tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Audio] Pendedahan ke-2: Mansor persenda rakan-rakan dalam PR!

Posted: 17 Oct 2012 06:30 PM PDT


Allah swt tunjukkan wajah sebenar politikus PR. Politikus PR pentingkan habuan peribadi dan bukan rakyat.

Blogger APA kata -

Semalam aku dah dedahkan rakaman audio 2 minit Mansor TKM1 kantoi seronok nak jadi Duta Chinadoll makan angin macam boss dia.Hari ini aku sambung lagi audio 2 minit jadi 8 min dengan Mansor terus mempersendakan kawan kawan dia dalam Pakatan Rakyat P.Pinang....

Nama nama saperti Johari Kassim...Cabang Tasik Gelugor...Ketua Cabang Bertam,Mokhtar Seiausaha Perhubungan Negeri dipersendakan.Mansur kata kalau tak kerana PRU "I'll kick him out!"

"DAP is using Pas"....Mansor kata DAP peralatkan Pas jolok PKR mintak kawasan tambahan untuk bertanding.Suara Pas adalah suara DAP...kah kah kah...nampak sangat macam Pas haprak sangat jika dibandingkan dengan DAP dan Pas di Pulau Pinang.

baca lagi di
http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/10/edisi-mansor-kantoi-maksima-siri-2.html

#Bajet2012: Fakta dan perbandingan #BajetBN dan #BuyJetPR

Posted: 17 Oct 2012 04:13 PM PDT


Bajet BN - menyeluruh, praktikal dan berwawasan. 
Buyjet PR - janji dicapati, ilusi dan cetek (hanya untuk PRU13)






Orang-Orang BN Wajip Tengok 60 Intipati 

Bajet 2013 Yang Menakutkan Pakatan Rakyat kerana ini membuktikan bertapa gagalnya Pakatan Rakyat untuk merangka bajet dari dunia fantasi mereka. Tampa mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan negara.

Sebab itulah Orang-Orang BN Wajip Tengok 60 Intipati Bajet 2013 Yang Menakutkan Pakatan Rakyat untuk menilai sendiri bertapa bodoh sombongnya Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim yang gagal mentabir Selangor.

Datuk Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia: Saya mulakan lafaz ucapan Bajet 2013 dengan kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim dan memetik sepotong ayat dari Surah Al-Baqarah yang diturunkan di Madinah, bahawa : 


"Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua pada hari kiamat untuk menerima balasan. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."


Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2012/10/orang-orang-bn-wajip-tengok-60-intipati.html#ixzz29bIK1Hj9





















Orang-Orang BN Wajip Tengok 60 Intipati Bajet 2013 Yang Menakutkan Pakatan Rakyat



















Orang-Orang BN Wajip Tengok 60 Intipati Bajet 2013 Yang Menakutkan Pakatan Rakyat













Orang-Orang BN Wajip Tengok 60 Intipati Bajet 2013 Yang Menakutkan Pakatan Rakyat





Orang-Orang BN Wajip Tengok 60 Intipati Bajet 2013 Yang Menakutkan Pakatan Rakyat












Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2012/10/orang-orang-bn-wajip-tengok-60-intipati.html#ixzz29bIBrI2l



Audit: PR sembunyi fakta hutang, perolehan aset mahal 8 kali ganda? #ubahPenang

Posted: 17 Oct 2012 06:30 AM PDT

 Penurunan hutang Penang bukan kerana Lim Guan Eng cekap tetapi kerana dibantu kerajaan pusat melalui pengambilalihan pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) – organisasi di bawah Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).




BONGKAR: Guan Eng Salah Tadbir Di Pulau Pinang


DAP nampaknya begitu berbangga dengan laporan Audit 2011 yang menunjukkan penurunan hutang negeri tersebut antara 94 – 97%.  Konon-kononnya penurunan ini ada kaitan dengan kehebatan mengurus parti rasis, cauvanis cina ini, dibanding dengan BN dan negeri-negeri lain dimana mereka memerintah.

Maka para penyokong Pakatan Rakyat dibawah yang tidak punya keupayaan berfikir yang hebat seperti orang lain, menerima sahaja berita ini tanpa terlebih dahulu merujuk kepada laporan audit tersebut bagi mendapatkan lebih maklumat bagaimana yang dikatakan penurunan hutang itu

Sebetulnya, yang tidak disebut DAP ialah, penurunan hutang ini dibantu kerajaan pusat melalui pengambilalihan pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) – organisasi dibawah Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Selain dari itu, laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang.  

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan – sekadar menyebut beberapa perkara.

Beberapa projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak dapat digunakan sehingga kini. Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di Jelutong dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan setakat terbiar begitu sahaja, bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan, telah menyebabkan banyak kemudahan asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan.

Sementara dalam masa yang sama, aktiviti perniagaan makanan di atas jalan raya awam yang ditutup pada waktu malam, semakin rancak dijalankan di Pulau Pinang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ada kompleks lebih selesa yang disediakan tidak mahu digunakan dan DAP sendiri tidak begitu bersungguh mahu memindahkan penjaja jalanan ini ke kompleks tersebut.

Projek CCTV yang dilaksanakan, kononnya bagi mengatasi masalah jenayah, meletak kereta secara haram oleh beberapa PBT di Pulau Pinang juga gagal mencapai prestasi yang ditetapkan mereka sendiri. Sistem yang digunakan tidak jelas, bilangan yang terhad dan beberapa perkara lain adalah antara kelemahan yang dikenali pihak audit.

Ini merupakan pembaziran wang yang jelas oleh DAP Pulau Pinang, kroni mana yang diambil untuk memasang sistem tersebut pun kita tak tahu, tapi wang rakyatlah yang membayar untuk hasil yang tidak sepadan.

Paling mencuri tumpuan penulis dalam laporan audit semalam ialah tindakan beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri yang membayar bonus kakitangan dikala syarikat itu sendiri mengalami kerugian.. Kalau tidak salah penulis, masalah sama pernah dikenal pasti di sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri di Selangor beberapa tahun lepas – untung tidak ada tapi bonus berkoyan.

Nampaknya fahaman DAP ini memang lain. Tak tahu teknik perakaunan mana yang digunakannya tapi syarikat kerajaan negeri yang tidak memberi sebarang keuntungan boleh membayar bonus kepada kakitangannya!!

Jadi toksahlah DAP nak cakap besar dan buat bising tentang prestasi kerajaan BN diperingkat persekutuan kalau dalam negeri yang mereka perintah sendiri pun ada banyak masalah yang tidak terjaga.

Penulis nak menyentuh sedikit tentang kos-kos pembelian 'tidak munasabah' yang dikesan berlaku dalam laporan audit kali ini. Nak dijelaskan disini bahawa ianya bukan disebab oleh penyelewengan atau apa pun cuma bajet berlebihan dari akaun lain, dipindahkan ke akaun yang kurang atau telah habis.

Contoh, rekod pembelian TV berharga RM 1,500, tapi dikesan dibeli dengan harga RM 10,000. Wang itu tidak masuk poket sesiapa pun tapi bajet itu yang dipindahkan.

Ini biasa berlaku, tanyalah orang kerajaan terlibat, depa tahulah, yang penting tidak ada kaitan dengan penyelewengan


Audit: tadbir urus PR Kedah hancus, tak telus #tukarKedah

Posted: 17 Oct 2012 03:02 AM PDT

Laporan Audit Kedah: Bukti PAS Tidak Mampu Memerintah

Rata-rata Laporan Audit negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menunjukkan kelemahan di sana sini dan langsung tidak menggambarkan ketelusan atau kecekapan yang jauh lebih baik dari Barisan Nasional sepertimana yang digembar-gemburkan mereka.

Namun begitu, rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa kelemahan pentadbiran Kedah berada di kelasnya yang tersendiri – iaitu paling bawah antara semua negeri-negeri lain kerana sifatnya yang 'tidak masuk akal'.

Walaupun kita cukup maklum akan kelemahan PAS Kedah dalam mentadbir, tetapi apa yang terdedah melalui Laporan Audit 2011 ini adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Kita tidak dapat memahami bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor, dalam pemberian projek jutaan ringgit.

Perkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi beberapa projek Perumahan Awam. Selain tidak berdaftar, Pengarah bagi 5 syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain. Tidak terhenti di situ, audit juga menemui beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah yang sama yang mana, yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud!

Selain itu, penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea juga menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London.

Entah bagaimana dan kenapa, pinjaman yang sebegitu besar ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengerah malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan.

Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen sokongan yang lengkap.

Begitu juga dengan Projek 99 East di Langkawi yang mana menyebabkan Kedah Corp. Berhad terpaksa menanggung kerugian besar atas alasan yang tidak masuk akal iaitu melanggar syarat perjanjian tanpa sebab yang konkrit.

Penulis tidak berniat untuk mengulas panjang, tetapi cukup bagi rakyat Kedah untuk menilai pentadbiran PAS melalui menilai 3 projek ini sahaja. Apa yang dapat dilihat ialah amalan kronisme, korupsi, ketidakcekapan dan kelemahan keseluruhan jentera pentadbiran PAS Kedah. Seolah-olah tiada sistem jelas berkenaan kelulusan sesuatu projek di mana sesuatu pihak boleh dengan sewenang-wenang membelakangkan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam membuat keputusan termasuk yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Ini juga membuktikan betapa kepimpinan Dato' Seri Azizan Razak tidak mempunyai kawalan atau mungkin juga pengetahuan langsung berkenaan apa yang berlaku di dalam negerinya, seperti siapa yang membelanjakan wang negeri, untuk apa dan ke mana akhirnya.

Keseluruhan audit juga menunjukkan pengurangan yang drastik dalam lebihan pendapatan iaitu daripada lebih RM20 juta pada tahun 2010, menjadi hanya RM2 juta lebih bagi tahun 2011. Alasan yang diberi adalah bagi menampung kos pentadbiran. Namun, dari apa yang dilihat nampaknya begitu banyak wang negeri telah dileburkan untuk projek-projek yang sama ada tidak sesuai, berisiko tinggi sehingga akhirnya tidak terlaksana atau gagal sama sekali, semata-mata kerana pentadbiran dan kepimpinan negeri begitu lemah, tidak cekap dan mengamalkan rasuah dan kronisme.

Rakyat Kedah wajar mendesak siasatan lanjut dilakukan terhadap mereka-mereka yang terlibat sehingga menyebabkan begitu banyak kerugian dialami oleh negeri.

Sumber - Beruang Biru
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AUDIT: PR belanja besar, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bakal lingkup? #ubahSgor

Posted: 16 Oct 2012 11:30 PM PDT



PR gagal - Perbelanjaan Yawas terlalu besar

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - TAWAS BAKAL LINGKUP?

1. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) terhadap Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mengesahkan apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan ikon kebajikan kerajaan negeri Selangor ini.

2. Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM 100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.

3. Biarpun telah menghabiskan RM 500 ribu untuk kempen dan promosi skim, hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya. Ini menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.

4. Dalam soalan bertulis saya kepada Dewan Undangan Negeri Selangor pada sesi lalu, kerajaan negeri tidak menjawab apakah bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Yawas bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang dijanjikan menjelang 2025. Soalan ini tidak dijawab.

5. Menurut maklumat dalam laman webnya, Yawas ditubuhkan pada 5 Februari 2009. Kerajaan negeri menyumbang RM 8.5 juta untuk dana Tawas dan RM 5 juta untuk dana operasinya. Saya tertanya-tanya mengapa begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi Yawas. 

6. LKAN juga mendedahkan bahawa pendapatan daripada pelaburan jangka pendek YAWAS bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing berjumlah RM198,101, RM210,716 dan RM213,955. Manakala  kos operasi Yawas RM1.55 juta (2009), RM1.64 juta (2010) dan RM1.71 juta (2011). Ini bermakna jumlah pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan operasi semasa. 

7. LKAN mendedahkan baki dana Yawas pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta. Menurut LKAN, jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS."

8. Berdasarkan kenyataan bahawa jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak RM 13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam Yawas hanya tinggal RM 5.68 juta, ini bermakna sejumlah RM 7.82 juta telah dibelanjakan. 

9. Berdasarkan jumlah kos pengurusan skim ini selama 3 tahun ialah RM 4.5 juta, kita beranggapan hanya RM 1.18 juta yang dilaburkan. Adakah wajar sebannyak RM 4.5 juta dihabiskan untuk menguruskan pelaburan 1.18 juta? Atau adakah wajar RM 4.5 juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang anak-anak di bawah skim Tawas? 

10. Sebagai kerajaan yang telus, Kerajaan Negeri Selangor wajar menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yawas begitu besar sekali dan siapa yang mendapat habuan-habuan ini. 

11. Jika trend perbelanjaan dan pendapatan seperti sekarang berterusan tidak mustahil Yawas dan Tawas akan ditutup dalam lima tahun lagi atau terpaksa diselamatkan oleh kerajaan negeri.

12. Jangan nanti skim Tawas menjadi skim was-was.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...