House PK

House PK


AUW! EUUWWW! PENAMAAN CALON DAN HARI MENGUNDI YANG TERLAMPAU!

Posted: 09 Apr 2013 11:20 PM PDT

Tunggu punya tunggu akhirnya keluar sudah tarikh nak PRU, menggelupor la pakatan dibuatnya! Kah kah kah, berikut adalah petikan dari Perak Today.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengumumkan 20 April ini sebagai tarikh penamaan calon manakala tarikh pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ditetapkan pada 5 Mei depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tarikh mengundi awal bagi anggota tentera, polis dan petugas pilihan raya ditetapkan pada 30 April.

Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan berbanding tempoh pilihan raya umum 2008 ialah hanya 13 hari.

Beliau berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN.

Untuk PRU-13, SPR akan menggunakan 8,789 pusat mengundi dan 26,219 saluran mengundi di seluruh negara.

Bagi hari pengundian awal, 544 pusat pengundi digunakan dengan 882 saluran mengundi disediakan SPR.

Pada hari pengundian iaitu 5 Mei, SPR akan membuka 8,245 pusat mengundi manakala saluran mengundi di seluruh negara pula berjumlah 25,337.

Sejumlah RM4 juta dibelanjakan SPR untuk melaksanakan PRU-13 dan lebih 234,000 petugas dilantik bagi melancarkan proses pilihan raya kali ini.

Pengundi boleh membuat semakan berkaitan maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi menerusi laman web rasmi www.spr.gov.my atau mengunjungi laman portal wwwpru-13.gov.my.
So banyak masa tu kan? Kita tungu dan lihat apa lagi puak pakatan harami nak buat!

CILI KASI TARUK! BANJIR DI PULAU PINANG AMAT MEMALUKAN KALIFAH TOKONG GUAN ENG!

Posted: 09 Apr 2013 07:00 PM PDT

 
Bulan lepas, DAP Pulau Pinang dengan bangganya mengisytiharkan Perak Road di Pulau Pinang bebas sepenuhnya dari masalah banjir yang melanda kawasan tersebut selama lebih 40 tahun lalu, hasil dari projek tebatan banjir yang dijalankan oleh kerajaan negeri di kawasan itu.

Setiausaha Politik Guan Eng, Ng Wei Aik dengan bangganya pada ketika itu menaikkan banner yang tertulis "40 years flood problem solved in 9 months" (40 tahun masalah banjir selesai dalam masa 9 bulan) untuk menunjukkan betapa berkesannya kerajaan DAP ini dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Tapi Guan Eng lupa dengan kuasa tuhan dan minggu sudah, akibat hujan yang begitu lebat, kawasan Perak Road dilanda banjir buruk – seperti biasa.

Penduduk Pulau Pinang berpusu-pusu masuk ke dalam laman Facebook Wei Aik dan memuat turun gambar-gambar banjir di kawasan tersebut, tapi cina yang sombong dan angkuh ini tidak mempedulikan perkara tersebut, sebaliknya cuba mengalih perhatian kepada isu lain.

Inilah masalah dengan DAP dan Pakatan Rakyat. Kurang matang dan tidak mahir mengurus, tapi nak tunjuk pandai. Tidak ada sesiapa dalam dunia yang berani menjanjikan banjir atau bencana alam yang lain tidak akan berlaku langsung, tak kiralah sebesar manapun projek yang dijalankan.

Baca seterusnya di Perak Today

FAKTA MENARIK YANG KITA LUPA! KATA TUN M KEKAL PERKONGSIAN KERAJAAN ANTARA KAUM!

Posted: 09 Apr 2013 06:00 PM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad mengingatkan rakyat agar mengekalkan perkongsian kerajaan antara kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak demi mengekalkan keamanan serta kemajuan negara yang dinikmati hari ini.

Menurut beliau, hasil kekayaan boleh dinikmati oleh semua kaum sekiranya ikatan persahabatan antara kesemua kaum dapat dipertahankan.

"Selagi orang Cina, Melayu dan India boleh bekerjasama, negara ini akan kekal stabil dan semua rakyat dapat perolehi sesuatu untuk diri mereka sendiri," katanya.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap di majlis makan tengahari bersama NGO di Dewan Tokong Tow Boh Keong bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Ipoh, hari ini.

Hadir sama, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Baca seterusnya di Perak Today

TERBAIK! PM DI PERAK KATA KONSEP KESEDERHANAAN ASAS KESTABILAN NEGARA!

Posted: 09 Apr 2013 05:00 PM PDT

Sikap kesederhanaan parti Barisan Nasional (BN) sejak memerintah negara 55 tahun lalu adalah kunci kepada kestabilan serta keamaan yang dikecapi negara masa kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, perkongsian kuasa antara komponen seperti UMNO, MIC dan MCA sejak negara mencapai kemerdekaan menjadi tunjang kepada konsep kesederhanaan yang diamalkan BN.

"Kesederhanaan adalah aspek penting memastikan negara berada dalam keadaan stabil. Perkongsian kuasa merupakan satu perkara tetapi perkongsian falsafah yang sama adalah faktor kita terus kekal dalam konsep kesederhanaan," kata Perdana Menteri.

Najib bercakap demikian ketika berucap di majlis makan tengahari bersama NGO di Dewan Tokong Toh Bow Keong di Ipoh, hari ini.

Hadir sama, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Perdana Menteri berkata, kelangsungan hidup serta kestabilan yang dikecapi kini tidak mungkin berlaku sekiranya parti politik dalam negara mempunyai percanggahan pemikiran.

"Kita (BN) telah buktikan selama 55 tahun kita mampu mentadbir negara dan sejak empat tahun lalu agenda transformasi negara telah memberi perubahan besar kepada kemajuan negara.

"Sekiranya mandat yang lebih besar diberikan kepada Barisan Nasional, saya percaya boleh berikan lebih dari apa yang diperolehi sekarang," katanya.

Read more...

JOM TOLAK PEMIMPIN TAK BERMORAL!

Posted: 09 Apr 2013 01:54 PM PDT

Tuhan bagi akal, tolong la guna...korang nak pemimpin macam ni ke?

DAP JOHOR RETAK MENANTI BELAH! MAMPOS KAU KIT SIAL!

Posted: 09 Apr 2013 05:28 AM PDT

Ingatkan UMNO je ada masalah, tak sangka aku ya DAP laknatullah pun sedang begolak....kah kah kah

Aku ambik sedikit petikan dari blog RBF... kat bawah ni:

Tak sempat nak naik ke bulan roket dah retak weh.....

Gara-gara campurtangan Kit Siang dan anak lelakinya yang melampau , tiga orang pemimpin DAP Johor letak jawatan.


JOHOR BHARU: Tiga pemimpin kanan DAP Johor meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa pilihan raya parti negeri dipercayai kerana membantah campur tangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di negeri ini.
 
Tiga pemimpin terlibat ialah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau, Timbalan dan Setiausahanya, Norman Fernandez dan Tan Chen Choon.
 
Norman ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas spekulasi itu.
 
"Tiada komen," katanya sebelum memutuskan talian.
 
Usaha untuk mendapatkan komen daripada Cheng Hau juga gagal apabila panggilan ke telefon beliau tidak berjawab dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar juga tidak dibalas.
 
Perkembangan terbaru itu mengesahkan tentang perbalahan antara DAP dan PKR yang dilihat semakin meruncing berikutan perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah yang akhirnya menjadi milik Kit Siang dan Jui Meng yang berhasrat menduduki kerusi itu hampa dan dikatakan 'merajuk'.
 
Kedua-dua parti itu juga dikatakan bertelagah tentang calon di kerusi Parlimen Segamat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak dan Johor Jaya, sambil pucuk pimpinan PKR Johor memberi amaran mereka tidak akan berkompromi lagi dalam isu pembahagian kerusi.
 
Semalam, Kit Siang menegaskan Parlimen Bakri dan Kulai kekal milik DAP selepas ada ura-ura mengatakan Jui Meng cuba bertanding di Bakri apabila hasratnya untuk menjadi calon di Gelang Patah tidak kesampaian.
 
 
Padan muka kau Kit Sial....Padan muka !
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...