Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


CALON PRU13 - WAN AZIZAH BOIKOT MESYUARAT PKR?

Posted: 10 Apr 2013 12:43 AM PDT




Kehilangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika rakan-rakan pakatan pembangkang sedang berbincang menyelesaikan persoalan calon dan agihan kerusi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), menimbulkan tanda tanya.

Beliau nampaknya memilih berdiam seribu bahasa tentang pencalonan dan kerusi yang bakal ditandinginya, walaupun suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memutuskan beliau tidak bertanding pada PRU13.

Bernama melaporkan sebagai presiden parti, Dr Wan Azizah seharusnya hadir di setiap mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, namun dalam beberapa siri perbincangan antara parti-parti itu, beliau tidak kelihatan.

Satu kemungkinan yang dilihat oleh penganalisis politik berhubung perkembangan ini ialah Dr Wan Azizah semakin hilang peranannya sebagai presiden parti dan kepercayaan sepenuhnya diberikan Anwar selaku Ketua Umum PKR kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, untuk mengetuai semua mesyuarat dan keputusan parti.

Mereka juga tertanya-tanya sama ada keputusan mengenai calon PKR kali ini ada melibatkan peranan Dr Wan Azizah atau beliau sendiri mungkin tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.





Sehingga kini anak pasangan itu yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah, masih yakin bahawa ibunya akan bertanding dalam PRU13.

Penganalisis politik melihat kemungkinan Dr Wan Azizah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Bagaimanapun pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Bernama bahawa Dr Wan Azizah mengalami masalah suara dan demam dalam tempoh seminggu ini.

"Kini beliau sibuk dengan aktiviti walkabout untuk kempen parti," kata Rafizi pada Selasa.

Ditanya mengenai pembabitan Dr Wan Azizah dalam urusan penentuan calon parti, Rafizi berkata: "dia (Dr Wan Azizah) tidak terlibat sangat dan dia ditugaskan untuk kempen raih undi kaum wanita seluruh negara".

Rafizi berkata presiden PKR itu mungkin akan mengadakan sidang akhbar dalam masa dua tiga hari lagi. - Agendadaily.


TOK HIM ISYTIHAR SERTAI SEMULA UMNO?

Posted: 09 Apr 2013 07:38 PM PDT



Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali akan mempertimbangkan pelawaan agar beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan kembali ke pangkuan UMNO.

Menurutnya, jemputan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon BN amat dihargai kerana negarawan itu mengenalinya untuk satu tempoh yang lama.

"Saya bukan saja akan pertimbangkan, tetapi kalau diberi kesempatan ingin kembali kepada UMNO kerana saya orang UMNO, asalnya saya pemimpin UMNO. Cuma dulu ada sedikit pergeseran kerana saya digugur sebagai ketua bahagian selepas persempadanan semula tetapi orang lain kekal.

"Oleh kerana waktu itu tegar dengan isu Anwar Ibrahim, mungkin saya terlanjur sedikit tetapi kita kena lihat apa yang terjadi, orang kena hukum gantung pun ada lembaga pengampunan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Sabah Pasir Gudang di Bandar Seri Alam dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail dan Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah; Timbalan Yang Dipertua Perkasa Johor, Samat Atan dan wakil rakyat Sabah di Johor, Mohamed Basaran.

Majlis itu dihadiri 1,000 penduduk termasuk 600 masyarakat Suluk di sekitar Pasir Gudang.

Ibrahim turut menyeru rakyat memilih BN dalam pilihan raya umum nanti agar negara ini kekal sebagai 'syurga dunia' menerusi kemakmuran dan keamanan yang dicapai hasil perpaduan sehingga ramai pendatang asing tanpa izin turut datang mencari rezeki.

"Kenapa Malaysia, Johor dan Sabah menjadi tumpuan pendatang asing? Maknanya betapa makmur dan nikmat negara ini dengan kerajaan berkebajikan yang dibawa perpaduan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau memberitahu, Perkasa dalam pemukimannya baru-baru ini memutuskan bahawa hanya BN dan UMNO yang layak mentadbir negara majmuk ini.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus diberi peluang selepas beliau mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

3 PEMIMPIN TERTINGGI DAP JOHOR LETAK JAWATAN GARA2 DIKTATOR KIT SIANG.

Posted: 09 Apr 2013 07:21 AM PDT




Tiga pemimpin kanan DAP Johor meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa pilihan raya parti negeri dipercayai kerana membantah campur tangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di negeri ini.

Tiga pemimpin terlibat ialah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau, Timbalan dan Setiausahanya, Norman Fernandez dan Tan Chen Choon.

Norman ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas spekulasi itu.

"Tiada komen," katanya sebelum memutuskan talian.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada Cheng Hau juga gagal apabila panggilan ke telefon beliau tidak berjawab dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar juga tidak dibalas.

Perkembangan terbaru itu mengesahkan tentang perbalahan antara DAP dan PKR yang dilihat semakin meruncing berikutan perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah yang akhirnya menjadi milik Kit Siang dan Jui Meng yang berhasrat menduduki kerusi itu hampa dan dikatakan 'merajuk'.

Kedua-dua parti itu juga dikatakan bertelagah tentang calon di kerusi Parlimen Segamat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak dan Johor Jaya, sambil pucuk pimpinan PKR Johor memberi amaran mereka tidak akan berkompromi lagi dalam isu pembahagian kerusi.

Semalam, Kit Siang menegaskan Parlimen Bakri dan Kulai kekal milik DAP selepas ada ura-ura mengatakan Jui Meng cuba bertanding di Bakri apabila hasratnya untuk menjadi calon di Gelang Patah tidak kesampaian.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...