged that Tian Chua had made disparaging statements against UMNO during an interview by a portal journalist, which were posted through an article, ‘Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO” (Shooting incident in Lahad Datu an UMNO orchestrated conspiracy) on March 1.

Ab Rauf claimed that the PKR vice-president had damaged UMNO’s image as the intrusion in Lahad Datu involved the sovereignty of the country and was also a sensitive issue, with regard to the bloodshed and arbitrary claim on Sabah which rightly belonged to Malaysia.

According to the plaintiff, he sent a notice of claim dated March 4 to Tian Chua for the latter to issue a written public apology and to withdraw the defamatory statements but did not receive any response.

PRU13 Kubur Besar Pakatan Pembangkang

Posted: 11 Apr 2013 04:25 AM PDT

SPR telah pun menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon, manakala 5 Mei 2013 ditetapkan sebagai hari pengundian. Tarikh 30 April 2013 untuk proses pengundian awal (pengundi pos) yang terdiri daripada anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan pengundi luar negara.

Dengan penetapan tarikh ini bermakna ia akan menyemarakkan lagi bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan kempen perang bendera akan memasuki fasa yang lebih meriah sementara menantikan hari penamaan calon dan pengundian.

Namun demikian belum pun tiba tarikh-tarikh itu, suasana politik semasa sudah agak hangat apabila sana sini ramai pemimpin politik khususnya dari Pakatan Pembangkang sibuk bercakaran sesama sendiri kerana merebutkan kawasan yang ingin ditandingi.

DAP yang merupakan abang besar dalam Pakatan Pembangkang semakin berani menerjah kawasan yang sepatutnya ditandingi oleh PKR, Pas yang terasa dipijak-pijak selama ini mula menonjolkan belangnya menuntut diri dihormati. PKR yang terasa besar dari yang lain makin terasa cabaran rakan-rakan sepakatan.

Kebanyakan kawasan yang direbut dianggap selamat dan bakal membawa pemimpin Pakatan Pembangkang menuju puncak, tapi hakikat kawasan yang sama boleh berubah menjadi kubur besar untuk mereka tak pula terdetik di hati sesiapa.

Tak berapa lama dulu, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim pernah mengisytiharkan lebih 90% nama-nama calon Pakatan Pembangkang sudah selesai. Tapi hakikat yang berlaku gayanya seperti 10% sahaja yang benar-benar sudah muktamad dan baki 90% lagi masih berkecamuk berebut sesama sendiri.

Seandainya benar sudah wujud persetujuan yang kononnya sudah dicapai dan dimuktamadkan, maknanya kini ia sengaja dilanggar gara-gara kehendak nafsu masing-masing yang semakin menggila. Macam ini punya gaya jangan diharap Pakatan Pembangkang mampu mentadbir negara dengan sebaiknya.

Dari utara sampai ke selatan, dari timur ke barat, masing-masing parti dalam Pakatan Pembangkang sibuk bertelagah sesama sendiri, kerana apa?. Tak lain tak bukan kerana setiap parti dalam Pakatan Pembangkang merasakan inilah masanya untuk menuju puncak dengan menaruh harapan bahang tsunami PRU 12 2008 dulu akan berterusan.

Para penyokong yang dulunya mengharap pada Pakatan Pembangkang kini tambah meluat melihat keangkuhan dan sikap tamak yang menguasai pimpinannya. Baru diuji sedikit kuasa sudah pandai lupa diri.

DAP, PKR dan Pas sudah lupa hakikat letak duduknya mereka saat ini bukannya atas kekuatan sendiri. Mereka lupa setiap yang naik mendadak jatuhnya akan merudum cepat menyembah bumi.

 

Jika diamati corak dan trendnya, PRU13 bukan lagi satu gelanggang yang menjanjikan keuntungan untuk Pakatan Pembangkang. Ia jauh berbeza dengan suasana PRU 12 yang lalu. Kecenderungan pengundi Melayu Islam dan India kini ternyata lebih solid bersama BN.

Pengundi Cina yang dianggap deposit Pakatan Pembangkang kini sedang dalam persimpangan dilema, tanpa sokongan majoriti Melayu Islam dan India kepada Pakatan Pembangkang ia ibarat pertaruhan yang berisiko tinggi – untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Justeru itu tak mustahil, PRU13 akan menyaksikan ramai pemimpin Pakatan Pembangkang yang mendadak naik dulu bakal jatuh terhumban. Sekiranya ini menjadi realiti, maka PRU13 bakal mencatat rekod sebagai kubur besar untuk pimpinan pembangkang.

Putera Wangsa Maju

Pembangkang Guna Pendekatan Populis, Pembohongan Untuk Tagih Sokongan Rakyat

Posted: 11 Apr 2013 04:17 AM PDT

MUAR, 11 April  - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang menggunakan pendekatan populis untuk menarik perhatian rakyat sedangkan perkara yang dijanjikan hanya pembohongan semata-mata.

Beliau berkata manifesto pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) didapati hanya 15 peratus benar sedangkan selebihnya hanya sekadar janji manis menjelang pilihan raya sahaja.

“Mereka tulis dasar sebab nak populis sedangkan mereka berbohong pada rakyat. Negara kita kini sudah berada dalam keadaan amat bagus dengan wujudnya banyak peluang pekerjaan, rakyat memiliki pendapatan tinggi.

“Namun pembangkang cuba mengaburi rakyat dengan menjanjikan mereka akan beri lebih, termasuk menurunan harga minyak, sedangkan kajian kita mendapati jika negara melaksanakan manifesto mereka itu, negara akan mengalami defisit sehingga 11 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) Pagoh sempena Himpunan Jentera BN Pagoh, di sini yang turut dihadiri isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Parlimen Pagoh, Datuk Tahir Taat.

Muhyiddin berkata jika itu terjadi, Malaysia akan dipandang hina, dan pelabur tidak lagi akan datang menanam modal di negara ini.

Oleh kerana itu, katanya, kerajaan berusaha keras selama 55 tahun untuk memastikan negara tidak bankrap sama seperti yang dialami sesetengah negara barat.

Beliau turut menyelar sikap pemimpin pembangkang yang disifatkannya gila kuasa dan hanya sibuk memikirkan cara untuk menakluk Putrajaya dan menjadi perdana menteri.

“Mereka ini gila kuasa, berpakat sesama sendiri macam sebulu tapi sebenarnya banyak bulu, tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, ada yang nak naik roket ke bulan,” katanya.

Timbalan pengerusi BN itu berkata pilihan raya kali ini amat mencabar lantas mengingatkan anggota parti supaya jangan menimbulkan sebarang masalah, isu ataupun krisis, sebaliknya perlu menumpukan kepada kerja kuat untuk memperkukuh parti.

Muhyiddin selepas itu meluangkan masa lebih satu jam minum petang bersama masyarakat di Pekan Pagoh.

Manifesto BN Kelantan Lebih Komprehensif – Mustapa

Posted: 11 Apr 2013 04:14 AM PDT

KOTA BAHARU, 11 April  - Manifesto Barisan Nasional (BN) Kelantan atau aku janji yang diumum hari ini disifatkan lebih komprehensif untuk rakyat Kelantan dalam usaha memakmurkan negeri dan rakyat yang sekian lama ketinggalan, kata kata Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata aku janji itu dirangka begitu teliti dengan mengambil kira semua pandangan termasuk daripada parti komponen BN di negeri itu yang ingin memastikan Kelantan tidak lagi ketinggalan jika BN mendapat mandat di negeri itu pada pilihan raya umum ini.

“Kami mahu apabila diberi peluang oleh rakyat Kelantan untuk memerintah, banyak perkara seperti masalah asas iaitu air dan tanah akan selesai. Harap rakyat Kelantan buatlah pertimbangan yang wajar,” katanya selepas pelancaran manifesto bertemakan ‘Rakyat Dihati Janji Ditepati’ di Bangunan UMNO di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Setiausaha UMNO Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar dan Pengerusi MIC Kelantan M Kuppusamy.

Dalam aku janji itu, BN Kelantan antara lain berjanji untuk mengubah landskap negeri ini dengan pelbagai pembangunan yang bakal menjadikan Kelantan membangun dan maju berpaksikan Islam.

Selain itu BN juga berikrar akan membawa satu perubahan yang lebih besar untuk anak-anak muda dengan pembaharuan, tekad dan cita-cita bagi memastikan masa depan mereka mendapat pembelaan selepas 23 tahun diabaikan Pas.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata sekolah agama rakyat yang diabaikan kerajaan negeri selama ini akan turut dibela dengan menjadikan sekolah itu lebih tersusun dan mampu berdaya maju.

Mengenai tarikh BN Kelantan akan mengumumkan senarai calonnya, Mustapa berkata ia akan dilakukan selepas Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman mengenai calon BN.

Mengenai budaya ‘cah keting’, Mustapa yakin masalah itu tidak akan berlaku kerana semua pihak telah menyatakan keazaman tinggi untuk memastikan BN menang di Kelantan.

Sementara itu beliau yakin pengundi di Putrajaya akan menolak calon Pas yang juga Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa untuk kerusi Parlimen itu pada PRU13.

“Putrajaya rata-ratanya adalah penjawat awam yang mendapat pembelaan kerajaan persekutuan selama ini dan Husam ketika di Kelantan telah gagal merencanakan program ekonomi seperti isu ladang depu dan kambing jamnapari.

“Nasihat saya kepada pengundi di Putrajaya agar membuat keputusan yang tepat,” katanya.

BN Yakin Kuasai Semula 20 Kerusi Parlimen – Ahmad Maslan

Posted: 11 Apr 2013 04:10 AM PDT

SHAH ALAM, 11 April –  Barisan Nasional (BN) yakin dapat menguasai semula 20 kerusi parlimen yang terlepas kepada pembangkang, pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini.

Ketua Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata dengan tambahan 20 daripada 137 yang dimenangi pada PRU 2008, BN akan memperoleh majoriti dua pertiga.

“Kita sasar lima kerusi yang mampu kita rampas semula dari Pas, lima dari DAP dan 10 dari PKR (Parti Keadilan Rakyat),” katanya  selepas majlis penerangan manifesto BN peringkat negeri Selangor di Bangunan UMNO Selangor di sini.

Mengulas mengenai strategi pakatan pembangkang yang menempatkan golongan artis di kawasan parlimen dan DUN bagi memancing undi, Ahmad yang  juga anggotaParlimen Pontian berkata BN tidak pernah merasa goyah dan khuatir berhubung perkara itu.

“Ramai artis sebenarnya yang menyokong BN dan kita tak pernah risau mengenai perkara itu, sekiranya Dayangku Intan (PKR) yang diuar-uarkan mahu bertanding di Pontian juga saya sangat alu-alukan tetapi saya mahu bercabar Anwar Ibrahim untuk bertanding di situ,” katanya.

Mengenai majlis penerangan manisfesto yang diadakan, Ahmad berkata BN telah melantik 10 penceramah utama di setiap bahagian parlimen dan DUN yang bermula hari ini sehingga 4 Mei depan.

“Penceramah ini terdiri daripada beberapa kumpulan termasuk ustaz dan pesara, mereka juga antara tulang belakang dalam jentera barisan parti komponen kita yang akan memberi taklimat mengenai manifesto BN kepada rakyat,” tambahnya.

Saya Mahu Negara Dipimpin Pemimpin Yang Ada Maruah Dan Kredibiliti – Dr Sidek Baba

Posted: 11 Apr 2013 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 April – Ahli Akademik, Prof. Dato Dr. Sidek Baba menyeru masyarakat Islam  di negara ini agar membuka pintu pemikiran serta tidak bersikap taksub terhadap seseorang indidivu pemimpin atau parti-parti politik tertentu kerana sikap taksub itu bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau meluahkan rasa dukacitanya apabila dirinya dicemuh dan dilontarkan dengan pelbagai tohamahan dan fitnah, apabila beliau mengambil tindakan kontroversi  dengan mendedahkan sebab-sebab beliau meninggalkan perjuangannya bersama Anwar Ibrahim kepada umum.

"Kedukacitaan saya begini, apabila saya membuat kenyataan dengan hujah-hujah dan fakta,  mereka tidak sepatutnya mencemuh saya tanpa bertanya dan menyiasat terlebih dulu apa yang saya bongkarkan. Mereka patut menemui saya dan bertanyakan perkara yang sebenar. Itulah cara yang dituntut Islam.

"Saya tidak  menuduh Anwar dengan perbuatan liwat, zina dan sebagainya, tetapi apa yang saya tegaskan pendirian dan prinsip perjuangan beliau yang dilihat tersasar dari landasan Islam dengan terlibat dalam agenda plurisme agama, termasuk kaitannya dengan pelobi-pelobi yahudi," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya, seperti yang telah beliau jelaskan sebelum ini, sebelum membuat tindakan ini, beliau telah  berjumpa ramai orang termasuk orang-orang yang amat rapat dengan Anwar.

"Dulu saya pernah di tahan bawah akta ISA dan ditunjukkan bermacam-macam bukti tentang perilaku Anwar, namun tidak goyang pendirian saya terhadap Anwar. Amat sukar untuk saya berpaling tadah dengan Anwar yang sudah saya kenal lebih dari 30 tahun.

"Namun 38 maklumat baru ini bagaimana pun akhirnya membuatkan saya yakin. Malah saya juga berjumpa dengan Tun Mahathir untuk mengetahui perihal Anwar dan penjelasan Tun cukup dengan bukti yang meyakinkan saya.

"Memang masa yang saya ambil agak lama lebih kurang tiga tahun kerana saya perlu mengkaji, menyelidik dan menyiasat terlebih dulu, kerana memang begitulah sifat seorang ahli akademik seperti saya," ujarnya.

Justeru pendedahannya itu, beliau mengakui sudah mula wujud tohmahan dan fitnah terhadap dirinya yang kini disebar luaskan melalui media sosial.

"Ada dua fitnah yang tertonjol iaitu yang pertamanya ialah minit mesyuarat yang dikatakan saya terlibat dalam mesyuarat tersebut. Ini adalah fitnah semata-mata. Ia hanya rekaan dan palsu. Bukti saya tak terlibat dalam mesyuarat itu ialah ketika tarikh itu saya berada di Sarawak menjalankan kerja-kerja dakwah dan mendekati masyarakat.

"Yang keduanya, ialah fakta-fakta yang dikeluarkan sebuah blog dengan nama Haji Omar Abdul Rahman, yang mendakwa saya kenal dia padahal saya tidak kenal pada individu yang bernama Haji Omar itu.

"Dia tuduh saya menerima RM 50 ribu dan tanah kurniaan kerajaan Selangor. Itu tidak benar sama sekali. Itu hanya tuduhan liar dan jika dia benar, maka kemukakanlah bukti. Ini tidak lain hanyalah fitnah untuk menyerang saya kerana tindakan saya mengumumkan tidak lagi bersama dengan perjuangan Anwar," tegasnya.

Ditanya mengapa beliau bersependapat dengan beberapa tokoh agama seperti Datuk Hassan Ali dan beberapa tokoh  lain yang menyeru agar umat Islam memberikan undi kepada UMNO pada PRU ke 13 ini,  maka jawab beliau,  apabila bercakap soal siapa yang patut memimpin negara, beliau terpaksa berkata benar.

“Saya bukan ahli politik dan bukan niat saya untuk memburukkan sesiapa. Saya adalah ahli akademik dan pendakwah,  tetapi saya mahu negara Malaysia ini dipimpin oleh individu yang mempunyai maruah dan kredibiliti," jelasnya.

Manakala menyentuh dakwaan sesetengah pihak seperti parti Pas yang mengatakan UMNO menolak Islam dan sebagainya, menurut beliau itu hanyalah satu dakwaan politik yang tidak ada asasnya.

"Dakwaan tersebut tidak adil. Apakah bantuan yang diberikan kepada fakir-fakir, golongan masakin dan asnaf itu tidak islamik? Secara institusi pula dizahirkan Universiti Islam Antarabangsa, Univerisiti Sains Islam Malaysia dan kini kerajaan dalam percangan mewujudkan Universiti Al Quran Malaysia. Apakah ini tidak Islamik?," soal beliau tegas. -MediaUMNO

Dari Perlis Hingga Ke Sabah… Pakatan Pembangkang Makin Kalut Tikam Menikam

Posted: 11 Apr 2013 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 April – Perebutan kerusi kalangan parti pembangkang nampaknya bukan semakin reda malah semakin berkecamuk dan makin kronik apabila terdapat pertindihan sesama mereka di beberapa kawasan di beberapa negeri.

Di Pulau Pinang, Pas turut mengumumkan calonnya untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Acheh sedangkan sebelum itu PKR telah menamakan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Cikgu Bad di kawasan berkenaan.

Di Kedah pula, DAP negeri berkenaan dilaporkan  memberi kata dua kepada PKR agar memberi laluan kepada mereka untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar pada pilihan raya umum akan datang jika ingin mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru menentang BN.

Ini belum lagi tindakan PKR di Pahang yang isytihar akan menjadi calon Bebas di kawasan yang ditandingi PKR sendiri.  Malah di Sabah juga difahamkan pembahagian kerusi masih belum ada penyelesaian.  Begitu juga di Perlis Pas, PKR dan DAP sudah mula berperang merebut kawasan yang  didakwa milik masing-masing.

Mengulas mengenainya Ketua UMNO Kota Bharu Datuk Fatmi Salleh berkata perebutan seumpama itu sememangnya sudah dijangka dan bukannya sesuatu yang mengejutkan kerana asas parti-parti  pembangkang bukanlah berjuang untuk rakyat.

Menurut beliau perjuangan yang tidak meletakkan prinsip keikhlasan menyebabkan senario berkenaan terus berlaku dan kemelut tersebut jelas memberikan petunjuk kepada rakyat bahawa parti pembangkang itu mempunyai agenda untuk menjadi dominan antara satu sama lain.

"Sekarang ini kalau lihat mereka ini bercelaru. Tiak pelik pun…. Perebutan kerusi dalam gabungan mereka semua ini kita sudah jangka kerana asas mereka bergabung itu tidak berpaksikan keikhlasan dan kejujuran.

"Masing-masing ada  agenda sendiri. PKR ada agenda sendiri, Pas ada agenda sendiri dan begitu juga DAP. Kalau kita lihat Pas sendiri banyak mereka telah kompromi dari segi prinsip perjuangan kerana untuk memenangkan kawasan demi untuk sesuatu. Namun belum tentu kuasa itu digunakan untuk rakyat”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusny mengakui kuasa amat penting untuk bantu rakyat namun hari ini terbukti apabila melihat Pas berkuasa 23 tahun di Kelantan tetapi banyak yang mereka laksanakan tidak mengutamakan rakyat.

"Kesejahteraan rakyat banyak terbengkalai. Di Kota Bharu contohnya masih ada yang ramai tidak mampu untuk miliki rumah dan tidak ada perancangan untuk ke arah itu sehingga Datuk Seri Najib turun ke Kelantan luluskan pembinaan perumahan rakyat….. tetapi terdapat cubaan untuk menghalangnya,"ujarnya.

Kata beliau lagi tidak ada keikhlasan serta tidak mendahulukan rakyat menyebabkan apa yang menimpa kalangan parti pembangkang hari ini boleh dijadikan iktibar oleh semua pihak.

"Masing-masing ada agenda….Sebab itulah mereka bercelaru…. maka apabila nak meletakkan calon mereka pun akan bercakaran, berebut serta masing-masing mencari jalan untuk dominan sesama mereka.

“Perjuangan adalah berpaksikan kepada keikhlasan kalau tidak ikhlas itulah jadinya," akhiri beliau. -MediaUMNO

Tempoh Kempen Amat Sesuai, Elak Ketegangan Dalam Masyarakat – Dr Mahathir

Posted: 11 Apr 2013 02:14 AM PDT

NILAI, 11 April –  Tempoh berkempen 15 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah satu tempoh yang amat sesuai bagi mengelak ketegangan dalam masyarakat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika tempoh lebih lama diberikan oleh SPR, ia mungkin akan menimbulkan perasaan membara dalam kalangan penyokong atau pengundi sehingga boleh mencetuskan suasana huru-hara.

“Kalau terlalu panjang seperti pada tahun 1969 di mana masa berkempen selama enam minggu, maka ketegangan antara mereka yang bertanding akan menjadi begitu teruk dan mungkin mencetuskan huru-hara dalam negara.

“Tempoh dua minggu untuk berkempen itu yang ditetapkan oleh SPR adalah satu tempoh yang sesuai,” kata beliau selepas majlis pelancaran Kelab Menjenayahkan Peperangan (CWC) yang dirasmikan isteri beliau yang juga penaung kelab tersebut Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Kolej Tunku Kurshiah di sini, Khamis.

Semalam SPR mengumumkan bahawa hari pengundian bagi PRU-13 ditetapkan pada 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April. Sementara pengundian awal ditetapkan pada 30 April.

Dr Mahathir yang memimpin negara selama 22 tahun juga menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) mampu mencapai keputusan yang lebih baik pada pilihan raya iniberbanding PRU 2008.

“Saya melihat tidak mustahil juga bagi BN untuk mendapat dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU ini,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu berdebat dengannya, Dr Mahathir berkata ia tidak perlu memandangkan beliau tidak lagi bertanding dan bukannya penasihat kepada parti seperti pemimpin pembangkang itu.

“Tetapi kalau dia (Kit Siang) mahu tanya, saya boleh jawab dan dia juga boleh jawab tentang apa yang saya katakan tetapi saya rasa tidak perlu berdebat,” kata beliau.

Dalam pada itu, Dr Mahathir yang juga Penaung Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW), berkata satu undang-undang khas bagi mencegah peperangan daripada dijadikan kaedah penyelesaian konflik antara negara, perlu diwujudkan oleh seluruh negara di dunia.

Beliau berkata perkara itu perlu supaya negara yang melancarkan perang terhadap negara lain dianggap sebagai negara yang melakukan jenayah dan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap negara terbabit.

“Tujuan kita ialah supaya perang itu sendiri menjadi satu jenayah. Fahaman ini akan disebar ke seluruh dunia dan kita berpendapat generasi muda dalam negara kita harus faham bahawa perang itu adalah satu jenayah.

“Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa kita tidak boleh membuat persediaan dan melakukan peperangan pertahanan untuk mempertahan negara jika diserang,” katanya. -

Program Penerangan, Dekati Pengundi Cara Berhemah Antara Strategi UMNO Sg Petani

Posted: 11 Apr 2013 01:50 AM PDT

SUNGAI PETANI, 11 April – Naib Ketua UMNO Sungai Petani, Datuk Firdaus Zakaria berkata  jentera pilihan raya di parlimen Sungai Petani kini bergiat aktif mendekati pengundi melalui program penerangan.

Ini kerana jelas beliau, kejayaan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu di lihat adalah menerusi program sebegini.

Namun ujarnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukanlah seperti pembangkang yang menggunakan program penerangan untuk menyebar fitnah dan memutar belitkan fakta.

"Menerusi program penerangan, kita terangkan isu-isu semasa. Hampir setiap malam kita bergerak dan baru-baru ini Cikgu Non telah dijemput untuk memberi ceramah dan ianya ternyata mendapat sambutan hangat.

"Cikgu Non yang merupakan Bekas Exco Pemuda Pas Kedah membantu kita menjelaskan kebenaran sebenar tentang pakatan pembangkang," ujarnya kepada UMNO-Online.

Di Parlimen Sungai Petani jelas Firdaus, program penerangan yang dianjurkan oleh UMNO dan BN ternyata semakin mendapat tempat di hati rakyat negeri Kedah dan mampu mengumpul sekurang-kurangnya 200 orang namun berbeza dengan program penerangan pembangkang yang tidak mampu mengumpul walau untuk 100 orang.

Ketika ditanya mengenai tindakan pembangkang yang cuba sabotaj program anjuran UMNO dan BN, Firdaus menjelaskan ianya tidak dinafikan malah bendera BN turut dibakar oleh mereka.

"Selain bakar bendera, mereka cuba mengganggu program penerangan kita dengan membuat ceramah bersebelahan dengan tempat kita menjalankan program. Disebabkan sambutan yang diberikan rakyat lebih kepada BN, pembangkang cuba membuat beberapa provokasi bagi menggagalkan apa yang telah kita rancang.

"Tetapi kita mahu menyampaikan satu mesej kepada puak pembangkang ini bahawa kita jauh lebih matang dari mereka. Walau apa yang mereka lakukan kita tidak akan balas kerana kita jauh lebih profesional. Apa yang kita dapat lihat sebenarnya mereka ini terdesak.

"Kita tidak mahu meniru atau terikut dengan imej mereka yang terdesak ini. Kita kekalkan dengan imej kita yang baik dan ingin mendekati rakyat. Kita UMNO hendak bercerita tentang fakta. Provokasi pembangkang ini tidak menjadi halangan kepada jentera UMNO dan BN untuk terus berjuang demi parti," ujarnya lagi.

Beliau turut melahirkan harapan agar rakyat terus memberi sokongan kepada pucuk pimpinan BN dan seterusnya menukar kerajaan Negeri yang ada sekarang.

“BN harus diberi mandat memerintah negeri Kedah selepas PRU-13 kerana hanya BN yang mampu memulihkan keadaan negeri Kedah yang semakin merudum sejak berada di bawah jajahan Pas”, katanya. – MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...