UMNO Online - “Ahli UMNO Perlu Kekalkan Semangat Kesetiaan Kepada Parti – Shafie” plus 6 more |
- Ahli UMNO Perlu Kekalkan Semangat Kesetiaan Kepada Parti – Shafie
- Jurang Ideologi Politik Dimulakan PAS – Tengku Adnan
- Rakyat Perlu Bijak Nilai Usaha Kerajaan BN, Pembangkang Dalam Pembangunan
- UMNO Youth Should Play More Intellectual Role To Get Closer To Young Voters
- Pembangkang Suka Main Isu Jenayah Bagi Kikis Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan
- Najib Tidak Mahu 1Malaysia Jadi Slogan Atau Retorik Politik
- Anggota Pemuda, Puteri UMNO Diingat Faham Erti Warisi Perjuangan Parti
Ahli UMNO Perlu Kekalkan Semangat Kesetiaan Kepada Parti – Shafie Posted: 14 Jul 2012 06:35 AM PDT Taiping, 14 Julai- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal hari ini mengajak ahli-ahli dari segenap lapisan untuk mengekalkan semangat kesetiaan kepada parti bagi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional menjadi tunjang untuk berkhidmat kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia. "Saya melihat ini merupakan nilai-nilai yang perlu diterapkan kepada ahli-ahli kita, bukan sahaja kita dah meningkatkan pengundi kita dari kalangan kompenan BN dan dari UMNO sendiri, kita kena pastikan ahli-ahli kita memberikan sokongan kepada parti kita. Antara langkah-langkah yang perlu kita lakukan ialah mendampingi mereka pada setiap masa untuk kita memastikan mereka di landasan yang sepatutnya," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Taiping di Majlis Perbandaran Taiping hari ini di sini. Dalam masa yang sama, beliau menyarankan kepada parti-parti kompenan BN yang lain bukan sahaja menyusun malah meningkatkan gerakkerja dan usaha untuk mendampingi dan diterima bukan sahaja dari kaum-kaum mereka sahaja malah diterima oleh rakyat 1Malaysia. "Orang melayu harus sedar dan tahu pengagihan kerusi, bukan UMNO semua sahaja yang mendapat kerusi, bukan semuanya diwakili UMNO tetapi ada wakil-wakil dari kompenan BN akan bertanding di kawasan kita. Jadi ia menuntut semua parti yang ada, bukan sahaja UMNO bahkan parti-parti kompenan yang ada perlu bekerja kuat bagi memastikan kita akan meraih kejayaan dalam pilihanraya umum yang akan datang," tambahnya. Dalam masa yang sama, Shafie menasihatkan ahli-ahli UMNO dan BN yang lain agar jangan lalai dan terlalu selesa walaupun YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melaksanakan segala tanggungjawab dan peranannya dengan baik kerana PRU13 ini merupakan satu pilihanraya yang mencabar dan memerlukan kesiap-siagaan kita di satu tahap yang begitu tinggi pada setiap ketika. |
Jurang Ideologi Politik Dimulakan PAS – Tengku Adnan Posted: 14 Jul 2012 01:46 AM PDT PUTRAJAYA, 14 Julai – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan bahawa UMNO merupakan punca kewujudan jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat, sebaliknya jurang tersebut dimulakan sendiri oleh PAS. Beliau berkata ini termasuk tindakan seperti tidak makan daging hasil sembelihan orang UMNO, pasangan yang ingin berkahwin tidak boleh dinikahkan oleh orang UMNO dan tidak boleh sembahyang berimamkan orang UMNO. “Siapa yang mulakan? Adakah kami? Ini pembangkang dia tunjuk jari pada kita tapi dia lupa, satu jari dia tunjuk kita empat jari sama dia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kenduri Rakyat Local Agenda (LA21) dan Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia di Presint 9 di sini hari ini. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan mendakwa UMNO sebagai punca kewujudan jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian. Beliau berkata jurang tersebut wujud disebabkan layanan berbeza kerajaan pusat terhadap Kelantan, berbanding negeri lain. Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Tengku Adnan, yang juga Anggota Parlimen Putrajaya, berkata parti pembangkang juga dianggap sebagai dalang atau ‘tukang kipas’ yang memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di Negara ini. Beliau berkata pembangkang hanya pandai bercakap, namun apa yang dikatakan mereka adalah sampah. “Jadi saya minta, anda boleh mendengar apa yang mereka katakan, tetapi kita diberi otak yang boleh berfikir dan buat perbezaan, tolong tanya diri kita masing-masing (siapa yang benar),” katanya. Program kenduri rakyat yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar dan wakil pemimpin komuniti itu bagi menghidupkan semula amalan tradisi gotong-royong masyarakat setempat dalam suasana moden pusat pentadbiran kerajaan itu. Ini bertujuan meningkatkan hubungan keharmonian dan perpaduan di kalangan masyarakat, serta menyebarkan maklumat kepada warga Putrajaya mengenai peranan agensi awam dan perkhidmatan yang ditawarkan. – MediaUMNO |
Rakyat Perlu Bijak Nilai Usaha Kerajaan BN, Pembangkang Dalam Pembangunan Posted: 14 Jul 2012 01:40 AM PDT NIBONG TEBAL, 14 Julai – Rakyat perlu bijak membuat perbandingan antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang dalam memajukan negara demi kesejahteraan rakyat. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata kerajaan BN sentiasa membantu, merancang dan melaksanakan program untuk kebaikan rakyat tetapi mendapat tentangan daripada pembangkang. Beliau berkata kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mendengar keluhan rakyat seperti kesukaran golongan muda mendapatkan pekerjaan. “Pendekatan kerajaan BN bukan sahaja mendengar kehendak rakyat tetapi memenuhi permintaan pasaran kerja kini yang inginkan generasi muda berkemahiran tinggi,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) 2012 kepada 186 penerima di sini hari ini. Hasan berkata usaha kerajaan BN menerusi pelbagai agensi seperti Kemas banyak memberi ruang dan peluang dalam menyediakan kemudahan supaya anak muda mendapat pekerjaan serta mampu menjana pendapatan. Katanya kerajaan BN mengambil pelbagai inisiatif mengukuhkan rantaian ekonomi negara seperti program transformasi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat serta mengangkat martabat dan maruah negara di peringkat antarabangsa. Hasan berkata usaha kerajaan BN sering dihalang dan ditentang pembangkang seperti pembinaan kilang Lynas dan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings walaupun ia memberi kebaikan kepada negara dan rakyat. “Tentangan pihak pembangkang hanya merugikan negara. Oleh itu, sokongan rakyat diperlukan untuk menjayakan program transformasi negara demi kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat,” katanya. – MediaUMNO |
UMNO Youth Should Play More Intellectual Role To Get Closer To Young Voters Posted: 14 Jul 2012 01:31 AM PDT JOHOR BAHARU, July 14 – UMNO Youth members have been urged to play a more intellectual role in reaching out to the young people who make up the majority of on-the-fence voters. It chief, Khairy Jamaluddin, said UMNO Youth should not only be seen to be strong in terms of its machinery, but also in its capability to provide intellectual answers to all issues related to the party and the government. “UMNO and UMNO Youth should win in any debates of ideas or issues. They (young people) want to see how good our leaders are in addressing those issues,” he told reporters after opening Pulai UMNO Youth delegates meeting here today. Khairy, who is also Rembau Member of Parliament, said the opposition had been attacking UMNO and Barisan Nasional (BN) by spreading lies and baseless allegations and those lies and allegations should be countered and explained before the people perceived them as real. He said UMNO Youth members should realise by now that most of today’s young voters were well educated as they were exposed to various sources of information. “They were very critical in Facebook and Twitter. They will ask questions about government policies and opposition’s allegations on a daily basis and if we don’t answer them, we will be perceived as not being able to provide them with satisfactory answers,” he said. Khairy said he would continue to strengthen the UMNO Youth information machinery by using its cyber troopers to disseminate the detailed and latest information to the voters under the age of 40 who made up 80 per cent of the 2.2 million registered voters in the country. Khairy also anticipated that the war of issues would be the determining factor for the young voters in the next general election. – MediaUMNO |
Pembangkang Suka Main Isu Jenayah Bagi Kikis Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Posted: 14 Jul 2012 01:25 AM PDT KLUANG, 14 Julai – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembangkang sentiasa memainkan isu kadar jenayah di Negara ini bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Beliau berkata pembangkang mengambil kesempatan dengan isu yang mendapat perhatian serta menjadi kebimbangan orang ramai terutamanya kadar jenayah bagi meraih faedah politik. “Kita akan yakinkan orang ramai bahawa tuduhan mereka (pembangkang) itu meleset dan tidak berasas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sembrong di Felda Ulu Belitong, di sini hari ini. Hishammuddin, yang juga Ketua Umno Bahagian Sembrong, menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah mencari alasan tetapi sebaliknya membuktikan komitmen berterusan menerusi inisiatif yang diguna pakai bagi mengurangkan kadar jenayah di negara. Katanya usaha kerajaan menangani jenayah di negara ini turut mendapat pujian pihak luar seperti Panel Bebas Antarabangsa yang dianggotai pakar dari Singapura, Hong Kong, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Menurutnya panel bebas antarabangsa itu memuji dan kagum dengan pendekataan yang dilaksanakan kerajaan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi mengurangkan kadar jenayah di negara ini. – MediaUMNO |
Najib Tidak Mahu 1Malaysia Jadi Slogan Atau Retorik Politik Posted: 14 Jul 2012 01:12 AM PDT HULU LANGAT, 14 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu gagasan 1Malaysia tinggal sebagai slogan atau retorik politik semata-mata, sebaliknya mahu ia diterjemahkan kepada sesuatu yang boleh dikecapi dan dinikmati oleh rakyat. Perdana Menteri berkata dalam merealisasikan usaha itu, lebih banyak perkhidmatan dan produk bersandarkan 1Malaysia perlu diperkenalkan bagi membantu meringan beban kehidupan yang dihadapi rakyat pada masa kini. “Apabila diperkenalkan perkhidmatan dan produk 1Malaysia, senarainya tiada ‘noktah’ cuma ada ‘koma’ … tiada akhir. Namun, kita tidak sewenang-wenangnya membenarkan ‘branding’ 1Malaysia ini digunakan. “Ramai yang memohon, ada yang saya setuju, ada saya tidak setuju. Apa yang penting perkhidmatan dan produk 1Malaysia mampu membantu rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia (KKR1M) di sini, hari ini. Turut hadir pada perasmian kedai itu di No 1, Jalan Lagenda Suria, Taman Lagenda Suria di sini ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar. Pada 8 Julai lepas, semasa berucap di program Janji Ditepati di Bandar Baru Bangi, Najib mengumumkan penubuhan kedai itu sebagai satu daripada inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu meringankan beban rakyat. Najib turut meluangkan kira-kira 20 minit untuk meninjau premis berkenaan sambil beramah mesra dengan pelanggan. Perdana Menteri menegaskan terdapat tiga kriteria dalam membenarkan nama 1Malaysia digunakan terhadap sesuatu perkhidmatan atau produk. “Pertama, perkhidmatan atau produk itu mesti untuk rakyat, kedua kualiti mesti lebih baik dan kita tidak berkompromi terhadap mana-mana perkhidmatan atau produk yang tidak baik. “Ketiga, produk dan perkhidmatan itu mesti lebih murah daripada harga pasaran. Jika ketiga-tiga ini dipenuhi, barulah kita benarkan (guna nama 1Malaysia),” katanya. Najib berkata dalam tempoh tiga tahun, kerajaan Barisan Nasional telah memperkenalkan dan mengetengahkan pelbagai produk serta perkhidmatan 1Malaysia untuk membantu rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menerima sambutan hangat daripada rakyat. Najib berkata pengenalan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) juga mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya mencatat penjualan memberangsangkan. Selain itu, Najb yang juga Menteri Kewangan, berkata perkhidmatan 1Malaysia sememangnya membantu meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah ialah Klinik Rakyat 1Malaysia kerana menawarkan perkhidmatan yang murah dan berkualiti. “Kalau pergi ke klinik swasta sekurang-kurang perlukan RM30, itu belum termasuk tambang teksi atau bas. Tapi kalau pergi Klinik 1Malaysia hanya bayar RM1 dan akan dapat perkhidmatan kesihatan. “Kita juga ada Menu Rakyat 1Malaysia dengan bayaran sarapan pagi RM2 dan dengan RM4 untuk makan tengah hari kita dapat sajian yang lazat serta cukup zat Selain itu, kerajaan juga mempunyai program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah serta Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) yang antara lain bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara. Najib berkata KKR1M menjual pelbagai jenis kain dan pakaian yang berkualiti tinggi dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran. “Saya sahkan, terbukti harga pakaian dan kain (di KKR1M) jauh lebih murah daripada harga pasaran. Kementerian (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) ambil masa semak harga semua produk,” katanya. Beliau berkata antaranya kain batik jacquard yang dijual dengan harga RM15 berbanding RM35 sepasang di pasaran, baju kemeja linen sehelai RM45 berbanding RM79 di pasaran serta kain satin RM40 sepasang berbanding RM50 di pasaran. Selain keperluan pakaian, kedai itu turut menawarkan barangan lain seperti langsir, kelengkapan sekolah dan kelengkapan bersolat seperti sejadah dan songkok. Najib berkata 30 lagi KKR1M akan dibuka seluruh negara dalam tempoh dua tahun ini. – MediaUMNO |
Anggota Pemuda, Puteri UMNO Diingat Faham Erti Warisi Perjuangan Parti Posted: 13 Jul 2012 07:17 PM PDT KLUANG, 14 Julai – Anggota Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno diingatkan supaya mengetahui erti mewarisi perjuangan di dalam parti dan bukan hanya mengetahui erti mewarisi kepimpinan, demi memastikan Umno kekal relevan pada masa akan datang. Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sebagai pewaris kepada parti keramat itu, semua anggota Pemuda dan Puteri perlu mengetahui perbezaan antara perjuangan dan kepimpinan memandangkan Umno sendiri merupakan sebuah parti perjuangan. “Sesuatu yang berbeza antara kepimpinan dan perjuangan adalah sesiapa sahaja boleh mewarisi kepimpinan tetapi kalau dia tidak menghayati erti perjuangan, maka kepimpinan itu tidak akan mempunyai makna. “Hidup atau mati Umno ditentukan pewaris-pewarisnya, sama ada pewaris-pewaris ini mampu untuk mewarisi perjuangan. Adakah mereka yang memimpin sekarang ini juga mampu mewariskan perjuangan atau meninggalkan sesuatu yang tidak dapat diwarisi sebagai perjuangan oleh pewaris-pewaris,” katanya. Mohd Fuad yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Pahat berkata demikian ketika merasmikan persidangan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kluang, di sini malam tadi. Hadir sama Ketua Umno Bahagian Kluang Md Jais Sarday. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata anggota Pemuda dan Puteri dalam masa yang sama juga perlu mengubah kekuatan mereka dengan mempersiapkan diri dengan ilmu, hujah dan keperibadian untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus menjadi pilihan generasi muda. Katanya kekuatan anggota Pemuda dan Puteri pada masa kini tidak lagi semata-mata bergantung pada perkataaan Umno itu sendiri, sebaliknya menerusi kekuatan dalaman mereka. “Sebab itu pada saya, apa yang disebut sebagai ‘BN pilihan orang muda’ tidak memberikan apa makna sekiranya anak muda tidak tahu makna untuk menjadikan BN sebagai pilihan anak muda. “Kita tidak boleh bersifat defensif. Keberanian kita mesti berasaskan kepada hujah, ilmu dan keperibadian kerana dokongan inilah yang mampu menarik anak muda untuk terus menyokong perjuangan anak muda,” katanya. – MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment