UMNO Online - “Pembubaran Parlimen Bila-bila Masa.. BN Menang 2/3…” plus 9 more

UMNO Online - “Pembubaran Parlimen Bila-bila Masa.. BN Menang 2/3…” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pembubaran Parlimen Bila-bila Masa.. BN Menang 2/3…

Posted: 15 Oct 2012 05:02 AM PDT

Tidak dapat tidak, pengakuan terbuka PAS dan Nik Aziz yang mengakui betapa pentingnya kerjasama PAS-DAP untuk membolehkan PAS beroleh kuasa akan menyebabkan berlaku penyusutan sokongan orang Melayu dan Islam terhadap PAS.

1. Penyusutan paling ketara akan berlaku dalam kategori pengundi atas pagar yang akan membuat keputusan pada saat-saat akhir atau di atas faktor-faktor perkembangan mutakhir yang berlaku.

2. Penyusutan kadar sokongan juga akan berlaku di kalangan penyokong PAS dalam kategori "lurus bendul", iaitu yang benar-benar bersangka baik dan menyokong perjuangan PAS selama ini disebabkan nama Islam yang dijunjung oleh PAS.

3. Penyusutan sokongan juga turut berlaku di kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang tegar dengan pegangan dan prinsip asal perjuangan asal PAS yang konsisten dalam memperjuangkan Islam.

Kategori ke 3 ini telah pun berlaku, dan gelombang pertama ianya terjadi ialah pada saat Dr Hassan Ali dipecat oleh kepimpinan PAS. Gelombang ke-2 sedang tercipta dan terus berlaku adalah kesan dari perbezaan prinsip yang wujud di antara Ust.Nasha dan kepimpinan tertinggi PAS.

Jelas, dalam isu ini, Ust.Nasha lebih jelas dan konsisten terhadap pegangan prinsip perjuangannya berbanding dengan lain-lain pemimpin PAS.

Kategori ke-2, iaitu penyokong "lurus bendul" juga cukup ramai di dalam PAS. Mereka ini adalah terdiri dari umat Islam Melayu yang ideal perjuangan Islamnya. Mereka membayangkan Islam ini suci dan praktikal untuk dilaksanakan secara berkesan melalui sistem politik dan pemerintahan.

Mereka berkeyakinan usaha merealisasikan proses Islamisasi di Malaysia ini hanya boleh terlaksana melalui PAS.

Kategori pertama, iaitu pengundi atas pagar adalah paling ramai. Golongan ini sangat terkesan dengan situasi semasa yang berlaku. Mereka adalah pengundi yang tidak berparti. Mereka hanya menjadi pengundi dan undian atau pilihan yang dilakukan oleh golongan ini adalah bersandarkan apa yang terjadi dan dilihat berlaku pada permukaan saja.

Suasana semasa yang dicetuskan oleh para pemimpin tertinggi PAS, berupaya membogelkan "niat tersembunyi PAS" selama ini, iaitu PAS pada hakikatnya tiada beza dengan UMNO. PAS hanyalah sebuah parti politik yang bermatlamatkan kepada kemenangan merebut kuasa pemerintahan melalui pilihan raya.

Golongan atas pagar ini adalah golongan yang paling sensitif dalam soal masa depan Agama, bangsa dan negara, walaupun mereka tidak terlibat dengan politik. Golongan inilah yang tidak mahu "pening kepala" atau berdebat dan bergaduh kerana politik.

Golongan ini sangat survival pemikirannya. Apa yang mereka mahu hanyalah "kesenangan dan keselesaan hidup tanpa ada hiruk pikuk tak tentu hala sepanjang masa". Golongan ini tidak suka orang berlebih-lebihan berpolitik, baik orang itu orang UMNO, mahupun orang pakatan. Mereka adalah golongan yang cepat fed-up melihat telatah para ahli politik yang tidak habis-habis berpolitik seolah-olah tanpa politik dunia akan kiamat.

Jika kategori 1 ini mewakili 30% dari keseluruhan pengundi, dalam senario yang berlaku mutakhir ini, majoriti kalangan mereka ini semakin jelas akan berpihak kepada 'incumbent', iaitu BN. Mungkin sebahagian besar kalangan ini adalah pengundi pakatan dalam PRU12 yang lalu disebabkan terlalu fed-up dengan kepimpinan lembik Pak Lah.

Kategori atas pagar yang selama ini memenangkan BN telah beralih kepada pakatan pada PRU12 kerana faktor suasana semasa kepimpinan negara ketika itu yang sangat memualkan. Maka mereka bertindak menyeberang dan beralih rasa mengundi pembangkang.

Tanpa swing votes dari pengundi atas pagar ini, BN tidak mungkin akan hilang majoriti 2/3 keran merekalah selama ini yang menyumbang kepada kemenangan 2/3 BN pada setiap kali PRU.

BN hanya memerlukan 7% 'swing votes' dari "mengundi pakatan kepada mengundi semula BN" untuk membolehkan BN memerintah dengan majoriti 2/3.

Angka ini sudah terlalu hampir atau mungkin sudah lebih dari sasaran 7% dicapai dengan "suasana peralihan angin" pengundi atas pagar disebabkan ragam dan politik keterlaluan yang digerakkan oleh pakatan.

Pendekatan politik, politik dan politik yang tidak pernah surut yang dilakukan oleh pembangkang sudah terlalu jauh tersasar dan 'overbought'. Inilah kesilapan terbesar yang dilakukan oleh pakatan. Mereka tidak sedar pendekatan "kontroversi memanjang" yang digerakkannya hanya berupaya mengekalkan sokongan pengundi tegar dan taksub.

Mereka lupa sasaran sebenar yang sepatutnya ditumpukan adalah menumpukan kepada isu yang boleh menarik sokongan pengundi atas pagar.

Pengumuman janji tol percuma, harga kereta rendah, pendidikan percuma dan segala kos hidup turun dan menjadi harga runtuh bukanlah ubat untuk menarik sokongan golongan ini. Mereka makin menyampah dengan janji lelong murah yang tidak berpijak di bumi nyata. Janji sedia ada pun tidak tertunai, sudah berjanji lagi dengan imbuhan lebih hebat.

Rakyat tidaklah sebodoh penyokong taksub mereka yang menerima bulat-bulat dan buta-buta apa yang disuapkan oleh para pemimpin mereka.

Jadi PM Najib jangan ragu-ragu. Bubarlah parlimen dengan penuh keyakinan. BN akan kembali dengan 2/3, insya-Allah…Bubarlah… Allah tidak akan sesekali membenarkan pembangkang mempermain-mainkan agamanya untuk santapan politik. "Mulut mereka mengukir bait-bait ayat suci, tapi hati merekaseperti serigala". Ini pernah disebut oleh Nabi saw.

kkamdias.blogspot.com

Antara Lidah Panjang Dan Bermulut Berus

Posted: 15 Oct 2012 04:24 AM PDT

Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dalam kenyataannya Sabtu lepas tanpa berselindung meluahkan kemarahannya dengan menggelar Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai pemimpin berlidah panjang berikutan sikap bekas Timbalan Presiden Pas itu yang dianggap tidak senada dengan pendirian parti.

Reaksi keras daripada Nik Aziz itu sebenarnya berkait rapat dengan kontroversi terbaru membabitkan Nasharudin yang dalam ucapannya minggu lalu, secara terbuka telah menegur sikap sesetengah orang Islam yang terlampau mendahulukan matlamat mengejar kuasa hingga mengabaikan prinsip Islam itu sendiri.

Bekas Timbalan Presiden Pas itu, dalam ucapannya di PWTC ketika Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah juga telah mengkritik tindakan pihak tertentu yang memandang enteng isu kesatuan ummah terutama sekali membabitkan penyatuan UMNO dan Pas.

Walau dibaca berkali-kali ucapan Nasharudin itu, tiada satu pun yang bertentangan dengan ajaran Islam tapi peliknya ia begitu menyakitkan hati Mursyidul Am Pas sehingga tergamak memanggil pemimpin separti dengannya sebagai berlidah panjang.

Jelas sekali, Nik Aziz sudah tidak dapat menahan sabar melihat tindak-tanduk Nasharudin yang berterusan melontarkan pendapat dan idea berkaitan perpaduan sesama Islam, seolah-olah bagi Nik Aziz isu-isu sedemikian tiada maknanya disaat Pas begitu kemaruk mahu mengejar kausa.

Barangkali bagi Nik Aziz, kerjasama Pas dengan DAP yang kini berpeluk erat dan berdakap sakan itu terlalu mulia untuk dipertikaikan, sementelah lagi Nik Aziz sendiri mengakui tanpa DAP amat sukar untuk Pas menggapai puncak kuasa yang diangan-angankan.

Hanya kerana Nasharudin menegur partinya sendiri yang semakin terkeluar dari landasan prinsip Islam, beliau digelar berlidah panjang.

Dek kerana Nasharudin pernah menemani Perdana Menteri dalam pertemuan mesra dengan para ulama Arab Saudi, beliau dihalau keluar dari Pas oleh Mursyidul Am Pas.

Nasharudin bukanlah orang pertama yang pernah diremehkan maruahnya dengan gelaran sedemikian. Para ulama kerajaan sendiri suatu ketika dulu pernah digelar sebagai ‘ulama haid dan nifas’ oleh Nik Aziz, manakala Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri pernah dihamburkan dengan doa pelik oleh Nik Aziz supaya perut PM pecah berterabur isi dalamnya.

Malah Nik Aziz juga pernah melabel ulama-ulama pro UMNO gelaran syaitan bisu, ulama terompah kayu dan lain-lain panggil buruk yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang manusia yang mengaku sebagai ‘tok guru dan ulama’.

Malah Nik Aziz juga pernah melabel ulama-ulama pro UMNO gelaran syaitan bisu, ulama terompah kayu dan lain-lain panggil buruk yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang manusia yang mengaku sebagai ‘tok guru dan ulama’.

Orang ramai tak pelik kalau gelaran-gelaran jelik sebegitu tersebut keluar dari mulut penyokong bawahan atau orang biasa yang cuma menjadi pengikut parti politik, tapi bila ucapan buruk sebegitu keluar dari mulut sang pemimpin yang mengaku ‘ulama’, memang pelik bin ajaib.

Hakikatnya, masalah tutur kata buruk dan kelancangan mulut Nik Aziz sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa pun. Itulah reputasi hakiki Nik Aziz sejak sekian lama.

Bagi sebahagian besar rakyat Kelantan, imej Nik Aziz sebagai pemimpin bermulut berus telah lama disedari ramai.

Bagi orang Kelantan istilah ‘mulut berus’ selalunya dikaitkan dengan seseorang yang lancang mulutnya, kerap mengata pada orang lain , tutur katanya pula hodoh dan lebih banyak menyakitkan hati berbanding memberi pedoman pada pendengarnya.

Cuba anda semua tulis perkataan ‘mulut berus’ pada engin carian Google kemudian klik pada tab imej, pastinya gambar-gambar Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat kelihatan di dua barisan teratas paparan keputusan.

Itulah reputasi sebenar Nik Aziz, sejak dulu lagi sudah sinonim dengan sebagai pemimpin bermulut berus, gemar menggelar orang lain dengan gelaran buruk disamping cukup sinonim dengan perangai buruk suka memperlekehkan sesama Islam.

Mr Beruang Biru

Philippine Govt, MILF Sign Historic Peace Accord Brokered By Malaysia

Posted: 15 Oct 2012 04:09 AM PDT

MANILA, Oct 15 – The Philippine government and the Moro Islamic Liberation Front (MILF) today signed a historic agreement, which Malaysia helped broker,  to end a four-decade-long conflict in the southern Philippines.

The Framework Agreement on the Bangsamoro was signed at 3pm local time (same time as Malaysia) by the Philippines’chief negoatiator Marvic Leonen and MILF’s lead negotiator Mohagher Iqbal in the presence of Philippine President Benigno Aquino III and Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, at the presidential Malacanang Palace here.

Both Aquino and Najib hailed the peace deal, with Aquino saying the agreement opened a new chapter in the history of his country and Najib saying the Bangsamoro people rightly deserved peace.

Najib, who arrived here yesterday with his wife Datin Seri Rosmah Mansor, said the agreement was a chance to ensure that the Bangsamoro people would enjoy the dividends of peace.

Speaking at the signing of the historic agreement at the Rizal Hall of Malacanang Palace, the Prime Minister said the agreement was also a chance to restore dignity to the people of the southern Philippines; who were deprived of their humanity by decades of violence.

Assuring the people of the Philippines that Malaysia would stand with them to make this agreement work, Najib in his 15-minute speech said Kuala Lumpur was ready to help as a partner for peace.

"It is my great hope that this agreement brings about a new time of moderation; where the practice of religion and the right to a peaceful existence are never again in conflict. Where people of different faiths live together, united by common values, under a common constitution.

"The agreement we have witnessed today marks the beginning of that era in the southern Philippines. I congratulate all those who have made this possible, and I look forward to the final agreement," said Najib.

The historic ceremony marked a significant milestone in the peace process in Mindanao.

The process was wrecked by almost four decades of war and conflict, resulting in the loss of some 150,000 lives.

The Framework Agreement is dubbed as the "mother agreement" that serves as aroadmap for the creation of the new Bangsamoro entity that will replace the current Autonomous Region in Muslim Mindanao.

"The framework before us will bring to and end the violence which claimed so many lives, and cut short so many futures.It will protect the rights of the Bangsamoro people, and preserve the sovereignty and territorial integrity of the Philippines. It is the firm ground on which a lasting peace can be built," said Najib who's speech was received with thunderous applause from those attending the ceremony in the packed hall.

The signing ceremony was preceded by the national anthem of the Philippines, a ‘doa’ (Muslim parayer) recital and a Christian prayer.

Earlier, Najib and Rosmah Mansor were received by Aquino on arrival at Malacanang Palace.

Najib was then accorded an official welcoming ceremony at the Malacanang Palace Grounds. Accompanied by the president, Najib inspected the Presidential Honour Guards who conferred on the Prime Minister arrival honours.

Najib pointed out that in confronting their differences and finding common ground, both sides had given something.

"But the people of the southern Philippines have gained everything. In choosing peace over conflict, and stability over chaos, both sides have stated their belief not just in universal principles of democracy, justice and tolerance, but their application in the service of a greater good," he said.

Offering readiness to assist the Bangsamoro, Najib said Malaysia was willing to offer training and education, so that the children in Bangsamoro could aspire to a future that their parents could not.

"For decades, Malaysia has been home to those who sought refuge from this conflict. Thousands fled in search of safety. Generations have grown up on our shores, far from the land of their ancestors. It is our abiding hope that the agreement gives them a homeland again. For Mindanao, there can be no more lost generations," he said.

While saying that Malaysia was honoured to have played a part in today's historic agreement, the Prime Minister said Malaysia was also willing to help build institutions in Mindanao so that the society that grew in Bangsamoro is stronger than before.

Malaysia was also willing to help in land development, so that farmers in Bangsamoro who were formerly freedom fighters could reap the harvest of peace, he said.

In his speech, Najib also reminded that today's agreement was not an end point but a beginning, thus there was much still to be done.

He stressed that the framework agreement was a historic document, "but it does not solve all the problems".

"Rather, it sets the parameters in which a lasting peace may be found.I hope all sides continue to recognise their responsibilities in the coming months, as they work towards a final peace agreement," he said.

Najib, said that the document signed today was an expression of the trust that people had placed in this peace process.

"That trust is hard won; it must be protected and above all it must be honoured. Only those responsible for the conflict can prevent its return," he said.

Besides that, he said recognition should also be accorded to the lead negotiators Leonen and Mohagher Iqbal and their teams, as well as the Malaysian facilitator, Tengku Datuk Ab Ghafar Tengku Mohamed, who signed as a witness to the agreement.

The ceremony among others was also attended by Malaysia’s Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman, Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Minister of International Trade and Industry Datuk Seri Mustapa Mohamed besides MILF chairman Murad Ebrahim and OIC Secretary-General Ekmeleddin Ihsanoglu.

Aquino in his speech, also thanked Najib and the Malaysian government for their efforts in facilitating the peace process.

He also praised Tengku Mohamed for his wisdom which enabled the Phliippine government and the MILF to reach a consensus.

Malaysia facilitated and hosted the peace talks since 2001, culminating in the announcement simultaneously in Manila and Kuala Lumpur on Oct 7 of the long awaited peace agreement.

Murad in his speech also thanked Malaysia and appealed to another faction in Mindanao, the Moro National Liberation Front (MNLF) to support the agreement and join in the rebuilding efforts in Mindanao.

Mesej Jelas Rakyat.. Konsert Bersih Malapetaka Yang Tidak Diundang

Posted: 15 Oct 2012 04:02 AM PDT

Salam..

Bertempat di Stadium Kelana Jaya, Sabtu lepas, NGO Bersih 2.0 telah mengadakan “Konsert Bersih 2.0 8T” sebagai usaha lanjutan untuk terus menyemarakkan kempen propaganda anti SPR.

Simbol 8T merujuk secara langsung kepada lapan tuntutan yang diperjuangkan oleh NGO tersebut. Menurut penganjur, konsert tersebut diadakan sebagai manifestasi kekecewaan konon kerana kesemua lapan tuntutan mereka gagal dipenuhi.

Stadium ini secara rasminya memiliki tempat duduk berkapasiti 25,000 penonton dan jika kawasan padangnya diambil kira, secara umumnya dapat menampung sekitar 35,000 hingga 40,000 orang pada satu-satu masa.

Dalam Konsert Bersih 2.0 8T itu, amat jelas kelihatan ruang kosong di atas padang dan bangku tempat duduk lebih banyak tak berpenghuni, menunjukkan betapa kurangnya sambutan orang ramai terhadap program sosial anjuran NGO Bersih 2.0 itu.

Ada portal pro pembangkang yang mendakwa konsert tersebut telah dihadiri 700 orang, manakala portal lain pula menyatakan hanya 500 orang sahaja yang memeriahkan majlis tersebut.

Berdasarkan pemerhatian dan hasil culaan di lokasi, angka sebenar kehadiran orang ramai dalam konsert tak bermanfaat itu hakikatnya hanya sekitar 300 orang sahaja termasuklah kira-kira 100 orang petugas dan artis-artis yang terlibat.

Walaupun angkanya berbeza-beza tapi kesimpulannya sama, konsert tersebut tidak mendapat sambutan dan jumlah kehadiran pula sudah sahih di bawah angka seribu.

Sekalipun pemimpin utama NGO Bersih seperti Pengerusinya, Ambiga Sreveneesan dan A. Samad Said turut hadir memberi ucapan dan sokongan, manakala promosi pula telah dilakukan secara besar-besaran sejak dua minggu lalu, nampaknya ia tetap gagal menggamit perhatian ramai.

Nyata ia satu pencapaian yang agak mengecewakan penggerak NGO Bersih kerana jumlah kehadiran yang terlampau merosot berbanding kehadiran sekitar 4,000 orang semasa Sambutan Ambang Merdeka dan 25,000 orang semasa demonstrasi jalanan Bersih 3.0.

Jelas sekali, apabila demonstrasi atau himpunan anjuran NGO proksi PR itu diadakan dijalanan terutama di kawasan tumpuan ramai, jumlah kehadiran penyokong kelihatan ramai bukanlah kerana pesertanya, tetapi disebabkan orang ramai yang lalu lalang termasuklah khalayak yang datang untuk sekadar memerhati keadaan.

Melihat pada kesuraman yang dialami program sosial Konsert Bersih 8T anjuran NGO Bersih ini, mahu tidak mahu, mereka perlu menerima hakikat, retorik perjuangan mereka sudah tidak dipedulikan oleh majoriti rakyat Malaysia.

Program ini yang asalnya diramalkan oleh para pemimpin pembangkang dan penggerak NGO Bersih konon bakal menyemarakkan keraguan rakyat terhadap keadilan sistem pengurusan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR, kini sudah bertukar menjadi malapetaka membuktikan rakyat semakin jauh dari pembangkang dan NGO proksi mereka.

Peserta Anti Bersih 2.0

Pertemuan Soros : Rakyat Tahu Beza Antara Terima Dana Dengan Pertemuan Biasa

Posted: 15 Oct 2012 03:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Okt –  Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan membidas sikap Pakatan Pembangkang yang cuba memanipulasikan pertemuan Perdana Menteri dan George Soros dengan cuba menimbulkan andaian yang tidak tepat demi semata-mata untuk  menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan hari ini.

Menurut beliau lagi, ini adalah sikap pembangkang di mana mereka akan sentiasa cuba memutar belitkan kenyatan dan fakta untuk memperlihatkan konon-kononnya kerajaan juga turut mengadakan kerjasama politik dengan  golongan Yahudi.

"Kita tahu keterlibatan Anwar dengan golongan Yahudi Neo Konservatif. Perkara ini tidak dapat disorokkan oleh mereka. Begitu juga dengan isu dana asing yang diterima oleh Suaram dan Malaysiakini melalui George Soros. Mereka sudah tidak punya hujah untuk menafikan hal itu, jadi mereka gunakan peluang untuk memutar belitkan kenyataan dan cuba untuk menimbulkan kecurigaan rakyat dalam pertemuan PM dengan Soros kira-kira dua tahun lepas itu.

"Sedangkan pertemuan itu hanyalah sekadar pertemuan biasa dan berbeza dengan pertemuan pembangkang yang mempunyai agenda meminta dana untuk menjatuhkan kerajaan dan sebagainya yang sudahpun terbukti hari ini," jelas beliau kepada UMNO Online.

Jelasnya lagi, Tun Mahathir juga pernah difitnah oleh Pakatan Pembangkang berkenaan surat yang diutuskan kepada Perdana Menteri Israel yang sebenarnya menyatakan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin yang masih tidak selesai, ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

"Tetapi pembangkang cuba memanipulasikan isu surat terbut dengan mengatakan Tun seolah-olah tunduk kepada Israel dan ingin menjalinkan hubungan baik dengan negara tersebut dan menyokong segala tindakan mereka.

“Apabila isi kandungan surat Tun itu pun telah didedahkan barulah kita tahu hal sebenar di mana surat tersebut hanyalah sebagai satu kenyataan dan prinsip kerajaan dalam hal-hal isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan isu rakyat Palestin," ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat di negara ini tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pembangkang yang sedaya upaya cuba untuk memburukkan imej pemimpin negara dalam pelbagai sudut termasuklah dari sudut hubungan dengan golongan Yahudi dan Israel.

"Mereka cuba menutup segala kelemahan dan kesilapan mereka dengan cara untuk mengaitkan kepimpinan kerajaan, konon-kononnya melakukan perkara yang sama. Inilah cara pembangkang yang tidak kira apa cara sekalipun, biarpun ianya fitnah dan andaian semata untuk memburukkan imej kerajaan di mata rakyat.

"Prinsip Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat jelas bahawa kita tidak mempunyai sebarang bentuk perhubungan politik dan diplomatik dengan Yahudi mahupun negara Israel.

“Setakat pertemuan biasa, itu tidak menjadi masalah,  tetapi yang menjadi masalah ialah apabila kita mempunyai hubungan politik dengan tokoh-tokoh Yahudi dan Israel yang dunia umumnya tahu mereka ini mempunyai agenda dan muslihat yang tidak baik kepada negara, seperti mana yang dilakukan oleh pihak pembangkang hari ini," tegasnya. -MediaUMNO

Zeti : Greece Needs Time To Implement Reforms

Posted: 15 Oct 2012 03:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 15 – Debt-crippled Greece should be given more time to implement reforms and clean up its finances, otherwise, an overly-stringent austerity drive could push the country into a prolonged recession and make recovery even more unlikely, says Bank Negara Malaysia Governor Zeti Akhtar Aziz.

She said fiscal consolidation and then restructuring of the economy would take time, which was partly why Malaysia rejected aid from the International Monetary Fund, during the Asian financial crisis in 1997, to embark on its own reforms instead.

“The adjustment, the austerity and consolidation of the fiscal position has to be done gradually because any drastic prescription or conditionalities would drive the country into a new phase of economic recession.

“This would increase the cost to the economy and make recovery potential more remote,” said Zeti in an interview with CNBC on the sidelines of the IMF meeting in Tokyo over the weekend.

While she did not think that conditions attached to loans should be too onerous, she said indebted nations also need to “bite the bullet” and implement changes.

“Although these changes take a lot of time, consolidating finances and restructuring the economy will restore competitiveness.

“There are so many things that can be done to reduce this severity on the economy concerned and I believe in this. And, this is what Malaysia did.

“It’s very important to have a balanced approach and I think this can be done for in the European experience as well,” she told CNBC.

Penduduk Wilayah Selatan Dapat Nikmati Manfaat Keamanan – PM

Posted: 15 Oct 2012 03:30 AM PDT

MANILA, 15 Okt – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjanjian rangka kerja antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi penubuhan wilayah autonomi Bangsamoro merupakan peluang memastikan penduduk wilayah itu dapat menikmati manfaat keamanan yang memang mereka berhak.

Bercakap pada majlis menandatangani perjanjian bersejarah itu di Dewan Rizal di Istana Malacanang di sini pada Isnin, Perdana Menteri berkata perjanjian tersebut merupakan peluang untuk mengembalikan semula martabat penduduk wilayah selatan Filipina selepas dibelenggu pergolakan ganas lebih 40 tahun di wilayah itu.

Memberi jaminan kepada rakyat Filipina bahawa Malaysia akan berdiri bersama mereka dalam memastikan rangka kerja perdamaian berjalan lancar, Najib semasa ucapan 15 minit itu berkata Kuala Lumpur sedia membantu sebagai rakan kepada perdamaian tersebut.

“Adalah menjadi harapan besar saya bahawa perjanjian ini membawa kepada era kesederhanaan baru yang mana amalan agama dan hak untuk hidup bersama tidak lagi menjadi isu konflik. Penduduk pelbagai agama dapat hidup bersama secara aman di bawah satu perlembagaan.

“Perjanjian yang kita saksikan pada hari ini menandakan permulaan era baru di selatan Filipina. Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan usaha ini dan saya tidak sabar-sabar untuk melihat perjanjian muktamad nanti,” katanya yang menyaksikan majlis itu bersama Presiden Filipina Benigno Aquino III.

Perjanjian Rangka Kerja menjadi pelan damai bagi penubuhan wilayah autonomi Bangsamoro bagi menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

“Rangka kerja ini mengakhiri keganasan yang mengorbankan banyak nyawa dan memendekkan banyak peluang masa depan. Ia akan melindungi hak penduduk Bangsmoro dan memelihara kedaulatan dan integriti wilayah Filipina. Ia adalah tapak asas yang kukuh di mana keamanan berkekalan boleh dibina, “kata Najib dengan disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin.

Majlis menandatangani itu pada pukul 3 petang waktu tempatan itu didahului dengan lagu kebangsaan Filipina diikuti bacaan doa mengikut cara Islam dan Kristian.

Terdahulu, ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Istana Malacanang disambut oleh Presiden Benigno.

Kemudian Najib diberi sambutan rasmi dengan penghormatan memeriksa barisan kehormat Pengawal Presiden di perkarangan istana.

Pembangkang Cuba Runtuhkan Perpaduan Untuk Hancurkan BN

Posted: 15 Oct 2012 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Okt. – Kesejahteraan negara bergantung kepada perpaduan dan kesatuan yang diterapkan dalam negara biarpun masyarakat di dalamnya terdiri dari pelbagai kaum, berbeza etnik, berlainan agama dan budaya yang pelbagai.

Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia, H.E. Luc Vandebon berkongsi pendapat yang sama dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keseimbangan dalam pentadbiran masyarakat pelbagai kaum.

"Bukan mudah untuk sebuah kerajaan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sebagaimana Kesatuan Eropah yang turut menghadapi cabaran besar ekoran daripada masyarakat pelbagai bangsa tetapi kesatuan dan persefahaman yang diterapkan mampu memastikan perpaduan terus utuh," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormatnya kepada Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, petang ini.

Dalam ucapan balasnya, Tengku Adnan turut menyelar sikap pakatan pembangkang yang sanggup mempertaruhkan kedaulatan negara atas nama demokrasi untuk memperlihatkan kepada masyarakat antarabangsa kononnya Malaysia tidak tenteram.

"Untuk memenuhi cita-cita mentadbir negara ini, pakatan pembangkang sanggup melampaui apa saja sehinggakan meruntuhkan perpaduan yang menjadi kunci kesejahteraan dalam negara dengan tujuan utamanya adalah untuk menghancurkan pentadbiran BN sebagai kerajaan," katanya.

Jelas beliau, pelbagai isu telah dibangkitkan oleh pembangkang ini untuk tujuan menimbulkan krisis dan menggagalkan usaha kerajaan dalam membawa pembangunan dan kemajuan.

"Tujuan utama pembangkang adalah untuk melihat BN tumbang sebagai kerajaan agar mereka dapat mengambil tampuk pentadbiran dan memenuhi agenda sebilangan pemimpin mereka yang sebelum ini pernah bersama-sama dalam BN tetapi gagal mencapai apa yang dihajati.

"Masalah utama BN adalah dimusuhi oleh pakatan pembangkang yang dulunya bersama-sama dengan kepimpinan UMNO dalam merancang dan memikirkan hala tuju negara namun demikian ekoran daripada kegagalan mereka memenuhi agenda peribadi maka perjuangan bangsa keseluruhannya diketepikan dan apa yang pernah diputuskan dalam perbincangan turut diburukkan."

Dalam hal ini beliau merujuk kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjawat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selain parti Pas yang juga adalah serpihan dari UMNO.

"Matlamat mereka dalam usaha menggagalkan kepimpinan BN dan menunjukkan kepada negara luar bahawa kononnya BN menyekat suara demokrasi dan menghalang diadakan demonstrasi sedangkan realitinya fakta sebenar disembunyikan.

"Kerajaan menghalang demonstrasi jalanan yang dilakukan tanpa permit dan boleh mengundang kepada huru-hara dan persengketaan kaum tetapi kerajaan mencadangkan agar mereka melaksanakan perhimpunan dalam ruang yang tertutup tanpa mengganggu aktiviti seharian masyarakat dan orang awam," katanya yang menjadikan Perhimpunan Agung UMNO ke-66 di Stadium Nasional Mei lalu sebagai contoh terbaik.

Dalam masa yang sama, beliau turut membidas anggota pembangkang yang gemar mengelirukan pemikiran rakyat dengan menggunakan agama sehinggakan ia dijadikan sebagai bahan politik.

"Malaysia adalah negara yang sentiasa menerapkan nilai-nilai Islam biarpun hudud tidak dilaksanakan tetapi malangnya pemikiran pakatan pembangkang amat cetek dan menjadikan ia sebagai satu isu besar ibarat negara ini langsung tidak melakukan apa yang dituntut dalam Islam.

Melalui pertemuan tersebut, Tengku Adnan dan Vandebon yang baru memulakan tugas di Ibu Negara turut sepakat dalam melaksanakan kerjasama dan hubungan antara parti bagi kepentingan negara selain Kesatuan Eropah dipelawa untuk turut serta dalam Persidangan Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada 25-26 November ini. - MediaUMNO

Terima Kasih Janji PRU 2008.. MB Selangor Terima Bingkai Gambar Dari Pengundi

Posted: 15 Oct 2012 03:21 AM PDT

SHAH ALAM, 15 Okt – “Hari saya saya tepati janji saya untuk menyerahkan bingkai gambar berisi manifesto PKR & Pas Selangor pada PRU2008 untuk digantungkan di bilik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim”.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak (JMB) Pangsapuri Putra Perdana, Puchong, Rushdan Mohamed diiringi kira-kira 30 orang penduduk Pangsapuri Putra Perdana berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam sejak pukul 10.00 pagi namun tidak dibenarkan masuk untuk menyerahkan 'hadiah' tersebut.

"Kami hanya nak serahkan hadiah ini kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berupa bingkai gambar yang mengandungi manifesto PKR & Pas Selangor pada PRU2008 yang bernilai RM4.90 sahaja.

“Kami mahu gambar manifesto yang hanya bernilai RM 4.90 itu digantung dalam bilik Menteri Besar kerana ia langsung tidak memberi nilai dan makna kepada rakyat negeri Selangor. Manifesto RM4.90 ini tidak ada nilai langsung memandangkan ia hanya sekadar janji-janji kosong atau janji manis pihak pakatan yang kini menjadi kerajaan negeri, untuk merebut hati rakyat sehingga tertumbangnya kerajaan BN pada 2008 lalu di Selangor," ujarnya kepada media di sini hari ini.

Tegas beliau terbukti kerajaan negeri dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdaya rakyat, khususnya menjadikan air percuma sebagai umpan.

"Malah menyedihkan, baru-baru ini kenyataan Khalid Ibrahim bahawa 'manifesto bukan satu perjanjian' merupakan bukti bahawa apa sahaja manifesto pakatan tidak memberi apa-apa nilai dan makna kepada rakyat, tempat yang terbaik hanya sekadar digantung dalam biliknya sahaja.

“Rakyat mengundi sesebuah parti itu berdasarkan beberapa perkara asas iaitu rekod perkhidmatan, ideologi dan manifesto. Jadi, kami melihat manifesto yang menjadi cagaran rakyat Selangor mengundi pakatan di PRU12 yang lepas rupa-rupanya benar-benar janji manis yang ternyata palsu," tambahnya.

Tambahnya, hari ini menjadi bukti apabila niat kami untuk memberikan hadiah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim ini tidak tercapai apabila sehingga jam 11.30pagi, bukan sahaja Tan Sri Khalid tidak turun malah tidak ada seorang pun pegawainya yang turun untuk menerima hadiah tersebut. -MediaUMNO

 

Akhirnya Nik Aziz Buka Tembelang Pas Sendiri Perjuangan Hudud, Negara Islam Hanya Retorik Palsu

Posted: 15 Oct 2012 03:10 AM PDT

KOTA BHARU 15 Okt – Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang  menegaskan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13Pas hari ini adalah bukti bahawa Pas bukanlah parti yang sebenarnya ikhlas memperjuangkan Islam.

Justeru Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof menyifatakan perjuangan Hudud dan Negara Islam serta apa jua yang disebut serta didendangkan dalam siri ceramah mereka hanyalah perjuangan kosmetik semata-mata kerana matlamat mereka hanyalah untuk kuasa sehingga sanggup untuk terus bekerjasama dengan DAP walaupun parti itu jelas menentang hudud dan Negara Islam.

"Sudah jelas dan sudah terang… Apa lagi yang mereka mahu sembunyikan dan apa lagi yang mahu mereka putar belitkan. Bukankah sudah jelas jika itulah nawaitunya dan jika itulah hasratnya, bukankah kemenangan yang dicari dan kuasa yang dimpi-impikan.

"Pakailah ayat apa sekalipun dan keluarlah dalil serta nas sekalipun…tujuan Pas hari ini terbukti iaitu untuk mencapai kuasa semata-mata dan bukannya seperti yang diwar-warkan di dalam ceramah,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada ahli akar umbi.

Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya menambah sesungguhnya kepalsuan akan lenyap dan perkara yang batil akan tenggelam apabila datangnya kebenaran dan hakikat itu terkandung di dalam ayat Al-Quran.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : katakanlah wahai Muhammad telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan sesungguhnya sesuatu yang batil itu pasti akan lenyap jua akhirnya.

Jelas beliau Pas hari ini umpama menyorokkan ikan perkasam atau menyorokkan buah durian yang akhirnya diketahui umum dan terdedah apa yang ingin disembunyikan itu.

"Sesunggunya Islam yang dibawa Pas adalah Islam parti dan bukannya Islam agama dan hukum Islam yang dicanang itu mengikut keperluan parti dan bukannya ikut keperluan agama.

"Sebab itulah saya sebutkan tadi benda yang palsu akan lenyap dan akan terdedah kebenarannya. Nak berselindung di sebalik ketayap, serban, jubah dan mahu  bertopengkan ayat Quran akhirnya Allah buka satu persatu kepalsuan yang diciptakan oleh mereka itu sehingga segala apa yang dituduh kepada UMNO pada satu ketika dahulu kini terpalit ke muka mereka sendiri”, ujarnya. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...