UMNO Online - “Bajet 2013 : Pembangkang Berdukacita, Rakyat Gembira – Ahmad Maslan” plus 9 more

UMNO Online - “Bajet 2013 : Pembangkang Berdukacita, Rakyat Gembira – Ahmad Maslan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Bajet 2013 : Pembangkang Berdukacita, Rakyat Gembira – Ahmad Maslan

Posted: 02 Oct 2012 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Pengerusi Biro Penerangan dan Publisiti Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan meyifatkan Belanjawan 2013 sebagai belanjawan yang menepati pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di negara ini.

Menurut beliau pembangkang hari ini tentunya berdukacita dengan bajet tersebut yang rata-rata disambut gembira oleh rakyat yang melihat keperihatinan kerajaan terhadap mereka.

"Tentunya yang berduka adalah pembangkang dan yang gembira adalah rakyat, malah tema belanjawan ‘Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati’ amat sesuai dan tentunya bajet ini diterima oleh rakyat.

"Secara keseluruhannya bajet tersebut yang merangkmui 111 'touch point' diagihkan secara adil dan saksama kepada semua lapisan peringkat dan sekaligus akan turut menjana pertumbuhan ekonomi setempat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama Ketua Penerangan parti-parti komponen, di sini, hari ini.

Sambil menyifatkan bajet serambang dua mata, Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO seterusnya menambah berbanding belanjawan pembangkang yang merupakan janji fatamorgana, bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib lehih realistik.

"Mereka ini hanyalah janji fatamorgana….Mereka bukannya memerintah pun dan angka yang mereka gunakan pula meragukan, mungkin angkanya itu sedap bunyinya berbanding dengan apa yang dibentangkangkan oleh Datuk Seri Najib, RM251.6 bilion cukup jelas," katanya.

Mengulas lebih lanjut tentang belanjawan 2013, Ahamd seterusnya memberitahu pemberian tunai menerusi bajet itu bukan hanya membantu rakyat malah akan turut menjana ekonomi setempat.

Dengan memberikan contoh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), wang yang diterima itu sudah tentunya akan dibelanjakan untuk kegunaan penduduk setempat.

"Dan bukankah para peniaga setempat akan turut menerima tempiasnya. Begitu juga satu lagi contoh skim baucer buku para pelajar, tentunya peniaga buku akan menadpat faedahnya. Gabungan ini tentunya akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi setempat.

"Maknanya di sini, semua lapisan akan turut merasai nikmat bajet tersebut. Dan jika kita perhalusi secara mendalam pula, semua rakyat akan terima seperti BRIM, Baucer buku, RM100 untuk anak sekolah dan macam-macam lagi," katanya.

Berhubung pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen, Ahmad menjelaskan sungguh pun subsidi itu dikurangkan, namun kerajaan masih lagi meneruskan pemberian subsidi gula selain pemberian subsidi lain seperti minyak Ron 95, minyak masak, gas memasak, gandum dan macam-macam lagi.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu pihaknya akan membantu kerajaan memberikan pemahaman dan penerangan kepada rakyat bajet 2013 menerusi ceramah dan pelbagai kaedah lain dalam usaha memastikan apa yang ingin dilaksanakan menerusi bajet tersebeut difahami rakyat. – MediaUMNO

Fasa Kedua NKRA: Tumpu Persepsi Keselamatan – Hishammuddin

Posted: 02 Oct 2012 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Fasa Kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah pada tahun depan akan memberi tumpuan kepada persepsi orang ramai terhadap keselamatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, berbanding fasa pertama yang lebih menumpukan kepada statistik, indeks dan sasaran jenayah tertentu, fasa kedua akan menekankan tentang suasana persekitaran dan persepsi masyarakat terhadap keselamatan di sekeliling mereka.

“Isunya sekarang bukan lagi dari segi indeks jenayah jalanan. Tapi ia lebih kepada persepsi, perasaan dan realiti. Ia berubah mengikut tuntutan semasa. Kita harap dengan perubahan ini, rasa bimbang tentang keselamatan orang ramai dapat dikurangkan.

“Ini semua akan kita bincang dan umumkan dalam fasa kedua NKRA jenayah tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas menutup mesyuarat khas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan timbalannya Tan Sri Khalid Abu Bakar, pesuruhjaya polis, ketua-ketua polis negeri dan komander di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dekat sini hari ini.

Hishammuddin berkata pelaksanaan fasa kedua NKRA Program Transformasi Kerajaan (GTP) mengurangkan jenayah itu sejajar dengan peruntukan yang diberikan kerajaan dalam Belanjawan 2013 Jumaat lepas.

“Kita akan gunakan sebaik-baiknya peruntukan yang ada termasuk mengerahkan anggota-anggota kita melakukan lebih banyak ‘omnipresence’ bagi memberi gambaran kepada masyarakat bahawa PDRM komited memerangi jenayah,” katanya.

Semasa membentangkan Belanjawan 2012 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan 1,000 buah motosikal dengan peruntukan RM20 juta bagi kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal yang akan ditubuhkan untuk memantau kawasan perumahan.

Selain itu, sejumlah RM70 juta diperuntukkan untuk menambah bilangan anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) dan 10,000 orang bagi membantu polis membanteras jenayah.

Peruntukan kepada PDRM itu juga meliputi penambahan 496 unit sistem kamera litar tertutup (CCTV) di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara.

Sementara itu, Ismail berkata cabaran utama PDRM ketika ini, terutama dalam memasuki fasa kedua NKRA, adalah meningkatkan persepsi masyarakat terhadap usaha yang dilakukan PDRM membendung jenayah di persekitaran mereka.

“Kita harap dengan 1,000 buah motosikal untuk tujuan rondaan di kawasan perumahan akan dapat dimanfaatkan terutamanya dalam membuat rondaan di kawasan-kawasan panas, yang selalu menjadi rungutan orang ramai, khususnya di Lembah Klang.

“Kita akan mengarahkan anggota-anggota kita membuat rondaan secara berpasangan bagi membendung jenayah sekaligus meningkatkan persepsi positif di kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata Pengarah Logistik PDRM juga diarah berjumpa dengan pihak KDN dalam masa terdekat agar dapat mempercepat proses perolehan unit rondaan bermotosikal tersebut.

3,000 Cows Imported From Thailand For Aidil Adha

Posted: 02 Oct 2012 02:57 AM PDT

PADANG BESAR, Oct 2 – Perlis Agriculture, Agro-based Industry and Cooperative Development Committee chairman, Sabry Ahmad, announced that 3,000 cows have been imported from Thailand through Padang Besar near here for the upcoming Hari Raya Aidil Adha.

He said 1,200 cows would be reserved for Perlis and the rest supplied to Kedah, Penang, Perak, Selangor and Johor.

Speaking to reporters after attending a briefing by Department of Malaysian Quarantine Inspection Services, director, Khairi Arif here, he said the cows were already at the centre and would be distributed after the required 10-day quarantine.

Perlu Ada Akta Kawal Kemasukan Dana Asing Untuk NGO

Posted: 02 Oct 2012 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Kerajaan perlu menggubal satu undang-undang bagi mengawal kemasukan dana asing melalui badan bukan kerajaan (NGO), cadang seorang anggota Parlimen Bebas pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Datuk Ibrahim Ali yang memberi contoh Foreign Agents Registration Act yang diguna pakai Amerika Syarikat, berkata dengan adanya akta sedemikian, NGO wajib merekod dan mengisytiharkan dana yang diterima mereka, baik dari dalam atau luar negara kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ini berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan campur tangan asing dalam bentuk demikian semakin berleluasa di beberapa negara termasuk Malaysia, kata Anggota Parlimen Pasir Mas itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013.

“Ini penting. Jangan kita tunggu, sediakan payung sebelum hujan. Jangan terlambat bertindak sekarang, jangan takut-takut. Ini untuk keselamatan negara bukan untuk menyekat demokrasi,” katanya.

Beliau menegaskan Malaysia perlu melihat kepada kebangkitan ‘Arab Springs’ di Timur Tengah yang dikatakan berpunca dari luar melibatkan NGO.

Ibrahim turut menyarankan kerajaan menyediakan dana mencukupi kepada NGO berdasarkan keanggotaan mereka bagi mengelakkan perkara seperti itu berlaku di negara ini.

Sementara itu, menyentuh perkara berbeza, beliau meminta Kementerian Pelajaran menyiasat buku teks tingkatan tiga bertajuk ‘Harga Sebuah Lukisan’ yang didakwa memetik ayat al-Quran yang didapati tidak terkandung dalam al-Quran.

Katanya perkara itu perlu diberi perhatian kerana boleh mengelirukan pelajar khususnya mereka yang beragama Islam.

Kerajaan Setuju Satu Badan Kutip Royalti Industri Seni

Posted: 02 Oct 2012 02:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Kerajaan bersetuju untuk memberi kuasa kepada satu sahaja badan pengutip royalti penggiat seni berbanding tiga badan sekarang bagi memastikan pengagihannya dilakukan dengan lebih telus dan teratur.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata persetujuan itu dicapai dalam dialog tahunan bersama pihak industri seni dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 27 Sept lepas agar tiada lagi timbul aduan membabitkan soal royalti.

Beliau bagaimanapun tidak memberitahu bila langkah tersebut akan dilaksanakan.

Kutipan royalti dari tiga badan pengutip adalah sebanyak RM85.4 juta untuk tahun lalu, RM70 juta (2010), RM65.79 juta (2009), RM57.44 juta (2008), RM48.5 juta (2007), RM41.77 juta (2006), RM39.78 (2005) dan RM34.81 (2004), katanya ketika menjawab soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) mengenai kaedah kutipan dan jumlah royalti artis, di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya kerajaan tidak tahu jumlah yang telah diagihkan kepada penggiat seni kerana tiada badan induk yang khusus sebelum ini bagi menjaga kepentingan industri.

Sementara itu, beliau berkata mulai 1 Jun lepas, kerajaan telah mewajibkan badan pelesenan yang ingin membuat kutipan royalti untuk mendapatkan perisytiharan di MyIPO di bawah kawalan dan seliaan Pengawal Hak Cipta.

Katanya, semua badan pelesenan yang diisytiharkan oleh Pengawal Hak Cipta perlu menyatakan secara jelas kaedah dan pengagihan kutipan yang dibuat serta kadar atau tarif yang dikenakan bagi setiap karya hak cipta yang dipertanggungjawabkan.

Menjawab soalan asal Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Tan berkata badan pelesenan dikehendaki untuk mengemukakan Laporan Tahunan setiap tahun kepada Pengawal Hak Cipta bagi memboleh pihak kerajaan menyemak serta memantau status ketelusan serta keupayaan mereka sebagai badan pelesenan.

“Sekiranya pengawal hak cipta berpuas hati badan pelesenan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka seperti dikehendaki undang-undang, maka badan pelesenan itu boleh dibatalkan.

Loji Insinerator Pulau Langkawi Akan Beroperasi November – Chor

Posted: 02 Oct 2012 02:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Loji insinerator Pulau Langkawi akan mula beroperasi November ini untuk menangani masalah sisa pepejal setempat, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung hari ini.

Beliau berkata dengan bermulanya operasi insinerator di pulau peranginan itu, diharapkan masalah pelupusan sampah dapat diatasi dan mutu perkhidmatan kutipan sisa pepejal juga akan bertambah baik.

Chor berkata empat lagi loji insinerator di Pulau Tioman, Cameron Highlands, Pulau Pangkor dan Labuan yang telah siap, mampu menampung keperluan antara 30 dan 40 tahun.

“Keputusan kerajaan untuk membina insinerator bukanlah dibuat secara tergesa-gesa tetapi membuat kajian yang mendalam dengan menimba pengalaman dan pengetahuan dari negara-negara seperti Singapura, Jepun, Korea yang telah membina insinerator untuk menangani masalah sisa pepejal yang semakin bertambah setiap tahun,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohd Hayati meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan perancangan masa depan sistem pelupusan sampah memandangkan banyak kawasan pelupusan sisa pepejal sudah penuh atau hampir penuh.

Loji insinerator Pulau Langkawi berharga RM68 juta itu mampu memproses 100 tan sisa pepejal sehari berbanding purata 80 tan sisa pepejal sehari yang dihasilkan di pulau peranginan itu.

Chor berkata kementerian mengambil langkah holistik dan prihatin terhadap kekhuatiran segelintir masyarakat dan beberapa badan bukan kerajaan berkenaan isu kesihatan dan isu pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada insinerator.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian mengambil beberapa pendekatan bagi perancangan masa hadapan sistem pelupusan sampah atau sisa pepejal.

Antara pendekatan itu ialah untuk menaiktaraf 32 tapak pelupusan sedia ada bagi memanjangkan jangka hayat, dan membina sembilan tapak pelupusan sanitri baru yang lengkap dengan teknologi terkini untuk menangani isu pelepasan leachate, gas-gas toksik dan metana, katanya.

Melalui program Kempen Kitar Semula Kebangsaan atau 3R – Pengurangan, Penggunaan Semula dan Kitar Semula, Chor berkata ia menjadi harapan kementerian bagi mengelak pelbagai bahan sisa pepejal terus menimbun di pusat pelupusan sampah dan mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dilupuskan serta memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sedia ada.

Pada masa ini, 165 tapak pelupusan sisa pepejal masih beroperasi.

Chor berkata kira-kira 24,000 tan sisa pepejal pelbagai kategori dibuang setiap hari dan jika jumlah itu tidak terus dipantau ia boleh mencecah 30,000 tan sehari menjelang 2020.

Beliau berkata kementerian juga dalam proses mengenalpasti beberapa lokasi strategik bagi membina loji insinerator di Sabah dan Sarawak.

Pendatang Asing Di Sabah Tidak Gugat Keselamatan – Nazri Aziz

Posted: 02 Oct 2012 02:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Kehadiran pendatang asing secara sah atau tanpa izin di Sabah tidak menggugat keselamatan dan keadaan adalah terkawal seperti di negeri lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pemantauan berjalan dengan baik dan penguatkuasaan dikenakan kepada semua pendatang, baik sah atau tanpa izin.

Hingga 19 Sept lepas, sejumlah 70,327 pendatang tanpa izin telah diusir dan dihantar pulang ke negara asal, katanya menjawab soalan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran), di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Pertumbuhan Separuh Pertama Tahun Ini Disumbang Ekonomi Domestik

Posted: 01 Oct 2012 11:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Pertumbuhan 5.1 peratus pada separuh pertama tahun ini sebahagian besarnya telah disumbangkan oleh ekonomi domestic terutamanya dari pelaburan serta penggunaan sektor awam dan swasta.

Malah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany, berkata pada tahun lepas dan separuh tahun ini turut menyaksikan sumbangan pelaburan swasta yang lebih tinggi berbanding pelaburan awam iaitu meningkat kepada kira-kira 60 peratus daripada jumlah pelaburan.

Katanya pengajaran dari krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan 1998 telah menunjukkan betapa pentingnya negara meningkatkan daya tahan dari ketidaktentuan sektor luar negara.

“Justeru pelbagai dasar telah dilaksanakan untuk menggiatkan sumber pertumbuhan dalam negeri atau “endogenous driven-growth.”

“Antaranya, usaha menggiatkan pelaburan swasta dan awam untuk meningkatkan potensi pertumbuhan negara di samping kemampanan pertumbuhan penggunaan swasta sebagai penyumbang utama pertumbuhan dengan memastikan pendapatan boleh guna rakyat yang sentiasa meningkat,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamed ingin tahu perkembangan kadar pendapatan isi rumah dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sejak awal kemerdekaan hingga 2012 ini serta sejauh mana perkembangan ekonomi domestik berjaya menjadi pemangkin kepada kekuatan ekonomi negara sejak merdeka hingga kini.

Devamany berkata KDNK pada harga benar pula telah berkembang 6.1 peratus setahun dalam tempoh 1957 hingga 2011.

“Sehubungan itu, KDNK per kapita negara meningkatkan 7.0 peratus setahun daripada RM787 pada 1957 kepada RM29,661 bagi 2011.

“Dasar untuk mempelbagaikan ekonomi turut menyumbang kepada transformasi ekonomi daripada sebuah negara berasaskan komoditi dan pertanian kepada sebuah negara berasaskan pembuatan,” katanya.

Sebagai contoh, katanya pada 1986, menyaksikan sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK telah mengatasi sektor pertanian, malah dalam sektor pertanian sendiri turut menyaksikan perubahan dengan kelapa sawit menjadi penyumbang utama.

“Terkini, pada tahun lepas, penyumbang utama pertumbuhan adalah sector perkhidmatan yang mana ianya menyumbang 58 peratus kepada KDNK berbanding 40 peratus pada 1957,” katanya.

Devamany berkata Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah mula dilaksanakan kerajaan pada 1970 dan yang terakhir pada 2009.

Bagi tempoh 1970 hingga 2009, katanya pendapatan kasar bulanan isi rumah purata negara meningkat 7.2 peratus setahun daripada RM264 sebulan pada 1970 kepada RM4,025 sebulan pada 2009.

“Kadar peningkatan pendapatan isi rumah purata itu juga lebih tinggi berbanding purata kadar inflasi sebanyak 3.4 peratus setahun yang mencerminkan kuasa beli isi rumah yang terus meningkat dalam suasana paras harga yang terkawal.

“Kejayaan ini adalah hasil pelaksanaan dasar pembangunan yang sentiasa memberi penekanan kepada usaha membina keupayaan terutama dalam bidang pendidikan dan perniagaan berikutan pengembangan pesat aktiviti ekonomi dan pembangunan infrastruktur,” katanya.

PM Gives Assurance On Efforts To Get More Women To Work

Posted: 01 Oct 2012 11:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 2 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today gave the assurance that various efforts would continue to be taken to have more women in the job market in the country.

Although more than 60 per cent of tertiary students in the country were women, this was not reflected in the job market, he said, adding that this was a loss for the nation.

Only 46 per cent of the workforce were women because many of them opted to focus on managing the household, he said at the National Women’s Day 2012 celebrations, here.

“It is a loss when we spend a great deal on women, send them for higher education in universities, and then they stop working,” he said.

Also present at the event were Najib’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor, Deputy Women, Family and Community Development Minister Datuk Heng Saei Kie, Chief Secretary to the Government Datuk Seri Dr Ali Hamsa and wife of the deputy prime minister, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

This year’s National Women’s Day carries the theme “Women Ignite the New Economy”.

The prime minister said Budget 2013 which he tabled in the Dewan Rakyat last Friday was women-friendly and he had outlined various incentives for women.

He said this was to help women balance their tri-functional role of mother, wife and worker.

The government measures included promoting the setting up of more nurseries at the workplace through tax rebate incentives and allocations, he said.

“In this matter, the Chief Secretary to the Government can help in ensuring that every ministry and government department has its own nursery,” he said.

He also said that a pilot nursery for challenged children would also be established soon.

Najib, who is also acting women, family and community development minister, said Malaysia had proven to be more progressive than most countries, even the developed ones, in terms of championing and upholding the rights of women.

Citing the example of suffrage, he said some countries did not accord women equal right as men, but in Malaysia women had enjoyed the right all along from the time of independence.

As such, he said, in moving forward, the government would continue to implement programmes and training to empower women.

He also said that the government wanted to train more women to be decision makers at the level of the board of directors of companies.

So far, he said, 200 women had been trained to occupy this important position through a programme jointly organised by the Women, Family and Community Development Ministry and the Malaysian Directors’ Academy.

Bajet 2013 Beri Kepentingan Besar Kepada Rakyat, Gelisahkan Pembangkang

Posted: 01 Oct 2012 11:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak 28 September lalu sebagai Bajet yang memberikan kepentingan besar kepada seluruh rakyat Malaysia, dalam semua kategori.

Ujarnya, bajet ini juga merupakan bajet yang memberansangkan kepada semua pihak, ertinya rakyat di semua peringkat mendapat nikmat hasil daripada usaha gigih Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekali lagi akan diberikan kepada rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah, juga kepada orang muda (orang bujang).

“Ia juga merupakan bukti sokongan kerajaan, kecaknaan kerajaan kepada rakyat, hasil dari peningkatan ekonomi kita, pendapatan negara bertambah, inilah satu-satunya perjuangan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara," katanya ketika di temui di Lobi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambahnya, kalau dibandingkan dengan Bajet Pakatan Pembangkang yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dua hari sebelum pembentangan Bajet Kerajaan, bajet pakatan ini hanyalah sebuah bajet impian yang belum tentu dapat direalisasikan berbanding bajet yang diumumkan kerajaan BN yang telah terbukti meletakkan kepentingan rakyat sebagai kepentingan utama selama ini.

"Bajet mereka (Pakatan) hanya sekadar janji sahaja berbanding janji kerajaan kerana apa yang penting janji ditepati. Hakikatnya, pembangkang tentunya gelisah kerana rata-rata rakyat menerima dan gembira dengan bajet yang dibentangkan Perdana Menteri.

"Sebab itu mereka menyifatkan bajet yang dibentangkan itu sebagai gula-gula. Kalau bajet yang dibentang kerajaan itu gula-gula atau bajet pilihanraya, bajet mereka apa pula?," ujarnya.

Sememangnya sudah menjadi sikap pembangkang yang tidak pernah melihat secara positif tindakan kerajaan sebaliknya ia dipandang buruk dan tidak baik di mata mereka yang dilihat semakin gila kuasa.

*** Sila ikuti wawancara bersama Datuk Matulidi Jusoh di Youtube UMNO-Online.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...