PISAU.NET

PISAU.NET

PISAU.NET


Mansor Lebih Takut Tokong Guan Eng Daripada Allah?

Posted: 29 Sep 2012 06:00 PM PDT

Khabarnya beberapa nama telah dipanggil untuk siasatan mengenai kebocoran rakaman mesyuarat PKR  negeri telah  mengaitkan dengan Yb Malik Kassim. Sekarang ini ramai yang berteka teki adakah proksi Guan Eng atau Malik Kassim yang membocorkan rakaman tersebut. 


Pisau berasakan tak perlu diadakan siasatan siapa yang mendedahkan rakaman terhadap dakwaan Dr Mansor,beliau bukan melakukan sebarang kesalahan,beliau sependapat dengan ramai orang bahawa ketua menteri regim DAP seorang yang angkuh,sombong,disembah serupa tokong oleh penyokong pakatan malah Guan Eng diakui sering bercakap bohong dan putar belit.

Apa masaalahnya? Kenapa takut sangat dengan Guan Eng?

Dalam pakatan haprak,gerembolan pencacai kesemuanya masih kasih dan teramat sayang terhadap reject Melaka sebagai ketua menteri mereka. Walaupun diketahui bahawa timbalan ketua menteri sendiri mengakui Guan Eng bukan semulia yang disangkakan namun atas dasar kedewaan yang maha tinggi maka apek brylcream ini lobang hidungnya tatap menjadi pujaan hati para pencacai..


Pisau kata "Mansor anggap rakyat Pulau Pinang sembah Guan Eng serupa tokong...."

Anwar Pertikai Tun M Terima Anugerah Peringatan -Rafik Hariri PBB 2012

Posted: 29 Sep 2012 04:00 PM PDT

Dr Mahathir Terima Anugerah Peringatan -Rafik Hariri PBB 2012 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah berprestij 2012 Rafik Hariri Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - Anugerah Habitat Memorial dari Presiden Yayasan Rafik Hariri dan juga balu Hariri. Acara itu diadakan di New York Public Library pada Malam Jumaat.
 - fotoBERNAMA
 
NEW YORK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Peringatan Rafik Hariri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Habitat 2012 pada satu majlis di Perpustakaan Awam di sini malam Jumaat.

Anugerah itu disampaikan Nazek Rafk Hariri, balu pemimpin itu yang merupakan Presiden Yayasan Rafik Hariri.


Dr Mahathir, 87, di namakan sebagai pemenang anugerah itu pada Jun oleh jawatankuasa pemandu bagi mengiktiraf kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urusbaik beliau.


Anugerah itu, yang dinamakan sempena Perdana Menteri Lebanon Rafik Hariri,yang sudah meninggal dunia, diwujudkan oleh keluarga Hariri dengan kerjasama PBB-UN-Habitat menerusi Yayasan Rafik Hariri sejak Mac 2009, dan diberi kepada individu, pertubuhan serta institusi di seluruh dunia bagi mengiktiraf pencapaian penting seperti kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urus baik selain aktiviti kebajikan dalam membanteras kemiskinan bandar dan pelaksanaan Agenda Habitat.


Dr Mahathir merupakan penerima kedua selepas Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan.
Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Rafik Hariri danPBB-Habitat kerana memberikan anugerah berprestij itu kepada beliau tahun ini.


"Saya anggap ia satu penghormatan besar khususnya kerana anugerah ini dinamakan sempena seorang yang luar biasa serta memiliki kualiti kepimpinan dan sumbangan yang tiada tandingan," katanya.


Beliau berkata tanpa budaya perkongsian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, selain cintakan keamanan serta kestabilan, Malaysia tidak akan mampu mencapai kejayaan yang dikecapinya hari ini.


"Saya kenal Rafik Hariri ketika beliau pertama kali melawat Malaysia. Kami serta-merta menjadi rakan karib dan saya melawat Lebanon atas jemputan beliau bagi melihat sendiri kerosakan yang dialami akibat perang saudara. Rafik berjanji beliau akan membina semula Beirut seperti keadaan asalnya sebelum dilanda peperangan, dan beliau telah mengotakan janjinya.


"Saya melawat Beirut selepas pemulihannya dan yakin masa depan yang gemilang menanti Lebanon di bawah kepimpinan Rafik. Ada banyak sebab saya menyukai beliau. Saya berhasrat memajukan Malaysia seperti keinginan beliau membangunkan Lebanon. Namun, beliau agak malang kerana tidak memiliki negara yang stabil seperti Malaysia. Beliau juga tidak berkesempatan untuk berbuat demikian,"katanya.


Sementara itu, Nazek dalam ucapan berkata Dr Mahathir merupakan idola dan menjadi inspirasi kepada semua orang, bagaimana tekad serta visi beliau mampu menjadikan impian suatu realiti, dan mana-mana negara sekalipun mampu mencapai masa depan yang cerah menerusi keyakinan serta kerja keras.


"Di bawah kepimpinan anda yang bijaksana, Malaysia berjaya memainkan peranan penting dalam peta dunia, dan sehubungan itu, PBB-Habitat dan Yayasan RafikHariri dengan bangga mengiktiraf pencapaian Malaysia dan bekas PerdanaMenterinya yang cemerlang," katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha PBB dan Pengarah Eksekutif PBB-Habitat Dr Joan Clos berkata Dr Mahathir mengelola pembangunan ekonomi dalam tempoh yang luar biasa bagi inovasi sosial dan teknologi bandar.


"Kehidupan dan kerjaya Dr Mahathir menunjukkan beliau berpegang kepada prinsip berpandangan jauh ke depan. Dengan membuat pelaburan dalam infrastruktur fizikal, teknologi dan pengetahuan, beliau juga lebih banyak mendahului zamannya," katanya.


Clos juga berkata usaha Dr Mahathir menghasilkan pembangunan pesat di bandar utama Malaysia, selain mengubah negara yang bergantung terhadap pertanian kepada ekonomi bandar yang memfokuskan industri.BERNAMA

Sejauh Mana Islamis Demokrat Berjaya Kuasai PAS

Posted: 29 Sep 2012 01:36 PM PDT

AIDCNews – 28/09/12 – "Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat," begitulah kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat seperti dilaporkan Mkini dotcom yang turut disalinkan ke laman peribadi beliau, drdzul.com.


Menurutnya, terma Islamis Demokrat itu selaras dengan pendirian yang berubah-ubah gerakan Islam di seluruh dunia, seperti yang berlaku di Timur Tengah.


Katanya lagi, secara global, Islamis telah beralih daripada "doktrin Negara Islam" kepada doktrin lain yang lebih mudah difahami oleh masyarakat umum.


Pengarah Penyelidikan PAS Pusat berkata demikian ketika menjadi ahli forum "A Rising Economic Tide that Lifts All Boats" anjuran REFSA (Research For Social Advancement) pada 17 September di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.


Turut sama berforum bersama Dzulkefly adalah Nurul Izzah Anwar (PKR) dan dua wakil DAP, Liew Chin Tong dan Dr Ong Kian Ming.


Siapa di belakang REFSA
Menurut penanginstitute.org, Liew Chin Tong adalah Pengarah Eksekutif REFSA yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Pulau Pinang.


Chin Tong juga Pengarah Eksekutif SERI (Socio-Economic and Environmental Research Institute) dan sebelum ini merupakan penyelidik pelawat di ISEAS (Institute of Southeast Asian Studies), Singapura.


Menurut Helen Ang, SERI adalah nama lama kepada Penang Institute, di mana Chin Tong adalah Pengarah Eksekutifnya.


REFSA pernah berkerjasama dengan NDI (National Democratic Institute), salah satu cabang NED (National Endowment for Democracy) untuk menganjurkan bengkel-bengkel penganjuran BERSIH, namun menurut penyelidik Barat, Tonny Cartalucci, nama REFSA dan kaitan dengan BERSIH dipadamkan apabila isu tajaan asing terhadap perhimpunan itu dibangkitkan.


Islamis Demokrat dikritik

Lima hari selepas Dzulkefly mula mempopularkan istilah Islamis Demokrat di forum REFSA itu, pada 22 September, laman tertua PAS, tranungkite.net menyiarkan pandangan Zulhimi attakiri mengkritik istilah tersebut.


"Jangan pandang Islam seperti kristian. Kalau memandang Islam seperti kristian, secara langsung para akademia akan terbayang negara kristian yang pernah tertegak di suatu masa yang jelas teokratiknya.


"Islamist Demokrat secara literalnya bermakna pendokong demokrasi yang bersifat islamik. Islamist menjadi kata sifat. Sementara Democrats adalah kata namanya. Dari sudut ini, Dr.Dzulkifly telah membuat kesilapan yang cukup besar.


"Secara tidak sengaja, beliau telah menukar penekanan dari Pejuang Islam kepada pejuang Demokrasi!," kata Zulhilmi attakiri.


Pada tarikh sama juga, Ahmad Mouhyideen bin Hasyim, Ketua Majlis Fellow Penyelidik, Ulamak Pelapis Pusat turut mengkritik penggunaan istilah tersebut yang disifatkannya sebagai usaha pemecahan dua kelompok dalam PAS iaitu kumpulan Islamis Demokrat dan kumpulan bukan Islamis Demokrat.


"Jelasnya, golongan ini menggunakan Istilah Islamist Democrats adalah untuk membezakan diri mereka dengan golongan yang mereka labelkan sebagai Islamist dalam PAS.
"Golongan Islamist pada pandangan mereka adalah golongan yang memperjuangkan doktrin Negara Islam dan perlaksanaan Undang-Undang Islam," katanya.

 Proksi Anwar Ibrahim


 Presiden Jalur Tiga (JATI) Dato' Dr Hasan Mohamed Ali ketika mengulas isu ini berkata, label Islamis Demokrat tidak sesuai dengan prinsip dan dasar PAS.


"Nak buat satu label Islamis Demokrat, saya rasa orang PAS akan tolak Dr Dzul, orang Kuala Selangor akan tolak Dr Dzul dan saya rasa dalam hal ini Dr Dzul mungkin ada kawan.
"Kawannya, Anwar Ibrahim. Kawannya adalah Erdogan-Erdogan..kawannya adalah parasit-parasit. Itu kawan dia lah," katanya.


Jika merujuk wikipedia Anwar Ibrahim, istilah Islam dan Demokrasi merupakan tema utama ucapan dan tulisan Ketua Umum PKR itu sejak dari tahun 2005.


Dalam Islam Demokrasi itu terdapat pecahan-pecahannya lagi iaitu kebebasan (freedom/liberty), hak asasi manusia (human rights), ekonomi pasaran bebas (free market economy), ketelusan dan kebertanggungjawaban (Governance and Accountability).


"Anwar Ibrahim berkempen untuk kebebasan," lapor Leonard P. Liggio dari kumpulan Mont Pelerin Society, yang didalangi Yahudi, Atlas Network.

Islamis Demokrat jalur Erdogan 

Siasahdaily, laman pro PAS pernah melaporkan gerakan kumpulan Erdogan dalam PAS pada tahun 2011.

 Laporan itu dibuat berdasarkan satu forum anjuran pemikir libertarian, IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs), Ilham Center dan Free Public Forum Malaysia yang bertajuk 'Pemilihan 2011: Mampukah PAS Membuat Lonjakan'.


"Wakil-wakil PAS terdiri daripada Dr Dzulkifly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan bekas pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat.


"Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari menjadi ahli panel tunggal yang bukan dari PAS. Forum dipengerusikan Wan Saiful Wan Jan dari Ideas.


"Apa yang paling jelas daripada forum itu ialah wakil-wakil PAS kesemuanya sealiran, sehingga boleh menimbulkan persoalan keperluan sehingga tiga orang menjadi panel.


"Malah, tidak ada wakil dari kem bertentangan dipanggil, sehingga forum menjadi mudah diagak dan ahli-ahli panel kurang dicabar," lapornya.


Lapornya lagi, "Walaupun kewujudan kem dan label Erdogan dinafikan, persamaan idea dan perspektif wakil-wakil PAS terbabit memperlihatkan sebaliknya. Malah, istilah properubahan turut timbul, yang memberi makna wujud kem lain yang tidak mahu atau kurang menerima perubahan."


Siasahdaily turut melaporkan respon Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menjawab kritikan-kritikan kumpulan Erdogan yang menuntut perubahan besar dilakukan dalam kepimpinan parti itu.
Menurut ideas.org, Kamarudin Jaffar merupakan salah seorang penasihat NGO itu di samping penasihat antarabangsa yang terdiri daripada; Dato' Anthony Cooper FCA FRSA, (Greville Trust), Professor Julian Morris (Executive Director, International Policy Network, London), Dr Tom G Palmer (Vice President, Atlas Economic Research Foundation & General Director, Atlas Global Initiative For Free Trade, Peace and Prosperity), Dr Mark Pennington (Fellow, Institute of Economic Affairs, London.) dan Linda Whetstone (Chairman, International Policy Network and Board Member, Mont Pelerin Society).


Kamaruddin Jaafar adalah bekas Setiausaha Agung ABIM yang pernah diberi kepercayaan Anwar mengetuai badan pemikir, Institut Kajian Dasar (IKD).


 Selepas Anwar dipecat UMNO pada 2 September 1998, Kamaruddin menyertai PAS dan semasa khidmatnya sebagai Setiausaha Agung PAS pada tahun 2008, slogan 'Negara Islam' ditukar kepada slogan 'Negara Berkebajikan'.


Di bawah IDEAS itu pula terdapat satu lagi cabang dinamakan akademi merdeka diketuai oleh Aziz Bari yang dikaitkan dengan dana asing.


"IDEAS ditaja oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity, Friedrich Naumann Foundation for Liberty, Greville Trust dan International Policy Network," lapor ideas.org.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...