UMNO Online - “Pembangunan Modal Insan Holistik Bantu Lahir Tenaga Kerja Berpengetahuan – Muhyiddin” plus 9 more |
- Pembangunan Modal Insan Holistik Bantu Lahir Tenaga Kerja Berpengetahuan – Muhyiddin
- Build Affordable Homes And Create Job Opportunities Among BN Terengganu’s Manifesto
- Sanggupkah Makan “Sup Daging Campur” Kambing, Babi Dan Lidah Ular?
- DAP Ghairah Buat Ramalan “Syok Sendiri”
- Rakyat Lebih Kenal Pembangkang Dengan Pembohongan Dari Tunai Janji
- Pemuda BN Subang Bersiap Siaga Ke Medan Tempur PRU 13
- Video Seks, Nabi Muhammad & UMNO : Majlis Syura Pas Jangan Main Politik Tutup Mulut
- ‘Jual’ Wan Azizah Di Selangor Petunjuk Kemelut Dalaman PKR Makin Parah
- Penduduk Luar Bandar Diingatkan Jangan Terlibat Eksperimen Dakwat Kekal
- Dr M Calls On Johor Voters To End Kit Siang’s Political Career
Pembangunan Modal Insan Holistik Bantu Lahir Tenaga Kerja Berpengetahuan – Muhyiddin Posted: 01 Apr 2013 05:09 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 April – Pembangunan modal insan yang terancang dan holistik mampu melahirkan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata pembangunan modal insan yang seimbang juga akan membantu memastikan tenaga kerja negara kekal relevan dengan kehendak pasaran semasa dan membolehkan mereka bersaing di persada antarabangsa dalam gelanggang yang lebih luas. Justeru, katanya, kerajaan telah menyediakan pelbagai program termasuk program Biasiswa Nasional, bagi memupuk, membangun dan mengekalkan modal insan negara. “Pembangunan modal insan yang holistik akan membolehkan transformasi berlaku dalam konteks lebih luas, yang meliputi transformasi individu, keluarga, masyarakat dan negara. “Cara ini juga akan membantu dan melahirkan rakyat Malaysia berpersonaliti unggul yang seimbang dari segi intelek, rohani, kemahiran, ketrampilan, bersemangat patriotik, berdisiplin dan mengamalkan nilai-nilai murni,” katanya pada majlis penyampaian surat tawaran Biasiswa Nasional kepada 50 pelajar, di sini, Isnin. Mengenai program Biasiswa Nasional itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ia adalah satu program istimewa dan berprestij yang ditawarkan kerajaan untuk memberi peluang kepada pelajar cemerlang melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia berasaskan kepada merit akademik. “Adalah diharapkan penganugerahan seperti ini akan mendorong dan menggalakkan institusi pendidikan, guru, ibu bapa dan pelajar untuk terus memainkan peranan masing-masing bagi menentukan pembangunan sahsiah pelajar yang holistik,” katanya. Di bawah program ini, pelajar akan ditaja dari peringkat persediaan hingga peringkat ijazah pertama dalam pelbagai bidang pilihan mereka yang telah diiktiraf kerajaan di dalam dan luar negara. Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2010 dengan 30 pelajar cemerlang SPM 2009 menerima biasiswa tersebut. Mulai 2012 jumlah penerima ditambah menjadi 50 orang dengan mengambil kira peningkatan ketara pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun 2011. “Saya berharap dasar penajaan dan penganugerahan seperti ini akan meningkatkan modal insan masa depan yang berkemahiran tinggi dan bernilai tinggi serta berupaya menghadapi cabaran persekitaran yang sentiasa berubah,” katanya. Sementara itu, Muhyiddin berkata sehingga kini, sebanyak 244 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta terpilih dalam pelbagai industri seperti Petronas, Bank Negara, Maxis dan Khazanah Nasional telah menyertai inisiatif Scholarship Talent Attraction and Retention (Star) yang diperkenalkan kerajaan pada 2011 untuk memberi peluang kepada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkhidmat di luar institusi kerajaan. “Pelajar tajaan yang tidak ditawarkan untuk berkhidmat dengan kerajaan selepas menamatkan pengajian adalah layak untuk menyertai program ini yang akan diuruskan oleh TalentCorp,” katanya. |
Build Affordable Homes And Create Job Opportunities Among BN Terengganu’s Manifesto Posted: 01 Apr 2013 05:08 AM PDT KEMAMAN, April 1- Providing 10,000 units of affordable homes and employments, specifically in the industrial sector, are among the pledges made by Barisan Nasional (BN) Terengganu for the 13th general election (GE13). Terengganu Umno Liaison Committee chairman Datuk Seri Ahmad Said said, the pledges reflected the commitment of the BN government, in line with its capability to provide better facilities to the people. “The construction of 10,000 units of affordable homes is planned for construction within a five-year period, as soon as Terengganu BN receives a new mandate in the GE13. “Terengganu BN also wants to offer employments realistically in line with the entry of foreign investers,” he told reporters after a ceremony to hand over ownership title to settlers of Felda Kertih Lima, near here, yesterday. Currently, the state government had completed the construction of 8,000 units of affordable homes from 10,000 units planned nationwide at a cost of RM1 billion. Ahmad, who is also Terengganu Menteri Besar, said, he expected the balance of 2,000 units of houses would be completed fully by the end of the year, and all would be sold at a subsidised price. |
Sanggupkah Makan “Sup Daging Campur” Kambing, Babi Dan Lidah Ular? Posted: 01 Apr 2013 04:37 AM PDT Melakukan perubahan atau “change” bak kata Lim Kit Siang, mestilah bertujuan perubahan ke arah lebih baik dari keadaan sedia ada. Di Malaysia, kalau sekadar untuk mengubah parti yang memerintah, itu bukan perubahan kerana kepimpinan pembangkang yang ada hari ini adalah kumpulan yang sama yang telah sekian lama ditolak oleh majoriti rakyat negara ini. Perubahan sebegini bukanlah perubahan yang sehat. Ia hanyalah sekadar untuk mengubah-ngubah selera. Soal pembentukan kerajaan bukan seperti mengubah menu makanan. Bila sudah muak makan daging, makan ikan. Bila sudah muak makan sayur petola, tukar pula sayur pegaga. Kalau sekadar mahu menukar kerajaan disebabkan mahu menghukum kerajaan BN seperti yang diingatkan oleh Tun Daim, adakah selepas BN dihukum maka perubahan yang berlaku secara automatik akan menjadi lebih baik? Untuk menghukum BN, mesti ada sebab yang jelas. Sebab yang jelas itu mestilah yang berhubungkait secara langsung dengan kehidupan serta keperluan rakyat seperti faktor kestabilan politik, agama dan ekonomi, faktor keselamatan dan perkhidmatan kepada rakyat. Adakah BN gagal memenuhi semua tuntutan ini? Semua tuntutan dan amanah yang dipertanggungjawabkan ini, terbukti sangat berjaya di bawah pentadbiran BN. Program yang begitu transformatif di bawah “Dasar Najib” diakui oleh dunia akan keberkesanannya. Keyakinan pelabur luar meningkat. Perniagaan dalam negara berkembang. Petunjuk-petunjuk ekonomi menampakkan peningkatan ketara. Petunjuk kepada semua peningkatan ini boleh dilihat dari pungutan hasil cukai yang meningkat dan dijangka pada tahun taksiran 2012/2013, jumlah pungutan akan meningkat lebih RM5 billion kepada jumlah keseluruhan RM130 Billion. Golongan sasaran terutama yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dan golongan belia serta pelajar dibantu dan ditampung “keperluan hidupnya” secara langsung oleh kerajaan melalui BRIM, BLIM, KedaiR1M, Klinik Rakyat 1Malaysia, tuisyen fee, sumbangan tunai pelajar dan mahasiswa dll program. Tiada kerajaan dan negara di dunia ini yang menjalankan “mekanisma bantuan rakyat” sepertimana yang telah dilakukan oleh pentadbiran DS Najib.
Pembangkang mempergunakan “slogan rakyat” untuk memikat hati rakyat, manakala BN bertindak memenuhi segala aspirasi dan keperluan rakyat yang memerlukan. Pembangkang mempergunakan “janji-janji” hanya sekadar untuk menarik sentimen dan perhatian rakyat, tetapi BN tangkas memenuhi segala janji-janji melalui program “janji ditepati”. Pembangkang hanya “melalak” dihadapan rakyat, tetapi BN mengorak langkah dan sentiasa mengkaji apa lagi yang kurang dan harus dilakukan untuk rakyat. Pembangkang bermatlamat hanya sekadar mahu menyahkan BN dari Putrajaya dengan senjata “janji” di atas kertas, tetapi BN mahu mengekalkan kuasa kerana BN mahu meneruskan dan memperbaiki lagi agenda kejayaan yang telah dijanjikan dan dipenuhi untuk rakyat dan negara. Letakkan muka Lim Kit Siang, Anwar dan Hadi berserta dengan senarai janji-janji di sebelah, dan letakkan muka DS Najib dan TS Muhyiddin berserta dengan segala rekod pencapaian BN sepanjang 4 tahun melakukan transormasi. Buatlah perbandingan secara realistik dan berpijaklah di bumi nyata. Perubahan apa sebenarnya yang dimahukan oleh oleh pembangkang untuk rakyat?
Adakah pembangkang mahu mengubah dari keadaan kestabilan ekonomi kepada ketidaktentuan ekonomi? Adakah pembangkang mahu mengubah dari “matlamat untuk berkuasa” bagi memastikan kestabilan dan keharmonian rakyat dan negara kepada “matlamat untuk menyahkan BN dari Putrajaya” di atas faktor marah dan keagungan kuasa semata-mata? Adakah pembangkang mahu mengubah “amalan perkongsian kuasa” yang adil dan saksama secara muafakat melalui dasar BN yang telah terbukti berjaya kepada amalan perkongsian kerajaan secara “perkahwinan cina buta” yang penuh dengan niat dan agenda tersendiri di antara komponen pakatan? Bagaimana PAS mahu mentadbir negara yang cenderung kepada Islam dengan rakan DAP yang akan berjuang “over my dead body” jika OAS cuba untuk cenderung ke arah Islam. Bagaimana PAS mahu berjuang mempertahankan kesucian Islam dengan rakan yang mahu kebebasan mutlak, yang mahu kalimah Allah dikongsi bersama dan yang mahu LGBT dibenarkan asalkan ianya dilakukan secara sembunyi-sembunyi? Bersediakah rakyat memberi peluang kepada pakatan yang jelas berbeza kecenderungan dan prinsip perjuangan mereka di antara satu sama lain hanya semata-mata kerana mahu menghukum BN? Siapa yang akan dihukum dan terhukum akhirnya nanti, bila DAP memperjuangkan agenda kesamarataan dan chauvinismanya, PKR menekankan prinsip kebebasan mutlak, manakala PAS menekankan soal Islam? Siapakah yang sanggup makan “sup daging campur” yang terdiri dari campuran daging kambing, babi dan lidah ular? Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com) |
DAP Ghairah Buat Ramalan “Syok Sendiri” Posted: 01 Apr 2013 04:27 AM PDT Penasihat DAP, Lim Kit Siang buat kali keduanya dalam seminggu dua ini menggariskan potensi kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang. Dalam kenyataan pertamanya Kit Siang telah menamakan 7 negeri yang akan dikuasai Pakatan Rakyat termasuk tambahan 2 negeri baru iaitu Melaka dan Perlis. Dalam kenyataannya kelmarin beliau telah memperinci dan menamakan 33 kawasan Parlimen yang dijangka boleh dimenangi menjadikan jumlah yang boleh digondol oleh Pakatan Rakyat sebanyak 115. Satu angka yang boleh memberikan majoriti mudah kepada Pakatan. Manakala Pengerusi DAP, Karpal Singh pula dengan nada yang hampir sama amat yakin Pakatan Rakyat akan menang dengan majoriti mudah dan Berjaya menguasai 7 negeri dalam PRU ke 13 nanti. Saya tidak berhajat untuk menyanggah apa yang dilontarkan oleh Kit Siang dan Karpal Singh itu. Sebab saya faham ketika-ketika seperti ini adalah merupakan masa yang paling sesuai untuk melakukan serangan psikologi kepada parti lawan. Dengan memberikan gambaran sedemikian Kit Siang dan Karpal mengharapkan jentera Pakatan menjadi bertambah garang untuk melakukan kerja-kerja pilihanraya. Sementara dipihak lawan pula Kit Siang dan Karpal mengharapkan telahan mereka itu boleh mengakibatkan demoralisasi d ikalangan tenaga kerja Barisan Nasional dalam menghadapi PRU ke 13 ini. Sejak saya dipecat pada bulan Januari 2012 yang lalu, Alhamdulillah dengan tenaga yang ada dan kesihatan yang mengizinkan saya telah diberi kesempatan menjelajah hampir setiap hari dan saban malam ke seluruh pelusuk dan rantau dari Perlis sampai ke Johor Bharu termasuk Sabah. Saya telah menemui masyarakat akar umbi daripada berbagai latarbelakang, peringkat umur dan jantina. Dengan bantuan sahabat-sahabat saya juga diberi ruang bertemu pemimpin politik, pegawai tadbir, dan kakitangan di sektor awam dan swasta. Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas yang saya terima, saya dapati semakin hari semakin jelas wujudnya perkara-perkara berikut : a. Fenomena tsunami politik 2008 kelihatan tidak wujud lagi. Ini dapat digambarkan melalui maklumbalas yang diperolehi daripada pelbagai lapisan masyarakat mengenai imej Pakatan Pembangkang disetengah-setengah tempat termasuk kubu kuat mereka menerima sambutan begitu mendukacitakan terhadap program-program yang mereka adakan. Ini termasuk sokongan terhadap Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sendiri. b. Terlalu banyak isu-isu besar yang menjadikan masyarakat umum dan pengundi khasnya tidak dapat menerima penjelasan dan justifikasi yang cuba dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Isu Kalimah Allah sebagai contoh benar-benar telah memerangkap Pakatan Rakyat hingga mereka tidak mempunyai jawapan yang munasabah untuk meredakan kemarahan dan bantahan umat Islam dalam hal yang menyentuh persoalan aqidah ini. c. NGO-NGO buat pertama kalinya dilihat bergerak secara begitu terselaras. Mereka bergerak dengan cara saling memperkuat dan memperkukuh terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu besar yang melibatkan masyarakat Melayu Islam. Isu LGBT, Pluralisme Agama dan Islam Liberal yang dibawa oleh NGO-NGO khasnya telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada pemikiran rakyat. Sebahagian besar para pengundi Melayu Islam khususnya merasa takut dan bimbang sekiranya keputusan PRU ke 13 memihak kepada Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku, kebimbangan mereka akan menjadi satu realiti. d. Peranan agamawan-agamawan tradisional dan berinstitusi kelihatan begitu menonjol sejak 2008. Para ulama dilihat begitu bersemangat mengemukakan pendapat dan pandangan keagamaan dengan meletakkan isu-isu agama di dalam perspektif yang betul tanpa dipengaruhi oleh pandangan politik. e. Kesan kerja keras dan pembaharuan yang di bawa oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri didapati telah meninggalkan kesan yang sukar dinafikan. Sambutan kehadiran berasingan PM dan TPM di negeri Kelantan yang telah diperintah oleh PAS sejak 23 tahun yang lalu misalnya juga boleh diambil kira sebagai satu lonjakan sokongan kepada BN. Penduduk Kelantan sendiri terpaksa mengakui bahawa rakyat Kelantan perlu berubah angin agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. f. Isu moral yang bertali arus melibatkan beberapa pimpinan PKR khasnya telah merelai dan menghilangkan sama sekali keyakinan rakyat terhadap pimpinan PKR yang menjadi parti komponen Pakatan Rakyat. g. Isu terkini melibatkan keselamatan negara yang berlaku di Lahad Datu, Sabah dikatakan telah benar-benar menjadikan pimpinan Pakatan Rakyat saling menuding jari di antara mereka. Peranan beberapa pimpinan tertinggi PKR dan keceluparan Ahli Parlimen Batu telah menjadi faktor utama mengapa peristiwa Lahad Datu dianggap sebagai faktor yang dijangka akan mendorong para pengundi memberi kemenangan kepada BN. Pandangan Kit Siang dan Karpal Singh jika diselarikan dengan beberapa obseravasi di atas, saya sukar menerima unjuran politik yang dibuat oleh kedua-dua pimpinan tertinggi DAP itu. Bagi saya telahan yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin veteran ini tidak seharusnya diberi perhatian yang serius. Dan bagi saya juga pandangan sedemikian lebih mirip kepada "syok sendiri" dengan dibuai dan dikipas oleh penyokong-penyokong fanatik DAP khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Saya juga berpendapat cetusan pendapat yang bertimpa-timpa oleh pimpinan tertinggi DAP ini tidak lebih daripada usaha terakhir untuk menutup percanggahan dan pertelagahan antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat. Rakyat mengetahui penentuan kawasan yang akan ditandingi oleh komponen parti Pakatan sehingga ini belum dapat dimuktamadkan dan dikatakan perbincangan mengenai alokasi kerusi sering berlaku dalam suasana tegang. Laporan yang mengatakan pengerusi PKR Johor hilang (missing in action) mencerita dan mungkin dapat mengesahkan segala-galanya. DATO DR HASAN MOHAMED ALI anwaraidc.com |
Rakyat Lebih Kenal Pembangkang Dengan Pembohongan Dari Tunai Janji Posted: 01 Apr 2013 03:34 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ir. Idris Haron percaya rakyat lebih kenal pembangkang dari sudut pembohongan berbanding kejayaan mereka menunaikan janji terutama yang ditaburkan pada pilihanraya umum lalu. Ini kerana tegas beliau pakatan pembangkang lebih gemar berpolemik dari bekerja untuk rakyat apatah lagi untuk memikirkan berkaitan manifesto mereka yang masih banyak tidak tertunai. Ujarnya, sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, pakatan pembangkang lebih bertumpu kepada pelbagai pembohongan yang sememangnya atas tujuan untuk mengelirukan rakyat. "Pembohongan demi pembohongan, bermula dengan tukar kerajaan pada tarikh 16 September 2008, Himpunan Bersih 1, 2 dan 3, fitnah ke atas Scorpene, Lynas, kalimah Allah dalam bible dan bible versi Melayu sehinggalah kepada serangan pengganas Sulu yang kesemuanya adalah sebagai bukti bahawa pembangkang terdesak," katanya kepada UMNO-Online. Ujar beliau, sepanjang sepenggal pentadbiran pakatan pembangkang, kepimpinan mereka lebih cenderung kepada taktik desperado yang berpegang kepada matlamat menghalalkan cara daripada menumpukan ke arah untuk menunaikan janj-janji dalam menifestonya. "Mereka akan mencetus huru-hara dan menakutkan rakyat termasuklah menggunakan nama ulama antarabangsa dan nama-nama insan tersohor untuk membela mereka. "Mereka terpaksa berbohong kerana realitinya fakta pencapaian mereka di negeri-negeri yang ditadbir mereka berada di bawah paras minima bagi terus mengaburi rakyat dan memastikan sokongan masyarakat tidak beralih kepada Barisan Nasional (BN)." Dalam manifestonya untuk PRU ke-13 yang bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat', pakatan pembangkang mengakui bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang amanah dengan tunjang pentadbiran berteraskan prinsip moral dan nilai sejagat selain mutu dan taraf hidup rakyat terbanyak akan dipertingkat. "Janji-janji yang lalu banyak yang tidak dilaksana dan mereka terpaksa menipu dengan mengubah fakta dan angka menyebelahi mereka bagi mengaburi fikiran pengundi. "Mereka kata semua PBT di bawah tadbir mereka mengalami lebihan (surplus) tidak defisit, namun hakikatnya akaun lebihan itu adalah kerana ketidakcekapan mentadbir urus yang membawa akibat kawasan PBT kotor, busuk, rumput panjang, lampu awam tidak berfungsi, jenayah tinggi dan penyakit mudah merebak serta masyarakat tidak sihat dan daerah tidak produktif." Tegasnya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, dengan apa yang berlaku sepanjang lima tahun ini telah terbukti bahawa pakatan pembangkang lebih gemar berpolemik dari berkerja untuk rakyat. "Janji mereka hanya manis di bibir dan gagal dilaksana kerana tiada asas dan hanya bertujuan mengejar populariti." – MediaUMNO |
Pemuda BN Subang Bersiap Siaga Ke Medan Tempur PRU 13 Posted: 01 Apr 2013 03:24 AM PDT SUBANG, 1 April – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Subang, Datuk Harrison Hassan berkata bahawa Pemuda BN Subang kini bersedia pada bila-bila masa untuk ke medan tempur sekiranya pembubaran Parlimen dibuat dalam yang terdekat, dalam usaha untuk memastikan kemenangan BN di Selangor, khususnya di Parlimen Subang. Menurut beliau, persiapan jentera gerak kerja pilihanraya telah dipersiapsediakan dan hanya menunggu pucuk pimpinan tertinggi meniupkan semboyan sahaja. "Kita pemuda BN di Subang telah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan sekiranya parlimen diumumkan bubar dalam masa yang terdekat. Kita telah pun menyusun gerak kerja sejak dari awal lagi dan insyallah, pada kali ini BN akan dapat menawan semula Selangor, khusus Parlimen Subang. "Saya menaruh keyakinan yang tinggi apabila melihatkan komitmen ahli-ahli BN yang mempamerkan semangat juang yang tinggi serta respon dari rakyat di sekitar Subang yang sebahagian besarnya sudah menyatakan sokongan mereka terhadap BN," ujarnya kepada UMNO Online di sini . Menurutnya lagi, Pemuda BN Subang juga telah mengatur pelbagai program khususnya yang melibatkan rakyat bagi merapatkan hubungan kepimpinan BN di peringkat akar umbi secara berterusan. "Alhamdulillah setakat ini respon yang kami perolehi terutama dari pengundi di kawasan ini amat baik sekali. Dalam program-program tersebut, kami juga mengambil peluang menerangkan dasar-dasar kerajaan serta memberi penjelasan kepada rakyat bagi menangkis segala fitnah dan tohmahan pembangkang terhadap kerajaan BN dan UMNO,"ujarnya. Semalam, beliau bersama-sama di dalam majlis pelancaran jentera bermotor BN yang melibatkan lebih 2000 jentera bermotorsikal, di mana lebih 1800 jentera bermotorsikal itu terdiri dari ahli dan kepimpinan UMNO peringkat cawangan dan selebihnya adalah dari parti komponen. Perlancaran jentera bermotor Pemuda BN Parlimen Subang yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato Bushro Mat Johor, Ketua Wanita UMNO Bahagian Subang, Puan Halimaton Saadiah, Ketua Bahagian MCA Subang, Ketua Bahagian Gerakan Subang, Ketua Bahagian MIC Subang dan ketua-ketua sayap parti komponen. -MediaUMNO |
Video Seks, Nabi Muhammad & UMNO : Majlis Syura Pas Jangan Main Politik Tutup Mulut Posted: 01 Apr 2013 02:41 AM PDT KUALA LUMPUR 1 April – Bekas AJK Dewan Ulama Pas, Prof Madya Mohd Noor Deris hari ini melahirkan kekecewaan serta kekesalan berhubung seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat kerana membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitter baru-baru ini. Menurut beliau apa jua alasan dan apa jua penjelasan, perkara tersebut tidak seharusnya dikeluarkan dan pucuk pimpinan Pas khususnya Majlis Syura parti itu perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin berkenaan. "Paling kurang pun Majlis Syura perlu buat ketetapan sama ada perkara itu boleh atau tidak boleh…Penjelasan daripada Majlis Syura perlu supaya perkara ini tidak berlarutan dan terus berpanjangan. "Mereka yang keluarkan kenyataan tersebut bukan calang-calang pemimpin dan bukannya ahli biasa parti. Jadi penjelasan daripada Majlis Syura atau Dewan Ulama Pas kita amat alu-alukan serta nanti-nantikan," katanya kepada UMNO-Online di sini. Beliau mengulas tindakan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi akaun Twitter@fahmipkg yang menyebut: “Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ini, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan…jahanam UMNO.” Kenyataan di laman Twitter itu dikeluarkan Khairul Fahmi pukul 11.58 pagi Rabu lalu. Prof Mohd Noor seterusnya menambah perkara tersebut sudah jelas dan semua pihak boleh membaca kenyataan berkenaan yang hari ini telah menjadi bualan umum. "Jadi sekali lagi kita ingin tahu pandangan Majlis Syura serta Dewan Ulama dalam soal ini. Jangan hanya mengambil sikap berdiam diri gara-gara menjelangnya pilihan raya umum. "Kalau dipetisejukkan pun mungkin juga…namun kita serahkan kepada mereka yang berkenaan dalam soal ini kerana mungkin mereka lagi memahami," katanya. -MediaUMNO |
‘Jual’ Wan Azizah Di Selangor Petunjuk Kemelut Dalaman PKR Makin Parah Posted: 01 Apr 2013 02:26 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 April – Pemuda UMNO menyambut baik kesediaan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menawarkan diri bertanding di mana-mana kerusi DUN di negeri Selangor namun menyifatkan tindakan itu sebagai bukti kemelut kepimpinan parti itu di Selangor sememangnya semakin parah. Selain kemelut kepimpinan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang, Anuar Basiran menyifatkan kesediaan atau penawaran diri Wan Azizah itu memperlihatkan betapa pembangkang khususnya PKR sudah ketandusan pemimpin berwibawa dan sudah tidak lagi mempercayai calon-calon dari rakyat tempatan atau anak negeri Selangor sendiri. "Kerajaan Pakatan yang kita boleh namakan sebagai kerajaan Pakatan Anwar kini amat terdesak sehingga terpaksa mengutamakan kepentingan kronisme dan nepotisme dalam gerakan mereka, selain membuktikan wujud perpecahan dalam PKR negeri Selangor sendiri antara kumpulan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kumpulan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali. “Kesediaan Wan Azizah juga dilihat hanyalah jalan penyelamat untuk meredakan ketegangan kumpulan Khalid-Azmin, akhirnya presiden parti terpaksa diletakkan di sini," ujarnya mengulas tindakan dan ura-ura bahawa Wan Azizah akan bertanding di salah satu kerusi DUN Selangor seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang terus menguasai Selangor pada PRU13 ini. Tambahnya, tindakan meletakkan Wan Azizah ini juga merupakan daya penarik dan sebagai umpan menarik simpati kaum wanita di Selangor, khususnya dalam memenangi semula hati kaum wanita ini yang terguris kerana ditipu melalui manifesto pakatan pembangkang 2008 yang menjanjikan 'bulan dan bintang' jika mereka diberikan kuasa, namun selepas menang, `manifesto yang indah' ini hanyalah sebuah manifesto bukan janji. "Namun saya yakin, ini merupakan satu tindakan terdesak dari PKR untuk menyelamatkan perpecahan di kalangan pemimpin mereka di Selangor kerana mereka yakin, BN akan merampas semula pentadbiran negeri Selangor jika perpecahan di antara mereka tidak dapat direda atau diselesaikan sebelum PRU ke-13 ini," ujarnya yang juga Presiden Pertubuhan Justice 4 U. Dalam masa yang sama, Presiden Suara Anak Muda 1 Malaysia (SAM1M), Armand Adha Abu Hanafiah pula mempertikai pendirian pemimpn pakatan pembangkang yang lain, adakah mereka sudah ketandusan pemimpin anak jati Selangor yang boleh menjadi Ketua Pentadbir negeri Selangor? "Inilah Pakatan 'Raja Nepotisme' di mana Anwar Ibrahim mahu anak-beranaknya memegang kuasa serentak, sekaligus membuktikan kerakusan beliau pada kuasa. “Jika sebelum ini mereka menuduh BN mengamalkan nepotisme sebelum mereka berkuasa 2008 yang lalu. Kenapa 2013, mereka double standard, mereka kini tidak lagi melaungkan anti nepotisme dalam ceramah dan ucapan-ucapan mereka, ini kerana mereka diibaratkan seperti 'meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri," ujarnya yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO PJ Utara. Tambahnya, keinginan Wan Azizah untuk bertanding di Selangor, terutama di kerusi selamat, sebenarnya dilihat sebagai 'back-up' utama sekiranya Anwar Ibrahim kalah dalam pertarungan pada PRU13. “Wan Azizah akan mengulangi semula perbuatannya iaitu meninggalkan Kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk ditandingi oleh suaminya pada 2008 yang kemudian menang dengan majoriti besar”, ujarnya. -MediaUMNO |
Penduduk Luar Bandar Diingatkan Jangan Terlibat Eksperimen Dakwat Kekal Posted: 01 Apr 2013 01:54 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 April - Rakyat, khususnya di kawasan luar Bandar diminta berwaspada dan menolak sekiranya ada pihak mendakwa ingin mengajar bagaimana menggunakan dakwat kekal menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika memberikan ingatan itu berkata langkah eksperimen atau percubaan dakwat kekal bukan aktiviti sahih yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau dibenarkan di sisi undang-undang pilihan raya. Katanya sekiranya dakwat yang digunakan dalam eksperimen itu adalah sama dengan dakwat kekal yang akan digunakan SPR dan telah dicalitkan atau diletakkan pada mana-mana jari seseorang itu, maka individu berkenaan tidak lagi akan dibenarkan mengundi pada PRU-13. “Justeru, kita menggunakan peluang keemasan ini (memberikan ingatan), jangan gadaikan, jangan biarkan mana-mana pihak untuk menggunakan peluang itu bagi kepentingan politik mereka,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian berikutan dakwaan ada percubaan pihak tertentu mengambil kesempatan menjelang pilihan raya untuk mengadakan eksperimen menggunakan sejenis dakwat yang dikatakan kononnya sama seperti dakwat yang dikeluarkan SPR semasa pilihan raya nanti. Pihak terbabit mendakwa mereka hendak mengajar pihak tertentu di kampung-kampung, mukim-mukim, dan daerah-daerah kononnya dakwat seperti yang dicontohkan itulah yang akan digunakan semasa pilihan raya atau mengundi. SPR sebelum ini memutuskan menggunakan dakwat kekal pada PRU-13 di mana semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak diberi kertas mengundi. |
Dr M Calls On Johor Voters To End Kit Siang’s Political Career Posted: 01 Apr 2013 01:37 AM PDT JOHOR BAHARU, April 1 – Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has called on the various communities in Johor to ensure that the 13th general election (GE13) will end DAP advisor Lim Kit Siang’s political career. He also called on the people of Malaysia to end the political career of Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim and PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat through the ballot box in the GE13 to be held soon. “Lim Kit Siang wants to come here (to contest). I call on the people of Johor, all communities should pool their energy to ensure that the state of Johor will be the ‘burial ground’ for Lim Kit Siang’s politics. “We must ensure that he (Kit Siang) loses in Johor. The state of Johor will continue to become the ‘fixed deposit’ for BN (Barisan Nasional),” he said at the programme ‘Bicara Minda’ organised by the Pulai Parliamentary Constituency’s Service Centre which was attended by about 5,000 people last night. The DAP advisor recently decided to contest the Gelang Patah Parliamentary seat in Johor in an effort by the opposition pact (PR) to penetrate the state, a BN stronghold. Dr Mahathir said Kit Siang wanted the people to ‘Change” and “Transform” the present government led by the BN, but in actual fact, it was the DAP veteran leader that should be changed. He said Kit Siang had been in politics for too long, beginning in 1964 when he was the political secretary to DAP founder, Devan Nair, who was a former president of Singapore. “We have changed six prime ministers since the Independence in 1957, but he had never changed. Give his children or grandchildren a chance,” he said. Dr Mahathir said Anwar too should be rejected because the PKR leader was only interested in becoming prime minister and he was prepared to do anything to achieve his goal. When Malaysia was facing the financial crisis in 1997, he said Anwar merely listened to the managing director of the International Monetary Fund (IMF), Michel Camdessus, and World Bank president James Wolfensohn to the extent that the country’s economy was “destabilised”. “I felt that he (Anwar) wanted to destroy the country (then), that’s why I took over and we took our own measure (to revive the national economy) using our own mould,” said Dr Mahathir. The former prime minister said he also felt the PKR advisor knew that he would lose in GE13, as such, he was preparing to create a commotion and chaos. As for Nik Abdul Aziz, Dr Mahathir said the PAS spiritual leader should be retiring from politics. Dr Mahathir advised PAS to focus its attention to Kelantan instead of taking the trouble to penetrate Johor because the party had no influence in the state. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment