UMNO Online - “Tunjuk Bukti Kebenaran Di Mahkamah, Bukan Cakap Kosong Tepi Jalan” plus 9 more

UMNO Online - “Tunjuk Bukti Kebenaran Di Mahkamah, Bukan Cakap Kosong Tepi Jalan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tunjuk Bukti Kebenaran Di Mahkamah, Bukan Cakap Kosong Tepi Jalan

Posted: 21 May 2013 03:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Pakatan pembangkang dilihat seakan-akan tidak serik untuk menimbulkan perbalahan dan provokasi terhadap Barisan Nasional (BN) biarpun telah nyata keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu menjadi bukti rakyat memberikan mandat kepada BN, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Katanya, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sudah tersilap percaturan apabila telah mencanangkan ke seluruh dunia bahawa beliau bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRUke-13 namun malangnya pakatan pembangkang tewas dalam pilihan raya terbabit.

"Kerana itulah pembangkang terus mewujudkan persepsi kononnya berlaku penyelewengan dalam PRU ke-13 dengan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan melakukan penipuan agar masyarakat di seluruh dunia menganggap bahawa BN tidak menang," katanya kepada UMNO-Online.

Terang beliau, sewajarnya pakatan pembangkang mengumpulkan pelbagai bukti yang memberi hujah dan bukti bahawa SPR benar-benar melakukan penipuan dengan membawa semua bahan terbabit ke mahkamah untuk proses undang-undang.

"Proses perundangan dan ketelusan yang sebenar juga terbuka kepada para pemimpin dalam pakatan pembangkang yang mana mahkamah dan hakim-hakim terbabit akan melakukan proses pengadilan berdasarkan kepada bahan bukti yang ada.

"Malangnya perkara terbabit tidak berlaku sebaliknya pakatan pembangkang mencanangkan penipuan dan penyelewengan dengan pelaksanaan himpunan jalanan yang dibawa ke bandar-bandar di seluruh negara."

Tegas beliau, sekiranya benar BN berpakat dengan SPR atau SPR menyelebahi BN dalam PRU ke-13 lalu maka tentunya BN akan memperoleh lebih banyak undi atau sekurang-kurangnya pakatan pembangkang tidak akan berpeluang untuk memenangi mana-mana negeri termasuklah Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

"Kalau pemimpin pembangkang tidak mengiktiraf kemenangan BN dalam pilihan raya dan juga proses yang berlaku sepanjang PRU ke-13 berlangsung jadi bagaimana pula dengan pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang mereka menang?" soalnya lagi.

Tambah beliau, jika benar pakatan pembangkang menolak kemenangan BN maka mereka juga perlu menolak kemenangan mereka di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor maka sebaliknya juga jika mereka menerima keputusan pilihan raya maka mereka perlulah tolak agenda himpunan jalanan.

"Sudah sampai masanya kerajaan bertegas dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memainkan sentimen hasutan dalam negara ini apatah lagi keputusan PRU ke-13 ini turut diterima oleh negara-negara luar di persada antarabangsa.

"Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merealisasikan hasrat kerajaan untuk memastikan negara ini aman dan tidak terjerumus ke kancah pergolakan sebagaimana impian pembangkang," ujar beliau lagi.

Terbaru, Adam Adli ditahan reman selama lima hari mengikut Kanun Keseksaan 124B dan Seksyen 4(1)C Akta Hasutan bermula Ahad berhubung kenyataannya berkaitan gesaan memanggil perhimpunan jalanan besar-besaran sebagai luahan rasa tidak puas hati terhadap proses PRU ke-13, manakala pada 17 Mei lalu, ADUN Seri Setia Nik Nazmi didakwa mengikut Seksyen 9(1) PAA yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau boleh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya didenda melebihi RM2,000. - MediaUMNO

Malaysia Suarakan Kebimbangan Tindakan Terbaru Korea Utara Lancar Misil

Posted: 21 May 2013 02:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Malaysia pada Selasa menyuarakan kebimbangannya berhubung tindakan Korea Utara melancarkan misil jangka sederhana pada 18 dan 19 Mei yang menyemarakkan lagi suasana tegang di Semenanjung Korea.

Sejajar dengan itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Malaysia menyertai masyarakat antarabangsa menyeru Korea Utara supaya mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), termasuk Kenyataan Presiden UNSC bertarikh 16 April 2012.

“Malaysia menyeru semua pihak terbabit supaya mewujudkan suasana kondusif ke arah mengadakan dialog dan rundingan di peringkat dua hala dan pelbagai hala, demi mencapai keamanan, keselamatan dan kestabilan di Semenanjung Korea dan rantau ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, kata beliau, Malaysia menyokong penuh saranan Korea Selatan agar dialog dengan Korea Utara segera diadakan.

Agensi berita Korea Selatan Yonhap melaporkan Kementerian Pertahanan Korea Selatan mengesan Korea Utara melancarkan beberapa misil jangka sederhana pada hujung minggu lepas.

Ia ditembak ke arah timur laut kawasan perairan Korea Selatan, katanya.

Demokrasi Terpimpin Ala Pakatan – 15 Kerusi DUN Selangor Adalah Minoriti!

Posted: 21 May 2013 02:52 AM PDT

Masih terngiang-ngiang di telinga penulis, betapa berdegar-degarnya penyokong PAS pada waktu berkempen yang lalu. Dicanangnya kononnya PAS bakal menjadi Menteri Besar sekiranya menang kerusi terbanyak, sekaligus berharap untuk membuktikan slogan "PAS Ganti UMNO" adalah tepat.

Rupanya, apa yang diharapkan kini menjadi kenyataan. PAS mendahului senarai kerusi DUN, dengan 15 kerusi berbanding PKR 14 kerusi.

Desakan yang cukup kuat dari akar umbi mahukan PAS memimpin kerajaan negeri tidak boleh dielakkan lagi. Sebaik keputusan penuh PRU13 diketahui, bendera-bendera PAS dikibarkan di kenderaan-kenderaan penyokong mereka.

Kedai kopi diwarnai dengan cerita betapa Menteri Besar Selangor bakal milik PAS.  Seraya itu, kutukan dan hinaan kepada UMNO dilemparkan bertalu-talu.  PAS menguasai DUN Selangor secara total, mengikut salah seorang ahli "forum" di kedai kopi terbabit.

Hakikatnya, kita tahu bahawa Khalid Ibrahim sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar, sungguhpun PKR hanya memenangi 14 kerusi DUN.  Apa pula kata penyokong-penyokong PAS? Pasti pada ketika ini, mereka cuba memujuk hati sendiri, dengan mengeluarkan "fatwa-fatwa" mengikut acuan sendiri.

Ini adalah manifestasi demokrasi Pakatan, iaitu penafian secara hakiki kepada hak PAS untuk memegang sebarang jawatan penting di dalam sebuah pentadbiran kerajaan.  Atas apa jua alasan, waima tahaluf siyasi tidak boleh menceritakan, bagaimana kuasa si pemenang dinafikan oleh kebijaksanaan PKR dek kerana kurang cerdiknya PAS dalam berpolitik.

Apakah PAS masih mampu untuk meletakkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri seandainya dapat menawan Putrajaya tempoh hari walau dengan hanya 21 kerusi Parlimen? Kalau menjadi si pemenang pun tidak dapat mempertahankan haknya, inikan pula minoriti dalam Pakatan!

Apa yang melucukan ialah, penyokong-penyokong PAS berani pula berhujah, kononnya Anwar sepatutnya menjadi Perdana Menteri atas faktor "undi popular". Malangnya, mereka mungkin tidak pernah difahamkan bahawa Malaysia mengamalkan dasar sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.

Atas apa pun alasan yang diberikan oleh penyokong-penyokong PAS ini, mereka sepatutnya mempertahankan status "pemenang" di DUN Selangor sekaligus menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Ini sibuk pula "memenangkan" Anwar Ibrahim yang mana gabungan parti yang tidak sah itu hanya menang 89 berbanding 133 yang dimenangi oleh BN!

Diri sendiri menang pun tidak berani dipertahankan, ini pula cuba memenangkan orang yang kalah!

Bacul!!!

mykmu.net

Pembangkang Digesa Henti Perbuatan “Curi Makan Di Belakang Dapur”

Posted: 21 May 2013 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pemimpin pakatan pembangkang diminta usah lagi “curi makan di belakang dapur” dengan ghairah mengajak rakyat untuk berhimpun menyatakan bantahan kononnya berlaku pelbagai penipuan pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shahbudin Yahya  berkata jika mereka mempersoalkan ketelusan pilihan raya baru-baru ini, bagaimana pula dengan pembentukan kerajaan negeri termasuklah soal perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Sambil membidas tindakan hipokrit tersebut, beliau seterusnya menegaskan sampai bila penyokong mereka terus diheret dengan permainan emosi sedangkan mereka telah membentuk kerajaan negeri termasuk perlantikan Exco.

"Ini kita boleh umpakan sebagai masak makanan daripada dapur yang sama….ramuan yang sama tetapi bila dihidangkan mereka kata makanan itu tidak sedap dan sebagainya. tetapi alih-alih mereka ini masuk ke belakang dapur dan makan senyap-senyap. Begitulah hipokritnya parti pembangkang ini.

"Jika dah angkat sumpah Menteri Besar dan Ketua Menteri, maksudnya apa semua itu. Bukankah  mereka sendiri telah mengiktiraf  keputusan pilihan raya baru-baru  tersebut. Bukankah sudah terang lagi bersuluh apa yang mereka war-warkan itu hanyalah sebahagian daripada cerita dan tohmahan yang tidak masuk akal kerana mereka telah berjaya membentuk kerajaan negeri," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kata beliau lagi hipokrit parti pembangkang makin terserlah apabila hanya tidak mengiktiraf kekalahan dan  bersikap sebaliknya di kawasan dan negeri yang mereka menang.

"Bagi saya mereka hanya mahu mengekalkan momentum penyokong mereka sahaja. Tidak lebih daripada itu kerana khuatir dan bimbang sokongan terhadap mereka merosot.

"Tambahan pula dengan pelbagai pembaharuan yang telah dibuat oleh SPR, tentunya akan menambahkan lagi kekhuatiran mereka terhadap penerimaan rakyat berhubung proses demokrasi di negara ini," ujarnya. -MediaUMNO 

Stop Inciting Political Hatred Towards Government – Pesara

Posted: 21 May 2013 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 21 – The Malaysian Retirees Association (Pesara) has called on the opposition to stop defaming and inciting political hatred towards the government.

Its president, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh, said the opposition should not instill such hatred just because it was unhappy with results of the recent 13th General Election as it would divide the people and stunt national growth.

“Bringing up issues whose veracity we are unsure of, can cause misunderstanding, chaos and destruction in the country,” he said when contacted by Bernama today.

Instead, he said, mistakes made by any candidate or political party regarding the election process should be resolved through the legal system, by filing a petition to court.

Wan Mahmood said this suggestion was among five resolutions made by Pesara at a special meeting here yesterday.

Kemelut Selangor Tiada Penghujung Untuk Tempoh Lima Tahun Akan Datang

Posted: 21 May 2013 12:24 AM PDT

SHAH ALAM, 21 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi menyifatkan kemelut yang sedang dihadapi kerajaan negeri Selangor hari ini di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim terutama dalam isu pelantikan Exco  diibaratkan `bagai api dalam sekam'.

Tegas beliau walaupun isu pelantikan Menteri Besar kelihatan seperti sudah selesai namun hakikatnya ia hanyalah permulaan kepada krisis yang akan berlarutan sepanjang lima tahun akan datang.

"Namun, kemenangan besar kerajaan pakatan ini tidak mencerminkan gabungan mereka yang sebenarnya, 'rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi,' itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan kepada wajah kerajaan pimpinan pakatan di negeri Selangor pada ketika ini.

“Hampir tiga minggu PRU13 meninggalkan kita, tapi di mana kerajaan negeri Selangor yang sebenarnya? Sampai hari ini, Khalid Ibrahim seakan-akan sukar untuk membentuk barisan Exco kerajaannya.

“Ianya bermula sebelum perlantikan jawatan Menteri Besar, apabila Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali seakan-akan memperlekeh kewibawaan Tan Sri Khalid Ibrahim secara tidak langsung menerusi media sosial," katanya yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Tambah beliau lagi usaha memperlekeh Khalid Ibrahim tidak terhenti begitu sahaja, malah selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, beliau masih gagal membentuk barisan Exco dan yang terkini, DAP yang merupakan rakan sekutu pakatan pula mempersoal jumlah kerusi Exco yang bakal diterima oleh DAP.

"Adakah kemelut demi kemelut yang melanda pantadbiran kerajaan Khalid Ibrahim ini akan membantu rakyat Selangor menghadapi kehidupan yang lebih selesa?

“Oleh itu, rakyat harus sedar, hanya kerajaan yang stabil sahaja mampu memberikan kehidupan yang sempurna kepada rakyat, tetapi apa yang diperlihatkan di negeri Selangor hari ini, kesannya tidak baik kepada rakyat”, katanya.

Pada masa yang sama beliau turut berkaharp agar rakyat melihat kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan dan pentadbiran kerajaan BN, tidak banyak kemelut dalam perlantikan Menteri Besar, kalau ada pun akhirnya dapat diselesaikan dalam suasana keharmonian dan persaudaraan.

“Bahkan dalam pemilihan Exco kerajaan negeri, perlantikan dibuat dengan teratur dan memenuhi keperluan rakyat," tambahnya lagi. -MediaUMNO

Abu Zahar Gesa Karpal Hormati Perlembagaan

Posted: 21 May 2013 12:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei –  Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang menggesa Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat.

“Karpal Singh sebagai seorang peguam dan anggota parlimen patut faham mengenai perlembagaan negara, beliau harus tengok apa yang dikatakan oleh perlembagaan, jangan buat kenyataan yang mengelirukan rakyat.

“Saya nasihatkan semua pihak fahamilah perlembagaan itu, ia telah diterima pakai sejak kita merdeka lagi dan yang membuat negara berjaya dan aman sehingga ke hari ini,” katanya  selepas mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi penggal kedua di Parlimen, di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Karpal baru-baru ini agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara kerana kewujudan institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh serta hanya membazir.

Kementerian Pertahanan, KDN Rangka Strategi Baharu Perkukuh NBOS

Posted: 20 May 2013 10:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang merangka strategi baharu bagi memperkukuh inisiatif sedia ada dalam program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perancangan mengenai strategi baharu itu dipermudahkan apabila kedua-dua menteri terbabit hanya bertukar portfolio dalam senarai Menteri Kabinet yang diumumkan baru-baru ini.

“Kami telah sediakan 17 perkara yang harus diteruskan (dalam NBOS) dan ini akan dipermudahkan kerana Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein) berada di Mindef dan saya di KDN.

“Maknanya ini bukan sesuatu yang mustahil untuk kita sempurnakan apa yang telah dirancang,” katanya pada majlis perpisahan bekas menteri pertahanan di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Turut diraikan ialah bekas Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad. Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Ismail Ahmad dan panglima ketiga-tiga perkhidmatan.

Program NBOS merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan system penyampaian kepada rakyat melalui kesepakatan antara pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang memfokuskan kepada hasil yang memberi impak tinggi; kos minimum; dan pelaksanaan dengan kadar segera.

Sementara itu, Ahmad Zahid berharap kecemerlangan dalam sektor pertahanan akan dapat diteruskan penggantinya agar ketiga-tiga cabang perkhidmatan serta agensi yang berada di bawah kementerian berkenaan terus mantap.

“Saya harap kecemerlangan akan terus dicapai kerana kita sudah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ke tahap 109 peratus dan kita telah mencapai ke tahap lima bintang, satu pencapaian yang dapat dibuat dalam tempoh kurang dari empat tahun,” katanya.

Pada majlis perpisahan itu, unit pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja mengalunkan ‘Auld Lang Syne’ manakala tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat memberikan kawalan kehormatan utama.

“Semua Orang Boleh Tuduh Tipu Tapi Tunjuklah Bukti” – Amirrudin

Posted: 20 May 2013 09:39 PM PDT

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pilihan Raya Umum ke 13 sudah berlalu kira-kira dua minggu dan Barisan Nasional terus diberi kepercayaan oleh rakyat untuk mentadbir negara ini dalam tempoh lima tahun lagi, namun sehingga kini pihak pembangkang masih tidak menerima keputusan itu.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Masjid Tanah, Amirrudin Yusof menyifatkan tindakan pembangkang yang terus mempertikaikan keputusan  pilihan raya  5 Mei lalu menunjukkan mereka tidak menerima sistem demokrasi di negara.

"Ini menunjukkan pembangkang tidak profesional dalam konteks sistem demokrasi di negara ini, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan terbuka, walaupun kita memperolehi jumlah yang kurang berbanding pilihan raya ke 12, BN tetap menerimanya kerana itu adalah keputusan rakyat yang membuat pilihan raya.

"Pembangkang seharusnya menunjukkan bukti bukan hanya bercakap sahaja jika benar mereka kata adanya penipuan, semua orang boleh bercakap jika benar tunjukkan bukti, jangan hanya membuat tuduhan untuk dapatkan sokongan.

"Sudah menjadi suatu kebiasaan kepada pembangkang akan membuat pelbagai tuduhan dan pembohongan terhadap apa sahaja yang tidak menyebelahi mereka, ia bukanlan suatu yang baru kepada pembangkang berbuat sebegitu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan pembangkang yang mengatakan berlakunya penipuan pada piliha raya lalu sehingga menyebabkan mereka gagal dalam misi untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya kali ini.

"Bagaimanapun pula dengan kawasan yang mereka menangi, tidak pula dikatakan adanya penipuan, ini menunjukkan pembangkang hanya mencari kesalahan kepada BN sahaja, sedangkan kepada mereka semuanya betul,"katanya.

Amiruddin yang juga Adun Air Limau, Melaka berkata sepatutnya pembangkang berasa bersalah terhadap apa yang berlaku ketika pilihan raya apabila membuat pelbagai tuduhan termasuk menghalang pengundi untuk mengundi apabila menuduhnya sebagai pendatang asing sedangkan ianya adalah rakyat Malaysia.

Menurutnya, pembangkang seharusnya bersama kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan negara dan bukannya berpolitik sepanjang masa. -MediaUMNO

Abu Zahar Sworn In As Senate President For Second Term

Posted: 20 May 2013 09:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, May 21 – Tan Sri Abu Zahar Ujang today took his oath of office as president of the Dewan Negara (Senate) for a second term.

The swearing-in was held before Dewan Negara deputy president Doris Sophia Brodi at Parliament House.

Abu Zahar, 69, who is a former president of the Council of Former Elected Representatives (Mubarak), was reappointed senator on April 26 for a second term.

He was appointed president of the Dewan Negara on April 26, 2010, to succeed Datuk Wong Foon Meng whose term of office ended on April 12, 2010.

Speaking to reporters after the swearing-in, Abu Zahar expressed his determination to carry out his duties with responsibility, trust and dedication.

Abu Zahar started his career in 1964 as an inspector in the Royal Malaysia Police and the last post he held in the force was deputy superintendent in the Commercial Crime Investigation Department in Bukit Aman in 1979.

Between 1980 and June 1986, he was engaged in the legal profession in Kuala Lumpur prior to being elected as the state assemblyman for Pilah and appointed as a state executive councillor of Negeri Sembilan, in charge of housing and local government.

In 1991, he defended the state seat, after which he was elected as the MP for Kuala Pilah for one term, from 1995 to 1999.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...