Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Akibat Membantah, Ustaz Kazim Juga di Pecat Dari Pas!!
- EKSKLUSIF!! Rakyat Kedah Mengamuk Pas Nak Jual Gunung Pulak!! #SaveKedah
- PANASS!! Isteri Ketua Menteri Habiskan RM77,000 hanya untuk rawatan muka?
- TUDIAA!! Bertambah Lagi Anjing Melayu Dalam Dap!!
- KASI PANAS!! Video Pemuda Pas Baling Masuk UMNO!!
- TUDIAA!! Adun Pas Bagi RM50 Untuk Buat Sebuah Rumah?!!
PANASS!! Akibat Membantah, Ustaz Kazim Juga di Pecat Dari Pas!! Posted: 25 Jan 2012 07:35 AM PST PAS memang tidak mahu mengakui bahawa parti itu tidak pernah mengamalkan budaya tegur-menegur, lebih-lebih lagi kalau teguran tersebut akan menyebabkan imej kedua-dua tok guru dalam parti itu akan merudum, sekaligus memperlihatkan kepimpinan utama PAS sebenarnya terdiri daripada mereka yang sangat kagum dengan diri sendiri. Keujuban, ketakjuban dan kekaguman terhadap diri sendiri, semakin bertambah-tambah dengan pujian serta sokongan membuta tuli daripada para penyokong yang jahil tetapi sentiasa ditanamkan dan disuburkan dengan ungkapan WALA' dan TSIQAH. 'Bintang' pendakwah PAS sekarang adalah Azhar Idrus, bekas tenaga pengajar muzik pada tahun 1985 yang berasal dari Terengganu. Populariti Azhar Idrus diraih menerusi pendakwahan yang dilakukan dengan menggunakan media baru seperti Youtube, Yahoo Messenger, blog dan sebagainya. PAS yang memerlukan seorang bintang, akhirnya berjaya 'memperolehi' Azhar Idrus dan bermula daripada penampilan pertama Azhar Idrus dalam majlis Pakatan Rakyat, ceramah agama Azhar Idrus tidak lagi memberikan teguran kepada semua pihak yang mengaku beragama Islam, sebaliknya membuat kritikan untuk membesar-besarkan PAS. Namun sebelum Azhar Idrus, PAS sebenarnya pernah mempunyai seorang lagi penceramah 'bintang' yang sehingga kini masih lagi laku 'di pasaran'. Rakaman video cakera padatnya begitu laris dan terjual di seluruh negara. Namanya adalah Kazim Elias. Bagaimanapun, teguran demi teguran yang dilakukan oleh Kazim Elias akhirnya membuatkan kerjayanya bersama PAS berakhir apabila Muktamar Dewan Ulama PAS pada 14 Mei 2011 telah meluluskan dua usul di mana salah satu usulnya adalah memecat Ustaz Kazim Elias yang disifatkan sebagai DURI DALAM DAGING kerana mengkritik PAS yang bergabung dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Untuk menghalalkan pemecatan Kazim Elias, geng-geng ulama ujub itu telah memberi alasan, kononnya Kazim Elias menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siyasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama. Dan untuk memperlihatkan tentang dangkal dan kurangnya ilmu Kazim Elias, dikatakan pula kononnya, Kazim Elias pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tanpa berdasarkan kepada tafsiran ulama mufassirin. Alasan-alasan yang diberikan oleh para pemimpin PAS itu sebenarnya hanyalah helah untuk mengelak daripada dipersalahkan, terutama dari kalangan ahli-ahli PAS yang bengong, jahil, dan kurang berilmu. Contoh yang paling mudah, apabila UMNO yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra melakukan Tahalluf Siyasi dengan MCA dan MIC pada tahun 1955, PAS begitu bersungguh-sungguh berhujah kononnya, UMNO telah mengambil kafir sebagai wali mereka. Hujah itu terus digunakan sehinggalah awal 2008. Kerjasama antara UMNO dan parti-parti politik bukan Islam yang lain tidak dianggap sebagai Tahalluf Siyasi sebaliknya digambarkan sebagai kerjasama yang menjadikan umat Islam sebagai hamba abdi kepada kaum kafir. Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah, kepimpinan PAS sebenarnya terlalu takut kepada sebarang teguran yang berjayamendedahkan tembelang kebodohan dan kejahilan mereka sendiri. Sesiapa sahaja yang menegur kepimpinan PAS, sudah pasti akan menerima risiko pemecatan. Terbaru adalah Hasan Ali, bekas Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. Tindakan Hasan Ali yang dilihat mengganggu KASIH SAYANG Anwarista di dalam PAS kepada DAP dan kegiatan-kegiatan tidak bermoral, akhirnya menyaksikan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat keahliannya. Kazim Elias juga sama seperti Hasan Ali. Teguran yang dibuat kepada kepimpinan PAS tidak disenangi. Kepimpinan PAS berasa mereka lebih pandai, lebih hebat dan lebih berilmu sehingga tidak memerlukan teguran sesiapa pun. Menariknya dalam sirah, Syaidina Umar Al-Khattab r.a pernah menegur Syaidina Uthman bin Affan r.a apabila menantu Nabi s.a.w itu terlambat datang mendengar khutbah Jumaat, tidak sempat mandi dan tidak sempat menukar pakaian lain kerana terlalu sibuk berniaga. Sedangkan Syaidina Uthman bin Affan r.a adalah salah seorang yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w. Apa sangatlah Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang dan Dewan Ulama PAS berbanding Syaidina Uthman Affan r.a sehingga mereka tidak boleh ditegur, bahkan memecat Kazim Elias melainkan mereka hanyalah sekumpulan KAUM MUNAFIQ yang bergerak atas lajnah penipuan dan pemerdayaan!!! Perak Today | ||
EKSKLUSIF!! Rakyat Kedah Mengamuk Pas Nak Jual Gunung Pulak!! #SaveKedah Posted: 25 Jan 2012 05:12 AM PST
Projek menyapu bersih harta bumi Kedah oleh kerajaan Pas, tidak berhenti setakat tanah wakaf, balak dan pasir sahaja. Kali ini mereka bertindak lebih berani dengan cubaan menjual Gunung pulak. Gunung yang Mc maksudkan adalah 'Gunung Pulai' yang terletak di Baling Kedah. Gunung Pulai terkenal dengan batu-batu berkualiti dan mempunyai beberapa Gua asli yang begitu berharga. Cubaan menjual Gunung untuk dijadikan kuari batu dengan harga rm50 juta telah dibantah oleh penduduk kampung disekeliling Gunung tersebut, termasuklah penduduk di Kampung Paya Lama. Pemaju kuari yang disokong oleh kerajaan negeri, mengunakan pelbagai cara untuk memujuk penduduk kampung, termasuklah dengan merasuah lembu bagi mengadakan korban pada hari raya yang lepas. Bancian penduduk terhadap kuari itu telah 3 kali dilakukan, namun penduduk semuanya sepakat untuk menolak projek kuari batu yang mereka khuatiri akan menjejaskan kehidupan mereka. Baca surat bantahan dari penduduk dibawah, Andaikata projek ini dibenarkan oleh kerajaan negeri dan pembinaan kuari diteruskan juga, maka orang kampung akan membantah projek kuari ini dengan sekeras-kerasnya. Nampaknya projek jual gunung ini merupakan satu lagi projek kerajaan negeri Kedah. Kalau Gunung pun depa nak jual, lepas ni apa pulak yang boleh mereka jual lagi? McTheory: Puak Pas ni dah gila dah.. kritikal punya gila nih.. | ||
PANASS!! Isteri Ketua Menteri Habiskan RM77,000 hanya untuk rawatan muka? Posted: 25 Jan 2012 02:12 AM PST Seorang Ketua Menteri, khabarnya baru sahaja pulang dari bercuti di luar negara bersama-sama isterinya. Dikhabarkan juga, berlaku krisis antara pasangan suami isteri itu apabila si isteri yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di sebuah negeri lain, mengamuk sakan apabila mengetahui hubungan sulit suaminya. Untuk menyejukkan hati si isteri, suaminya yang sebelum ini tampil dengan wajah chubby, terpaksa membawa isterinya makan angin ke luar negara. Menariknya, pemergian pasangan suami isteri yang sangat terkenal itu menggunakan sebuah pesawat mewah dan berlepas dari Singapura bagi mengelakkan diketahui ramai. Tidak setakat makan angin dan berbelanja sakan, Ketua Menteri dan isterinya itu juga telah melakukan rawatan muka yang bernilai 17 ribu Euro (RM77,000) bagi satu sesi sebelum pulang semula ke Malaysia untuk sambutan Tahun Baru Cina. Sumber bagaimanapun, tidak pula memperincikan Ketua Negeri yang mana satu memandangkan terdapat empat orang Ketua Menteri di Malaysia iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak!!! Sumber SINI | ||
TUDIAA!! Bertambah Lagi Anjing Melayu Dalam Dap!! Posted: 24 Jan 2012 11:12 PM PST Semakin banyak anjing melayu masuk dalam Dap. Kebanyakkannya dari kumpulan pertengahan profesional. Kumpulan yang sedang laparkan harta dan jawatan dalam kerjaya mereka. Kumpulan yang menjangkakan bila Dap menang, mereka akan ada kedudukkan dalam kerajaan pusat atau negeri. Kumpulan ni mana kisahkan perjuangan orang dulu, kumpulan ini mana pedulikan Islam atau Melayu, kumpulan yang tak kisahkan agama dan paling banyak murtad ke kristian. Apa yang mereka mahukan hanyalah wang dan kuasa. Jadi tak hairanlah kalau dorang masuk Dap pun. Sebab kalau Dap kalah, mereka ini yang akan paling awal meninggalkan Dap. Soo? apa nak kisah? McTheory: Melayu bukan semuanya Islam.. betul? | ||
KASI PANAS!! Video Pemuda Pas Baling Masuk UMNO!! Posted: 24 Jan 2012 08:12 PM PST Video penyerahan borang permohonan ahli UMNO, termasuk yang disertai oleh bekas pemuda Pas Kampung Paya Lama Pulai, Baling, Kedah dan ucapan dari Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim. McTheory: Habis la Pas.. bungkus laa.. | ||
TUDIAA!! Adun Pas Bagi RM50 Untuk Buat Sebuah Rumah?!! Posted: 24 Jan 2012 05:12 PM PST Hari ni Mc nak cerita mengenai kisah seorang Adun Pas yang Mc agak layak untuk masuk Raja Lawak hatta Maharajalawak sekali pun. Kisah ini terjadi di Baling, Dun Kupang, Kampung Jernang. Pada waktu itu YB Pas tersebut turun bersama konco-konconya untuk melihat keadaan penduduk kampung. Bagus la, bila dah jadi YB mestilah kena turun kawasan. Sampailah kunjungan YB Pas ke rumah seperti gambar di atas. Kemudian, berjumpalah dengan YB Pas memberitahu masalah yang mereka hadapi. Tuan rumah mengadu bahawa rumah mereka hampir roboh dan meminta jasa baik YB untuk bantu. Mungkin tak boleh bantu secara terus, YB boleh bantu pohon PPRT ka, rumah Keda ka, ada pelbagai cabang yang boleh YB Pas tu fikir untuk bantu rakyat. Namun bukan itu yang YB Pas tersebut lakukan. Kebetulan di hadapan rumah penduduk terbabit ada pokok besar, dengan selambernya YB Pas yang lebih glamor di panggil YB Jo.. mengeluarkan duit RM50 dan mengarahkan rakyat yang meminta bantuan tu tadi memotong balak dan membina rumah dengan wang RM50. Kisah ini diceritakan sendiri oleh tuan punya badan semasa Mc kerumahnya. Terbahak-bahak kami ketawa bila dengar cerita lawak macam ni. Bagi RM50 untuk buat rumah? kah kah kah... RM50 bukan kata nak buat rumah, nak buat jamban pun tak cukup. kah kah kah.. Akhirnya dengan pasrah dan kebingungan, tuan rumah terbabit mengadu nasibnya ke pejabat penyelaras parlimen Baling. Setelah melihat keadaan rumah dan keadaan kemampuan, akhirnya permohonan untuk mendapatkan rumah berjaya, seperti dibawah, Lepas tu Mc tanya tuan rumah tu, "dulu abang undi sapa?" Dia jawab, "dulu undi Pas, tak tu (tak tahu) undi Pas jadi gini, kalau tahu, tak nak undi" Kami yang dengar pun senyum saja la.. McTheory: Gilaa.. RM50 untuk buat rumah.. memang gila.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment