UMNO Online - “Beberapa Projek Di Gua Musang Menepati Slogan ‘Janji Ditepati’” plus 5 more |
- Beberapa Projek Di Gua Musang Menepati Slogan ‘Janji Ditepati’
- Ministry Wants Research Varsities To Produce More Postgraduate Students
- Belanjawan 2013 Seimbang, Ambil Kira Kepentingan Semua Golongan – Taib
- Musa Mahu Wanita UMNO Sabah Sokong Semua Calon BN Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13
- Najib Mahu Pemimpin BN Cekal Perjuang Kebajikan Rakyat
- PM Mahu Rakyat Waspada Dengan “Senjata” Pembangkang
Beberapa Projek Di Gua Musang Menepati Slogan ‘Janji Ditepati’ Posted: 30 Sep 2012 01:39 AM PDT GUA MUSANG, 30 Sept – Janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa pembangunan di jajahan ini pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas di sini pada 2010 telah ditepati termasuk projek perumahan rakyat (PPR), kata Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Abdul Aziz Yusoff. Beliau berkata sebagai contoh projek PPR sebanyak 1,000 unit yang kini lebih 50 peratus siap mampu menempatkan rakyat miskin yang tinggal sebagai setinggan di kawasan tanah keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), rizab sungai dan tanah kerajaan. Projek perumahan itu yang lengkap dengan dewan besar, kelas tadika, kompleks sukan, dijangka dapat disiapkan lebih awal pada hujung tahun ini, katanya kepada kepada Bernama dalam tinjauan khas “Janji Ditepati” di sini, hari ini. Selain projek PPR itu, katanya projek lain seperti pembinaan Kolej Poly-Teck Mara (KPTM), Sekolah Menengah Sains, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Masjid Razaleigh, kesemuanya melibatkan kos lebih RM240 juta, juga telah dilaksanakan. Abdul Aziz berkata, banyak lagi projek kemudahan asas yang akan dilaksanakan di daerah ini terutama yang melibatkan masyarakat Orang Asli di kawasan Galas. Antara projek itu ialah pemasangan menara telekom untuk perkhidmatan jalur lebar kepada masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dan Handrop melibatkan kos RM14 juta, pada tahun ini. |
Ministry Wants Research Varsities To Produce More Postgraduate Students Posted: 30 Sep 2012 01:28 AM PDT JOHOR BAHARU, Sept 30 – In line with the allocation provided under the 2013 Budget, the higher education ministry wants more postgraduate students to be produced by research universities. The minister, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, said apart from urging the universities concerned to churn out more new academic writings which could be used as reference, they should also produce more intellectual property materials over the longer term. “With such a large research allocation, universities could produce more post-graduate students,” he said at a media conference after opening the Johor Sand and Granite Lorry Operators Association in Johor Jaya here today. Currently, he said there were 30,000 researchers, including postgraduate students nationwide involved in research. Mohamed Khaled hoped, with the emphasis on human capital and research, it would assist the country in four areas, namely competitiveness, innovation, productivity and the national standard of living. The ministry has been allocated more than RM13 billion in the 2013 Budget, the sixth largest after the education, finance and health ministries, Prime Minister’s Department and defence ministry. |
Belanjawan 2013 Seimbang, Ambil Kira Kepentingan Semua Golongan – Taib Posted: 30 Sep 2012 01:23 AM PDT KUCHING, 30 Sept – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan Belanjawan 2013 sebagai seimbang dengan mengambil perhatian dan kepentingan semua lapisan masyarakat. Beliau berkata Belanjawan itu turut melibatkan golongan yang kurang mendapat perhatian kerajaan sebelum ini khasnya generasi baru dan muda selain masyarakat perniagaan, sejajar dengan perubahan dalam negara. Belanjawan kali ini bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada rakyat malah juga golongan usahawan serta korporat melalui beberapa inisiatif baharu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Jantung Sedunia di Taman Sahabat di sini, hari ini. Taib berkata beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan kerana berjaya membentangkan Belanjawan yang selari dengan keperluan rakyat hari ini. Sementara, ketika berucap pada majlis itu, Taib yang berkongsi amalannya setiap hari iaitu berjalan kaki untuk kekal sihat dan cergas, berkata gaya hidup sihat perlu dijadikan amalan masyarakat hari ini khasnya generasi muda. “Hari ini saya lihat anak muda hanya banyak mengerakkan hujung jari mereka, jadi mula hari ini kita boleh mulakan amalan dengan berjalan kaki setiap hari untuk kekal cergas,” katanya. Kira-kira 2,000 orang menyertai program Hari Jantung Sedunia itu yang turut melibatkan acara berjalan kaki mengelilingi Taman Sahabat bersama Ketua Menteri dan isteri. |
Musa Mahu Wanita UMNO Sabah Sokong Semua Calon BN Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Posted: 30 Sep 2012 01:17 AM PDT KOTA KINABALU, 30 Sept – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta semua pemimpin wanita Umno Sabah memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, walaupun calon itu bukan dari Umno. Beliau yang juga pengerusia BN negeri berkata ini bagi memastikan BN meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum itu. “Apa yang penting ialah semua kawasan yang ditandingi oleh calon BN menang. InsyaAllah kami mahu pastikan kemenangan besar untuk perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kerajaan BN,” katanya berucap pada majlis pelancaran Program Salam Sayang Wanita Umno Sabah di Bangunan Umno, di sini, hari ini. Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi Parlimen apabila hanya kalah kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu. Musa berkata rakyat Sabah wajar memberi sokongan padu kepada kerajaan BN pimpinan Najib yang begitu bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan rakyat. Sambil memberi contoh pembentangan Belanjawan 2013 oleh perdana menteri di Dewan Rakyat, Jumaat lepas, beliau berkata belanjawan itu adalah yang terbaik untuk negara. “Tiada yang tertinggal, ia melintasi seluruh rakyat termasuk golongan tua, muda, petani, nelayan, wanita dan penjawat awam,” katanya. Musa berkata dalam Belanjawan itu, perdana menteri turut mengumumkan peruntukan sekitar RM386 juta untuk membuka 57 lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi membolehkan lebih ramai rakyat di kawasan itu membeli barangan keperluan dengan harga lebih rendah. “Ini adalah bukti Perdana Menteri mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah. Sekarang ini kita boleh membeli barang (keperluan) di mana-mana (Kedai 1Malaysia) yang harganya sama sahaja dengan harga yang ditawarkan di Semenanjung,” katanya. Terdahulu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Wanita BN berharap lebih ramai pemimpin wanita BN Sabah dapat diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. Beliau juga menyatakan komitmen wanita BN untuk memberi sokongan penuh kepada perdana menteri pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. |
Najib Mahu Pemimpin BN Cekal Perjuang Kebajikan Rakyat Posted: 30 Sep 2012 12:51 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) harus berani “turun ke gelanggang” untuk berjuang demi rakyat walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. “Jangan takut…jangan takut lagi, masuk ke gelanggang, inilah semangat yang kita mesti ada,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, hari ini. Najib yang juga Pengerusi BN berkata bahawa keberanian seperti itu menjadi lambang semangat juang yang sebenar. “Tunjuk kekuatan kita, kita ada semangat untuk berjuang, lawan apabila anda dalam keadaan terdesak,” tegasnya pada majlis yang turut dihadiri Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Perdana Menteri berkata berbekalkan semangat juang yang tinggi, kerja keras, semangat berpasukan dan perancangan stategik, BN dapat memastikan segala usaha untuk menawan hati rakyat berjaya. Selain itu, Najib berkata masanya telah tiba untuk Parti Gerakan menjadi lebih ofensif dan tidak takut untuk membuat perubahan terutama dalam usaha merampas semula Pulau Pinang daripada DAP, sekali gus memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan untuk rakyat. “Jangan takut, kita ada kes yang kuat. Pembangunan di Pulau Pinang sangat baik. Sebab apa? Sebab adanya kerjasama daripada Umno, MCA, MIC dan juga kerajaan. “Oleh itu dalam perhimpunan ini, saya minta diperbaharui semangat, jadi rakan yang baik dan berharga kepada BN. Hanya dengan itu, anda akan mencapai kejayaan yang diimpikan,” kata Najib. Dalam pada itu, beliau turut memuji Koh berhubung hasratnya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang selain menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang telah menyumbang banyak kepada parti dan negara. “Saya nak ucap terima kasih. Banyak yang telah beliau lakukan bukan sahaja kepada Pemandu (Unit Pelaksanaan dan Pengurusan Prestasi), tapi juga dalam soal perpaduan dan Rukun Tetangga. “Beliau seorang pemimpin yang boleh diharap yang sentiasa memberikan nasihat bernas. Macam inilah yang kita nak untuk masa depan kita,” kata Najib. |
