Kedah Ke KL - MctHeory |
- EKSKLUSIF!! Pemuda Pas Serah Borang Masuk UMNO!! #SaveKedah
- GEMPAR!! Akhirnya Masjid dan Surau dijadikan Tempat Berpolitik!! #SaveKedah
- KASI PANAS!! Video Mufti Komen Mengenai Hal Anwar Sokong Liwat!!
- Eksklusif!! Video Pemuda Pas mengamuk di Baling!
- PANAS!! Menteri Besar Kedah Seorang Yang Bebal dan Sombong!
- PANASS!! Baru Failkan Rayuan, Anwar dah kecut telor!!
- PANASS!! Pusat Khidmat Adun UMNO Kedah di ugut!!
EKSKLUSIF!! Pemuda Pas Serah Borang Masuk UMNO!! #SaveKedah Posted: 24 Jan 2012 06:48 AM PST
Seramai 73 Pemuda Pas Kampung Paya Pekan Lama Pulai, Baling, Kedah. menyerahkan borang kepada Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim pada majlis penyerahan yang dilakukan di tepi padang bola. Penyerahan borang UMNO itu dilakukan selepas perlawanan bola sepak persahabatan diantara Pemuda Kampung Paya dengan Pemuda UMNO bahagian. Dengan penyerahan borang ini, bermakna Pemuda Pas Kampung Paya Pulai lumpuh sama sekali. Ini adalah gelombang pertama penyerahan borang. Mc dikhabarkan akan ada lagi beratus orang Pas bakal menyertai UMNO, terutamanya Pemuda Pas di kawasan Baling. Mc dah kata, rakyat Kedah dah muak dengan janji-janji palsu kerajaan negeri. Adun tak buat kerja, ahli parlimen pun sama. Kerajaan negeri tak ambil berat langsung, tak pantau apa yang terjadi disetiap kawasan dun dan parlimen. Janji tinggal janji, cukup 5 tahun nanti, janji manis datang lagi. Kawasan perkampungan sekeliling Gunung Pulai sekarang ni, ada masalah serius yang membabitkan dengan kerajaan negeri. Isu ini akan jadi ISU KEDUA terbesar, Selepas Madrasah Salihiah! Isu ini isu rakyat, isu yang boleh merebahkan terus kerajaan negeri Kedah dari pemerintahan mereka. Nak tau isu apa.. sabarr.. pembongkaran akan dimulakan nanti! McTheory: Pas buat kerja tak guna otak.. sebab tu rakyat marah! | ||||||||
GEMPAR!! Akhirnya Masjid dan Surau dijadikan Tempat Berpolitik!! #SaveKedah Posted: 24 Jan 2012 04:35 AM PST PAS Langkawi nampaknya begitu terdesak dan tersepit didalam perjuangan politik mereka. Ini adalah kerana kebanyakkan ceramah (pembohongan) mereka di sini kurang mendapat sambutan seperti tahun yang sudah-sudah. Akhirnya mereka terpaksa menggunakan strategi lapuk iaitu berpolitik diatas mimbar masjid. Masjid/ Surau yang malang tersebut yang sepatutnya di laungkan kalimah-kalimah suci dan nasihat telah disalahgunakan oleh juak-juak PAS di Langkawi untuk memaki hamun dan memfitnah Kerajaan. Kejadian tersebut telah berlaku acapkali di Masjid/Surau Kuala Melaka, Langkawi. Dikhabarkan juga yang AJK Masjid/ Surau tersebut sanggup menjemput seorang tali barut PAS dari Gurun untuk menyampaikan ceramah (pembohongan) di situ. Tidak sangka ya, PAS Langkawi begitu terdesak hendak heret masyarakat setempat untuk menyertai perjuangan palsu mereka. Ini baru permulaan...akan ada lagi pendedahan yang berikutnya. P/S dari MKT : Elleh...sepatutnya juak-juak PAS kena faham masjid, siapa yang membinanya? Siapa yang beri peruntukkannya? Jikalau Kerajaan nak buat sedemikian, seluruh masjid atau surau di Malaysia sudah mengkafirkan PAS sejak dari dahulu lagi. Jangan jadi manusia yang bongkak dan bodoh, wahai juak-juak PAS... Melayu Kedah Terakhir | ||||||||
KASI PANAS!! Video Mufti Komen Mengenai Hal Anwar Sokong Liwat!! Posted: 24 Jan 2012 01:12 AM PST Anwar ni apa pun boleh.. depan sapu, belakang pun hentam. Janji syok.. orang macam ni ada akidah lagi ka? | ||||||||
Eksklusif!! Video Pemuda Pas mengamuk di Baling! Posted: 24 Jan 2012 12:02 AM PST video ini menunjukkan sekumpulan pemuda Pas sedang memecahkan batu tanda markas Pas. Kejadian ini terjadi di Dun Kupang, Baling, Kedah. Paling hebat apabila kejadian ini berlaku betul-betul dihadapan markas Pas. Inilah akibatnya bila janji ahli parlimen hanya pakai air liur. janji pelbagai benda, bila menang habuk pun tarak! Published with Blogger-droid v2.0.2 This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | ||||||||
PANAS!! Menteri Besar Kedah Seorang Yang Bebal dan Sombong! Posted: 23 Jan 2012 10:12 PM PST Bukan Mc kata.. Mc mana pernah kutuk Ostat Azizan.. Mc sayang dia.. hehe.. Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak. Menurut NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tindakan pemimpin PAS itu seolah-olah menggodam Buku Jingga yang menggariskan komitmen pembangkang memansuhkan akta itu. "Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa," kata kenyataan segmen mahasiswa SAMM. Menurut kenyataan itu juga, walaupun menerima kecaman pelbagai pihak termasuk dari pimpinan Paktan dan gerakan mahasiswa, Azizan masih bersikap ofensif menghadapinya. "Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan itu lagi. Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz. Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat. Sebelum ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) DAN Pro-Mahasiswa Nasional sudah pun menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah tidak popular itu. Pas Kedah tak kata apa-apa ka, bila Ustaz Azizan kena maki macam tu? Takkan tengok saja kot? McTheory: Bebal dan sombong.. he he.. point-point! | ||||||||
PANASS!! Baru Failkan Rayuan, Anwar dah kecut telor!! Posted: 23 Jan 2012 07:12 PM PST Baca berita yang dikeluarkan oleh Keldaiandaily ni.. Ini berita orang bodoh saja yang percaya. Baru AG failkan rayuan, tapi pengampu-pengampu Anwar ni dah mengelabah biawak buat hukuman masing-masing. Dulu kata konspirasi, tapi akhirnya Anwar bebas. Sekarang ni, rayuan AG buat pun depa tuduh bermotifkan politik? Apa ni? Kena sampuk sawan babi ka apa? Kalau tak salah, nak takut buat apa? Masalahnya dia bersalah.. sebab tu takut.. McTheory: Anwar Peliwat Berlesen Negara!! | ||||||||
PANASS!! Pusat Khidmat Adun UMNO Kedah di ugut!! Posted: 23 Jan 2012 04:18 PM PST Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah. Sambil menyifatkan orang yang membuat panggilan berkenaan sebagai pengecut dan dayus beliau berkata panggilan itu sengaja dibuat bagi menakutkan petugas pusat khidmat beliau dan menjatuhkan semangat ahli UMNO Kedah. "Namun kita tidak gentar dengan sebarang ugutan. Malahan saya yakin ugutan ini tidak akan berhenti tetapi akan berlaku lagi pada masa akan datang terutama kita semakin hampir dengan pilihan raya umum". "Awal bulan ini berlaku tindakan menconteng bangunan UMNO Negeri Kedah dan sekarang ugutan terhadap pusat khidmat saya. Kita tidak gentar malahan akan terus mengiatkan usaha menawan kembali Kedah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti MCA Kedah, di sini, malam ini. Beliau mengulas mengenai panggilan palsu mengenai ada orang meletak bom di pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bakar Bata pada petang ini. Selepas siasatan polis, tidak dijumpai sebarang bahan berbahaya. Awal bulan ini Bangunan Tunku di Jalan Tunku Ibrahim yang menempatkan Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah diconteng dengan tulisan yang mencerca pemimpin negara serta menghina UMNO dengan perkataan yang kesat. Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata selama empat penggal berkata ini adalah pengalaman pertama beliau menghadapi panggilan ugutan sebegitu sejak menglibatkan diri dalam politik. "Tidak perlu jadi pengecut dengan membuat tindakan begitu, dalam politik kita berlawan secara berhadapan dengan memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat," katanya tanpa mahu menuduh pihak tertentu yang melakukan perbuatan berkenaan. Beliau berkata biar polis menjalankan siasatan serta menahan mereka yang melakukan perbuatan itu. "Pada kita, perbuatan itu amat serius kerana ia mengancam keselamatan petugas pusat khidmat saya," katanya, yang kemudian bertemu polis yang menjalankan siasatan di pusat khidmat berkenaan. - UMNO Kedah McTheory: Mana punya mangkuk dok buat lawak bodoh ni? |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment