tun faisal dot com |
Cybertroopers PR terdesak menipu guna blog UMB #tolakPR #PRU13 Posted: 10 Apr 2013 06:39 PM PDT Gerak kerja UMB nampaknya begitu memberi kesan terhadap PR. Serangan demi serangan dibuat semata-mata untuk memastikan peranan dan gerak kerja UMB terhalang. Apa yang Rafizi kata tentang strategi kotor cybertroopers BN, sebenarnya taktik untukmenuduh pihak lain dahulu agar mereka tidak dipersalahkan jika cybertroopers PR menggunakan strategi kotor sebegini. Hipokrit la PR ni, dari Anwar sampailah ke cybertrooper dan macai, kaki menipu tak habis-habis. Apapun, jangan risau - srang la macam mana pun, UMB akan terus berjuang demi agama, bangsa dan negara. Kita hanya tersenyum tengok gelagat budak-budak PR dan terima ini sebagai pengiktirafan bahawa UMB telah memainkan peranan yang signifikan dalam pengukuhan jentera siber UMNO dan BN. #PenipuRakyat Terdesak - Guna Blog #UMB Palsu Untuk Raih Sokongan #GE13 & #PRU13Pakatan Rakyat nampaknya begitu terdesak untuk meraih kepercayaan pengguna media baru yang majoritinya pengundi muda sehingga sanggup menggunakan taktik kotor iaitu menggunakan laman blog mirip Unit Media Baru Pemuda UMNO. Blog palsu - http://umb-ppum.blogspot.com mengeluarkan satu artikel iaitu senarai nama calon BN yang digugurkan dan tindakan ini sekaligus memberikan persepsi kononnya laporan tersebut dikeluarkan oleh sebuah entiti Pemuda UMNO. Nampaknya percubaan pembangkang hampir berjaya kerana ramai di antara pembaca malah pemimpin BN juga menganggap blog di atas adalah blog rasmi milik UMB. Sebenarnya blog rasmi milik UMB menggunakan urlhttp://umbppum.blogspot.com sebagaimana di bawah : Tindakan ini dilihat satu percubaan untuk menghakis kepercayaan jentera-jentera parti kepada UMB selain menyebarkan dakyah songsang pembangkang secara perlahan-lahan. Mana mungkin blog UMB tidak menyiarkan cerita mengenai manifesto? Cuba lihat tajuk-tajuk artikel di laman - umb-ppum.blogspot.com 21 Januari menyiarkan cerita mengenai RCI yang ditulis oleh saya sendiri. Selepas itu blog tersebut menyepi sebelum menyiarkan semula artikel mengenai pemuda jatuh bangunan pada 11 April. Bodohnya pembangkang sebab menyiarkan artikel mengenai pemuda jatuh bangunan dan mengenai calon BN pada 11 April secara serentak! Walhal sejak melancarkan manifesto kebanyakkan blog UMB menyiarkan dan memberi penerangan mengenai dasar manifesto BN, bukannya cerita mengenai calon. Takkan ini pun you all percaya? Jangan jadi bongok! 4 artikel pada tarikh yang sama dalam jarak masa tak sampai dua jam setiap artikel? Blogger gila mana yang buat entri sampai macam tu? |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment