BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! KISAH SARAWAK !!! SWP BAKAL TERBUBAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 01 Apr 2013 12:00 PM PDT


Tindakan lebih 360 orang ahli mengikuti jejak langkah Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP),Tonny Muari yang bertindak keluar parti bakal mengkuburkan parti itu tidak lama lagi.Parti yang mendakwa 'mesra' BN itu semakin tenat dengan perkembangan terbaru sekaligus bakal meranapkan impian SWP untuk bertanding di enam kerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS).Sejak penubuhannya,SWP sudah kelihatan terdesak dalam usahanya mahu diterima rakyat di negeri itu di mana ianya dapat dilihat menerusi tindakan mereka menggunakan nama PM dan Ketua Menteri Sarawak dalam semua majlis mereka.Tindakan mereka itu telah dibidas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib,SWP tidak boleh mendakwa mereka parti mesra BN,apa lagi ia secara terbuka mengumumkan akan meletakkan calon menentang BN di kawasan PRS.Malah Pengerusi Barisan Nasional itu turut meminta supaya rakyat Sarawak hanya memberi sokongan kepada calon BN dan bukan mana-mana calon yang mendakwa "mesra BN" tapi bertanding menentang calon BN. 

Tambah menarik Penasihat SWP,Datuk Sng Chee Hua yang juga merupakan salah seorang hartawan di Sarawak,pernah dikatakan sebagai individu yang menyewakan jet eksekutif untuk kegunaan Anwar Ibrahim.Bagaimanapun dakwaan tersebut segera dinafikan olehnya.Beliau yang merupakan Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang ditubuhkan baru-baru ini turut menegaskan,Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengannya.Spekulasi mengenai penglibatan Chee Hua timbul apabila sumber dalaman syarikat penyedia perkhidmatan itu,Tjets Sdn. Bhd. (Tjets),mendakwa tempahan tersebut dibuat seorang lelaki dari Sarawak.SWP yang diterajui bekas ADUN Pelagus selama dua penggal dan bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri,Larry Sng Wei Shien,dilihat semakin tertekan dengan perkembangan mutakhir ini.Larry Sng telah dipecat daripada PRS pada 2007 berhubung pertikaian kepimpinan dengan Presiden Tan Sri Dr. James Jemut Masing.SWP bukan sahaja membuat 'masalah' dengan BN tapi juga dengan parti pembangkang yang lain.Mengambil contoh senario di parlimen Sri Aman,SWP cuba meletakkan calon di mana kerusi tersebut turut diintai oleh DAP dan PKR.Jika parti tempatan SWP yang merupakan parti tempatan juga akan berkubur,apatah lagi dengan parti pembangkang semenanjung yang cuba bertapak di Sarawak.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! 23 TAHUN DITADBIR PAS !!! KELANTAN TERJERUMUS KE LEMBAH MAKSIAT !!! APA CERITA NI ???

Posted: 01 Apr 2013 08:30 AM PDT


Setelah hampir 23 tahun mentadbir kerajaan negeri Kelantan,pimpinan Pas masih lagi dilihat mengunakan Islam sebagai modal untuk menagih simpati yang dijadikan sebagai umpan untuk terus menipu rakyat.Malah Mursyidul Am,Nik Aziz selaku menteri besar sering mengunakan alasan memartabatkan Islam bagi memastikan dirinya terus kekal di tampuk kuasa.Malah slogan Kelantan merupakan "Serambi Mekah" kerana ditadbir oleh Pas,sebenarnya adalah satu pembohongan.Sedangkan pada hakikatnya,semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran,penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin Pas ini.Sebagai contoh awal tahun lalu,masyarakat didedahkan dengan laporan mengenai kewujudan sebuah kedai makan yang dijadikan sebagai pusat karaoke berhampiran rumah Menteri Besar itu.Dengan jarak hanya 600 meter,pusat karaoke itu turut menampilkan wanita dengan tarian 'goyang kucing garong' atau 'tarian punggung'

Seterusnya Majlis Perbandaran Kota Bharu yang diberi status Bandar Raya Islam terpaksa berdepan denga kerancakan maksiat yang tumbuh bagaikan cedawan di sekitar Kota Bahru terutama di sekitar jalan Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis.Tidak cukup dengan itu negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga pernah mencatatkan peningkatan yang mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu.Lebih malang dalam kebanyakan kes,mangsa dirogol secara bergilir-gilir.Menurut angka yang dikeluarkan oleh Polis Negeri Kelantan kes penyalahaan dadah turut menunjukkan peningkatan pada tahun lalu dan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jenayah.Untuk tempoh Januari hingga Ogos 2012,jumlah tangkapan dadah keseluruhan ialah 9,881 orang berbanding tempoh sama pada tahun 2011 iaitu 7,908 orang,menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus.Bagi kes melibatkan pengedar,sebanyak 417 orang ditahan berbanding 313 orang pada tahun lalu,peningkatan sebanyak 33 peratus. 


Manakala dadah paling tersohor di Kelantan ialah dari jenis pil kuda nama saintifiknya Methamphetamine (dadah sintetik – campuran bahan kimia).Maka tidak hairanlah statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada 2011,mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit HIV dan AIDS.Malah negeri yang dipimpin oleh mereka yang dikatakan ulama itu turut menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.Oleh yang demikian,rasionalnya Pas Kelantan dilihat GAGAL untuk membendung kegiatan tidak bermoral ini.Ia berpunca dari sikap angkuh pimpinan PAS Kelantan sehingga menyebabkan gelaja tidak bermoral itu semakin merosakkan rakyat.Inilah yang dinamakan,"kuman seberang laut nampak,gajah depan mata tak nampak".Mereka yang selama ini melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan BN/Umno kononnya tidak Islamik dan sebagai,terpaksa berdepan dengan musibah Allah SWT kerana sifat riak dan punca perpecahan. 

Maka sudah tiba masanya untuk BN/Umno mengambil alih tampuk pemerintahan negeri bagi membetulkan keadaan serta membawa kemajuan sosioekonomi khusus untuk rakyat Kelantan yang terlalu jauh ketinggalan di belakang.Kesimpulannya,kerajaan Pas Kelantan langsung tidak memperdulikan rakyatnya walaupun parti itu telah menukarkan slogan mereka kepada 'Negara Berkebajikan'.Kalau stadium yang dijanjikan 17 TAHUN yang lalu baru hendak dibina,bagaimanakah nasibnya dengan janji-janji yang pernah ditaburkan ??? Jawapannya 'Manifesto Bukan Janji' Sekadar ingin bertanya,apakah jasa Pas untuk rakyat Kelantan ???

BO LA WEIII !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! NURUL NUHA !!! BAHAN 'KORBAN' UNTUK CUCI DOSA ANWAR IBRAHIM ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 01 Apr 2013 05:00 AM PDT



Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak Sendirian Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak Anwar,iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti.Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu,Dr. Muhammad Nur Manuty,yang juga Pengerusi PKR Perak telah ditolak oleh pengundi di situ.Pantas,Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut.Bapa Anwar,Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat sentimental atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka.Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih ??? 

Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri.Namun,khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya.Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih 'suci',yang mampu memulihkan imej bapa,ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat,pelakon dan peliwat.Nurul Izzah,diketahui sudah terlalu banyak menghiris hati orang Melayu dan orang Islam.Kecenderungannya ke arah fahaman liberal amat ketara dan tindakannya mengulas perihal agama dan membenarkan pula umat Islam menukar agama merupakan satu kesilapan yang tidak dapat diperbaiki lagi.Malah,keengganannya untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tetapi sebaliknya memilih untuk menipu dan memutar-belit kenyataan sendiri dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut telah menghancurkan terus imejnya di pihak yang bersetuju dengannya sebelum itu, dan juga di pihak yang menentangnya.Nurul Izzah juga telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya terhadap negara sendiri.Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di luar negara dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya bodoh dengan membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar mengenai rahsia-rahsia pertahanan negara. 

Baru-baru ini ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan ketika kita berbangga dengan wira-wira kita,Nurul Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang menunjukkan kepada dunia betapa beliau tidak berkongsi semangat dan sentimen yang sama dan tidak ada pengetahuan langsung mengenai pasukan keselamatan dan pertahanan negara.Wan Azizah pula,hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun sudah tidak boleh lagi.Jika perhiasan tentulah Anwar bangga memakainya tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja. Iaitu bagi menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik.Selebihnya,Azizah langsung tiada suara,melainkan air mata dan senyum paksa semata-mata. 

