CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Naib pengerusi DAP Johor sahkan DAP Johor berpecah

Posted: 10 Apr 2013 02:54 AM PDT

Dr.Boo

KULAIJAYA 10 April - Perpecahan dalam kalangan ahli DAP Negeri Johor di bawah pimpinan Pengerusinya, Dr. Boo Cheng Hau sememangnya berlaku pada masa ini.

Perkara itu disahkan sendiri Naib Pengerusinya, Ong Kow Meng.

Sehubungan itu, beliau meminta Cheng Hau mengotakan janjinya mahu melepaskan jawatan Pengerusi selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuatnya pada Mesyuarat Jawatankuasa Negeri pada 7 April lalu.

Jika Cheng Hau gagal berbuat demikian, Kow Meng tidak teragak-agak menyeru ahli parti supaya tidak mencalonkan Pengerusi DAP negeri itu daripada bertanding pada pemilihan pemimpin DAP Johor, Oktober depan.

"Dalam negeri ini, memang berlaku pecah-belah dan ia harus diperbaiki. Justeru, kita berharap boleh dapat Pengerusi baru yang fleksibel dan bertolak ansur," katanya kepada pemberita di sini hari ini


[TERKINI] Tarikh Penamaan Calon 20 April 2013, TARIKH Mengundi 5 May 2013

Posted: 09 Apr 2013 09:09 PM PDT

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri) dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bersedia sebelum meneruskan mesyuarat penamaaan calon dan tarikh bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di Putrajaya, pagi ini Rabu

Akhirnya.. persoalan yang selama ini ditunggu-tunggu telah terjawab...!!!

Setelah pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan dengan menyatakan PM penakut, PM takut kalah dan sebagainya maka hari ini maklumat yang diperolehi menyatakan bahawa :

Tarikah Penamaan Calon :20 April 2013 (SABTU)..
Tarikh Pengundian :05 May 2013 (AHAD)...


Bersedialah untuk mengundi.

Transformasi wakil rakyat dan pemilihan calon yang dibuat oleh Ds Najib cukup besar dan membawa perubahan yang drastik,banyak muka lama bakal ditukar kepada muka muka baru. Ds Najib tidak mahu kesilapan yang dibuat oleh pentadbiran yang lalu.

Rakyat dinasihatkan tidak memilih calon DAP dan Pakatan Haram yang menggunakan taktik meletakkan 'calon payung terjun' kerana mereka bukan sahaja tidak mempunyai rekod dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat, tetapi juga langsung tidak dikenali dan tidak memahami keperluan penduduk tempatan.

[VIDEO] IKLAN PILIHANRAYA UMUM PERTAMA MALAYA 1955

Posted: 09 Apr 2013 07:49 PM PDT

Video kempen Mari Mengundi Pilihanraya Pertama Tanah Melayu tahun 1955. Penyanyi : Zainal Alam. Kredit: Muzium Mini SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Pondok Pengajian Islam Geting disita MDT, Lantang Kritik PAS

Posted: 09 Apr 2013 06:51 PM PDT

 
TUMPAT 9 April - Dua puluh empat jam selepas Persidangan Pondok Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz mengeluarkan deklarasi bahawa haram bagi umat Islam mengundi Pas dalam pilihan raya umum nanti, Kerajaan Pas Kelantan bertindak menyita Pondok Geting di sini.

Tindakan sita terhadap Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama, Abdullah Sa'amah itu dibuat oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT) atas dakwaan membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan yang dibuat oleh MDT itu mencetuskan persoalan kerana bangunan tambahan yang dibina dalam kawasan pondok tersebut sebenarnya mengikut prosedur ditetapkan.

Malah pada masa yang sama, poster palsu yang menyatakan Abdullah adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ditampal pada batang pokok kelapa dan wakaf sekitar kawasan itu.

Abdullah yang ditemui di sini hari ini berkata, kedua-dua tindakan tersebut dipercayai bermotifkan politik kerana kelantangan beliau menentang Pas di atas pentas ceramah di seluruh negara.

Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak gentar sama sekali dengan fitnah dan tekanan yang dibuat oleh Pas itu, malah akan meneruskan perjuangannya menyedarkan umat Islam mengenai perjuangan palsu Pas.

"Ini hanya keputusan politik untuk memberi tekanan kepada saya supaya berhenti berceramah, saya tidak hendak buat apa-apa, cuma hendak baca surah Yasin dan solat hajat supaya masalah ini dapat diselesaikan dan mereka yang terlibat diberikan hidayah.

"Saya berjuang atas UMNO dengan ikhlas dan akan berusaha bagi memastikan Barisan Nasional mengambil alih semula pentadbiran negeri ini, jadual ceramah saya akan diteruskan seperti biasa, pada 14 April ini saya akan berada di Kedah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, MDT turut mengeluarkan saman semalam ketika beliau berada di Gurun, Kedah dengan memberi tawaran kompaun sebanyak RM500 kerana kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran.

Katanya, sebelum itu pihak berkuasa tempatan tersebut telah menghantar empat notis amaran sejak Februari lalu.

"Bangunan lima tingkat ini dibina hasil sumbangan Kerajaan Pusat yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu.

"Kita mengikut prosedur yang ditetapkan, malah ketika surat amaran yang pertama dihantar saya bertanya kepada penguat kuasa terbabit untuk apa surat ini, dia hanya berkata tidak ada apa-apa, boleh teruskan pembinaan.

"Tetapi hari ini apabila pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman tersebut, isu lain pula timbul. MDT menjelaskan bangunan tersebut akan hanya boleh diteruskan sekiranya mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya," kata beliau.

Ketahui Rahsia Kenapa Anwar Tak Mampu Lawan DAP

Posted: 09 Apr 2013 06:08 PM PDT

Tahun 1997 pemimpin DAP , Karpal Singh adalah orang yang pertama membangkitkan kegiatan meliwat Anwar Ibrahim.

Karpal bukan bangkit atas pentas ceramah atau di tepi-tepi jalan. Dia bangkit dalam Dewan Rakyat. Bukan setakat bangkit malah Karpal turut menjadi peguam kepada Azizan Abu Bakar (mangsa liwat) dan Umi Hafilda. Masa itu Anwar TPM.

Tup...tup....timbul cerita liwat dua yang melibatkan Saiful Bukhari. Tidak semena-mena Karpal Singh menawarkan diri untuk menjadi peguam Anwar. Sedangkan dia lah orang yang pertama membongkar kegiatan liwat Anwar pada tahun 97.

Kenapa Karpal Singh nak sangat jadi peguam Anwar dan Lim Kit Siang serta Guan Eng dilihat memberi sokongan penuh kepada Anwar semasa perbicaraan berlangsung ?

Tidak lain tidak bukan tindakan Karpal menawarkan diri untuk menjadi peguam Anwar adalah sebahagian dari muslihat politik DAP. Karpal, Kit Siang dan Guan Eng semua tahu kegiatan tidak bermoral Anwar. Tetapi mereka tidak ada bukti yang sahih atau cukup. Dengan menjadi peguam Anwar, Karpal boleh korek banyak lagi kegiatan Anwar.

Anwar pula tidak mampu untuk menolak Karpal. Kerana dengan menolak Karpal ia akan memberi persepsi yang lebih buruk kepadanya dan boleh menghakis kepercayaan PAS dan DAP. Suka tak suka Anwar terpaksa menerima Karpal.

Apabila Karpal bertindak sebagai peguam, dia mempunyai akses yang lebih luas terhadap saksi dan bukti-bukti. Karpal bukan orang bodoh. Dia seorang peguam senior yang hebat dan dalam masa yang sama seorang ahli politik. Jadi dari situ Karpal sudah boleh kutip segala-gala bukti untuk dia dan DAP gunakan satu hari nanti sebagai 'black mail' kepada Anwar.

Disenangkan cerita, telur Anwar kini dalam genggaman DAP.

[TERKINI] Ambiga MULA SERANG SPR, dakwa PRU13 PALING KOTOR

Posted: 09 Apr 2013 06:03 PM PDT


SEREMBAN 10 April - Pengerusi pertubuhan tidak berdaftar, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga terus menoktahkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagai yang paling kotor tetapi mulutnya dikunci rapat daripada mengulas mengenai 'kesilapan' dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada hujung tahun lalu.

Kata Ambiga, senarai pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak bersih dan mendakwa SPR tidak memberikan sebarang jawapan ketika isu itu dibangkit oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

"Kami dapat laporan senarai undi tidak bersih dan pada pendapat Bersih, PRU-13 ini adalah yang paling kotor," katanya.

Ambiga yang sepatutnya lebih tahu apa yang berlaku pada pemilihan CEC DAP selepas banyak aduan berkaitan penipuan dalam proses pengundian, manipulasi undi dan perwakilan haram, diihat tidak bersikap adil untuk memperjuangkan hak pilihan raya bersih dalam proses pemilihan parti untuk menentukan kepimpinan DAP.

Namun dalam ceramah anjuran DAP malam tadi, Ambiga terus menyalahkan pihak media terutamanya arus perdana dengan mendakwa parti politik terutamanya pakatan pembangkang tidak mendapat tempat sewajarnya ketika melancarkan manifesto mereka.

"Apabila manifesto Barisan Nasional (BN) dikemukakan pada hari Sabtu, berapa lama ia ditayangkan dalam media arus perdana (televisyen), hampir dua jam tetapi pakatan pembangkang berapa minit, 10 minit pun. Adakah itu adil?" katanya.

Beliau juga berkata, kehadirannya dalam banyak ceramah politik anjuran pembangkang kerana dijemput.

"Bersih tidak memihak pada mana-mana parti politik, kita tidak sokong mana-mana parti politik, tetapi pakatan pembangkang sokong Bersih. Pakatan pembangkang sokong pilihan raya bersih. Kalau ada jemputan dari BN, tentulah saya akan pergi," katanya.

Ambiga juga mahu rakyat mencabar ketelusan PRU-13 ini, melalui projek Jom-100 peratus, dengan meminta pengundi keluar beramai-ramai sehingga mencecah 100 peratus pengundi untuk tujuan melawan penipuan yang dikatakannya berlaku itu.

"Bila semua keluar mengundi, kita boleh menyiasat penipuan ini. Satu lagi cara ialah rakyat sendiri boleh menjadi pemantau kepada proses pilihan raya. Kita mahu pilihan raya yang bersih dan aman," katanya.

Pada akhir ceramahnya, Ambiga melaungkan 'hidup Bersih', tanpa membersihkan isu berkaitan pemilihan CEC DAP di mana sepatutnya dia meminta Pertubuhan Pendaftar (ROS) menyiasat dan bertindak untuk menentang DAP.

Manifesto: Siapa tiru siapa?

Posted: 09 Apr 2013 05:43 PM PDT


TIDAK sampai 24 jam selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ternyata manifesto Barisan Nasional (BN) yang bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' mendapat reaksi yang begitu hebat sekali. Mungkin ini kali pertama sejak beberapa dekad lalu, manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.

BN telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN lakukan dalam masa lima tahun akan datang.

Nampaknya, pemerincian janji-janji yang dibuat oleh BN menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka.

Manifesto harus dilihat secara keseluruhan bukannya secara satu isu lawan satu isu. Pengurusan kewangan dan polisi negara perlu dinilai secara menyeluruh dan komprehensif.

Untuk perbahasan kita boleh akui topik-topik yang diutarakan oleh manifesto PR turut disebut dalam manifesto BN. Namun idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.
 

Harga kereta

Manifesto PR

Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.


Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan: "Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat." Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang  pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah PR.


Dasar Perumahan


Manifesto PR
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina pada penggal pertama pentadbiran PR.


Manifesto BN
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

Kerajaan mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Pada tahun 2008, SPNB berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik. Malah perdana menteri telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Manifesto BN sebenarnya kesinambungan program kerajaan sedia ada.


Kereta api laju

Manifesto PR

Memulakan langkah ke arah membina sistem kereta api laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar

Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.


Lebuh raya Sabah dan Sarawak


Manifesto PR
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat.

Manifesto BN
Membina 2,300 km Lebuhraya Pan Borneo bermula dari Sematan, Sarawak hingga ke Serudung, Sabah.

Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi kerajaan menangguhkan sebahagiannya. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah RMK-10.


Royalti Petroleum


Manifesto PR
Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Tidak ada janji PR untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto PR (PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal). Namun jika PR membawa masuk pun dalam manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun  bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut. Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.


Permit Teksi

Manifesto PR
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana manifesto BN  hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat. Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto PR yang baru dilancarkan tahun ini?


Pangkalan data 

Manifesto PR
Mewujudkan sistem pangkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BN
Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.

Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaih baik sistem yang sedia ada, sebaliknya PR bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan data nasional bersepadu mengenai sosioekonomi rakyat. Sebenarnya apa yang dicadangkan PR telah wujud melalui pangkalan data e-Kasih, dan juga Jabatan Statistik.

Hanya kerana PR melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Memang diakui bahawa manifesto PR lebih indah daripada manifesto BN. Justeru PR tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam manifesto PR turut diambil kira oleh BN.

Namun apa yang perlu PR risaukan ialah apakah majoriti rakyat akan mempercayai manifesto yang 'menjanjikan bulan dan bintang' tersebut?

Ini kerana banyak manifesto PRU yang lalu tidak ditunaikan, manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji yang perlu ditunaikan.

Jadi, untuk apa dipercayai?

Dato' AC Mizal turun PASANG Bendera BN

Posted: 09 Apr 2013 07:29 AM PDT


TMJ tarik balik keputusan letak jawatan

Posted: 09 Apr 2013 07:18 AM PDT



KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta merta.

Ini diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada sidang media selepas menerima menghadap Tunku Ismail di Istana Pahang di sini hari ini.

Turut berangkat pada pertemuan hampir sejam itu ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Sultan Ahmad Shah bertitah keputusan itu diambil Tunku Ismail selepas dipujuk oleh baginda sendiri selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim.

"Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada hari ini sebagaimana harapan saya telah menjadi kenyataan, bahawasanya Tunku Mahkota Johor akan kembali sebagai Presiden PBNJ...jadi saya telah menasihatkan (Tunku Ismail) supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan bola sepak di Johor," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bagaimanapun bertitah Tunku Ismail tetap akan menjalani hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan Jawatankuasa Tata Tertib FAM sebelum ini.

"Sekali anda memutuskan untuk menjadi anggota persatuan, kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan persatuan itu...jadi tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang telah termaktub bertahun-tahun," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah turut gembira dengan pencapaian yang diraih dua pasukan di bawah PBNJ iaitu Johor Darul Takzim (Liga Super) dan Johor FA (Liga Perdana) sejak Tunku Ismail menjadi Presiden
PBNJ.

Tunku Ismail sebelum ini digantung enam bulan dan denda sebanyak RM18,000 oleh Jawatankuasa Tata Tertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia, dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lepas.

Baginda turut dipalit dengan kontroversi selepas didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Mac lepas ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa.

Pada 3 April lepas, Tunku Ismail membuat keputusan meletak jawatan selaku Presiden PBNJ.

Baginda dikatakan berbuat demikian kerana mahu menumpukan tugas selaku Tunku Mahkota Johor dan tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.

Tunku Ismail turut mengumumkan baginda akan menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Obet Tawil.

[Tanding Parlimen PUTRAJAYA] HUSAM jadi Mangsa KORBAN PAS

Posted: 09 Apr 2013 06:50 AM PDT


KUALA LUMPUR 9 April - Tindakan Pas yang meletakkan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menimbulkan sedikit persoalan.

Ini kerana Putrajaya bukanlah kerusi yang selesa untuk pembangkang mahupun Pas memandangkan pengundinya sebahagian besar adalah kakitangan awam kerajaan Persekutuan yang begitu dekat dan akrab dengan Barisan Nasional (BN).

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, tindakan pucuk pimpinan Pas yang meletakkan Husam bertanding di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan hasil legasi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah ada agenda tersembunyi.

"Pas dalam menyusun strategi macam nak keluarkan Husam dari Kelantan. Husam ini boleh dikatakan orang yang kecewa kerana dia pernah gagal dalam merebut jawatan dalam Pas sendiri.

"Saya lihat dia seperti seorang pemimpin bermasalah. Pemimpin bermasalah macam ini tak perlu sokong,'' katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman calon Pas yang dibuat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini yang menyenaraikan Husam sebagai calon bagi kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU-13.

Tambahnya lagi, walaupun Husam menang agak besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, Kelantan pada 2008 tetapi ada kemungkinan Pas hendak meletakkan calon tempatan di kawasan tersebut menyebabkan Husam "dicampakkan" di Putrajaya.

Mengenai peluang Naib Presiden Pas itu, Ahmad Atory berkata, bukan sahaja Husam, jika Pas meletakkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali pun, sukar bagi Pas untuk memenanginya.

Katanya, berdasarkan kajian yang dibuat beliau sejak merdeka sehingga 2008, lebih 98 peratus kakitangan kerajaan tetap menyokong Parti Perikatan dan kemudiannya BN.
"
Walaupun pada 2008 berlaku keadaan yang mana ada kakitangan kerajaan menyokong pembangkang sehingga BN tewas di lima negeri namun kesemua itu berlaku di luar Putrajaya.
"
Di Putrajaya, penduduknya yang kebanyakannya kakitangan kerajaan (yang) lebih rapat dengan kerajaan pusat dan mood pada masa sekarang di Putrajaya ialah menyokong BN,'' katanya.

NGO gesa Majlis Fatwa ambil tindakan terhadap Nik Aziz

Posted: 09 Apr 2013 06:39 AM PDT


KUALA LUMPUR 9 April - Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengambil tindakan segera ke atas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh memesongkan akidah dan memecah-belahkan umat Islam, gesa beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian, tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat.

"Sikap seperti ini seolah-olah nak menyamakan kedudukan kita di tahap malaikat dan seperti nak mengambil alih tugas malaikat yang menulis setiap amalan kita.

"Jangan sibuk nak menghukum amalan atau ibadat orang UMNO kerana yang menentukannya hanya Allah," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti segera semua kenyataan Mursyidul Am Pas itu.

Muhyiddin berkata, kenyataan kontroversi Nik Abdul Aziz seperti kononnya sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya memikirkan kontrak apabila membina masjid, perlu segera dihentikan.

Menyifatkan tindakan Nik Abdul Aziz itu sebagai 'sindrom hukum secara umum', Fathul Bari berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak sepatutnya menggunakan agama untuk tujuan politik.

Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Dr. Fadlan Mohd. Othman yang turut bersetuju dengan saranan Muhyiddin berkata, Majlis Syura Pas juga perlu berbincang mengenai perkara itu bagi memutuskan pendirian mereka mengenai setiap kenyataan Nik Abdul Aziz.

"Majlis Syura Pas perlu berbincang mengenai isu ini seperti mereka berbincang dan membuat keputusan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali berkata, imej Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin Islam berpengaruh sudah tercemar apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak mencerminkan nilai-nilai Islam.

"PAS sudah hilang kredibiliti sebagai parti Islam, Nik Abdul Aziz pula buat kenyataan hampir nyanyuk dan hampir 'gila talak agama'. Majlis Fatwa perlu buat sesuatu tak kiralah siapa orang itu kerana (kenyataan) bukan dibuat sekali dua, dah banyak kali," katanya.

Nik Aziz dakwa UMNO bawa kecelakaan kepada Melayu

Posted: 09 Apr 2013 05:21 AM PDT


KOTA BHARU 9 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan daripada golongan ulama dan tahfiz semakin merepek apabila mendakwa kewujudan UMNO satu kecelakaan besar kepada orang Melayu.

Beliau dalam nada marah mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO jahat dan berlagak seperti Tuhan apabila mula bercakap mengenai Islam tetapi pada masa sama menolak agama itu dalam perjuangan.

Dalam kenyataan kerasnya, Menteri Besar Kelantan itu turut mendakwa UMNO adalah parti yang paling haram di negara ini kerana menolak Islam dan tidak mengamalkan undang-undang Islam semata-mata mahu menjaga hati pemimpin-pemimpin MIC dan MCA yang katanya jelas menolak Islam.

Pada masa sama, beliau mendabik dada mendakwa kononnya Pas telah berjaya mendidik pemimpin-pemimpin DAP sehingga parti itu menerima Islam dan mahu menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika DAP diharamkan.

"Dia sebut haram undi Pas, saya kata kalau Pas ini haram tiada parti di Malaysia ini yang boleh diundi. UMNO lebih haram lagi kerana UMNO orang Melayu, tolak Islam, bila tolak Islam, dia nak bawa hala agama mana, pemimpin UMNO nak bawa Melayu pada agama apa.

"UMNO ni letak taraf dia serupa dengan Tuhan, dia boleh kata Islam itu ditolak pada hal Islam ni agama Allah. Allah ni maha suci, maha kuasa kita sebut subhanallah jadi pemimpin UMNO ni letak taraf dia serupa Tuhan, berasa nak tolak, tolak, berasa nak terima, terima, ini jahat.

"Oleh yang demikian kalau ada parti di Malaysia ini yang haram diundi UMNO-lah yang pertama diharamkan. Pas tahu MCA tak boleh terima Islam, DAP terima, jadi Pas punya keadaan berkeras sekalipun nak Islam DAP boleh terima.

"Maka kerana kerana UMNO ambil hati MCA ertinya UMNO kuda tunggangan bagi MCA. Pas (prinsip kami) berkeras nak terima kami jadi pakatan dengan DAP kena terima Islam tak nak terima sudah," katanya ketika ditemui dirumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas deklarasi yang dikeluarkan pada Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat, dan Tahfiz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini bahawa mengundi pakatan pembangkang pada PRU-13 adalah haram kerana parti pembangkang menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Untuk rekod, Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah mencabar Pas agar "melangkah mayatnya dahulu" jika parti sekutunya bercadang untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud. - UTUSAN ONLINE

[AMARAN] Polis Akan PANTAU Blog, JANGAN SEBAR SENTIMEN HASUTAN (26 sentimen hasutan, fitnah dikesan)

Posted: 09 Apr 2013 05:03 AM PDT

ACP Ramli Mohamed Yoosuf
KUALA LUMPUR - Polis yang memantau media sosial bermula semalam mengesan 26 sentimen hasutan dan fitnah berkaitan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata sentimen terbabit disebar menerusi blog dan juga media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Polis akan terus memantau blog serta laman sosial terbabit dan jika didapati mereka masih meneruskan dengan penyebaran sentimen berkenaan polis akan bertindak, katanya pada sidang media PRU13, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau juga meminta orang ramai yang menerima ugutan atau ancaman daripada pihak tertentu berkaitan PRU13 agar membuat laporan polis bagi memudahkan tindakan.

Ugutan ini termasuk juga usaha menakut-nakutkan orang ramai, katanya.

Sementara itu, beliau berkata sejumlah 32 laporan polis telah diterima di seluruh negara semalam membabitkan beberapa kesalahan seperti fitnah, hasutan, ugutan dan pergaduhan kecil.

Ramli berkata sejumlah 338 aktiviti politik berhubung PRU13 turut dilaporkan semalam di seluruh negara membabitkan ceramah umum, perjumpaan parti politik, kempen serta kegiatan pilihan raya yang lain.

"Kami minta mana-mana parti politik yang hendak berkempen mahupun menjalankan aktiviti politik, lakukanlah dengan berhemah dan bertanggungjawab, jangan timbulkan sebarang masalah yang boleh menggugat kestabilan negara," katanya.

Beliau turut mengingatkan parti-parti politik yang ingin menganjurkan aktiviti kempen seperti ceramah umum, supaya mengemukakan notis pemberitahuan kepada ketua polis daerah masing-masing seperti termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...