UMNO Online - “Pas Jadikan Pilihan Raya Rukun Agama Pas Yang Kelima” plus 9 more

UMNO Online - “Pas Jadikan Pilihan Raya Rukun Agama Pas Yang Kelima” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pas Jadikan Pilihan Raya Rukun Agama Pas Yang Kelima

Posted: 13 Jun 2012 06:01 AM PDT

Baru ni kecoh pulak dah pasal Pas suruh jenteranya tangguhkan haji kalau PRU13 berlangsung dalam musim haji…Pas Kelantan pulak semalam, sokong penuh arahan tu…

Makin panas pulak kisah tu. Biaq pi la kat Pas depa nak buat apa pun. Depa nak tangguh ka..nak batal ka..takmau pi haji langsung kaaa…hangpa semua peduli apa?

Dah memang resmi Pas…kalau apa pun yang depa kata atau depa buat, maka secara automatik jadi “halal”. Jadi apa nak hairan kalau depa nak tangguh haji demi PRU…

Ya..memang betoi la depa utamakan pilihanraya melebihi ibadah haji…

Maklum laa…Pilihanraya tu RUKUN Pas KE-5 “agama Pas”…Haji tu rukun Islam ke-5 jerr…Apa barang rukun Islam berbanding rukun Pas…rukun Pas lebih penting bagi depa…

Anyway, mungkin Pas ada agama depa sendiri…kita yang berpegang kat Islam sebenar ni tak payah ikut la “agama Pas” tu…kita bukan takdak akal…kan?

Lagipun, aku yakin golongan umat Islam “atas pagar” bijak menilai “fatwa” dan “rukun Pas ke-5″ ni…umat Islam kat Malaysia ni pun mengaji agama Islam jugak..kan? Depa tau laaaa…

dukeofumno.blogspot.com

Sabah Committed To Strengthen Education, Says CM

Posted: 13 Jun 2012 05:38 AM PDT

KOTA KINABALU, June 13 – The state government will continue to strengthen education to the highest level to generate quality human resource to inherit the future leadership of the nation, through Kolej Yayasan Sabah (KYS).

Sabah chief minister Datuk Seri Musa Aman said this commitment was in line with the aim of KYS which is set to be upgraded into a university college in less than two years time.

“We hope KYS will be upgraded, which is at the Ministry of Higher Education stage, and for a new college building to house more students in line with the college’s mission to offer local students higher education opportunities,” he said.

Musa, who is Yayasan Sabah, Board of Trustees chairman, was speaking to reporters after presenting the 23rd Sabah Scholarship Awards to 25 outstanding Sijil Pelajaran Malaysia students at Menara Tun Mustapha here today.

He also advised the state’s youngsters to study hard towards academic success and change the quality of their families’ lives, in line with Yayasan Sabah’s objective.

Responding to the Sabah Scholarship Association’s request to relax the conditions for scholarships, he said Yayasan Sabah’s Education Development Department would study the matter even though the present criteria were reasonable and have been in existence for a long time.

A total of 369 students have received the Sabah Scholarship Awards since its establishment in 1990.

Peluang Kartunis Untuk Bersama PM Di Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia

Posted: 13 Jun 2012 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Golongan kartunis dan peminat hasil kreatif yang mengunjungi Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia 2012 minggu depan, bukan saja boleh beramah mesra dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malah berpeluang membawa pulang sebuah motosikal Modenas.

Pameran anjuran Konsortium Cartoonist At Work (CAW) dengan kerjasama Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) itu dijadualkan berlangsung selama dua hari, pada 23 dan 24 Jun di Pasar Seni.

Penaung Konsortium CAW, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata program julung kali itu diadakan khas untuk menghimpunkan golongan kartunis dari pelbagai lapisan, sekali gus menghidupkan semula industri kreatif yang semakin terpinggir.

"Kita mengetengahkan tema ‘Anda, PM dan Kartun’ yang dilihat lebih bersesuaian dengan agenda menghimpunkan seluruh kartunis pelbagai peringkat usia, tanpa mengira sama ada mereka masih berkarya atau sudah beralih ke bidang lain.

"Malah, PM juga sudah bersetuju untuk hadir memeriahkan program sekali gus menyampaikan lapan anugerah kepada kartunis dan animator yang banyak menyumbang kepada masyarakat serta negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kelab Putera 1Malaysia di sini, hari ini.

Antara anugerah yang bakal disampaikan adalah Anugerah Khas Kartunis Sepanjang Zaman, Anugerah Khas Pencetus Revolusi Kartun, Anugerah Khas Kartunis Paling Dedikasi, Anugerah Khas Bapa Animasi Malaysia, Anugerah Khas Kartunis Karismatik, Anugerah Khas Cendekiawan Kartun Malaysia, Anugerah Khas Pencapaian Animasi Bersiri dan Anugerah Khas Kartunis Masyarakat.

Menurut Sohaimi, selain pameran dan perjumpaan secara besar-besaran, program itu juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk bengkel, pameran kartun, rapat mesra kartunis, permainan sukaneka serta pertandingan melukis kartun 1Malaysia.

Sementara itu, Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya menyertai program itu berikutan tertarik dengan inisiatif Konsortium CAW yang mahu membuka ruang dan peluang lebih luas kepada golongan kartunis mengembangkan karya kreatif ke peringkat lebih tinggi.

"Sama seperti penulis dan pengamal media lain, golongan kartunis juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat positif kepada rakyat menerusi karya mereka.

"Mereka sudah lama berjuang dalam menghiburkan rakyat dan banyak membantu kerajaan mendidik masyarakat menerusi pelbagai mesej positif serta animasi dihasilkan.

"Paling penting, pada hari berkenaan kita akan perkenalkan bank animasi untuk mengumpulkan pelbagai karya kreatif disamping menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta," katanya.

Hadir sama, Pengarah Urusan Konsortium CAW, Buhairi Ramli dan Presiden Persatuan Kartunis Selangor dan Wilayah Persekutuan, Tazidi Yusof. -MediaUMNO

Anwar Bakal Dikenang Pelawak Politik Paling Tersohor

Posted: 13 Jun 2012 05:23 AM PDT

Pada Ahad lepas, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang masih juga tidak serik mendendangkan janji pendidikan percuma, tentu saja ramai yang ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut.

Dalam ceramahnya di Stadium Kajang itu, katanya pakatan pembangkang optimis untuk menyediakan pendidikan percuma dan PTPTN tetap akan dimansuhkan.

Menurutnya, dengan cuma RM5 bilion setahun tanggungan untuk pendidikan percuma, bukan satu masalah kerana kos itu nanti boleh diambil dari hasil keuntungan jualan minyak negara yang berjumlah RM80 bilion.

Nampak mudah dan ringkas penyelesaiannya, seolah-olah segala hasil minyak itu akan kekal selamanya manakala sektor lain seperti kesihatan, pertahanan, pengurusan, bayaran pencen, kos subsidi dan lain-lain tidak memerlukan perbelanjaan.

Pada minggu lepas, kita dipertontonkan dengan aksi kalut malut menyelubungi kem pakatan pembangkang gara-gara langlah pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL milik kerajaan negeri Selangor.

Paling penting, dalam tempoh pembekuan sementara itu kita berpeluang melihat model pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini rupanya berkonsepkan gadai dan jual aset milik universiti.

Penyelesaian mudah ala korporat keparat yang jika menjadi budaya dalam urus tadbir kerajaan tentunya bakal melingkupkan semua harta benda rakyat, negeri dan negara.

Itu baru melibatkan keperluan menanggung sebuah IPT dan jumlah pelajar yang terlibat pula cuma 1000 orang. Jika semuanya mengambil pengajian ijazah, bermakna sejumlah RM7 juta setahun sahaja diperlukan untuk menampung seribu orang pelajar tersebut.

Tapi dek kerana ura-ura menyediakan pendidikan percuma hanyalah propaganda politik semata-mata, mereka hilang punca untuk mempraktikkan janji tersebut. Yang terlintas di kepala mereka jual dan gadai tanah.

RM5 bilion seakan dipandang sebelah mata oleh Anwar tapi RM7 juta setahun untuk UNISEL pun sampai timbul ura-ura bergolok gadai tanah. Haru.

Jika angka sekecil RM7 juta setahun pun tidak mampu ditanggung sekalipun dikatakan kantung kerajaan negeri memiliki aliran tunai RM1.8 bilion, sebaliknya tanah milik universiti juga yang mahu dijual.

Bukankkah lawak namanya bila begitu yakin Anwar mahu menyelesaikan kos tanggungan yang lebih besar sehingga mencecah RM berbilion setahun?

Tidak syak lagi dengan sikapnya yang bermuka tebal dan gemar menabur janji tanpa mengukur baju di badan sendiri, Anwar layak digelar sebagai satu-satunya politikus yang memiliki pakej yang lengkap untuk dianugerahkan sebagai pelawak politik tanahair.

Barangkali untuk sekurang-kurangnya 100 tahun akan mendatang, Anwar Ibrahim akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pelawak politik paling tersohor yang sukar dicari ganti.

Zainuddin

Mubarak Kemuka Senarai 21 Calon PRU 13

Posted: 13 Jun 2012 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mengemukakan senarai 21 calon mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Katanya senarai calon berkenaan diyakini boleh menjadi calon boleh menang bagi Barisan Nasional (BN) pada pilihan umum ke-13 dan dan ia juga selari dengan kenyataan Perdana Menteri usia tidak diambil kira sebagai calon.

“Calon kitar semula dari anggota Mubarak ini mempunyai potensi untuk memberi kemenangan kepada BN kelak berdasarkan pengalaman dan pengaruh mereka dalam bidang politik,” katanya selepas mesyuarat anggota Majlis Tertinggi Mubarak dan majlis makan tengah hari bersama kumpulan bekas menteri-menteri kabinet BN di sini, hari ini.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negeri, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Ditanya sama ada kesemua senarai calon yang dicadangkan Mubarak itu akan dipilih oleh Perdana Menteri, Abdul Aziz menyerahkannya kepada Najib membuat keputusan muktamad mengenainya.

Mengenai mesyuarat anggota Majlis Tertinggi Mubarak, Abdul Aziz berkata Mubarak telah menubuhkan Jawatankuasa Majlis Penasihat Pendidikan dan Majlis Penasihat Golongan Veteran.

“Jawatankuasa Majlis Penasihat Pendidikan ini akan diketuai oleh bekas Timbalan Menteri Pendidikan dari tahun 1999 hingga 2004, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin.

“Jawatankuasa ini akan memberi cadangan kepada kerajaan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menambahbaik sistem pendidikan Negara termasuk di peringkat universiti,” katanya.

Majlis Penasihat Golongan Veteran pula akan memberi idea dan pendapat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dalam menjayakan program transformasi kerajaan.

Ia akan bukan sahaja terdiri dari anggota Mubarak tetapi akan melibatkan negarawan, beberapa tokoh ekonomi, aktivis dari badan bukan kerajaan dan cendekiawan dalam pelbagai bidang, katanya.

Dalam pada itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam masa yang terdekat untuk menubuhkan cawangan Mubarak di negeri itu.

Sehingga kini, Mubarak mempunyai 780 anggota di seluruh negara dengan cawangan di lima negeri dan bercadang untuk menambahnya pada masa depan, katanya.

Selain itu, Mubarak akan menganjurkan perhimpunan dan seminar bersama anak-anak dan cucu-cucu kepada anggota Mubarak yang dijadual berlangsung pada Julai atau Ogos depan di Kuala Lumpur yang bertujuan menyemai budaya cintakan negara kepada mereka.

Katanya anggota Mubarak juga akan mendekati golongan belia di seluruh Negara kerana mereka merupakan pengundi baru dan jumlah mereka adalah ramai untuk PRU ke-13 dan perlu diberi penerangan mengenai para pejuang kemerdekaan negara dan apa yang dilakukan oleh BN untuk memakmurkan negara sehingga rakyat menjalani kehidupan yang selesa sekarang.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan agar memantau pergerakan warga asing kerana ada segelintir daripada mereka terlibat dalam pelbagai kejadian jenayah sehingga ia membimbangkan rakyat tempatan menjalani kehidupan harian.

Gerakan Persoal Projek Apartmen Kos Rendah Di Kedah Yang Gagal Dimulakan

Posted: 13 Jun 2012 03:52 AM PDT

ALOR SETAR, 13 Jun – Pemuda Gerakan Kedah meminta Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan status pembinaan projek apartmen kos rendah di Bandar Darulaman, Jitra yang masih gagal dimulakan selepas hampir dua tahun dilancarkan.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata apartmen kos rendah yang melibatkan pembinaan 660 unit kediaman itu dilancarkan Menteri Besar pada Mei 2010 tetapi sehingga kini masih tiada sebarang pembinaan dilakukan.

“Projek itu masih gagal dimulakan namun dua buah sekolah di bawah penyeliaan Barisan Nasional (BN) persekutuan telah pun disiapkan hanya dalam masa 15 bulan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata projek itu dikendalikan anak syarikat Bina Darulaman Berhad, milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Darulaman Realty Sdn Bhd yang dipengerusikan Azizan.

“Saya mohon Azizan yang memegang jawatan sebagai pengerusi untuk menjelaskan isu ini kerana janji telah pun dibuat kepada rakyat, jadi jangan beri janji kosong sahaja,” katanya.

Azizan ketika mengulas perkara itu berkata kelewatan projek berkenaan disebabkan oleh permohonan menukar jenis kediaman yang akan dibina kerana menyedari ia mendapat permintaan yang tinggi.

“Kita nak tukar jenis rumah daripada harta bertanah kepada (rumah) pangsa sebab kita sedar permintaan tinggi, tanah terhad. Bila nak tukar jenis rumah ini bukan mudah, hendak kena ada perancangan dan cadangan baharu.

“Sekarang ni (pembinaan) baru hendak dimulakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan insentif kepada atlet Sukma 2011 yang mendapat pingat pada kejohanan itu di sini hari ini.

Sebelum ini Tan pernah mendedahkan mengenai sebuah projek perumahan bercampur berasaskan rumah mampu milik di Pokok Sena dekat sini bernilai RM230 juta terbengkalai, sekali gus menganiaya pembeli.

Katanya projek yang dinamakan Bandar Sejahtera Pokok Sena itu dilancarkan Azizan pada Januari 2010 dan dimajukan oleh Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd., anak syarikat PKNK.

Azizan bagaimanapun menafikan projek itu terbengkalai kerana katanya kerja pembinaan telah mencapai 50 peratus.

SPR Mansuh Proses Bantahan Pada Hari Penamaan Calon Selaras Syor PSC

Posted: 13 Jun 2012 03:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memansuhkan proses bantahan pada hari penamaan calon dan tempoh penarikan balik pencalonan pada pilihan raya umum ke-13 selaras dengan syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pemansuhan itu adalah berdasarkan pindaan terhadap Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) (No.2) 2012 yang diwartakan pada 27 April dan berkuatkuasa pada 30 April lepas.

“Pindaan tersebut telah memansuhkan peruntukan undang-undang membenarkan bantahan terhadap kertas penamaan semasa hari penamaan calon bagi suatu pilihan raya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) di Parlimen di sini hari ini.

Loke ingin tahu berkenaan sama ada proses bantahan semasa penamaan calon dimansuhkan seperti yang dicadangkan PSC.

Mohamed Nazri berkata selain pemansuhan tersebut SPR turut mengambil beberapa langkah lain bagi penambahbaikan terhadap sistem pilihan raya Negara ini antaranya menguatkuasakan penggunaan dakwat kekal semasa pilihanraya umum dan pilihan raya kecil.

“Selain itu, SPR juga akan membenarkan orang yang dipercayai oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) membantu mereka dalam urusan pengundian, menjalankan proses pengundian awal, memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas media, menambahbaik susun-atur tempat pengundian dan memastikan kerahsiaan sesuatu undi dan melaksanakan pembersihan daftar pemilih yang kemaskini serta wibawa,” katanya.

Mohamed Nazri berkata SPR juga akan menjalin kerjasama erat dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Luar dan MIMOS bagi memastikan urusan pendaftaran dan pembersihan daftar pemilih dilakukan secara telus.

 

Bangsa, Keturunan Bukan Kriteria Kenaikan Pangkat Hakim

Posted: 13 Jun 2012 03:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun - Pemilihan hakim bagi kenaikan pangkat dibuat berdasarkan kepelbagaian kepakaran dan pengetahuan undang-undang dalam bidang kehakiman tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pemilihan dibuat berdasarkan kriteria pemilihan yang digunakan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

“Sebagaimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) kriteria itu mengambil kira integriti, kecekapan dan pengalaman, objektif, tidak berat sebelah, adil dan peribadi moral yang baik.

“Selain itu, ketegasan, kebolehan membuat penghakiman tepat pada masanya dan kemahiran yang baik dalam penulisan undang-undang, kerajinan dan kebolehan untuk mengurus kes dengan baik dan kesihatan mental serta fizikal,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Parlimen pada Rabu.

Karpal ingin tahu mengapa tidak ada hakim yang berketurunan India di Mahkamah Persekutuan walaupun terdapat hakim tersebut di Mahkamah Rayuan yang layak untuk memegang pangkat sebagai hakim di Mahkamah Persekutuan.

Nazri berkata bagi tujuan ketelusan, pemilihan hakim untuk kenaikan pangkat adalah dibuat secara undi sulit oleh suruhanjaya itu dan mereka yang dipilih adalah berdasarkan keputusan majoriti

Majlis Syura Pas Masih Tercari-cari Dalil, Fatwa Sokongan Anwar Terhadap Israel!!

Posted: 13 Jun 2012 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Jun – “Lama betul mereka mencari dalil dan 'fatwa' berhubung  sokongan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

“Apakah proses berkenaan memakan masa yang cukup lama sehingga ke hari ini masih belum ada pendirian rasmi daripada Majlis Syura Ulama Pas berhubung perkara itu. Saya pun tertunggu-tunguu untuk menantikan suara mereka”, kata pendakwah bebas, Ustaz Jamil Long.

Menurut beliau perkara tersebut cukup lama dan bukankah ianya menimbulkan seribu satu persoalan kepada masyarakat umum pendirian sebuah parti yang siang dan malamnya tidak lekang daripada ayat al-Quran oleh pemimpin mereka.

"Apakah mereka sekadar tahu baca dan sekadar untuk menghentam mana-mana pihak yang tidak sebulu dengan mereka khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam usaha menuju ke Putrajaya.

"Takkan sekadar baca untuk benda itu sahaja…sambil-sambil baca dalam ceramah itu, elok jugalah sekiranya tengok sepadan atau tidak dengan apa yang didakwa terhadap Ketua Pembangkang berhubung isu Israel itu.

"Saya nak bercakap lebih lanjut pun tidak berbaloi sebab lagi pun bukankah mereka Parti Islam Semalaysia…..Majlis Syura Ulama pula tu…..takkan benda itu pun tidak nampak. Apa pun kita masih mengharapkan penjelasan mereka dalam soal ini," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Sebelum ini beberapa pihak menjangkakan Majlis Syura Ulama Pas akan terus berdiam diri berhubung sokongan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini seolah-olah ada kebenarannya.

Ini kerana sehingga kini, Majlis Syura Ulama masih berdiam diri berhubung perkara itu yang dilihat seolah-olah parti berkenaan terkucil dan terkunci rapat mulut mereka apabila berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lebih lanjut Ustaz Jamil seterusnya menambah apa yang diperkatakan itu adalah ikhlas dan bukannya untuk menghentam mana-mana pihak.

"Apa yang saya utarakan ini adalah untuk mengingatkan Majlis Syura kalau-kalau mereka terlupa perkara ini. Sebab apa yang saya nampak mereka hanya bersuara pada masa tertentu sahaja.

"Jadi kalau bolehlah berilah penjelasan selanjutnya. Bersih 3.0 baru-baru ini dah keluar pendirian. Isu ini bila lagi mereka mahu beri penjelasan. Apakah kita terus tungu dan tungu dan tunggu selamanya," katanya. -MediaUMNO

 

Pas Keterlaluan Demi Politik Sanggup Sekat Ahli Tunai Haji

Posted: 13 Jun 2012 03:05 AM PDT

KOTA BAHARU, 13 Jun – Tindakan Pas yang meminta anggota parti itu menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 adalah keterlaluan, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Mohd Fatmi yang juga Ketua UMNO Kota Baharu berkata beliau yakin sebahagian besar anggota Pas tidak bersetuju dengan cadangan pemimpin mereka itu kerana menunaikan ibadah itu adalah lebih penting dari segala-galanya.

“Janganlah kerana politik kita menyekat seseorang mahu menunaikan ibadah haji. Itu sangat keterlaluan. Bagaimana mungkin Pas mengetahui pilihan raya diadakan pada musim haji.

“Ini perkara sensitif. Ke Mekah menunaikan haji ini adalah jemputan Allah SWT. Bukan boleh ditangguh sesuka hati atas perkara yang kita sendiri tidak tahu akan berlaku seperti pilihan raya itu,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Bersama NGO Cina di sini, hari ini.

Dua hari lepas Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan meminta semua anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan raya umum itu.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu disokong Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kerana menurutnya, berdasarkan hukum, haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.

Mohd Fatmi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah seorang pemimpin yang tidak faham mengenai kehendak agama yang tidak memikirkan soal beribadat dalam menentukan tarikh mengadakan pilihan raya.

Sementara itu, Fatmi berkata sokongan masyarakat Cina di Kelantan terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat terutama selepas perhimpunan haram Bersih baru-baru ini.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...