BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! @ABBY_ABADI112 MASIH "SAYANGKAN" @DATOACMIZAL ??? LAIN MACAM JER BUNYI NYA ???

Posted: 02 Oct 2012 12:00 PM PDT


Kisah dan cerita mengenai diri pelakon wanita,Abby Abadi masih lagi tidak senyap dari masa ke semasa.Selepas Abby melakukan hijrah diri dengan memakai hijab dan aktif menghadiri ceramah agama,Abby pernah dicabar oleh rakan pelakonnya,Datuk AC Mizal untuk berdebat mengenai kenyataan Abby suatu ketika dahulu.Bagaimanapun,isu ajak-mengajak itu senyap tidak lama selepas itu. Abby meluahkan dia kesal dengan sikap AC Mizal yang bercakap mengenai peribadi dirinya.Kata Abby,dia masih sayangkan AC Mizal sebagai sahabatnya kerana mereka pernah berkawan rapat.

"Bila saya dekat dengan agama macam ni dia kata saya saja-saja nak tunjuk beriman katanya,tak payahlah,agama simpan je dalam hati dia kata.Lepas tu kawan saya jawap,kalau macam tu ko sembahyang je dalam jamban.Ungkapan tersebut disambut dengan gelak ketawa dari penonton yang hadir," kata Abby. 

Dalam pada itu,Abby menjelaskan dia masih sayangkan dunia lakonan dan teringin untuk kembali berlakon seperti dahulu.Malah,dia tidak mahu orang ramai melabelkan dirinya sebagai bekas pelakon kerana Abby mempunyai cita-cita untuk berdakwah melalui lakonan.Abby juga mengakui yang 'bekerja' sebagai penceramah adalah bukan minatnya dan dia yakin dia tidak boleh kekal berkemampuan untuk menjadi penceramah. 

"Jangan letakkan saya sebagai seorang bekas pelakon ya,kerana saya masih sayangkan dunia hiburan.Saya tak nak buat kerja apa yang saya buat sekarang ini sebab ini bukan kemampuan saya.Saya tak nak jadi penceramah dan saya tak nak jadi ahli politik sebenarnya.Saya masih mahu berlakon dan Insyallah dengan lakonan pun kita boleh berdakwah untuk agama Allah SWT. jadi saya mengharapkan sesuatu yang baik untuk negara, untuk industri hiburan,untuk kawan-kawan saya dan untuk semua umat islam," katanya.

AKHBAR SUARA KEADILAN SEKALI LAGI MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! SEKALI LAGI DATIN SERI ROSMAH MENJADI SASARAN !!!

Posted: 02 Oct 2012 08:15 AM PDT


Sebelum ini blog-blog pro-kerajaan termasuk Badut Rakyat pernah mendedahkan strategi pilihanraya PR yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut.kalau pembaca Badut Rakyat masih ingat,antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros,sombong dan buruk tingkahlaku Dan nampaknya,walaupun strategi tersebut telah pun bocor,PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang 'valid' untuk menyerang kerajaan.Maka,Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat.Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran,kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Datin Seri Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau,seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.Yang peliknya di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut, "Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000." Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR,hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan.

Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut 'sedap rasa' si penulis.Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan berbanding jam.Mungkinkah kerana menyedari bahawa kisah mengenai subang akan menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali ??? Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar,maka kisah mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja sedemikian besar hanya untuk sebuah jam.Tetapi beliau ada mengakui ada menerima hadiah jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke luar negara,sepertimana kelaziman seorang VIP. Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan seperti Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega dari pihak tertentu.Desakan PR agar Datin Seri Rosmah mengisytihar harta amatlah melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta walaupun diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya kereta Ferrari Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar negara beribu-ribu kali setahun ??? 
Jika setiap perbelanjaan Datin Seri Rosmah dikatakan ditanggung oleh kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR tersebut ??? Apakah mereka selama ini bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor ??? Atau wang Soros ??? atau wang Yahudi ???

Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang terikat kepada peraturan dan kelulusan kabinet,perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau kelulusan.Oleh itu,adalah mustahil bagi Datin Seri Rosmah untuk 'mencekau' wang kerajaan atau wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat demikian.Malah,PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung tidak merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang bersifat peribadi. Untuk ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit kerajaan Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar.Dengan itu,tidak usahlah PR terus cuba memburuk-burukkan Datin Seri Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana isteri Ketua Negara yang boros. 

Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati. BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu mencampuradukkan peribadi, politik dan kerajaan negeri.Buktinya,ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan selesa. Tidak mungkin rekod ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan negara tidak diurus dengan baik.Justeru,strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai boros dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh.Strategi ini hanya menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggakan PR ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa merekacipta isu yang tidak signifikan bagi menghadapi pilihanraya.

RENUNG-RENUNGKAN 

CERITA SEBENAR DI SEBALIK PROTES HIMPUNAN HIJAU PROJEK RAPID DAN INGIN JATUHKAN @AZALINA OTHMAN TERBONGKAR !!!

Posted: 02 Oct 2012 06:33 AM PDT


Kelmarin,lebih kurang 3,000 orang penyokong pembangkang yang berselindung disebalik beberapa NGO proksi PR telah menyertai Himpunan Hijau Pengerang sebagai kemuncak bantahan terhadap pembangunan projeb Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang,Johor.Beberapa orang pemimpin pembangkang juga kelihatan antaranya Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub,AJK PAS Pusat Mazlan Aliman,Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau,AJK Pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat serta Hishammuddin Rais.Melihat pada nama-nama itu,anda lihat sendiri semua bantahan mereka terhadap projek RAPID adalah lebih kepada motif politik hasil cucukan tangan dari orang luar.Para peserta pula rata-ratanya terdiri dari kalangan Cina DAP yang datang dari seluruh negara,sebahagian lagi adalah Cina PKR dan penyokong PAS dari luar dan hanya segelintir kecil sahaja penduduk tempatan.selain itu ada juga yang datang dari singapura.maklumat yang saya terima terdapat plate number singapura.kalau anda kurang percaya,tanya penduduk yang berada di situ.

macam biasalah,Unit Amal PAS kerap menjadi balaci di barisan hadapan konon untuk mengawal keselamatan tanpa memahami bahawa isu yang mereka perjuangkan itu hanyalah ikut-ikutan kepada arahan abang besar mereka DAP. Andai kata projek RAPID dipindahkan ke Pulau Pinang yang dikuasai DAP misalnya,percayalah bantahan sebegini tidak akan wujud kerana projek RAPID ada nilai tambah dan manfaatnya besar untuk kepentingan ekonomi penduduk setempat serta memberi impak baik kepada pembangunan negeri dan negara.Tapi disebabkan kebetulan projek RAPID ini dilaksanakan di Johor yang merupakan kubu kuat UMNO dan BN,manakala PR pula berangan-angan untuk menawan Johor,maka projek ini cuba digembar-gemburkan akan memberi kesan negatif secara langsung terhadap alam sekitar dan penduduk setempat.Tambah-tambah lagi,kedudukan Pengerang itu sendiri berdekatan dengan negara 'ayah angkat' DAP iaitu Singapura,maka jangan terkejutlah bila tangan-tangan ghaib orang Singapura pun memainkan peranan besar memanipualsi isu ini untuk kepentingan mereka.

Dalam pada itu pemimpin PAS,Salahuddin Ayub berkata,"pendirian PR jelas untuk tidak menolak pembangunan,malah beliau turut berkata PR menerima projek ini (RAPID) jika ia dilaksanakan seperti di Kerteh dan Paka di Terengganu yang tidak dibangunkan atas pengambilan tanah penduduk". Penjelasan oleh Salahuddin yang juga Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian jelas berbeza dengan dakwaan pemimpin PR dan NGO proksi mereka yang mendakwa pembangunan projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang,Johor akan membahayakan alam sekitar,membahayakan nyawa penduduk dan menyebabkan nelayan kehilangan sumber pendapatan.Hakikatnya soal pengambilan tanah tidak menjadi isu pun kepada penduduk di kampung-kampung tradisonal kerana pemilik tanah rakyat tempatan masing-masing mendapat pampasan wang ringgit di masa yang sama diberi hak memiliki 0.8 hektar tanah gantian.Penduduk yang terlibat juga diberi tapak rumah seluas 6,000 kaki persegi serta mendapat subsidi pembelian rumah baru di antara RM85,000 hingga RM140,000 seunit.Penempatan baru untuk mereka pula hanyalah 15 kilometer sahaja dari tapak asal.Ada cerita lain sebenarnya disebalik bantahan pembangkang dan NGO proksi mereka terhadap projek RAPID di Pengerang.Hampir sama macam bantahan mereka terhadap Lynas yang berpunca dari hasutan Cina DAP dan Cina PKR selepas mendapat jolokan habuan dari syarikat rare earth dari Cina,di Pengerang pula tangan-tangan luar juga memainkan peranan utama.Alasan NGO proksi PR dan pemimpin pembangkang yang lain kononnya ramai penduduk membantah projek RAPID sebenarnya bukanlah suara asli rakyat tempatan,sebaliknya hanya segelintir penduduk yang menjadi proksi pemilik tanah kepada rakyat Singapura sahaja yang memprotesnya. 

Di sekitar Pengerang banyak tanah dan rumah yang nama pemiliknya adalah orang Melayu dan Orang Asli tapi sebenarnya hanyalah proksi kepada rakyat Singapura yang menjadi pemilik sebenar.Apabila projek RAPID dimulakan,kesan besarnya terhadap rakyat Singapura kerana mereka tidak mendapat pampasan tanah sebaliknya hanya memperolehi pampasan wang tunai sahaja.Begitu juga alasan pembangkang kononnya projek RAPID akan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar juga hanyalah perisa tambahan untuk mengabui mata khalayak semata-mata. Projek yang sama sudah lama wujud di Kerteh Terengganu, Gebeng Kuantan, Pahang malah Jurong di Singapura boleh saja berjalan lancar hingga kini,tiada pun kesan buruk pada kesihatan.Jelas sekali cerita-cerita negatif berkaitan kesan buruk pada kesihatan penduduk mahupun pada alam sekitar bukannya satu masalah,sebaliknya isu utama yang menjadi tumpuan sebenarnya ialah tangan-tangan orang Singapura yang terjejas bila mana hartanah mereka di Pengerang diambil alih untuk menjayakan projek RAPID.Dengan kedudukan Pengerang yang terlindung dari angin monsun dan kawasannya yang strategik sebagai laluan perkapalan,tentu sahaja ada sebab untuk Singapura runsing kesan buruknya terhadap kompleks sama yang mereka miliki di Jurong.Projek RAPID bila siap kelak akan memberi kesan besar dalam memakmurkan ekonomi negeri Johor malah impak positifnya turut memberi faedah kepada negara.Dengan lebih 50,000 peluang pekerjaan yang bakal tersedia,tentu sahaja limpahan ekonominya turut membawa nikmat untuk penduduk setempat serta sekitarnya. 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PEMIMPIN DAP MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM !!! BUKTI PR TIDAK SEHALUAN !!!

Posted: 02 Oct 2012 01:30 AM PDT


Timbalan Presiden DAP,Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti bermimpi siang hari.Beliau berkata,pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan 'Kabinet bayangan' kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian 

"PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan,barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian.Tetapi,pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata," katanya kepada Sinar Harian,.

Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR menyenarian 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 seperti dilapor akhbar ini semalam.Seng Giaw berkata,mungkin tidak ada masalah sekiranya pemimpin yang disenaraikan itu sudah memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum tersebut.

"Kalau sudah menang lain hal.Tetapi kami belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul," katanya. 

Sementara itu Naib Presiden PKR,N Surendran menjelaskan identiti pemimpin terpilih dalam Kabinet bayangan sama sekali tidak penting.

"Siapa atau berapa jumlah pemimpin terpilih akan diumum kelak.Tapi apa yang pasti,jawatan Perdana Menteri akan menjadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.Bagi Naib Presiden Pas,Salahuddin Ayub pula berkata,mereka tidak mahu mencampuri urusan PKR,sebaliknya lebih fokus kepada strategi kemenangan calon yang bertanding – Sinar Harian

EKSKLUSIF !!! NURUL IZZAH KATA BAJET 2013 BOLEH MENJADIKAN MALAYSIA MUFLIS ??? MEH BADUT RAKYAT JAWAB !!!

Posted: 01 Oct 2012 11:31 PM PDT


apa lagi si nurul izzah meroyan ni ??? nak di jadikan cerita,si Nurul Izzah dalam satu kenyataannya menyifatkan kononnya Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib bakal menyebabkan ekonomi negara bankrap dan memufliskan Kerajaan.Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mempertikaikan pengurangan 1% cukai pendapatan individu yang disifatkannya sebagai mengejutkan dan akan memberi kesan negatif terhadap sumber pendapatan negara Pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah akan sedaya upaya menekankan perihal negara akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang bertambah ataupun kerana pendapatan kerajaan berkurangan berikutan penurunan cukai individu.Untuk tambah lagi kisah penglipur lara bagi meracuni fikiran rakyat mereka memanipulasikan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM502.4 atau mewakili 53.7% dari KDNK,kononnya akan menyebabkan negara akan bankrap dan ekonomi akan jatuh merudum seperti Greece.Walhal,isu hutang Greece dengan hutang negara kita jauh berbeza.Greece hampir bankrap kerana hutang luarnya terlampau besar hingga tak tertampung oleh rizab simpanan kerajaan.Kita pula hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja,manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8 bilion.Kelantan yang memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya sekitar RM350 juta, peliknya tak pula gerombolan pembangkang menjadikannya sebagai isu.Kenapa ??? Sejak negara kita merdeka,sudah 55 kali belanjawan dibentangkan oleh Kerajaan yang sama dan setiap tahun pemimpin pembangkang menyanyikan lagu sama kononnya negara ini akan bangkap dan ekonomi negara akan muflis.Hakikatnya hingga kini negara kita terus berupaya memacu pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi pula tetap berkembang sekalipun di saat ekonomi dunia sedang mengalami penurunan. 

Contoh mudah tatkala negara mengalami kejatuhan ekonomi akibat serangan penyangak matawang tahun 1997/98 dulu, kita adalah satu-satunya negara yang berjaya keluar dari krisis tersebut tanpa perlu bergantung harap pada bantuan kewangan IMF.Sedangkan ketika itu bukan sahaja pemimpin pembangkang menggembar gemburkan cerita kononnya negara akan muflis dan ekonomi menuju bangkrap malah banyak pemimpin dunia dan agensi kewangan antarabangsa turut membuat ramalan sama. Adakah negara kita muflis dan ekonomi bangkrap seperti diramalkan oleh mereka ??? Tentu sahaja tidak kerana pembangunan ekonomi negara berada di tangan mereka yang arif dan terbukti sudah melalui banyak cabaran rumit serta berjaya meminimakan sebarang jangkaan kesan buruk.Misal kata kalaupun keseluruhan hutang dalam negara dan hutang luar negara melebihi 55%, negara kita tidak akan muflis pun kerana rekod sebelum pada tahun 1990 menunjukkan negara kita pernah mencecah hutang 75.5 peratus daripada KDNK.Malah dari tahun 80-an hingga awal 90-an, hutang negara kita pernah beberapa melebihi 55 peratus dari KDNK,namun tidak sekalipun negara mengalami kemuflisan atau bankrap.

Kesimpulannya,negara kita tidak akan bankrap hanya kerana menurunkan 1% cukai pendapatan yang memberi manfaat kepada 170,000 orang rakyat Dan negara tidak akan muflis hanya semata-mata meneruskan dasar BR1M kepada kelompok berpendapatan rendah.Imbuhan wang yang rakyat perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen kepada pesara serta bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak akan menggerakkan ekonomi negara kerana wang tersebut akan dibelanjakan dan hasilnya pula merancakkan aktiviti perniagaan.Itu asas ekonomi.saya malas nak bagi lagi ulasan panjang mengenai nurul izzah ni.kang pedih lagi nurul izzah ni dengan jawapan saya.itupun kalau nurul tengok artikel ni.pembangkang memang akan kata malaysia akan bankrap sampai kiamat selagi tak dapat putrajaya.

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! BAJET ALTERNATIF 2013 PR RUPANYA UNTUK MENGKAYAKAN LAGI KRONI ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 02 Oct 2012 06:34 AM PDT


Gini saja kita boleh gambarkan bajet PR baru-baru ini.Ianya Bajet bertopengkan sosialis tapi berfahaman Neo Liberal.Bila sebut Neo Liberal,fikirkan Neo Kolonialisma.Disebalik cadangan untuk kononnya memecahkan monopoli dan memulangkan pendapatan minyak kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak dengan menubuhkan State O&G Company.Monopoly yang diberi oleh kerajaan ada sebab-sebab tertentu. Selalunya adalah sebab sesuatu perkhidmatan tidak boleh diberi oleh ramai syarikat. Contohnya distribution air yang ditapis oleh SYABAS sebagi contoh.Takkan satu negeri ada sampai berbagai syarikat dan konsumer pilih syarikat mana yang mereka mahu ??? Kena faham caj yang dikenakan syarikat monopoli ditentu dan dipantau kerajaan.Adakala monopoli perlu diberi kepada industri yang memerlukan economy of scale untuk viable.Contohnya fixed line telephony oleh Telekom. Kalau tiada economy of scale,tak untung dan rakyat tak dapat menerima perkhidmatan tertentu.Bayangkan sesetengah perkhidmatan untuk dipecahkan monopoli dan dibuka kepada luar.Siapa yang boleh masuk ??? 

Bukankah korporat kaum Cina dari dalam dan luanr negara dan MNC luar negara saja yang mampu masuk perniagaan sedemikianApabila demikian,susah untuk syarikat tempatan nak membina keupayaan dan kekuatan.Untunglah peniaga disebalik dana sing yang salurkan duit kepada SUARAM,Malaysiakini,Bersih dan PKR.Satu lagi,Anwar kata GLC akan di MBO kan atau dijual kepada pihak pengurusan.Lojik ke dia suruh pengurusan beli dan dia bawa masuk syarikat asing suruh lawan.Kan nak bunuh kaum ??? Pengurusan yang makan gaji mana nak cekau duit kalau tak berhutang untuk beli syarikat GLC ??? Siap-siap ini membuka peluang untuk kroni dan MNC yang sumbang dana asing kepada SUARAM untuk ambilalih GLC. Begitu juga State Oil &Gas company yang dicadangkan. 

Dua kemungikinan. Satu syarikat itu akan bawa masuk syarikat asing untuk carigali dan syarikat asing akan dapat deal yang lebuh baik dari deal dengan Petronas.Selama ini American bengkak dengan malaysia kerana production sharing Petronas adalah sangat baik untuk negara. State Oil and Gas ini adalah tidak viable dan akan menggalakkkan kontrak kepada kroni yang tiada ada keupyaan tapi jadi rent seeker. Baru dua example saja untuk menunjukkan betapa bodohnya Tony Pua dan Rafizi.Ada banyak lagi.Rajin2 analisa bajet seorang pemimpin yang tak pass Malay Studies di Universiti Malaya lepas repeat berkali2.

wakakak muahahaha.Anuwar Anuwar ... dulu tuduh orang Kollusi, Kronisma dan Nepotisma,tapi dia nak buat idea yang sama juga akhirnya.Teringat kroni anwar semua tak tahu berniaga dan akhirnya gagal. Isunya Anuwar tiada kebolehan dan salahkan orang lain macam-macam.Malay Studies bang ... - The Unspinners

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! BAJET ALTERNATIF 2013 PR BERCANGGAH DENGAN BUKU JINGGA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 01 Oct 2012 06:32 PM PDT


Bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib nampaknya cukup ampuh sehingga menyebabkan PR terpaksa terus memperkatakannya semata-mata untuk mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan.PR juga harus terus mempertikaikan Bajet tersebut bagi mengalih pandangan rakyat daripada Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka.Secara amnya,jumlah peruntukan antara kedua-dua Bajet tidaklah banyak berbeza.Yang membezakan kedua-duanya ialah pertama,ruang lingkup atau skop golongan rakyat yang mendapat manfaat di mana Bajet BN merangkumi semua golongan dari OKU hinggalah kepada korporat tetapi Bajet PR hanya melibatkan rakyat secara umum.Keduanya ialah perancangan BN jelas mengambil kira kesan dalam jangka masa panjang tetapi PR hanya fokus kepada kesan segera.Ketiganya,Bajet BN adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara tetapi PR hanya menumpukan kepada faedah langsung kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara.Keempat,Bajet BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari corak dan jatidiri negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia tetapi Bajet PR kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara, malah tidak begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka sendiri.Antaranya,penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20%, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN. 

Menurut laman Suara PR,alasan ia tidak selari dengan Buku Jingga ialah kerana kesemua insentif tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100 hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah negara.Malah,laman tersebut juga mengakui bahawa penghapusan PTPTN tidak akan berlaku dalam sekelip mata tetapi mengambil masa 2 tahun,begitu juga dengan penghapusan tol di mana yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah penghapusan segera tetapi 'tindakan segera (dalam masa 100 hari) untuk mengarahkan Khazanah Berhad,Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol'.Jawapan yang diberi oleh PR mengenai percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan yang mereka sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat. Bagi menutup mata rakyat dari menyedari putar-belit mereka,PR mewar-warkan bahawa Bajet yang dibentangkan mereka akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan iaitu dari penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70,penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200),elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).saya percaya,bukan semua rakyat Malaysia buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan Dan saya pasti, hujah penjimatan RM930 ini tidak mampu memperdaya rakyat yang benar-benar bijak.Bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN dan bukan semua rakyat bekerja sebagai guru yang akan mendapat elaun RM500 sebulan serta bukan semua rakyat perlu melalui jalan bertol, melainkan mereka yang tinggal di bandar besar. Sedangkan majoriti rakyat berada di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil. Oleh itu, bagaimanakah nilai penjimatan RM930 itu bagi diri mereka-mereka ini ???

Selain itu,penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa banyak perbezaan. Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di tangan kerajaan PR.Namun,katakanlah kerajaan PR masih mampu menunaikan semua janji ini, rakyat mungkin boleh bergembira, tetapi hanya untuk sekejap cuma. Ini kerana pendidikan percuma, penghapusan PTPTN dan tol, penurunan harga minyak dan barangan serta duti eksais kenderaan bakal meletakkan negara dalam keadaan krisis dalam masa hanya beberapa tahun dari perlaksanaannya.Pendidikan percuma serta penghapusan tol dan PTPTN bermakna kos akan ditanggung oleh kerajaan,sekali gus menjejaskan peruntukan untuk bantuan dan program lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat.Selain menyumbang kepada masalah lain iaitu kualiti pelajar yang menurun lalu membawa kepada masalah sosial yang bertambah. Begitu juga dengan kualiti penyelenggaraan lebuhraya juga tidak mustahil akan mengalami nasib yang sama.Manakala penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20% pula akan menyebabkan industri kereta terpaksa menanggung harga barangan yang lebih tinggi untuk terus beroperasi serta mampu membunuh industri automobil nasional dalam jangka masa panjang. Ini pastinya satu kerugian yang besar untuk negara dan juga rakyat termasuk vendor-vendor yang terlibat dalam industri ini.Begitu juga dengan perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan yang mana mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain 'menjerut' peluang kaum bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat.

Dari semua ini, kelihatan jelas bahawa PR menganggap rakyat semua adalah bodoh-bodoh belaka dan tidak mampu mengupas dan meneliti kesan jangka panjang dari Bajet yang dibentangkan mereka. Hakikatnya, rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa PR tidak berpandangan jauh dalam merancang Bajet kerana Bajet Alternatif PR adalah sebenarnya Bajet Pilihanraya.Oleh itu,segala-galanya difikir dan dibentangkan untuk menang pilihanraya bukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara. 

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...