UMNO Online - “Sikap Angkuh, Sombong Pada Rakyat – Ajar Guan Eng, DAP Menerusi Peti Undi” plus 9 more |
- Sikap Angkuh, Sombong Pada Rakyat – Ajar Guan Eng, DAP Menerusi Peti Undi
- Bandar Baharu Ajil Bakal Hidupkan Semula Ekonomi Di Ajil
- Empat Juta Penduduk Lembah Kelang Bakal Diancam Bahaya Arsenik
- Bajet 2013 Kelantan Main Helah Masukkan Royalti Untuk Tutup Kelemahan Diri
- Krisis Air Makin Kritikal : Kerajaan Selangor Dibidas Terus Ambil Sikap Songsang
- Kuwait Invites Malaysian Firms To Part Take In US$130 Billion Infrastructure Developement Programme
- Sabah Plans To Build Pantai Tanjung Aru – Kinarut Coastal Road
- Projek Naik Taraf Jalan Kota Baharu – Kuala Krai Tidak Batal : Shaziman
- Pakatan NGO Pro BN Ditubuh Bantu Kerajaan Hadapi PRU 13
- Selangor Barisan Nasional Plans 2013 Countdown At I-City In Shah Alam
Sikap Angkuh, Sombong Pada Rakyat – Ajar Guan Eng, DAP Menerusi Peti Undi Posted: 17 Oct 2012 04:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Okt – DAP sejak dari awal penubuhannya lagi adalah sebuah parti yang memperjuangkan dasar perkauman yang cukup kuat dan sikap serta pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sehingga ke hari ini. Menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din, malah sikap kepimpinan DAP yang angkuh dan sombong juga semakin jelas terlihat semenjak parti tersebut berjaya menguasai kerajaan Pulau Pinang hari ini. "Keangkuhan dan kesombongan, terutamanya pada sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, semakin jelas apabila mereka memegang tampuk kekuasaan. Jika tidak, masakan keluarnya kenyataan daripada Timbalan Ketua 1 Menteri Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman yang mengatakan bahawa Lim Guan Eng angkuh, sombong dan bagaikan tokong. "Kenyataan tersebut bagi saya, mungkin satu kesedaran baru pada rakan-rakan orang Melayu di dalam Pakatan itu sendiri. Bagi saya, kenyataan ini cukup benar. Dan sekiranya mereka iaitu rakan-rakan bangsa Melayu kita sudah mulai sedar bahawa Lim Guan Eng itu adalah seorang yang cukup kuat dengan perkaumannya yang sempit, maka mereka perlu mengambil satu keputusan untuk kepentingan agama,bangsa dan negara," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Jelasnya, jika orang-orang Melayu yang bergerak di dalam Pakatan Pembangkang sudah tahu bahawa mereka tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan kepimpinannya yang berperangai seperti itu, maka satu keputusan haruslah dibuat demi kebaikan rakyat, khususnya rakyat di negeri Pulau Pinang. "Kita masih ingat lagi, ketika mula memerintah Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya mahu jadi pembela bagi semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Tetapi ternyata apa yang berlaku adalah sebaliknya. Lihat saja isu soal pembangunan rumah miskin di Pulau Pinang. "Tiada rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan DAP. Memandangkan sikap kerajaan Pulau Pinang itu, Pemuda BN telah menawarkan untuk membeli tanah bagi mewujudkan perumahan bagi rakyat miskin, namun kita boleh lihat sikap mereka yang cuba berdolak dalik. “Jelas sekali bahawa mereka tidak berlaku jujur dan ikhlas dalam isu ini, sedangkan sebanyak dua ratus ribu ringgit telah dibayar sebagai pendahuluan pembelian tanah tersebut kepada kerajaan negeri," ujarnya. Tambah beliau, ini merupakan satu contoh pendekatan politik yang jijik yang dimainkan oleh DAP. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak menyeru agar semua orang Melayu dan keseluruhan rakyat Malaysia sedar, siapa DAP dan apa matlamat perjuangan mereka. Sekiranya dibiarkan mereka terus berkuasa, maka kelak rakyat akan hidup dalam keadaan yang tidak selesa di negara ini. "Hari ini, kita boleh lihat satu persatu kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran DAP terdedah. Kini wajah sebenar DAP pun sudah terserlah. Bahkan, apabila kita lihat kabinet bayangan, ternyata amalan kronisme dan nepotisme begitu kuat apabila anak beranak Lim Kit Siang bakal memegang jawatan-jawatan yang penting di dalam kabinet, yang tidak pernah di dalam pentadbiran BN sebelum ini. "Inilah satu perkara yang rakyat perlu sedar. Ia bukan perkara main-main dan berkisar tentang soal politik semata-mata. Perkara ini amat penting untuk rakyat membuat penilaian kerana ia boleh memudaratkan kemakmuran di negara ini," jelasnya. Selain itu, beliau juga tidak menolak bahawa ahli-ahli Pas peringkat bawahan kini mula merasa tidak selesa dengan agenda penyatuan Pas dan DAP. "Mereka juga tidak berapa suka dan seronok dengan perkembangan ini. Tapi saya faham, mereka mempunyai kekangan dalam untuk menyampaikan pandangan kepada kepimpinan atasan. Justeru itu, saya seru orang Melayu terutama ahli Pas, agar melihat agenda DAP dengan dada yang terbuka. "Dan saya yakin, mereka sudah temui jawapannya. Namun memandangkan ada sebahagian dari kepimpinan Pas yang cuba menyembunyikan perkara ini, akhirnya ahli-ahli Pas terpaksa mengambil keputusan untuk berdiam diri," katanya lagi. Malah beliau juga yakin bahawa ahli Pas kini sedar, bahawa mereka kini berada di dalam keadaan yang amat tidak selesa dan kini berada di dalam satu situasi yang boleh menghancurkan segala nikmat yang ada. "Saya yakin ahli-ahli Pas atau penyokong Pas akan membuat satu keputusan yang bijak dalam PRU 13 akan datang ini untuk menyatakan pendirian mereka. Dan rata-rata ahli Pas di peringkat bawahan, berdasarkan permerhatian saya tidak menyokong dan tidak setuju dengan gabungan Pas bersama DAP. Namun mereka tidak dapat bersuara hanya kerana satu dua orang di dalam kepimpinan Pas yang kuat membela DAP," tegasnya. -MediaUMNO |
Bandar Baharu Ajil Bakal Hidupkan Semula Ekonomi Di Ajil Posted: 17 Oct 2012 04:31 AM PDT HULU TERENGGANU, 17 Okt – Bandar Baharu Ajil yang sedang dalam pembinaan dijangka mampu ‘menghidupkan’ semula aktiviti ekonomi di pekan itu yang dikatakan suram sejak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mula beroperasi akhir tahun lalu. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid berkata ada peniaga mengadu perniagaan mereka merosot hingga 40 peratus apabila jalan alternatif Jerangau-Jabor tidak lagi menjadi pilihan utama pengguna yang lebih selesa menggunakan LPT. “Bandar Baharu Ajil yang menelan belanja RM4 juta akan menjadi pusat sehenti yang menempatkan 70 lot kedai dua tingkat, medan selera, stesen bas dan teksi dijangka siap awal 2014,” katanya kepada selepas menyampaikan sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Kampung Landas di sini hari ini. Bandar Baharu Ajil itu kelak dijangka mampu menarik pelabur ke pekan ini, katanya. Mengenai penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Ara, Rosol yang juga Timbalan Ketua UMNO Hulu Selangor berkata ia adalah penempatan tersusun yang mampu menampung 100 keluarga. Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah memperuntukkan sebanyak RM800,000 kepada 3,416 penduduk wilayah itu yang layak menerima bantuan pada tahun ini. “Tahun ini menyaksikan peningkatan sumbangan ke dalam tabung berkenaan sebanyak RM100,000 berbanding RM700,000 yang kita serahkan kepada orang miskin pada tahun lalu. “Sumbangan ini adalah hasil keuntungan anak-anak syarikat Ketengah dengan sumbangan terbesar adalah dari syarikat perladangan milik kami,” katanya. Pada majlis itu, seramai 81 penduduk miskin menerima RM300 setiap orang manakala 245 anak yatim dan pelajar miskin pula menerima RM100 atau RM200 seorang. |
Empat Juta Penduduk Lembah Kelang Bakal Diancam Bahaya Arsenik Posted: 17 Oct 2012 03:47 AM PDT Kerajaan PR Selangor tidak lagi boleh menafikan bahawa negeri itu bakal mengalami krisis bekalan air yang buruk dalam masa terdekat apabila bukti-bukti kukuh mengenai kekurangan air di empangan-empangan didedahkan. Sebelum ini mereka cuba meremehkan isu tersebut konon mainan politik Barisan Nasional, tetapi nada mereka kemudiannya berubah dan cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka punya strategi sendiri untuk menanganinya. Antaranya, melakukan pembenihan awan dan menggunakan air dari bekas lombong untuk menampung keperluan di Lembah Kelang. Ini dinyatakan sendiri oleh exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar. Bagaimanapun, kedua-dua penyelesaian yang dicanangkan kerajaan PR Selangor ini adalah tidak praktikal. Ini kerana pembenihan awan tidak mampu memastikan seratus peratus kejayaan. Kalau pun berjaya, ia masih tidak menyelesaikan masalah utama iaitu, bukannya kekurangan air mentah, tetapi bekalan air yang dirawat. Begitu juga dengan menggunakan air lombong sebagai penyelesaian kerana air lombong mengandungi logam berat yang tinggi selain bakteria dan mikroorganisma yang membahayakan pengguna. Logam berat yang amat membimbangkan yang banyak terdapat di dalam air bekas lombong adalah logam arsenik (As). Arsenik mampu menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah penyakit hati, buah pinggang dan pebagai jenis kanser. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan kadar selamat arsenik inorganik ini sebagai 0.01 mg/l. Namun, beberapa negara di dunia di dapati mempunyai paras arsenik yang sangat tinggi dan ada yang melebihi 200 kali ganda. Walaubagaimanapun, memang benar bahawa air bekas lombong boleh dirawat dengan beberapa cara. Antaranya, kaedah rawatan secara pasif (passive treatment method). Iaitu air sisa lombong disalurkan ke kolam pengoksidaan sebelum disalurkan ke kolam SAPS (Successive Alkalinity Producing System). Kolam takungan SAPS di lapisi dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama adalah batu kapur (limestone), lapisan kedua adalah lapisan organik dan lapisan ketiga (paling atas) adalah lapisan air sisa. Air akan ditahan di dalam kolam ini selama 3 hari. Selepas itu, air sisa di alirkan ke kolam wetland sebelum dilepaskan keluar. Melalui kaedah ini, pH air dapat ditingkatkan kepada pH 6 dan kandungan logam berat Fe dikurangkan daripada 32 ppm kepada 0.9 ppm. Selain itu, ada juga rawatan secara aktif (active treatment facility) iaitu di mana kadar alir air lombong yang tinggi dan kuantiti yang banyak. pH air sisa setelah dirawat dan dialirkan keluar melalui cara ini adalah 7.84. Walaupun ada caranya untuk merawat air lombong, cadangan menggunakan mana-mana satu dari kaedah ini untuk menyelesaikan masalah air di Selangor adalah tidak praktikal memandang kos yang begitu tinggi termasuk masa yang terlalu suntuk. Kos pembinaan loji rawatan secara aktif bagi lombong Hamtae di Korea sahaja memakan belanja sebanyak USD3 juta. Apatah lagi apabila terdapat cara lain yang lebih mudah, cepat dan murah serta terjamin selamat untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menggunapakai penyelesaian yang telah digariskan oleh kerajaan pusat iaitu Projek Langat 2. Oleh itu, bagi kerajaan Selangor untuk memilih cara penyelesaian yang tidak praktikal untuk mengatasi masalah ini, menimbulkan keraguan di kalangan rakyat mengenai motif sebenar serta kredibiliti mereka. Lebih dari itu, adalah tidak wajar bagi sebuah kerajaan negeri untuk membiarkan rakyat menanggung risiko keracunan logam berat, seperti arsenik hanya kerana ego dan enggan menerima atau mengakui sesuatu perancangan yang terbaik yang dicadangkan oleh pihak lawan, iaitu kerajaan Barisan Nasional. Sedangkan, pihak PR selama ini yang begitu beria-ia membangkitkan isu alam sekitar walaupun sebenarnya tiada isu. Contohnya, kilang Lynas yang telah disahkan selamat oleh pakar-pakar antarabangsa tetap dituduh mereka sebagai merbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat Kuantan. Pelik sekali apabila PR konon memperjuangkan keselamatan dan kesihatan rakyat Kuantan tetapi sanggup pula mendedahkan 4 juta rakyat Selangor kepada risiko keracunan arsenik. Lagipun, PR sepatutnya lebih peka dengan bahaya arsenik memandangkan Ketua Umum mereka, Anwar Ibrahim pernah mendakwa disuntik dengan racun tersebut oleh kerajaan ketika beliau pertama kali dipenjara kerana meliwat. 'Ketakutan' Anwar dan keluarga terhadap kesan arsenik begitu hebat sehingga membawa isu itu kepada media antarabangsa. Untuk pengetahuan, kemasukan arsenik dalam jumlah besar ke dalam tubuh secara mendadak akan menyebabkan serangan akut seperti sakit perut akibat sistem pencernaan rosak, muntah, cirit-birit, rasa haus yang hebat, kejang perut, dan akhirnya koma, dan kematian. Manakala kemasukan secara sedikit-sedikit dalam jangka waktu lama pula, seperti meminum air yang mengandungi racun arsenik, akan menyebabkan nafas berbau, peluh berlebihan, otot longlai, perubahan warna kulit (menjadi gelap, gangguan saraf, dan seperti yang melanda penduduk Chile dan Bangladesh iaitu penyakit kaki hitam dan juga kanser kulit. Kini, ternyata, Anwar telah berbohong kerana beliau jelas sihat sejahtera setelah dibebaskan, malah boleh 'beraksi' dengan begitu hebat tak kira di pentas-pentas ceramah mahupun di bilik-bilik hotel. Dengan pengetahuan yang 'mendalam' mengenai arsenik, adalah pelik sekali apabila kerajaan PR Selangor langsung tidak bimbang jika rakyat mereka terdedah kepada racun ini. Ini menunjukkan bahawa kerajaan PR tega mementingkan politik lebih dari rakyat. Justeru, kita sarankan agar parti tersebut membuang sahaja nama 'rakyat' kerana ia jelas tidak menepati objektif pakatan mereka. isuhot.com |
Bajet 2013 Kelantan Main Helah Masukkan Royalti Untuk Tutup Kelemahan Diri Posted: 17 Oct 2012 03:28 AM PDT KOTA BHARU, 17 Okt. – Pembentangan Bajet 2013 Kerajaan Negeri Kelantan menimbulkan persoalan ekoran pengumumannya dengan memasukkan hasil royalti yang kini dituntut sebanyak RM200 juta, sebagai perolehan Kerajaan Negeri terbabit. Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Dali Hussin membidas tindakan tersebut dan menganggapnya sebagai satu helah dari kerajaan negeri untuk memburukkan kerajaan Pusat oleh Barisan Nasional (BN). "Sepatutnya bajet terbabit tidak mengambil kira berkaitan royalti kerana ia masih dalam perbicaraan dan bukan daripada pendapatan negeri ini sekarang," katanya kepada UMNO-Online. Pembentangan bajet Negeri Kelantan yang bertemakan 'Bajet Negeri Berkebajikan' dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Kebajikannya, Datuk Husam Musa yang mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Husam ketika mengumumkan perkara itu dilaporkan berkata, Bajet 2013 merupakan belanjawan lebihan di mana perolehan yang dianggarkan bakal diperolehi berjumlah RM535.95 juta iaitu lebihan sebanyak RM45.83 juta. "Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir Pas cuba menimbulkan kebencian rakyat terhadap BN dengan menunjukkan bahawa melalui royalti terbabit disekat oleh kerajaan pusat dan dengan perolehannya pelbagai pembangunan dapat dilaksanakan dan jumlah wang ini memberikan banyak pulangan kepada rakyat. "Mereka berniat buruk dan mahu menggambarkan seolah-olah kerajaan BN amat kejam sehinggakan menyekat penyaluran wang royalti ini sedangkan realitinya wang tersebut tidak ada." Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa berkata, ada kemungkinan bahawa hasil royalti ini dimaksukkan bagi mengaburi mata rakyat dan memperlihatkan kononnya mereka mengurus tadbir dengan baik sedangkan yang berlaku adalah sebaliknya. Dikatakan bajet yang dibentangkan tersebut sebenarnya mengalami defisit RM154.18 juta dengan anggaran perolehan yang semakin merudum. |
Krisis Air Makin Kritikal : Kerajaan Selangor Dibidas Terus Ambil Sikap Songsang Posted: 17 Oct 2012 03:24 AM PDT HULU SELANGOR, 17 Okt. – Paras Empangan Sungai Selangor di sini masih lagi tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun hujan lebat dilaporkan turun di kawasan sekitar empangan sejak beberapa lalu. Demi untuk melihat dan meninjau sendiri keadaan empangan tersebut, hari ini Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, diketuai pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan telah melawat dan meninjau keadaan sebenar empangan tersebut. Ujarnya, tahun lepas memang ada penyusutan air kerana fenomena cuaca, namun difahamkan krisis ini akan berterusan. “Ini kita tak jangka kerana ianya fenomena alam, sungguhpun hujan lebat turun setiap hari sekarang ini, tidak ada jaminan empangan ini akan dipenuhkan”, katanya. Tambah beliau lagi kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan pihak kerajaan negeri akan membuat pembenihan awan bagi menangani krisis penyusutan air di Selangor bukanlah satu jalan penyelesaian yang bijak. "Pembenihan awam bukan jalan penyelesaian kepada isu air di sini kerana pembenihan awan ini mungkin sesuai untuk menangani masalah jerebu dan menangani indeks cuaca yang kurang baik, bolehlah. “Sebenarnya kerajaan negeri kena keluarkan kenyataan yang jelas, yang betul-betul fakta ataupun melalui agensi yang berkenaan untuk memaklumkan kepada orang ramai dan rakyat apa yang terjadi. Kita perlu diberikan kefahaman paras kritikal kerana kita faham air ini, bukan semuanya air sebaliknya di bawahnya ada keladak, lumpur dan sebagainya," ujarnya lagi. Tegas beliau sepatutnya kerajaan Selangor patut tahu dan faham paras kritikal air dan keduanya paras minimum penggunaan air yang patut ada di empangan ini. “Seterusnya, kita lihat isu air sekarang ialah isu sumber air dan penyelesaian yang dibuat mestilah penyelesaian jangka panjang kerana ini selepas krisis air pada tahun 1997-1998, barulah Empangan Sungai Selangor ini dibuat. "Selepas 14 tahun, ia juga ada kaitan juga dengan Empangan Langat 2. Jika kita lihat Empangan Langat 2 ini bertujuan untuk pembelian air dari dari Pahang, sumber air yang berasingan dari negeri Selangor. Air ini akan masuk dan diproses, dan lebihan air yang banyak lebih dari 15 peratus penggunaan di Selatan Selangor. “Jadi, ini adalah alternatif tetapi saya masih tidak faham, kenapa kerajaan negeri berdolak-dalik dalam isu ini sedangkan air ini adalah keutamaan kepada rakyat negeri Selangor dan perlu ditangani dengan cermat, ditangani dengan serius. “Saya Nampak kerajaan negeri ambil sambil lewa dan berlawan dengan kerajaan pusat atas alasan yang mereka sendiri tahu jadi saya percaya rakyat Selangor perlu sedar dan diberikan pemahaman kejadian yang sebenarnya seperti krisis air dan maklumat asas proses air ini berlaku, serta implikasi-implikasinya dalam jangka masa panjang," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang. Tambahnya, satu tindakan jangka masa panjang perlu dibuat sekarang untuk atasi isu air untuk beberapa tahun ke depan bukannya nak buat pembenihan awan, nak rawat air lombong dan sebagainya. – MediaUMNO |
Kuwait Invites Malaysian Firms To Part Take In US$130 Billion Infrastructure Developement Programme Posted: 17 Oct 2012 03:16 AM PDT KUWAIT CITY, Oct 17 – Kuwait has invited Malaysian companies to participate in the oil-rich nation’s US$130 billion five-year infrastructure development programme, Tan Sri Muhyiddin Yassin said today. The Deputy Prime Minister said the companies are offered to take up highway, airport and port construction projects. “Actually, many Malaysian companies have ventured into the Middle East (market). Maybe the information (about opportunities in Kuwait) has not trickle down or some (companies) are not clear about the policies and laws here…maybe that’s the reason, they (Malaysian companies) did not focus here,” he said. Muhyiddin was speaking to Malaysian journalists after attending the Asia Cooperation Dialogue (ACD) Summit which ended here today. Present were Deputy Foreign Minister Senator A. Kohilan Pillay and Malaysia’s Ambassador to Kuwait Datuk Adnan Othman. Muhyiddin said the invitation was extended during bilateral talks between him and Kuwaiti Prime Minister Sheikh Sabah al-Ahmed al-Jaber al-Sabah here. He said Sheikh Sabah al-Ahmed told him of Kuwait’s readiness to help Malaysian companies and felt that there was a need for specialty companies from Malaysia to undertake collaborative projects in specific sectors. Towards this end, Muhyiddin said he suggested that both sides organise special trade missions to promote and explore new investment sectors. On Malaysia-Kuwait Trade Agreement, the Deputy Prime Minister said progress has been made and hoped that negotiations are concluded soon to open up more investment and two-way trade opportunities. “Malaysia hopes more companies from Kuwait will invest in Malaysia such as Kuwait Finance House and Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company,” he said. Muhyiddin said that under the Economic Transformation Programme, 12 key areas have been identified as investment opportunities and hoped that Kuwaiti companies would take advantage of the opportunities. Malaysia-Kuwait bilateral trade has hit RM1.945 billion between January and July this year. Muhyiddin also said he has extended invitation to the Kuwaiti Prime Minister to visit Malaysia and also expressed the hope that the Emir of Kuwait would make a state visit to Malaysia. |
Sabah Plans To Build Pantai Tanjung Aru – Kinarut Coastal Road Posted: 17 Oct 2012 02:46 AM PDT KOTA KINABALU, Oct 17 - The Sabah Government plans to build a coastal road from Tanjung Aru here linking Putatan to Kinarut, Papar as an alternative road to reduce traffic congestion in Putatan here. Deputy Chief Minister Datuk Yahya Hussin said road users heading for the city had to pass through Putatan causing massive traffic snarl during rush hours. He said an alternative road was badly needed as the traffic congestion was affecting daily life of Putatan residents. Speaking to reporters after an interview in the ‘Diari YB’ programme over Sabahfm (RTM) in Kepayan here today, he said the state government had allocated RM325.6 million for various development projects in the Putatan District since 2008. Yahya, who is also Petagas assemblyman, said among the projects were the Putatan Health Clinic, the 10 km Sungai Putatan flood mitigation project, the Sungai Putatan drainage project, and the Sekambu-Talang Taun road project. On the Hardcore Poor Development Programme in Putatan, he said 150 houses had been built in 16 villages since 2009 at the cost of RM5.1 million. Yahya, who is also state agriculture and food industry minister, outlined three directions for Putatan development, namely to improve and modernise its public infrastructure, improve its transformation programme, and turn it into the most rapidly growing district in the country. |
Projek Naik Taraf Jalan Kota Baharu – Kuala Krai Tidak Batal : Shaziman Posted: 17 Oct 2012 02:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Okt – Kerajaan tidak pernah membatalkan pelaksanaan projek menaik taraf jalan persekutuan dari Kota Baharu ke Kuala Krai, Kelantan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor. Sebaliknya projek itu ditangguh sementara bagi membolehkan kerajaan menilai semula skop, spesifikasi dan kos projek berkenaan, katanya. “Kerajaan berpandangan cadangan harga kontrak yang pihak kontraktor tawarkan untuk laksanakan projek itu secara ‘design and build’ amatlah tinggi iaitu RM1.6 bilion untuk jajaran sepanjang 77 kilometer. “Berdasarkan perancangan semula, cadangan projek menaik taraf jalan Kota Baharu-Kuala Krai akan diberi keutamaan dan pertimbangan oleh kementerian untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini. Projek itu merupakan sebahagian daripada jajaran Jalan Persekutuan Central Spine dari Pahang ke Kelantan dengan cadangan menaiktaraf Jalan Kota Baharu-Kuala Krai yang diluluskan secara prinsip pada tahun 2008. Dalam pada itu, Shaziman menyelar kerajaan Pas Kelantan yang berhasrat membina lebuh raya dari Kota Baharu ke Kuala Krai dengan hanya bergantung kepada kutipan derma walaupun kos pembinaan dianggar RM1.8 bilion. “Saya hairan kerana projek lebuh raya tak bertol ini harganya besar sedangkan defisit Kelantan pun besar. Difahamkan kira-kira RM80 juta hingga RM90 juta tahun ini. “Sebagai seorang Islam, lebih penting kalau kita beri keutamaan dari segi air kerana itu hak rakyat yang perlu disediakan. Jalan dah ada, cuma perlu diperbaiki,” katanya. Terdahulu, menjawab celahan Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat) sama ada kerajaan persekutuan bercadang berbincang dengan kerajaan negeri Kelantan mengenai projek lebuh raya itu supaya tidak timbul pertindihan, Shaziman berkata kementerian bersedia untuk berbuat demikian. “Cuma saya tak yakin RM1.8 bilion boleh dapat secara kutipan derma,” katanya. Bagaimanapun, Shaziman berkata kementerian tidak menerima sebarang permohonan atau pemberitahuan bahawa kerajaan Kelantan mahu membina lebuh raya itu. |
Pakatan NGO Pro BN Ditubuh Bantu Kerajaan Hadapi PRU 13 Posted: 17 Oct 2012 02:25 AM PDT KOTA KINABALU, 17 Okt – Sebuah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) ditubuh bagi membantu Barisan Nasional (BN) dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang. Zulkarnain Mahdar, yang merupakan presiden gabungan NGO yang dikenali sebagai Pakatan NGO Pro BN itu, berkata lebih 50 NGO seluruh negara mengesahkan penyertaan dalam gabungan itu dengan lebih 100,000 keahlian terkumpul. “Kami akan turun ke setiap kawasan, khususnya yang dikenalpasti sebagai kawasan hitam, untuk menyampaikan mesej-mesej kerajaan BN. “Dalam masa sama, kami akan menyerang balas hasutan yang dibawa oleh pembangkang, khususnya di kawasan yang pernah dilawati oleh pemimpin-pemimpin mereka,” katanya pada sidang media mengenai penubuhan gabungan NGO itu di sini hari ini. Zulkarnain yang juga Presiden Persatuan Kebajikan Pekerja Anak-Anak Sabah di Selangor, berkata Pakatan NGO Pro BN itu dijangka dilancarkan akhir bulan ini oleh penaungnya Senator Ezam Md Nor dan akan mengadakan jelajah di Sabah sebagai permulaan. Beliau berkata jelajah itu yang akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13 juga dijangka disertai beberapa bekas anggota parti pembangkang seperti pemimpin Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Muhammad Zahid Mat Arip, presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah, bekas anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Ghani Haroon, anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin dan Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan. Gabungan NGO ini tidak terikat dengan mana-mana parti politik dan dana pula diperoleh sendiri, katanya. |
Selangor Barisan Nasional Plans 2013 Countdown At I-City In Shah Alam Posted: 17 Oct 2012 02:06 AM PDT SHAH ALAM, Oct 17 – The Selangor Barisan Nasional (BN) plans to have a massive New Year’s Eve Countdown for the 2013 event under the auspices of ‘Sayangi Selangor, Yakini BN’ at the I-City theme park in Section 7 here on Dec 31, says its co-ordinator, Datuk Seri Md Zin Mohamed. He said the event was aimed at portraying the growing support by the people for BN in Selangor, and BN’s continued commitment towards development in the state. “At last year’s New Year’s Eve Countdown event attended by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, we attracted more than 150,000 people. At the recent Selangor BN Hari Raya open house in Sungai Buloh attended by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, we had more than 300,000 people there. “We hope that Selangor BN’s countdown at I-City this year will be an even bigger event,” he said after visiting I-City’s latest tourist attractions here today. Md Zin, the MP for Sepang, who is leading the charge with other BN leaders to win back Selangor from Pakatan Rakyat, said feedback and support from the people in Selangor was growing, especially in the last two years. “We know where we had gone wrong in the past, and we are now here to correct the mistakes and serve the people better,” he told Bernama. Md Zin said Selangor BN’s service centre known as PAKAR (for Pusat Khidmat Rakyat) has been a good source of reference or gauge on the people’s support. “Our service centre, which is manned by about 20 people, receives about 300 telephone calls daily and these calls provide a reliable indication of the kind of problems faced by the people in Selangor, and the shortcomings of the present state government. “It also allows an opportunity for us to reach out to the people and this is certainly very encouraging for Selangor BN,” he said. On I-City’s development into a top tourist draw in the Greater Kuala Lumpur area, Md Zin said its growth had been planned when BN was in power in Selangor. He said it was the state BN government that pushed for I-City’s Multimedia Super Corridor (MSC) status and this had helped the location to have one of the fastest broadband speeds in the country at 110MBps. Datuk Eu Hong Chew, CEO for I-Berhad, the parent company of I-City, said the MSC status had helped it to attract some top ICT companies to operate at the location. Md Zin said the BN government had also been instrumental in approving various infrastructure development for I-City, including better access via a flyover from the Federal Highway, which would be ready next year. He said the better amenities would help I-City to be one of the country’s top tourist attractions as it currently received 90,000 visitors weekly for its digital lighting and snow walk attractions. From next month, I-City, the brainchild of I-Berhad’s group executive chairman Tan Sri Lim Kim Hong, will feature a Canadian-designed Tornado Ride, touted to be the first in South East Asia, at its new RM25 million WaterWorld attraction. It will also open a Trick Art Museum for people who love to take pictures against creative backdrops. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment