PISAU.NET

PISAU.NET


Kerajaan BN Zalim !?

Posted: 02 Oct 2012 10:27 AM PDT


"Berapa yang dikutip dan dibelanjakan oleh kerajaan pusat di negeri2 pembangkang pd tahun 2008:
1. Kelantan: Kutip: RM249juta Belanja: RM4.3billion.
2. Kedah: Kutip: RM1billion Belanja: RM6billion.
3. Selangor: Kutip: RM13billion Belanja: RM14.5billion
4. P.Pinang: Kutip: RM16.7billion Belanja: RM20.4billion.

Bila fakta ni dikeluarkan ramai ahli parlimen haprak pakatan terpaksa keluar dewan tak tahan pedih hati dan telinga.. 
Pisau kata " Guan Eng dah mula kempen rasis.." 

Hot! Lagi Dokumen Skandal Guan Eng Raih Untung Jual Tanah Taman Manggis.

Posted: 01 Oct 2012 11:15 PM PDT

Skandal membabitkan penjualan tanah Taman Manggis semakin panas,Lim Guan Eng dikatakan telah mendapat hasil daripada penjualan sebidang tanah ini apabila menjualnya dibawah harga pasaran.

Sebelum ini Pisau dedahkan dokumen banglo yang disewa oleh Lim Guan Eng ,paling menghairankan kenapa pemilik rumah tersebut sanggup mengubah suai rumah hingga mencecah 3.7 juta semata mata untuk mendapatkan sewa sebulan RM5ribu?:klik sini


EXTENSIVE RENOVATION. Lim Guan Eng said he was forced by termites & ants to move in June 2009 and so rented that bungalow for a few thousand ringgit!! Wakaka. Bungalow worth RM3.7 million(incl cost of renovation & furnishing)

Harga pasaran tanah Taman Manggis adalah RM22juta sebaliknya dijual hanya  RM11juta. Kenapa harga tanah di diskaun hingga 50% daripada harga pasaran?


Nama sebenar cik P adalah Phang Li Koon,nama beliau tertera didalam perjanjian tukar milik rumah yang sekarang in didiami oleh Lim Guan Eng.


Phang Li Koon adalah salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat yang mempunyai hubung kait dengan syarikat yang membeli tanah Taman Manggis dibawah harga pasaran.

Phang Li Koon
Apabila terdedahnya dokumen pemilikan rumah dan kaitan Cik P,secara tiba tiba Lim Guan Eng berkata beliau akan berpindah kerana tuan rumah sudah tidak mahu menyewakan rumah terbabit. Kebetulan?


Tanah Taman Manggis berjaya dibeli dibawah harga pasaran oleh syarikat Datuk JP,syarikat induk kepada Winbond Sdn Bhd yang Cik P pegang sebagai ahli lembaga pengarah.


Jika syarikat Winbond Sdn Bhd atau Cik P tidak terbabit didalam skandal ini,kenapa beliau membeli sebuah pejabat di atas lot 1012 sek 16 Lorong Selamat sejak 26 Januari 2011 berhampiran dengan tapak projek di Tanah Taman Manggis.



Semua orang tahu tokong Lim Guan Eng berlidah biawak,sekarang ini begitu gelabah dan marah marah apabila isu ini meletup.Untuk melarikan diri kononnya beliau tidak terbabit didalam skandal penjualan tanah Lim Guan Eng telah mengarahkan Ng Wei Aik anjing peliharaannya memalsukan dokumen sewa rumah tersebut.






Klik untuk besarkan imej,dokumen yang dipalsukan dan dokumen asal.

Pelbagai alasan diberi dan cerita untuk menarik simpati dimainkan kononnya kerajaan negeri hanya bayar RM4 ribu dan Guan Eng mengeluarkan RM1 ribu wang poket sendiri untuk membayar sewa rumah .
..


Seperti yang Pisau katakan dulu,Lim Guan Eng tidak pernah akan lupa untuk berbohong dengan apa cara sekali pun. Pembohongan terkini daripada lidah bercabang ini katanya Cik P sudah tidak membenarkan Lim Guan Eng untuk tinggal di banglow di Jalan Pinhorn.

 Apa yang melucukan,Guan Eng seharusnya memperbaharui perjanjian sewa bunglow tersebut 30 April 2012 berdasarkan perjanjian yang dikeluarkan oleh pejabat Guan Eng,ketika itu isu Taman Manggis belum pun didedahkan.


Gerakan alleges indirect link between Penang CM's landlord and land dispute


Pisau kata "betulkah Lim Guan Eng  mendapat hasil 5% daripada hasil penjualan tanah dan projek tersebut, 2% masuk ke poket Guan Eng dan 3% masuk ke akaun DAP."

.

Hot! Pendedahan Dalang Bocor Rakaman Guan Eng Tokong

Posted: 01 Oct 2012 05:30 PM PDT

Dr Mansor mengelar Lim Guan Eng sebagai cocky,arrogant & tokong. Apabila terbocor kepengetahuan umum sebolehnya kejelikan Dr Mansor dan PKR terhadap DAP ditutup dan cuba perlihatkan semangat kesepakatan hingga Dr Mansor dimalukan  ketika sidang akhbar baru baru ini apabila dipaksa untuk bercakap menggunakan nota yang ditulis sendiri oleh Guan Eng.


Umum tahu bahawa kenyataan Dr Mansor sebenarnya berada didalam konteks  realiti siapakah Lim Guan Eng dan betapa ultrakiasunya DAP kepada rakan pakatan.


Kalangan ahli PKR berasa hairan kenapa Dr Mansor pula dipersalahkan sedangkan beliau bercakap soal survival parti dan persoalkan sifat pembuli DAP dan keangkuhan Lim Guan Eng.

Ada yang berpendapatan ini cubaan membunuh kareer politik Dr Mansor oleh Yb Malik Kassim dan kumpulannya.

Sumber dalaman PKR berkata ada 2 kumpulan yang disyaki terlibat..

1.Tan Seng Keat(Timbalan Ketua Cabang Bayan Baru) dikatakan terlibat membuat rakaman yang kemudian menyerahkan rakaman tersebut kepada Yb Sim Tze Sin dan Malik Kassim.

Menurut sumber PKR,dalang yang paling disyaki adalah Yb Sim/Malik ini kerana kedua duanya pasti akan mendapat faedah yang besar jika berjaya menjatuhkan Dr Mansor.

Apa yang menariknya 2 YB ini mempunyai sejarah kerana terlibat secara langsung menjatuhkan  Fairuz dan Yb Zahrain .Manakala kerusi TKM1 yang di idamkan oleh Yb Malik sejak sekian lama pasti akan menjadi kenyataan.

Nanasegaran dan Annuar Ismail juga pernah menjadi mangsa semasa pemilihan Cabang Bayan Baru oleh kumpulan Yb Sim/Malik/Susan/Mkini


2. Manakala sumber PKR juga ada menyebut nama  Felix Ooi(Ahli Majlis MPPP) yang membuat rakaman kemudiannya menyerahkan kepada Jason Ong Adun Kebun Bunga.Raven Adun Batu Uban dan Carolyn Khor juga dikatakan terlibat.


Carolyn Khor adalah Ketua Wanita dan juga seorang citizen journalist yang cukup rapat dengan Susan Loone dan Malaysiakini.


Ada juga kebarangkalian kumpulan Yb Sim/Yb Malik dianaiya..dikambing hitamkan? betul ker ni?

Tetapi...ya ada tetapinya.. jika kumpulan Yb Sim/Malik diambil tindakan, maka yang beroleh kejayaan adalah kumpulan Yb Jason Ong/Yb Raveen kerana kumpulan ini diketahui tidak favor kepada Yb Malik dan juga Dr Mansor.Siapa yang mendedahkan siapa? kill 2 birds with 1 stone?


PKR negeri berlaku perpecahan 3 kumpulan  dalam masa yang sama diantara PKR dan DAP mempunyai krisis kepercayaan  kerana saling tidak mempercayai satu sama lain.



Manakala sumber DAP menyatakan Lim Guan Eng  bertekad untuk mengajar PKR agar lebih menghormati DAP .Katanya DAP tidak akan percaya kepada PKR dan menganggap parti itu bagaikan gunting dalam lipatan yang merosakkan kerajaan negeri ,sekarang ini DAP perlengkapkan parti dan bersedia untuk menjadi parti tunggal yang memerintah negeri jika menang pada PRU13 nanti.

Pecah sana..pecah sini..haih..PKR memang dah nak karam tu...

Pisau kata " DAP negeri Pulau Pinang kata PAS senang dikawal.. apa maknanya tu?"






Anwar Tak Boleh Bohong Anak Muda,KJ Buktikan Anwar Patut Pencen Awal @Khairykj

Posted: 01 Oct 2012 02:30 PM PDT

Anwar anggap seluruh ahli parlimen tak bersedia untuk menjawap tohmahan dan fitnah,zaman BN menjadi punching beg sudah lama berakhir. Dakwaan dan tohmahan Anwar dan pemimpin pakatan perlihatkan kelangsungan bagaimana fungsi otak kacang digunakan sepenuhnya.


Hari ini rakyat menjadi saksi betapa selama ini pemikiran rakyat dirosakkan dengan pembohongan dari pagi petang siang malam oleh gerembolan haprak pakatan. Anggapan mereka rakyat mudah percayakan segala pembohongan persepsi.


Anggapan  para pemimpin haprak pakatan bahawa persepsi mengatasi fakta ternyata disanggah dengan bergaya oleh Ahli Parlimen Rembau memerangkap Ketua Pemuda Umno Malaysia YB Khairy Jamaludin.


Nah!kalangan Ahli parlimen pembangkang disembur dengan fakta dan hujah bernas yang pasti ramai kalangan mereka terkujat terenjat dan terencat bagaikan lipas disembur racun...yang batil pasti rebah!


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menzalimi mana-mana pihak atau negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.


Ia sebagai respons kepada dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu kononnya kerajaan persekutuan menzalimi negeri-negeri berkenaan daripada segi bantuan kewangan.


"Kerajaan BN tidak menzalimi atau menghukum mana-mana pihak. Ketua Pembangkang (Anwar) kata kena rujuk Kementerian Kewangan. Saya sudah jumpa kementerian terbabit dan minta statistik," kata Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang bermula di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menguatkan hujahnya dengan memberi contoh jumlah kutipan cukai kerajaan pusat yang diperoleh dari Kelantan pada 2008 adalah RM249 juta.


"Kalau ikut semangat federalisme, sepatutnya kerajaan pusat belanjakan sekurangnya-kurangnya RM249 juta dengan apa yang disumbangkan rakyat Kelantan kepada tabung yang disatukan di peringkat persekutuan. Tapi perbelanjaan kerajaan pusat (kepada Kelantan) RM4.3 bilion.


"Kedah pula, kutipan cukai kerajaan persekutuan pada 2008 ialah RM1 bilion. Tapi yang dibelanjakan (kerajaan pusat kepada Kedah), oleh kerana Kedah di bawah pembangkang dan tidak pilih BN, kita belanjakan hampir RM6 bilion.


"Macam mana hendak kata kita zalim? Itu Kedah dan Kelantan. Kita faham sebab negeri berkenaan memerlukan perbelanjaan," katanya.  Bagi Selangor pula, beliau berkata untuk tempoh sama, kutipan cukai adalah RM13 bilion namun perbelanjaan kerajaan pusat kepada negeri itu mencecah RM14.5 bilion.


Jelasnya, bagi Pulau Pinang, cukai yang diperoleh adalah RM16.7 bilion manakala perbelanjaan kerajaan pusat untuk negeri itu mencecah RM20.4 bilion termasuk peruntukan membina lapangan terbang baharu dan jambatan.


"Tadi, dengar Ketua Pembangkang kata rezab Selangor meningkat tetapi masalahnya kerajaan persekutuan mengeluarkan berbilion ringgit kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan kerajaan negeri itu.


"Dia (Anwar) bangga rezab Selangor naik tetapi apa guna naik kalau (urusan) sampah pun tidak boleh kutip?" kata Khairy.


Ulasan Khairy itu membuatkan beberapa anggota parlimen pembangkang 'panas telinga' dan cuba mengalih perhatian sambil meminta Khairy membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.  Hamim Samuri (BN-Ledang) mempertahan Khairy, sambil menegaskan jawapan yang diberikan bertepatan dengan dakwaan Anwar.


"Angka-angka yang disebut Anggota Parlimen Rembau datang daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Kata (kerajaan BN) zalimi negeri-negeri pembangkang. Itu tajuknya (fokus). Saya juga rujuk Kementerian Kewangan dan ia betul. Maknanya, mereka (pembangkang) menghina pegawai-pegawai Kementerian Kewangan," katanya.


Khairy turut menyentuh janji-janji pembangkang yang gagal dilaksanakan khususnya di Selangor, termasuk janji memberikan elaun khas kepada wanita tidak bekerja.


"Masalahnya ada yang kata manifesto (pilihan  raya) bukan janji. Kita masih lagi membiayai dan membantu rakyat di negeri-negeri pembangkang kerana kerajaan BN bertanggungjawab dan tidak mahu rakyat ketinggalan disebabkan pemerintahan pembangkang," kata Khairy.


Hari pertama sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 itu hampir mencetuskan kekecohan apabila anggota parlimen pembangkang mempertikai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengehadkan masa perbahasan bagi Ketua Pembangkang.


Bagaimanapun, Pandikar Amin menolak dakwaan itu dengan berkata beliau selama ini telah berlaku adil kepada kedua-dua pihak yang diberi peruntukan masa bersesuaian untuk berhujah.


"Bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Itupun telah saya seimbangkan. Sejak mula saya jadi speaker, saya cuba sebaik mungkin untuk beri peluang kepada kerajaan dan pembangkang.


"Saya terlampau beri laluan yang seluasnya kepada semua. Janganlah saya beri betis, minta pula paha...bila beri paha janganlah hendak pijak kepala," tegas beliau. - Bernama. 

Pisau kata " faktanya jam Omega Anwar hilang ketika ngentot China Doll"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...