BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! ANTARA DI TAJA,DI PINJAM DAN DI SEWA !!! ADAKAH INI SEMUA KENA DENGAN ANWAR IBRAHIM ???

Posted: 30 Sep 2012 08:30 AM PDT


Ada lima perkataan yang membuahkan banyak konotasi pada bacaan sepanjang minggu ini.Perkataan-perkataan itu ialah : ditaja,dipinjam,disewa,suka sama suka dan paksa rela.Ditaja bermaksud seseorang atau satu pihak memberikan peruntukan untuk sesuatu perkara.Contohnya menaja seseorang menunaikan haji dengan peruntukan pelbagai kemudahan.Antaranya memberi tiket penerbangan,kemudahan hotel sebagai tempat tinggal dan keperluan makan pakai sepanjang tempoh tajaan.Sementara dipinjam pula bermaksud untuk dipulangkan semula.Meminjam lebih kepada sementara sahaja,ada tempoh waktu dan ada syarat perjanjian pinjaman.Apabila meminjam kereta seseorang,kereta itu mesti dipulangkan semula dalam keadaan seperti mana kita meminjam. Meminjam turut membabitkan duit ringgit dan mungkin juga percuma,mengikut persetujuan bersama. Menyewa pula bermakna ada nilaian dikenakan. Menyewa pada kadar tertentu, mesti dibayar.Menyewa tidak ada menyewa percuma. Menyewa rumah, kereta, pejabat dan jet sekali pun mesti ada kadar bayaran seperti dipersetujui bersama.Suka sama suka pula ??? Ini jawabnya,tepuk dada tanya selera… mungkin ada perkara tertentu yang wajar dihebahkan mengenai perkara itu dan mungkin juga perlu dirahsiakan. 

Maka umum tidak perlu ketahui hanya yang punya badan sahaja tahu duduk perkara.Paksa rela ??? Mungkin anda boleh memberi jawapan sendiri.Perkara ini saya timbulkan kerana ada keterangan yang tidak sekata beberapa pihak terhadap situasi berlaku minggu lalu mengenai penggunaan jet oleh Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rombongan dalam kempen di Sabah dan Sarawak tengah bulan ini. Dalam laporan mengenai isu ini, timbul tiga perkara iaitu disewa,ditaja dan dipinjam.YB Nurul Izzah mengatakan pesawat itu dipinjam.Manakala YB Tian Chua kata disewa.Anwar sendiri kata ia ditaja seorang kenalan.Dalam hal ini saya tidak mahu bercakap mengenai siapa empunya jet,siasat akaun peribadi ataupun siapa yang taja, sewa atau pinjam.Apa ingin saya katakan ialah penggunaan bahasa yang amat mudah bagi kita, namun menjadi payah apabila ada yang tidak betul.Salah guna bahasa amat besar kesannya. Memang mudah kita berbahasa menyampaikan apa ingin diperkatakan, tetapi ketidaktelitian dalam berbahasa akan memberi impak lain kepada penggunanya. Contohnya bahasa dalam sistem pesanan ringkas, dalam emel, twitter, watsup yang bisu suara selalu menjadi bahan pertikaian. Oleh kerana tiada nada suara dalam khidmat pesanan itu, maksud baik yang ingin diberikan oleh pengirim, telah menjadi tidak baik kepada penerimanya. Nada suara, nahu apabila berkata-kata, mimik muka ketika kita menuturkan kata-kata langsung tidak ada dalam kiriman pesanan. Itu sahaja sudah menghilangkan lebih 50 peratus daripada maksud sebenar.

Untuk mengelak kesan negatif,maka kita biasanya mengirimkan sahaja tanda-tanda seperti gelak, ragu-ragu, tergaru-garu dan kepala pening dalam bentuk simbol untuk mengimbangi pesanan yang kita hantar. Simbol-simbol ini terpaksa kita hantar untuk memberi kesan lain kepada penerima pesanan itu. Bahasa Melayu itu indah.Lengkap dengan laras dan istilah maknanya. Kitalah sebenarnya yang bersalah kerana menyalah guna akan erti dan makna bahasa berkenaan.Keupayaan bahasa menjangkau makna yang besar dan luas hingga penggunaannya ke peringkat dunia. Dalam menggunakan bahasa, perkara-perkara seperti sebutan, ejaan, kosa kata, tanda baca dan sebagainya dipanggil tatabahasa dan ia merujuk kepada struktur dan binaan ayat. Manakala peraturan-peraturan bagi memilih bentuk sapaan, ganti nama, bentuk hormat, dan perbuatan menyentuh orang, mengiktiraf taraf sosial, taraf pendidikan, usia orang dan lain-lain pula boleh dipanggil sebagai budi bahasa. Aduh… saya bukan pakar bahasa.Namun saya suka bercerita hal ini kerana gaya bahasa kita semakin hari menjadi semakin kompleks. Bahasa cun, aweks, giler, kannnn, siot, astaga, lai'lah dan lain-lain lagi semakin berleluasa. Kita jadi tidak selesa.Menjadi masalahnya ialah apabila ramai antara kita yang cuba bergurau tetapi menggunakan bahasa yang kurang enak didengar dan kadangkala mengaibkan orang lain. Untuk berbeza pendapat tidak semestinya meninggi suara atau melukakan, tetapi harus dibalas dengan ilmu, fakta dan berbudi bahasa.Sekarang ini senang sahaja kita hendak membezakan antara teguran baik dan buruk, kita ada akal. Gunakan akal.


RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! TUNKU AZIZ MEMBUKA SEMUA RAHSIA DAP !!!

Posted: 30 Sep 2012 05:00 AM PDT


KEMESRAAN jelas terpancar pada air muka TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM semasa menyambut ketibaan kami pada petang Khamis lalu di kediamannya.Kehadiran kami pada petang itu juga menamatkan penantian sekian lama iaitu sebelum beliau bertindak keluar DAP lagi, dalam usaha mendapatkan mewawancara eksklusif bersamanya.Namun sosok tubuh yang dilahirkan pada tahun 1934 di Alor Setar ini nyata bersikap terbuka dalam banyak perkara tetapi apabila melibatkan beberapa pemimpin dalam DAP sikapnya bertukar sinikal.Pengalaman hidupnya penuh integriti dan karisma.Pernah menjadi penasihat di Bank Negara,Pengarah di Sekretariat Komanwel di London, ahli lembaga di Institut Etika Awam Antarabangsa serta Penal Penasihat Program Pembangunan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Malah beliau pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB,Kofi Anan dalam membantu menubuh Pejabat Etika (Office Ethics) di sana. Namun beliau mengakui akhirnya adalah satu kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai politik apatah lagi DAP. "Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik.Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar," katanya kepada wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID dan KASTHURI JEEVENDRAN.Selain itu beliau turut mencurah segala isi hatinya tentang DAP sejak awal kemasukannya hinggalah peranannya yang dilihat tidak lebih seperti simbol untuk menunjukkan bahawa orang Melayu yang juga berketurunan raja juga boleh menyertai DAP. Saya dan Karpal sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP," kata beliau sambil merenung jauh memikirkan sesuatu. 

MINGGUAN: Bagaimana Tunku boleh terlibat dengan politik terutama dalam DAP sedangkan latar belakang Tunku sangat menarik? 

TUNKU AZIZ: Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik. Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Pada pendapat saya, sebagai rakyat di negara ini, kita tidak boleh hidup sebagai satu kaum sahaja. Kita harus hidup dalam berbilang kaum dan belajar menerima setiap kaum yang berbeza dengan seadanya. Integrasi nasional adalah sangat penting. Kita tidak akan sesekali dapat hidup di bawah satu bumbung tanpa bertolak ansur dengan setiap kaum di negara ini. Ketika itu, saya merasakan DAP lebih sesuai dengan jiwa saya. Apatah lagi mereka telah berjanji untuk memberikan saya platform untuk memerangi rasuah. Itulah kerjaya saya seumur hidup iaitu memerangi rasuah. Tawaran tersebut membuatkan saya menyertai mereka. Tetapi biasalah, mereka cakap lain tapi lain yang mereka buat. Apabila hampir dua bulan saya masuk, saya sudah sedar ini bukan tempat saya iaitu politik mahupun DAP. Saya mengambil keputusan untuk keluar parti pada tahun 2009 selepas dua bulan bersama mereka. Tetapi tindakan ini tidak disenangi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau telah memujuk saya supaya jangan keluar. Demi seorang sahabat, Kit Siang pada saya merupakan seorang pejuang yang telah berjuang bermati-matian selama berpuluh tahun. Saya kenal Kit Siang sudah berpuluh tahun juga. Saya tidak kembali kepada DAP kerana saya telah dijanjikan sebarang habuan oleh mereka. Saya masuk kembali kerana pujukan seorang kawan lama yang saya hormati. 

Jadi tidak timbul isu bahawa Tunku dijanjikan habuan dan sebagainya?

TUNKU AZIZ : Saya tidak pernah minta apa-apa dan mereka juga tidak berjanji apa-apa untuk saya. Saya sendiri sudah berumur, saya tidak mempunyai niat untuk memegang apa-apa jawatan atau kerusi untuk bertanding. Kecuali jika mereka mahu saya bertanding untuk parti, mungkin saya akan lakukan. Tetapi saya tidak pernah masuk DAP untuk jawatan atau habuan lain. Saya bukan mahu berbangga diri tetapi saya telah berjaya dalam hidup saya sehingga dikenali di seluruh dunia. Itu bukan kerana DAP tetapi kerana penglibatan saya dalam kerjaya saya sepanjang hidup saya terutamanya dalam bidang rasuah dan integriti. Apa yang DAP boleh beri kepada saya? Walaupun saya minta, apa yang mereka ada. Mereka itu pembangkang. Apa yang mereka boleh beri sebenarnya? Saya hanya masuk ke dalam parti itu kerana rasa 'tertipu' dengan agenda mereka sebagai parti pelbagai kaum. Kononnya mereka itu parti untuk semua. Kononnya perjuangan mereka itu untuk seluruh rakyat Malaysia. Perjuangan untuk kaum Melayu, untuk kaum Cina dan kaum India. Tetapi itu cuma retorik sahaja. Sehingga ini pun, apa yang telah mereka perjuangkan untuk orang Melayu dan orang India, selain beri RM100 sekali seumur hidup kepada mereka. DAP pun sekiranya mereka bijak, sudah tentu mereka jadikan saya duta dalam hal berkaitan etika. Agaknya mungkin mereka sendiri tahu jika lantik saya duta dalam hal ehwal etika dan integriti, mereka adalah sasaran kritikan saya yang utama. 

Mengapa Tunku tidak memilih PKR atau Anwar Ibrahim sebagai platform politik dan sebagai kawan? 

TUNKU AZIZ : Sebenarnya, saya tidak pernah berasa selesa dengan Anwar sejak mula lagi. Saya tidak pernah berniat dari mula untuk berkenalan dengan beliau. Sama seperti kita memilih kawan, kita akan berhati-hati ketika memilih kawan. Saya lebih berasa selamat dan selesa dengan Kit Siang dan Karpal Singh. Anwar sungguh berlainan. Saya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap beliau. 

Mengapa Tunku meninggalkan DAP? 

TUNKU AZIZ : Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya, saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran. Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berhadapan dengan realiti, mereka tidak lakukan apa yang mereka cakap sebelum ini. Itulah parti DAP. Lihat sahaja contoh Datuk Mansor, kononnya kebebasan bersuara adalah dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan. Mungkin Mansor juga mula sedar realiti tersebut. Saya tinggalkan DAP kerana kenyataan saya telah menyusahkan dan mengundang rasa tidak gembira di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Tetapi seingat saya, saya bukan pemimpin atau ahli PKR atau Pas. Apa yang telah menggores hati mereka? Kit Siang datang ke rumah saya selepas kejadian tersebut, beliau mengadu kepada saya bahawa kenyataan itu telah membuatkan saya dalam bahaya. Tetapi saya telah ingatkan beliau, apa yang telah saya katakan kepadanya beberapa tahun dahulu tentang parti tersebut yang kononnya demokratik dan mengamalkan kebebasan bersuara. Tetapi apabila saya meluahkan apa yang rasa betul, Kit Siang tidak sesekali membela saya. Katanya mereka memperjuangkan kebenaran dan kebebasan. Apa wujud kebebasan bersuara di situ? Saya tidak nampak. Beliau telah mengecewakan saya sebenarnya. Melalui kejadian ini juga saya membuat keputusan, pemimpin-pemimpin dalam parti ini tidak boleh dipercayai. Itu adalah sebab mengapa saya membuat keputusan muktamad untuk keluar. 

Sekarang ini mereka kata pula Tunku pengkhianat dan sudah dibeli kerana dilihat menyokong transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri? 

TUNKU AZIZ: Kini terdapat segelintir manusia yang tidak tahu hujung pangkal bertindak mengkritik saya selepas keluar DAP. Kata mereka, saya keluar kerana tidak mendapat habuan seperti yang dijanjikan oleh mereka sehingga menjadi orang UMNO. Apa sebenarnya yang saya minta dari DAP hingga tidak dapat? Jika benar saya berminat dengan sebarang habuan, ketika masih muda lagi saya akan menyertai UMNO. Mereka yang memerintah. Kenapa pula selepas saya sudah berumur dan mencapai pelbagai kejayaan barulah saya berminat dengan UMNO. Kononnya Tunku Aziz sudah dibeli mereka. Jawatan Senator ini pun, bukan saya minta dan ia diberi kepada saya. Selepas penggal pertama, Kit Siang dan anaknya, Guan Eng yang memperbaharui penggal baru jawatan tersebut. Saya tidak pernah mengemis jawatan kepada mereka. Saya tidak pernah mengemis atau dalam erti kata lain, tidak ada sesiapa yang boleh 'membeli' saya. Sebenarnya, saya hanya mempunyai masalah dengan cara parti tersebut dipimpin oleh beberapa orang. Prinsip parti itu telus tetapi kepimpinan itu yang salah. 

Apakah pandangan Tunku terhadap Lim Guan Eng? Bagaimana hubungan Tunku dengan beliau? 

TUNKU AZIZ: Guan Eng memang pandai pusing memusing. Saya kata dengan beliau, saya tidak dapat menerima jika sesuatu perkara itu melanggar undang-undang. Tapi beliau kata lain kepada umum, tukar cerita kata Tunku Aziz sebenarnya menentang Bersih. Perkara sebenar beliau senyapkan. Orang ingat saya anti hak asasi manusia. Itu tidak benar. Guan Eng telah putar belit cerita demi kepentingan beliau berhubung perhimpunan Bersih. Saya tidak nampak mana salah saya yang menyatakan tidak mahu sesuatu perhimpunan yang melanggar undang-undang. Tidak cukup dengan itu, apabila akhirnya saya membuat keputusan muktamad keluar DAP, Guan Eng mempergunakan orang lain untuk berhubung dengan saya. Beliau mahu saya menarik kata-kata saya berhubung isu Bersih, manusia apa dia ni? Saya tidak akan sesekali menjatuhkan maruah diri sendiri untuk manusia seperti itu. 

Pada pandangan Tunku apakah perkara sama yang berlaku kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman? 

TUNKU AZIZ: Perkara sama terjadi kepada Datuk Mansor. Walaupun TV3 ada bukti rakaman audio yang jelas malah kita semua tahu suara itu milik Mansor, namun dia masih enggan mengaku. Jika anda seorang pemimpin, anda haruslah mengaku jika anda fikir tidak betul. Ini tidak, kita juga telah saksikan ketika sidang akhbar berhubung perkara tersebut, Guan Eng menulis sesuatu dalam kertas dan memberikan kepada Mansor supaya membacanya di hadapan media. Apakah Mansor tidak menggunakan otaknya sendiri? Itulah sikap sebenar seorang pemimpin yang lemah. Saya telah berhadapan dengan Guan Eng dengan berani. Apa yang hendak ditakutkan dengan beliau? Tidakkah ini menunjukkan Guan Eng begitu berkuasa? 

Apakah Tunku bersetuju bahawa Guan Eng adalah seorang pemimpin yang bongkak dan hanya mementingkan parti sendiri dalam Pakatan Rakyat? 

TUNKU AZIZ: Guan Eng adalah seorang manusia yang bukan sahaja bongkak dan sombong malah merupakan seorang yang suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Beliau mengaku dan menerima pujian untuk kemajuan yang berlaku di sana. Dengan perbuatan sebegitu, apakah beliau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu yang sudah tentu melibatkan warga Pulau Pinang sendiri? Apakah Pulau Pinang hanya maju di bawah DAP dan Guan Eng? Pulau Pinang memang sudah lama maju sebelum zaman Guan Eng lagi. Apa yang ironinya, Guan Eng sendiri bukan dari Pulau Pinang tapi bercakap seolah-olah dia lahir dan membesar di sana. Kemudian dia menggambarkan apabila menjadi Ketua Menteri, barulah Pulau Pinang itu wujud dan mula maju. Tapi adalah menjadi amalan beliau untuk mengambil semua pujian manakala kesilapan pula melibatkan orang lain. Itu bukan sesuatu yang bijaksana tetapi hanya mementingkan diri sendiri. Beliau juga jenis yang tidak boleh menerima kritikan dan suka menyalahkan orang lain. Sehingga hari ini, sekiranya ada perkara yang tidak disenangi oleh masyarakat Pulau Pinang, dengan segera beliau menyalahkan Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Koh Tsu Koon. Jika tidak menyalahkan seseorang, maka beliau bukan Guan Eng. Adalah sudah menjadi kebiasaan, untuk menyaman dan mengkritik orang lain. Lihat sajalah bagaimana beliau mahu menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kepada Lapangan Terbang P. Ramlee? Ada kena mengenakah? Bukankah kita sudah ada nama Jalan P. Ramlee? Kita juga ada muzium untuk beliau. Mengapa mahu tarik seniman agung seperti beliau dalam arena politik? Sekiranya dia benar-benar ikhlas, saya cadangkan kepada beliau untuk membantu keluarga P.Ramlee yang dihambat kemiskinan. Bantu mereka. Berilah wang pencen kepada anak-anak mereka yang miskin itu. Bantulah keluarga mereka yang masih hidup. Beliau mempunyai peluang untuk menukar nama tersebut empat tahun dahulu tetapi beliau sebenarnya sengaja mahu memalukan kerajaan Malaysia. Itulah agenda beliau. Jika benar beliau ikhlas tolonglah bantu keluarga P. Ramlee baru masyarakat akan menghormati Guan Eng kerana berjiwa rakyat bukan dengan mempolitikkan semua perkara. 

Apakah orang Melayu boleh berharap kepada DAP untuk membela nasib mereka? 

TUNKU AZIZ: Sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka, anda memang salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang mereka telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.

Mengapakah agaknya DAP berminat untuk mengambil Tunku bersama mereka? 

TUNKU AZIZ: Mereka hanya berminat dengan kemelayuan saya. Saya hanyalah dianggap sebagai simbol bagi masyarakat Melayu manakala Karpal Singh simbol untuk kaum India. Saya dan Karpal sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP. Mereka berminat mempergunakan saya untuk memancing undi orang Melayu. Secara hakikatnya, saya sendiri tidak pasti apakah peranan saya selain menjadi alat untuk agenda tersembunyi mereka. Sama keadaannya apabila saya berminat untuk membantu DAP membawa masuk orang Melayu pada awal kehadiran saya dalam DAP, mereka kemudian seolah-olah sengaja melengah-lengahkannya. Mereka sebenarnya tidak berminat untuk membantu saya memperjuangkan orang Melayu. Cukuplah saya seorang sebagai simbol untuk terus mendapatkan sokongan tanpa saya melakukan apa-apa. Kerana itulah, saya telah dua kali membuat cubaan keluar daripada parti tersebut. Kali ketiga, keputusan saya sudah muktamad. 

Siapa pada pendapat Tunku lebih berkuasa, adakah Kit Siang atau Guan Eng? Bagaimana pula dengan peranan Karpal Singh? 

TUNKU AZIZ: Sudah tentu jawapannya adalah Kit Siang. Kit Siang yang lebih berkuasa dan dominan dalam membuat percaturan politik dalam parti manakala anaknya, Guan Eng akan mengikut rentak bapanya kerana Kit Siang memang bijak. Kuasa sepenuhnya masih milik Kit Siang. Kebanyakan keputusan berkaitan akan diambil oleh Kit Siang dan bukannya Guan Eng. Selalunya dalam mesyuarat, Kit Siang akan lebih berminat untuk menjadi pemerhati daripada membuka mulut. Beliau akan bersikap rendah diri. Dinasti Lim sangat berkuasa dan berpengaruh dalam DAP. Karpal juga tidak memainkan apa-apa selain menentang hudud bagi pihak dinasti Lim. Tetapi Karpal adalah seorang pemimpin yang berkaliber. Apa yang beliau katakan satu ketika dulu akan sentiasa diulang, tidak ada sebarang manipulasi. Tetapi adalah menyedihkan kerana beliau tidak mempunyai kuasa dalam parti tersebut. Ada ramai lagi pemimpin yang sungguh berkaliber dan berpotensi dalam parti tersebut yang saya tidak dapat nafikan. Cuma saya tidak akan sesekali berkompromi dengan melanggar undang-undang. Saya sesekali tidak akan bersetuju dengan perkara tersebut - Utusan

HOT NEWS !!! PAS KELANTAN HANYA SELAMAT DI 17 KERUSI DUN PADA PRU 13 ???

Posted: 30 Sep 2012 01:30 AM PDT


Semasa PRU 11 tahun 2004,PAS pernah hampir tersungkur di Kelantan apabila hanya menang di 24 kerusi DUN manakala baki 21 kerusi DUN lagi dikuasai oleh BN.Ramai pemimpin PAS mengurut dada, tak terjangka sedemikian rupa kebangkitan rakyat Kelantan tika itu.Dengan jurang majoriti hanya berbeza 3 kerusi sahaja, kerajaan PAS Kelantan senantiasa berada dalam keadaan dihujung tanduk.Tambahan pula sebahagian DUN yang dimenangi PAS tika itu pula majoriti kemenangannya di bawah 1,000 undi sahaja.Kini,senario yang hampir sama juga tidak mustahil berulang kembali. Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan sudah semakin marak hampir ke kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen negeri. Semenjak PAS hanya menang nyawa-nyawa ikan di Manek Urai dan tewas teruk di DUN Galas tidak berapa lama dulu,kedua-dua peristiwa bermakna itu, merupakan antara faktor tambahan yang membantu merancakkan kebangkitan khalayak untuk menolak PAS.Penglibatan serius beberapa bekas pemimpin PAS turun berkempen di Kelantan dalam membantu UMNO juga memberikan impaknya yang tersendiri. 

Kesannya,menyebabkan mitos kononnya Kelantan masih kebal di bawah jajahan PAS jelas semakin pudar dari fikiran rakyat.Tambahan pula beberapa kajian dan culaan trend sokongan terkini baik dari pihak UMNO mahupun PAS sendiri,juga telah mengesahkan kedudukan PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang ini sudah tidak selesa seperti dulu.Realiti tersebut hingga saat ini masih sukar untuk dicerna dek akal fikiran sesetengah pimpinan PAS negeri.Dalam satu kenyataan terbaru seorang exco kanan kerajaan negeri, Nik Amar Nik Abdullah menyatakan pengaruh PAS di Kelantan tidak tergugat, hakikatnya senario semasa menunjukkan sebaliknya. Sedangkan beberapa sumber dalaman PAS juga mengakui salah satu laporan kajian yang dilakukan oleh PAS mendapati parti itu hanya selamat betul-betul selamat di 17 kerusi DUN sahaja. Sebahagian besar kerusi selamat itu dikatakan berpusat dalam Parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. 

Ditambah lagi dengan kajian terkini dari UMCEDEL,walaupun tidak berapa tepat dengan senario semasa namun sekurang-kurangnya mengesahkan kebangkitan rakyat sedang berlaku dan populariti PAS di negeri Serambi Mekah itu juga semakin goyah.Pun begitu,tetap perlu digandakan gerak kerja tambahan supaya kekuatan UMNO dan BN di 25 kerusi yang sudah putih dan kini menjadi kubu kuat UMNO itu bukan sahaja kekal teguh malah baki 3 kerusi lain yang masih kelabu juga perlu diusahakan supaya dapat dikuasai sama. Paling penting usah sesekali UMNO tersilap langkah atau cuai dalam meraikan kebangkitan rakyat tika ini. Sekarang pun sudah wujud beberapa gerakan aggresif oleh PAS untuk menarik seramai mungkin pemimpin UMNO yang berpengaruh di peringkat cawangan dan bahagian supaya menyertai PAS, jelas satu usaha terdesak untuk memperlahankan impak kebangkitan rakyat. Habuan tanah dan konsesi balak misalnya adalah antara sandaran utama dalam percubaan mereka untuk menarik minat pemimpin UMNO yang menjadi sasaran. Sekalipun jika umpan oleh PAS itu mungkin mengena dan kesannya pula diyakini tidak begitu membimbangkan berikutan di pihak UMNO sendiri turut menyedarinya dan telahpun mengambil langkah perlu untuk menghadapinya, namun langkah berwaspada tetap perlu dipertingkatkan. Walaupun apapun, senario kini yang sedang memihak pada BN ini jangan dipersia-siakan atau dipandang selesa oleh pimpinan UMNO negeri. Sekarang bukan masanya untuk bergoyang kaki sebaliknya usaha perlu digandakan supaya PAS benar-benar bungkus dalam PRU 13 kelak.

RENUNG-RENUNGKAN 

KISAH BENAR !!! RAKYAT MALAYSIA SUDAT PENAT DENGAN PERMAINAN BODOH SUARAM !!!

Posted: 29 Sep 2012 10:00 PM PDT


Segalanya tidak kelihatan begitu baik untuk SUARAM,NGO yang kononnya ditubuhkan untuk mempertahankan hak asasi manusia kini menghadapi tekanan kuat daripada rakyat akibat daripada motif licik,dana dan juga kewujudan NGO tersebut.Selain itu,SUARAM juga tidak mempunyai pilihan lain bagi membuktikan segala tuduhan yang mereka kenakan keatas Datuk Seri Najib dan kerajaan Malaysia.Menyedari akan keadaan ini,Cynthia Gabriel,sekretariat Suaram,baru-baru ini telah memberikan penjelasan kepada rakyat bahawa segalanya sedang berjalan lancar di Mahkamah Perancis dan kerajaan akan dikenakan tindakan tidak lama lagi.Semuanya sedar bahawa 'tidak lama lagi' sebenarnya 'tidak langsung' kerana Perancis telah mengesahkan berkali-kali bahawa tiada sebarang perbicaraan yang dijalankan terhadap tuduhan 'skandal Scoepene' yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib dan tiada sepina yang dikeluarkan terhadap mana-mana individu.SUARAM telah memainkan isu yang sama dalam masa yang amat panjang hinggakan semua cerita mereka telah tidak boleh dikawal lagi.Dari Akuan Bersumpah oleh pihak ketiga,penarikan akuan bersumpah yang entah bagaimana pihak tersebut dapat hidup mewah di London hinggakan kepada kenyataan media 'U-turn' berkenaan bahagian pertama tentang skandal tersebut menunjukkan bahawa cerita mereka tidak konsisten dari awal lagi. 

Bahagian kedua bagi cerita mereka juga tidak memberikan sebarang manfaat (nilai rasuah yang diterima),sentiasa berubah-ubah.Kemudiannya bahagian ketiga dan terakhir dimana mereka mengaitkan beberapa buah syarikat yang akhirnya dikaitkan dengan samada Razak Baginda, Datin Seri Rosmah,Datuk Seri Najib atau kerajaan Malaysia.saya ingin tegaskan disini bahawa pihak polis Perancis,mahkamah dan juga Jabatan Hal Ehwal Luar Perancis telah mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah memasuki negara tersebut pada tahun yang Suaram nyatakan, dan tiada perbicaraan, kes mahupun sepina yang dikenakan keatas mana-mana rakyat Malaysia. SUARAM kini telah terlalu banyak menipu. Namun, sebagai 'anjing suruhan' kepada 'kuasa-kuasa besar dunia', mereka tidak akan mengaku bahawa mereka telah menipu. Mereka percaya bahawa mereka mampu 'menyelesaikan' masalah ini. Ini hanyalah permainan yang dibuat oleh Suaram bersama Pakatan Rakyat (PR) yang disaksikan oleh rakyat dan juga dunia permainan yang dibiayai oleh kuasa besar dunia. Jika Suaram dan PR masih mahu bermain dalam permainan ini, bagaimana mereka boleh menang jika mereka tidak ada sebarang pihak lawan ??? Bodoh.Rakyat kini sudah penat dengan perkara yang dimainkan oleh SUARAM dan juga PR.Bagaimanapun,nampaknya SUARAM masih lagi mahu bermain dan memperbodohkan diri mereka sendiri.Kenapa ??? Kerana mereka tidak ada pilihan lain.Mereka terlalu angkuh untuk mengaku kalah. Mereka lebih rela kelihatan bodoh daripada kalah.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! HUDUD PUNCA PR BERPECAH !!!

Posted: 29 Sep 2012 07:00 PM PDT



Suatu ketika dulu,isu perlaksanaan hukum hudud pernah memberi manfaat besar kepada PAS terutama sekali dalam usahanya menyaingi kekuatan dan pengaruh UMNO dikalangan orang Melayu Islam.Sepanjang dekad 90-an itu, PAS berjaya meraih laba politik dari isu tersebut di masa yang sama telah mendoktrinasikan pemikiran sesetengah orang Melayu Islam untuk percaya kononnya UMNO telah menolak hukum Allah S.W.T. Hasil doktrinasi itu jugalah kesannya menyebabkan pemahaman ramai penyokong dan ahli PAS semakin kukuh dan berkeyakinan penuh dengan perjuangan politik bersama PAS ganjarannya adalah syurga,manakala menentang UMNO seumpama satu jihad fisabillilah.Kefahaman sedemikian adalah lanjutan dari pelbagai isu terdahulu seperti isu mengkafirkan sesama Islam,fatwa haram bekerjasama dengan orang bukan Islam dan Amanat Hadi yang pernah PAS pelopori lama sebelum isu hudud menjadi agenda utama PAS.

Hari ini,dalam dekad millenium kini di mana PAS sudah semakin akrab dan berikrar sehidup semati bersama gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), isu perlaksanaan hudud sudah dilihat bagaikan senjata makan tuan dan boleh memudaratkan kedudukan PAS dalam gabungan tersebut. Senario itu dapat dirasakan apabila Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat mula memperlahankan suaranya setelah digertak oleh pemimpin DAP gara-gara membuat kenyataan bahawa PAS tetap teguh mahu melaksanakan hukum hudud. Malah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga pernah menafikan kenyataannya pada 27 Ogos 2012 yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dalam edisi petang Isnin yang menyebut "PAS akan mencadangkan perlembagaan negera dipinda untuk memberi laluan kepada pelaksanaan hudud sekiranya PR memerintah negara selepas PRU 13".Penafian Mat Sabu itu menjadi satu asas penting, bukti betapa agenda hudud bukanlah satu keperluan dalam dasar PR sekaligus menunjukkan wujudnya penolakan gabungan tersebut terhadap hukum hudud sebagai perundangan negara.Dari satu sudut,tindakan Mat Sabu dan PAS itu kena pada masanya. 

Berdasarkan kajian oleh UMCEDEL beberapa hari lalu, sebahagian besar respondan agak yakin isu hudud adalah ancaman terbesar terhadap kesepakatan PR. 42% respondan keturunan Cina percaya isu itu akan memudaratkan PR manakala 52% lagi menolak perlaksanaannya dengan alasan kemajmukan masyarakat negara ini. Tunggak utama kekuatan PR sekarang ialah sokongan sebahagian besar pengundi keturunan Cina, oleh itu tidak sukar untuk kita memahami kenapa PAS begitu bersungguh-sungguh mahu membuktikan kepada umum bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan sama sekali walaupun jika PR dapat memerintah negara.Dulu PAS pernah menuduh UMNO telah menolak hukum Allah,hari ini realiti semasa membuktikan PAS pula yang bersungguh-sungguh menolak perlaksanaan hukum itu demi semata-mata kepentingan politik PR.Kini, Hudud sudah dipandang oleh PAS dan PR sebagai punca akan menyebabkan mereka berpecah belah, seolah-olah api dalam sekam yang membahayakan kesepakatan mereka dalam PR.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! 1300 PENGGUNA AIR SELANGOR MENYAMAN KHALID GAGAP,KERAJAAN SELANGOR DAN SYABAS !!!

Posted: 29 Sep 2012 04:00 PM PDT


Firma Guaman Kamaruddin & Partners,telah dilantik seramai 1300 pengguna air di negeri Selangor untuk menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap kerajaan negeri Selangor,Menteri Besar Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma yang dijanjikan dalam manifesto pakatan PKR dan PAS Selangor pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.Peguam,Kamarudin Ahmad berkata,tuntutan oleh kumpulan pengguna air hari ini merupakan kumpulan ketiga dari kawasan penduduk Kinrara Puchong,Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18,Shah Alam. 

"Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor ke atas plaintif dalam pemberian air percuma kepada pengguna air dalam negeri Selangor.Kerajaan negeri Selangor telah mengutamakan penduduk rumah teres dan bangle dari golongan kelas menengah dan atasan dalam pemberikan skim air percuma ini. Plaintif-plaintif adalah pengguna meter pukal dan manifesto pakatan PAS dan PKR tersebut menjanjikan bekalan air kegunaan domestic secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu," ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam,kelmarin.

Tambahnya,SYABAS seharusnya telah menukar meter plaintif-plaintif daripada meter pukal kepada meter individu memandangkan kerajaan telah mengarahkan Program Penukaran Meter Individu kepada SYABAS sejak tahun 2007 dan sekiranya Syabas gagal berbuat demikian, ianya bukanlah kesalahan plaintif untuk dinafikan hak penikmatan skim air percuma tersebut.Saya hendak jelaskan latar belakang tuntutan plaintif iaitu pada tahun 2008,pengguna air di negeri Selangor terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pertama adalah mereka yang menggunakan meter individu manakala golongan kedua ialah mereka yang menggunakan meter pukal.Oleh yang demikian,skim air percuma yang dijanjikan dalam manifesto PAS dan PKR Selangor secara automatisnya merangkumi kedua-dua golongan pengguna air.Sehubungan dengan itu,saman tuntutan plaintif di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah usaha terakhir pihak plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan dari sistem kehakiman negara memandangkan kerajaan negeri Selangor telah pun membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma daripada pengguna meter pukal domestic dalam negeri Selangor.

Dalam masa yang sama,Timbalan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Ameer Firdaus Bin Mohd Shreef berkata,Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.Lebih mengecewakan kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak. Wakil penduduk Apartmen Lavender Vista, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma. "Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri. Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...