Gelombang Rakyat |
ULAMA JIJIK - PARASIT PAS 'FATWA' HARAM USTAZ NASHA DIPILIH CALON PRU13. Posted: 11 Apr 2013 12:39 AM PDT PAS kini semakin 'bijak' bermain politik cantas mencantas. Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah dikuburkan terus dek kerana mengkritik Karpal Singh. Beliau diputuskan Majlis Syura PAS tidak dicalonkan lagi mewakili PAS bagi bertanding di mana2 kerusi DUN mahupun Parlimen. Jasa beliau yang diangkat oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor sekian lama terpadam terus dari sejarah dan kamus parti tersebut. Mungkin dilihat jijik jika diangkat semula bekas Pemimpin No. 2 PAS ini. Tiada pencalonan bagi mana-mana kerusi untuk bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), demikian menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab terperinci mengapa Nasharudin tidak dicalonkan, selain menegaskan ramai lagi ahli PAS yang tidak disenaraikan sebagai calon dalam pilihan raya umum kali ini. "Setahu saya nama dia tidak termasuk dalam nama calon PAS, tak ada nama dia. Tunggu nanti akan ada pengumuman calon dalam masa 2,3 hari saya kira," kata beliau kepada Antarapos. Nasharudin kerap dianggap sebagai 'duri dalam daging' PAS atas sikap lantang beliau mempertahankan dasar-dasar dan prinsip parti Islam itu yang didakwa terpesong akibat menjalinkan hubungan politik dengan DAP dan PKR. Beliau pernah mengkritik penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pengumuman keputusan kes liwat kedua Ketua Pembangkang itu tahun lalu. Dalam isu tuntutan kalimah Allah yang dicetuskan Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang, Nasharudin berpendapat bahawa usaha tersebut bertujuan untuk mempopularkan fahaman pluralisme dengan cubaan untuk menganjurkan kesamarataan. Mengenai isu menggunakan lambang PAS oleh calon DAP sekiranya parti itu dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), Nasharudin menegaskan Pengerusi DAP Karpal Singh dan Lim perlu menyatakan pendirian tentang hukum hudud yang sering ditentang oleh kedua-dua pemimpin itu. Nasharudin yang kerap didakwa mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti, dan turut dilihat menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza dan Mekah. Pemimpin PAS 'mesra kerajaan BN' itu walau bagaimanapun telah digugurkan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS pada Februari lalu dengan alasan melanggar peraturan parti, namun beliau komited untuk membantu PAS dalam meneruskan perjuangan sebagai ahli biasa. Datuk Kamarudin Jaafar, merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum ini berkata pengumuman calon PAS akan dilakukan dalam masa terdekat, selain enggan mengulas tentang pencalonan Nasharudin. SYABAS PARASIT PAS. |
"KAMI MEMANG BERPECAH.." - PENGAKUAN NAIB PENGERUSI DAP JOHOR. Posted: 10 Apr 2013 07:21 AM PDT Semakin menghampiri tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin jelas perpecahan berlaku dalam kalangan anggota DAP Johor yang dipimpin Dr Boo Cheng Hau. Pekung yang cuba disembunyikan selama ini semakin tidak dapat dilindungi lagi apabila Naib Pengerusi DAP negeri, Ong Kow Meng sendiri mengakui memang berlaku perpecahan dalam parti itu di Johor. Beliau berkata, berdasarkan maklumat balas yang diterima, memang terdapat pemimpin dan anggota parti tidak lagi menyukai kepimpinan Dr Boo, sehingga mencetuskan sikap berpuak-puak dalam parti. "Sehubungan itu Dr Boo perlu mengotakan janji yang dibuatnya pada mesyuarat jawatankuasa negeri pada 17 April lalu untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi selepas pilihan raya. "Jika beliau tidak berbuat demikian, kita tidak akan teragak-agak untuk berkempen bagi menggesa anggota parti supaya tidak mencalonkannya bertanding pada pemilihan kepimpinan DAP Johor Oktober depan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Katanya, pengunduran Dr Boo dapat menangani masalah perpecahan yang berlaku, selain mempererat lagi hubungan antara DAP negeri dan DAP pusat. Pada masa yang sama, beliau turut berharap pengganti Dr Boo kelak seorang yang fleksibel dan mampu bertolak ansur. Pertelagahan antara Ong dengan bosnya itu bukan satu perkara baru apabila beliau dan 16 cawangan parti itu bersama-sama mengemukakan undi tidak percaya terhadap ADUN Skudai terbabit. Dr Boo pula pernah mengeluarkan kenyataan kepada akhbar berbahasa Cina di negeri ini bahawa beliau mencabar ADUN Senai itu bertanding merebut jawatan disandangnya pada pemilihan parti akan datang. Pada sidang media yang sama Ong turut meminta anggota parti supaya akur dan menyokong siapa juga yang dipilih menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti. Katanya, keputusan pucuk kepimpinan melepaskan Parlimen Segamat kepada PKR untuk ditandingi Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, seharusnya dihormati bagi mengekalkan kesepakatan dalam parti. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment