PISAU.NET |
- Kerjasama Dengan DAP - PAS Untung, Islam Rugi
- BR1M Vs Broom
- PRU Bersih: Australia Anggap Ambiga Penipu
Kerjasama Dengan DAP - PAS Untung, Islam Rugi Posted: 15 Oct 2012 06:25 AM PDT Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya kepada media pada 13 Oktober 2012 yang lalu mengakui hasil bersekedudukan dengan DAP telah memberi pelbagai keuntungan kepada PAS, antaranya termasuklah membolehkan PAS menguasai Perak. Beliau juga mengesahkan kejayaan PAS menawan Kedah dan Kelantan dalam PRU 12 yang lepas adalah berkat adanya kerjasama politik dengan DAP. Kelihatannya seperti Hadi memperakui tanpa bantuan DAP, PAS tidak mungkin menawan Kedah dan sukar untuk mengekalkan Kelantan. Jelas dari kenyataannya itu, Hadi memperakui hasil kerjasama dengan DAP hanya menguntungkan PAS dan tidak pula beliau menyatakan bahawa hasil kerjasama songsang itu telah memberi manfaat pada Islam dan umatnya atau sebaliknya. Menguntungkan PAS tidak bermakna ia menguntungkan Islam. Bukan begitu? Memang benar kata Hadi bahawa hasil hubungan terlarang parti pimpinannya dengan DAP telah memberi nikmat keuntungan duniawi buat memuaskan hati dan mengisi tembolok pemimpin PAS. Dari segi keuntungan diri sendiri, memang ramai pemimpin PAS yang memperolehi manfaat termasuklah secara tiba-tiba menjadi orang kaya baru serentak dengan perlantikan sebagai Yang Berhormat. Masing-masing berpeluang menyandang jawatan berprestij dalam agensi dan jabatan negeri dengan gaji yang lumayan dan berkali ganda lebih besar berbanding kerjaya sebelumnya. Kereta MB dan exconya pula bertukar ganti dan rumah wakil rakyat pula berubah dari kecil menjadi sebesar-besarnya. Di masa yang sama ada juga yang berpeluang menikmati pendapatan tambahan melalui komisyen dari pelbagai projek dan tender kerajaan. Namun dari segi manfaat untuk umat dan agama Islam itu sendiri, hakikatnya telah banyak yang tercabar, tercalar dan terjejas dek kerana PAS terlampau mendahulukan kuasa berbanding prinsip Islam. Sejak 4 tahun lalu, para pemimpin DAP semakin berani mempertikaikan pelbagai hak dan keistimewaan orang Melayu dan agama Islam kerana yakin mereka telah berjaya menundukkan PAS tambahan pula dikalangan pemimpin PAS sendiri terlalu kerap tunduk patuh pada semua tuntutan DAP. Gara-gara keterlanjuran PAS terlalu mahu menjaga hati pemimpin DAP, impaknya menyebabkan kalimah Allah s.w.t tercabar kesuciannya malah sengaja digadaikan oleh pemimpin PAS demi untuk memenuhi tuntutan DAP yang mahukan kalimah tersebut diguna sama oleh pendakwah kristian. Laungan azan dan bacaan ayat suci Al-Quran sementara menanti masuknya waktu Subuh kini kian dipertikaikan oleh rakan sepakatan PAS, semuanya atas dasar hak asasi manusia manakala di pihak PAS pula tanpa berselindung terus saja tunduk memperlahankan laungan azan dan bacaan Al-Quran. Manakala itu, tradisi perarakan Maulidur Rasul yang sudah berpuluh tahun tidak pernah dicuit atau dipertikaikan, tiba-tiba sahaja dipersoalkan oleh rakan sekedudukannya kemudian tak semena-mena dibatalkan tanpa sedikitpun dipertahankan oleh pemimpin PAS. Pendakwah Kristian dan pemimpin politik Cina DAP juga semakin berani mendekati orang Melayu Islam sambil menawarkan bantuan kebajikan sambil menerap nila-nilai Kristianiti, kesannya masalah murtad yang suatu ketika dulu pernah menjadi musuh utama PAS kini bagai dipandang sepi saja. Tidak cukup dengan cabaran-cabaran sedemikian, PAS juga gagal ke depan mempertahankan dasar dan polisinya berkaitan hukum hudud dan negara Islam. Demi kerana DAP, kedua-duanya tak mampu disenaraikan dalam buku jingga malah dalam bajet 2013 pakatan pembangkang juga perihal agama Islam bagaikan tercampak ke tepi. Jika beberapa senario di atas masih dianggap oleh Hadi amat menguntungkan PAS, benarlah kata-kata itu kerana ia memang menguntungkan PAS dari segi untuk kepentingan diri pemimpinnya, namun di masa yang sama hakikatnya Islam dan umatnya sejak 4 tahun lalu terus menerus mengalami kerugian. |
Posted: 15 Oct 2012 03:00 AM PDT Kerajaan beri kepada rakyat bantuan wang tunai BR1M diseluruh negara.Ramai yang mendapat hasil inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban namun korang yang menerima BR1M dianggap bagai anak ayam kebuluran..Salahuddin Ayub kata yang menerima BR1M kecanduan bantuan kerajaan. <iframe width="460" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/K-Lhhoc5MZw" frameborder="0" allowfullscreen></iframe> Pisau nasihatkan korang yang tak mau jadi anak ayam kebuluran jangan terima BR1M..PAS dan Pakatan dah larang tu..maka korang sanggupkah tolak tak mau terima BR1M? Pisau kata " yang bujang pun dapat jugak.." |
PRU Bersih: Australia Anggap Ambiga Penipu Posted: 15 Oct 2012 12:42 AM PDT Semakin hampir kepada Pilihanraya Umum, semakin kalutlah rangkaian talibarut Yahudi termasuk Pakatan Rakyat, SUARAM dan juga BERSIH. Walaupun setelah habis segala penipuan dan fitnah ditabur terhadap BN, masih belum membawa apa-apa kesan yang signifikan kepada perjuangan mereka, malah sebaliknya asyik terkantoi, terperangkap dan terbabas di sana sini. Beberapa siri demonstrasi yang disusun juga menunjukkan kemerosotan dari segi sambutan dan bukannya peningkatan seperti yang dijangka. Walaupun tema demonstrasi dipelbagaikan dari isu sistem pilihanraya kepada isu alam sekitar sehinggalah ke tema umum seperti demokrasi atau kebangkitan rakyat, namun keadaan masih tidak kelihatan begitu meyakinkan di pihak mereka. Malah, rakyat semakin meluat, menyampah, ragu-ragu hatta takut melihat gelagat mereka yang sanggup berbuat apa saja untuk mengambil alih negara. Perkembangan ini memaksa rangkaian pengkhianat ini untuk mencari alternatif lain bagi menyemarakkan kembali semangat untuk memusnahkan negara sendiri di kalangan penyokong mereka. Untuk ini, mereka bergantung kepada ëjiwa hambaí yang menyelubungi penyokong mereka iaitu dengan menghantar Ambiga Sreenavesan, Pengerusi BERSIH untuk mengadap menyembah bangsa penjajah, iaitu Nick Xenophon, seorang Senator Bebas dalam Parlimen Australia. Ambiga ditugaskan secara rasmi untuk mengulangi sejarah dengan meminta bangsa penjajah membantu Pakatan Rakyat mengambil-alih kuasa dari kerajaan yang sah, yang dipilih oleh rakyat. Caranya ialah dengan meminta kerajaan Australia mencampuri proses pilihanraya Malaysia atas alasan ianya tidak dijalankan dengan bersih. Pastinya, untuk bantuan seperti itu, Malaysia akan perlu membayar sama ada dengan menggadaikan sebahagian, atau keseluruhan kek ekonomi kepada asing, atau menggadaikan agama, bangsa atau kesemuanya sekali. Namun, ternyata Nick Xenophone telah gagal meyakinkan parlimen Australia untuk menyempurnakan hajat Ambiga. Melalui transkrip debat antara Nick dengan Menteri Luar Australia, Bob Carr, jelas hujah Nick amat lemah apabila mengusulkan kenyataan Ambiga dan Andrew Khoo, iaitu ahli jawatankuasa BERSIH bahawa Pilihanraya Umum Malaysia yang akan datang tidak akan adil dan bersih. Hujah ini diasaskan kepada sistem pendaftaran undi, proses pengiraan undi, keraguan mengenai undi pos serta larangan terhadap demonstrasi jalanan. Beliau juga membangkitkankan isu semburan gas pemedih mata terhadap peserta demonstrasi sebagai faktor untuk meragui sistem pilihanraya negara ini. Dengan itu, Nick meminta agar Australia memantau pilihanraya Malaysia. Bob Carr kemudian menyangkal usul Nick dengan hujah yang berdasarkan fakta jelas iaitu kerajaan Malaysia pastinya telah melalui pilihanraya yang adil di mana parti memerintah telah kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU yang lalu. Lebih-lebih lagi apabila keputusan ini dicapai dengan kekalahan di lima negeri yang membawa kepada perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Beliau juga menyatakan bahawa mengikut makluman, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sendiri juga dalam pertimbangan serius untuk menjemput pemerhati luar untuk pemantauan proses pilihanraya. Dengan hujah Bob Carr yang bernas dan tidak dapat disangkal lagi, maka parlimen Australia langsung membakul-sampahkan hajat Ambiga atau usul Nick sebagai tidak berasas. Malah Bob Carr juga menegaskan bahawa hal ehwal dalam negeri Malaysia, adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Malaysia dan Australia tidak perlu campurtangan. Justeru, di manakah kedudukan Ambiga sebagai warganegara, sebagai pemimpin atau sebagai manusia dalam tindakan ini? Tiada yang lebih keji dari seorang pengkhianat yang memburukkan negara sendiri, meminta kerajaan asing campurtangan tetapi kemudian hajatnya ditolak oleh kerajaan asing tersebut atas alasan usul yang dibawanya tidak berasas kerana tidak konsisten dengan fakta, angka dan rekod sejarah? Jika benar Ambiga masih waras, beliau tentu merasa malu yang amat sangat. Selepas peristiwa yang memalukan ini, wajarlah beliau belajar mengutip cebisan-cebisan maruah yang tinggal dan bersara terus dari menjadi pengkhianat negara. |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment