BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! DAP BERTEKAD MAHU HAPUS SISTEM KUOTA DAN KONTRAKTOR MELAYU ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Jul 2012 08:30 AM PDT


Debat di antara Presiden MCA,Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) pada 8 Julai lalu berjaya mengukuhkan persepsi DAP sebagai parti Cina paling rasis di negara ini.Sementara itu Soi Lek pula menggunakan pentas debat untuk mempertahankan rekod parti itu dalam memperjuangkan kaum Cina di negara ini sejak zaman Merdeka lagi,Guan Eng menggunakan peluang tersebut untuk menghentam Barisan Nasional habis-habisan.Sesiapa yang mengikuti debat tersebut akan mendapati kandungan ucapan serta isu yang di bawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berbeza langsung dengan ceramah-ceramah politik yang beliau adakan seiring dengan rakan-rakan Pakatan Haram yang lain.Fitnah,cemuhan,tohmahan serta serangan peribadi terhadap Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sudah menjadi lumrah dan resam pihak pembangkang.Jadi para hadirin pada debat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid sudah tentu amat kecewa jika mereka datang mengharapkan sesuatu yang baru dari Guan Eng.

Namun sepandai-pandai tupai melompat,jatuh ke tanah juga.sepandai-pandai Guan Eng cuba memanipulasi fakta dan memutar belit sejarah parti itu yang penuh dengan sentimen perkauman,terserlah juga sikap anti-Melayu tanpa disedarinya.Agak sukar DAP untuk menutup wataknya yang sebenar dalam masa hanya empat tahun sejak 2008 setelah bergelumang dalam sikap rasis dan anti-Melayu selama 45 tahun sejak ditubuhkan pada 1967.Oleh kerana itu walaupun DAP berusaha keras untuk menyembunyikan dasar perkaumannya dengan cuba menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu namun usaha ini gagal,malah dilihat pula sebagai parti yang bersikap hipokrit dan bermuka-muka berbaik-baik dengan bangsa anak watan yang dibencinya.

Semasa debat berlangsung,Guan Eng telah tersasul dalam dua isu apabila cuba mematah hujah Presiden MCA dan kesilapan ini yang dilakukan di hadapan hadirin yang terdiri kebanyakannya daripada pemimpin dan masyarakat Cina telah meranapkan sikap berpura-pura DAP menghormati hak istimewa bangsa Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.Pertama,ketika berhujah mengenai isu penubuhan Kolej Tuanku Abdul Rahman oleh MCA,Guan Eng telah mempertikaikan sistem kuota kemasukan universiti awam.Ini merupakan salah satu hak istimewa orang Melayu yang diwujudkan bagi menjamin anak-anak Melayu mendapat peluang mendapat pendidikan di menara gading.

Tanpa peruntukan ini,sudah tentu pelajar-pelajar Melayu akan menghadapi persaingan yang sengit daripada kaum Cina dan India dan besar kemungkinan peratusan pelajar Melayu di universiti akan menjadi amat kecil jika kerajaan mengamalkan dasar kemasukan terbuka.Atas kesedaran ini kerajaan Perikatan dan kemudiannya BN terus menerus melindungi kepentingan orang Melayu dalam bidang pendidikan melalui dasar ini.Kini DAP mahu menghapuskan sistem kuota yang bermakna semua universiti awam termasuk UiTM akan dipaksa membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar kaum Cina dan India dengan mengorbankan kepentingan orang Melayu.Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Guan Eng semasa sesi debat apabila beliau mendakwa DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan hak semua kaum; hanya ia tidak berani menyebut bahawa dalam perjuangan 'sama rata' parti itu banyak dasar serta program pro-Melayu akan dihapuskan.Guan Eng juga dengan berani menyentuhkan isu kontrak-kontrak kerajaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra.

Beliau mendakwa Umno mengamalkan dasar yang hanya mengutamakan pemberian kontrak kepada syarikat kontraktor Melayu.Oleh itu katanya,Guan Eng berjanji untuk menghapuskan semua syarikat kontraktor Melayu yang 'jahat' jika Pakatan Haram berjaya menawan Putrajaya.Jika kontraktor Melayu yang mendapatkan kontrak dikatakan sebagai 'jahat' hanya kerana mereka berjaya dalam perniagaan di bawah kerajaan BN,bagaimana pula kontrak-kontrak kelas F yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang ???

Walaupun Guan Eng berkata DAP bersikap telus memberi kontrak kepada syarikat Bumiputra yang benar-benar layak,pembohongan beliau terdedah apabila lebih 90 peratus daripada syarikat Melayu yang berjaya adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PKR,PAS dan DAP.Malah DAP telah memmastikan tidak ada satu syarikat kontraktor Melayu di Pulau Pinang layak menerima sebarang kontrak di negeri itu jika didapati mempunyai kaitan dengan Umno atau BN.Jadi DAP hanya akan membantu segelintir kecil orang Melayu yang sanggup menjadi balacinya dan pada masa yang sama akan menyisihkan majoriti peniaga Melayu,walaupun di kalangan mereka ramai yang berkelayakan dan berpotensi.Debat MCA-DAP yang diadakan seharusnya membuka mata orang Melayu agar tidak dibuai mimpi oleh janji-janji palsu DAP dan Pakatan Haram.Sikap berdiam dan bisu PKR dan PAS terhadap kenyataan rasis pemimpin DAP itu hanya mengguatkan lagi keyakinan bahawa DAP akan menghapuskan segala apa yang kecapi oleh orang Melayu di bawah kerajaan BN jika ia dibenarkan berkuasa.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! ISU CERAI KAN ISTERI !!! PAS GUNA AGAMA UNTUK POLITIK ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Jul 2012 05:00 AM PDT



Walaupun ramai yang mungkin merasa simpati terhadap Che Hasnah Che Ahmad yang diceraikan oleh suaminya atas alasan berbeza fahaman politik,tetapi saya merasakan yang beliau layak diberikan sekalung tahniah.saya percaya apa yang berlaku ke atas kita adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita,hanya kita yang kadangkala kurang memahami atau menyedarinya. Apatah lagi jika mempunyai suami seperti Yahaya Ibrahim yang ternyata kurang matang,mudah terpengaruh dan taksub dengan sesebuah parti politik sehingga meletakkan politik mengatasi agama dan keluarga.tidak dapat dinafikan lagi bahawa penceraian adalah sesuatu yang terbaik untuk Che Hasnah kerana ternyata Yahaya Ibrahim tidak layak mendapat penghormatan sebagai seorang suami.Sebenarnya,suami seperti Yahaya Ibrahim bersepah di Malaysia ini terutama,di kalangan penganut PAS.Sikap mereka juga amat tipikal atau stereotaip,iaitu bongkak,terutama dengan isteri dan sering memandang rendah terhadap kaum wanita.Selalunya mereka tidak berpelajaran tinggi,kalau pun mempunyai ijazah,ia hanyalah dalam bidang agama yang membataskan peluang pekerjaan mereka.Kerja mereka juga tidak menentu,ada yang menjadi Ustaz di sekolah-sekolah agama,berniaga pasar malam,membuka gerai makan atau sebagainya.

Namun,tunjang pendapatan mereka adalah selalunya isteri mereka.Di mana,walaupun mereka berniaga tetapi yang mengerahkan tulang empat kerat untuk menjayakan perniagaan tersebut adalah isteri mereka.Yang lebih 'bijak' di antara mereka pula,memilih untuk berkahwin dengan wanita yang mempunyai pekerjaan tetap untuk memudahkan mereka 'mengambil cuti' tiap kali tidak ada 'mood' untuk bekerja atau berniaga, atau sekadar ingin menyertai aktiviti-aktiviti politik PAS.Justeru itu,sumber kewangan keluarga mereka yang sebenar adalah dari isteri.Walaupun begitu,suami-suami ini tidak malu menuntut isteri agar menghormati mereka walhal kewujudan mereka di rumah hanyalah sebagai beban kewangan, fizikal,emosi dan psikologi kepada isteri.Pendek kata,langsung tidak berguna atau membawa kebaikan.Lebih buruk lagi,sikap suami yang buruk itu selalunya diteladani oleh anak-anak lelaki mereka,lalu rantaian generasi tidak berguna ini pun berterusan.Dalam kebanyakan kes sebegini yang saya pernah temui,apabila saja mereka bercerai,hidup isteri dan anak-anak adalah lebih bahagia dan teratur.Kerana itu,saya merasakan yang Che Hasnah layak diberikan tahniah kerana diberikan peluang menjalani hidup baru tanpa lelaki yang menyemak dan menyusahkan untuk dibela di rumah.

Benar,Islam menyuruh wanita taat kepada suami tetapi Islam juga menegaskan bahawa wanita mempunyai akal fikiran sendiri. Jika wanita dilahirkan untuk menurut kata suami membuta tuli,tentu saja Allah akan jadikan wanita itu dari golongan binatang yang tidak berakal dan bukannya manusia.Tetapi ini tidak berlaku. Allah menjadikan wanita dengan akal yang sama,tetapi dengan gaya emosi dan pemikiran berbeza supaya dapat melengkapkan gaya pemikiran dan emosi lelaki yang sehala.Mengikut kajian,Emeritus Professor of Psychiatry at Washington University School of Medicine in St. Louis,George E. Murphy,M.D. tempat saya belajar dulu,lelaki berfikir menggunakan hanya bahagian logik dan nyata tetapi wanita berfikir secara menyeluruh iaitu menimbangkan emosi termasuk keadaan sekeliling dan orang lain dan segala-galanya sebelum membuat satu-satu keputusan.Oleh itu,lelaki cenderung untuk menjadi buntu dan terlepas pandang akan akibat perbuatannya Dan wanita yang terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan pula mampu menyebabkan masalah berlarutan.Kerana itulah,Allah menjadikan lelaki dan wanita iaitu sebagai pelengkap masing-masing agar dapat berbuat keputusan sebaiknya.

Lelaki sejati,iaitu yang bijak dan matang akan memahami konsep ini dan tidak akan sekali-kali memandang rendah terhadap wanita kerana mereka memahami asal kejadian manusia.Inilah yang masyarakat kita perlu faham bahawa 'lelaki sejati' bukan terletak pada kesasaan tubuh fizikalnya kerana itu sudah nyata, tetapi yang lebih penting ialah pemikirannya.Mana-mana lelaki yang merasakan dirinya terlalu hebat dan memandang rendah terhadap wanita adalah lelaki yang masih terkongkong dengan pemikiran jahiliah.Selalunya mereka terdiri dari lelaki yang rendah diri, yang takut jika kelemahan mereka dapat dilihat terutama oleh isteri sendiri.Lelaki sejati tidak akan terancam hanya kerana menghormati atau membantu isteri kerana mereka yakin akan kedudukan mereka sebagai lelaki dan suami adalah tetap dan isteri akan tetap menghormati mereka.Ini kerana,wanita sebenarnya amat menyanjung,menghormati dan mengkagumi lelaki yang tahu menghormati mereka.Oleh itu,Che Hasnah tidak perlu meratap penceraiannya.Alasan Yahaya bahawa penceraian tersebut adalah kerana Che Hasnah tidak menjaga hatinya apabila memakai baju merah sudah cukup untuk menunjukkan lelaki jenis apakah beliau.Lebih-lebih lagi apabila beliau sanggup menuduh Che Hasnah sebagai sesat sedangkan yang sesat adalah dirinya kerana terlalu taksub dengan PAS sehingga menyangkakan PAS itu adalah agama.Jelas,Yahaya adalah penganut PAS tipikal yang begitu keliru dan buntu kerana akalnya hanyalah sejengkal.Buktinya,beliau tidak mampu menjawab apakah kesesatan yang dilakukan oleh bekas isterinya dan di masa yang sama juga cuba menafikan yang penceraian itu adalah disebabkan fahaman politik.Malanglah penganut PAS yang keliru ini, tetapi mungkin rahmat bagi Che Hasnah kerana Allah S.W.T telah mengeluarkan beliau dari belenggu kekeliruan dan kesesatan suami.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SAH !!! DR RANI PENAKUT !!! KENAPA TAK NAK BERDEBAT DENGAN DATUK HASAN ALI ???

Posted: 14 Jul 2012 01:30 AM PDT


Hari Rabu yang lalu menyaksikan karektor sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor.Saban malam beliau berceramah menyatakan itu dan ini tentang Hasan Ali,belum lagi "cerita-cerita tentang Hasan Ali" yang disampaikannya sebelum ini,sehingga membawa kepada beberapa siri lafaz taat setia sebelum menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor menggantikan Hasan Ali yang dipecat.Debat perdana,yang dianjurkan oleh Gerakan Masyarakat Prihatin menyaksikan betapa Hasan Ali bersedia untuk menjawab "cakap-cakap belakang" mengenai dirinya.Lebih ikhlas,Hasan Ali sendiri turun ke "lubuk" Pesuruhjaya PAS Selangor,iaitu DUN Meru.Ibarat si jantan yang berkokok,lebih jantan berkokok di gelangggang lawan.Lebih berbisa.lokasi debat itu tidak sampai 200 meter dari rumah Pesuruhjaya PAS Selangor,YB Dr. Abd Rani Osman!

Malangnya,si empunya gelanggang tidak muncul-muncul sehingga jam 10,yang menyaksikan segmen debat digantikan sessi soal jawab oleh rakyat yang mahu berfikir dan tidak membiarkan diri mereka jumud serta diperbodohkan oleh kenyataan-kenyataan bacul ibarat "lempar batu sembunyi tangan" dari pihak-pihak yang menentang Hasan Ali.Penulis yang berkesempatan hadir,percaya,banyak keraguan di kalangan rakyat mengenai tuduhan yang dilemparkan telah dijawab oleh Hasan Ali.

Mengikut maklumat yang diperolehi,jentera PAS Meru sebelum hari berlangsungnya program berkenaan,menafikan kewujudan debat perdana itu dengan menyebarkan maklumat bahawa YB Meru tidak tahu langsung tentang cabaran debat yang dianjurkan.Samada mereka cuba berbohong,atau tidak diberikan maklumat tepat oleh PAS Meru,penulis tidak pasti.Tetapi,surat rasmi yang menjemput Pesuruhjaya PAS Selangor itu telah dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakatnya dan diterima pada 29 Jun 2012.Terdapat perakuan penerimaan surat berkenaan dari pejabat ADUN Meru itu.


Bagaimana pula jentera mereka,termasuklah Pengerusi-Pengerusi JKKK di DUN Meru berkata bahawa YB Meru tidak tahu tentang debat ini?

Maka,sudah jelas lagi bersuluh,bahawa terdapat keraguan seperti yang penulis nyatakan,samada mereka berbohong atau tidak diberitahu fakta sebenar.Itu belum diambil kira dari siri kehilangan kain rentang-kain rentang program yang penulis sifatkan sebagai usaha bagi mengelakkan masyarakat tahu akan berlangsungnya program ini.Apa yang berlaku menyaksikan sikap juak-juak PAS yang lebih suka mendengar dari pihak mereka sahaja, tanpa mahu mendengar dari kedua-dua pihak.Lebih dari itu,pemimpin mereka lebih suka membuat kenyataan terhadap Hasan Ali "secara main belakang" dan tidak berani berhadapan dengan mantan Pesuruhjaya PAS Selangor.Ahli dan penyokong PAS Selangor,khususnya di Meru,perlu muhasabah diri.Kualiti di antara mantan Pesuruhjaya PAS Selangor, dibandingkan dengan Pesuruhjaya PAS masakini,sudah terserlah. - Selangor Daily

Siapa berani dan siapa penakut ???

ANDA DAH TAHU ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HIMPUNAN OREN GAGAL !!! 85 PERATUS PENEROKA MENYOKONG BN !!!

Posted: 13 Jul 2012 10:00 PM PDT


Tindakan pakatan haram yang gemar menyerang BN dengan fitnah bolehlah diumpamakan seperti menembak dengan peluru kapur.Ini kerana,ia mungkin sakit tetapi tidak membawa kematian.Lama kelamaan,peluru pun habis dan sakit pun tidak dirasai lagi.Begitulah yang terjadi di Felda.Setelah berhempas pulas memburukkan BN dengan berbagai fitnah kini apa yang berlaku ialah pakatan haram pun sudah letih,peneroka pun sudah muak dan BN kekal teguh bergaya dari segi sokongan di Felda-Felda.dengan beberapa peluru mengenai kaki sendiri,pakatan haram kini melompat-lompat tanpa tujuan.himpunan oren gagal.apa cerita ??? Mana tidaknya kerana mengikut analisis,sokongan peneroka Felda terhadap BN selepas penyenaraian semakin meningkat iaitu sehingga 85% walaupun beberapa pihak meramalkan sebaliknya.

Walaupun tiada siapa yang dapat menafikan hakikat kejayaan peneroka hari ini adalah hasil dari keprihatinan BN terhadap rakyat miskin,tetapi ini tidak bermakna peneroka sentiasa memberi sokongan kepada BN.Dalam PRU 2004,misalnya,sokongan Felda terhadap BN hanya di tahap 54%.Sokongan ini meningkat pada PRU 2008 pada tahap 80%.Peningkatan sokongan terhadap BN terus dilihat dalam Pilihanraya Kecil di DUN Tenang pada Januari 2011 di mana hanya 10% undi di kawasan Felda yang menyokong pembangkang.Ini bermakna 90% dari golongan peneroka di situ tetap bersama BN.Tidak dinafikan bahawa masih ada di kalangan peneroka yang kurang faham mengenai penyenaraian.Sokongan mereka kepada kerajaan BN selama ini adalah bersandarkan keyakinan atas rekod kredibiliti dan keikhlasan kerajaan untuk membantu mereka.Atas dasar itu,mereka menaruh kepercayaan yang kerajaan BN tidak akan sekali-kali menganiaya mereka sepertimana yang diwar-warkan oleh pakatan haram.

kini,segala keyakinan mereka terbukti benar apabila mula menerima durian runtuh sebagai 'bonus' ke atas jerit perih mereka selama ini.Selain itu,mereka juga bakal menerima dividen dan berbagai lagi keuntungan yang tidak mereka jangka.Semua ini adalah kerana pemilikan saham dari penyenaraian yang mana mereka tidak perlu pun mengeluarkan wang sendiri untuk membelinya.Kesemua ini dan ditambah dengan faktor kelemahan dan keburukan imej pembangkang sendiri menyebabkan peneroka memilih untuk berdiri teguh di belakang BN.Nampaknya,apa yang dilakukan oleh pembangkang iaitu menabur fitnah telah benar-benar memakan diri.

Kini,pakatan haram terpaksa menjilat kembali ludah mereka di mana di kalangan penyokong mereka juga menerima durian runtuh dan segala bantuan dan kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan.Walaupun segala bantuan kerajaan tersebut dihukum sebagai haram dan rasuah namun ia tidak berjaya menghentikan penyokong mereka dari merebutnya.Tidak cukup fitnah kerajaan,pakatan haram yang semakin hilang akal mula menuduh peneroka sebagai perompak pula.Kononnya,segala wang yang diterima dari kerajaan itu adalah wang rakyat dan menerimanya menjadikan peneroka sebagai perompak wang rakyat.Sedangkan,wang tersebut adalah hasil dari kerja kuat para peneroka dan kecekapan pengurusan Felda menjana wang mereka.Tidak timbul isu wang rakyat atau pun wang kerajaan dalam pemberian bantuan, bonus atau apa saja untuk warga Felda.Nampak sangat yang pakatan haram sudah benar-benar terdesak untuk meraih undi warga Felda Dan keterdesakan itu jugalah yang menyebabkan warga Felda semakin mencurigai,takut dan akhirnya lari dari mereka.

RENUNG-RENUNGKAN

ISU LOMBONG HARAM EMAS !!! BUKTI ADA SESUATU TAK KENA BAWAH KERAJAAN PAS KELANTAN !!!

Posted: 13 Jul 2012 07:00 PM PDT


Apabila Utusan Malaysia mendedahkan kewujudan lombong emas haram di beberapa lokasi di Kelantan,ramai yang terkejut tidak menyangka yang negeri tersebut turut menyimpan hasil bumi yang berharga.Bagi sesetengah penyokong PAS pula mereka memanipulasi pendedahan tersebut sebagai bukti negeri Kelantan berada dibawah rahmat Illahi kerana dikurniakan hasil galian mineral bernilai tinggi.Tanpa mereka sedari,sejarah perlombongan emas di Kelantan sudah bermula berkurun lamanya dan bukannya mineral berharga itu hanya timbul beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.Tapi biasalah,standard pemikiran penyokong dan pemimpin PAS sentiasa gemar bermain propaganda untuk menggambarkan dirinya sentiasa diredhai oleh Allah s.w.t hingga lupa pada hakikat realiti.

Bukan satu rahsia pun,saya buka sikit tentang sejarah.sejak beratus tahun lalu terdapat banyak lombong emas di seluruh negara dan hingga kini masih ada berbelas-belas lagi lombong emas yang masih aktif termasuklah 5 darinya berada di selatan Kelantan.Daripada keseluruhan baki lombong yang masih aktif itu,lombong di Penjom,Kuala Lipis Pahang adalah lombong emas yang terbesar dan menghasilkan hampir 95% daripada keseluruhan pengeluaran emas negara.Walaupun dari segi pengeluaran dan rezab emas,Kelantan jauh tertinggal di belakang Pahang.sebenarnya.jika urus tadbir dapat dilaksanakan dengan telus dan amanah tentu saja hasilnya dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negeri.Tapi sayang,gara-gara kelemahan akal dan ketidakcekapan pemimpin PAS yang memerintah negeri Kelantan sejak 22 tahun lalu,hasil bumi bernilai seperti emas menjadi santapan rakus pelombong haram yang mungkin mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan negeri.

Tak mustahil selain berlakunya rasuah dikalangan kakitangan kerajaan negeri,ada kemungkinan kegiatan perlombongan emas haram itu turut mendapat keizinan dan perlindungan pemimpin negeri tertentu yang mendapat laba kemewahan hasil kegiatan tersebut.Langkah segera SPRM melakukan serbuan ke atas lombong tersebut selepas pendedahannya di laporkan oleh Utusan Malaysia merupakan langkah yang tepat bagi mengekang gejala rasuah yang pastinya merupakan punca utama lombong haram tersebut bebas beroperasi bertahun-tahun lamanya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! LATHEEFA KOYA BAKAL DI PECAT ??? BUKAN FAEKAH KER ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 13 Jul 2012 04:00 PM PDT


Sehingga ke hari ini, Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar (MB) Selangor masih selamat,meskipun pelbagai asakan daripada dalaman PKR untuk memecatnya, namun berlainan pula Latheefa Koya, Ketua Penerangan PKR Pusat yang mungkin bakal menghadpi risiko dipecat daripada jawatan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

FMT melaporkan Khalid Ibrahim A.K.A Gagap,mengesahkan bahawa terdapat perbincangan dalam mesyuarat negeri untuk menggugurkan Latheefa Koya,bekas aktivis PRM itu.Khalid yang ditemui media walau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkara itu sebelum kerajaan Selangor membuat sebarang keputusan demi mematuhi etika mesyuarat.

"Kami tidak mempunyai keputusan muktamad mengenai perkara itu lagi. Kami akan membuat keputusan mengenai sebab-sebab dan tindakan masa depan kita," katanya .

Menurut sumber portal itu,Abdul Khalid sendiri yang mencadangkan pemecatan peguam hak asasi manusia itu dalam mesyuarat exco minggu lepas yang mendapat sokongan majoriti exco kerajaan negeri.

"Semuanya bermula dengan satu surat yang dihantar oleh Latheefa kepada Menteri Besar,satu ketika lalu yang mengkritik pentadbiran Abdul Khalid," kata portal itu

Salinan surat itu turut dihantar kepada pemimpin PKR,termasuk Ketua de facto,Anwar Ibrahim dan Presiden parti Wan Azizah Wan Ismail.Malah Latheefa turut didakwa menghantar beberapa mesej pesanan ringkas (SMS) mempertikai pentadbiran Khalid terutamanya dalam isu rumah setinggan
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...