PISAU.NET |
- "barang siapa yang berjuang bersama UMNO bukanlah dari kalangan umatku " Hadis Palsu Rekaan PAS
- Himpunan Oren:PAS Terpaksa Kerah Ahli Sendiri Lepas Tak Dapat Sambutan Peneroka.
- Semuanya Lanun Dan Perompak,Tak Perlu Hormat Raja Raja Melayu -Lim Kit Siang.
- Himpunan Oren: Pak Lah & Ku Li Tidak Hadir
- DAP BERTEKAD MAHU HAPUS SISTEM KUOTA, KONTRAKTOR MELAYU
"barang siapa yang berjuang bersama UMNO bukanlah dari kalangan umatku " Hadis Palsu Rekaan PAS Posted: 14 Jul 2012 06:19 AM PDT "barang siapa yang berjuang bersama UMNO bukanlah dari kalangan umatku " hadis palsu khawarij PAS . Mungkin ni salah satu punca sampai bercerai berai rumah tangga bila terlalu taksub hingga hadis pun boleh direka reka... Inilah hasil dakwah khawarij PAS kepada ahlinya.. puak tu kata tak dapat syafaat nabi kalau tak masuk PAS...korang taknak sign borang PAS ker? Pisau kata " makin teruk puak ni " |
Himpunan Oren:PAS Terpaksa Kerah Ahli Sendiri Lepas Tak Dapat Sambutan Peneroka. Posted: 14 Jul 2012 02:42 AM PDT Puluhan ribu peneroka tak turun ke himpunan Oren,ini semua bukti majoriti peneroka langsung tak menyokong apa yang dilakukan oleh haprak khawarij PAS.Himpunan ini juga tak dapat sokongan daripada DAP dan juga PKR. Yang menariknya PAS terpaksa mengerahkan ahli sendiri untuk turun berkumpul sedangkan himpunan ini dikhaskan untuk peneroka. Mereka terpaksa angkut khawarij PAS yang langsung tiada kaitan dengan felda. Apa yang Pisau perhatikan kehadiran tak sampai seribu orang tak seperti mana yang diwar warkan oleh media putar belit pakatan Malaysiakini.Tak payah lah nak tunjuk gambar dari sudut yang NAMPAK ramai walhal tak seramai mana pun...haha gambar dari pandangan hadapan... jom tengok dari pandangan sisi pulak..5 ribu? Korang pun tahu bezanya khawarij berbaju oren ni dengan orang lain ialah sebabnya mereka kurang mahir untuk berfikir.. Yang berbaju oren dan kuning dibawah ini merantau dari jauh ke bumi bertuah Malaysia yang diperintah BN untuk cari rezeki. Mereka tahu negara ini aman makmur ,kaya dan maju.Rezeki pun banyak maka mereka sanggup datang dari jauh.. Begitu juga dengan peneroka,mereka sendiri tidak turun ke jalan raya kerana tahu Felda telah berjaya mengeluarkan mereka daripada kehidupan miskin tegar. Pisau kata " presiden PAS sendiri tak sokong..apa kejadahnya nih?" |
Semuanya Lanun Dan Perompak,Tak Perlu Hormat Raja Raja Melayu -Lim Kit Siang. Posted: 14 Jul 2012 01:00 AM PDT Kata kata Kit Siang ini ada benarnya kerana menurut sumber Pisau,didalam DAP memang tidak pernah menghormati Raja raja melayu,jika didepan khalayak mereka hanya berpura pura kononnya menghormati raja melayu. Pisau kata " i know what you did with the lady..cantik & sexy budak tu..boleh tahan jugak taste apek bryclream nih! tunggu masa nak meletup jer nih.. " |
Himpunan Oren: Pak Lah & Ku Li Tidak Hadir Posted: 13 Jul 2012 11:00 PM PDT Macam-macam cara dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk menarik perhatian ramai terhadap program mengarut anjuran mereka termasuklah yang terbaru gambar Tun Abdullah dan Tengku Razaleigh Hamzah digunakan oleh PAS untuk mempromosikan Himpunan Oren Anti FGV dengan tujuan mengabui mata khalayak. Si empunya diri langsung tidak menunjukkan sebarang minat untuk hadir, memandai-mandai pula dimanipulasi gambar kedua-dua tokoh tersebut demi untuk meramaikan hadirin dalam majlis anjuran PAS itu. Mazlan Aliman selaku AJK PAS Pusat merangkap penganjur himpunan tersebut sepatutnya berasa malu bila program anjurannya terpaksa menumpang nama dan gambar orang lain. Alasan kononnya penggunaan gambar Pak lah dan Ku Li sebagai daya tarikan langsung tak boleh diterima akal. Itu namanya alasan yang kebudak-budakan dan menipu. Kita tahulah tabiat menipu dan membohong sambil lidah berbelit-belit sudah jadi amalan pemimpin PAS sejak tahun 1950-an lagi, tapi kot kalau terdesak sangat pun janganlah sampai ditarik sekali nama orang lain untuk bergelumang dengan penipuan. Dahlah menipu dan memanipulasi nama dan gambar pemimpin UMNO, himpunan yang kononnya untuk kumpulkan peneroka kini dah jadi himpunan ahli PAS pula bila surat pekeliling dihantar mengarahkan kehadiran ahli dari seluruh peringkat untuk ramaikan majlis. Nampak sangat majoriti golongan peneroka memboikot himpunan sia-sia tersebut, itu pasal terpaksa dikerah ahli sendiri untuk mengelakkan dari menjadi bahan gelak tawa orang ramai. Dua kali menipu bermakna bab-bab menipu ini sudah sebati dalam sanubari pemimpin PAS. Satu menipu orang ramai dengan memanipulasi gambar pemimpin UMNO dan kedua menipu masyarakat dengan mengatakan ahli PAS yang akan hadir semuanya peneroka. Terdesak sangat nak cari laba politik, maka langkah desperado sedemikian rupa diguna pakai, langsung tak menepati ciri-ciri sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Jenis manusia munafik dan perangai macam musyrikin Mekah saling tak tumpah macam perangai Abu Jahal dan Abu Lahab. Patutlah lebih 60 tahun PAS hidup atas muka bumi, hanya kecelakaan dan perpecahan sesama umat Islam saja yang berjaya dibawa oleh PAS. Laknatullah punya perangai. |
DAP BERTEKAD MAHU HAPUS SISTEM KUOTA, KONTRAKTOR MELAYU Posted: 13 Jul 2012 06:00 PM PDT Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) pada 8 Julai lalu berjaya mengukuhkan persepsi DAP sebagai parti Cina paling rasis di negara ini. Sementara Soi Lek menggunakan pentas debat untuk mempertahankan rekod parti itu dalam memperjuangkan kaum Cina di negara ini sejak zaman Merdeka lagi, Guan Eng menggunakan peluang tersebut untuk menghentam Barisan Nasional habis-habisan. Sesiapa yang mengikuti debat tersebut akan mendapati kandungan ucapan serta isu yang di bawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berbeza langsung dengan ceramah-ceramah politik yang beliau adakan seiring dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain. Fitnah, cemuhan, tohmahan serta serangan peribadi terhadap Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sudah menjadi lumrah dan resam pihak pembangkang. Jadi para hadirin pada debat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid sudah tentu amat kecewa jika mereka datang mengharapkan sesuatu yang baru dari Guan Eng. Namun sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga; sepandai-pandai Guan Eng cuba memanipulasi fakta dan memutar belit sejarah parti itu yang penuh dengan sentimen perkauman, terserlah juga sikap anti-Melayu tanpa disedarinya. Agak sukar DAP untuk menutup wataknya yang sebenar dalam masa hanya empat tahun sejak 2008 setelah bergelumang dalam sikap rasis dan anti-Melayu selama 45 tahun sejak ditubuhkan pada 1967. Oleh kerana itu walaupun DAP berusaha keras untuk menyembunyikan dasar perkaumannya dengan cuba menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu namun usaha ini gagal, malah dilihat pula sebagai parti yang bersikap hipokrit dan bermuka-muka berbaik-baik dengan bangsa anak watan yang dibencinya. Semasa debat, Guan Eng telah tersasul dalam dua isu apabila cuba mematah hujah Presiden MCA, dan kesilapan ini yang dilakukan di hadapan hadirin yang terdiri kebanyakannya daripada pemimpin dan masyarakat Cina telah meranapkan sikap berpura-pura DAP menghormati hak istimewa bangsa Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Pertama, ketika berhujah mengenai isu penubuhan Kolej Tuanku Abdul Rahman oleh MCA, Guan Eng telah mempertikaikan sistem kuota kemasukan universiti awam. Ini merupakan salah satu hak istimewa orang Melayu yang diwujudkan bagi menjamin anak-anak Melayu mendapat peluang mendapat pendidikan di menara gading. Tanpa peruntukan ini, sudah tentu pelajar-pelajar Melayu akan menghadapi persaingan yang sengit daripada kaum Cina dan India, dan besar kemungkinan peratusan pelajar Melayu di universiti akan menjadi amat kecil jika kerajaan mengamalkan dasar kemasukan terbuka. Atas kesedaran ini kerajaan Perikatan dan kemudiannya BN terus menerus melindungi kepentingan orang Melayu dalam bidang pendidikan melalui dasar ini. Kini DAP mahu menghapuskan sistem kuota yang bermakna semua universiti awam termasuk UiTM akan dipaksa membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar kaum Cina dan India dengan mengorbankan kepentingan orang Melayu. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Guan Eng semasa sesi debat apabila beliau mendakwa DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan hak semua kaum; hanya ia tidak berani menyebut bahawa dalam perjuangan 'sama rata' parti itu banyak dasar serta program pro-Melayu akan dihapuskan! Guan Eng juga dengan berani menyentuhkan isu kontrak-kontrak kerajaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra. Beliau mendakwa Umno mengamalkan dasar yang hanya mengutamakan pemberian kontrak kepada syarikat kontraktor Melayu. Oleh itu katanya, Guan Eng berjanji untuk menghapuskan semua syarikat kontraktor Melayu yang 'jahat' jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Jika kontraktor Melayu yang mendapatkan kontrak dikatakan sebagai 'jahat' hanya kerana mereka berjaya dalam perniagaan di bawah kerajaan BN, bagaimana pula kontrak-kontrak kelas F yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang? Walaupun Guan Eng berkata DAP bersikap telus memberi kontrak kepada syarikat Bumiputra yang benar-benar layak, pembohongan beliau terdedah apabila lebih 90 peratus daripada syarikat Melayu yang berjaya adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PKR, PAS dan DAP. Malah DAP telah mempastikan tidak ada satu syarikat kontraktor Melayu di Pulau Pinang layak menerima sebarang kontrak di negeri itu jika didapati mempunyai kaitan dengan Umno atau BN. Jadi DAP hanya akan membantu segelintir kecil orang Melayu yang sanggup menjadi balacinya dan pada masa yang sama akan menyisihkan majoriti peniaga Melayu, walaupun di kalangan mereka ramai yang berkelayakan dan berpotensi. Debat MCA-DAP yang diadakan seharusnya membuka mata orang Melayu agar tidak dibuai mimpi oleh janji-janji palsu DAP dan Pakatan Rakyat. Sikap berdiam dan bisu PKR dan PAS terhadap kenyataan rasis pemimpin DAP itu hanya mengguatkan lagi keyakinan bahawa DAP akan menghapuskan segala apa yang kecapi oleh orang Melayu di bawah kerajaan BN jika ia dibenarkan berkuasa. Pisau kata " Guan Eng marahkan Umno sebab tak tunduk kepada DAP seperti PAS" |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment