PAPA GOMO

PAPA GOMO


Tak Mustahil DAP Akan Belah Perut Melayu Pada Tanggal 5 Mei Ini - Tungku Abdul Aziz

Posted: 10 Apr 2013 06:00 PM PDT



DAP didakwa terlibat dalam perancangan bersama rakan parti pembangkang dan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) menimbulkan huru hara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, beberapa bukti perancangan strategi Pembangkang yang akan mengganggu kelancaran pilihan raya dengan menjejaskan integriti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada hari mengundi.

"Kami telah menerima maklumat gangguan tertentu dan dokumen berkaitan yang menunjukkan terdapat rancangan jahat pihak tertentu pada hari mengundi PRU13 yang akan datang.

"Maklumat dan dokumen ini mendedahkan suatu strategi licik untuk mengganggu PRU13 dengan mencetuskan kekacauan dan akibatnya merosakkan imej SPR untuk melemahkan keyakinan umum terhadap integriti proses pengundian demokrasi kita," READ MORE....

DAP parti KOMUNIS yang sememangnya cukup dasyat permainan politik mereka terutama dalam mencapai impian mereka untuk menjadi PEMERINTAH di Malaysia ini dengan membuang segala Sultan dan Raja yang ada dalam Istitusi beraja waktu ini.

Agenda jahat DAP ini sebenarnya sama dengan apa yang berlaku diwaktu tregedi 13 Mei dan juga modus operandi yang sama sepertimana dilakukan Chin Peng ketua Komunis yang menghalang rakyat dan mencetuskan kekecohan pada hari pengundian.

Gomo tidak mahu mengulas panjang mengenai pekara ini namun Gomo harap orang Melayu terutamanya sedar apa agenda DAP selama ini. Orang Melayu harus sedar apa yang DAP mahu dan apa yang DAP akan lakukan jika PRU 13 mereka berkuasa.

Psssttt... Sedar sedarlah wahai Melayu



Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.



Terima Calon Seadanya Demi Kemenangan Parti - Hishammuddin Hussein

Posted: 10 Apr 2013 09:30 AM PDT





Pemilihan calon untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 (PRU13) diklasifikasikan sebagai kompleks dan rumit serta tidak mampu untuk memenuhi kepuasan semua pihak. Namun ia harap dapat mencapai objektif utama iaitu membawa parti kepada kejayaan pada PRU13.

Psssttt.... Apa sahaja demi kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13 ini.


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


Pakatan Pembangkang Templak Barisan Nasional Yang Gagal Bina Jamban Untuk Rakyat

Posted: 10 Apr 2013 04:59 AM PDT




Respons awal pihak Pakatan Rakyat terhadap pembentangan komitmen Aku Janji Barisan Nasional, manifesto mendepani PRU-13 adalah menuduh komitmen BN menciplak dan meniru Manifesto mereka. Malahan, Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah menyatakan BN telah melakukan satu tindakan plagiarisme.

1) Tawaran Aku Janji BN adalah berdasarkan isu kepentingan rakyat. Persoalannya, siapa kata isu-isu rakyat ini adalah hak eksklusif, hak milik terpelihara dan hak cipta Pakatan Rakyat? BN menjalankan kajian terperinci terutama sepanjang Jelajah Janji Ditepati untuk mendasari isu-isu rakyat. Tidak semena-mena, apabila Aku Janji BN mengutarakan isu yang hampir serupa, dituduh plagiat.

Fundamental demokrasi pilihanraya adalah memperjuangkan isu rakyat. Tiada istilah plagiarisme dalam perjuangan mendahulukan rakyat.

2) Kita akui ada beberapa isu yang serupa terkandung dalam dokumen ini. Namun, untuk dituduh plagiat adalah tidak berasas kerana isu kepentingan rakyat ada yang serupa tetapi mekanisme serta kapisiti pelaksanaan tentunya tidak sama. Malahan, jika diamati dan dibuat perbandingan, Aku Janji BN lebih berfokus terhadap kemampuan untuk melaksanakan apa-apa yang dijanjikan.

Method mekanisme dan kapasiti yang nyata berbeza ini, di mana relevannya PR menuduh satu penciplakan?

3) Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop. Disebabkan itu, dalam setiap skop yakni 17 komitmen induk disertakan tawaran janji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun mendatang. Turut disertakan adalah 'status quo' dan mekanisme sedia ada yang membolehkan unjuran janji-janji tersebut ditawarkan.

Berbeza dengan PR, dokumen mereka hanya melambakkan 'janji-janji' tanpa menyatakan unjuran semasa membolehkan tawaran tersebut dicadangkan. Malahan, kebanyakan mekanisme adalah tidak jelas seperti melaksanakan pendidikan percuma kerana ada peruntukan RM80billion untuk Projek MRT?

'Status quo', kapasiti dan mekanisme yang dijelaskan dalam Aku Janji BN semestinya menjauhkan jurang keyakinan rakyat kepada dokumen Manifesto PR. Di sini, apakah yang ditiru oleh Aku Janji BN? Sebaliknya, PR yang 'tiru', ambil bajet projek BN untuk dijadikan modal melaksana 'janji khayalan' mereka.

4) Awal-awal lagi YAB Pengerusi BN sudah memaklumkan bahawa BN hanya akan memaklumkan tawaran janji PRU-13 BN selepas Dewan Rakyat dibubar. Logiknya, apakah asasnya apabila ada pihak lebih awal mengumumkan janji mereka kepada khalayak boleh menuduh satu pihak yang memilih masa sesuai dan tepat untuk mengutarakan janji mereka sebagai telah menciplak, meniru dan memplagiat mereka? 

