BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! FILEM PACAR HANTU PERAWAN DI KATEGORIKAN SEBAGAI 'SEMI PORNO' ???
- HOT NEWS !!! AARON AZIZ KENA KUTUK KAW-KAW KERANA PUJI @HishamuddinH2O ??? WAJIB BACA !!!
- MANSUH PTPTN !!! SAH !!! ANWAR IBRAHIM BADUT RAKYAT SEBENAR !!! WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! ADAKAH PATUT NIK AZIZ BELAJAR HORMATI MUFTI ??? WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! AKAUN RM3 BILLION !!! ANWAR IBRAHIM TERPAKSA KENCING RAKYAT DEMI MARUAH ???
- JUAL ASSET UNISEL !!! KHALID GAGAP ADALAH BIAWAK HIDUP UNTUK RAKYAT SELANGOR !!!
- HOT NEWS !!! NEELOFA VS ANZALNA !!! APA KATA IZARA AISHAH ??? WAJIB BACA !!!
| HOT NEWS !!! FILEM PACAR HANTU PERAWAN DI KATEGORIKAN SEBAGAI 'SEMI PORNO' ??? Posted: 13 Jun 2012 12:00 PM PDT ![]() Meskipun negara Indonesia dipercayai mempunyai populasi umat Islam paling ramai di dunia, penerbit filem di negara itu masih berani untuk menerbitkan filem 'semi-porno' yang membabitkan adegan-adegan hampir bogel dan mengghairahkan.Misalnya,filem "Pacar Hantu Perawan" yang diterbitkan di negara seberang itu jelas menunjukkan eksploitasi tubuh-tubuh wanita yang melampau sehingga ada ketikanya memaparkan hampir keseluruhan tubuh bogel pelakon wanitanya, Dewi Perssik. Aksi panas filem tersebut memaparkan Dewi Perssik atau lebih dikenali sebagai Depe sedang mandi secara terbuka dengan hanya dibaluti kain basahan berwarna putih yang sangat nipis dan mendedahkan bahagian buah dada,puting buah dada serta keseluruhan tubuhnya.Dipercayai Depe berbogel ketika adegan tersebut dirakam oleh jurukamera filem tersebut,melainkan sehelai kain nipis itu sahaja. Selain itu,beberapa adegan lain turut memaparkan aksi-aksi panas dan memberahikan yang berani dipertontonkan tanpa sebarang penapisan dari pihak penerbit.Sebahagian dari aksi-aksi yang dimaksudkan itu boleh ditonton di laman Youtube yang disiarkan sebagai mempromosikan filem separuh lucah tersebut.Selain Depe,filem yang diterbitkan pada Julai tahun lalu itu juga membariskan pelakon seksi lain seperti Vikcy Vette, Misa Campo, Olga Syahputra dan lain-lain yang menjayakan filem "tidak cukup kain" itu. Harapnya pihak berwajib berhati-hati dan memastikan agar filem tersebut tidak terlepas masuk ke Malaysia memandangkan ia mampu menyebabkan ramai lelaki bakal "berdarah hidung" selain menambah "dosa kering". – Mynewshub.my |
| HOT NEWS !!! AARON AZIZ KENA KUTUK KAW-KAW KERANA PUJI @HishamuddinH2O ??? WAJIB BACA !!! Posted: 13 Jun 2012 09:26 AM PDT ![]() Gara-gara memuji Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien menerusi Twitter,pelakon popular Aaron Aziz dikutuk Kaw-Kaw Oleh peminat yang melihat pujian tersebut kononnya sebagai "membodek" bagi mempercepatkan proses mendapatkan status penduduk tetap yang dipohonnya.takkan tweet tak boleh.kecoh betul lah peminat Aaron Aziz ni ![]() Menurut laman blog hiburan,Oh Bulan,ada pemilik akaun Twitter yang menyatakan bahawa Aaron mampu menggunakan popularitinya itu untuk "memotong barisan" pemohon lain yang terlebih dahulu memohon status penduduk tetap berbanding dirinya. "Ada yang berkata bahawa populariti Aaron Aziz bisa membolehkannya untuk memotong 'que' barisan pemohon status penduduk tetap! Wah, bukan main nakal lagi ye mulut-mulut orang ni ye! Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya," kata laman hiburan tersebut baru-baru ini. Menurut sumber dari sebuah blog di Hazrey.com ( http://www.hazrey.com/2012/06/856-people-going-against-our-effort.html),Aaron sebenarnya terpilih untuk turut serta di dalam satu kempen menyelamatkan kanak-kanak yang terlibat sebagai mangsa perhambaan.Menurut Hazrey,kempen tersebut dalam diam telah menarik minat Hishamuddin yang kemudiannya membawa perkara tersebut di dalam perhatian untuk tindakan lanjut.Beliau dikatakan telah berbincang dengan beberapa selebriti seperti Aaron dan Diyana Halik bagi membantu kempen mengutip derma bagi mengisi tabung untuk dana sebuah pusat perlindungan yang berunsur keagamaan. Komen artis mengenai beberapa pemimpin politik sebelum ini menimbulkan kontroversi di kalangan peminat.Selain kecenderungan pengamal industri hiburan baru-baru ini yang tidak lagi takut mengumumkan sokongan politik mereka kepada parti-parti politik di negara ini,fenomena "artis berpolitik"tersebut dijangka berlarutan sehingga Pilihanraya Umum ke-13 berlangsung nanti.Pelakon komedi,Bob Lokman mendahului artis-artis lain untuk menyertai Pas sebelum jejak langkahnya disertai penyanyi bersuara emas,Aishah.Afdhlin Shauki,Harun Salim Bachik,Amy Search,Ibnor Riza dan beberapa artis lain pula memilih untuk menyertai UMNO. Beberapa artis lain seperti Katriona Ross,Sham Kamikaze,Mustapha Kamal,Abby Abadi,Wardina Safiyyah pula pernah dijemput ke program anjuran parti-parti politik.Bagaimanapun, mererka menafikan penglibatan atau sokongan mereka terhadap parti-parti tersebut bila ditanya media. |
| MANSUH PTPTN !!! SAH !!! ANWAR IBRAHIM BADUT RAKYAT SEBENAR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 13 Jun 2012 05:00 AM PDT ![]() Pada Ahad lepas,Anwar Ibrahim masih juga tidak serik mendendangkan janji pendidikan percuma,tentu saja ramai yang ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut.Dalam ceramahnya di Stadium Kajang,katanya pakatan optimis untuk menyediakan pendidikan percuma dan PTPTN tetap akan dimansuhkan.Menurutnya,dengan cuma RM5 bilion setahun tanggungan untuk pendidikan percuma,bukan satu masalah kerana kos itu nanti boleh diambil dari hasil keuntungan jualan minyak negara yang berjumlah RM80 bilion.Nampak mudah dan ringkas penyelesaiannya,seolah-olah segala hasil minyak itu akan kekal selamanya manakala sektor lain seperti kesihatan,pertahanan,pengurusan,bayaran pencen, kos subsidi dan lain-lain tidak memerlukan perbelanjaan. Pada minggu lepas,kita dipertontonkan dengan aksi kalut malut menyelubungi kem pakatan gara-gara langkah pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL milik kerajaan negeri Selangor.Paling penting,dalam tempoh pembekuan sementara itu kita berpeluang melihat model pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini rupanya berkonsepkan gadai dan jual aset milik universiti.Penyelesaian mudah ala korporat keparat yang jika menjadi budaya dalam urus tadbir kerajaan tentunya bakal melingkupkan semua harta benda rakyat,negeri dan negara. Itu baru melibatkan keperluan menanggung sebuah IPT dan jumlah pelajar yang terlibat pula cuma 1000 orang.Jika semuanya mengambil pengajian ijazah,bermakna sejumlah RM7 juta setahun sahaja diperlukan untuk menampung seribu orang pelajar tersebut.Tapi dek kerana ura-ura menyediakan pendidikan percuma hanyalah propaganda politik semata-mata,mereka hilang punca untuk mempraktikkan janji tersebut.Yang terlintas di kepala mereka jual dan gadai tanah.RM5 bilion seakan dipandang sebelah mata oleh Anwar tapi RM7 juta setahun untuk UNISEL pun sampai timbul ura-ura bergolok gadai tanah.Haru.... Jika angka sekecil RM7 juta setahun pun tidak mampu ditanggung sekalipun dikatakan kantung kerajaan negeri memiliki aliran tunai RM1.8 bilion,sebaliknya tanah milik universiti juga yang mahu dijual.Bukankkah lawak namanya bila begitu yakin Anwar mahu menyelesaikan kos tanggungan yang lebih besar sehingga mencecah RM berbilion setahun ??? Tidak syak lagi dengan sikapnya yang bermuka tebal dan gemar menabur janji tanpa mengukur baju di badan sendiri,Anwar layak digelar sebagai satu-satunya politikus yang memiliki pakej yang lengkap untuk dianugerahkan sebagai pelawak politik A.K.A Badut Rakyat tanahair.Barangkali untuk sekurang-kurangnya 100 tahun akan mendatang,Anwar Ibrahim akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pelawak politik paling tersohor yang sukar dicari ganti. RENUNG-RENUNGKAN |
| KISAH BENAR !!! ADAKAH PATUT NIK AZIZ BELAJAR HORMATI MUFTI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 13 Jun 2012 01:30 AM PDT ![]() Sejak sekian lama,Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat cukup dikenali dengan masalah mulut berus,gemar merendahkan orang lain dan acapkali suka memperlecehkan tahap keilmuan individu yang yang bercanggah pendapat dengannya.Itu reputasinya sejak dulu hingga kini,semuanya dek kerana terlampau taksud pada diri sendiri hingga lupa hakikat kejadian Illahi yang beliau hanyalah manusia biasa dan tak terkecuali dari kelemahan dan cacat cela.Tapi Nik Aziz kekal sebagai Nik Aziz yang bermulut berus,watak dan percakapannya tidak langsung menggambarkan gelaran tok guru yang disandangnya. Patutlah suatu ketika dulu ramai bekas pimpinan PAS memanggil Nik Aziz sebagai tok guru surat pekeliling. Rupanya betul lah gelaran tok guru yang ditempelkan pada dahi Nik Aziz hanyalah jenama politik untuk mencari undi parti dan bersifat duniawi semata-mata.Jika betul Nik Aziz adalah seorang ulama atau Tok Guru yang benar-benar mursyid,tentu sahaja tidak tergamak dirinya menggelar Tuan Mufti Negeri Perak,Ustaz Harussani sebagai "seorang yang gatal mulut".Hanya dek kerana Ustaz Harussani menegur tingkah laku PAS yang makin jauh tenggelam dalam politik kepartian hingga mengabaikan perpaduan sesama Islam,tanpa fikir panjang dan tidak segan selu,Nik Aziz memperlekehkan pendapat Mufti. Namun,ini bukanlah pertama kali Mufti diperlekeh dan dipandang remeh oleh Nik Aziz.Dalam pertengahan 1990-an dulu,seorang mufti lain pernah di cop sebagai 'ulamak nifas dan haid' oleh Nik Aziz,juga kerana teguran Mufti tersebut terhadap tindak tanduk PAS.Pendek kata,bagi Nik Aziz,tiada seorang pun dalam dunia ini yang layak membuka mulut untuk menegur dirinya mahupun parti yang di dukung olehnya. Pantang ada yang berselisih pendapat dengannya,terimalah hamburan kata-kata nista dari mulut berusnya.Acapkali bila berceramah di pentas politik ataupun dalam majlis agama,Nik Aziz gemar berpesan hadirin yang hadiri supaya menghormati ulama. Tapi realiti yang berlaku,Nik Aziz sendiri tidak pernah belajar menghormati pendapat ulama dan teguran para Mufti hanya semata-mata dirinya mendahulukan kepentingan politik kepartian PAS.Sebelum kian ramai khalayak umum menyedari bahawa Nik Aziz hanyalah ulamak politik dan tok guru surat pekeliling yang cakap tak serupa bikin,eloklah mulai hari ini Nik Aziz belajar menghormati mufti.hanya sekadar Nasihat,bukan nak pertikai Nik Aziz ni. RENUNG-RENUNGKAN |
| BONGKAR !!! AKAUN RM3 BILLION !!! ANWAR IBRAHIM TERPAKSA KENCING RAKYAT DEMI MARUAH ??? Posted: 12 Jun 2012 10:00 PM PDT ![]() saya ada melihat satu kenyataan Anwar Ibrahim dan video di portal berkenaan dengan cerita RM3 Billion.wahhh,Anwar Ibrahim pusing sedaya upaya kononnya ini semua bukan salah Anwar.Anwar salahkan beberapa Akhbar kononnya semua ini Akhbar UMNO.apa cerita ni ??? semua akhbar milik UMNO.itu jerlah Anda tahu.sikit-sikit Akhbar UMNO.habis tu,kalau berpihak pada anda,Akhbar tu kiranya benar lah ??? bukan UMNO punya lah.bila pulak UMNO Bayar gaji wartawan untuk sebulan yek ??? tu yang saya pelik bin ajaib ni..Sekali lagi Anwar Ibrahim bersilat lidah A.K.A kencing Rakyat untuk menepis isu akaun RM3 bilion yang sedang hangat diperkatakan sekarang.Perkara ini penting menuntut penjelasan dan jawapan yang ampuh.Nilai RM3 bilion bukannya kecil anak dan ia didakwa berlaku ketika Anwar adalah Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri. Tapi sudah tabiat Anwar,tiap kali dirinya terbelit dengan isu panas ada saja caranya mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.Selalunya pemimpin UMNO yang akan dijadikan sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan sekaligus dengan harapan dirinya tidak akan dipersoalkan oleh penyokong Pakatan Haram.ini yang saya maksudkan.sekarang Akhbar pulak. Bendanya bukanlah susah,jawab YA atau TIDAK,itu sahaja.Jika YA,rakyat nak tahu dari mana datangnya aset dan wang tersebut.Jika TIDAK,kenapa tidak di saman sahaja Timbalan Gabenor Negara,Abdul Murad yang mendedahkannya.Ini tidak,hanya dek kerana panas punggung disuruhnya pula Tan Sri Muhyidin Yassin pula mendedahkan akaun beliau.Tiada kaitan langsung dengan isu RM3 bilion yang heboh diperkatakan sejak 13 tahun dulu.saya teringat kejadian dalam satu sidang akhbar setahun yang lalu membabitkan isu chinadoll.Bila wartawan tanya komennya tentang isu tersebut,tak semena-mena ditunjukkan perutnya yang konon tidak boroi.Pun bersilat lidah juga.Mengarut sungguh caranya menjawab.Songsang betul cara pemikiran Anwar saling tak tumpah dengan perwatakan dan kegemarannya.Kaedah menjawab yang langsung tidak mencapai tahap intelektual sebagai seorang pemimpin. ADAKAH INI NAK JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| JUAL ASSET UNISEL !!! KHALID GAGAP ADALAH BIAWAK HIDUP UNTUK RAKYAT SELANGOR !!! Posted: 12 Jun 2012 07:00 PM PDT ![]() Dek kerana rayuan dan "minta nyawa" daripada pihak Unisel,maka PTPTN bertindak bijak apabila menarik kembali pemansuhan pinjaman kepada pelajar-pelajar di universiti berkenaan.Tahniah kepada PTPTN,kerana tidak mempolitikkan masa depan rakyat (pelajar) yang bakal mendepani cabaran masa depan.Pelajar-pelajar ini adalah modal insan,asalkan tidak tercicir dari pembelajaran mereka gara-gara gila berpolitik.Penulis melihat tindakan drastik PTPTN pada mulanya adalah untuk mengajar kerajaan negeri Selangor khususnya serta kepimpinan PR yang beriya-iya mahu memansuhkan PTPTN,yang menyokong segelintir mahasiswa sewel dalam gerakan #occupy Dataran.Apa yang berlaku kemudian,cukup melucukan apabila PTPTN pula dilabel sebagai zalim oleh kepimpinan PR hanya kerana melestarikan kemahuan PR untuk menyediakan pendidikan percuma. Paling menarik, tindakan Menteri Besar Selangor yang mahu mencairkan asset Unisel bagi menampung kos pembelajaran akibat dari pembekuan sementara oleh PTPTN.Ini adalah "pattern" yang cukup terkenal sejak mentadbir negeri Selangor pada 2008 sehingga kini. Penjualan asset untuk mendapatkan keuntungan adalah jalan mudah yang digunapakai. Hairan, ia langsung tidak mencerminkan kehebatan Menteri Besar sebagai "tokoh korporat",satu label yang gemar digunakan oleh Mat Sabu ke atas Menteri Besar Selangor itu dalam ceramah-ceramahnya di Selangor. Apa yang penulis risaukan ialah, perbuatan Mat Sabu itu telah membekukan otak ahlul PAS terutamanya di Selangor dari berfikir.Cukuplah kisah sebenar derma jihad Tabung Memali dan Kohilal yang mengisahkan bagaimana PAS mengurustadbir, yang tidak mahu dan tidak tahu diterjemahkan secara mudah oleh ahlul PAS.Ini adalah gara-gara pendoktrinan kebodohan melampau kepada ahlul PAS oleh kepimpinan PAS sekarang.Kembali kepada tajuk asal,Khalid Ibrahim gagal menterjemahkan label yang diberikan kepadanya,iaitu tokoh korparat.Jika diimbas kembali, apa yang dibuat oleh Khalid ialah jual dan untung,tanpa memikirkan bagaimana untuk menambah asset dan harta kerajaan negeri. Yayasan Selangor menjadi bukti, apabila ada asset (hartanah) digadaikan atas alasan tidak menguntungkan, walhal tidaksiapa tahu, kepada siapakah tanah itu dijual.Kroni? Bukan itu sahaja, Institut Kemahiran Yayasan Selangor yang seharusnya bertindak membantu pelajar-pelajar yang keciciran SPM juga dijual atas alasan tidak menguntungkan.Jangan dilupa,tanah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur,milik Asrama Yayasan Selangor juga menjadi mangsa "kekorporatan" Khalid Ibrahim. Mungkin,suatu ketika nanti,Universiti Selangor (Unisel) juga bakal dijual andai tidak lagi menguntungkan kerajaan negeri.Jual dan terus jual demi keuntungan,Selangor sebenarnya tidak memerlukan seorang "tokoh korporat" yang keparat seperti Khalid Ibrahim."Management Style" seperti ini cukup untuk dimengertikan oleh kanak-kanak dari pusat asuhan kanak-kanak KEMAS.Seperkara yang penulis mahu anda semua fikirkan di saat penjualan asset kerajaan negeri bagi mendapatkan keuntungan,mungkin ramai yang sudah terlupa bahawa Khalid Ibrahim juga pernah membeli "asset" untuk kerajaan negeri.Jual dan terus jual, jangan dinafikan bahawa Khalid Ibrahim bertindak membeli HUTANG syarikat Talam Corporation bernilai RM392 juta dengan wang rakyat.Itu sahajalah kebanggaan untuk anak Selangor, iaitu pemilikan "asset" bernilai RM392 juta…HUTAAANNNGGGG!!! - SD |
| HOT NEWS !!! NEELOFA VS ANZALNA !!! APA KATA IZARA AISHAH ??? WAJIB BACA !!! Posted: 12 Jun 2012 04:00 PM PDT ![]() Pelakon Izara Aishah menganggap pertelingkahan yang berlaku di antara dua rakannya iaitu Neelofa dan Anzalna sebagai perkara kecil dan boleh diselesaikan.Izara,20,berkata,dia berharap kedua-dua pelakon itu dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan baik tanpa pergaduhan kerana ia adalah satu perkara remeh selain boleh memalukan mereka. "Sejujurnya saya tidak faham apa yang menggagu mereka sehingga berlaku perbalahan ini.kedua-duanya sudah mengecap populariti dan berada dalam kedudukan tersendiri.Sebagai kawan saya berharap mereka berfikir panjang sebelum mengatakan sesuatu dan fikir tentang masa depan," ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran drama Naziha dan Bukan Bidadari. Izara berkata,dia tidak mempunyai niat untuk mencampuri urusan Neelofa dan Anzalna namun tidak mahu terus melihat mereka bertengkar mengenai perkara remeh.Dalam pada itu,Izara memberitahu,dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan kedua-dua pelakon tersebut sejak mereka sama-sama menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010.Kata Izara,walaupun kes perselisihan faham antara mereka bukan rahsia semenjak pertandingan itu tetapi dia tidak pernah masuk campur dalam isu mereka berdua. "Mereka adalah kawan saya dan tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak dan saya lebih senang buat hal sendiri.Namun saya berharap mereka dapat berbaik-baik kerana masing-masing sudah besar dan mempunyai nama dalam industri," ujarnya. Sementara itu,Izara berpendapat golongan artis tidak perlu menggunakan medan laman sosial seperti Twitter atau Facebook untuk menghentam orang lain atau menyatakan sesuatu yang tidak penting.Ini kerana katanya, peminat dan masyarakat sentiasa memerhati dan menilai sikap seseorang artis yang akhirnya akan merugikan mereka. "Twitter dan Facebook itu adalah hak mereka dan boleh buat apa sahaja yang mereka mahu tetapi fikir dahulu sebelum meletakkan sebarang status atau komen kerana ia mungkin tidak disenangi oleh orang lain," ujarnya. - Mstar |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.








No comments:
Post a Comment