BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PUAK PR GELAR KAKITANGAN TV3 DAN ASTRO SEBAGAI BABI ??? APA CERITA NI ???

Posted: 09 Apr 2013 05:00 AM PDT


Marah bukan kepalang para pemimpin dan penyokong PR bila mana stesen TV swasta seperti TV3 dan Astro membuat siaran langsung semasa Perdana Menteri,Datuk Seri Najib melancarkan Manifesto BN tempohari.Mereka merungut dan mengkritik sana sini mempersoalkan kenapa PR hanya ditawarkan 10 minit sahaja untuk pembentangan manifesto,sedangkan BN pula diberi kelebihan jauh lebih baik dari itu.Soal rungutan sebegitu tak berkudis pun.Cuma yang tak sedapnya apabila ada penyokong PR yang vokal melampau seperti blog suarapakatanrakyat.com agak keterlaluan apabila menerbitkan artikel bertajuk Manifesto BN : Perangai Astro & TV3 Macam Babi !!! Entah apa kaitan binatang babi dengan isu ini sukar dikenal pasti,tapi jika TV3 dan Astro macam babi,adakah kakitangan yang bertanggungjawab melicinkan operasi kedua-dua stesen TV itu pun dianggap setaraf dengan babi juga ??? Harap bukan itu yang dimaksudkan.Namun dibaca dari tulisannya jelas sekali blog tak bertamadun itu cuba menghamburkan kemarahan semaksimum mungkin terhadap TV3 dan Astro yang dianggapnya tidak adil. 

Mungkin sebab itulah terpancur perkataan babi.Kot iya amarah sangat,tak payahlah nak dikaitkan dengan babi.Sedangkan ramai petugas dan wartawan pelbagai media sebelum ini terutama dari TV3 dan Utusan sering dihalang membuat liputan di sidang media dan program anjuran PR,pun tak pernah melabelkan pemimpin PR sebagai babi.Tapi,dalam banyak-banyak binatang atas dunia ini,kenapa babi juga yang menjadi sebutan ??? Mungkinkah sebab teringat kisah lima ekor babi panggang yang menjadi jamuan pemimpin DAP sempena kejayaan mereka menawan 5 negeri dalam PRU 12 tahun 2008 dulu.Entah ada kaitan ke tidak tak tahulah.Apa pun,memang cukup pelik dan unik perangai orang PR baik penyokong mahu pun pemimpinnya,agaknya masing-masing terlalu banyak bercakap dari kerja buat mungkin itulah sebabnya mudah terlupa apa yang pernah mereka perkatakan selama ini.Bukankah selama bertahun-tahun sedari dulu lagi mereka sendiri yang menganjurkan supaya penyokong PR memboikot media perdana khususnya TV3 yang digelar sebagai pembohong dan tiga suku ??? Alih-alih sekarang terhegeh-hegeh pula mahu bersiaran langsung dengan media yang dikatakan pembohong,tiga suka yang telah lama diboikot.Tak malu ker wahai puak PR ? Nampak gayanya yang betul-betul tiga suku sejak azali adalah pemimpin PR dan penyokongnya,tak begitu pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BUDAYA NEPOTISME !!! @NOHOMAR MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!

Posted: 09 Apr 2013 01:30 AM PDT


Timbalan Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar menyifatkan amalan nepotisme wujud dalam PKR dan pakatan pembangkang sejak dahulu lagi.Noh menjelaskan,kenyataan Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan isterinya,Presiden PKR, Datin Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga disifatkan helah politik.

"Jika benar Anwar tidak mengamalkan nepotisme dalam parti,sudah tentu anak sulungnya tidak akan terjebak dalam politik dan menjadi wakil rakyat di Lembah Pantai pada PRU lalu.Begitu juga Pengerusi DAP,Karpal Singh turut membawa masuk anaknya,Gobind Singh,Ahli Parlimen Puchong menyertai DAP diikuti pemimpin PKR lain yang mengambil langkah sama.Kalau boleh,mereka mahu jadikan parti itu sebagai harta pusaka yang diwariskan kepada anak masing-masing," katanya ketika mengulas kenyataan Anwar berhubung isterinya tidak akan bertanding pada PRU13 sebagai respons dakwaan nepotisme dalam PKR.

Noh turut menjelaskan,amalan itu turut menimbulkan tidak puas hati ahli dan dibuktikan dengan berita keluar parti yang didedahkan media."Saya harap rakyat sedar perkara ini kerana pakatan pembangkang ada agenda tertentu demi memenuhi kepentingan peribadi masing-masing apabila melibatkan anak dan isteri dalam parti," katanya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PAS AKAN HANCURKAN DAP JIKA MENANG ??? FUYOOO !!!

Posted: 08 Apr 2013 10:00 PM PDT


Apabila pilihanraya hampir tiba,PAS akhirnya tidak sanggup lagi dilihat sebagai anjing kurap atau kuda tunggangan kepada DAP.Dengan susah payah,PAS mula bangun dan mengutip sisa-sisa harga diri yang tinggal.Umat Melayu mula memandang serong terhadap PAS apabila parti itu tunduk kepada DAP sehingga meninggalkan perjuangan ke arah Negara Islam.Tahap 'keIslaman' PAS teruji lagi apabila berhadapan dengan isu murtad yang mana DAP telah dikenalpasti turut menjadi dalang.Ternyata PAS kalah dalam ujian tersebut sehingga sanggup memecat Datuk Hasan Ali yang bersungguh-sungguh memperjuangkan akidah umat Islam dari dipesongkan oleh gerakan Evangelist Kristian.Tindakan PAS benar-benar mengejutkan umat Islam dan ia dilihat sebagai bukti kukuh betapa tipisnya perjuangan Islam PAS sehingga sanggup untuk memilih menjaga hati DAP,daripada menyelamatkan akidah ummah.PAS juga sanggup membelakangkan bangsa sendiri dan menghina mereka yang mempertahankan Melayu walaupun menyedari bahawa DAP bermati-matian memperjuangkan bangsa Cina.Atas dasar itu maka,sokongan Melayu terhadap PAS pun semakin berkurangan. Pada tahun 2010,PAS sekali lagi memilih untuk menyebelahi DAP dalam isu Kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu.Isu ini menjadi gah apabila pihak kerajaan dituduh dengan sengaja menghalang kemasukan injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah ke Malaysia.Pada masa itu PAS mengambil pendirian untuk mendesak kerajaan membenarkan kemasukan injil tersebut bagi menunjukkan kepada DAP betapa parti Islam itu serius membawa imej yang lebih terbuka. 

Tidak cukup dengan itu,PAS juga diuji dengan berbagai skandal Anwar Ibrahim yang tidak jemu-jemu membuat salahlaku moral dan dalam setiap keadaan,PAS tetap teguh berada di belakang Anwar sehingga sanggup menggunakan hujah jahiliah dengan menolak bukti berbentuk rakaman video.Berdasarkan semua faktor tersebut,maka sokongan terhadap PAS semakin lama semakin nipis.PAS dicemuh oleh lawan serta tidak dihormati oleh kawan.Justeru,apabila isu Kalimah Allah sekali lagi menjadi hangat akhir-akhir ini,maka PAS yang baru tersedar dari mimpi telah mengambil keputusan U-Turn.Malah,PAS turut kembali berdolak-dalih mengenai Negara Islam yang mana telah pun dipersetujui sebelum ini untuk digugurkan dari dasar parti.Tindakan U-Turn,berdolak-dalih dan putar belit ini nampaknya tidak membantu,malah menyebabkan semakin ramai yang memalingkan muka dari PAS.Di tambah dengan pendedahan mengenai kelemahan pentadbiran di Kedah dan selamanya, di Kelantan, maka PAS semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya.Dalam pada itu,PAS juga turut dikutuk kerana tidak pernah bertanding kerusi yang cukup,yang mana tidak mungkin membolehkan mereka menjadi kuasa dominan di dalam PR.Mengambil kira semua faktor ini,maka di saat-saat Pilihanraya hampir tiba,PAS tiba-tiba mengambil keputusan untuk berusaha habis-habisan memperbetulkan segala apa yang telah terlanjur dan tersilap.Malangnya,PAS tidak melakukan 'pembetulan' itu dengan cara yang betul,iaitu mengakui secara terbuka kesilapan bekerjasama dengan DAP mahupun Anwar,tetapi memilih untuk melakukan secara taktik 'gerila',iaitu secara sembunyi-sembunyi.Tanpa keluar dari pakatan dengan parti kafir harbi dan parti penyokong LGBT,PAS berusaha untuk bertanding lebih banyak kerusi iaitu lebih 2/3 daripada 222 kerusi mengatasi kedua parti itu. 

Pada tahun 2008,PKR telah bertanding di 97 kerusi dan cuma menang 31.PAS pula 66 dan menang 23,manakala DAP 47 dan menang lebih separuh iaitu 28.Kali ini,PAS ingin bertanding di 76 kerusi parlimen bagi memastikan parti itu menjadi dominan di dalam PR,sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan nanti.Masalahnya,PAS tidak berkuasa mutlak walaupun di negeri yang diterajui mereka seperti Kelantan.Isu salon,arak,judi di Kelantan menjadi bukti bahawa PAS akur kepada DAP juga.Namun,melihat dari sikap PAS kebelakangan ini,terutama 'golongan Ulama',tidak keterlaluan jika dikatakan mereka nampaknya begitu serius untuk mengembalikan maruah parti itu di dalam PR.Dari apa yang didengari,mereka sanggup mengangkat senjata memerangi DAP sekiranya PR menang dalam PRU kali ini dan DAP enggan mengikut rentak mereka.Pada ketika itu mengikut sumber tersebut, PAS akan mengisytiharkan jihad menentang DAP,di mana tidak mustahil terdapat orang-orang UMNO sendiri akan turut menyertainya.Sebenarnya,tidak sukar kita membayangkan PAS mengangkat senjata menyerang DAP atau sesiapa saja kerana parti itu sememangnya dipenuhi dengan manusia-manusia yang mudah dipengaruhi emosi.Jika tidak,kenapakah setiap kali demonstrasi, tenaga dari PASlah yang paling mudah didapati dan boleh dikerah sesuka hati untuk melakukan kerosakan sehingga membahayakan diri mereka sendiri ??? Hakikatnya,PAS berakarkan ektremisme dan akar itu tidak pernah putus atau PAS sudah tentu tidak lagi wujud hari ini.Biarpun ia telah dijangkiti virus dan parasit,tetapi ia tidak bermakna yang ektremisme di dalam PAS yang mengidolakan pemerintahan ala Taliban itu, telah terhapus terus.Malah,golongan syiah juga berkembang biak di dalam PAS.Justeru,jika DAP dan PKR menyangka PAS itu boleh dipijak selama-lamanya,mereka silap,kerana PAS bukan kuda tunggangan atau anjing suruhan,tetapi syaitan.Bukankah hanya syaitan yang layak berkawan dengan syaitan ??? Dan bukankah PAS juga yang mengakui sanggup bersahabat dengan syaitan ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #MANIFESTOBN !!! TURUN HARGA KERETA !!! SIAPA YANG TIRU SIAPA SEBENARNYA NI ???

Posted: 08 Apr 2013 07:00 PM PDT


ketika ini heboh di kalangan beberapa kerat pemimpin penyokong PR khususnya dari PKR yang sibuk memperkatakan dakwaan bahawa Manifesto BN bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" telah meniru idea dari Manifesto PR.Salah satu inti pati Manifesto BN yang dikatakan ditiru dari Manifesto PR ialah mengenai janji penurunan 20% hingga 30% harga kereta secara berperingkat-peringkat.Untuk mengetahui hakikat siapa yang meniru siapa,kita perlu mengimbas kembali tahun-tahun sebelumnya kerana ia kaedah terbaik untuk mencari kebenaran.Pada 22 Mac 2006,Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan Dasar Automatif Negara (DAN) selepas rangka pelan mengenainya diumumkan seawal 19 Oktober 2005.Antara tujuan utama kewujudan DAN 2006 ialah mengurangkan cukai terhadap kereta-kereta import yang enjinnya di bawah 1,800cc selanjutnya meningkatkan daya saing pasaran bagi syarikat tempatan dan antarabangsa.Kesan awal perlaksanaan dasar itu menurut analisis oleh OSK Research tika itu menyaksikan harga kereta buatan nasional telah mengalami penurunan antara RM353 hingga RM385. 

Sementara kereta import jenama luar yang dipasang di negara ASEAN seperti Honda City,Nissan Sentra dan Toyota Altis pula penjimatan yang diperolehi ialah sekitar RM1,900 hingga RM4,000.Untuk menghindari kesan buruk dasar ini kepada syarikat penjual kereta terpakai (secondhand),maka melalui DAN 2009 yang diumumkan pada 28 Oktober 2009 pula diperkenalkan Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai bagi menangani pengisytiharan bawah harga.Dengan langkah penambahbaikan itu,para pengusaha kereta terpakai boleh bernafas lega dan risiko perniagaan mereka rosak atau muflis dapat dikurangkan.Contoh mudah untuk mengetahui impak positif dari DAN 2006 diikuti DAN 2009 ialah bila saat ini kita sudah dapat membeli kereta baru (VIVA 660) pada harga RM24,912.15 yang mana pada tahun 2009 harganya adalah RM28,800.00. Pada tahun 2004,kita hanya mampu bergaya dengan kereta Kancil 660 yang harganya tika itu ialah RM25,846.00 namun dengan harga yang hampir sama pada tahun 2011 hingga sekarang kita boleh memiliki model kereta yang sedikit besar dan selesa. 

Sedangkan PKR melalui Pengarah Strategiknya,Rafizi Ramli hanya mula bercakap mahu menurunkan harga kereta pada pertengahan 2012,lewat 6 tahun dari DAN 2006 yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN.Malah janji PR melalui manifestonya untuk meliberalisasikan harga kereta supaya sebuah kereta dapat dijual pada harga serendah RM25,000 sebenarnya sudah lama dicapai semenjak tahun 2004 lagi,tapi baru sekarang PR sibuk memperkatakannya.Berdasarkan beberapa ringkasan fakta di atas,patutnya kita dah tahu siapa yang meniru siapa.Apa pun tak usahlah pelik dengan sikap lembik dan lembap Rafizi Ramli dan PKR,tak berapa lama dulu pun mereka sibuk mendakwa BN mencedok idea mereka dalam hal pemberian permit individu untuk pemandu teksi, padahal sebenarnya BN sudah mula membincangkan isu permit teksi individu semenjak 1999 lagi.Yang penting,dalam hal menikmati harga yang lebih rendah untuk apa sahaja model kereta,ia tidak semudah diperkatakan.Banyak perkara perlu dihalusi supaya ia tidak memberi impak negatif pada ekonomi negara. BN telah berusaha semenjak 2005 lagi ke arah itu.Semua penjimatan ini tidak berlaku secara mendadak, ia berdikit-dikit yang pentingnya setiap dasar dan penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan BN mengambil kira kepentingan semua pihak.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...