5) Tentang isu turun harga kereta, BN komited ini boleh dilaksana kerana kejayaan rundingan di peringkat AFTA dan FTA. Hakikatnya, harga kereta sudah mulai turun 3%-5% sejak awal 2012. Duti import kereta dari Jepun dan Australia diturunkan dari 15% dan 13.6% sehingga 0% pada tahun 2016.

Malahan, harga kereta RM25,000 sebaimana yang dijanjikan PR, sebenarnya sudah ada dalam pasaran. Rakyat boleh mendapatkan Perodua Viva pada harga tersebut. Andai digunakan method PR, penghapusan cukai eksais dan lelongan AP lebih membawa mudarat kepada ekonomi.

6) Seperkara lagi, Aku Janji BN menawarkan komitmen menyemak Dasar Automatif Nasional untuk menurunkan harga kereta dan meningkatkan daya saing kereta nasional. Aspek peningkatan daya saing kereta nasional langsung tidak dinyatakan dalam dokumen Manifesto PR.

Kerajaan BN insaf terhadap bebanan hutang ditanggung rakyat jika harga kereta tinggi, namun dalam masa yang sama, kita wajar mempertimbangkan survival kereta nasional. Pemfokusan serampang dua mata ini tidak pun dibuat PR, apakah kewajaran dituduhnya BN meniru?

7) Isu Rumah Mampu Milik- BN janjikan sebanyak 1 juta Rumah Mampu Milik boleh dibina atas kerjasama sektor awam dan swasta serta PR1MA. Malah memastikan harga PR1MA 20% murah dari harga pasaran. Ini boleh dicapai kerana pelaksanaan PR1MA sudah pun bermula. PR sekadar menjanjikan 150,000 buah rumah sahaja tanpa penghuraian lanjut berkenaan mekanismenya.

8) Laporan Audit Negara merekodkan tiada Rumah Mampu Milik dibina di Kedah, kondomium mewah mencecah RM700ribu banyak dibina di P.Pinang dan isu kondomium mewah yg dikatakan bakal mengutamakan warga luar di Datum Jelatek, Selangor. Jika itu 'track record'nya, secara jujur, Aku Janji BN lebih meyakinkan dan tiada unsur penciplakan.

Analoginya, nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Restoran PR lebih awal memperkenal menu 'Nasi Rakyat' dan Restoran BN turut memperkenal menu 'Nasi Impian Rakyat'. Dalam konteks ini, wajarkah dituduh ada peniruan mahupun plagiarisme? Kerana rujinya memang serupa, membezakan adalah kemahiran memasak dan kepelbagaian perisa dan resipinya berjaya diadun sebati.

Mudahnya, pimpinan PR sudah kekeringan modal dan berada dalam situasi panik kerana ramai pihak mengangkat dokumen Aku Janji, Manifesto BN PRU-13 sebagai holistik dan realistik terutama dalam mendahulukan rakyat.

Benar, kita tidak mengangkat roh reformasi sebaliknya BN tekad menjunjung jiwa transformasi demi rakyat 1Malaysia. Saf BN percaya harapan rakyat bukan suatu mimpi tetapi jalan menjadikan impian suatu realiti.

Rakyat Didahulukan- Menepati Janji,Membawa Harapan

BN Pilihan Rakyat 1Malaysia

Oleh:hulubalangKANAN

GOMO: Jamban yang dibanggakan oleh pembangkang ini. Pembangunan yang dibuat selama ini diperlekehkan mereka sebaliknya mereka mahu rakyat dan juga Barisan Nasional puji mereka Pembangkang ini yang mampu membina JAMBAN.

Psssttt.... Setakat Pakatan Pembangkang dapat Bina Jamban pun nak riuh satu negara. Ptuih.....

20 April & 5 Mei Hari Penting Untuk Semua Rakyat Malaysia

Posted: 09 Apr 2013 11:07 PM PDT




Akhirnya kita mengetahui tarikh Penuh bagi Pilihanraya ke 13 tahun ini. Sudah lama menunggu dan akhirnya kita ketahui hari ini.

Tarikh penamaan calon : 20 hb April 2013
Tarikh pengundian : 5 hb Mei 2013

Rakyat sudah tidak sabar untuk mengundi, rakyat sudah lama menunggu untuk memastikan mereka dapat membuang undi pada tahun 2013 ini.

Yang pasti rakyat mahu pastikan kemanan kekal di Malaysia dan akan memastikan kerajaan Barisan Nasional kekal mentadbir Malaysia dan juga memastikan Pakatan Pembangkang tumbang kali ini.

Pengundi juga sudah tidak sabar untuk mengundi Barisan Nasional di negeri yang ditadbir Pakatan. Rakyat mahukan negeri negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kedah dan Kelantan kembali ke tangan Barisan Nasional. Rakyat mahukan keamanan dan kesejahteraan hidup.

Inikalilah PRU13 milik Barisan Nasional!

Oh lupa, nanti 20 hb hari penamaan calon Gomo nak salam dan mintak Maaf pada Anwar Ibrahim dan serah sekeping DVD pada dia. Harap dia balik dan tengok untuk fikir panjang. Kalau dia fikir maruah dia akan tarik diri tapi kalau dia tak bermaruah bermakna dia gali kuburnya sendiri di Permatang Pauh.

Psssttt.... Pembangkang jangan ingat mereka kuat kerana rakyat sudah bangkit mengkuburkan mereka pada PRU13 ini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...