PAPA GOMO

PAPA GOMO


Pemuda UMNO Cabar DAP Komunis

Posted: 24 Jan 2012 06:04 AM PST






Pemuda BN mencabar kredibiliti pemimpin DAP agar mengemukakan lebih ramai anggota daripada kaum Melayu bagi membuktikan parti itu sebagai sebuah parti berbilang kaum.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata kemampuan DAP yang hanya mengemukakan tiga orang anggota bangsa Melayu tidak boleh membuktikan kewajaran parti itu menggunakan istilah 'DAP parti berbilang kaum'.

"Pemuda BN cabar DAP umumkan berapa ramai anggota yang datang daripada masyarakat Melayu...jangan hanya tunjuk tiga orang itu sahaja tapi (tunjukkan) keanggotaan keseluruhan jika benar mereka ini adalah parti berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong di Ipoh hari ini.

Beliau mencabar kepimpinan DAP di semua peringkat untuk membuktikan keanggotaannya daripada orang Melayu.

"...tetapi jangan cakap DAP parti berbilang kaum jika mereka tak dapat terima keanggotaan (yang lebih banyak) daripada masyarakat Melayu," katanya.

GOMO: DAP waktu ini dilihat gah dengan kemasukkan beberapa orang Melayu dalam parti terbesar serpihan komunis itu. Hanya beberapa kerat sahaja Melayu dalam DAP? Gomo setuju kenyataan Ketua Pemuda saudara YB Khairy Jamaluddin agar DAP berikan fakta jelas berapa jumlah ahlinya yang berbangsa Melayu yang sebenar.

Umum mengetahui DAP merupakan parti serpihan PAP yang asalnya adalah dari Komunis Malaya yang mana ideologi mereka adalah tidak lain bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik Komunis dengan memberikan Hak Sama rata kepada semua kaum yang mana menafikan hak bumiputera Malaysia.

Kemasukkan 2 ke 3 orang Melayu ke dalam DAP diwar warkan seolah olah DAP diterima Melayu yang merupakan majoriti dalam Malaysia. Inilah sebenarnya taktik yang dulunya digunakan Komunis dalam menarik orang Melayu menentang kerajaan.

Zaman Komunis dulu para pemberontak ini terdiri dari orang Cina yang Kemudiannya menarik beberapa orang Melayu yang berpengaruh menyertai mereka. Kemasukkan Melayu waktu itu didalam Komunis diwar warkan ke seluruh pelusuk agar menarik lebih ramai melayu pada waktu itu menyertai Komunis dalam melancarkan perang ke atas Rakyat yang menyokong kerajaan. Waktu ini modus operandi sama digunakan DAP dalam menyebarkan berita agar lebih ramai Melayu menyertai DAP.

Dengan berselindung disebalik parti politik DAP bebas melakukannya walaupun kita tahu Melayu yang menyertai DAP bukan atas sebab perjuangan yang dibawa DAP itu tetapi lebih kepada matlamat invididu itu sendiri yang ingin menjadi Calon pilihanraya dan juga dahagakan jawatan dan pangkat.

Orang Melayu terima DAP? Gomo yakin ramai lagi orang Melayu yang sedar bahawa agenda DAP adalah mematikan watak orang Melayu dibumi sendiri. Sudah terbukti apa yang mereka lakukan di Pulau Pinang bagaimana orang Melayu dihalau malah kaum India juga turut terkena tempias yang sama.

DAP parti yang RACIST, Cina yang menyokong DAP adalah Cina yang Racist yang mana mempunyai niat dan azam menghapuskan hak Bumiputera di Malaysia ini. Melayu yang bersama DAP adalah tali barut yang bersekongkol demi kuasa dan harta walaupun yang akan menjadi korban itu adalah Sebangsanya jua.

Psssttt... Jangan dibirakan DAP bermaharajalela di Malaysia ini, Kasi Potong mana yang patu



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Published with Blogger-droid v1.7.4



Janji Palsu - Tanah FREE Untuk Rakyat Pahang Jika Pakatan DAP Menang PRU 13

Posted: 23 Jan 2012 11:30 PM PST



Setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lot itu akan diberikan kepada rakyat yang masih belum memiliki rumah untuk mengubah cara hidup mereka ke arah lebih baik.



"Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negeri ini, kami akan menyelesaikan isu-isu besar terutama isu tanah yang sudah berlarutan lebih 40 tahun supaya setiap rakyat di negeri ini mendapat hak mereka,"

Janji PAS yang mana mewakili sekutu mereka DAP dan PKR dalam memperhebatkan kempen meraih undi menjelang PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi. Janji manis ini merupakan satu janji yang paling menarik untuk dikupas oleh pembaca sekalian.

Pakatan menjanjikan Tanah buat rakyat Pahang jika mereka memenangi negeri Pahang pada PRU 13 kelak. Janji yang jika kita dengar memanglah sedap apathlagi buat rakyat negeri Pahang sendiri. Siapa yang tidak mahu tanah FREE?

Tapi ini lah janji yang sebenarnya yang merupakan satu lagi janji Palsu dalam memperbodohkan rakyat Pahang dan juga rakyat Malaysia. Mana mungkin tanah boleh diberikan FREE begitu sahaja walaupun Pakatan DAP,PAS,PKR mentadbir Pahang.

Pahang negeri yang berdaulat yang mana ketua Negeri Pahang adalah Sultan Pahang sendiri, Isu melibatkan pemberian tanah FREE ini sudah tentu ianya melibatkan keputusan Istana Pahang. Apakah PAS, PKR, DAP cuba nak mebelakangkan Sultan? Oh tidak, mereka sebenarnya nak perbodohkan rakyat Pahang yang sebenarnya.

PRU13 makin hampir pelbagai janji manis yang mereka taburkan sebagaimana janji janji mereka pada PRU12 yang lalu. Sehingga kini dimana janji janji kempen Pakatan DAP, PAS, PKR pada pru12 yang lalu? Sudah tertunai kah janji tersebut?

Barisan Nasional janji mani dan ianya bukan sekadar janji manis semata mata. Kata diungkap maka Kata itu juga dikotakan walaupun berpeluh keringat dalam menunaikan janji yang telah diberikan buat rakyat Malaysia. Pergilah kemana sahaja dalam Malaysia dan tanya bagaimana janji BN pada PRU12 yang lalu. Jawapannya janji BN telah terlaksana baik dipelusuk pendalaman sekalipun.

Ini lah berzanya Barisan Nasional dan juga Pakatan Pembangkang, kita kata kita akan Kotakan janji tersebut tetapi pembangkang ini Janji mereka sendiri pun janji yang tidak masuk akal sebagaimana Pakatan diPahang yang menjanjikan Tanah FREE kepada rakyat Pahang.

Jangan kata Tanah setengah Ekar ataupun seekar nak diberikan pada Rakyat Pahang. Tanah dalam pasu bunga pun belum tentu depa akan beri pada rakyat Pahang. Ini semua janji palsu dalam memperbodohkan rakyat Pahang dan juga Malaysia.


Psssttt... Tak sudah sudah depa nak bodohkan rakyat, aduh.....bila lah puak PAS nak berubah tak cakap bohong ni?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...