PEMIKIR POLITIK JERANTUT

PEMIKIR POLITIK JERANTUT


HOT! LAGI VIDEO PEMIMPIN PKR DIDEDAHKAN!! GILA LAH!!

Posted: 09 Apr 2013 09:02 PM PDT

Budak pun tak suka Pakatan kih kih kih!!

Kih Kih Kih!!
Ini Bukti PR Pembela Rakyat!!
Kih Kih Kih!!
Rakyat sudah kena!!
 
Media sosial sekali lagi menjadi platform penyebaran rakaman 'video tersembunyi' bagi mendedahkan sikap sebenar pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan hak rakyat.

KLPOS di maklumkan mengenai penyebaran video ini di laman Youtube daripada email seorang pembaca. Rakaman video sepanjang 5 minit 34 saat yang bertajuk 'Nik Nazmi Penipu Rakyat' itu telah dimuatnaik ke laman Youtube oleh pengguna 'TheRakyatMarhaen'.

Video tersebut memaparkan mesyuarat 'Nik Nazmi' dengan beberapa orang ahli parlimen membincangkan soal perobohan jambatan besi yang berhampiran dengan Kuil Thirumurugan di Taman Medan .

Dari audio rakaman tersembunyi, 'Nik Nazmi' yang mempengerusikan mesyuarat itu menyatakan isu penggunaan jambatan besi bermula apabila salah faham antara kaum berlaku di Taman Medan pada Mac 2001.

Pada ketika itu, Datuk Seri Samy Vellu yang merupakan Menteri Kerjaraya membenarkan penduduk menggunakan jambatan besi itu , iaitu antara  langkah mempertingkatkan infrastruktur kemudahan bagi memastikan penduduk di sekitar tempat yang berlaku kekecohan iaitu Kampung Medan, Kampung Lindungan, Taman Desaria dan Taman Datuk Harun hidup lebih selesa.

Walau bagaimanapun, 'Nik Nazmi' dalam rakaman berkenaan menegaskan jambatan besi yang dibina itu juga bukanlah kekal tetapi telah digunakan penduduk lebih dari 10 tahun.  'Nik Nazmi' membangkitkan soal keselamatan pengguna jambatan dan bimbang sekiranya tragedi berlaku sekiranya jambatan roboh maka akan timbul pula isu yang lebih besar.   
'Nik Nazmi' juga sedar sekiranya jambatan besi itu dirobohkan ia menjadi satu keputusan yang tidak popular kepada penduduk namun ia masih perlu dilakukan dengan menjadikannya sesuatu yang boleh diterima.

Video yang telah diedit itu juga memaparkan salah seorang dari ahli mesyuarat membangkitkan kepentingan jambatan besi itu kepada penduduk dan mencadangkan supaya ia dinaik taraf dan bukannya diroboh bagi kemudahan penduduk sekitar yang terpaksa berulang alik menggunakan jalan berkenaan bagi  mengelakkan tol New Pantai Expressway (NPE) .

Salah seorang ahli mesyuarat dipercayai wakil NPE bertegas mahukan jambatan berkenaan dirobohkan dan pendirian NPE itu dipersetujui 'Nik Nazmi' walaupun mendapat bantahan 'ahli-ahli parlimen' .

Mungkin bertujuan untuk sengaja menjatuhkan kredibiliti ADUN Seri Setia itu, video berkenaan juga memaparkan bagaimana 'Nik Nazmi' membuat kenyataan kurang senang dengan sebuah 'kuil bawah pokok'  berhampiran jambatan besi itu.  Berkemungkinan kuil yang dimaksudkan ialah Kuil Thirumurugan.
Mesyuarat menjadi agak tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara 'Nik Nazmi' dan 'wakil-wakil parlimen' yang bertentangan pendapat. 'Wakil-wakil parlimen' dilihat faham dengan kegusaran 'Nik Nazmi' tentang risiko penggunaan jambatan berkenaan dan mencadangkan peningkatan taraf namun dibidas 'Nik Nazmi' tentang kos naik taraf yang bukan kecil nilainya.  
'Nik Nazmi' juga dilihat agak tertekan hingga terpaksa meninggikan suara dan bertegas kepada 'ahli-ahli mesyuarat' yang membuat bantahan.  Salah satu maklumat di minit-minit akhir video dipaparkan menyatakan pemaju sudi untuk membayar kos naik taraf jambatan sekiranya ia menjadi satu isu.
Pendedahan yang dibuat oleh 'TheRakyatMarhaen' ini menimbulkan persoalan tentang keikhlasan Pakatan Rakyat dalam usahaa mereka untuk menghapuskan tol NPE. Pada 10 Jun 2012 , AMK Selangor telah mengadakan demonstrasi di pintu Tol Taman Medan.
Sekiranya jambatan besi ini dirobohkan, secara tak langsung penduduk terpaksa melalui tol NPE untuk urusan-urusan tertentu. Sekiranya tol NPE di Taman Medan ingin dihapuskan, soal merobohkan jambatan tak akan timbul dan 'Nik Nazmi' dalam video berkenaan juga tak perlu bersetuju dengan wakil dari NPE.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...