UMNO Online - “Act Fast Against Nik Aziz, National Fatwa Council Told” plus 9 more

UMNO Online - “Act Fast Against Nik Aziz, National Fatwa Council Told” plus 9 more

Link to UMNO Online

Act Fast Against Nik Aziz, National Fatwa Council Told

Posted: 09 Apr 2013 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 9 – The National Fatwa Council is urged to act fast against PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat who has been making controversial statements which could lead Muslims astray and divide the community.

Dr Fathul Bari Mat Jahaya, chairman of the Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), a group of young ulama, said the issue involving the faith of Muslims, especially deliberately sowing hatred among them should not be allowed to go on as it could tear Muslims apart.

He said Nik Aziz should not be behaving as though he was a “malaikat” (angel), and be so busy and quick to judge the religious faith or devotion of Umno members as only Allah could determine all that.

He was asked to comment on the statement by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today, asking the National Fatwa Councl to study all the statements made by Nik Aziz, who is also Kelantan Mentri Besar.

Muhyiddin had said that Nik Aziz’s controversial statements like Umno members’ prayers would not get “pahala” (divine merit) while the Barisan Nasional government was only thinking of project contracts when building mosques, must stop.

While describing Nik Aziz’s action as a public punishment syndrome, Fathul Bari said the PAS leader should not be using religion for politics.

Meanwhile, Pertubuhan Ilmuan Malaysia chairman, Dr Fadlan Mohd Othman who agreed with Muhyiddin’s suggestion, said the PAS Ulama Syura Council should discuss the issue and state their stand on Nik Aziz’s every controversial statement that touched on religion.

“They should treat this issue like how they did with the issue on the use of the word ‘Allah’ in the Malay language version of the Bible,” he said.

Jalur Tiga (Jati) deputy president Datuk Aidit Ghazali said Nik Aziz’s image as an influential Islamic leader in this country had been tarnished with his statements that did not reflect true Islamic values.

“PAS has lost its credibility as an Islamist party, while Nik Aziz appears to be going senile by making crazy statements.

“The National Fatwa Council must do something, regardless of who had made such statements, as this had not happened twice but many times,” he said.

Anwar Punca Penamaan Calon Pakatan Jadi Bermasalah – Puad Zarkashi

Posted: 09 Apr 2013 04:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 April – Penangguhan demi penanggguhan yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang dalam mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding pada PRU ke 13 membuktikan bahawa kepimpinan Pakatan Pembangkang menghadapi masalah dalam isu penamaan calon, demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Puad Zarkashi.

Menurut beliau, pengumuman yang dilakukan secara berperingkat dan tidak sekata cukup untuk membayangkan betapa bermasalahnya Pakatan Pembangkang dalam menentukan calon-calon mereka untuk bertanding di kawasan yang telah ditentukan.

"Ini boleh kita lihat apabila beberapa kepimpinan tertinggi Pakatan yang membuat kenyataan bercanggah dan tidak selari tentang calon-calon yang bakal bertanding. Malah campur tangan dari pemimpin-pemimpin tertentu, menyebabkanb timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan ahli.

"Inilah yang kita lihat berlaku di dalam DAP Johor, sehingga pengerusi DAP negeri Johor hampir-hampir meletakkan jawatan. Contohnya, kita dapat lihat timbulnya rasa tak puas hati di kalangan ahli DAP apabila calon PKR diletakkan untuk bertanding di kawasan Segamat," jelasya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Beliau berpendapat, bahawa segala masalah berhubungan penamaan calon ini adalah berpunca dari Ketua Pakatan Pembangkang sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bagi saya ini semua berpunca dari Anwar yang ingin menyusun calon-calon yang dilihat berpihak kepada beliau, agar matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Sebab itu kita lihat, kerusi di Bentong yang sepatutnya diberikan kepada PKR, akhirnya diserahkan oleh kepada DAP.

"Calon-calon yang berpihak kepada Anwar ini amat penting kerana mereka inilah yang bakal memberi sokongan untuk beliau untuk menjadi PM.  Anwar amat bergantung kepada DAP untuk mendapatkan undi dari masyarakat India dan Cina, dalam merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri" tegasnya.

Justeru itu, beliau meminta rakyat agar menilai sendiri bagaimana penyusunan serta persediaan Pakatan Pembangkang yang dilihat amat kelam kabut dari sebesar-besar perkara, sehinggalah sekecil-kecil perkara.

"Bagaimana kita mahu memberikan pentadbiran negara kepada Pakatan sedangkan cara mereka menguruskan Pakatan mereka sendiri sudah kelam kabut. Bagaimana mereka mahu memerintah negara yang sudah tentu cabarannya lebih hebat dari itu.

"Pengalaman dalam memerintah negara amat penting untuk memastikan negara  terus maju dalam mencapai wawasan 2020 dan tidak tersungkur di tengah jalan. Dan pastinya bagi saya, setakat ini hanya BN sajalah yang berpengalaman luas dalam pentadbiran negara dan rekod cemerlang BN menjadi satu bukti yang nyata untuk dinilai oleh rakyat di negara ini," ujarnya. -MediaUMNO

 

Pencalonan Fauzi Tidak Gugat Usaha BN Tawan Semula Parlimen Indera Mahkota

Posted: 09 Apr 2013 04:16 AM PDT

KUANTAN, 9 April – Pemuda UMNO Indera Mahkota percaya rakyat khususnya pengundi di bahagian berkenaan lebih arif dan lebih mengetahui siapakah yang layak untuk menjadi jurubicara mereka pada pilihan raya umum nanti.

Justeru Ketua Pemudanya Datuk Suhaimi Jusoh@Sulong yakin tindakan PKR yang meletakkan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman tidak akan memberi apa-apa kelebihan kepada parti tersebut.

Menurut beliau pencalonan Fauzi sebenarnya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kerana rata-rata penduduk setempat lebih kenal dan mengetahui siapakah indvidu berkenaan.

"Kita bukannya bercakap atas dasar angkuh dan bongkak.. Cumanya itu adalah realiti dan apa yang ditunjukkan oleh masyarakat di Indera Mahkota. Mereka rata-rata cukup mesra dan lebih yakin dengan khidmat parti yang menerajui negara hari ini.

"Perkara itu boleh dilihat pada penggal lalu apabila keprihatinan dan kebertanggungajwaban BN walapun kalah pada pilihan raya umum 2008, tetap dilaksanakan tanpa mengira fahaman politik.

"Atas faktor itulah yang memungkinkan rakyat lebih mempercayai BN dan insyalllah pada pilihan raya kali ini pengundi di Indera Mahkota akan bersama BN kerana banyak  agenda yang dapat dilaksanakan," ujarnya.

Beliau seterusnya menambah kedudukan jentera Pemuda di bahagian berkenaan cukup kuat dan hakikat yang sama turut dikongsi oleh jentera lain baik Wanita, Pemuda, Puteri, bahagian dan jentera BN secara keseluruhannya.

Menurut beliau lagi perpaduan serta kesepakatan itulah yang akan menjadi benteng kepada BN untuk merampas kembali Parlimen berkenaan apda pilihan raya umum nanti.

“Sebab itulah kita berpegang kepada satu janji iaitu siapa pun calon yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan, kita akan berusaha untuk membantu kemenangan BN," katanya. -MediaUMNO

Penduduk Sabah Dinasihat Tidak Percaya Khabar Angin

Posted: 09 Apr 2013 04:13 AM PDT

KLUANG, 9 April –  Menteri Dalam Negeri menasihatkan penduduk Sabah supaya tidak mempercayai khabar angin tentang keadaan keselamatan di pantai timur negeri itu dan sentiasa memperoleh pengesahan terlebih dahulu daripada pihak Polis Diraja Malaysia.

Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein keadaan keselamatan di pantai timur Sabah seperti di Lahad Datu, Semporna dan Tawau sudah bertambah pulih dan terkawal pada ketika ini.

“Saya berharap mereka tidak mendengar (mempercayai) khabar angin ini, 95 peratus daripada cerita sebegini adalah tidak benar. Jangan terpengaruh dengan cerita begini,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra dengan petugas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Chamek di sini Selasa.

Beliau diminta mengulas laporan media Filipina mendakwa terdapat ratusan pengganas Kesultanan Sulu sedang bersiap sedia untuk menyeberangi perairan Sulu di selatan Filipina ke pantai timur Sabah bagi mencetuskan kekacauan.

Semalam, pasukan keselamatan negara menahan bot membawa 32 penceroboh bersenjata di Pulau Tambisan di perairan Lahad Datu.

Ditanya mengenai insiden penahanan penceroboh bersenjata semalam, Menteri Dalam Negeri itu berkata beliau belum mendapat laporan terkini mengenainya tetapi ia membuktikan pasukan keselamatan negara sentiasa bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

“Kita tidak pernah mengambil mudah tentang soal keselamatan,” kata Hishammuddin dan menambah, setakat ini pihak keselamatan negara telah menahan lebih 400 orang selain kira-kira 138 individu di bawah undang-undang khas keselamatan.

Selain itu beliau berkata pasukan keselamatan turut membunuh 68 pengganas Sulu yang menceroboh negara ini.

Menurutnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan ke Lahad Datu di dalam waktu terdekat ini untuk meninjau penubuhan ESSCOM (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) dan ESSZONE (Zon Selamat Sabah Timur).

Manifesto Pembangkang Tokok Tambah Apa Yang Dilaksanakan Kerajaan BN

Posted: 09 Apr 2013 04:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebenarnya hanya mengembangkan inisiatif yang telah dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Mereka hanya menokok tambah apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN, kemudian menjaja kononnya BN meniru agenda yang dibentangkan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata manifesto pembangkang tidak mengambil kira keupayaan dan kestabilan ekonomi negara, malah banyak perkara yang disentuh juga lebih menumpukan kepada kepentingan kelompok tertentu masyarakat.

“(Ini) kerana mereka tidak mempunyai pengalaman, ramai pakar telah menganalisis manifesto tersebut dan mendapati ia tidak boleh dilakukan atau dilaksana,” katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Gombak dekat sini, Selasa.

Mengambil contoh agenda penurunan harga kereta dalam manifesto pembangkang itu, Muhyiddin berkata ia tidak boleh dilaksanakan secara drastik kerana boleh membawa kesan buruk bukan sahaja kepada industri automotif tetapi ekonomi negara secara keseluruhan.

“Contohnya kalau dia menang esok, harga kereta akan turun, dan apa akan terjadi kepada industri kenderaan yang nilainya berbilion-bilion,” katanya.

Beliau berkata berbeza dengan manifesto BN yang merupakan aku janji menyeluruh.

Dalam merancang manifesto itu, BN mengambil kira perbelanjaan dan pendapatan yang semakin meningkat yang boleh dijana dari pelbagai aspek seperti dana, pelaburan dan kutipan cukai, tanpa memberi kesan kepada defisit negara, katanya.

Menyentuh soal pilihan raya umum ke-13, berhubung kemungkinan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bertanding menentang pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang untuk kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor, Muhyiddin berkata UMNO dan BN perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum sebarang keputusan dibuat.

Banyak pandangan dan maklum balas membabitkan pengundi Melayu, Cina dan India di kawasan itu telah dikumpul berhubung cadangan itu, namun keputusan penuh tertakluk kepada persetujuan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN, katanya.

“Tentunya perkara ini juga tidak diduga Kit Siang, mungkin dia telah lama merancang untuk bertanding di situ dan kini kita lihat dia sudah terperangkap dengan keadaan sebegitu.

“Sama ada (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng atau Kit Siang bertanding, kita (BN) tidak kisah, yang mustahak kita akan pertahankan kerusi itu, kita ada strategi dan cara sendiri,” katanya.

Mengenai PKR pula, tentang (penasihat) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali yang dilihat diseolah-olah menentang hasrat Presiden parti itu Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bertanding di Selangor, Muhyiddin berkata biasanya presiden sesebuah parti politik mempunyai kuasa dan hak untuk membuat keputusan.

“Tetapi dalam kes Dr Wan Azizah berlaku sebaliknya apabila kuasa itu telah diambil alih oleh penasihat parti, iaitu Anwar.

“Walaupun mereka tinggal serumah, suami dan isteri, tetapi apabila buat kenyataan, ia tidak selari,” katanya.

Muhyiddin turut menganggap pilihan raya membabitkan pemimpin PKR itu akan bertambah menarik apabila penulis blog Papa Gomo yang sering mendedahkan dakwaan salah laku Anwar, mengumumkan hasrat untuk bertanding menentang ketua pembangkang itu di Permatang Pauh, Pulau Pinang atau di mana-mana Anwar bertanding.

“Ia tentu menarik…mungkin banyak lagi rahsia yang dia nak dedahkan. Jadi bagusla, kita akan lihat itu sebagai ruang untuk kita ketahui lebih banyak tentang Anwar,” katanya.

BN Ada “Kad Laporan”, Pembangkang Patut Malu Tuduh BN Tiru Manifesto

Posted: 09 Apr 2013 03:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 April – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang yang mendakwa aku janji BN untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 adalah ciplak daripada manifesto pembangkang.

Katanya, sepanjang pentadbiran BN yang sebelumnya parti Perikatan, kepimpinan tertinggi sentiasa berusaha menambah baik perancangan berdasarkan kepada kepentingan dan kehendak masyarakat dengan bersandarkan kepada kemampuan untuk merealitikan segala janji-janji yang telah dilafazkan.

"BN bukan baru satu penggal mentadbir dan berkerajaan kerana BN adalah sebuah parti yang mempunyai asas dan tujuan serta struktur yang mantap, sentiasa menyelami permasalahan rakyat dan melaksanakan pelbagai perancangan dengan membabitkan keutamaan masyarakat keseluruhan," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, sepatutnya kepimpinan pembangkang merasa malu apabila membuat tuduhan terhadap BN yang kononnya meniru manifesto mereka hanya kerana pakatan pembangkang melancarkannya lebih awal berbanding BN.

"Ini bukan kali pertama BN melancarkan manifestonya dan penilaian ke atas kesungguhan BN boleh dilihat dengan pembentangan 'kad laporan' yang dilakukan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib sepanjang beliau menjawat Perdana Menteri Malaysia," ujarnya.

Dalam hal ini beliau meminta rakyat khususnya kepimpinan pembangkang merujuk kepada pembentangan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang memberikan perincian menyeluruh berkaitan pencapaian BN sebagai peneraju Malaysia.

"Ini bukan perkara baru kerana selama ini pun kita tahu bahawa mereka ini tidak ada kerja lain selain tipu, tipu dan tipu. Mereka akan buat fitnah dan macam-macam tohmahan telah ditabur kapada kita untuk merosakkan kepercayaan rakyat tapi itu semua kerja tipu," katanya.

Jelasnya, kepimpinan pembangkang seringkali melemparkan fitnah dan pelbagai manipulasi untuk memburukkan BN sebagaimana yang telah dilakukan sebelum ini dan tuduhan meniru manifesto pembangkang adalah yang terbaru.

"Kerajaan yang ditunjangi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melengkapkan pendekatan sedia ada, mempunyai kesinambungan dengan pentadbiran sebelumnya untuk memperkukukan perpaduan dalam negara bagi menjamin kestabilan yang berterusan.

"Kita tidak pernah endahkan dengan provikasi, manipulasi dan tohmahan negatif segelintir pihak yang sememangnya mahu melihat kita melatah dan melakukan kesilapan sebaliknya, aku janji BN dengan 'Rakyat Didahulukan' menjadi formula untuk memastikan aspirasi nasional Wawasan 2020 dicapai."

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO, menekankan formula kebersamaan dan perkongsian kuasa antara parti-parti pelbagai kaum telah diaplikasikan sejak sebelum merdeka dan kini ia menjadi suatu prinsip untuk membangunkan sebuah negara yang bersatu padu dan progresif.

"Jika dilihat, segala keputusan yang diambil dalam BN adalah keputusan yang konsensus dan bukan dibuat bersendirian sebagaimana pembangkang sehinggakan ada dikalangan pemimpinnya yang mengeluarkan kenyataan mengatakan ini adalah pandangan peribadi sedangkan mereka ini adalah pemimpin parti tapi bagaimana boleh kata peribadi atau tidak kerana ia adalah suara bersama," ujarnya.

Tambahnya, sebagai parti yang memegang tampuk pentadbiran negara, BN sentiasa mengutamakan permuafakatan dikalangan 13 anggota kompenannya dan ini adalah perbezaan terbesar berbanding pakatan pembangkang yang hanya melibatkan tiga sekutu. – MediaUMNO

Aku Janji BN Untuk Bina Banyak Rumah Mampu Milik Jaminan Untuk Golongan Belia – MBM

Posted: 09 Apr 2013 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 April – Akujanji  Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang antara lain untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat merupakan janji yang munasabah serta banyak memberi manfaat kepada golongan belia khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Muhamad Maliki Muhamad Rafae berkata janji berkenaan sekurang-kurangya akan memberi kelebihan serta manfaat kepada mereka yang masih lagi tidak mempunyai rumah sendiri.

Menurut beliau perkara itu yang merupakan salah satu daripada 17  teras dalam manifesto BN perlu dinilai sepenuhnya oleh rakyat khususnya kalangan belia di negara ini dengan melihat secara emndalam siapakah yang benar-benar ikhlas dalam membela nasib mereka.

"Aku janji ini pada saya cukup-cukup menggembiran orang muda… Setelah dilaksanakan beberapa fasa sebelum ini oleh kerajaan, kali ini BN tampil lagi dengan menambahkan lagi jumlah perumahan berkenaan.

"Namun jika kita bandingkan dengan pembangkang apa yang mereka buat dalam soal ini…Sekadar berceramah atau sebaliknya. Justeru inilah yang perlu rakyat nilaikan komitmen BN yang menjurus kepada agenda yang sepatutnya," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau diminta mengulas manifesto BN dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu malam yang menggariskan 17 teras meliputi aspek kehidupan rakyat yang realistik.

Antara teras itu termasuklah membina sejuta rumah mampu milik dan 500,000 rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan harga sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.

Maliki seterusnya menambah aku janji berkenaan adalah jaminan masa depan yang secara bertulis dan tentunya berdasarkan kepada apa yang sebelum ini, soal berkenaan tentunya akan dilaksanakan kelak sekiranya mendapat mandat baru daripada rakyat.

"Jadi kenapakah kita nak tolak perkara sebegini…Bukankah ini jaminan masa depan kita dan anak-anak cucu cicit kita pada masa akan datang. Tumpuan BN dalam soal ini cukup jelas dan nyata dan saya percaya BN akan menterjemahkannya kelak setelah mendapat mandat baru nanti," katanya. -MediaUMNO

Menang 15 Kawasan Di Johor : Kit Siang Mengigau Di Siang Hari

Posted: 09 Apr 2013 02:15 AM PDT

BATU PAHAT, 9 April – Ketua Penerangan UMNO,  Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa pembangkang mampu memenangi 15 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dalam PRU13 sebagai mengigau di siang hari.

Sebaliknya tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian, banyak kawasan yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lepas akan dirampas semula Barisan Nasional (BN).

“Kit Siang mungkin mengigau siang hari kerana kita (BN) yakin kita  mampu pertahankan kerusi yang kita sandang selama ini dan rampas semula kerusi yang telah dimenangi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Himpunan Komuniti 1Malaysia peringkat negeri di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Jelas beliau lagi hakikat ini ini boleh dilihat berdasarkan sokongan rakyat terhadap banyak program yang diadakan BN di samping kesederan pengundi tentang pembohongan pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong semata-mata.

Mengenai 17 perkara yang dijanjikan dalam manifesto PRU13 BN pula beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata ia adalah berdasarkan hasil kajian mendalam sejak sekian lama.

Jelasnya lagi apa yang dijanjikan untuk dilaksanakan untuk tempoh lima tahun akan datang jika BN memenangi PRU13 merupakan kesinambungan kepada apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini.

BN merangka dengan teliti setiap apa yang dijanjikan bagi membolehkan ia ditunaikan bukan seperti pembangkang yang hanya tahu membuat janji dalam manifesto tapi gagal melaksanakannya, katanya.

“Kita (BN) bukan hanya mahu turunkan harga minyak, tetapi harga semua barang dan sebab itu kita mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia supaya ia menjadi pemangkin kepada kedai-kedai lain untuk sama menurunkan harga.

“Itu antara idea bernas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membantu rakyat yang turut membuktikan bagaimana kerajaan berfikir panjang cara untuk turun harga barang keseluruhan,” katanya.

Pentadbiran PKR, DAP Dan Pas Bergerak Ibarat Sebuah Bas

Posted: 09 Apr 2013 01:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengibaratkan kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran PKR sebagai sebuah kerajaan bas.

“Walaupun Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar adalah dari PKR, namun pemandu basnya ialah DAP yang menentukan hala tuju perjalanan bas, Khalid pula hanya bertugas sebagai seorang konduktor, manakala Pas sekadar sebagai penumpang yang hanya turun naik bas tersebut.

“Mereka sebuah kerajaan yang carca marba, sebab itu sejak awal lagi mula memerintah Selangor, banyak kepincangan yang berlalu termasuk penyalahgunaan kuasa sehingga akhirnya rakyat menjadi beban kepada pentadbiran mereka.

“Ini termasuk saman-saman yang dikemukakan setelah mereka gagal menunaikan janji manisfesto mereka pada PRU12 yang lalu,” ujarnya ketika berucap sempena majlis penyertaan bekas-bekas penyokong dan ahli-ahli PKR Gombak di sini malam tadi.

Hilangnya kepercayaan dan sedar perjuangan PKR yang sia-sia dan lebih kepada kepentingan peribadi, malam tadi Noh Omar menerima permohonan kira-kira 250 bekas ahli dan penyokong PKR Gombak diketuai Ayahanda Mazlan Abd Rashid atau lbh dikenali sebagai Lan Lemang untuk kembali menyertai UMNO.

Pada majlis itu, Lan Lemang turut diumumkan sebagai ketua Penaja UMNO cawangan Batu 10 1/2, Gombak Utara.

“Saya nak berterima kasih kepada bekas ahli-ahli PKR yang kini bersedia untuk kembali bersama BN. saya juga nak mengajak penduduk dan pengundi Gombak untuk kembali menyokong BN dalam PRU13 kerana sepanjang pemerintahan PR di Selangor, Khalid Ibrahim hanya sekadar boneka yang ditunggang oleh DAP manakala Pas tidak boleh bersuara dalam pentadbiran PR di Selangor.

“Untuk kembali menguasai Selangor, BN harus menang sekurang-kurangnya 29 kerusi DUN, dengan 3 kerusi DUN di GOMBAK ini harus disumbangkan BN Gombak untuk mencapai matlamat tersebut. Namun saya yakin, BN mampu menguasai lebih 30 kerusi DUN di Selangor,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Selangor. -MediaUMNO

Saya Tidak Akan Bertanding – Shahrizat

Posted: 09 Apr 2013 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 April  – "Saya tidak akan bertanding untuk pilihan raya umum ke 13, kerana bukan masanya. Ramai orang yang bertanya, saya tidak akan bertanding, saya nak ketuai jentera wanita untuk hadapi pilihan raya kali ini," katan Pengerusi Wanita Barisan Nasional, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada sidang media yang diadakan di Puast Media BN di sini.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO menyatakan bahawa pengumuman yang dibuat itu bagi menjelaskan kepada orang ramai berikutan menerima banyak pertanyaan yang diajukan kepadanya berhubung  kedudukan beliau sebagai calon pada pilihan kali ini.

Shahrizat meminta supaya penyokongnya terutama di kalangan wanita menerima keputusan yang dibuat olehnya, dan akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 13 ini.

"Walaupun saya tidak bertanding, ia tidak akan melemahkan semangat wanita untuk terus bekerja, apa yang saya dapati gerak kerja wanita lebih hebat dan berada dalam keadaan siap siaga setiap masa.

"Saya adalah seorang yang realistik, sebagai komander wanita saya akan bertanggungjawab, saya akan pasti jentera wanita akan bekerja keras  untuk memastikan kemenangan BN," katanya.

Mengenai manisfesto 'Menepati Janji Membawa Harapan, belia menyatakan bahawa ia adalah satu akujanji yang konprehensif meliputi semua peringkat lapisan masyarakat yang tidak menjurus kepada sesuatu pihak sahaja dan rakyat perlu membaca keseluruhan akujanji dan tidak melihat dari satu sudut sahaja.

Ikuti butiran lanjut kenyataan Shahrizat di umno youtube.

 

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...