PM Mahu Rakyat Waspada Dengan “Senjata” Pembangkang Posted: 29 Sep 2012 11:23 PM PDT KUALA LUMPUR, 30 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu rakyat berwaspada dengan tiga “senjata” iaitu kutuk, hasut dan janji yang digunakan pembangkang untuk memenangi hati mereka. “Dia mesti kutuk (kerajaan), mereka mesti tentang (kerajaan). Selepas itu, mereka mesti hasut dan kemudian mereka menabur janji. Seperti yang saya telah katakan, mereka akan menjanjikan bulan, bintang dan waima cakerawala,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, hari ini. Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata rakyat perlu berfikir tentang janji-janji manis yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang akhirnya terserlah sebagai racun berbisa buat mereka. “Adakah ia benar-benar baik untuk rakyat atau akan membawa musibah kepada negara. Inilah rakyat mesti fikir, sebab nak jadi pembangkang senjatanya ada tiga — kutuk, hasut, janji,” tegas Perdana Menteri. Najib berkata untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dalam sistem Parlimen, mereka perlu memenuhi beberapa syarat asas, satu daripadanya ialah menggunakan satu simbol sahaja. “Pendek kata, anda perlu berdaftar sebagai sebuah parti. Tetapi Pakatan Rakyat bukan berdaftar sebagai sebuah parti atau mereka mempunyai satu symbol bersama,” katanya. Perdana Menteri berkata BN telah menggunakan satu simbol sahaja, dengan semua calonnya bertanding di bawah simbol atau lambang BN pada pilihan raya. “Kami pergi berjumpa dengan rakyat sebagai BN, tetapi pembangkang akan pergi berjumpa rakyat dengan simbol berbeza (simbol parti masing-masing). “Simbol tak sama…kita tak pasti sama ada mereka akan bentang manifesto yang sama,” katanya dan menurutnya malah pergaduhan berhubung hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang juga telah berlaku secara terbuka. Najib berkata ini menunjukkan yang mereka tidak mempunyai pendirian bersama dan dasar bersama mengenai bagaimana negara ini akan ditadbir urus, dan ini diperkukuhkan lagi dengan kegagalan pembangkang mengisytiharkan “cabinet bayangan” mereka. Najib berkata negara tidak seharusnya diperintah oleh pakatan pembangkang yang berterusan menabur janji yang tidak mampu ditunaikan. Beliau berkata 75 peratus janji dibuat oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat masih tidak ditunaikan manakala BN terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pimpinan DAP. Perdana Menteri juga berkata seorang pemimpin perlu adil dan saksama, sikap yang tidak terdapat pada diri ketua pembangkang yang telah cuba menghalang seorang pegawai kanan pelajaran yang kompeten di Pulau Pinang daripada dinaikkan pangkat satu ketika dahulu. “Bila saya semak perkara itu, saya sanggup mengambil risiko. Dia (ketika itu) Timbalan Perdana Menteri, saya pula Menteri Pendidikan…saya kata “tidak”, pegawai itu mesti diberikan jawatan Pengarah Pelajaran. Dan saya bersedia menghadapi akibatnya demi menegakkan prinsip. Seorang pemimpin perlu bersikap adil dan saksama,” katanya. Beralih kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan beliau pada Jumaat, Najib berkata mantera falsafah kerajaan dalam penyediaannya adalah mendahulukan rakyat dan segala langkah yang dibuat adalah untuk rakyat. “Belanjawan ini adalah mengenai rakyat serta untuk menggerakkan ekonomi. Anda tidak boleh hanya bercakap mengenai rakyat tanpa menggerakkan ekonomi, tanpa menarik pelaburan asing, pelaburan domestik, inovasi dan produktiviti. “Terdapat 111 inisiatif atau touch points dalam Belanjawan 2013. Bacalah satu persatu-satu,” katanya. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment