BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


LAPORAN AUDIT !!! BUKTI KERAJAAN DI BAWAH PM @NAJIBRAZAK MAKIN MANTAP !!!

Posted: 15 Oct 2012 04:00 PM PDT


Laporan Audit bagi tahun 2011 yang baru dibentangkan hari ini secara umumnya mendapat respon positif dari berbagai pihak.Ketua Audit Negara,Tan Sri Ambrin Buang membentangkan kutipan hasil kerajaan persekutuan sebanyak RM185.42 billion iaitu peningkatan sebanyak RM25.77 billion atau 16% berbanding 2010. Kutipan LHDN juga meningkat sebanyak 26.7% dari tahun 2010,menjadikan jumlah hasil direkodkan pada RM109.61.Laporan juga menunjukkan prestasi Cawangan LHDNM untuk aktiviti audit bagi individu berpendapatan perniagaan adalah baik memandangkan 12 (70.6%) daripada 17 cawangan telah dapat mencapai/melebihi sasaran fail yang ditetapkan iaitu menepati Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.Secara purata,semua jabatan dan kementerian kerajaan menunjukkan peningkatan dari segi hasil dan juga prestasi.Ini termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengutip duti import berjumlah RM8.704 bilion iaitu kutipan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007 yang berjumlah RM5.965 bilion. 

Daripada 456 Penyata Kewangan tahun 2011 terhadap kerajaan dan agensi dibawahnya yang diaudit, sebanyak 388 daripadanya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan hanya 25 penyata kewangan menerima Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya. Manakala, baki 43 penyata kewangan lagi masih dalam proses pengauditan. Berbanding 2010, sebanyak 368 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan 33 penyata kewangan diberi Sijil Audit Berteguran.Peningkatan yang direkodkan secara tidak langsung membuktikan yang program transformasi yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang memuaskan. Dengan pembentangan Bajet yang mendapat sambutan yang begitu baik dari rakyat,laporan audit ini dijangka memberi impak positif yang berganda dari segi politik kepada parti memerintah.Apatah lagi dengan pembentangan Bajet alternatif oleh pembangkang yang penuh dengan kelemahan,sokongan rakyat kepada parti memerintah dijangka meningkat dengan drastik,terutama dengan sokongan dari golongan peniaga.Secara dasarnya,rakyat semakin yakin dengan parti memerintah, maka walaupun berpendirian atas pagar,mereka tidak akan sesekali memperjudikan masa depan dengan memilih sesuatu yang tidak pasti.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DAP KEDAH BANTAH PERLAKSANAAN IKLAN TUTUP AURAT !!! APA CERITA NI ???

Posted: 15 Oct 2012 11:53 AM PDT


Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata parti itu tidak akan menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan yang menetapkan model berpakaian sopan atau bertudung,seperti yang dilaksanakan di Kelantan.Lee berkata DAP Kedah akan menentang undang-undang berunsur Islam itu sekiranya dilaksanakan PAS di negeri tersebut.

"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya.

Kenyatannya itu bagi mengulas garis panduan pemasangan papan iklan seperti yang dinyatakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Datuk Mat Noh berhubung penggunaan bahasa,lanskap dan pakaian model iklan.Menurutnya lagi,garis panduan tersebut antara lainnya menekankan bahawa model tersebut tidak boleh berpakaian mencolok mata dan perlu menutup aurat bagi model beragama Islam.Lee juga berkata, kenyataan Mat Noh itu hanya pendirian peribadi kerana garis panduan tersebut didakwa bercanggah dengan Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992.

Malah, DAP Kedah juga akan mengambil tindakan ke atas ahli majlisnya dalam MPKS yang mengenepikan kepentingan parti tersebut dalam pelaksanaan garis panduan itu, katanya.

"(Ahli majlis DAP) perlu tahu apa yang patut atau tidak patut disokong," katanya yang menambah MPKS tidak akan dapat menggubal atau mewartakan apa-apa peraturan tanpa persetujuan ahli majlis tersebut.

KANTOI !!! WAN AZIZAH PERNAH BERMEWAH DENGAN HAND BAG CHANNEL ??? BIAR BETUL ???

Posted: 15 Oct 2012 08:35 AM PDT



Tu Diaaaa..Wan Azizah Pernah Bermewah Dengan Hand Bag Channel Sewaktu Menjadi Isteri Timbalan Perdana Menteri.Apa cerita ni ??? jom lihat ulasan di bawah...

Jenama Chanel "mampu" dimiliki oleh isteri seorang Menteri Kewangan tahun 1996...,berapakah harganya ketika itu ??? Sekarang pandai pulak menyalak kata pembaziran kerana bermewah. - MIK


LAIN KALI TAK PERLU TUDUH ORANG LAIN !!! 

TAK BAIK TAU !!! 

DENGAR CERITA ADA LAGI !!!
 
RENUNG-RENUNGKAN

PRU #BERSIH !!! KANTOI !!! KERAJAAN AUSTRALIA ANGGAP AMBIGA PENIPU BESAR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 15 Oct 2012 05:27 AM PDT


Semakin hampir kepada Pilihanraya Umum,semakin kalutlah rangkaian talibarut Yahudi termasuk PR,SUARAM dan juga BERSIH.Walaupun setelah habis segala penipuan dan fitnah ditabur terhadap BN, masih belum membawa apa-apa kesan yang signifikan kepada perjuangan mereka, malah sebaliknya asyik terkantoi,terperangkap dan terbabas di sana sini.Beberapa siri demonstrasi yang disusun juga menunjukkan kemerosotan dari segi sambutan dan bukannya peningkatan seperti yang dijangka.Walaupun tema demonstrasi dipelbagaikan dari isu sistem pilihanraya kepada isu alam sekitar sehinggalah ke tema umum seperti demokrasi atau kebangkitan rakyat,namun keadaan masih tidak kelihatan begitu meyakinkan di pihak mereka. Malah, rakyat semakin meluat, menyampah, ragu-ragu hatta takut melihat gelagat mereka yang sanggup berbuat apa saja untuk mengambil alih negara.Perkembangan ini memaksa rangkaian pengkhianat ini untuk mencari alternatif lain bagi menyemarakkan kembali semangat untuk memusnahkan negara sendiri di kalangan penyokong mereka.Untuk ini,mereka bergantung kepada 'jiwa hamba' yang menyelubungi penyokong mereka iaitu dengan menghantar Ambiga Sreenavesan,Pengerusi BERSIH untuk mengadap menyembah bangsa penjajah,iaitu Nick Xenophon,seorang Senator Bebas dalam Parlimen Australia.

Ambiga ditugaskan secara rasmi untuk mengulangi sejarah dengan meminta bangsa penjajah membantu Pakatan Rakyat mengambil-alih kuasa dari kerajaan yang sah,yang dipilih oleh rakyat.Caranya ialah dengan meminta kerajaan Australia mencampuri proses pilihanraya Malaysia atas alasan ianya tidak dijalankan dengan bersih.Pastinya,untuk bantuan seperti itu,Malaysia akan perlu membayar sama ada dengan menggadaikan sebahagian, atau keseluruhan kek ekonomi kepada asing atau menggadaikan agama,bangsa atau kesemuanya sekali.Namun,ternyata Nick Xenophone telah gagal meyakinkan parlimen Australia untuk menyempurnakan hajat Ambiga.Melalui transkrip debat antara Nick dengan Menteri Luar Australia, Bob Carr,jelas hujah Nick amat lemah apabila mengusulkan kenyataan Ambiga dan Andrew Khoo,iaitu ahli jawatankuasa BERSIH bahawa Pilihanraya Umum Malaysia yang akan datang tidak akan adil dan bersih. Hujah ini diasaskan kepada sistem pendaftaran undi, proses pengiraan undi, keraguan mengenai undi pos serta larangan terhadap demonstrasi jalanan.Beliau juga membangkitkankan isu semburan gas pemedih mata terhadap peserta demonstrasi sebagai faktor untuk meragui sistem pilihanraya negara ini.Dengan itu,Nick meminta agar Australia memantau pilihanraya Malaysia. Bob Carr kemudian menyangkal usul Nick dengan hujah yang berdasarkan fakta jelas iaitu kerajaan Malaysia pastinya telah melalui pilihanraya yang adil di mana parti memerintah telah kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU yang lalu.Lebih-lebih lagi apabila keputusan ini dicapai dengan kekalahan di lima negeri yang membawa kepada perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Beliau juga menyatakan bahawa mengikut makluman,Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sendiri juga dalam pertimbangan serius untuk menjemput pemerhati luar untuk pemantauan proses pilihanraya. 

Dengan hujah Bob Carr yang bernas dan tidak dapat disangkal lagi,maka parlimen Australia langsung membakul-sampahkan hajat Ambiga atau usul Nick sebagai tidak berasas.Malah Bob Carr juga menegaskan bahawa hal ehwal dalam negeri Malaysia,adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Malaysia dan Australia tidak perlu campurtangan.Justeru,di manakah kedudukan Ambiga sebagai warganegara,sebagai pemimpin atau sebagai manusia dalam tindakan ini ??? Tiada yang lebih keji dari seorang pengkhianat yang memburukkan negara sendiri,meminta kerajaan asing campurtangan tetapi kemudian hajatnya ditolak oleh kerajaan asing tersebut atas alasan usul yang dibawanya tidak berasas kerana tidak konsisten dengan fakta,angka dan rekod sejarah ??? Jika benar Ambiga masih waras,beliau tentu merasa malu yang amat sangat.Selepas peristiwa yang memalukan ini,wajarlah beliau belajar mengutip cebisan-cebisan maruah yang tinggal dan bersara terus dari menjadi pengkhianat negara. 

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! SUARAM PERNAH GUGAT KESTABILAN NEGARA INDONESIA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 15 Oct 2012 11:08 AM PDT


1. Jangan pandang remeh keupayaan SUARAM dalam apa-apa isu yang melibatkan keselamatan Negara ini. Pemerintah wajar tegas.

2. Kerajaan Indonesia pernah meminta Kerajaan Malaysia pantau kegiatan SUARAM ini kerana menganggu keharmonian Indonesia lewat 90 an.

3. Campur tangan SUARAM tentang isu Timur Timur dalam Wilayah Indonesia telah menyebabkan Indonesia kehilangan Wilayah tersebut dan kini telah wujud sebuah Negara Kristian – Timor Lestea.

4. SUARAM telah byk atur program2 , bengkel2 dan mesyuarat2 dan minta campur tangan dunia luar terutama dari Barat dalam isu Timur Timur ini.

5. Saifuddin ( S U PKR kini ) bersama beberapa Exco Pemuda UMNO ketika itu ( lewat 90 an ) pernah ceroboh masuk dalam sebuah Hotel di Kuala Lumpur kerana marahkan SUARAM sebab mengugat hubungan baik Malaysia / Indonesia. Ketika itu Saifuddin adalah S U Pemuda UMNO. Serbuan / cerobohan dibuat kerana SUARAM buat program isu Timur Timur di Malaysia. Saifuddin ditangkap kerana ceroboh. Saifuddin boleh sahkan isu ini.

6. Mereka2 yang ada dalam program / kacau Indonesia ketika itu kini ada dalam Parlimen Malaysia dan ada di Dewan2 Negeri terutama di Selangor dan ada yang pegang jawatan dalam PKR – kini mereka bersama dengan Saifuddin.

 7. Mahu rakyat Indonesia tahu – mereka2 ini ada dalam Parti yang di pimpin oleh Anwar Ibrahim yang sebahagian kecil rakyat Indonesia puja ini.

8. Hairan dalam isu ini sebab – penderitaan umat Islam di Mindanau ( Filipina ). Rohingya ( Burma ) , Selatan Thailand dan di Gaza tidak pulak ada dalam agenda SUARAM.

 9. Tidak terkejut jika fail2 yang Pemerintah inginkan dari SUARAM boleh berada di Negara Timur Lestea kini.

10. Saya cabar mereka nafikan perkara ini terutama Saifuddin ( S U PKR ).

Zamil Ibrahim
 

BONGKAR !!! APA MASALAH AES YANG SEBENARNYA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 15 Oct 2012 11:09 AM PDT


Sejak kebelakangan ini,isu AES (Automated Enforcement System) telah banyak timbul di dalam media elektronik pro kerajaan dan pembangkang.Walaupun usaha kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk kebaikan secara keseluruhan,ianya dimainkan oleh pihak pembangkang di media alternatif dengan harapan untuk confuse rakyat.Bersama-sama ini dikemukakan beberapa fakta berkaitan AES.

Tujuan 

AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata,18 orang meninggal dunia akibat kemalangan.Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion.Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety).AES ini dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta,iaitu ATES Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd.Walau bagaimanapun,saman yang dikeluarkan tersebut adalah oleh JPJ setelah semua maklumat berkaitan pesalah dikenalpasti.Sehubungan itu,projek ini tidak melibatkan kos kepada kerajaan. 

Isu yang ditimbulkan 

• AES adalah satu cara untuk mengambil wang rakyat 

• AES membebankan rakyat 

• AES mempunyai banyak kekurangan 

• AES perlu ditangguhkan 

AES sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya,AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja,iaitu, speeding dan melanggar lampu merah.MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi.Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan. Undang-undang adalah untuk dipatuhi,jika kita melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan jika ditangkap dan terbukti akan disaman,sama seperti kesalahan-kesalahan lain.JIka rakyat tidak mahu ikut peraturan dan undang –undang maka negara akan hancur.

Adakah ini bermaksud kita memberi subsidi kepada peragut supaya meraka tidak meragut lagi ??? I8 kematian secara purata direkodkan setiap hari,berapa ramai yang menjadi anak yatim piatu,berapa ramai ibu bapa yang kehilangan anak-anak.AES akan menangkap gambar semua kenderaan termasuk motosikal yang melanggar had laju.Kerajaan mempunyai sebab untuk melaksanakan had laju tertentu di kawasan-kawasan tertentu,berdasarkan infrastruktur jalan yang sedia ada yang hanya boleh menampung sesuatu kemalangan jika dalam had laju tertentu,jika terlebih ianya akan memudaratkan pengguna jalan raya.sehingga kini,data-data menunjukkan bahawa kes-kes pelanggaran had laju dan lampu trafik di kawasan-kawasan yang di mana terdapat kamera AES telah berkurangan. 

"Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya", "Prevention is better than cure"

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! DAP CUBA CETUSKAN PERANG SALIB PADA PRU 13 ??? APA CERITA NI ???

Posted: 15 Oct 2012 11:09 AM PDT


The Star telah dengan secara terang menyatakan sokongan terhadap DAP.Ini adalah kerana agenda kristian yang dibawa oleh Guan Eng dan DAP. Hannah Yeoh dan pemimpin DAP yang lain telah mempergunakan The Star dan gereja untuk tujuan politik. Mereka tanpa menoleh kebelakang lagi telah meniup sentimen kristianisasi yang boleh mencetuskan perbalahan dan perang agama yang mampu mengoncang dan memusnahkan negara.

 

Bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharauddin Mat Isa mendedahkan DAP dalam satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu telah menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

"Saya nak menyebut,dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu,berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan,parti DAP contohnya,di Sarawak,telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian.Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya ketika membentangkan kertas kerja dalam program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4:Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Dalam program itu Nasha juga turut menyokong pendapat Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menegur tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersekongkol dengan penganut Islam berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara. Seorang pemimpin tertinggi PAS menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

First,look what The Star editors retweeted :

http://helenang.files.wordpress.com/2012/10/stareditorsutusan.jpg?w=455&h=130 

http://helenang.files.wordpress.com/2012/07/twitterhannahyeohrtrajiv4malaysia.png?w=455&h=210

Pro-opposition political churches

Hannah Yeoh's Personal Assistant Rajiv Rishyakaran has been involved in carrying out political activities at the Subang Jaya City Harvest Church (see screenshot, tweet above).

http://helenang.files.wordpress.com/2012/08/srallah2009.png?w=455&h=391

Tajuk perbahasan diantara ketua biro publisiti Pemuda MCA dengan ketua publisiti kempen pilihanraya DAP. Undang-undang hudud: [Polemik] Untuk mengalih perhatian umum atau ianya mungkin mencetuskan krisis?'

Perbahasan tersebut telah diadakan dalam bahasa Cina berlangsung semalam dalam dewan penuh sesak di Wisma Teng Chin, Klang.

http://helenang.files.wordpress.com/2012/10/hududmcadebatedap1.jpg?w=455&h=266

Hadirin terdiri daripada beratus-ratus orang penyokong DAP yang kerap bertepuk sorak tatkala 'Superman' – iaitu nama timangan Hew Kuan Yew – tampil berucap.

Sementara itu pula kedengaran suara-suara sumbing (ejekan 'boo') apabila lawannya, wakil MCA Kow Cheong Wei sedang menyampaikan hujah-hujah beliau.

http://helenang.files.wordpress.com/2012/10/dapsuperman.jpg?w=455

Superman fighting for Justice, Righteousness and the DAP Seperti yang boleh dijangka, akhbar The Star tidak membuat apa-apa liputan perbahasan hudud tersebut.Manakala laporan-laporan media alternatif pastilah berpihak kepada si pemidato DAP.Sungguhpun MCA dikatakan sebagai tuanpunya The Star namun suratkhabar itu langsung tidak menaruh minat terhadap politik Cina tempatan.


Mesyuarat majlis tertinggi BN dijalankan kelmarin untuk membincangkan kebersediaan jentera pilihanraya parti-parti komponen menghadapi PRU13.Timbalan pengerusi BN Muhyiddin Yassin berpendapat bahawa secara amnya media milik parti-parti komponen sudah mula bergerak kecuali The Star yang terlantar di bilik kecemasan ICU dan mungkin tidak mampu dipulihkan lagi.The Star telah dengan secara terang menyatakan sokongan terhadap DAP. MCA gigit jari bila maruah mereka dipijak. - Selangor Daily 

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! BEAN MAHFUZ SAYANG NEGARA ??? APA CERITA NI ??? BARU SEDAR DARI MIMPI KER ???

Posted: 15 Oct 2012 11:09 AM PDT


Ketika Negara di selaputi kepelbagaian tindak tanduk politik yang semakin menuju tahap kritikal sambil akan menghadapi pilihanraya,maka apa sahaja yang boleh di jadi kan modal untuk mengena kan pihak lawan akan di guna kan.Tidak kira lah kalau orang putih kata "shot in the foot" yakni menembak kaki sendiri.Baru baru ini Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bersuara tentang kehadiran kapal perang tentera Amerika yang datang singgah berlabuh lebih kurang 5 hari di Pelabuhan Klang.Begitu risau Pokok Sena ini dengan kehadiran Kapal USS Washington seolah olah Negara telah di tawan oleh penjajah,seolah olah kerajaan ini bodoh sangat membiar kan kapal perang berlabuh dan menawan Negara kita ini.Sekali pandang memang lah nampak Mahfuz ini semacam Hero cuba selamat kan Negara.Bagus lah jika itu yang ada di dalam jiwa nya.Tapi bukan niat Mahfuz nak jadi hero penyelamat Negara yang kita mahu bicara kan di sini,apa yang ingin kita di bicara kan ia lah pendirian tidak konsisten nya di dalam hal hal keselamatan Negara kita.Bukan kita tidak kenal Mahfuz ini.Bukan kita tidak tahu kedudukan dia di dalam hal ehwal Negara kita.Jika Mahfuz risau benar dengan kehadiran 5 hari kapal besar dari Amerika itu seolah olah lawatan 5 hari boleh hancur kan Negara,kita ingin tanya bagaimana pula dengan yang sememang nya mahu menawan Negara melalui proksi proksi mereka seperti Anawar Ibrahim dan NGO NGO lain yang amat cenderung mahu menjemput wakil kuasa asing masuk sebagai penentu dasar dan menguasai Negara kita ???

Bukan sahaja menjadi proksi malah menerima dana dari individu yang semua orang pun tahu ada agenda menawan dunia dari Negara Arab sampai lah ke Timur Asia, asal kan ia nya berbau Islam.Apa pendirian Mahfuz terhadap perkara ini ??? Atau Mahfuz kurang ariff dan tidak sampai akal nya kepada hal hal ini.Atau, sebenar nya Mahfuz ada lah sebahagian dari makhluk yang membuka pintu kepada kausa asing melalui NGO NGO ini ??? Pendirian Mahfuz seolah olah tidak tentu arah,atau pun sememang nya tiada arah.Jika yang membuka pintu pagar untuk musuh itu dari pihak nya maka Mahfuz harus berdiam diri, dan jika yang melakukan itu bukan dari puak nya baru Mahfuz mahu bersuara ??? Bagai mana pula pendirian Mahfuz terhadap DAP yang semua tahu berkiblat kan PAP Singapura dan pemimpin nya sering berulang alik ke Singapura untuk berjumpa sesiapa sahaja yang mereka ingin jumpa untuk membuat rujukan. Ketika menjelas kan kepada media Datuk Zahid Hamidi sudah menerang kan bukan sahaja kapal perang Amerika yang datang kunjung ke sini, malah kapal perang dari India,China dan beberapa Negara lain juga ada kunjung hormat atas kapasiti menghormati satu sama lain atas pertalian persahabatan 

Untuk pengetahuan Mahfuz yang terhad itu, kapal tentera Laut di raja Malaysia juga sentiasa berlabuh ke beberapa Negara di dunia sebagai kunjung hormat, apa kah Malaysia mahu menawan Negara itu? Jika Mahfuz mahu jadi hero biar lah jadi hero yang betul dan konsisten.Jangan lah nak jadi hero sekerat sekerat dan bila perlu sahaja.Di dalam kain Pakatan Rakyat yang Mahfuz ada pertalian saudara,proksi musuh terbesar ada duduk bersama Mahfuz.Sedang semua tahu dana nya datang dari mana, kiblat nya condong ke mana,malah Negara yang harus di lindungi nya ia lah Israel,seperti yang dia sendiri ucap kan apabila di luar Negara.Itu lah yang paling harus Mahfuz risau kan dan harus menjadi Hero untuk melawan nya, tapi semua pun tahu apa yang haram untuk orang lain sentiasa halal untuk puak seperti Mahfuz.Di sini kita bukan bicara kan sama ada boleh atau tidak boleh kapal perang itu datang singgah sebentar,kerana kapal itu sudah pun belayar,yang di bicara kan di sini ia lah Mahfuz Omar dari Pokok Sena dan pendirian berbelang nya.Mahfuz boleh memula kan diri menjadi hero kepada kes SUARAM yang sah menjadi dalang kepada kuasa asing yang di ketuai individu bernama Soros.Mahfuz boleh mula kan di sini, semua orang tahu apa apa benda berbau busuk semacam najis di Negara ini pasti nya datang dari peminat lubang najis. 

Guna lah siapa pun NGO ke, parti lain ke, individu luar Negara ke dalam Negara ke , semua akan dapat di kesan datang nya dari seorang desperado yang bakal masuk penjara. Kalau Mahfuz teringin sangat nak selamat kan Negara dan konon sayang kepada Negara ini Mahfuz boleh bangkit menegur yang mahu tukar kan perlembagaan Negara , yang nak republikan Negara dan yang nak tukar kan bendera Negara.Mula kan di sini.Jangan lah sampai akal dan minda kecil tidak dapat beza kan antara lawatan dengan campurtangan. Bukan senang nak jadi Hero,lagi pun nak jadi hero kena jujur dan ikhlas, bukan nya ujud bila puak lain buat hal tertentu dan senyap sepi diri bila puak sendiri laku kan. Itu bukan hero semacam Zorro,itu Zero nama nya.. - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...