PISAU.NET |
- Utan Kayu Markas Lahir Gerila Anwar?
- "Dalam Islam Ni Kroni Takpa" - Nik Aziz
- Ambiga Tawan Masjid Nabawi Punca PAS Sanggup Tinggalkan Ibadah Haji.
- Perusuh Bersih Adalah Golongan Yang Maju Kedepan-Mahfuz
- Chan Ming Kai Ludah Ayat Quran Versi PKR Ke Muka Penyokong PAS .
| Utan Kayu Markas Lahir Gerila Anwar? Posted: 13 Jun 2012 08:00 AM PDT ![]() Pengkhianatan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah apabila Ketua Umum Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa menjadikan Utan Kayu, Jakarta Timur, Indonesia sebagai lokasi merekrut barisan muda untuk dijadikan 'gerila' sebagai persiapan menentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Dikenali sebagai Komunitas Utan Kayu, sememangnya agak asing dan tidak dikenali, namun bagi Anwar yang mempunyai rakan 'seperguruan' dengan agenda beliau, kawasan itu adalah tempat pujaan bagi melahirkan 'gerila' buatannya dalam memastikan cita-cita peribadinya tercapai. Malaysia Harini difahamkan bahawa Anwar mengarahkan anak didiknya mengaburi mata barisan muda, kebanyakan mahasiswa meraih pengalaman menerusi kursus yang dianjurkan beliau di Komunitas Utan Kayu selama enam bulan hingga setahun. Modus Operandi Anwar adalah membawa masuk barisan muda itu dan memastikan mereka belajar selok-belok cara berkomunikasi, berucap, berdebat, menulis, berdepan masyarakat dan pelbagai lagi skop untuk diperlajari supaya mudah menjadi 'perisik' atau 'agen' apabila diterima bertugas di perkhidmatan awam. "Sebab itu, tidak pelik mengapa banyak sangat rahsia kerajaan diperolehi dengan mudah oleh Anwar. Dikatakan ada sebilangan besar kakitangan awam pernah mendapat didikan di Utan Kayu. Semua ini dibuat untuk kepentingan Anwar. "Mungkin di Utan Kayu, cara pengendaliannya adalah untuk membawa masuk perkara baru dalam minda barisan muda yang sentiasa mahu memberontak dan tidak puas hati. "Mungkin di sana, ia adalah amalan biasa tetapi Anwar ada agenda sendiri dan jadikan Komunitas Utan Kayu ini sebagai medan untuk kepentingan beliau. Sebab itu, putar belit Anwar sentiasa mendapat tempat di hati pemimpin luar negara," kata sumber kepada Malaysia Harini baru-baru ini. Komunitas Utan Kayu yang berpaksikan yang berpaksikan kepada kebebasan berfikir dan berinteraksi, iaitu kebudayaan dan pemikiran saling selari dikatakan diwujudkan beberapa wartawan Majalah Tempo, Editor dan Detik serta cendekiawan Indonesia. Difahamkan, Komunitas berkenaan dipelopori Pengarang Tempo, Goenawan Mohamad; Pengarang Suara Pembaruan, Aristides Katoppo; Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi; wartawan kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya; Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain. Seiring dengan itu, pemimpin Komunitas Utan Kayu turut menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) sebagai sayap politik. Kegiatannya berupa penerbitan buku politik dan membangungkan jaringan wartawan alternatif. ISAI juga menyeleggarakan pelbagai latihan bagi mahasiswa bidang komunikasi untuk pergerakan pro-demokrasi. Ketika rejim Presiden Soeharto runtuh dan gerbang kemerdekaan kewartawanan mulai terbuka, ISAI mempraktikkan sebuah Rumah Produksi Berita Radio yang dikenali sebagai Kantor Berita Radio 68H (seperti alamat Komunitas Utan Kayu di Jakarta timur). Menurut sumber itu lagi, kebanyakan mereka yang mendapat latihan diasuh dengan fahaman liberal, termasuk pelbagai bidang kebudayaan dan keagamaan. "Ia satu perkara yang dibimbangi mampu menggugat kesejahteraan rakyat negara ini dengan fahaman liberal mereka, terutama Anwar yang amat tegar dalam Islam Liberalnya. Mahu atau tidak kerajaan perlu sekat dan tangani isu ini supaya tidak menular ke Malaysia. "Boleh dikatakan sudah ramai mahasiswa kita dibawa ke sana untuk menjadi gerila Anwar. Sudah pasti ada yang terpengaruh dan kita lihat bagaimana golongan muda kita di universiti seakan-akan melawan Kerajaan Najib kerana sokongan liberal di bawah Anwar," katanya. Sememangnya hubungan antara Goenawan dan Anwar tidak perlu diselindung lagi kerana mereka adalah rakan baik sejak dulu. Pengasas majalah Tempo itu mendapat bantuan khusus daripada The Asia Foundation. The Asia Foundation itu menjadi musuh nombor satu kumpulan fundamentalis Indonesia, kerana yayasan itu adalah penaja utama Islam Liberal Indonesia. Asia Foundation dikawal Dr Surin Pitsuwan, bekas Menteri Luar Thailand yang juga sahabat Anwar. Surin Pitsuwan mendapat pendidikan Barat dari Universiti Havard, merupakan muslim Thailand pertama dianggap pro Yahudi sehingga diterima sebagai felo di The Rockeffeler Fellowship Program, Harvard University dan American University, Cairo. Atas sikap pro Yahudi ini, maka tidak hairan, Surin Pitsuwan dipilih sebagai Ahli Pemegang Amanah The Asia Foundation pada 2003. Di rantau Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, peranan Asia Foundation sangat kontroversi, kerana berusaha memecah-belahkan Islam dengan menaja satu fahaman Islam Pro Barat yang dikenali Islam Liberal. Di Indonesia, Surin Pitsuwan pilih Goenawan sebagai rakan kongsi, manakala di Malaysia, dia memilih Anwar. Dengan bantuan dana, Goenawan menubuhkan Komunitas Utan Kayu (Pusat Islam Liberal dan LGBT). Andai kata, kedua-dua tokoh itu tidak mengenali, apakah agenda sebenar Goenawan menjemput Anwar berucap di Komunitas Salihara? Sebab itu hampir sama dengan faktor Goenawan mempelawa Aminah Wadud (tokoh Islam Liberal yang menjadi Imam Solat Jumaat di Amerika Syarikat) berucap di Komunitas itu pada 2009. Bukan setakat Goenawan memuja Aminah Wadud, malah Anwar juga terpengaruh. Ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau melantik Aminah Wadud menjadi tenaga pensyarah di universiti itu dari 1989 hingga 1993. Goenawan juga dipilih sebagai ketua kepada perkumpulan Islam Liberal Indonesia yang dikenali sebagai AKKB (Aliansi Kebangsaan untuk Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan) yang menghimpunkan semua tokoh Islam Liberal berlainan fraksi iaitu Allahyarham Gus Dur (bekas Presiden Indonesia), Adnan Buyung Nasution, Syafei Anwar, Musdah Mulia, Azyumardi Azra dan Ulil Abshar Abdalla. Selain pengasas Majalah Tempo yang menjadi medan untuk mempromosi Islam Liberal Indonesia, Goenawan juga giat mempromosi hak asasi LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) melalui yayasannya, yang dikenali Lontar Foundation dan Tifa Foundation. Ayu Utami tenaga penggerak Komunitas Salihara adalah aktivis LGBT Indonesia, manakala seorang lagi Tenaga Komunitas Salihara, Mohamad Guntur Romli adalah aktivis penulis Islam Liberal Indonesi yang turut menghalalkan aktiviti LGBT. Ening Nurjanah salah seorang Pengurus Komunitas Salihara merupakan tulang belakang penganjuran Festival Filem D (Festival Filem Queer atau Festival File Gay Indonesia) yang dilantik sebagai Anggota Dewan Qmunity daripada 2007 sehingga kini. Musdah Mulia, tokoh yang menghalal aktiviti homoseksual juga merupakan tetamu Kominiti Salihara dan Aminah Wadud juga tokoh tamu Komuniti Salihara. Pada 2011, Komunitas Salihara pernah menjadi tuan rumah kepada Festival Q yang dibantah keras organisasi Islam Indonesia. Komunitas Salihara juga adalah pusat pembelaan LGBT Indonesia, iaitu tempat pertemuan dan mengadakan perbincangan LGBT bagi memahamkan rakyat Indonesia menerima perlakuan seksual songsang golongan minoriti itu. Bermakna prinsip kebebasan yang diperjuangkan oleh Komunitas Salihara merangkumi kebebasan beragama (freedom of religion/conscience) seperti yang diperjuangkan Jaringan Islam Liberal (JIL) dengan mengeksploitasi ayat-ayat Al-Quran untuk menghalalkan aktiviti homoseksual dan LGBT. Oleh itu, tidak menghairankan pada 2006, Goenawan mendapat penghargaan 'Dan David Prize' dari Tel Aviv University, Israel. Akhbar Israel, Haaretz melaporkan Goenawan turut diberi hadiah wang AS$250 ribu di atas penghargaan itu Seorang lagi rakan Anwar di Komunitas Utan Kayu ialah Ulil Absar Abdalla yang diberi tanggungjawab sebagai Koordinator JIL (Jaringan Islam Liberal Indonesia). Di kalangan golongan intelektual Muslim Liberal Jakarta yang dikenali sebagai ISAI (Institut Studi Arus Informasi), satu NGO yang ddiasaskan oleh Goenawan. Ulil Absar adalah salah seorang staf ISAI. Kini Ulil Absar mahu mengembangkan racun Islam Liberal di Indonesia pada 2001, dia mendapat sokonmgan penuh daripada Goenawan. Teater Utan Kayu, Jakarta, milik Goenawan menjadi markaz Ulil dan kumpulan Islam Liberalnya berdiskusi. Pendek kata, kejayaan Ulil bergantung 100 peratus kepada sokongan padu Goenawan, tanpa Goenawan, Ulil Absar dan JIL tidak berjaya mengembangkan racun Islam Liberal seperti hari ini. Buat masa ini, Ulil Absar adalah Pengararh ICRP (Indonesian Conference on Religion and Peace) sebuah yayasan pluralisme Indonesia ynag ditaja oleh The Asia Foundation. Dia juga menjadi Pengarah Freedom Institute, Jakarta, satu daripada cabang organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk memperjuangkan kebebasan dalam Islam. Oleh itu, menurut sumber, apa yang dipraktikkan Anwar bersama rakan-rakannya di Indonesia adalah satu perkara yang perlu ditangani segera kerana sudah ramai mahasiswa dan barisan muda negara diberi pendedahan yang amat buruk untuk kerajaan pimpinan Najib. Justeru, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memantau perjalanan keluar masuk mahasiswa ke Indonesia terutamanya mereka yang ingin melawat Utan kayu kerana bimbang itulah agenda yang dibawa Anwar untuk menanamkan sikap benci mereka kepada kerajaan. "Islam Liberal tidak sesuai di Malaysia apatah lagi perkara yang menjadi intipati Anwar menghalalkan apa yang diharamkan agama Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah perlu disekat. "Saya memohon KDN pantau pergerakan mereka yang mahu ke Utan Kayu demi memastikan mahasiswa kita tidak terjerat dengan nafsu serakah Anwar," katanya. Petikan diambil dari akhbar Malaysia Harini yang disediakan oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof pada Edisi : 05 bertarikh 11-25 Jun 2012 |
| "Dalam Islam Ni Kroni Takpa" - Nik Aziz Posted: 13 Jun 2012 06:00 AM PDT Kroni & Almenantuya Di Sucikan Oleh Nik Aziz Wali Selipar PAS Korang tengok macam mana Nik Aziz spin pasal kroni,dia halalkan kroni hingga babitkan 4 sahabat rasullulah. Anak negeri Kelantan dah tak ada engineer dah kah sampai lantik Almenantuya? Sebelum ini pakatan haprak kononnya menyelar pihak BN kononnya mengamalkan kronisme Namun apa yang dapat dilihat sebenarnya kepimpinan parti di ketiga tiga parti pakatan kesemuanya mengamalkan kronisme dan nepotisme. Mereka menyerang BN dan UMNO semata mata mahu menutup perbuatan mereka , Nik Aziz bersama anak menantunya,Lim sekeluarga termasuk anak menantu, ini termasuklah Karpal dan anak anaknya. Anwar bersama Isteri dan anaknya termasuklah kroni seperti Azmin. Kesemua itu dihalal atas fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz seperti video diatas.Inilah yang dikatakan matlamat menghalalkan cara dan menepati pepatah arab ""Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia" Pisau kata " depa buat semua halal...hihi" |
| Ambiga Tawan Masjid Nabawi Punca PAS Sanggup Tinggalkan Ibadah Haji. Posted: 13 Jun 2012 01:00 AM PDT ![]() Khawarij PAS memang rancang tak mau rakyat tunaikan Haji tahun ni,sekurang kurangnya apabila Kerajaan Saudi kurangkan kuota jemaah haji Malaysia dek kerana himpunan Bersih di Madinah dan Makah rakyat akan terlupa . Ds Najib atau kerajaan tak pernah pula bercadang nak mengadakan pilihanraya semasa umat Islam menunaikan haji,sebaliknya Tuan Ibrahim dan gerembolannya yang beriya sangat kata setakat tinggal haji tak mengapa asalkan dapat pakoh bulan pada PRU13 nanti. Puak khawarij beragamakan parti politik mereka dan berimamkan wali selipar maka apa adahal bab tunai haji,Nabi Ambiga dan juga para wali khawarij dah sediakan tiket ke syurga. Tak pasal umat Islam seluruh negara terpaksa menangung kesan kebangsatan haprak khawarij berdemo di Madina dan Makah,nah sekarang mahu alihkan isu kononnya kerajaan mahu adakan PRU13 semasa musim haji. Pisau kata "bukan saja jual agama...tuhan pun diaorang sanggup tipu..memang bangsat puak khawarij nih!" |
| Perusuh Bersih Adalah Golongan Yang Maju Kedepan-Mahfuz Posted: 12 Jun 2012 11:00 PM PDT ![]() Himpunan Bersih 3.0 menghimpunkan segala yang macam kebobrokan pemikiran politik jumud haprak pakatan. Daripada gelagat lucah,seksi hinggalah mengganas dan merosakkan harta benda awam.Kesemua ini kata Mahfuz adalah bentuk kematangan pemikiran penyokong pakatan. Mahfuz yang semua orang tahu gila kamera dan publisiti tak dapat lari daripada memberi kenyataan yang mencerminkan KEBIJAKSANAAN beliau. Katanya Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman konon menghina rakyat negara ini apabila insiden rusuhan dan ganas adalah hasil hasutan haprak pakatan. Seluruh negara kita semua sedia maklum pasca Bersih ceramah siang dan malam penuh dengan hasutan dan pembohongan agar sentimen kebencian dan kemarahan disemai.Kesemua ini dibawa ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk menunjukkan mereka adalah rakyat. Minoriti pengganas ini dikepalai oleh Anwar,Azmin dan Ambiga dirakam mengarahkan agar rempuhan dilakukan,manakala Hishamudin Rais dan Tian Chua mengepalai sekelompok anarki menyerang anggota polis hingga kereta peronda diterbalikkan. ![]() Kesemua ini disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia,malangnya Mahfuz bukan saja anggap rakyat Malaysia bodoh malah beliau samakan rakyat Malaysia benggong sebab tak turut serta mengganas di jalan raya. Kata Mahfuz lagi,yang turun merusuh di jalan raya mempunyai pemikiran yang jauh kedepan berbanding pemimpin negara. Penyokong dan pengganas haprak pakatan mempunyai pengetahuan dan kesedaran politik yang amat tinggi kata Mahfuz. Kata Mahfuz tindakan pengganas Bersih semakin bijak dalam membuat sebarang tindakan.Ahli Parlimen Pokok Sena yang bebal ini kata jurang pemikiran yang begitu jarak antara pengganas pakatan dengan pemimpin negara dimana pemikiran pengganas haprak pakatan ini jauh meluncur ke depan namun pemikiran pemimpin negara seolah berada didalam gua batu,mereka ini masih berfikiran politik primitif katanya. Oh...rupanya yang tidak turun merusuh,yang mahukan keamanan dianggap sebagai primitif dan bebal. Pemikiran rakyat yang tak sokong Bersih adalah kolot dan tidak sebijak dan pandai seperti pengganas Bersih. ![]() Anda setuju tak dengan Mahfuz? Yang turun merusuh adalah dari kalangan yang lebih advance berpolitik? Pisau kata " Mahfuz you launch apa tengahari nih?" |
| Chan Ming Kai Ludah Ayat Quran Versi PKR Ke Muka Penyokong PAS . Posted: 12 Jun 2012 06:00 PM PDT Video ceramah Adun Simpang Pulai Chan Ming Kai ini dirakamkan pada 20 April yang lalu di Taman Bandar Baru Bidong Kedah. Apa yang menariknya orang PAS ada yang bertakbir dan ada yang berasa bangga kembang kencut hidung melihat kafir harbi ini mempermainkan ayat Quran.Kononnya nak nampak begitu dekat dengan umat Islam,quran digunakan sebagai dalil,yang turun mendengar ceramah pulak yang tak reti bahasa arab balik kerumah cerita dekat anak bini pemimpin pakatan walau pun kapir boleh ngaji quran. Chan Ming Kai baca surah An Nisa ayat 58,korang dengar dan bandingkan terjermahan yang beliau baca sambil kedengaran puak khawarij tergelak sakan keseronokan. Surah An Nisa ayat 58 versi Chan Ming Kai"apabila engkau dalam membuat keputusan keatas manusia,maka wajiblah engkau putuskan dengan keadilan" Quran versi pakatan berlainan maksudkah?Ini yang diajar oleh Anwar,Nik Aziz dan seluruh pemimpin pakatan? Haprak pakatan dan khawrij PAS dan angkat Chan Ming Kai jadi salah seorang khalifah,apa korang taknak angkat dia jadi Ostad ker?
Pisau kata " Ostad Chan Ming Kai dapat tauliah dari Nik Aziz kot..." This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
| You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment