PAPA GOMO |
Anwar 38 Kali Boleh, Saiful Sekali Pun Tak Boleh? - D.S. Hishammuddin Posted: 23 Jan 2012 06:00 PM PST Keputusan Peguam Negara memfailkan rayuan selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan perlu diterima oleh semua pihak atas nama hak serta keadilan buat bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak Peguam Negara sudah tentu mempunyai asas serta fakta dari segi perundangan yang membolehkan proses rayuan itu diteruskan. Beliau turut meminta perkembangan terkini kes tersebut tidak dijadikan isu kerana Mohd. Saiful hanya mencari keadilan buat dirinya dan perkara yang sama pasti akan diambil oleh Anwar jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada kedudukan bekas pembantunya itu. "Keputusan untuk merayu terletak sepenuhnya dalam tangan Peguam Negara dan ia dilakukan berdasarkan lunas-lunas undang-undang. Oleh itu, perkembangan ini tidak harus menjadi isu terutama di kalangan penyokong PKR. "Percayalah, sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada Anwar Ibrahim, sudah tentu beliau juga akan membuat rayuan,'' katanya. ''Keputusan untuk rayuan ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk daripada desakan keluarga Mohd. Saiful, sebaliknya ia adalah atas kehendak Peguam Negara berdasarkan bukti-bukti serta keterangan yang ada,'' Terima kasih buat D.S. Hishammuddin yang tampil kehadapan dalam menjelaskan serba edikit akan pekara ini yang mana setelah pihak Peguam Negara merayu kes Liwat ke mahkamah Rayuan maka pihak pembangkang menyatakan bahawa ianya adalah konspirasi UMNO untuk memenjarakan Anwar Ibrahim. Jika UMNO dan Barisan Nasional benar benar ingin memenjarakan Anwar Ibrahim maka sudah tentulah pada keputusan Mahkamah tinggi yang lalu Anwar Ibrahim akan didapati bersalah dan akan disumbat terus ke penjara Sg Buloh. Sekarang ini mangsanya adalah Saiful Bukhari yang mana UMNO mahupun BN tidak terlibat dalam perbicaraan diantara Anwar Ibrahim (Peliwat) dan Saiful Bukhari(Mangsa). Bagaimana tidak berakalnya para pemimpin pembangkang yang menyatakan UMNO terlibat sedangkan kes ini adalah satu kes jenayah Seks Luar Tabii. Hakim mahkamah tinggi pada 9 Jan juga telah MENGESAHKAN bahawa LIWAT BERLAKU namun atas faktor teknikal yang mana sampel DNA iaitu AIR MANI Anwar Ibrahim yang ditemui dalam dubur Saiful Bukhari telah terusik maka Anwar Ibrahim dibebaskan dan dilepaskan. Rakyat perlu jelas dan faham pekara ini, jika ianya berlaku kepada keluarga anda apakah anda tidak akan merayu jika tertuduh iaitu peliwat adik, kakak, abang atau sesiapa sahaja dalam keluarga anda dibebaskan sedangkan terbukti beliau meliwat ataupun merogol? Renungkan, Jika ianya Konspirasi apakah Saiful Bukhari sanggup mengaibkan dirinya sehingga ke saat ini? Keluarga nya bagaimana? Apakah keluarga Saiful sanggup dijaja maruah mereka keranja kes liwat ini? Inilah kebenaran yang disampaikan buat rakyat Malaysia, cuba tanya keluarga mana yang sanggup terima aib mengaku DILIWAT? Cuba tanya wahai rakyat Malaysia..... Ini bukan KONSPIRASI tetapi inilah Kebenaran. Psssttt....Jika Anwar Ibrahim berani dan tidak bersalah mengapa tidak lawan sahaja walaupun dimahkamah mana ianya dibicarakan. DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
MB Pahang Bikin Pakatan Pembangkang Kecot Telor Posted: 23 Jan 2012 05:30 AM PST Barisan Nasional (BN) Pahang yakin mampu merampas semula semua kerusi yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, berdasarkan angin perubahan politik semasa, BN yakin dapat merampas semula kerusi terbabit walaupun mengakui ia sedikit sukar. "Kerusi Parlimen Kuantan sedikit sukar kerana isu Lynas tetapi Parlimen Indera Mahkota kita tidak ada masalah. "Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan, Beserah juga tiada masalah, malah Triang dan Tras juga boleh kita rampas jika kita bekerja keras dan bersatu padu, kesemuanya boleh kita rampas kembali," katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan 3,000 jentera pilihan raya Wanita BN di sini, semalam. Adnan berkata, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri yang merupakan sayap kanan parti perlu sentiasa turun padang mendekati rakyat dan mendengar serta mencari jalan membantu menyelesaikan masalah mereka. — BERNAMA GOMO: Gomo bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Pahang dalam pekara ini memandangkan kerusi kerusi yang sebelum ini dimenangi Pembangkang dalam pilihanraya 12 yang lalu tidak dijaga oleh YB Pakatan setelah menang PRU 12. Mereka YB Pakatan ini sebaliknya hanya menerima hasil elaun dan gaji sahaja dari kerajaan sebaliknya bantuan demi bantuan kepada rakyat dikawasan mereka tidak disalurkan dengan sebaik mungkin. Mana mungkin seorang YB hanya perlu memberikan hamper sahaja setiap bulan kepada mereka yang terpilih didalam kawasan yang mereka tadbir? Pekara sebegini sebenarnya bukan berlaku di Pahang malah diseluruh Dun mahupun parlimen dalam Malaysia. Yang Berhormat Pakatan Pembangkang ini hanya pandai bercakap sahaja, dan apabila memberikan bantuan hamper mahupun wang rm100 or Rm 200 kepada keluarga yang terpilih maka dikecoh dan diwar warkan lah bahawa YB tersebut prihatin dan menjaga kebajikan rakyat dikawasan mereka. Hakikatnya yang sebenar sepatutnya mereka YB ini perlu melakukan tugas lebih dari itu. Apa pun diharapkan rakyat Malaysia membuka mata dalam hal ini, dan marilah kita sama sama pastikan pada PRU 13 nanti mana mana pemimpin Pakatan DAP, PAS, PKR yang bertanding kita akan tumbangkang secara maksimun. Cukup cukup mereka membohongi kita rakyat Malaysia. Psssttt.... Depa menang jadi YB, tapi nak bantu anak masuk Universiti pun depa tak tolong...cilakak DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment