Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Video Datuk @MukhrizMahathir Bengang Dengan Pas Menipu Hal Bina Masjid! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 09 Apr 2013 08:19 AM PDT



Datuk Mukhriz bengang, bila Pas menipu dalam soal, pembinaan 12 buah masjid didalam buku Kedah Sejahtera depa tu. Pakat pakat dengaq sendiri lah video kat bawah ni, apa yang beliau terangkan nanti.


PANASS!! Anwar Hilang Teloq Untuk PKR Pertahankan Parlimen Merbok! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 09 Apr 2013 05:37 AM PDT


Cerita calon PKR di Kedah ni sebenarnya semakin hangat. PKR tercari-cari calon yang mampu bersaing dengan calon 'boleh menang' BN.

Di Merbuk Pisau Kedah, ada story baik punya!!

Semalam Anwar Ibrahim menunjukkan kebaculan PKR pulak apabila meletakkan calon wanita di Parlimen yang tidak mampu di pertahankan pada PRU 13 kali ini.

Kali ini Anwar Ibrahim mempertaruhkan nasib PKR di Parlimen Merbok kepada seorang wanita yang memegang jawatan sebagai Ahli Majlis MPSPK, Nur Azrina Surip setelah IR Zamri Yusuf yang di war-warkan menjadi calon Parlimen Merbok enggan bertanding di situ.

Semua disebabkan keyakinan Zamri bahawa PKR tidak lagi mampu mempertahankan Parlimen Merbok agak tipis sekali di sebabkan PKR Cabang Merbok menghadapi konflik pergaduhan sesama sendiri dan telah berpecah kepada beberapa puak sehingga ada di antaranya akan sabotaj parti pada kali ini.

Di Merbok sekarang ini, PKR hanya bergantung harap kepada parti PAS yang mempunyai pelbagai struktur jentera dalam parti kerana PKR Cabang Merbok tidak mempunyai struktur jentera yang kuat untuk berkempen. PKR mana ada jentera!

Harapan PKR Merbok mengharapkan sokongan dari kaum India seperti mana pada PRU 12 yang lalu, namun agak kabur apabila kaum India Merbok sudah kembali menyokong BN setelah melihat ketidak mampuan wakil rakyat dari Pakatan Haram membela nasib mereka setelah di beri peluang pada PRU 12 yang lalu.

Ternyata tindakan Anwar Ibrahim meletakkan calon dari kalangan wanita dan tidak di kenali ramai hanyalah tindakkan bacul setelah mengetahui Parlimen Merbok sukar di pertahankan PKR.

Apakah calon tu hanya untuk disembelih? he he..

McTheory:
Kesiann kesiann..

PANASS!! Pas Kedah Makin Suka Buat Kerja Mereng! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 09 Apr 2013 02:37 AM PDT


"Serahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada kerajaan negeri kalau dah tak mampu nak tadbir kewangannya," kata Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak (baca sini). Makin merapu sakan nampak MB PAS Kedah ini. Masalah sampah pun tak boleh selesai, air pun tak selesai, banjir di Kedah pun PAS gagal selesai (baca sini), itu pun hendak minta tadbir UUM.

PAS Kedah gagal mentadbir KUIN dengan baik, hinggakan Mahfuz Omar sendiri letak jawatan dalam syarikat yang membangunkan KUIN (baca sini). Kalau dapat UUM kat PAS, lingkup habis jadinya. Sewajarnya PAS berasa malu dengan Tun Mahathir yang membangunkan kawasan Sintok daripada sebuah kawasan yang terpencil menjadi sebuah universiti pengurusan. PAS hanya "reti" kutuk orang dan maki orang dalam ceramah.


Cek bernilai RM10,000 ditulis atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Kedah. Tulis surat mohon tebang balak, kemudian bagi pelan lokasi balak dan beri cek RM10,000. Apa maksudnya? Rasuah balak di Kedah. Cara mudah PAS untuk dapatkan duit selain naikkan cukai tanah di UUM.

Apa yang PAS buat untuk tadbir Kedah menjadi lebih baik? Bila dapat perintah Kedah pada 2008, PAS jadi terkejut. Mereka tidak tahu mentadbir dengan baik. Cara mudah yang PAS boleh buat untuk dapatkan duit adalah dengan tebang balak (baca sini) dan naikkan cukai tanah. PAS melingkupkan masa depan rakyat di Kedah. Tolak PAS di Kedah.

TUDIAA!! Pemuda Pas ni Mengamuk Pacak Bendera BN!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 09 Apr 2013 01:17 AM PDT


Dulu masa PRU tahun 2008, Abang Di merupakan penyokong tegar PAS di Sg Pau, Sik. Dia antara jentera PAS yang dok gantung bendera, berkempen dan sebagainya. Banyak jasa dia kat PAS masa tu...

Abang Di dilahirkan dalam keluarga PAS, macam aku. Dia berjawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kampung Sg. Pau. Penyokong PAS tegar time tu... Sapa yang marah kat PAS, dialah yang akan bela dan marah balik...heh!

Tapi semua tu dulu laaaa... Paling latest masa aku jumpa dia kat Sik baru-baru ni, dia adalah di antara pemuda yang sanggup turun sampai pukul 2-3 pagi semata-mata untuk berjuang pacak bendera di Kampung Sg. Pau. Heh! Bendera BN pulak tuuuu..!!!

Tengah dia dan kawan-kawannya asyik dok pasang bendera, tiba-tiba ada seorang pencacai PAS datang naik motor dan jerit kat dia..."hang gantung bendera BN ni buat apa? Dapat pahala ka?". Tapi mamat pencacai tu tak berani turun dari motor lepas buat provokasi...heh!

Bukan apa...Abang Di dan kawan-kawan dia kata, kalau ada teloq, turun la dari motor tu...Kita sembang tengok... Lepas tu baru tau dapat pahala ke tidakkkk...kan? Heh!

Aku tanya Abang Di, pasal apa dia keluar dari PAS? Selamba dia kata...saya tak keluar pun dari PAS. Katanya, dia masih ahli PAS sebab dia blah macam tu saja dari parti tu. Dia masih lagi Naib Ketua Dewan Pemuda PAS sebab dia belum dipecat..! Heh!

Tapi dia memang dah masuk UMNO dah. Dia dah serah borang lepas kecewa dengan PAS dan ADUN yang dia pangkah masa PRU ke-12 lalu, Cikgu Ya.

Abang Di masuk UMNO sebab masa dia dalam PAS, dia dapati parti tu asyik dok menipu orang saja, termasuk dirinya sendiri. Abang Di dah banyak kali ditipu. Tapi bila dah melampau sangat, dan dia tak puas hati dengan PAS yang cakap tak serupa bikin, dia blah dari PAS...heh!

Cikgu Ya hanya sekali datang ke rumah dia. Bagi beras sekampit dan suruh pangkah PAS masa berkempen PRU yang lepas. Sekali tu saja Cikgu Ya datang rumahnya. Lepas tu bayang pun tak nampak sampai sekarang...! Heh! Tu la ADUN PAS...beli jiwa dengan sekampit beras...

Cikgu Ya tak pernah turun ke kampung Abang Di lepas tu kecuali ketika majlis penyerahan rumah kat beberapa penduduk Tasik Beris yang memerlukan rumah selepas rumah depa diruntuhkan Kerajaan Negeri.

Majlis tu dibuat sebelah rumah Abang Di. Bekalan elektrik untuk majlis tu pun depa ambik dari rumah Abang Di. Tapi Abang Di tak diajak join sekali dalam majlis tu. Nak tau kenapa? Sebab rumah yang ADUN PAS serah tu ialah rumah Abang Di..!!!

Sebenarnya, Abang Di ni tinggal di rumah yang disewa dari Majlis Daerah Sik. Dah bertahun-tahun dah dia menyewa di situ. Dia dan jiran-jirannya ada kontrak sampai bulan Disember tahun ni untuk terus duduk di situ...

Tapi depa diberi notis oleh puak Cikgu Ya untuk keluar dari rumah sewa tu walaupun kontrak menyewa masih ada. Bukan la Abang Di marah dan masuk UMNO disebabkan rumah tu. Dia boleh cari rumah lain. Tapi padanya, cara Cikgu Ya tu biadap, kurang ajar dan tak berperikemanusiaan...

Kalau nak suruh pindah pun, mai la sembang elok-elok. Bagitahu baik-baik dan kalau boleh sediakan rumah alternatif yang boleh penduduk sewa dan pindah ke rumah sewa baru. Ini tidak.. hantar notis macam nak halau orang saja... tu la dasar kebajikan ADUN PAS di Jeneri...heh! - Duke Of UMNO

TUDIAA!! Pakatan Dedah Bukti Manifesto BN Ciplak Manifesto PR? #PRU13 #TolakPR

Posted: 08 Apr 2013 11:17 PM PDT


Tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.

Seperti yang dijangka oleh mykmu.net sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang. Membawa tema "Menepati Janji, Membawa Harapan" memfokuskan kepada 17 perkara berikut:

1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi

Pemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihat www.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka. Memang terdapat topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.

Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalam harakahdaily:

Dakwaan 1
Harga kereta

Manifesto RakyatCukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto BNMenyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional


Fakta:

Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan "Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat." (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)

Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.

Dakwaan 2
Dasar Perumahan

Manifesto Rakyat150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.

Manifesto BNMembina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

FAKTA:
Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.

Malahan Dato' Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Lagi mengeai dasar perumahan negara boleh baca di sini.

Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?

Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?

Dakwaan 3
Keretapi laju

Manifesto RakyatMemulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BNMelaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar

FAKTA
Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.

Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja.

Dakwaan 4
Lebuhraya Sabah dan Sarawak

Manifesto RakyatMemulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat


Manifesto BNMembina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah


FAKTA:
Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo diaktif semula)


Dakwaan 5
Royalti Petroleum

Manifesto rakyatMenaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BNMeneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang

FaktaTidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat. (Lihat berita harakahdaily:

PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal).

Namun jika Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut.

Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.

Dakwaan 6
Permit Teksi

Manifesto RakyatPermit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Manifesto BNMeningkatkan jumlah permit teksi individu

Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat.

Sehingga 31 Disember 2007, LPKP telah mengeluarkan sebanyak 31,760 lesen teksi. Daripada jumlah ini sebanyak 9,487 ialah permit teksi individu (29.9%). Pada 11 Julai 2009, PM telah umum dasar untuk menambah permit teksi individu bagi memperbaiki kehidupan para pemandu teksi.

Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan tahun ini?

Sekarang siapa tiru siapa?

Dakwaan 7
"Pengkalan" data
Manifesto rakyat

Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BNMemperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu

Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat.

Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php).

Jadi siapa tiru siapa lagi?

Dakwaan 8
Tanah wakaf
Manifesto rakyat
Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat

Manifesto BNMenjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri

FaktaKerajaan telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto.

Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan melancarkan lebih awal?

Dakwaan 9
Pakej penggajian baru

Manifesto rakyatPakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan

Manifesto BNMemperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji

Fakta

Barisan Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah Barisan Nasional.

KesimpulanHanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Sebenarnya, Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN.


Namun yang perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang "menjanjikan bulan dan bintang" tersebut boleh dilaksanakan. Ramai orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

Sila tonton Video ini...


Nak video lagi menarik? Wajib tengok video bawah ni..

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

TUDIAA!! Bukti Kit Siang Mampu Tawan Johor!! #TolakPR #TahanJohor

Posted: 08 Apr 2013 09:17 PM PDT

Wow.. ramai derr...

Populariti Lim Kit Siang sebagai orang lama dalam kepemimpinan parti pembangkang DAP bukanlah jaminan beliau boleh menarik perhatian ramai orang untuk mendengar ceramahnya.

Buktinya kehadiran pemimpin kanan DAP itu dalam ceramah di Pekajang, Kampung Pendas, dekat sini malam tadi hanya dihadiri kurang daripada 100 penduduk setempat.

Jumlah kehadiran penyokong Kit Siang yang cukup kecil pada malam itu mungkin boleh menterjemahkan sokongan orang Johor terhadap Penasihat DAP itu yang membuat keputusan untuk bertanding di Gelang Patah.

Malah, kehadiran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bersama-sana Kit Siang di pentas yang sama juga tidak mampu menarik kehadiran ramai.

Melihat kepada sambutan dingin itu, Kit Siang hanya meluangkan masa kira-kira enam minit di pentas itu dengan mengulangi kenyataan retorik bahawa pakatan pembangkang bukan parti perkauman.

Sebaliknya, penyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur itu menuduh Barisan Nasional (BN) mengamalkan perkauman dan hanya memperjuangkan nasib satu parti sahaja iaitu UMNO.

Kit Siang juga menghina Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan gelaran 'syaitan' ketika mengulas persetujuan bekas Perdana Menteri itu yang menyokong Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah bagi menentangnya.

Dalam nada angkuh, Kit Siang juga mempersenda Dr. Mahathir apabila mempelawa tokoh politik negara itu untuk menentangnya di kerusi Parlimen tersebut.

Pada ceramah berkenaan, Salahuddin yang diundang berceramah turut ketandusan idea dalam melontarkan hujah dan isu.

Sama seperti ceramah beliau sebelum ini, Salahuddin menerusi ucapannya selama 32 minit hanya bermodalkan isu pendidikan percuma yang diuar-uarkan pembangkang dalam manifesto mereka. – Utusan Online



Komen:
Tun Dr Mahathir lawan Kit Siang? Jangan sampai Kit Siang tak dapat balik duit pertaruhan sudah la nanti. Gelang Patah memang kawasan cina, namun bukan semua pro Dap. Melayu Johor kat Gelang Patah bukannya dunggu nak undi si apek anti melayu ni.

Kalau ada juga melayu yang sanggup undi si Kit Siang ni, bermakna dia sudah jadi pembelot, agama, bangsa dan tanah air. Jijik lagi Kit Siang ni dari babi!

McTheory:
Kalau babi ni mampuih, busuk dia satu Malaysia boleh bau kot..

GEMPAR!! Persidangan Ulamak Pondok Fatwa Undi Pas Haram, Nik Aziz Sesat! #TolakPR

Posted: 08 Apr 2013 07:23 PM PDT



GURUN – Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sisi Islam.

Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

"Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.

Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.

"Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH).

"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.

Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH.

"Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH," katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T. – BERNAMA



P/s: Mereka ini bukan calang-calang Ulamak tok guru pondok. Mereka isytihar perang dengan Pas disebabkan Pas tidak lagi perjuangkan Islam. Nik Aziz pula sudah sesat sejak menjadi Ulamak politik.

McTheory:
Undi Pas dan PKR, anda sesat!

PANASS!! Apa dah Jadi Janji Kerajaan Negeri Kedah Pada Masalah Air Kulim Hi-Tech? #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 08 Apr 2013 05:38 PM PDT


Dah lama Mc tak sentuh cerita pasal Kulim Hi-tech. Dengar cerita ada masalah yang berlaku 5 tahun lalu pun masih lagi tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Contohnya masalah kadar harga air yang di kenakan bagi setiap meter padu untuk kegunaan kilang-kilang di KULIM Hi-Tech Park ( KHTP ) berbeza dari satu kilang dengan kilang yang lain setelah pengumuman Kerajaan Negeri pada 2010 menaikkan tarif harga air.

Malahan maklumat yang di perolehi juga mengatakan kilang-kilang yang memperolehi bil air dari SADA tidak tertera jumlah harga air yang di gunakan. Apa yang tercatat atas bil air dari SADA hanyalah jumlah meter padu air yang digunakan.

Menurut maklumat, permasalahan ini sudah berlarutan sudah hampir 3 tahun walaupun pada 2011 Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar, Azizan Razak berjanji akan selesaikan masalah perbezaan harga air di antara kilang-kilang KHTP dengan secepat yang mungkin. Namun sehingga sekarang permasalahan tersebut tidak dapat di selesaikan lagi.



Dah berapa tahun ni? Rasanya Azizan nak suruh Kerajaan BN Kedah yang selesaikan kot, sebab Kerajaan Pakatan Kedah tidak mampu untuk tunaikan janji dengan depa buat.

Kononnya kisah tarif air yang berbeza ini telah menyebabkan pertelagahan diantara dua orang EXCO Kerajaan Negeri yang berbeza pendapat setelah isu perbezaan harga air di KHTP di masukkan kedalam Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri

Seorang EXCO yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah mahukan tarif air perlu di selaraskan (diturunkan) dan SADA perlu menanggung kos bebanan harga air yang di selaraskan.

Manakala seorang EXCO lagi yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air menolak kehendak EXCO yang memegang jawatan sebagai Pegerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah dengan meminta kos penyelarasan harga air untuk kilang-kilang di KHTP di tanggung Kerajaan Negeri.

Akibat pertelingkahan itu, menyebabkan masalah tersebut, masih belum dapat jalan penyelesaian serta keputusan berkenaan isu tarif air yang berbeza untuk pelabur-pelabur di KHTP masih lagi tertangguh. Apakah pertelingkahan itu hanya wayang Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak 'menunaikan' janji mereka?

Sebut bab janji ni, kita kena ingat PAS Kedah pernah berjanji untuk tidak akan menaikkan tarif air sekiranya diberi mandat mentadbir negeri Kedah pada PRU 12 yang lalu.

Namun selepas setahun mentadbir, Azizan Razak gagal tunaikan janji dan naikkan tarif air, walaupun kualiti air yang dibekalkan tetap sama dan tidak pernah ada sebarang penambahbaikan. Sebab tu, kalau bab janji ni, kita tak payah la nak percaya. Puak Pakatan ni, menipu untuk menang undi saja, dah jadi Kerajaan, semua tu akan dilupakan kelak.

Puak ni nama saja Kerajaan dibawah parti kononnya pejuang Islam. Tapi fitnah, caci, maki, menipu dan mungkir janji, memang makanan depa. Orang suka menipu ni tergolong dalam kumpulan mana? Bukankah ianya 'munafik'?

Boleh percaya dengan orang munafik? heh..

McTheory:
Orang gila pun tak percaya golongan munafik ni..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...