UMNO Online - “Letak Calon Buktikan Sekali Lagi Sikap Hipokrit Pembangkang” plus 9 more

UMNO Online - “Letak Calon Buktikan Sekali Lagi Sikap Hipokrit Pembangkang” plus 9 more

Link to UMNO Online

Letak Calon Buktikan Sekali Lagi Sikap Hipokrit Pembangkang

Posted: 12 Jul 2013 12:59 AM PDT

KUALA BESUT 12 Julai – Sikap hipokrit serta retorik pembangkang makin terserlah hari ini apabila mereka meletakkan calon dan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai nanti.

Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata keputusan yang diambil oleh Pas itu juga secara tersurat dan tersirat mereka mengiktiraf keputusan pilihan raya umum yang lalu.

Menurut beliau hakikatnya parti pembangkang banyak bermain politik dalam banyak isu termasuklah dalam isu keputusan pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kata tak telus dan pelbagai alasan lain lagi. Kegagalan mereka menguasi Kerajaan Persekutuan daripada BN menjadi antara punca yang menyebabkan mereka menyalahkan SPR.

Mereka memberi gambaran SPR lemah, berat sebelah, tidak boleh dipercayai,dan sebagainya namun apa yang mereka perkatakan tidak sama dengan apa yg mereka laksanakan.

"Sebab itu walaupun kedengaran kononnya mereka akan boikot upacara angkat sumpah kerana membantah SPR tapi akhirnya mereka datang juga. Ini mengambarkan sikap hipokrit mereka.

"Sebab itu, pada saya kalau betul mereka kata SPR tidak betul mereka sepatutnya tidak bertanding di PRK ini. Tetapi apabila mereka meletakkan calon mereka, ini bermakna mereka sebenarnya mengiktiraf SPR serta proses pilihanraya negara ini," katanya.

Beliau seterusnya menambah rakyat perlu sedar daripada terus dipermainkan oleh pihak pembangkang.

"Sebab itu rakyat kena sedar akan mainan dan politik putar belit mereka ini. Ini sebenarnya bertujuan menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.Itu sahaja," katanya. - MediaUMNO

Isteri Tengku Zaihan Yakin Suami Mampu Laksana Amanah Rakyat

Posted: 12 Jul 2013 12:54 AM PDT

KUALA BESUT, 12 Julai – Isteri kepada calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, Siti Salbiah Osman mengakui beliau berdebar berdepan dengan PRK namun sentiasa memberi sokongan kepada Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mengekalkan kemenangan BN sebagai teraju kepimpinan.

"Ini adalah kepercayaan yang tinggi buat suami saya dan saya percaya bahawa beliau akan terus mendapat sokongan terutamanya dari golongan muda."

Jelas beliau, memandangkan ini adalah kali pertama golongan muda diberi peluang di kawasan terbabit maka tentunya ia dapat menarik golongan terbabit untuk memilih BN sebagai pemimpin tempatan.

"Saya percaya bahawa suami saya akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik."

Tegasnya, beliau bersedia berdepan dengan cabaran yang bakal dihadapi sepanjang berkempen dan yakin PRK tersebut akan berlangsung lancar.
PRK Kuala Besut yang berlangsung dalam bulan Ramadan turut mengubah kehidupan pasangan terbabit dan Siti Salbiah mengakui suaminya masih tidak berkesempatan berbuka bersama beliau dan keluarga.

"Suami saya gemar makan ikan bakar dan ayam percik namun saya dan anak-anak memahami kesibukannya berdepan dengan PRK ini," katanya yang menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2. – MediaUMNO

“Anak Ustaz – Profesional – Ore Mudo” – Calon BN Ada Pakej Lengkap

Posted: 12 Jul 2013 12:51 AM PDT

BESUT, 12 Julai – UMNO Bahagian Besut meletakkan sasaran untuk menang 4,000 undi majoriti pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, persediaan telah dibuat dengan baik, jentera sudah digerakkan bukan sahaja di peringkat UMNO Bahagian, malah mendpaat bantuan dan kerjasama dari UMNO pusat dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dalam memastikan BN menang dan mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.

“Saya lihat pemilihan calon BN merupakan satu pilihan yang tepat oleh Perdana Menteri dan parti, kerana kriteria winnable candidate ialah orang yang amanah, orang yang ada integriti dan orang yang ada pelajaran, serta orang muda.

“Semua kriteria itu ada pada calon kita, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, sebab itu tagline yang kita guna pada calon kita adalah anak ustaz kerana bapanya itu juga seorang ustaz dan seorang mubalig di kawasan Kuala Besut, dia seorang profesional kerana dia seorang jurutera dan dia juga seorang anak muda.

“‘Anak Ustaz-Profesional-Ore Mudo’, itu satu pakej yang sempurna dan begitu baik sekali,” ujarnya yang juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut.

Dalam perkembangan sama, beliau melihat dakwaan pihak pembangkang kononnya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya tidak telus namun dalam masa yang sama, hari ini bertanding untuk menentang calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut sebagai sandiwara kerana mereka sebenarnya hendak membuat demostasi jalanan.

“Itu stail mereka, sebab tak telus pun mereka pergi ke parlimen (angkat sumpah), marah pada Perdana Menteri tetapi makan sekali, tetapi dalam masa yang sama, penyokong-penyokong di luar berpanas melakukan demostrasi di tengah panas dan berjerubu….. saya dah biasa sangat dengan pendekatan pihak pembangkang ini,” tambahnya.

Beliau yakin, pihak pembangkang tidak mempunyai isu untuk dimainkan di PRK Kuala Besut ini sebaliknya pihak pembangkang akan mereka-cipta isu seperti isu 40,000 pengundi Bangla supaya mengelirukan rakyat dan seperti isu blackout 505.

“Mereka memang pandai create isu, mereka memang pandai berbohong walaupun dalam bulan Ramadhan ini, mereka akan buat. Namun kita akan maklumkan kepada rakyat tentang siri pembohongan dan sandiwara pihak pembangkang ini agar mereka khususnya pengundi di Kuala Besut tidak akan terpedaya dan akhirnya membuat pilihan yang salah dengan mengundi Pas pada 24 Julai nanti,” tambahnya lagi.-MediaUMNO

Faktor Calon Menjadikan Kuala Besut Terus “Membiru”…

Posted: 12 Jul 2013 12:43 AM PDT

PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini dilihat memberi banyak kelebihan kepada Barisan Nasional dari berbagai aspek. Kuala Besut mempunyai 17,638 pengundi dengan majoriti Melayu.  Oleh yang demikian pertandingan adalah antara UMNO dan PAS.  Dalam PRU-13 yang lalu, BN telah memenangi kerusi ini dengan majoriti yang agak selesa iaitu 2,434.

Memahami kehendak rakyat masa kini yang inginkan perubahan, BN meletakkan calon muda dan berpendidikan tinggi iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang juga merupakan anak jati Kuala Besut.

Tengku Zaihan berusia 37 tahun merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Bahagian Korporat. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Bapa beliau adalah seorang guru agama dan amat dikenali oleh penduduk kawasannya.   Dengan latarbelakang keluarga dan pekerjaannya, pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon langsung tidak mengejutkan masyarakat setempat.

Tengku Zaihan juga mempunyai sifat rendah diri dan mudah mesra sepertimana kebanyakan 'orang-orang pantai' iaitu gelaran yang diberi kepada masyarakat di situ.

Selain faktor calon, BN juga dilihat mempunyai kelebihan dari segi isu-isu semasa.  Perkembangan selepas PRU-13 menunjukkan bahawa ramai orang-orang PAS mula kembali ke bumi nyata dan menyedari permainan DAP.

Melalui keputusan PRU itu, jelas terbukti bahawa DAP langsung tidak mengundi PAS dan hanya berminat untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina.

Perlu diingatkan juga bahawa Terengganu merupakan tempat bermulanya perpecahan umat Islam yang bertitik-tolak dari Amanat Haji Hadi, pemimpin PAS negeri itu.   Amanat tersebut telah mengkafirkan UMNO kerana dikatakan menggunapakai perlembagaan penjajah yang sekular kerana memisahkan agama dengan politik.

Walaubagaimanapun, isu pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur yang sedang hangat diperkatakan kini telah memaksa PAS akur bahawa UMNO dan perlembagaan UMNO bukan kafir. Malah UMNO dan perlembagaan itulah yang memastikan agama Islam berada di kemuncak tertinggi di dalam negara ini.

Namun, DAP terus menerus mencabar kedudukan agama Islam dan Melayu yang mana menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa 'terganggu' dan 'cuak' untuk terus memberi sokongan kepada PAS selagi parti itu bekerjasama dengan DAP.

Justeru, kita menyangka BN tidak punya masalah untuk menang besar dalam PRK ini andainya jentera parti bijak mengenengahkan isu-isu semasa seperti ini, selain isu-isu setempat yang dekat dengan masyarakat Kuala Besut.

Keputusan PAS meletakkan seorang kontraktor iaitu Azlan Yusoff, dilihat tidak akan berjaya menggugat BN.  Azlan berumur 48 tahun lebih dikenali dengan panggilan 'Che Long' oleh penduduk tempatan pernah memiliki sebuah stor kayu di daerah itu.

Dari apa yang tersebar di internet, PAS nampaknya menjulang Azlan sebagai 'orang kaya' sebagai justifikasi kepada pencalonannya.  Kita tidak faham bagaimana 'kaya' boleh dijadikan modal politik untuk meyakinkan rakyat bahawa calon tersebut berwibawa.

Malah, oleh kerana Azlan menjadi kaya melalui perniagaannya sebagai kontraktor (Kelas A), ramai yang tertanya-tanya projek apa atau tender apa yang telah melonjakkan Azlan sebagai orang kaya.

Bukan kita tidak tahu bahawa kontraktor merupakan sejenis perniagaan yang paling mudah terdedah kepada berbagai jenis 'kotoran'.   Azlan juga hanya berpendidikan SPM yang mana meletakkan beliau jauh di belakang dari calon BN.

Berdasarkan semua maklumat ini, tidak hairanlah jika kita melihat gelombang di Kuala Besut semakin  hari semakin 'biru' warnanya.  Semoga keputusan PRK nanti turut memantulkan kebiruan laut di pantai Terengganu.

Pengundi Tok Saboh

Jangan Terkejut Selepas Bangladesh Timbul Pula Pengundi Siam

Posted: 12 Jul 2013 12:25 AM PDT

KUALA BESUT, 12 Julai – Jika pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 rakyat dimomokkan dengan cerita pengundi hantu berketurunan Bangladesh yang sehingga kini tiada kesahihannya, maka tidak mustahil pembangkang akan mula meracuni pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan wujudnya pengundi hantu berketurunan Siam pula.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Datuk Wan Salleh berkata, beliau tidak menafikan bahawa telah kedengaran desas-desus kononnya terdapat mengundi Siam bakal mengundi di PRK kelak.

"Ini memang telah menjadi alasan lazim pembangkang bila mereka rasa akan kalah atau membuat persediaan sekiranya kalah. Sepatutnya mereka kena buktikan sekarang siapa daripada daftar pemilih yang dikatakan orang tidak layak mengundi atau pengundi hantu.

"Bukan sebar fitnah dan kemudiannya apabila mereka kalah mereka akan mainkan isu ini sama seperti apa yang terjadi pada PRU-13. Mereka buat perhimpunan haram 505 kononnya PRU tidak telus dan terdapat pengundi Bangladesh tetapi sehingga kini mereka tidak mampu membuktikan dakwaan tersebut," ujarnya kepada UMNO-Online.

Walau apapun ujar Ahmad Farid, beliau yakin bahawa pengundi di di Kuala Besut akan membuat pilihan tepat dan mengulangi keyakinan mereka terhadap BN sepertimana yang mereka terjemahkan di peti undi semasa PRU-13 yang lalu.

Tambah beliau lagi, pengundi Kuala Besut bukanlah objek yang boleh pembangkang 'gula-gulakan' kerana mereka sentiasa yakin dengan kredibiliti BN sepanjang memerintah Negara ini.

"Saya penuh yakin bahawa BN akan mampu mengekalkan kerusi di DUN Kuala Besut ini. Walaupun pembangkang akan cuba pelbagai taktik untuk meracuni fikiran pengundi di sini namun saya percaya kepada para pengundi Kuala Besut yang matang dan mampu menilai kebenaran," ujarnya lagi. - MediaUMNO

“Bina Jambatan Silatulrahim, Tolak Serangan Peribadi” – Tengku Zaihan

Posted: 11 Jul 2013 11:23 PM PDT

KUALA BESUT, 12 Julai  - “Bina jambatan silatulrahim dan tolak serangan peribadi”.

Itu adalah antara pendekatan calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

“Kita tidak mahu dan tidak akan menyerang orang lain,” kata Tengku Zaihan yang menyifatkan serangan peribadi terhadap pihak lawan tidak perlu dan hanya membuang masa.

Beliau berkata sebaliknya perkara yang lebih penting ialah turun padang dan mendampingi masyarakat terutama melalui program-program berbuka puasa, solat tarawih dan program kemasyarakatan lain.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarahi bekas senator dan bekas Ketua Wanita UMNO Terengganu Wan Ramlah Wan Ahmad, 67, yang sakit tua di rumahnya di Kampung Paya Rawa di sini hari ini.

Mengenai fokus jentera BN pada pilihan raya kecil itu, Tengku Zaihan berkata BN akan memberi tumpuan kepada isu kemiskinan, nelayan, petani dan pelbagai isu tempatan lain.

Selain itu, berdampingan dengan pengundi muda juga perlu kerana suara dan aspirasi mereka penting dalam mencorak kemajuan di kawasan sekitar yang menuntut kerjasama dan perancangan semua pihak, katanya.

“Saya rasa peluang saya untuk menang memang ada dan sangat tinggi. Jentera dan saya sendiri akan terus bekerja habis-habisan untuk memenangi hati pengundi dan masyarakat di sini,” katanya.

Pada pilihan raya kecil 24 Julai ini, Tengku Zaihan akan menentang calon Pas Endot@Azlan Yusof, 48, dalam pertandingan satu lawan satu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru. Pada pilihan raya Umum 5 Mei lepas Dr A Rahman daripada BN menang dengan majoriti 2,434 mengalahkan calon Pas Napisah Ismail.

Kemenangan BN Di Kuala Besut Penting Untuk Kestabilan Terengganu – Muhyiddin

Posted: 11 Jul 2013 09:12 PM PDT

KUALA BESUT, 12 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peranan dan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut penting untuk kestabilan pentadbiran dan pembangunan Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi memastikan keadaan stabil dikekalkan, BN mempertaruhkan calon Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, kerana yakin ketokohan dan latar belakang yang dimiliki bekas jurutera itu mampu menarik sokongan pengundi untuk kekal memilih BN sebagaimana pilihan raya umum yang lalu.

“Peranan calon penting kerana DUN Terengganu kini tidak menentu tetapi saya harap selepas 24 Julai politik di negeri ini kembali dan kekal stabil di bawah BN.

“Saya punyai penuh keyakinan berdasarkan ketokohan, kelulusan, pengalaman dan latar belakang calon dan keluarganya BN mampu mendapat sokongan,” katanya pada sidang media selepas tamat proses pencalonan di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut di sini hari ini.

Hadir sama calon BN Tengku Zaihan dan Timbalan Pengarah Pilihan raya BN bagi pilihan raya itu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Muhyiddin, yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Kuala Besut mengulangi keyakinan yang BN mampu mengekalkan kerusi itu dengan pertambahan majoriti kerana berdasarkan laporan yang diterima, tiada isu besar yang perlu ditangani kerana kebanyakannya telah diselesaikan pada PRU13 lepas.

Pada PRU13, BN menerusi calonnya, Dr A.Rahman Mokhtar menewaskan calon Pas Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Beliau meninggal dunia pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Timbalan perdana menteri berkata pemilihan Tengku Zaihan bukan sahaja mampu meneruskan kecemerlangan pembangunan yang dibawa Allahyarham, malah calon muda itu dilihat mampu membawa suara dan inspirasi generasi muda di Kuala Besut ke peringkat sepatutnya.

“Isu berhubung kait dengan soal pertanian dan perikanan juga telah diambil kira, namun apa-apa isu berbangkit berhubung perkara itu akan ditangani semasa tempoh berkempen.

“Dengan terpilihnya Tengku Zaihan nanti, masalah tersebut akan dapat dilihat dengan lebih dekat,” katanya.

Berhubung kempen, Muhyiddin berkata gerak kerja BN akan disesuaikan dengan bulan Ramadan, namun cara berhemah yang bakal,dipraktikkan itu, tetap berkesan kepada pengundi.

Beliau berkata Kuala Besut dan Besut secara amnya bukanlah kawasan yang asing bagi BN kerana pemimpin dan wakil rakyatnya telah lama bertapak di situ dan sudah tentu masyarakat setempat tahu apa yang boleh wakil BN tawarkan.

Pembangunan infrastruktur, fizikal dan syiar Islam yang dibawa pemimpin BN ke kawasan itu jelas menunjukkan BN mendapat sokongan lebih baik daripada masyarakat setempat.

Ditanya apakah BN bimbang dengan slogan 16-16, yang merujuk kedudukan DUN Terengganu sekiranya Pas menang pada pilihan raya kecil itu, Muhyiddin berkata beliau tidak mahu membuat jangkaan kepada perkara yang belum tentu terjadi.

“Saya tak fikir kita perlu pergi melangkaui sempadan, dengan membuat andaian-andaian yang tidak tentu berlaku. Lebih baik tumpu pada proses pilihan raya, selesaikan dan Insya-Allah kita akan dapat mengatasi segalanya.

“Saya juga tak mahu komen pasal parti lawan, yang saya tahu saya nak jual produk saya, produk kita ialah Tengku Zaihan, calon berkaliber, ada kelulusan, anak seorang ustaz, profesional dan orang muda dan saya fikir pengundi Kuala Besut bijak untuk menimbang apa yang perlu mereka lakukan,” katanya.

Muhyiddin kemudian meluangkan masa melawat bekas senator dan bekas Ketua Wanita UMNO Terengganu, Wan Ramlah Ahmad, 67, yang menghidap masalah darah tinggi di Kampung Paya Rawa, kira-kira 200 meter dari tempat penamaan calon.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Tengku Zaihan dengan calon Pas Endot@Azlan Yusof.

Sabah’s Economy Continues To Thrive – Masidi

Posted: 11 Jul 2013 09:04 PM PDT

KOTA KINABALU, July 12 – Sabah’s economy continues to thrive and contribute at the same time to the improved earnings of companies, said state Tourism, Culture and Environment Minister, Datuk Masidi Manjun.

He said most companies had registered profits in their business, and during the present Ramadhan, a number had extended contributions to the less fortunate.

“This is sign that our economy is improving,” he added.

He was speaking to reporters here after breaking fast with orphans from the Rumah Putera Harapan Ranau in 1Borneo, Likas, near here last night.

Masidi said the 23 orphans had been brought specially for the function through the initiative of Hotel Novotel 1Borneo and Syarikat Adabi as well as Suria.fm.

“This is a reflection of their corporate social responsbility. I hope it will be an example for others to emulate,” he added.

At the same function, Masidi also launched Syarikat Adabi’s latest “Sambal Belacan” which is set to add to the mix of food-based products available in Sabah.

Satu Lawan Satu Di Kuala Besut Ulang Sejarah 34 Tahun Lalu

Posted: 11 Jul 2013 08:33 PM PDT

KUALA BESUT, 12 Julai  - Penamaan calon untuk pilihan raya kecil Kuala Besut hari ini, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas, mengulangi sejarah 34 tahun lalu, apabila dua calon parti yang sama bertanding pada PRK yang juga diadakan dalam bulan Ramadan.

Pada 1979, pilihan raya kecil diadakan untuk DUN Kuala Besut juga dalam bulan Ramadan berikutan kematian wakil rakyatnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima borang pencalonan wakil kedua-dua parti di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut pagi ini.

Calon Pas Endot@Azlan Yusof, 48, menyerahkan borang pencalonannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya A.Rahim Jusoh pada jam 9.03 pagi manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.10 pagi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut mengetuai kira-kira 3,000 penyokong mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon manakala calon Pas pula diiringi bilangan penyokong yang seimbang diketuai Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Calon BN yang mengenakan baju kebangsaan Melayu serba biru memasuki pusat penamaan calon dengan diiringi Datuk Wan Zakaria Abd Rahman selaku pencadang, dam Roslan Ayob sebagai penyokong manakala calon Pas yang berbaju hijau hadir bersama Ayat Hadi Mamat sebagai pencadang dan Zulkarnain Abdullah sebagai penyokong.

Hujan gerimis sejak awal pagi dan kehadiran Ramadan tidak menghalang kedua-dua penyokong parti berarak ke pusat penamaan calon yang mula dibuka pukul9 pagi dalam suasana harmoni yang dikawal pasukan keselamatan.

Calon BN Tengku Zaihan merupakan seorang jurutera  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya sebelum ini dan pernah berkhidmat selama lima tahun di JPS Daerah Besut.

Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut itu mula mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat setelah menyertai JPS 15 tahun lalu dengan memegang jawatan jurutera daerah.

Tengku Zaihan berkata beliau bertekad untuk mengekalkan kerusi itu di tangan BN berdasarkan peluang yang dilihatnya melalui pertandingan satu lawan satu.

“Tiada masalah untuk mendekati rakyat seperti yang biasa saya lakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas selesai proses pencalonan.

Sementara itu, Azlan seorang kontraktor dan ahli perniagaan merupakan Bendahari Pas di Besut dan juga anak tempatan Kuala Besut yang menetap di Kampung Baru.

Azlan berkata Pas tetap dengan misi “16-16 Terengganu Baharu” untuk menang pada PRK Kuala Besut yang juga kubu kuat BN.

SPR menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi.

Pada PRK Ramadan Kuala Besut 1979, calon BN Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman menang dengan majoriti 797 undi mengalahkan calon Pas Husin Jusoh.

PRK kali ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru, satu lagi persamaan dalam sejarah PRK Kuala Besut kerana Allahyarham Zakaria Muda (BN) meninggal dunia pada tarikh serupa 26 Jun tahun itu.

Pada PRU13, 5 Mei lalu, Dr Rahman (BN) menang dengan majoriti 2,434 mengalahkan calon PAS Napisah Ismail.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan daripada jumlah itu, 17,463 ialah pengundi Melayu, Cina 125, manakala selebihnya pengundi bangsa lain.

Pada PRK ini BN menggunakan slogan ‘Kuala Besut bertambah Biru’ untuk kempen manakala Pas dengan moto ’16-16′, merujuk kepada kedudukan kerusi DUN Terengganu andai Pas berjaya merampas DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil berkenaan.

Pada PRU13, Terengganu yang mempunyai 32 kerusi DUN kekal ditadbir BN yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada Pas dan satu wakil PKR.

Berikutan PRK di Kuala Besut, jentera parti sama ada dari BN mahupun Pas mula berkampung di Kuala Besut sejak beberapa hari lalu selain petugas media.

Parlimen Gamat Bila “Budak Baru” Disekolahkan Menteri BN!

Posted: 11 Jul 2013 07:44 PM PDT

Memang menarik sidang Dewan Rakyat semalam apabila menyaksikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan "menyekolahkan" Ahli Parlimen Sepang (PAS), Hanipa Maidin, sehingga tergagap-gagap di Parlimen.

Hanipa cuba membangkitkan soal isu perumahan di Taman Permata yang terletak di negeri Selangor. Rumah-rumah di Taman Permata itu mengalami keretakan serius dan KPKT sebelum ini berjanji akan menyediakan 400 buah rumah bagi menggantikan kerugian penduduk di kawasan itu.

Katanya, Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor sudah memberikan sebanyak 18 ekar tanah pada KPKT, namun kementerian itu dikatakan tidak melakukan sebarang tanda memulakan projek perumahan teres di tanah yang diberikan.

Hanipa mendesak supaya Menteri KPKT selesaikan masalah tersebut dengan segera. Kononnya dia perjuangkan hal rakyat dan tidak berpolitik apabila membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat…

Menariknya, Menteri KPKT begitu "steady" dalam menangani kerenah Hanipa yang merupakan "budak baru" di dalam Parlimen dan cuba bermain politik dengan menggunakan nama rakyat.

Sudahlah baru dapat kerusi dalam Parlimen, terkinja-kinja mahu diberi ruang dan tidak hormat pada Speaker Dewan hingga ditegur beberapa kali. Nama saja peguam, tapi tak tahu bersopan dan ikut tatacara di dalam Parlimen? Tak bertamadun sungguh!

Menjelaskan kedudukan sebenar pada Ahli Parlimen Sepang itu, Abdul Rahman memberitahu memang benar Kerajaan pimpinan Khalid Gagap ada memberi sebanyak 18 ekar tanah untuk dibina 400 rumah teres.

Malangnya, Hanipa tidak diberitahu oleh Khalid Gagap bahawa tanah 18 ekar yang diberikan itu merupakan kawasan takungan sumber air Selangor di Sungai Langat. Macam mana KPKT nak bina rumah teres di kawasan takungan air?

Malah tanah itu juga didapati terlibat dengan projek penebatan banjir. Maksudnya, jika dibina 400 buah rumah teres, maka kawasan itu akan menjejaskan kawasan tebatan banjir dan air sungai boleh melimpah ke taman perumahan itu pada bila-bila masa.

Apakah Hanipa sebagai Ahli Parlimen Sepang sanggup bertanggungjawab jika 400 buah rumah itu ditenggelami banjir dan menahan kemarahan para penduduk di kawasan tersebut? Saya yakin Kerajaan BN tidak sebodoh Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor untuk menzalimi rakyatnya…

Fakta dari Menteri KPKT itu juga menyatakan bahawa tanah 18 ekar tanah itu juga merupakan laluan paip-paip gas bawah tanah. Sesuaikah dibina taman perumahan di atas tanah itu? Baru saja mahu dipasang cerucuk, sudah ada yang mati terkena letupan paip gas. Hanipa nak tanggung?

Paling mengejutkan, Hanipa tidak terbayangkah sebesar mana tapak tanah seluas 18 ekar itu? Berapa buah rumah yang dapat dibina dalam kawasan seekar tanah? Hanipa sudah periksa? Kalau belum, tak payahlah menyalak di Parlimen!

Untuk keluasan 1 ekar tanah, ia hanya boleh memuatkan sebanyak 12 buah rumah saja. Itu pun rumah yang agak sempit dan sederhana. Dengan 18 ekar tanah yang diberikan Khalid Gagap pada KPKT, berapa buah rumah yang boleh dibina? Hanipa kira sendirilah…

Pada saya, dalam isu yang membabitkan kepentingan rakyat ini, saya melihat bagaimana permainan zalim yang cuba dimainkan oleh Kerajaan pimpinan Khalid Gagap, Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor dan Hanipa sendiri.

Kononnya permainan mereka ini mahu mengenakan Kerajaan BN di peringkat Pusat dan sengaja mahu mempermain-mainkan hati rakyat Selangor. Tapi permainan mereka tidak menjadi dan teruk pula "dibelasah" di Parlimen!

Tahniah saya ucapkan pada para penduduk di Taman Permata kerana berikan undi pada Pakatan Haram pada PRU ke-13 yang lalu dan mempertahan jajahan Khalid Gagap di Selangor. Sudah sedar diri dipermainkan Pakatan Haram atau belum?

Dan sekalung tahniah juga saya ucapkan pada Abdul Rahman Dahlan kerana berjaya "sekolah"kan Hanipa Maidin yang menyerbu "tak pakai helmet"! Harapnya "budak baru" itu buat "homework" sebelum dimalukan di Parlimen pada masa yang akan datang…

sumber mykmu.net

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...