UMNO Online - “Rupa-rupanya Ramai Rakyat Malaysia Yang Pakar Imaginasi” plus 9 more

UMNO Online - “Rupa-rupanya Ramai Rakyat Malaysia Yang Pakar Imaginasi” plus 9 more

Link to UMNO Online

Rupa-rupanya Ramai Rakyat Malaysia Yang Pakar Imaginasi

Posted: 25 Mar 2014 04:26 AM PDT

Bangkai pesawat MH370 yang hilang lebih 3000 kilometer ke selatan Perth, masih belum ditemui.

Pengesahan yang dibuat oleh Perdana Menteri malam tadi bahawa pesawat tersebut berakhir di kawasan berkenaan, hanyalah berdasarkan kepada rumusan pakar dan imej satelit.

Tiada sebarang bukti fizikal yang ditemui untuk memberikan kepastian bahawa pesawat tersebut benar-benar terhempas jauh dari luar laluan asalnya.

Pecacai Pakatan melihat tragedi ini sebagai satu konspirasi terutama sekali pengisytiharan tersebut dibuat selepas PRK DUN Kajang. Mereka percaya, tragedi tersebut adalah konspirasi.

bayangan-mimpi-ustaz-tilikan-raja-bomoh-teori-konspirasi-persepsi-rakyat-malaysia-mh370-hilang

Mereka yang sudah lama diasak dengan teori pembunuhan Altantuya Shaaribu dan dikaitkan dengan kapal selam Scorpene, kini mengaitkan pula dengan penghumbanan Anwar Ibrahim ke dalam penjara dan kematian 239 anak kapal dan penumpang sebuah pesawat.

Dari satu pihak yang lain pula, kaitan antara juruterbang itu dengan Anwar Ibrahim dan PKR dijadikan sandaran, apatah lagi dengan penambahan faktor bahawa pesawat itu dilencongkan secara manual, transponder dimatikan secara sengaja dan masalah rumahtangga juruterbang tersebut selain pesawat tersebut diterbangkan rendah untuk mengelak radar penerbangan awam.

Masing-masing sibuk menuding jari antara satu sama lain.

Di luar negara, media-media antarabangsa turut memainkan peranan dengan menjadikan Kerajaan Malaysia dan MAS sebagai sasaran untuk diburuk-burukkan.

Di luar negara, media-media antarabangsa turut memainkan peranan dengan menjadikan Kerajaan Malaysia dan MAS sebagai sasaran untuk diburuk-burukkan.

Fakta bahawa hampir 30 buah negara bekerjasama mencari pesawat tersebut dengan menggunakan pelbagai teknologi tetapi masih gagal menemui pesawat itu, cuba dilupakan dan langsung tidak diambil kira. Bahkan sebahagian media asing memberikan gambaran, Malaysia cuba menyembunyikan maklumat sebenar berhubung nasib pesawat tersebut.

Dan di sebalik pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Malaysia dan kerajaan negara ini, muncul pula satu kumpulan lain yang sebelum ini cukup terkenal dengan pendedahan mereka berhubung politik Amerika Syarikat yang sanggup mengorbankan ribuan rakyatnya sendiri semata-mata untuk menyerang beberapa negara yang menjadi laluan dan telaga minyak di Timur Tengah menerusi Projeksi 9-11 yang sangat terkenal itu.

Segala-galanya bercampur baur!

Dalam keadaan ini ada hikmah yang sepatutnya diteladani oleh rakyat Malaysia. Ada banyak ilmu yang sedang Allah Taala taburkan kepada kita. Ada banyak pelajaran yang seharusnya dipelajaridan diamalkan. Namun berapa ramai daripada kita yang melihat dari sudut positif berbanding menuding jari dan melihat politik adalah segala-galanya?

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah Ayat 120 bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka."

Walaupun dari satu segi, mungkin ramai yang tidak melihat perancangan atau konspirasi pihak berkenaan tetapi kalau kita perhatikan dari susur galur punca kepada Perang Salib, perkara sebegini berlaku terus-menerus walaupun dalam bentuk yang lebih moden dan lebih berkredibiliti.

Dituduh menyembunyikan maklumat, tidak bercakap benar, berkonspirasi atau lebih jahat lagi, sudah ada yang berteori, apabila Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara, sebuah lagi jet penumpang akan dikorbankan… semua itu memerlukan perhatian dan pemikiran yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang dihidangkan atau disuapkan kepada kita.

Janji Allah Taala itu benar. Janji Rasulullah s.a.w juga benar. Penghujung dunia akan menyaksikan umat Islam ditindas dan difitnah. Penghujung zaman dikenali sebagai Zaman Fitnah akan menimbulkan pelbagai haru-biru sehinggakan yang benar dikatakan palsu, penyamar dikatakan ulama, si bodoh dikatakan cendekiawan dan si penjahat dikatakan pembela.

Sebagai umat Islam dan mengaku berkalimah Thoiyibbah, seharusnya kita sudah menerima petunjuk dan hidayah ini dengan ilmu pengetahuan.

Kita kena kembali kepada-Nya. Kena berfikir secara Islam. Kena berfikir sebagai orang Islam. Bukan berfikir secara orang politik atau akidah politik. Bukan bertindak secara sembrono tanpa berfikir sepertimana yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam dan umat Islam.

Sebabnya, melihat kepada sepanjang tragedi MH370 ini, terlalu ramai daripada kita yang tiba-tiba menjadi PAKAR sekalipun sekadar berimaginasi dan langsung tidak berpandukan kepada ilmu, sehinggakan yang tidak pernah naik kapal terbang pun, boleh pula menerangkan rupa bentuk kapal terbang dan jajaran penerbangannya.

Hero Tua

TRAGEDI MH370 : Kerajaan Pertimbang Tubuh RCI Dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen

Posted: 25 Mar 2014 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mac  - Kerajaan akan menimbang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berhubung tragedi pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Cadangan tersebut akan saya bawa ke pihak yang membuat keputusan. Itu jaminan saya kepada Dewan ini…(tetapi) kalau masih tidak berpuas hati, inilah cara kita melihat ke hadapan.

“Tapi apa yang boleh saya sahkan hari ini, bahawa audit atau jawatankuasa di peringkat kementerian (Pengangkutan) diwujudkan, begitu juga di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Semua ini berjalan serentak dengan operasi mencari dan pemulihan,” katanya ketika menggulung usul khas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat tersebut di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Hishammuddin kemudian mengulangi pendirian kerajaan bahawa tumpuan pasukan mencari adalah mengenal pasti serpihan dan menemui pesawat yang hilang itu.

Mengenai operasi mencari, Hishammuddin berkata beliau optimis ia akan diteruskan walaupun berdepan cabaran seperti gangguan cuaca selain teknikal, diplomatik dan logistik dalam menjayakannya.

“Walaupun lokasi jauh dari daratan dan mencabar, saya optimis, selagi ada harapan, saya masih berharap terhadap semua harapan manakala operasi pencarian dan pemulihan akan diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai imej satelit yang dikeluarkan dari Australia, China dan Perancis, beliau berkata pihaknya akan bermesyuarat malam ini dengan wakil United States Pacific Command (USPACOM), sebuah badan ketenteraan bertanggungjawab bagi kawasan Lautan Pasifik.

“(Mesyuarat) ini untuk pastikan sama ada serpihan itu dari pesawat tersebut. Selepas disahkan, barulah kita akan cari kotak hitam pula. Itu cara kita, bekerjasama, sahkan petunjuk dan maklumat setiap yang ada,” katanya.

Usul itu kemudian diluluskan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Hishammuddin melahirkan rasa terharu dan terima kasih dengan sokongan padu tidak berbelah-bahagi yang dizahirkan setiap anggota Dewan Rakyat kepada kerajaan dalam menghadapi insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370.

“Hikmahnya sekurang-kurangnya ada jambatan dan perkara yang boleh menyatupadukan kita dan inilah sesuatu yang saya tengok kelebihan yang ada pada kita,” katanya.

Terdahulu, ketika sesi perbahasan usul itu, anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat mahu satu RCI dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan bagi menyiasat tragedi pesawat itu.

Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN-Bentong) berkata ia bagi memastikan tragedy itu disiasat secara mendalam dari segala aspek dan maklumat dikongsi secara terbuka dan telus kepada seluruh rakyat.

Cadangan tersebut disokong Hasbi Habibollah (BN-Limbang) yang menyatakan penubuhan itu perlu disokong semua pihak agar tragedi MH370 dapat diperincikan demi kebaikan imej negara pada masa depan.

Datuk Seri Dr S.Subramaniam (BN-Segamat) pula berkata penubuhan RCI adalah satu tanggungjawab kerajaan bagi mencari jawapan kepada semua persoalan yang menyelubungi tragedi MH370 bagi memenuhi harapan keluarga penumpang.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata ia juga sebagai pengajaran kepada kerajaan dan negara lain pada masa depan mengenai system teknologi di mana masih ada pesawat yang boleh terlepas dari kawalan radar walaupun dalam kecanggihan teknologi masa kini.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata jawatankuasa yang bakal dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang itu adalah amat perlu bagi menyelesaikan misteri tragedi MH370.

Dalam pengumumannya malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang hilang sejak 8 Mac lepas, membawa 227 penumpang dengan 154 daripadanya merupakan warga China.

Kaum dan Agama Tidak Menjadi Isu Di PRK Balingian – John Ambrose

Posted: 25 Mar 2014 03:54 AM PDT

KAJANG, 25 Mac – Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose menyifatkan pemilihan Yosibbnosh Balo sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Balingian menggantikan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin Taib Mahmud itu memperlihatkan amalan memilih calon dalam BN adalah berdasarkan latar belakang, kriteria dan mampu untuk melaksanakan amanah,  bukanlah berdasarkan agama atau kaum semata-mata.

Menurut beliau, biarpun UMNO merupakan tunjang dan tulang belakang bagi perpaduan di dalam BN, namun dalam soal memilih calon beberapa kriteria juga diambil kira selain daripada faktor agama dan bangsa.

penampang-umno-bn-john-ambrose-komuniti-islam-kristian-sabah-sarawak-borneo

"Yosibb merupakan anak kampung di situ. Penduduk kampung mengenalinya dan beliau juga mengenali orang-orang kampung di situ. Beliau tahu selok belok dan permasalahan di kawasan itu. Jadi, berdasarkan faktor inilah beliau dipilih menjadi calon BN biarpun beliau seorang penganut agama Kristian.

"Apa yang jelas, politik demi membantu rakyat di dalam BN tidak mengira agama dan bangsa. Sesiapa yang mampu dan layak untuk memikul amanah, kita akan jadikan individu itu sebagai calon.

"Malah, pencalonan Yosibb ini juga sebagai tanda hormat BN kepada rakyat di kawasan itu dengan meletakkan calon penduduk asal, dan bukannya orang luar untuk mewakili rakyat di kawasan tersebut," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, ini amat berbeza dengan pendekatan politik yang diamalkan oleh pembangkang yang tidak dilihat adil dan hanya lebih mementingkan agenda politik peribadi dan keluarga sahaja.

"Kita dapat lihat di Kajang di mana wakil rakyat berbangsa Cina diminta meletakkan jawatan dan digantikan pula dengan wakil rakyat berbangsa Melayu. Anwar yang pada awalnya dicadangkan menjadi calon di situ, tetapi tidak boleh kerana disabitkan bersalah dalam kes liwatnya, kemudian meletakkan isterinya sendiri sebagai ganti pada dirinya.

"Mengapa beliau letakkan isterinya sendiri? Sedangkan Wan Azizah bukanlah penduduk asal di Kajang? Mengapa letak orang luar? Itu menunjukkan bahawa pembangkang tidak menghormati rakyat di kawasan itu. Biarpun Wan Azizah menang, namun ini tidak bermakna apa yang dilakukan oleh pembangkang itu betul," tegasnya.

Calon BN, Yossibnosh merupakan anak jati Mukah yang berasal dari Kampung Tellian Tengah, berbangsa Melanau, beragama Kristian dan beliau amat dikenali masyarakat setempat. -MediaUMNO

Balingian : 99.25 Peratus Pengundi Awal Keluar Mengundi

Posted: 25 Mar 2014 03:51 AM PDT

MUKAH, 25 Mac  - Proses pengundian awal bagi pengundi awal dalam pilihan raya kecil (PRK) Balingian berakhir pada pukul 5 petang ini dengan 132 atau 99.25 peratus pengundi awal menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Mukah.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata peratusan pengundi awal disifatkan baik walaupun hanya seorang sahaja tidak keluar mengundi memandangkan jumlah asal pengundi awal berdaftar ialah 133 pengundi.

“Tak tahu kenapa hanya seorang pengundi itu sahaja tak turun mengundi tetapi secara keseluruhan SPR berpuas hati dengan proses pengundian awal hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selesai proses pengundian awal hari, sejumlah 13,233 pengundi biasa DUN Balingian akan menjalankan tanggungjawab masing-masing pada Sabtu ini dengan 21 saluran atau pusat mengundi dibuka pada hari Sabtu melibatkan 16 buah di sekolah, dua buah di rumah panjang, dua buah di balai raya dan sebuah dewan orang ramai.

SPR menjangka keputusan PRK Balingian diumumkan selewat-lewatnya pada pukul 9 malam di Dewan Suarah Mesra Mukah.

Statement By Acting Transport Minister Hishammuddin On Lost MH370 (25 March)

Posted: 25 Mar 2014 03:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 25 – Following is the statement by Defence Minister and acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein at a press briefing on the Malaysia Airlines (MAS) Flight MH370 which went down in the southern Indian Ocean, at the Putra World Trade Centre here today:

As the search for MH370 continues, we remain focused on narrowing the search area.

With such strong co-operation from our international partners, the challenge is no longer diplomatic. It is now primarily technical and logistical.

kesedihan-menteri-malaysia-najib-shabery-hisham-selepas-umum-data-sahih-mh370-terhempas-lautan-hindi

Because the scale of the investigation is now much more complex, the release of technical and logistical information will be handled differently. As you have seen today, this means that Malaysia Airlines will take the lead in communicating with the families.

As the search area has narrowed, new challenges have arisen, including managing resources in a remote search and rescue effort. We continue to work closely with our friends and partners as we seek to marshal more specific resources in support of the operations in that area.

New data

Last night the Prime Minister announced that according to new analysis of satellite data, Inmarsat and UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) have concluded that flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

Today I will provide further details of how the data was analysed, as provided to us the UK AAIB.

This information is quite technical in nature. So although I will give you as much information as I can, I will not be in a position to answer questions about this data analysis today.

However, we will accept written questions which will be answered as soon as possible. We will be providing this information as a press release at the end of this press conference. This is the information provided to us by the AAIB.

Further details

In recent days Inmarsat developed a second innovative technique which considers the velocity of the aircraft relative to the satellite. Depending on this relative movement, the frequency received and transmitted will differ from its normal value, in much the same way that the sound of a passing car changes as it approaches and passes by. This is called the Doppler effect.

The Inmarsat technique analyses the difference between the frequency that the ground station expects to receive and one that is actually measured. This difference is the result of the Doppler effect and is known as the Burst Frequency Offset.

The Burst Frequency Offset changes depending on the location of the aircraft on an arc of possible positions, its direction of travel, and its speed. In order to establish confidence in its theory, Inmarsat checked its predictions using information obtained from six other B777 aircraft flying on the same day in various directions. There was good agreement.

While on the ground at Kuala Lumpur airport, and during the early stage of the flight, MH370 transmitted several messages. At this stage the location of the aircraft and the satellite were known, so it was possible to calculate system characteristics for the aircraft, satellite, and ground station.

During the flight the ground station logged the transmitted and received pulse frequencies at each handshake. Knowing the system characteristics and position of the satellite it was possible, considering aircraft performance, to determine where on each arc the calculated burst frequency offset fit best.

The analysis showed poor correlation with the Northern corridor, but good correlation with the Southern corridor, and depending on the ground speed of the aircraft it was then possible to estimate positions at 0011 UTC, at which the last complete handshake took place. I must emphasise that this is not the final position of the aircraft.

There is evidence of a partial handshake between the aircraft and ground station at 0019 UTC. At this time this transmission is not understood and is subject to further ongoing work.

No response was received from the aircraft at 0115 UTC, when the ground earth station sent the next log on / log off message. This indicates that the aircraft was no longer logged on to the network.

Therefore, sometime between 0011 UTC and 0115 UTC the aircraft was no longer able to communicate with the ground station. This is consistent with the maximum endurance of the aircraft.

This analysis by Inmarsat forms the basis for further study to attempt to determine the final position of the aircraft. Accordingly, the Malaysian investigation has set up an international working group, comprising agencies with expertise in satellite communications and aircraft performance, to take this work forward.

Technical background

The new analysis I have described above was convincing enough for the AAIB to brief the Prime Minister that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth. Within a few hours, the families had been informed, and the Prime Minister announced the new development to the world.

As the Prime Minister stated, this type of analysis has never been done in an investigation of this sort.

There remains more work to be done, and we are grateful to Inmarsat, AAIB and the international investigations team, who are continuing to work with the Malaysian authorities. This is a developing situation, and as soon as we know more, we will share it.

Operational update

As a result of this new data analysis, the search and rescue operation in the northern corridor has been called off. We have also stopped the search and rescue operation in the northern part of the southern corridor, close to Indonesia.

All search efforts are now focused in the southern part of the southern corridor, in an area covering some 469,407 square nautical miles, as against the 2.24 million square nautical miles which we announced on 18th March.

We are currently working to further narrow down the search area, using the four methods I mentioned previously: gathering information from satellite surveillance, analysis of surveillance radar data, increasing air and surface assets, and increasing the number of technical and subject matter experts.

On the assets deployed, 2 Korean aircraft left Subang airport for Perth this morning, to help in the multinational search operation.

No flights from Perth to the search area took place today, due to bad weather.

6 Chinese ships are currently in the search area. They are expected to arrive within the vicinity of MH370's last known position by tomorrow morning. These ships include the ice breaker 'Xue Long'.

HMAS Success is also currently in the search area.

The American Towed Pinger Locater – an instrument that can help find a black box – is currently en route to Perth and will arrive tomorrow. The system will be fitted onto the Australian ship Ocean Shield, which is due to dock in Perth on 28th March. The Ocean Shield, fitted with the Towed Pinger Locater, is due to arrive in the search area on 5 April.

Concluding remarks

The new analysis shared with the investigation by Inmarsat and the AAIB has focused our efforts on the southern part of the southern corridor.

Although yesterday's news was incredibly hard for the family members, as our Prime Minister said, it was released out of a commitment to openness and respect for the relatives, two principles which have guided the investigation.

6.48 Million People Receive BR1M, Involving RM3.37 Billion Allocation

Posted: 25 Mar 2014 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 25 – A total of 6.48 million individuals have received the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) this year involving an allocation of RM3.37 billion.

Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said 57 per cent or 3.68 million received through credit transfer to their respective bank accounts.

For 2.80 million recipients, or 43 percent of those who did not submit their bank account numbers, including unsuccessful credit transfer transactions, payments will be made in stages through BR1M distribution council, and that can be cashed out at any of the panel banks of Bank Simpanan National, Public Bank Berhad, Maybank and CIMB Bank.

For unsuccessful applicants, they could appeal from April 1, 2014, through appeal forms available at any branch of the Inland Revenue Board (IRB).       The forms along with relevant documents should be sent to IRB office before April 30, 2014.

Ahmad Husni said 69 cases of fraud or abuse of BR1M vouchers had been detected three weeks after the distribution of BR1M.

“The Government takes this matter seriously and is investigating the cases, where there is an element of fraud, those involved are facing charges under Section 193 of the Penal Code (Act 574) or will be blacklisted,” he said.

Through Budget 2014 initiatives, he said, the government for the first time has introduced takaful i- BR1M, a protection plan that benefits recipient category under households/families, in the event of death or permanent disability due to accident.

The contribution of I- BR1M is borne by the government and no charge throughout the period of coverage from January 1, to December 31, 2014.

IBR1M form can be downloaded on the website www.malaysiantakaful.com.my or https://ebr1m.hasil.gov.my.

Any questions on the BR1M can be referred to the hotline at 1-800-88-2716 or 03-8882 4565/4566 from 9 am to 5 pm, while the recepients of i- BR1M can contact 03-2716 2716 or e-mail i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.

Hilangkan Deposit Calon BN…. Pakatan Pembangkang Tanggung Malu Besar

Posted: 25 Mar 2014 02:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan hari ini mempersoalkan referendum 'Kajang Move' yang sebelum ini gah dicanangkan hingga ke tahap mahu menghilangkan deposit calon Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau kekalahan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun tidak memeranjatkan tetapi penyusutan undi majoriti sebanyak 1,445 dan pengurangan 4,000 undi yang diperolehi calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR, mengejutkan banyak pihak.

"Lebih memalukan kerana ada pemimpin pakatan pembangkang yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan mahu menghilangkan wang deposit calon Barisan Nasional tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.

keluarga-isteri-anak-diguna-peralat-awet-rakus-politik-anwar-ibrahim

“Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu?," ujarnya mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, 23 Mac lalu.

Beliau turut menyifatkan pembangkang sebagai terlalu angkuh dan sombong apabila meramalkan calon BN bakal kehilangan wang deposit dalam PRK DUN Kajang lalu, tetapi keputusan yang diterima Wan Azizah walaupun menang PRK ini membuktikan bahawa mereka sudah bosan dijadikan 'alat politik' untuk kepentingan peribadi pemimpin pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.

PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas, difahamkan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding.

Hasrat Anwar bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia disabitkan bersalah atas kesalahan meliwat oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu sekali gus menyebabkannya hilang kelayakan.

Kemenangan PKR itu tidak mengubah kedudukan kerusi DUN Selangor dengan menguasai 14 kerusi dan BN kekal dengan 12 kerusi manakala dua lagi parti yang tidak bertanding iaitu Pas serta DAP memiliki 15 kerusi. - MediaUMNO

PRK Kajang Tunjukkan Referendum Rakyat Untuk Pembangkang

Posted: 25 Mar 2014 02:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang telah berlalu dengan kemenangan kekal di tangan PKR lantas menyimpulkan keadaan tersebut sebagai tiada apa-apa pun, kata penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr. Zainal Kling.

Jelas beliau, walaupun pakatan pembangkang berazam untuk menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat bagi membantah kepincangan sistem kehakiman negara yang tidak adil terhadap pemimpin namun ternyata bahawa ia tidak memberi erti.

penganalisa-politik-prof-dr-zainal-kling-malaysia

"Referendum yang mereka impikan hanyalah cadangan mereka sahaja dalam berdepan dengan PRK Kajang yang mana mereka sendiri menjadi perancangnya namun jika dilihat dari segi kesan, referandum yang mahu mereka lakukan itu tidak tercapai sebaliknya majoriti undi yang dicapai pula menurun," ujarnya kepada UMNO-Online.

Sebelum PRK Kajang, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi calon telah mengajak rakyat Kajang untuk menjadikan PRK terbabit sebagai referendum dengan memberi mesej kuat iaitu menolak UMNO-BN secara menyeluruh, namun hasil keputusan PRK pada Ahad lalu menunjukkan Wan Azizah memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih rendah iaitu 5,379 undi berbanding 6,824 pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Adakah dengan keputusan ini boleh dilihat sebagai referandum kepada BN/UMNO atau referandum kepada PKR dan pemimpin dalam pakatan pembangkang sendiri yang mana kesemua pemimpin atasannya berdepan dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah."

Dilaporkan, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berdepan dengan hukuman penjara lima tahun setelah disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Sementara, Pengerusi DAP, Karpal Singh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, lima tahun lalu.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diarahkan membayar saman RM2 juta oleh Mahkamah Tinggi Terengganu ekoran dakwaan fitnah terhadap bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

"Kemenangan PKR di Kajang dalam PRK ini tidak membawa erti apa-apa, tidak ada apa-apa yang berubah namun apa yang pasti sokongan terhadap PKR dan pakatan pembangkang menunjukkan penyusutan sebaliknya MCA dapat memantapkan jentera mereka dengan gerak kerja bersama-sama anggota BN.

"Jika sebelum ini, pakatan penmbangkang mahu menjadikan PKR Kajang sebagai medan untuk membuktikan penolakan terhadap BN dan UMNO, maka nampaknya mereka gagal menterjemahkannya kerana BN masih mendapat sokongan malah undi yang diperoleh calon BN juga bukan sedikit."

Apa yang pasti, tegas beliau PRK Kajang adalah sesuatu yang membuang masa kerana ia tidak memberi sebarang pulangan sebaliknya tindakan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk memberi laluan kepada Wan Azizah walaupun pada asalnya Anwar hanya menyusahkan rakyat.

"Bukan semua rakyat bersetuju dengan tindakan pemimpin pembangkang malah tidak semua rakyat memilih Wan Azizah dalam pengundian dengan peratusan jumlah pengundi yang keluar pada hari terbabit juga menurun biarpun cuti hujung minggu yang mana ia boleh dianggap sebagai penolakan atas tindakan pemimpin pakatan pembangkang."

Jelas beliau yang juga pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM), pakatan pembangkang masih lagi menggunakan pendekatan yang sama dalam PRK termasuklah taktik kotor dan budaya memburuk-burukkan kerajaan sebagaimana semua perkara membabitkan BN akan dilabel negatif.

"Biarpun PRK Kajang berlangsung namun hakikatnya pakatan pembangkang itu sendiri berdepan dengan krisis dalaman partinya, antara kepimpinan tertingginya dan juga masalah dalaman yang berlaku sedangkan dalam masa yang sama, BN selaku kerajaan berdepan dengan krisis yang amat besar iaitu isu kehilangan pesawat MH370.

"Perbezaan ialah krisis pakatan pembangkang menyusahkan rakyat sehingga mengheret kepada PRK sementara BN berdepan dengan krisis yang amat mencabar namun menunjukkan kewibawaan dan kebertanggungjawaban dalam menanganinya, berani berdepan dengan masyarakat antarabangsa dan tidak teragak-agak dalam penyampaian maklumat kepada semua pihak."

Tambah beliau lagi, jika referandum yang dicari oleh pakatan pembangkang ternyata mereka gagal lantaran keputusan PRK yang menunjukkan bahawa rakyat juga memberikan undi kepada BN dan menyokong usaha berterusan kerajaan dalam berdepan krisis semasa. - MediaUMNO

Usul Khas Tragedi Pesawat MH370 Bukti Keprihatinan Dan Komitmen Kerajaan

Posted: 25 Mar 2014 02:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mac  - Beberapa anggota Parlimen hari ini berpendapat pembentangan usul khas bagi menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 membuktikan komitmen tinggi kerajaan yang prihatin terhadap tragedi itu.

Wakil rakyat kerajaan dan pembangkang yang ditemui di lobi Parlimen senada memuji usaha kerajaan yang tidak berputus asa meneruskan operasi mencari serpihan dan objek serta kotak hitam pesawat itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pembentangan usul itu membolehkan anggota Parlimen membahaskan komitmen mereka di samping turut sama meluahkan rasa simpati dan dukacita di atas tragedi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau juga bersedih dengan tragedi itu dan berharap usul yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu membantu dalam usaha pencarian MH370.

Anggota Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata usaha pencarian perlu diteruskan bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung kejadian itu.

Malam tadi, Najib mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan hasil analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan.

“Kajang Move” Gagal Sepenuhnya Jika Wan Azizah Tidak Jadi MB

Posted: 25 Mar 2014 01:52 AM PDT

'Kajang Move' atau Gerakan Kajang adalah satu perancangan untuk meletakkan Anwar di tempat yang lebih signifikan di dalam politik, iaitu dengan menjadikan beliau Menteri Besar Selangor.

Mengikut perkiraan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR, gerakan ini akan membuka peluang yang lebih baik kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihanraya yang akan datang. Memandangkan Anwar telah didapati bersalah oleh mahkamah, maka Wan Azizah dipersiapkan sebagai boneka pengganti bagi perancangan ini.

Pendek kata, perancangan tetap tidak berubah tetapi diteruskan dengan Anwar bergerak di belakang tabir.

wan-azizah-bertanding-untuk-suami-kroni-nepotisme-bukan-untuk-rakyat-demokrasi-anwar

Sejauh mana sekutu PKR bersetuju dengan gerakan ini sukar untuk dipastikan. Apa yang pasti, Wan Azizah tidak mendapat sokongan kuat sepertimana yang diharapkan PKR. Kemerosotan undi Wan Azizah berbanding Lee Chin Cheh di Kajang, benar-benar memalukan PKR. Nampaknya, penyokong PR di Kajang lebih mempercayai seorang yang merupakan 'nobody' daripada Presdien parti sendiri.

Ketidakyakinan rakyat terhadap Wan Azizah bukannya tidak berasas. Selama ini Wan Azizah diketahui sebagai boneka Anwar semata-mata dan tidak tahu berbuat apa-apa. Malah, Wan Azizah sendiri, tanpa berselindung mengakui, tidak tahu bagaimana untuk menangani kemelut antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali, yang mana merupakan masalah utama PKR Selangor sedangkan beliau adalah Presiden parti.

Ketika 'disuruh' bertanding di Kajang juga, Wan Azizah mengaku tidak tahu menahu mengenainya dan agak keberatan untuk kembali aktif berpolitik.

Bayangkan, apa jenis Presiden yang tidak tahu apa-apa dan boleh disuruh-suruh? Bagaimana Wan Azizah boleh dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor, jika begini sikapnya?

Selangor adalah negeri yang paling 'penting' dalam Malaysia, sekali gus menjadikan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan negeri jauh lebih sukar berbanding negeri lain. Hampir semua isu penting dalam negara datangnya dari Selangor.

Selangor hari ini berhadapan dengan begitu banyak masalah, antaranya, masalah air, denggi, jalan yang tidak diselenggara, pusat hiburan yang tumbuh tanpa kawalan, masalah moral anak muda, masalah murtad, isu kalimah 'Allah', isu harga hartanah yang melambung tinggi, isu jurang ekonomi antara kaum yang semakin luas serta isu perkauman.

Bagaimana Wan Azizah dapat menyelesaikan isu ini yang mana Khalid Ibrahim juga tidak mampu? Apakah cukup dengan hanya menyalahkan BN atau UMNO?

Ini belum lagi diambilkira pengurusan kewangan Selangor yang pastinya memerlukan pengetahuan ekonomi serta ketegasan yang tinggi untuk menangani persepsi atau mungkin juga hakikat bahawa Selangor kini dikuasai kontraktor dan peniaga DAP.

Apakah Wan Azizah mampu melakukan semua ini dalam keadaan di mana suaminya berhadapan dengan penjara dan anaknya pula mempunyai masalah rumahtangga?

Selama Wan Azizah terlibat dalam politik, satu-satunya kebolehannya yang harus diakui oleh setiap rakyat Malaysia ialah bakat lakonannya. Beliau mudah mengalirkan air mata dan meraih simpati. Itu saja. Lebih dari itu, Wan Azizah sama saja seperti mana-mana surirumah yang tidak bekerja.

Justeru, 'Kajang Move' dengan watak yang bertukar dari Anwar kepada Wan Azizah merupakan satu strategi yang bakal merugikan rakyat Selangor sendiri.

Walaupun hakikatnya Anwar di belakang Wan Azizah sekiranya Wan Azizah menjadi Menteri Besar, ia tetap Wan Azizah yang perlu menghadiri semua program rasmi negeri serta mempengurusikan mesyuarat, bukan Anwar. Wan Azizah juga yang perlu menandatangani sebarang dokumen rasmi dan berjumpa dengan delegasi tetamu negeri, bukan Anwar. Wan Azizah yang perlu ke pejabat setiap hari, bukan Anwar.

Mampukah Wan Azizah melakukan semua ini? Apakah Wan Azizah akan berjaya menepis kerakusan politik orang-orang di sekelilingnya di dalam PKR sendiri? Apakah Wan Azizah mampu menangani kelicikan DAP atau kebebalan PAS?

Walaupun semua rakyat Selangor sedia maklum bahawa jawapan kepada semua persolan ini adalah 'tidak', tetapi melihat dari kemenangan Wan Azizah di Kajang, kita tidak mampu mengharapkan tindakan yang rasional dari PR. Sesungguhnya, penyokong PR tidak peduli biar pun pemimpin mereka tiada berkredibiliti.

Contohnya, jika diletakkan Wan Azizah dengan Tun Daim sebagai pilihan Perdana Menteri pun, mereka akan tetap memilih Wan Azizah.

Kata orang, manusia sentiasa mendapat apa yang selayaknya untuk dirinya. Jika rakyat Selangor layak mendapat MB yang tidak berfungsi, maka Allah SWT akan meletakkan Wan Azizahlah sebagai MB mereka.

Namun, jika Wan Azizah gagal menjadi MB, maka gagallah sepenuhnya 'Kajang Move' ini.

isuhot.com

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...