BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! BUKTI PENYELEWENGAN LADANG RAKYAT DI KELANTAN TERBONGKAR !!!

Posted: 17 Oct 2012 12:00 PM PDT


"Orang PAS ni guna agama untuk makan duit haram,duit rakyat,masuk dalam perut mereka.Mereka ini lebih hina daripada tuduhan mereka atas orang UMNO.Sebab sekarang saya kena minta bantuan dari Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan).Jabatan milik Barisan Nasional ni akan tolong saya cari makan.Harapkan PAS,mereka sibuk curi rampas tanah orang,curi balak,tidak bayar pampasan atau ganti rugi," demikian kata Harun Che Anal,warga emas berusia 61 dari Gua Musang,Kelantan. 

Kata-kata di atas adalah luahan kekecewaan salah seorang peneroka yang sebak melihat tanah yang diterokanya sejak dua dekad lalu kini sudah menjadi sebahagian dari Ladang Rakyat,sedangkan sebelumnya pemimpin PAS negeri sudah berjanji untuk memberikan geran hak milik tanah kepada rakyat. Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang,Kuala Krai,Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya. Mengikut perancangan asalnya,kononnya tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA,namun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya.

Kini,para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu PAS,pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang baru sahaja dibentangkan.Kemarahan mereka ada asasnya kerana selain tanah yang sekian lama diterokai telah dirampas dan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut telah dinafikan,mereka juga dinafikan hak menerima dividen bulanan RM200.00 manakala janji diberi peluang bekerja di ladang tersebut juga gagal ditunaikan oleh pihak terbabit.Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut.Umpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata. Sehingga kini hanya seramai 282 rakyat tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya,itupun kebanyakannya terdiri daripada mereka yang memiliki hubungan rapat dengan pemimpin PAS tempatan dan negeri.Manakala seramai 639 orang lagi yang mendapat manfaat dari Ladang Rakyat adalah warga negara asing yang menerima upah bekerja di ladang yang dikendalikan oleh syarikat swasta dipercayai milik tauke Cina dari Singapura itu. Rakyat tempatan termasuk Orang Asli terpaksa menangis tak berlagu kehilangan tanah yang diterokai serta tanah rizab mereka, manakala orang dari Singapura yang banyak memberi sumbangan dan derma politik untuk parti yang memerintah Kelantan pula yang menjadi kaya raya.

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! BAJET 2013 !!! KERAJAAN NEGERI KELANTAN CUBA MENIPU RAKYAT !!! APA CERITA NI ???

Posted: 17 Oct 2012 08:30 AM PDT


Barangkali nama Exco kanan kerajaan PAS Kelantan,Husam Musa tentunya akan tercatat dalam sejarah negeri Cik Siti Wan Kembang untuk berabad lamanya sebagai satu-satunya pemimpin negeri yang paling tersohor kerana kemahirannya menghiburkan rakyat jelata dengan seni silap mata.Naib Presiden PAS itu memang wajar dikenang dan diingati khalayak,bukan kerana begitu besar jasa atau khidmat baktinya melata dirasai oleh rakyat jelata,tapi dek kerana uniknya cara Husam menonjolkan diri dan bijak memukau mata khalayak ramai.Tanpa idea unik Husam,tentu sahaja sampai kini rakyat Kelantan tak kesampaian untuk merasai kehebatan seni rekabentuk sebuah Lebuhraya Rakyat,Stadium indah berbentuk rebana di Pasir Putih serta kecanggihan keretapi laju yang sekelip mata berdesup pantas menjalar di atas landasan.Ya... kerana idea Husam,semua tiga pembangunan tercanggih di abad millenium ini kini menjadi realiti.Dengan hanya sesaat mata terpejam rapat,semuanya indah kelihatan dalam bayangan.Cuma bila mata celik luas melilau tercari-cari sana sini segalanya hilang dari pandangan.Unik,pelik,ajaib dan menakjubkan bukan ??? 

Bak kata blogger anak Kelantan brader Kickdefella,semua idea dan projek yang digebang dikompang oleh kerajaan PAS Kelantan melalui Exco tersohornya itu,hanya nyata kelihatan bagi segelintir rakyat negeri yang tersampuk dek sindrom pelik sahaja SPNCTN (Sindrom Pejam Nampak Celik Tak Nampak).Tak percaya ke pembaca Badut Rakyat ??? Cuba para pembaca pejam mata dan bayangkan imej lebuhraya bertingkat dalam fikiran tuan-tuan dan puan-puan,kemudian setelah jelas kelihatan,teruskan memejam mata dimasa yang sama bayangkan pula susuk imej stadium canggih beserta sebuah keretapi yang sedang menderu laju.Tidakkah terbukti segalanya menjadi realiti tatkala tuan-tuan sekalian memejamkan mata sambil membayangkannya ??? Hebat bukan ??? Pemimpin UMNO tak mampu lakukan seni silap mata unik sebegini,kelebihan ini hanya milik PAS dan pemimpinnya sahaja.Berkat pertapaan 61 tahun PAS sebagai parti paling eksyen dalam berkata-kata sambil menabur janji muluk lagak sang penglipur lara.Kelebihan yang sejak berdekad-dekad lalu sudah sedia ada pada PAS dan pimpinannya itu, diteruskan lagi melalui seni silap mata yang memukau pandangan ramai dalam edisi terbaru,yang dipersembahkan melalui Bajet 2013 negeri Kelantan yang baru sahaja dibentangkan oleh Exco kanan negeri yang tersohor. 

Melalui Bajet 2013 Kelantan ini, buat julung kalinya kerajaan PAS Kelantan berjaya mempersembahkan satu rancangan belanjawan yang paling berjaya seterusnya memecah rekod sebagai satu-satunya belanjawan negeri yang menghasilkan bajet lebihan.Sebelumnya sudah bertahun-tahun sejak Kelantan diurus tadbir oleh PAS,memanjang saja defisit atau dengan kata mudahnya perbelanjaan mengurus lebih tinggi daripada anggaran perolehan tahunan.Kali ini,hasil kebijaksanaan Naib Presiden PAS merangkap anak emas kesayangan MB Kelantan,Nik Aziz Nik Mat,akhir negeri ini cukup bertuah berjaya mencatat lebihan belanjawan berjumlah RM 45.8 juta.Jauh lebih baik daripada pencapaian tahun sebelumnya yang mencatat defisit RM 83.23 juta.Bagaimana ia dapat dilakukan ??? Tentulah melalui seni silap mata. Ini kelebihan PAS dan ini juga kebijaksanaan Husam selaku penglipur lara tersohor yang pernah bertapa ilmu dengan gurunya Nik Aziz dan juga mentor kesayangannya,Anwar Ibrahim.Mengikut perbentangan yang dipersembahkan oleh Husam,beliau telah mengunjurkan pada tahun depan Kelantan bakal mendapat perolehan sebanyak RM 581.77 juta termasuklah wang royalti berjumlah RM200.00 juta.Dengan anggaran kos mengurus yang 'cuma' RM 535.95 juta, maka secara automatiknya terhasillah silap mata memukau pandangan dengan lebihan RM 45.8 juta.Hebat,memang hebat,unik dan menakjubkan.Terbaik dari ladang dan terhangat di pasaran. Ya ke ??? Yalah tu... 

nama lagi silap mata yang mengelabui biji mata dan mengabui pandangan rakyat jelata.Ini sebenarnya dinamakan sebagai cubaan menipu rakyat Kelantan dengan mendodoikan kisah indah dan enak didengar,penuh pengharapan tapi hakikatnya cuma atas kertas sahaja,tiada jaminan dan tiada kepastian.RM 200.00 juta yang konon-kononnya wang royalti sebenarnya tak wujud pun, hanya wujud secara halusinasi atau hanya orang yang tersampuk dek sindrom SPNCTN saja yang beriya-iya mempercayainya.Kes tuntutan pun masih dalam lagi dalam proses mahkamah. Husam cuma mahu rakyat terus percaya sambil cuba memainkan sentimen kenegerian sahaja.Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Husam itu sebetulnya mengalami defisit RM154.18 juta,hampir dua kali ganda dari bajet sebelumnya.Anggaran perolehan negeri untuk tahun 2013 sebenarnya semakin merudum kepada RM381.77 juta berbanding hasil perolehan dalam bajet sebelumnya berjumlah 427.48 juta.Untuk menutup penurunan anggaran hasil perolehan tahun depan disamping menyapu defisit ke bawah karpet,maka sebab itulah Husam mengguna pakai seni silap matanya dengan memasukkan wang halusinasi royalti berjumlah RM200.00 juta supaya belanjawan nampak ada lebihan. Bijak? Memang bijak, bab mengabui mata rakyat dengan janji indah dan harapan menggunung, serah saja pada PAS dan Husam.Cuma satu pesanan, jika para pembaca terasa amat menghargai seni tipudaya silap mata Husam dan parti yang didukungnya,serta tidak mahu segala kecanggihan projeknya itu hilang dari pandangan, usah sesekali membuka kelopak mata kalian.Biarkan saja mata terpejam rapat dengan demikian segalanya indah dalam bayangan,memukau pandangan... 

Ohhooo indahnya berangan... 

RENUNG-RENUNGKAN

EKSLUSIF !!! ANWAR IBRAHIM KECEWA DUNIA IKTIRAF KEPIMPINAN PM @NAJIBRAZAK !!!

Posted: 17 Oct 2012 06:52 AM PDT


Setelah 11 tahun bertungkus lumus menjadi perantara yang ikhlas dan berdedikasi untuk menyelesaikan konflik berdarah antara kerajaan Filipina dan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF),akhirnya usaha tersebut membuahkan hasil dengan termeterainya Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro 15 Oktober lalu.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wakil Malaysia berdiri menyaksi upacara menandatangani perjanjian tersebut di Istana Malacanang dengan penuh kebanggaan,Kesyukuran dan keinsafan sambil disaksikan juga Presiden Benigno Aquino dan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF),Murad Ebrahim.Malaysia berasa syukur kepada ALLAH SWT kerana usaha yang dimulakan dengan niat yang baik dan suci akan menghasilkan natijah yang baik jua.Malaysia berasa insaf kerana negara akan menerima nasib yang sama sekiranya tidak berhati-hati terhadap segala usaha elemen subversif sekarang yang bermaharajalela di dalam masyarakat.Bayangkan pimpinan MILF baru kini menyatakan hasrat supaya Malaysia membantunya membangunkan satu pembangunan tanah seperti skim Felda yang telah terlaksana sebelum merdeka lagi. Negara yang huru hara,penuh dengan kacau bilau dan tidak ada kestabilan politik akan tidak berpeluang untuk menikmati kemajuan bagi rakyat apatah lagi mampu untuk mengecapi hasil titik peluh daripada usaha tersebut.Malaysia berasa bangga kerana bak kata Perdana Menteri,negara ini adalah model dan ikutan kepada negara-negara lain di rantau ini bahkan di seluruh dunia kerana ia adalah sebuah negara Islam yang maju,stabil dan progresif.

Kata beliau yang sarat dan penuh bermakna terserlah apabila Datuk Seri Najib mengatakan mana mungkin Malaysia menjadi contoh yang baik jika ia sendiri bergolak dan terbelit dalam konflik yang berpanjangan.Sesungguhnya perjanjian yang menamatkan konflik yang menelan lebih daripada 150,000 nyawa serta membawa bersama persengketaan tersebut kerugian yang tidak ternilai harganya adalah satu lagi bukti kejayaan Barisan Nasional membangun negara ini sejak merdeka ke tahap yang amat dibanggakan kini.Malaysia adalah model kejayaan sebuah negara yang dahulunya berlandaskan kepada pertanian asas kepada negara perindustrian menuju dan seterusnya kepada negara berpendapatan tinggi.Malangnya semua kejayaan ini akan terancam dan musnah sekiranya pembangkang mengambil alih kepimpinan negara.Bukan sahaja pihak pembangkang merubah segala polis dan dasar yang baik bagi semua lapiran rakyat tetapi yang menjadi mangsa pertama adalah bangsa Melayu sendiri. Jika pembangkang menang, jam kemajuan Malaysia akan dikebelakangkan lebih teruk daripada konflik kerajaan Filipina dan MILF kerana impak kerosakan dan kemusnahan institusi yang telah dibina kukuh selama lima dekad akan lebih dahsyat. Kemusnahan dan kebinasaan yang dimaksudkan bukan dalam bentuk fizikal tetapi kehancuran masa depan bangsa Melayu daripada bangsa yang cemerlang dan megah kepada bangsa yang menggemis di bumi sendiri.Dasar pembangkang yang di bawa oleh Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang sememangnya seperti halwa telinga sedap didengar, manis disebut bibir dan terpesona dipandang.Namun apabila dihalusi dengan pengamatan yang realistik dan keinsafan seperti cadangan bajet alternatif pembangkang akan membawa negara ke lembah kehancuran.Janji pembangkang tidak ubah seperti kata pepatah pujangga Melayu yang mengatakan disangka intan rupanya kaca yang tidak bernilai.

PAS nampaknya menyanjung tinggi usaha kerajaan Malaysia bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina itu tetapi Ketua Pembangkang sepi dengan komennya. Mungkinkah Anwar kecewa kerana Datuk Seri Najib yang ditakdirkan penghargaan untuk menyaksikan perjanjian tersebut dan bukan dirinya ??? Itulah akibatnya apabila niat di dalam hati tidak lurus dan ikhlas kerana Tuhan sentiasa menolong hambanya yang dizalimi dengan nikmat kemuliaan. Malah Anwar bingung apabila dunia termasuk negara yang dicintainya,Amerika Syarikat memuji kepimpinan Malaysia di bawah Datuk Seri Najib di atas kejayaan membawa keamanan di Nusantara. Ini merupakan pukulan hebat kepada Anwar hingga menyebabkan mulutnya tidak dapat berkata-kata dan kepalanya tidak mampu mencari kata-kata untuk menyanggah penghargaan yang dilimpahkan seluruh dunia kepada Malaysia.Di bawah pentadbiran Perdana Menteri telah mengejutkan dunia dengan pelbagai strategi pembangunan negara dan kebajikan rakyat yang unik dan innovatif.Daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) hinggalah kepada pemberian wang tunai BR1M serta program KR1M,Klinik 1Malaysia,TR1MA,KADS1M dan lain-lain kemudahan untuk rakyat, dunia terpegun dan mengiktirafkan kemampuan Datuk Seri Najib menawarkan penyelesaian bertaraf antarabangsa dikala negara-negara lain di dunia bergelut dengan pelbagai kemelut dan krisis ekonomi. Inilah bezanya dengan retorik dan tin kosong Anwar dengan kesungguhan Perdana Menteri menjana kejayaan melalui perancangan dan usaha yang gigih.Akhirnya rakyat akan memilih yang mana satu manikam dan yang mana satu kaca

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! BAJET 2013 !!! KELANTAN TANGGUNG HUTANG RM1.14 BILION !!! APA CERITA NI ???

Posted: 17 Oct 2012 05:19 AM PDT


Sehari dua lepas kita berpeluang menghiburkan diri dengan persembahan silap mata dari Exco kanan Kerajaan PAS Kelantan,Husam Musa yang cuba menonjolkan bajet negeri kali ini kononnya telah mencatat rekod kerana ada lebihan RM45.8 juta.Walhal,apa yang berlaku ialah kerajaan Kelantan dengan sengaja cuba menyembunyikan hakikat bahawa bajet 2013 bagi negeri itu sebenarnya mengalami defisit sebanyak RM154.18 juta.Mereka juga cuba mengabui mata khalayak daripada mengetahui hakikat sebenar bahawa anggaran perolehan negeri pada tahun depan telah berkurangan kepada RM381.77 juta.Tambahan angka RM200.00 juta yang kononnya adalah wang perolehan tuntutan royalti hakikatnya tidak wujud pun,ia sekadar satu angka perolehan bersifat halusinasi sahaja malah kes perbicaraan di Mahkamah Putrajaya sehingga sekarang masih belum dimuktamadkan.Tapi biasalah,Husam itu sendiri adalah anak buah kepada Nik Aziz dan anak didik tersayang Anwar Ibrahim,mahu tak mahu,tetap akan ada bakat menipu sama macam tok guru haprak dan mentornya.Sementara itu,mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentangkan beberapa hari lepas,menunjukkan negeri Kelantan yang telah 22 tahun diurus tadbir oleh PAS itu,kini sedang menanggung hutang yang agak besar mencecah RM1.14 bilion. 

Jumlah tersebut menunjukkan sedikit peningkatan berbanding RM1.11 bilion pada tahun sebelumnya.Sebahagian besar hutang ini melibatkan pinjaman bagi projek bekalan air yang berjumlah RM639.00 juta termasuk RM30.00 juta datangnya darinya pinjaman untuk projek baikpulih loji rawatan pembetungan.Dari segi pembayaran pinjaman pula, Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat itu juga sedang menanggung bebanan tunggakan pembayaran balik berjumlah RM179.81 juta. Peningkatan lebih RM50.00 juta berbanding sebelumnya yang cuma tertunggak RM121.57 juta sahaja.Rupanya dalam pada pemimpin PR sibuk mempertikaikan hutang negara yang kononnya akan memufliskan ekonomi Malaysia,diam tak diam,kerajaan negeri yang diperintah rakan sepakatan mereka pun ada hutang yang besar.Bezanya,negara kita walaupun menanggung hutang namun dimasa yang sama ekonomi negara berkembang dan rakyat pula tidak perlu merempat mencari peluang pekerjaan di luar negara.Tapi Kelantan pula yang sudah 22 tahun diperintah oleh PAS,hutangnya bukan sahaja meningkat malah penduduknya sendiri pula makin ramai terpaksa berhijrah demi mendapatkan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik di luar dari Kelantan. 

Paling menarik,tatkala belanjawan negara terus menunjukkan peningkatan anggaran perolehan pendapatan tapi PAS di Kelantan pula terpaksa menerima hakikat anggaran perolehan untuk kantung negeri untuk tahun depan semakin menyusut.Sementara itu,tatkala Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini tidak perlu pun melakukan silap mata dengan memasukkan anggaran perolehan pendapatan yang tidak wujud atau belum pasti,hanya semata-mata untuk melindungi wujudnya defisit dalam belanjawan.Jauh bezanya dengan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS,yang terpaksa bermain silap mata untuk menipu khalayak umum dengan sengaja memasukkan perolehan wang royalti yang tidak pasti hujung pangkalnya semata-mata untuk memberi harapan palsu pada rakyat.Hutang dahlah meningkat sehingga melebihi RM1 bilion,perolehan untuk negeri pula makin berkurangan dan tunggakan pembayaran pinjaman pula bertambah.Entah teori ekonomi jenis apa yang digunapakai oleh pemimpin PAS, memanjang saja tak membawa manfaat untuk rakyat.Sia-sia 22 tahun PAS diberi peluang memerintah negeri Kelantan.

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! BAJET 2013 !!! PR KETEPIKAN ISLAM !!! APA CERITA NI ???

Posted: 17 Oct 2012 02:02 AM PDT

 
Bajet baru-baru ini dan kemudiannya Laporan Audit telah mendapat sambutan positif semua pihak.Secara tidak langsung,ini bolehlah ditafsirkan sebagai keyakinan rakyat yang meningkat terhadap Barisan Nasional.Terbukti kini bahawa Barisan Nasional bukanlah sebuah parti yang bercakap tidak serupa bikin kerana jelas segala janji telah ditepati dan segala program pula telah dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.Semua ini terbukti melalui penilaian prestasi dan kewangan kerajaan persekutuan.Barisan Nasional juga tidak bersikap hipokrit seperti menggunakan slogan-slogan indah,cuba menggambarkan parti ini sebagai maksum atau malaikat yang suci murni tanpa sekelumit dosa. Barisan Nasional juga tidak pernah menggambarkan parti ini sebagai mempunyai kuasa ghaib yang mampu mengawal harga pasaran mahupun menurunkan harga barang dengan sekelip mata.Bajet yang dibentangkan BN adalah bajet yang berasaskan realiti iaitu berdasarkan kemampuan parti dan keadaan ekonomi dunia sepertimana yang terbukti melalui laporan audit negara.

Walaupun BN tidak terikat dengan gambaran suci murni dan maksum sepertimana PR Bajet yang dibentangkan BN tetap mengambil kira tuntutan agama dalam merancang pembangunan negara. PR sebelum ini telah mengkritik BN kononnya telah mengenepikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet kali ini.Hipokrasi PR ini amatlah memualkan terutama apabila merujuk kepada sikap parti tersebut terhadap masalah murtad,termasuk penggunaan nama Allah oleh bukan Islam serta Injil berbahasa Melayu yang mana disokong oleh mereka.Jika soal akidah sudah menjadi perkara remeh,apakah layak bagi PR untuk mempersoalkan hal-hal lain berkenaan Islam kepada orang lain ??? Umat Islam harus memahami bahawa ilmu dalam Islam tidak semestinya berkisar soal agama sahaja.Malah,telah ditekankan secara jelas dalam Al-Quran mengenai tugas manusia untuk mencari ilmu di langit,bintang dan alam semesta iaitu meneroka bidang sains,astronomi, matematik dan lain-lain.Oleh itu,adalah tepat bagi kerajaan untuk merangkumkan sekali pendidikan dalam semua bidang ilmu termasuk agama dalam belanjawan negara.Manakala pembangunan agama pula tidak semestinya berkisar mengenai ibadah seperti zakat atau haji, tetapi secara menyeluruh iaitu merangkumi membanteras kemiskinan yang mana membawa risiko 'kufur' di kalangan ummah yang boleh diterjemahkan kepada masalah sosial dan jenayah yang meningkat.Walaupun begitu,Bajet BN tetap memastikan hal-ehwal ibadah diperuntukkan dengan jelas, antaranya: 

1. Yayasan Wakaf Malaysia,di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri 

2. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat 

3. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang.Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.

Namun,sebenarnya ini tidak perlu pun dihebohkan kerana telah menjadi prinsip BN menjunjung tinggi perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.Apa yang menjadi persoalan di sini ialah berkenaan Bajet PR mahupun kritikan PR terhadap BN yang tidak konsisten dengan imej yang ingin dibawa mereka.Mungkinkah penyokong-penyokong PR benar-benar terlepas pandang bahawa PR langsung tidak menyebut mengenai pembangunan Islam di dalam Bajet Alternatif yang dibentangkan mereka ??? Ini tidaklah mengejutkan kerana PR tidak pernah mewar-warkan pendirian untuk memperkasakan Islam jika mereka memerintah tetapi telah dengan tegasnya membuat kenyataan untuk menyamaratakan atau bersifat adil kepada semua kaum dan agama.Kerana itu,PR tidak berani memasukkan 'klausa' Islam di dalam Bajet mereka.Pembangunan masjid,pendidikan Islam mahupun dana untuk pembangunan Islam langsung tidak diberi perhatian.Apatah lagi program jangka panjang untuk kemajuan umat Islam.Justeru,kritikan mereka terhadap BN amatlah melucukan kalaupun tidak memualkan.Apatah lagi,apabila PR diketahui didokong oleh SUARAM dan BERSIH yang menjadi agen penyebaran fahaman liberal.Mana mungkin PR memperuntukkan Bajet untuk pembangunan Islam sedangkan di masa yang sama menerima bantuan rangkaian-rangkaian Yahudi,para pendokong liberalisme yang radikal ???

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! BUKTI SUARAPAKATANRAKYAT.COM MILIK PAKATAN HARAM TERBONGKAR !!!

Posted: 17 Oct 2012 01:41 AM PDT


Saya diberikan tanggungjawab untuk menyelidik laman web kontroversi suarapakatanrakyat.com yang baru-baru ini mencetuskan kekecohan di seluruh negara berikutan penyiaran artikel yang jelas dan terang menghina tarian sumazau oleh masyarakat Kadazandusun Sabah.Lanjutan dari penyiaran artikel tersebut,khabarnya berpuluh laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak di Sabah, dan tambah mengejutkan lagi apabila kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sendiri diketuai Presiden PKR,Datin Sri Wan Azizah Ismail pada 11 September 2012,tampil mengadakan sidang media bersama,menafikan bahawa laman web tersebut ada kaitan dengan mereka.Sesuatu yang jarang berlaku dalam hal yang penting sekalipun,apatah lagi bagi mengecam sebuah laman web.Agak menakjubkan juga,setelah Ketua Penerangan PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man (yang turut hadir dalam sidang media tersebut),meminta supaya artikel ini dikeluarkan dari laman web itu,artikel tersebut memang betul-betul dikeluarkan,malah ada permohonan maaf pula dibuat penulis artikel tersebut.Jadi persoalannya disini,benarkah PR tidak ada kaitan dengan laman web itu ??? Kalau tidak ada kaitan bagaimana pula pengendali laman web ini 'akur' dengan permintaan Tuan Ibrahim ??? 

Pada saya, tidak logik perkara ini berlaku secara kebetulan Dari pemerhatian saya di laman-laman facebook yang cenderung kepada PR,ada tuduhan yang mengatakan laman web tersebut adalah diuruskan oleh UMNO sendiri,kononnya hasil satu konvensyen media sosial (tidak dinyatakan dimana) yang memutuskan supaya UMNO/BN menubuhkan web tersebut dalam usaha memerangi Pakatan Rakyat di Internet.Sebagai seorang yang aktif di dalam konvensyen media sosial yang diadakan UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini,saya tidak pernah ingat program mana satu yang memutuskan perkara sedemikian.Dalam setiap konvensyen,yang dibincangkan ialah bagaimana untuk memantapkan lagi usaha memerangi adu domba fitnah dan putar belit pembangkang.Tidak pernah wujud dalam ingatan saya,ada satu konvensyen yang memutuskan untuk mewujudkan laman web sedemikian.Lagipun kos untuk mewujud dan mengendalikan laman web tersebut bukan murah.Siapa yang mahu menanggung semua kos tersebut ??? Itu satu hal,satu hal yang lain mencari penulis berkaliber yang mampu 'membawakan peranan palsu' sedemikian ??? Maka itu saya mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan sama ada laman web ini benar-benar palsu atau sememangnya berada dibawah kendalian PR sendiri.Setelah beberapa hari memerhati dan memantau perkembangan laman web tersebut, saya berani mengesahkan disini bahawa laman web ini adalah milik PR dan diuruskan oleh mereka yang ada kepentingan langsung dengan PKR,terutama sekali penyokong Penasihat Umumnya,Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Hujah saya disini ialah,satu-satunya bukti yang digunakan penyokong PRdi facebook untuk mengatakan web ini web palsu ialah kerana laman ini tidak segan silu mengecam pemimpin PR sendiri.Itu sahaja,tidak ada bukti lain.Cakap yang mengaitkan kononnya kewujudan web ini hasil konvensyen media sosial UMNO juga,hanya satu kata-kata,tidak ada bukti.Hakikatnya,perkara ini (mengecam pemimpin sendiri) sepatutnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana kita tahu bukan semua orang bersetuju dengan pemimpin walaupun dari parti yang sama. Apatah lagi dalam situasi pakatan tidak rasmi seperti Pakatan Rakyat ini yang 'memaksa' PAS, DAP dan PKR untuk bersatu dengan tujuan menumbangkan BN dan membentuk kerajaan semata-mata.Satu perkara yang jelas,setelah telah meneliti banyak artikel-artikel yang dikeluarkan laman web suarapakatanrakyat.com sebelum ini,saya mendapati mereka memang konsisten untuk tidak mengecam Anwar secara keterlaluan.Memang ada artikel yang seakan 'mengecam',antaranya berkenaan Seksualiti Merdeka,tapi itu terlalu lembut untuk dipanggil menegur sekalipun,apatah lagi mengecam.Nak mengekalkan konsistensi yang semacam ini bukan mudah. Kalau laman web palsu, saya pasti akan ada satu di antara beratus artikel yang telah dikeluarkan laman web ini yang 'tersasul' mengecam Anwar dan DAP secara keras, tapi setakat yang telah saya baca (dari Ogos 2011 hingga sekarang), tidak ada.Menariknya, dimuka hadapan laman web ini, gambar Anwar diletakkan dengan petikan "manusia suci" menggambarkan ketaksuban pengendali laman web ini kepada Anwar Ibrahim, walaupun ada yang mengaitkannya sebagai keterlaluan dan sengaja dibuat. Tapi jangan lupa, mereka konsisten mempertahankan Anwar pada setiap masa. 

Saya juga perasan yang laman web ini kerap menyiarkan pandangan yang 'sebenarnya' mengenai beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tertentu, lama sebelum pemimpin berkenaan menjadi isu besar yang menyusahkan Pakatan tersebut.Antaranya Datuk Hasan Ali,Mansor Othman dan Nasharudin Mat Isa.Terbukti ketiga-tiga mereka ini akhirnya mendatangkan masalah kepada PRsehingga ada yang sampai ke tahap dipecat.Nasharudin dengan Karpalnya, Mansor dengan tokongnya dan Hasan Ali dipecat kerana mengkritik Anwar!! Selain itu juga, beberapa dokumen dalaman/rahsia PKR turut didedahkan di laman web ini,antaranya minit mesyuarat dan temurapat untuk membincangkan strategi pilihanraya yang diadakan di Port Dickson tahun lepas,bagaimana mereka memperolehi semua dokumen ini dikala tidak ada blog pro UMNO/BN yang mendedahkannya ??? Saya juga perasaan yang laman web ini juga dilihat sering mengelak dari mengecam DAP secara terang-terangan.Kalau ada pertikaian antara PAS dan DAP, laman ini pastinya akan menyokong DAP,malah dalam sampai ke satu tahap mengecam Mursyidul Am PAS sendiri,Datuk Nik Aziz Nik Mat. Laman web ini juga agak keras terhadap PAS dan beberapa pemimpin PKR yang kita tahu tidak sebulu dengan Anwar.Pada saya,laman ini berkongsi kecenderungan sekular dan liberal Anwar yang selama ini tidak mahu diakuinya secara terang-terangan.Walaupun kita tahu Anwar adalah seorang yang sekular dan liberal,tapi mendedahkan perkara tersebut secara terangan hanya akan merenyukkan peluangnya ke Putrajaya.Maka itu saya percaya,laman web ini diwujudkan oleh kumpulan penyokong PKR yang taksub kepada Anwar untuk menyampaikan isi hati Anwar dari sudut penceritaan yang tidak mahu disentuh blogger 'stereotype' Pakatan Rakyat yang lain

ternyata kecenderungan Anwar terhadap sekular dan liberalisme sedikit demi sedikit terbukti kebelakangan ini seperti dilihat dalam soal Anwar melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India yang dilihat mengecilkan peranan Islam dalam pembentukan kerajaan.Malah Anwar juga terang-terang mengaku mahu melindungi keselamatan Israel dan berjanji untuk menghapuskan undang-undang lapuk berkaitan homoseksual yang selari dengan kehendak golongan liberal.Soal Pakatan Rakyat tidak mahu mengaku, itu soal lain.PR pun tidak pernah mengaku Milosuam dan Amenoworld adalah blog mereka,tapi kita semua tahulah.Lagipun Anwar bukan baru dalam soal tipu menipu ini.Peranan Anwar sebagai tok dalang disebalik skandal Scorpene dan sebagainya sudah diketahui ramai, malah diakui sendiri bekas peguamnya sendiri,Zulkifli Nordin.Oh ya,bercakap soal tarian sumazau,nukilan laman web ini yang membangkitkan kemarahan rakyat Sabah terhadap PR,tahukah kita bahawa PR begitu bersungguh-sungguh cuba membaiki imejnya sehinggakan dalam konsert Bersih 2.0 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya beberapa hari lepas pun, acara tarian ini diadakan.Tak siapa nak bertanya,kalau tidak ada kaitan,kenapa mesti bersusah payah ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! LAPORAN AUDIT MEMBUKTIKAN BANYAK PELEWENGAN YANG TERJADI DI PULAU PINANG !!!

Posted: 17 Oct 2012 01:42 AM PDT


DAP nampaknya begitu berbangga dengan laporan Audit 2011 yang menunjukkan penurunan hutang negeri tersebut antara 94 – 97%.Konon-kononnya penurunan ini ada kaitan dengan kehebatan mengurus parti rasis,cauvanis cina ini,dibanding dengan BN dan negeri-negeri lain dimana mereka memerintah.Maka para penyokong PR dibawah yang tidak punya keupayaan berfikir yang hebat seperti orang lain,menerima sahaja berita ini tanpa terlebih dahulu merujuk kepada laporan audit tersebut bagi mendapatkan lebih maklumat bagaimana yang dikatakan penurunan hutang itu Sebenarnya,yang tidak disebut DAP ialah,penurunan hutang ini dibantu kerajaan pusat melalui pengambilalihan pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) organisasi dibawah Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).Selain dari itu,laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang.

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat,penguatkuasaan,penyeliaan yang kurang rapi,ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan.sekadar menyebut beberapa perkara.Beberapa projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak dapat digunakan sehingga kini. Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di Jelutung dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan setakat terbiar begitu sahaja,bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan,telah menyebabkan banyak kemudahan asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan.Sementara dalam masa yang sama,aktiviti perniagaan makanan di atas jalan raya awam yang ditutup pada waktu malam, semakin rancak dijalankan di Pulau Pinang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.Ada kompleks lebih selesa yang disediakan tidak mahu digunakan dan DAP sendiri tidak begitu bersungguh mahu memindahkan penjaja jalanan ini ke kompleks tersebut.Projek CCTV yang dilaksanakan, kononnya bagi mengatasi masalah jenayah, meletak kereta secara haram oleh beberapa PBT di Pulau Pinang juga gagal mencapai prestasi yang ditetapkan mereka sendiri. 

Sistem yang digunakan tidak jelas,bilangan yang terhad dan beberapa perkara lain adalah antara kelemahan yang dikenali pihak audit.Ini merupakan pembaziran wang yang jelas oleh DAP Pulau Pinang, kroni mana yang diambil untuk memasang sistem tersebut pun kita tak tahu, tapi wang rakyatlah yang membayar untuk hasil yang tidak sepadan.Paling mencuri tumpuan saya dalam laporan audit ialah tindakan beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri yang membayar bonus kakitangan dikala syarikat itu sendiri mengalami kerugian.Kalau tidak salah,masalah sama pernah dikenal pasti di sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri di Selangor beberapa tahun lepas.untung tidak ada tapi bonus berkoyan.Nampaknya fahaman DAP ini memang lain.Tak tahu teknik perakaunan mana yang digunakannya tapi syarikat kerajaan negeri yang tidak memberi sebarang keuntungan boleh membayar bonus kepada kakitangannya.Jadi toksahlah DAP nak cakap besar dan buat bising tentang prestasi kerajaan BN diperingkat persekutuan kalau dalam negeri yang mereka perintah sendiri pun ada banyak masalah yang tidak terjaga.saya nak menyentuh sedikit tentang kos-kos pembelian 'tidak munasabah' yang dikesan berlaku dalam laporan audit kali ini.Nak dijelaskan disini bahawa ianya bukan disebab oleh penyelewengan atau apa pun cuma bajet berlebihan dari akaun lain, dipindahkan ke akaun yang kurang atau telah habis.Contoh,rekod pembelian TV berharga RM 1,500, tapi dikesan dibeli dengan harga RM 10,000. Wang itu tidak masuk poket sesiapa pun tapi bajet itu yang dipindahkan.Ini biasa berlaku,tanyalah orang kerajaan terlibat,mereka tahulah,yang penting tidak ada kaitan dengan penyelewengan. 

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! LAPORAN AUDIT MEMBUKTIKAN BANYAK PENYELEWENGAN YANG TERJADI DI KEDAH !!!

Posted: 16 Oct 2012 04:00 PM PDT


Kerajaan 'Islam' PAS negeri Kedah nampaknya tidak mampu membuktikan integriti dan ketelusan yang tinggi sepertimana yang dikehendaki dalam Islam.Walaupun,laporan audit negeri secara umumnya direkod sebagai memuaskan, namun ia wajar dipersoal atau ditolak memandangkan masih ada 31.8% dari 22 agensi-agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan mengikut masa yang ditetapkan.Kegagalan ini menyebabkan kita musykil sama ada terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan atau sekadar kelemahan pihak yang terbabit.Walaubagaimanapun,secara keseluruhan kedudukan ini adalah lebih baik dari tahun lalu di mana lebih 43% dari agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan pada tarikh ditetapkan.Namun begitu,peningkatan ini masih tidak menggambarkan sebarang penambahbaikan dari segi kecekapan kerana daripada 17 Jabatan/Agensi Negeri dinilai pencapaian pengurusan,hanya 3 Agensi Negeri berada pada tahap sangat baik dengan diberi penarafan 4 Bintang. Manakala 12 Jabatan/Agensi Negeri berada pada tahap baik dengan penarafan 3 Bintang. 2 Jabatan Negeri iaitu Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Daerah Kulim pula berada pada tahap memuaskan dengan penarafan 2 Bintang.Kerajaan Negeri Kedah juga pada tahun 2011 masih mengekalkan perbelanjaan defisit sama seperti tahun-tahun sebelumnya.Penyata Kedudukan Kewangan pula menunjukkan jumlah RM252.36 juta iaitu penurunan sejumlah RM75.92 juta atau 23.1% berbanding RM328.28 juta pada tahun 2010.Lebihan pendapatan semasa dicatatkan pada angka RM2.39 juta iaitu penurunan sejumlah RM20.11 juta.Kegagalan pelaksanaan beberapa projek utama oleh anak syarikat dibawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) merupakan salah satu punca kerajaan negeri mencatat kerugian.Projek-projek seperti pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, Projek 99 East di Langkawi serta projek udang kerpan,tanaman getah dan kelapa sawit semuanya mencatatkan kerugian dengan nota audit yang menyatakan kelemahan dari segi perlaksanaan,perjanjian dan pemantauan.

Nampaknya, ini adalah bukti jelas bahawa kepimpinan Ulama PAS di Kedah telah tidak mampu untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dari kepimpinan bukan Ulama di negeri-negeri lain. Namun, apa yang lebih mengejutkan dari laporan audit Kedah ialah apabila terdedahnya bagaimana Kerajaan PAS Kedah telah membayar RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan projek Taman Seri Gemilang,Flat Seberang Terus, Taman Wira,Flat Alor Malai, Flat simpang Kuala,Flat tongakng Yard dan Taman Kota Nelayan. Lebih dahsyat lagi ialah apabila didapati bahawa Pengarah yang bagi lima syarikat pembinaan tersebut mempunyai hubungan keluarga antara satu sama lain. Tidak cukup dengan itu, pembayaran kepada kontraktor-kontraktor pula menunjukkan ketidaktelusan yang serius di mana RM500,000 telah dibayar dengan menggunakan nama syarikat lain serta tuntutan-tuntutan yang dibuat secara berulang.Jelas,apa yang dikatakan kepimpinan Ulama atau kerajaan yang telus yang diwar-warkan oleh PR hanyalah satu hipokrasi tahap tertinggi. Sedangkan hakikatnya, kerajaan PAS Kedah selama ini berselindung di sebalik papan-tanda 'Islam' di sekitar negeri Kedah yang menggunakan tulisan jawi dan hanya memaparkan wanita yang menutup aurat. Namun, di sebalik papan-tanda tersebut,telah berlakunya amalan kronisme dan rasuah yang berleluasa selain kelemahan dan ketidakcekapan yang ketara sepertimana yang direkodkan dalam teguran oleh Jabatan Audit Negara. 

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...