BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! #PRU13 !!! PR DAH GELABAH !!! SEMUA KERUSI MEJA BERSELERAKAN !!!

Posted: 11 Apr 2013 05:00 AM PDT


Berbulan-bulan pembangkang menyalak di ceramah-ceramah mereka,Perdana Menteri seorang yang penakut kerana tidak berani membubarkan parlimen.Dituduhnya Datuk Seri Najib sedang merancang untuk mencetuskan huru-hara yang akan menyebabkan wujudnya darurat sebelum pilihan raya dilaksanakan.Difitnahnya,pencerobohan tentera sultan kiram merupakan satu sandiwara umno sedangkan pengawal keselamatan kita bermatian-matian berjuang mempertahankan negara.Tetapi segala fitnah itu terjawab apabila Datuk Seri Najib mengumumkan pembubaran parlimen lebih awal pada 4 April 2013 sedangkan beliau mempunyai tempoh sehingga 28 April 2013 sebelum parlimen terbubar dengan sendirinya.Maka bertepuk tanganlah para jentera pembangkang kerana mereka sudah menunggu saat parlimen dibubarkan.Persediaan mereka selama berbulan-bulan kini akan digerakkan sepenuhnya.(Hah!!! Najib dah bubar parlimen!!!) Bertempiaran pemimpin-pemimpin pembangkang ke sana sini cuba menyelesaikan masalah pembahagian kerusi Pakatan.

Rupa-rupanya pembangkang masih belum memuktamadkan isu pokok pembahagian kerusi di antara mereka.Selama ini mereka gelar Datuk Seri Najib penakut bubar parlimen hanya sekadar 'Reverse Psycology' supaya Datuk Seri Najib melewatkan pembubaran parlimen.Haramjadah.Menjelang PRU13,PR dilihat semakin berkecamuk sesama sendiri kerana berebut kerusi.Hampir semua negeri pembangkang hadapi masalah pertindihan kerusi.Ini yang mereka kata bersedia untuk pilihan raya  ???Kita ambil contoh dari negeri paling utara,Perlis.Setelah berhempas pulas memujuk mufti Perlis untuk menjadi calon,harapan PKR musnah untuk melihat Dr. Juanda bertanding atas tiket parti itu apabila Pas enggan memberi kerusi parlimen Kangar.Kita pergi ke negeri yang paling selatan pula,Johor.Perebutan kerusi yang bermula di Gelang Patah kini sudah merebak sehingga ke Segamat.Negeri Selangor yang selama ini cuba menggertak kerajaan pusat untuk membubar DUN lebih awal,sehingga kini masih belum mengumumkan nama calon.Khalid Gagap selaku MB juga masih tidak tahu nasib sama ada bertanding atau tidak.Isu pemilihan calon saja dah timbulkan banyak masalah kepada Pakatan.Camana nak tadbir negara Pakatan oiiii ??? Inilah jadinya bila 3 parti tak sehaluan berlakon "bersatu" padahal bertekak sesama sendiri.Kalau isu calon pun tak selesai & bergaduh,camna nak ke Putrajaya ??? kalau pemimpin nakj sangat kerusi,kedai perabot banyak,nak tak ??? boleh beli kerusi,meja sofa dan lain-lain.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT !!! #MANIFESTOBN !!! AKHIRNYA PR TERIMA HAKIKAT KALAH DENGAN AKU JANJI BN #PRU13 !!!

Posted: 11 Apr 2013 01:30 AM PDT


Pembangkang amat meradang apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib melancarkan Aku Janji Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13.Aku Janji BN bukan sekadar merangkumi ciri-ciri sebuah manifesto sebuah parti politik yang menggariskan rancangan serta programnya sekiranya terus diberi mandat oleh rakyat untuk berkuasa.Ia juga adalah dokumen pengakuan dan sumpah di hadapan rakyat bahawa BN akan melkaksanakan setiap kata-kata dan kalimat yang tersemat di dalamnya.Ia bukan retorik kosong seperti Manisfesto Rakyat oleh pembangkang kerana sebahagian besar apa yang dilaungkan oleh Perdana Menteri dan dan sedang dilaksanakan.Aku Janji BN adalah pengukuhan kepada program-program pro-rakyat yang sedia ada yang akan dimantapkan lagi bersama-sama program baru yang lain.Berlainan pula dengan manifesto pembangkang yang hanya cantik pada rupa tetapi isinya kosong dan tidak mempunyai nilai.Ini kerana pembangkang tidak mempunyai pengalaman memerintah negara hampir enam dekad seperti mana BN.Mustahil pembangkang dapat menyelami keperluan serta kehendak rakyat dalam menghayati erti pembangunan negara sebenar bila mana ia tidak pernah mengalami naik turun, pahit getir, ancaman bahaya dan bermacam-macam suasana yang sentiasa berubah ketika mentadbir sebuah negara yang unik seperti Malaysia. Pembangkang hanya mengkhayalkan apa yang difikirkan baik untuk kesejahteraan rakyat tetapi BN sudahpun membela nasib rakyat selama 60 tahun. 

Pahit maung mengangkat sebuah negara yang telah dijajah silih berganti oleh satu bangsa penjajah selama 446 tahun oleh Portugis,Belanda,British dan Jepun hanya dinikmati oleh Perikatan/BN.Pembangkang hanya menumpang segala kejayaan yang telah dicipta oleh BN lalu mendakwa seolah-olah merekalah yang menjuarai semuanya.Daripada sebuah negara agrarian atau pertanian yang miskin dan amat dhaif sekali selepas menuntut kemerdekaan,kerajaan Perikatan di bawah Al Marhum Tunku Abdul Rahman serta kumpulan pejuang kemerdekaan yang bersama-sama dengannya, berhempas pulas membina asas kemajuan negara seperti yang dinikmati oleh generasi hari ini.Obor perjuangan itu kemudian disambung pula oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien,ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang.Beliau berjaya membawa negara sesatu tingkat kemajuan lagi menerusi penggubalan Dasar Ekonomi Baru.Dalam era Tun Hussein Onn pula negara diperkuatkan lagi dengan penggubalan dasar-dasar yang membantu meningkatkan lagi sosioekonomi orang Melayu.Pelancaran Amanah Saham Nasional adalah salah satu jasa paling besar beliau.Kemudian negara mengalami arus pembangunan dan perindustrian yang begitu rancak dan aktif di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Kereta nasional Proton dilancarkan,pelaburan asing meningkat begitu mendadak dan di akhir pentadbirannya beliau sempat menikmati usaha gigihnya dengan terbinanya Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya.Perdana Menteri keenam Tun Abdullah Ahmad Badawi pula memperkenalkan koridor pembangunan di seluruh negara dengan tumpuan kepada pembangunan wilayah Iskandar di Johor.Kini Malaysia berada di dalam jagaan baik Datuk Seri Najib yang telah menyerlahkan lagi kemampuan negara untuk menjana kejayaan demi kejayaan melalui dua program transformasinya iaitu dalam aspek pentadbiran dan ekonomi.Program transformasi gergasi yang digagaskan oleh Perdana Menteri inilah yang menjadi intipati dan asas kepada Aku Janji BN pada PRU13.Ia bukanlah sesuautu yang dirancang hanya untuk memenangi pilihan raya semata-mata tetapi merupakan kesinambungan kepada apa yang telah dicapai sejak empat tahun menerajui negara.Aku Janji BN adalah komprehensif and inklusif,ia juga menyentuh setiap aspek kehidupan rakyat dari buruh kasar,suri rumahtangga,peniaga,pentadbir,pelajar hinggalah kepada pelabur asing.Semuanya dicanai dengan begitu rapi dan teliti untuk memastikan segala impian yang dilakar menjadi realiti bagi kesejahteraan rakyat jua. Daripada program rakyat didahulukan seperti BR1M, KR1M, Klinik 1Malaysia, BB1M,TR1M,PR1MA semuanya telah dilaksanakan dengan jayanya.Hakikatnya pembangkang hanya pandai menabur janji tetapi BN menepati segala janji yang dibuat, pembangkang hanya menjual air liur untuk memegang kuasa tetapi BN melakari kejayaan dengan bukti nyata.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! CHUA JUI MENG KECEWA KERANA DISEPAK KE SEGAMAT !!!

Posted: 10 Apr 2013 10:00 PM PDT


Chua Jui Meng hanya mampu memberi kenyataan politik iaitu beliau tabah menerima keputusan parti yang menendang beliau jauh ke Segamat,iaitu satu tempat yang asing baginya dalam PRU kali ini.Sumber dalaman mengesahkan beliau kelihatan benar-benar kecewa dengan keputusan tersebut namun pasrah kerana pemimpin PKR sendiri tidak berusaha mempertahankannya.Chua Jui Meng sejak dari mula mengintai kerusi Gelang Patah,malah menurutnya beliau telah bersalam dengan lebih 40,000 orang dari kawasan tersebut.Namun,'lenguh' tangan bersalam itu kini sia-sia sahaja kerana kerusi itu kini bakal ditandingi oleh Lim Kit Siang atau Bapa Tokong yang jauh lebih tinggi kedudukannya di dalam PR berbanding Ketua Pembangkang sendiri.Chua ada meminta kerusi Bakri atau Kulai yang mana lebih selamat tetapi,nampaknya semua kawasan selamat dibolot oleh DAP secara kuku besi.Chua Jui Meng sebelum ini telah menimbulkan kontroversi apabila bertelagah dengan Pengerusi DAP Johor,Dr. Boo yang turut mencuba mengenakan kuasa kuku besi DAP ke atas sekutu-sekutunya dalam soal kerusi. Dr. Boo akhirnya berjaya mengatasi Chua.

Namun,akhirnya Dr. Boo juga kecewa apabila segala usahanya mempertahankan sifat kiasu DAP telah tidak dihargai oleh Tokong Lim anak beranak.Tidak dapat menerima hakikat itu, maka Dr. Boo bertindak meninggalkan DAP hari ini dengan membawa bersamanya Timbalan dan Setiausahanya.Difahamkan sekurang-kurangnya 5 lagi pemimpin DAP Johor akan mengikut jejak langkah mereka meletakkan jawatan.Nampaknya,sifat tamak kesemua parti-parti di dalam PR semakin terserlah menjelang pilihanraya sehingga menyukarkan mereka untuk fokus kepada gerak kerja.Walaubagaimanapun,dalam kes Chua Jui Meng,beliau seharusnya sudah menjangkakan perkara ini.Bukan beliau tidak tahu bahawa pembangkang itu adalah tong sampah bagi Barisan Nasional.Segala sampah sarap yang jijik dan busuk akan dibuang atau terbuang sendiri dari BN, dan masuk ke dalam PR,termasuklah Chua sendiri.Chua sebenarnya berada di tempat yang selayaknya dan sepatutnya beliau tidak merasa kecewa.Apa yang berlaku menunjukkan betapa PR adalah parti yang lemah di mana ia tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu pakatan dalam ertikata yang sebenar. 

Manakala PKR pula,bukan setakat lemah,tetapi sudah pun mati apabila tiada siapa pun menghormati Anwar lagi.Hanya dari segi zahir parti itu kelihatan seolah-olah masih hidup sebagaimana pengamal syirik yang rohnya sudah meninggalkan jasad tetapi diganti dengan jin yang dibelanya sehinggakan sukar untuk meninggal dunia.Oleh itu,dengan berada di dalam PKR,nyawa politik Chua juga sebenarnya sudah tiada.Rakyat,terutamanya pengundi Segamat wajar mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ini dan tidak memberi undi kepada parti yang berupa mayat hidup.Hakikatnya,keluarnya orang seperti Chua Jui Meng dari parti Barisan Nasional dengan sendirinya menjadikan parti BN lebih bersih dan lebih kuat dari sebelumnya.Selain itu,BN juga tidak punya masalah kuku besi,berebut kerusi atau gila kuasa.BN juga tiada masalah dari segi pemimpin parti komponen tidak menghormati pemimpin tertinggi.BN mempunyai pendirian yang tetap,serta hala tuju yang pasti.Sekatat ini,BN telah terbukti sentiasa menunaikan janji.Justeru,tidak ada sebab kenapa pengundi Segamat atau pengundi Johor untuk menolak BN kali ini.BN telah terbukti berkhidmat dengan cemerlang selama lebih separuh abad,maka apatah lagi kini,apabila BN semakin mantap dengan ketiadaan manusia-manusia rakus dan gila kuasa yang kini melayang-layang di dalam PR ke sana ke mari merayu kerusi.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KISAH SEBENAR RAFIZI LEMBU DIDEDAHKAN !!!

Posted: 10 Apr 2013 07:00 PM PDT


anda nak tahu siapakah rafizi sebenarnya.ikuti sejarah si rafizi lembu ini.Rafizi Ramli pernah bertugas di Petronas,sebenarnya dia diberhentikan ataupun ditendang keluar kerana masalah selalu ponteng dan mencuri-curi masa berkempen untuk pembangkang.Menurut sahabatnya yang masih berada di Petronas,seorang Lulusan Engineer Petroleum dari Amerika,berkata bahawa Rafizi tidak memberikan teladan yang baik semasa di Petronas.Rafizi dikatakan menjadikan Petronas sebagai hak milik keluarganya Sdn. Bhd. Bukan setakat kes ponteng kerja tetapi juga melibatkan tuntutan palsu.Apabila Rafizi Ramli dilantik pula sebagai penasihat ekonomi dalam Kerajaan Selangor,Rafizi juga gagal membezakan antara kepentingan aset kekal,aset sementara dan aset diapungkan.Sebab itulah Rafizi melihat pelaburan dalam Hartanah sebagai merugikan,walaupun ianya dalam kategori kos melepas mengelak kerugian sementara yang bakal ditanggung syarikat induk,selepas ditolak keuntungan kasar melepasi pemberatan margin nasional.Sebab itulah juga Rafizi memecat dirinya sendiri tempohari.Oleh kerana Rafizi terikat dengan Teori Adam Smith,sama seperti yang digunakapai bosnya Anwar Ibrahim.Rafizi terpaksa menjual aset-aset rakyat Selangor seperti Bangunan-bangun­­an milik PKNS,Asrama yayasan Selangor di kampung Pandan, "Bailout" dalam isu Talam.

Sebelum diterberhentika­­n dalam Kerajaan Selangor,Rafizi sempat memperbodohkan rakyat Selangor dengan berusaha menjual aset-aset hartanah seperti padang permainan di Kelana Jaya,aset-aset UNISEL dan yang terbaru turut memperjuangkan Air Selangor untuk poket-poket mereka.Semua aset-aset di atas ditukar secara cepat dan urusniaga melompat, yakni menghapuskan hutang-hutang sampingan dan digantikan dengan nilai-nilai lebih tinggi daripada paras hutang, untuk mendapat Tunai Segera (Cash).Konsep ekonomi marginal dalam mikro ekonomi diketepikan, sebaliknya aspek makro ekonomi dilihat sebagai peluang untuk menambah poket.Dalam hal ini,Rafizi gagal menghuraikan kenapa Anwar Ibrahim melabur ke atas hartanah bernilai jutaan ringgit yang diduduki keluarganya sekarang.Di atas sebuah bukit tinggi, dikawal oleh puluhan CCTV,bodyguard dan pengawal keselamatan.Adakah Rafizi mengerah rakyat mempercayai bahawa hartanah peribadi keluarga Anwar itu sedang menyusut nilai dan semakin lama semakin rendah nilainya ??? Bagaimana isu Talam di bawah,apakah Rafizi lebih Bijak berbanding Akuntan Bertauliah yang mengaudit Aktiviti Merampok Wang Talam ini. 

Auditor juga detect yang perbezaan baki tertunggak yang direkod dalam buku kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan mengambil kira hutang yang telah dihapus kira oleh SAP sebelum ini.Hutang tersebut adalah dari anak2 syarikat Talam iaitu ; Maxisegar Sdn Bhd,Expand Factor Sdn Bhd and ABRA Development Sdn Bhd,yang berjumlah RM15,001,451.90­­. 

Secara ringkasnya,hutang dari Talam ke SAP ialah seperti berikut : 

Perkara Jumlah Hutang (RM) 
Hutang Talam Group ke KHSB 
178,680,939 

Hutang yang tidak Termasuk 
48,578,079 

Hutang kasar 
130,102,860 

Hutang oleh Talam Yang Dihapuskira oleh SAP 
15,001,452 

Hutang bersih Talam ke KHSB 
115,101,407 

Mengikut perjanjian untuk menyelesaikan hutang bertarikh 3 November 2009 antara KHSB,Permodalan Negeri Selangor (PNSB),Pendidikan Indutri YS Sdn Bhd (PIYSB), TCB dan Kerajaan Negeri Selangor.TCB confirm amount yang tertunggak adalah sebanyak RM391,986,473.0­­0 kepada syarikat berikut : 

(i) KHSB - RM115,101,407.0­­0 
(ii) PNSB - RM28,208,066.00 
(iii) PIYSB - RM248,677,000.0­­0 (Dikenali sebagai "hutang-hutang"­­ pada muka surat seterusnya") 

Mengikut perjanjian tersebut,Talam mesti menyelesaikan hutang dalam waktu yang ditetapkan. Kegagalan utk menyelesaikan hutang tersebut menyebabkan Talam dikenakan interest sebanyak 6% per annum terhadap baki yang tertunggak.Walau bagaimanapun,Auditor detect yang interest sebanyak RM58,400,113.79­­ tidak diambil kira oleh Talam dalam laporan kewangan mereka walaupun hutang tersebut telah dipersetujui oleh pemiutang2 seperti yang dinyatakan di atas.Wang ini telahpun masuk ke dalam akaun Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim.Selepas ini Auditor Bertauliah akan buktikan bagaimana Rafizi mendapat persen daripada urusniaga menipu ini.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PRU 13 !!! BUKTI PM @NAJIBRAZAK LEBIH HEBAT DARI ANWAR IBRAHIM DAN HADI AWANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 10 Apr 2013 04:00 PM PDT


Menjelang PRU13 ini,sebahagian besar tumpuan umum akan terarah kepada tiga personaliti utama parti politik untuk menilai siapa di antara mereka yang akan muncul sebagai pemenang dan menjadi pilihan majoriti rakyat negara ini.Ketiga-tiga individu yang dimaksudkan itu ialah Datuk Seri Najib,Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang,di mana Datuk Seri Najib adalah Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO,sementara Anwar pula adalah Ketua Umum PKR dan Hadi merupakan Presiden PAS.Persoalannya,siapakah di antara ketiga-tiganya ini sedang berada dalam fikiran pengundi sebagai pilihan mereka bagi menerajui negara kelak ??? Jika ambil kira dari sudut pengalaman dan rekod kejayaan urus tadbir,Datuk Seri Najib pastinya menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia untuk terus menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri,jawatan yang mula disandangnya semenjak 3 April 2009.Malah Datuk Seri Najib diingati rakyat kerana jasanya berikutan kejayaan kontinjen negara menunjukkan pencapaian antara yang terbaik dan memberangsangkan dalam Sukan Sea 1989 di Kuala Lumpur semasa beliau menjadi Menteri Kebudayaan,Belia & Sukan.Selepas itu,beliau berjaya membuktikan dirinya sebagai Menteri Pertahanan terbaik Malaysia berikutan jasa bakti dan sikap caknanya dengan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keprihatinannya memodenkan aset ketenteraan negara.Semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan,kursus persijilan pendidikan telah dinaiktarafkan ke peringkat Diploma membolehkan tangga gaji para guru mengalami peningkatan yang menggembirakan.Selain itu,sistem pendidikan negara juga melangkah setapak ke depan apabila sistem pendidikan di strukturkan semula termasuk mewujudkan kerjasama dengan Universiti luar negara. 

Manakala Anwar sewaktu menjadi Menteri Pendidikan,lebih dikenali ramai sebagai pencetus sebutan baku yang sampai sekarang gagal direalisasikan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia termasuklah sering gagal dituturkan oleh Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat.Mungkin satu-satunya ingatan ramai kepada Anwar ialah ketika beliau menjadi Menteri Kewangan bermula 1991 di mana dalam tempoh itu sehingga pertengahan 1997,ekonomi negara mengalami kemakmurannya.Namun satu hakikat yang pasti, Anwar sebenarnya mengambil alih jawatan Menteri Kewangan ketika ekonomi negara dalam keadaan stabil selepas mendapat sentuhan Menteri sebelumnya iaitu Tun Daim Zainuddin yang semenjak 1984 telah bertungkus lumus membangunkan ekonomi Malaysia.Satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah sentuhan Perdana Menteri tika itu,Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun Dr Mahathir) yang terkenal dengan visi ekonomi dan kerap melakukan lawatan ke luar negara untuk menarik pelaburan asing dan bila negara diuji kegawatan ekonomi berikutan serangan mata wang oleh penyangak George Soros,Anwar terkulai layu hanya mampu mengikut sahaja nasihat dan tunjuk ajar IMF termasuklah menaikkan kaedah faedah pinjaman yang akhirnya menyebabkan ramai yang muflis dan dibebani hutang.Saat negara memerlukan keupayaan sebenar menangani cabaran ekonomi yang gawat,ternyata Anwar hilang arah dan hampir mengundang padah,mujurlah kebijaksanaan Tun Dr Mahathir yang tika itu bertindak segera menerajui sendiri hala tuju ekonomi negara berjaya mengekang kesan buruk selanjutnya.

Sedangkan Datuk Seri Najib pula menjadi Menteri Kewangan merangkap PM tatkala negara diambang kegawatan ekonomi 2009,saat pelaburan asing dan domestik agak menurun,namun disebabkan pengetahuannya yang luas, kesungguhan dan memahami asas ekonomi akhirnya kini beliau berjaya memacu semula pertumbuhan ekonomi.Bersandarkan beberapa faktor di atas jelas sekali Datuk Seri Najib mempunyai kelayakan dan memenuhi kriteria yang diperlukan,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ??? Tapi sekiranya kehebatan propaganda dan sikap gemar menabur janji dimungkiri serta pandai temberang dijadikan asas pilihan,suka atau tidak,kita terpaksa menerima hakikat Anwar lebih hebat dan ke depan meskipun tidak menepati kriteria untuk dilantik sebagai PM.Sekiranya imej keIslaman penuh hipokrasi pula mahu dijadikan sandaran utama kriteria sebagai PM,tidak syak lagi Hadi paling popular walau pun dalam pengurusan partinya sendiri haru biru dan hilang arah tuju.Tadbir parti sendiri pun gagal,asyik dibuli oleh DAP dan PKR,macam mana nak jadi Perdana Menteri ??? Apa pun,mana satu pilihan muktamad para pengundi,yang pastinya di antara ketiga-tiga individu yang disebutkan itu,tidak syak lagi Datuk Seri Najib telah memenuhi kriteria untuk kekal sebagai PM dan beliau sudah membuktikan kemampuannya dan lulus ujian yang serba mencabar.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...