Maka, kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada imej keluarga yang sudah punah ranah ini. Sebagai orang baru,Nurul Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap.Tiada apa yang boleh dikorek atau diburukkan mengenai Nuha,maka sesiapa sahaja tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi kesukaran.Bermodalkan legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun membantu,tidak mustahil Nuha boleh menang.Satu-satunya 'setback' bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat jelas dalam parti PKR.Selain itu,oleh kerana belum mempunyai rekod,Nuha perlu meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja dan bukan hanya berpolitik seperti bapa,ibu atau kakaknya.Apapun,jika pengundi Permatang Pauh sebelum ini menolak UMNO kerana termakan tuduhan PR bahawa UMNO mengamalkan nepotisime dan kronisme,maka adalah wajib bagi mereka untuk menolak PKR jika Nurul Nuha menjadi calon dalam PRU kali ini.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! @NOHOMAR BANTAI ANWAR IBRAHIM,KHALID GAGAP DAN WAN AZIZAH KAW-KAW !!!

Posted: 01 Apr 2013 01:30 AM PDT


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,Datuk Seri Noh Omar menyifatkan negeri itu kini menjadi tumpuan 'parasit' politik yang telah ditolak penduduk negeri lain.Katanya,kedatangan mereka itu yang sebelum ini bertanding di luar Selangor juga memberi gambaran pakatan pembangkang tidak mempunyai anak tempatan berkaliber untuk diletak sebagai calon."Nampaknya suami kata nak bertanding di Selangor,ini isteri pula (nak bertanding) di DUN (dewan undangan negeri),jadi dua-dua lari dari Pulau Pinang datang ke Selangor.Kenapa tidak bawa sekali anak-anak bertanding di sini? Orang Selangor sudah tidak ada ke yang layak jadi wakil rakyat?" katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Noh merujuk kepada desas-desus Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR),Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya,yang juga Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu bertanding di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 ini. Mengulas lanjut,Noh berkata,perbuatan pemimpin pakatan pembangkang itu juga membayangkan mereka tidak menghargai pemimpin tempatan. "Biar orang Selangor jadi penonton sahajalah,kerja kuat-kuat dia bawa orang luar,ini lebih teruk daripada kroni," kata Noh sinis. 

Beliau juga berpandangan wujud masalah dalaman yang serius dalam PKR Selangor apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah mengiktiraf Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar di Selangor selepas ini. "Kumpulan (Timbalan Presiden PKR) Azmin (Ali) nak tolak dia (Khalid) jadi Menteri Besar,dia pun tidak mahu Azmin jadi Menteri Besar,jadi dia kata biarlah Wan Azizah jadi Menteri Besar. "Mereka belum pasti akan menang tetapi sudah ada adu domba antara mereka siapa nak jadi menteri besar... nampak sangat PKR Selangor berpecah," katanya. - Bernama

MANA ORANG SELANGOR NI ???

KATA DAH KUAT SANGAT DAN BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT ???

JANJI PUN TAK DITEPATI !!!

APA CERITA NI ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! 13 PERKARA YANG ANWAR IBRAHIM AKAN LAKUKAN PADA PRU 13 DIDEDAHKAN !!!

Posted: 31 Mar 2013 10:00 PM PDT


Anwar Ibrahim kita kenal sebagai seorang yang banyak sandiwara dan licik.Menjelang PRU13 ni macam-macam perkara telah direncanakan Anwar untuk meraih simpati dan undi rakyat Malaysia,perkara itu telah pun didedahkan Zul Noordin sebelum ini.Antara 13 perkara yang akan Anwar lakukan untuk meraih simpati adalah dengan cuba membuktikan dia tidak terlibat dalam seks songsang dengan Saiful Bukhari,dengan menggunakan kenyataan bapa Saiful sendiri dan perkara ini telah pun berlaku apabila bapa Saiful.dalam satu sidang media mengatakan dia meminta maaf kepada Anwar dan sekaligus menyertai PKR.Anwar juga dikatakan akan merancang kejadian di ditembak dalam kempen pilihan raya,tapi dipercayai peluru pada ketika itu tidak mengenai dirinya,sebaliknya isteri dan anaknya.sandiwara satu keluarga.Seorang pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.Anwar juga dikatakan akan bersumpah tipu : "Demi Allah,saya tak buat apa yang Umno tuduh"

sekaligus pembangkang kemudiannya akan mengangkat Anwar kerana berani bersumpah dia tidak meliwat Saiful.Jam Omega tiruan juga akan dikeluarkan Anwar di saat-saat akhir kempen sebelum hari mengundi.Kenapa saat akhir ??? Sebab pada masa itu,polis tidak akan sempat untuk menyiasat ketulenan jam tersebut.Anwar juga dikatakan akan memujuk ahli Parlimen dan ADUN PKR yang lompat parti untuk menyertai PKR dan memfitnah Datuk Seri Najib merasuah mereka dengan wang ringgit.Keluarga mereka ini dikatakan sedang ditekan dan ditawarkan bayaran lumayan.Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya.Seolah-olah Mak Tom memaafkannya dan menerimanya,Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. 

Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Datuk Seri Najib terlibat dalam kes tersebut.Pembangkang dikatakan sedang cuba memujuk para pegawai penyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.Tidak cukup dengan mainan dan sandiwara terhadap Umno dan Datuk Seri Najib,pembangkang juga akan serang isteri perdana menteri,Datin Seri Rosmah Mansor sebagai terlibat dengan skandal.Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah sedang dipujuk,digoda dan dijanjikan habuan wang ringgit untuk membuat akuan Datin Seri Rosmah terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat.Setiap ahli Pas juga akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti.Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi,aku ahli Pas,bersumpah dengan nama Allah,dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP,PKR dan PAS,jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS" Anwar juga akan tunjuk surat palsu Yusuf Al-Qaradawi yang kata Anwar patut jadi PM Malaysia.Kemudian Pakatan akan umum dan haramkan Umno dan BN.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUNTYA 

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH 18 SX !!! KERUNTUHAN AKHLAK KELANTAN DIDEDAHKAN !!! NIK AZIZ KATA KELANTAN SERAMBI MEKAH ???

Posted: 31 Mar 2013 07:00 PM PDT


itu dia !!! video penuh dah keluar.Nik Aziz mendakwa kelantan negeri yang moralnya terbaik,serambi mekah.Negeri-negeri di bawah BN gagal membangunkan modal insan biar pun berjaya membangunkan ekonomi.Video di bawah mendedahkan satu sisi gelap kerajaan Pas Kelantan yang mahu mereka sembunyikan.Video ini tidak mendakwa keadaan seperti ini tidak berlaku di negeri lain.Video ini sekadar untuk menyatakan Pas bukan sahaja gagal membangunkan ekonomi negeri setelah lebih 20 tahun memerintah tetapi juga gagal membangunkan modal insan dan akhlak rakyat seperti mana yang mereka dakwa.saksikan video di bawah.lain kali jangan cakap negeri lain,kelantan pun sama juga.yang penting tunaikan janji rakyat.



BO LA WEIII !!!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PEMILIHAN CEC !!! SATU LAGI PENIPUAN DAP DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 31 Mar 2013 04:00 PM PDT


DAP adalah parti yang tidak berkebolehan.Noktah. 

Tajuk dan kenyataan di atas adalah lengkap dan padat.Tetapi,dengan hanya menulis sedemikian,mungkin puak-puak DAP tidak akan dapat memahami maksudnya.Maksud yang perlu difahami di sini ialah,seseorang itu semestinya bersikap rasis tegar,tidak rasional dan tidak waras untuk menyokong sebuah parti yang tidak mampu mengira undi yang tidak sampai 2000 pun,dalam pemilihan jawatankuasa pusat mereka yang lalu dan sekiranya parti itu tidak mampu mengira walaupun sebanyak 2000,bagaimana kita boleh mengharapkan mereka mampu mengira sehingga berjuta atau berbilion ringgit ??? Jika mereka tidak tahu mengira,bagaimana kita boleh memberi mandat untuk mereka menerajui negeri, apatah lagi negara ??? 

Oleh kerana DAP tidak berkebolehan,maka kos untuk pembinaan terowong mega yang diumumkan pada jumlah RM4.08 billion pada tahun 2011,kini menunjukkan jumlah RM6.3 billion pula.Nampaknya, segala cakap-cakap besar Lim Guan Eng tentang amalan tender terbuka yang mampu menurunkan kos dari jumlah asal RM8 billion,adalah tidak bermakna sama sekali.Mengimbas pemilihan CEC,DAP memberi alasan bahawa komputer telah mengsabotaj mereka sehingga beberapa ratus dari undi telah hilang dan dalam mega projek ini,komputer dikatakan bermain silap mata pula dengan DAP sehingga menyebabkan pertambahan RM2.25 billion dari kos asal.Jika ini bukan masalah tidak cekap matematik,maka ia tentulah masalah tidak cekap komputer.Ini kerana DAP tidak seharusnya 'tersalah taip' kerana mereka sepatutnya tidak perlu pun menaip jumlah tersebut. 

Jumlah itu akan dikira secara automatik oleh komputer.Jika mereka enggan menunjukkan keseluruhan jalan pengiraan di dalam 'worksheet' komputer itu,maka 'manusia' hanya perlu memetik jumlah yang telah dikira secara automatik tersebut dan mengisikannya di dalam kertaskerja,kenyataan atau pembentangan yang perlu.Itu saja.Susah sangatkah untuk memetik dan menyalin semula jumlah tersebut ??? Jika benar ia merupakan masalah tersalah taip, maka mungkinkah nama-nama seperti 'Annie and Party', 'Pinny', 'Davy', 'Jimmy' dan 'Terry' yang muncul dalam kertaskerja mengenai projek tersebut yang telah didedahkan sebelum ini juga sebenarnya tersalah-taip ??? Selama ini DAP sering menuduh UMNO sebagai ketinggalan,Melayu lembab,bodoh dan malas tetapi akhirnya terbukti DAP lebih teruk lagi,malah bengap.Namun,sekurang-kurangnya kita tidak perlu mendengar alasan yang memualkan dari mereka iaitu segala kesilapan adalah berpunca dari UMNO.

Untuk rekod,Melayu UMNO yang dikatakan lembab,bodoh,malas dan rasis oleh DAP inilah yang menerajui negara tanpa melakukan kesilapan bodoh sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng itu.Mungkin Guan Eng tidak menyedari bahawa UMNO yang sama juga yang membawa Malaysia ke tahap hari ini di mana kaum Cina dan lain-lain,bebas merebut peluang sehingga menjadi taukeh besar.Guan Eng tidak pula merasa malu atas kesilapan ini,tetapi sebaliknya memanggil mereka yang menunjukkan kesilapannya sebagai tidak professional.Oleh itu,saya tertanya-tanya apakah DAP juga mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa.Semakin jelas bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang yang bijak.Beliau wajar mengambil kursus komputer,mengulang pelajaran matematik atau akaun, serta memantapkan penguasaan bahasa sebelum bertanding dalam pilihanraya kali ini. 

Guan Eng seharusnya tahu bahawa kesilapan membentangkan kos untuk sebuah projek mega yang mampu memberi kesan kepada pembayar cukai adalah tidak boleh diterima sama sekali.Perlu diingatkan bahawa Guan Eng bukannya mengurus sebuah kedai runcit kecil, tetapi sebuah negeri.Beliau bukan bercakap tentang belanjawan rumahtangga  duit poket anaknya atau wang dapur isterinya.Tetapi beliau bercakap tentang terowong mega yang kontroversi yang bernilai berbilion ringgit,kalaupun bukan berkenaan undi untuk memilih jawatankuasa yang akan membantunya menguruskan negeri.Ini hanyalah beberapa kesilapan yang dapat saya dedahkan.Apakah agaknya yang akan kita jumpa jika meneliti secara terperinci angka-angka dalam pentadbiran Pulau Pinang dan apalah agaknya yang 'tersalah taip' atau 'masalah komputer' yang kita akan temui jika melakukan yang sama terhadap keseluruhan pentadbiran DAP ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...